Pak Amin Jalil

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pak Amin Jalil, Shipping Supply & Service, Kajang.

16/09/2024
Photos from Pak Amin Jalil's post 24/12/2023

KRISTIANKAH ASHABUL-KAHFI?

SOALAN 1: Wujudkah persamaan kisah Ashabul-Kahfi dalam Surah Al-Kahfi dan Bible?

JAWAPAN 1: TIDAK. Kisah Ashabul-Kahfi tidak wujud dalam Bible bahkan tidak tercatat dalam mana-mana sumber yang diperakui oleh Yahudi mahupun Gereja. Ianya hanya direkodkan oleh sumber-sumber Kristian yang tidak dikanunkan oleh Gereja kerana diragui keabsahannya. Sumber terawal yang merakam kisah ini ialah catatan Uskuf besar daerah Serugh, Harran, Syria bernama Yaaqub Serughi (meninggal dunia tahun 521 Masihi) yang mana sumber ambilannya adalah dari naskhah Yunani yang telah hilang. Kesahihan catatan tersebut tidak diperakui oleh pihak Gereja sebagai dokumen yang absah.

SOALAN 2: Adakah Al-Qur’an menyatakan Ashabul-Kahfi itu Nasara atau Kristian?

JAWAPAN 2: TIDAK DINYATAKAN oleh Al-Qur’an bahawa Ashabul-Kahfi beragama Kristian atau Nasara.

SOALAN 3: Benarkah dakwaan bahawa menurut Imam Ibnu Kathir, Ashabul-Kahfi adalah pengikut Nasrani?

JAWAPAN 3: TIDAK BENAR. Imam Ibnu Kathir hanya membawa kisah tersebut dalam kitab sejarah karangan beliau berjudul Al-Bidayah wa An-Nihayah dengan riwayat lemah daripada Syu’aib Al-Jubba’i yang merupakan seorang perawi Matruk iaitu Hadith dan riwayatnya ditinggalkan (Al-Zahabi, Mizan Al-I’tidal, Jilid 2, m/s. 278, Dar Al-Ma’rifah: Beirut, Lubnan 1963). Tambahan p**a, Imam Ibnu Kathir menghikayatkan kisah tersebut menggunakan lafaz yang menunjukkan ianya riwayat yang lemah dan kesahihannya dipersoalkan (Ibnu Kathir, Al-Bidayah wa An-Nihayah, Jilid 2, m/s. 114, Maktabah Al-Ma’arif, Beirut, Lubnan 1990).

SOALAN 4: Bagaimana p**a dengan dakwaan kononnya Ashabul-Kahfi hidup di zaman Kristian?

JAWAPAN 4: TIDAK BENAR menurut Ibnu Kathir. Beliau menafikan dakwaan tersebut dengan menegaskan bahawa Ashabul-Kahfi bukanlah golongan Nasrani bahkan mereka hidup sebelum zaman Nabi Isa ‘alaihissalaam (Ibnu Kathir, Tafsir Al-Qur’an Al-‘Azim, Jilid 5, m/s. 140, Dar Taibah, Arab Saudi, 2002).

SOALAN 5: Jadi, apakah agama anutan Ashabul-Kahfi?

JAWAPAN 5: AGAMA ISLAM. Imam Al-Tabari dalam tafsirnya menjelaskan bahawa agama mereka adalah Islam sesuai dengan ayat 10 Surah Al-Kahf (Al-Tabari, Jami’ul-Bayan, Jilid 17, m/s. 605).

SOALAN 6: Ada p**a yang mengatakan ulama’ berbeza pendapat tentang agama Ashabul-Kahfi. Sejauh mana kebenaran dakwaan ini?

JAWAPAN 6: TIDAK ADA PERBEZAAN ulama’ bahawa Ashabul-Kahfi adalah pemuda Muslimin (beragama Islam) yang kuat pegangan tauhid, tidak goyah dengan ugutan penyembah berhala dan mereka mengikut syariat Nabi yang diutuskan kepada mereka. Apa yang diperselisihkan ulama’ ialah Nabi apa yang diutuskan kepada mereka. Ada yang mengatakan ianya Nabi Isa, dan ada juga yang mengatakan Nabi Musa atau Nabi-Nabi terdahulu sebelum Musa ‘alaihissalam seperti yang dinyatakan dalam kitab-kitab tafsir yang mu’tabar.

SOALAN 7: Wujud dakwaan bahawa banyak kitab-kitab tafsir dan ramai ulama’ tafsir menyifatkan Ashabul-Kahfi sebagai Kristian atau Nasara. Benarkah demikian?

JAWAPAN 7: TIDAK BENAR dan palsu sama sekali. Setelah menelaah helaian demi helaian kesemua tafasir-bil-ma'thur yang mu'tabar berkenaan Ashabul-Kahfi, iaitu ayat 9 dari Surah Al-Kahf, tidak ditemui perkataan "Nasara/Masihi" sebagai merujuk kepada pemuda-pemuda yang beriman kepada Allah sepertimana dakwaan sesetengah pihak. Mereka yang mendakwa sedemikian perlu mendatangkan bukti serta rujukan penuh. Tafasir Bil-Ma'thur yang mu'tabar yang dimaksudkan ialah:
1) Jami'ul-Bayan ‘An Ta’wil Aay Al-Qur'an oleh Imam At-Tabari (w. 310 H)
2) Bahr Al-'Ulum oleh Imam Al-Samarqandi Al-Hanafi (w. 375 H).
3) Al-Kasyf wa Al-Bayan oleh Imam Al-Tha'labi Al-Shafi’ie (w. 427 H).
4) Ma'alim Al-Tanzil oleh Imam Al-Baghawi Al-Shafi’ie (w. 516 H).
5) Muharrar Al-Wajiz Fi Tafsir Al-Kitab Al-'Aziz oleh Ibnu ‘Atiyyah Al-Maliki (w. 546 H).
6) Zaad Al-Masir Fi 'Ilm Al-Tafsir oleh Ibnu Jauzi Al-Hanbali (w. 597)
7) Tafsir Al-Qur'an Al-'Azim oleh Ibnu Kathir Al-Shafi’ie (w. 774 H)
8] Ad-Durr Al-Manthur Fi Al-Tafsir Bil-Ma'thur oleh Imam As-Suyuti Al-Shafi’ie (w. 911 H) - Imam As-Suyuti membawa riwayat dari Ikrimah bahawa Ashabul-Kahfi adalah putera-putera raja beragama Islam.

Menurut kitab-kitab tafsir berautoriti di atas, agama yang dianuti Ashabul-Kahfi adalah Islam, dan ada yang menggolongkan mereka sebagai Hunafa’ (Hanif - agama Nabi Ibrahim ‘alaihissalam) tetapi tidak pernah walaupun sekali menyifatkan mereka sebagai Nasara ataupun Masihi.

Tafsir zaman moden dan tafsir kategori bir-ra’ie seperti tafsir Ibnu Ashur, Tafsir Ar-Razi dan seumpamanya tidak dirujuk kerana tafasir jenis ini tidak tergolong dalam kategori tafsir bil-ma'thur yang mu'tabar yang boleh dijadikan sumber rujukan berautoriti dalam memutuskan sesuatu permasalahan tafsir Al-Quran secara muktamad.

Badan berwajib agama sama ada menteri mahupun M***i tidak sewajarnya memetik sumber yang tidak berautoriti serta dipertikaikan selain tidak diterima-pakai oleh Syarak bagi mensabitkan hukum. Wallahu’alam. NHQ.

30/10/2023

Ya Allah, binasakanlah tangan-tangan laknat yang membedil kanak-kanak, wanita dan orang tua.

10/05/2023

A simple vegan French potato salad recipe made with a tangy grainy Dijon mustard vinaigrette and fragrant fresh herbs. No mayo, no gluten! 😃
Find recipe in first comment!

Want your business to be the top-listed Transport Service in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Website

Address


Kajang

Other Shipping Supply & Service in Kajang (show all)
ESTAR ESTAR
Balakong
Kajang, 43300

Klang Valley 最大的 Packaging Materials Supplier !也是Shopee No.1 Top Seller!

Goodwill Everest Goodwill Everest
Lot 8, Lorong CJ1/5, Kawasan Perindustrian Cheras Jaya
Kajang, 43200

The Leading Disposable & Biodegradable Food Packaging supplier in Malaysia. We Serve From Land to Sky

Contocart Contocart
No 9, Jalan SC 6, Pusat Perindustrian Sungai Chua
Kajang, 43000

The Packaging Box, Stand Pouch and Label

GRAB Kajang Flying EAGLE GRAB Kajang Flying EAGLE
Kajang, 43000

我们主业是运输, 我们拥有自己的车队和车手,能在最短时间完成运送,此外我们也尽能力照顾弱势群体,也欢迎志同道合者参与我们的慈善行为

Labu Shire Resources Labu Shire Resources
Bandar Seri Putra
Kajang, 43000

Raja Kotak Raja Kotak
Jalan Reko
Kajang, 43000

Posstore Reko Centre P2141 Posstore Reko Centre P2141
23G, Jalan Reko Sentral 6, Reko Sentral
Kajang, 43000

Wisma Label Wisma Label
Semenyih
Kajang, 43500

Label, Stand Pouch and Packaging Supplier

Lori Sewa - Putrajaya,Kajang,N9 Lori Sewa - Putrajaya,Kajang,N9
Kajang

Perkhidmatan lori sewa seluruh semenanjung - pindah rumah - pindah kedai - pindah pejabat - pindah r