Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang

Family Clinic

03/05/2024

Kajian menunjukkan 45% peratus drpd pesakit hati berlemak akan mengidap sakit jantung dan kanser.

03/05/2024

Ukur lilit pinggang >80 cm untuk perempuan dan >90cm untuk lelaki mempunyai risiko tinggi menghidap hati berlemak!

03/05/2024

Intermittent fasting perlu dilakukan dengan diet restrictions untuk penurunan berat badan, dan mengelakkan obesiti.

03/05/2024

Kajian menunjukkan penurunan berat badan 7-10% akan mengurangkan risiko hati berlemak!

03/05/2024

Kajian menunjukkan kopi (tanpa gula) , jika diambil 3 kali sehari boleh melindungi kita drpd hati berlemak!

30/04/2024

Selamat Hari Pekerja buat semua pekerja.
PEKERJA KESUMA BANGSA.
(klinik ditutup esok sempena HARI PEKERJA)

08/04/2024

MAKLUMAN
KLINIK AKAN DITUTUP BERMULA 10/4/24 -14/4/24 BERSEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI & DIBUKA SEMULA PADA 15/4/24

29/03/2024

"Doktor, dia dah 2 hari demam. Makan sikit2 je, biasanya dia makan banyak. Susu dia taknak, nak minum air kosong je."

"Ok puan, ada simptom lain selain demam dan kurang makan ke?"

"Takde, batuk, selsema semua takde."

Bila cek tekak, tonsil tak besar, dan tekak tak merah. Tapi ada banyak tompok2 putih pada bibir, dan bahagian dalam p**i.

"Oh ada banyak oral ulcer ni, padanla dia taknak makan. Tengah pedih dalam mulut ni."

Oral ulcer- benda biasa yang kita semua pernah alami.
Bagi anak2 yang pergi ke sekolah atau taska, oral ulcer biasanya dibawa oleh penyakit HFMD- ada spots pada tangan dan juga kaki.

Virus herpes simplex juga selalu menjadi punca oral ulcer.

Anak2 terjatuh, hisap puting terlalu lama, cuaca yang terlalu panas atau terlalu sejuk, penyakit cacar air, jangkitan kulat, dan banyak lagi penyakit boleh menjadi punca ulcer mulut ini.

Ibu bapa perlu pastikan anak:

# minum air dengan cukup
- elakkan beri botol susu kerana ini biasanya menyakitkan anak.
- beri air yang di sejukkan terlebih dahulu di dalam peti sejuk menggunakan straw.

# berikan oral spray bagi mengurangkan sakit
- bonjela
- gengigel
- aloclair
- oral aid
- aftamed
- difflam

# kerap berkumur sama ada menggunakan air biasa atau thymol gargle

ubat tahan sakit seperti paracetamol atau ibuprofen

# elakkan makakn makan panas dan pedas. Beri makanan2 sejuk seperti aiskrim, yogurt, jelly, cendol, ABC.

# berus gigi anak dengan berus silikon yang lembut atau gunakan tuala basah

Stay healthy!
Poliklinik Pusrawi SMC Kajang

18/03/2024

Kenapa asyik rasa menggeletar selepas ambil neb?

Nebuliser yang anda ambil di klinik selalunya diisikan dengan ubat salbutamol (ventolin) atau ipratropium + salbutamol.
Komponen salbutamol itulah yang memberi efek jantung berdebar dan tangan shaky/ menggeletar selepas neb diambil.

Jangan risau, kerana efek ini hanya sementara, akan hilang selepas lebih kurang sejam.

Efek ini akan dirasai jika ubat ini diambil sama ada melalui nebulizer di klinik, atau yang menggunakan inhaler di rumah,
atau mereka yang mengambilnya sebagai ubat makan- tablet salbutamol atau syrup salbutamol.

Tapi tahukah anda yang ubat salbutamol ini juga boleh menyebabkan kurangnya garam potassium dalam darah?
Garam potassium ini sangat penting untuk otot2 jantung melakukan kerjanya.
Kandungan potassium yang sangat rendah di dalam darah akan menyebabkan jantung tiba2 berhenti!

Bagi mereka yang mempunyai mesin neb dirumah, yang kerap membeli ubat neb di farmasi dan self treat di rumah,
sila berwaspada.

Singgah di klinik terdekat untuk nasihat selanjutnya.

Patikan semua ubat disimpan ditempat selamat daripada kanak2 untuk mengelakkan bahaya ubat dimakan melebihi dos sepatutnya.

Jika kandungan salbutamol terlalu tinggi di dalam darah, antara efek berbahaya termasuk pengsan, heart rythm yang tidak normal
yang boleh membawa maut, juga serangan jantung.

Anda tau terdapat juga cubaan kes bunuh diri dengan menelan ubat ini?

Hati2, elakkan kemalangan di dalam rumah kita sendiri.

Photos from Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang's post 18/03/2024

Masih berlangsung di Poliklinik Pusrawi SMC Kajang.
Sebarang pertanyaan wasap kami disini https://wa.me/60182325735

11/03/2024

Waktu operasi klinik sepanjang Ramadhan:
Isnin - Khamis : 8.30am - 5pm (rehat 1.30pm- 2pm)
Jumaat : 8.30 - 5 pm (rehat 12.30 - 2pm)
Sabtu : 9am - 1pm
Ahad: tutup

Photos from Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang's post 08/03/2024

Skim Perubatan MADANI

Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 2023 dan tanggungan mereka yang berdaftar secara automatik layak menggunakan Skim Perubatan MADANI. Tiada pendaftaran diperlukan.

Kami di Poliklinik Pusrawi SMC Kajang adalah antara klinik berdaftar untuk skim ini.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan rawatan perubatan secara percuma.

https://wa.me/60182325735

08/03/2024

𝘞𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢 𝘋𝘪𝘫𝘶𝘭𝘢𝘯𝘨, 𝘕𝘦𝘨𝘢𝘳𝘢 𝘎𝘦𝘮𝘪𝘭𝘢𝘯𝘨

Photos from Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang's post 07/03/2024

Kes bunuh diri - bagi lelaki semakin meningkat di Malaysia.

Dianggarkan 1841 kes bunuh diri (lelaki) setiap tahun di Malaysia.

Kes bunuh diri dikalangan lelaki semakin meningkat kerana lelaki kurang berkongsi masalah dan perasaan mereka, tidak seperti wanita.

Bila tekanan disimpan terlalu lama, ia akan mula mengganggu kesihatan mental seseorang.

Perhatikan golongan lelaki disekeliling anda dengan tanda-tanda berikut:
~ Sentiasa murung
~ Sentiasa risau
~ Mudah marah walaupun pada perkara yang kecil
~ Masalah tidur
~ Mula menjauhi hobi yang sebelum ini disukai

Bantu dan berceritalah dengan pasangan dan rakan terdekat demi kesihatan mental yang lebih baik.

Photos from Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang's post 07/03/2024

Penyakit Buah pinggang Kronik.

Anda tau tak tahun lepas sahaja, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan dialisis kerana kegagalan buah pinggang di Malaysia adalah seramai 49,447 orang. TERLALU RAMAI!

70% daripadanya berpunca daripada PENYAKIT DIABETIS.

Sebahagian besar daripada pesakit ini tidak mengalami sebarang gejala. Its silent. Sesetengahnya merasa kurang selera makan, kurang berat badan, gatal seluruh badan, loya muntah, sentiasa keletihan, bengkak kaki, sukar tidur, sawan..

Sakit buah pinggang ada 5 kelas.
Kelas 1
Kelas 2
Kelas 3a
Kelas 3b
Kelas 4
Kelas 5 = KEGAGALAN BUAH PINGGANG = DIALISIS

Jadi jangan bertangguh untuk lakukan pemeriksaan awal sebelum terlambat.

https://wa.me/60182325735

05/03/2024

Pap smear adalah ujian pengambilan sampel pada pangkal rahim untuk melihat perubahan pada sel- adakah normal atau adakah ia mula berubah kepada sel pre- kanser.

Ia adalah langkah awal untuk mengesan kanser pangkal rahim.

KKM menganjurkan pengambilan sampel pap smear bagi semua wanita berumur 20-65 tahun yang pernah melakukan hubungan seksual.

Ujian ini perlu diulang setiap 3 tahun sekali. (jika keputusan ujian pap smear terdahulu adalah normal). Ia perlu dilakukan dengan lebih kerap bagi mereka yang mendapat keputusan abnormal.

Jalani ujian pap smear di Poliklinik Pusrawi SMC Kajang pada harga RM 60, atau RM 30 (jika diambil dengan pakej darah).

https://wa.me/60182325735

29/02/2024

Papsmear rm 30 ?
ECG rm 30 ?

Yesss tapi dengan syarat kena ambil pakej blood test kami dulu! Baru dapat harga special.

https://wa.me/60182325735

Photos from Poliklinik Pusrawi SMC - Kajang's post 29/02/2024

Setuju tak jika saya kata, kematian disebabkan serangan jantung semakin kerap kita dengar?

In fact, statistik yang dikeluarkan oleh Jabatan Statistik Malaysia 2023 menyatakan serangan jantung ialah punca kematian tertinggi di Malaysia, bukan kanser, bukan strok, bukan kemalangan jalanraya.

SERANGAN JANTUNG PUNCA UTAMA KEMATIAN DI MALAYSIA.

Tertinggi buat LELAKI. MELAYU. BERUMUR 41-60 TAHUN.

Kenapa?

- Tabiat hidup manusia yang semakin malas bersenam.
- Pemakanan manusia yang sudah tidak seimbang.
- Tekanan.
- Kurang tidur.
- Merokok.
- Tinggi kolesterol, kencing manis, darah tinggi.
- Minum alkohol.
- Obese.

Semua yang boleh diubah, dicegah.

Dan fakta menunjukkan serangan jantung menyerang umur yang semakin muda, bukan hanya mereka yang telah berumur lanjut, malah seawal 20, 30-an.

Jom berubah.
Jom mulakan gaya hidup sihat.
Jom mulakan pemakanan sihat.
Jom cek penyakit kencing manis/ darah tinggi/ tinggi kolesterol di klinik2 berdekatan.
Berhenti merokok.

Poliklinik Pusrawi SMC Kajang.
https://wa.me/60182325735

27/02/2024

Mari sediakan diri untuk Ramadhan yang bakal menjelang.

26/02/2024

Panduan makan ubat kencing manis buat pesakit2 kencing manis di bulan Ramadhan.

1. Metformin

Metformin 500 mg 1x sehari
- Bulan biasa: makan pagi
- Bulan ramadhan: makan masa berbuka

Metformin 500 mg 2x sehari
- Bulan biasa: makan pagi, makan petang
- Bulan Ramadhan: makan masa sahur, makan masa berbuka

Metformin 500 mg 3x sehari
- Bulan biasa: makan pagi, tengah hari, malam
- Bulan Ramadhan : makan 250 mg masa sahur (satu pertiga), makan 750 mg masa berbuka (dua pertiga)

Metformin XR 500mg 1x sehari
- Bulan biasa : makan pagi
- Bulan Ramadhan: makan masa berbuka

2. Glicazide

Glicazide 80mg 1x sehari
- Bulan biasa: makan pagi
- Bulan Ramadhan: makan masa berbuka (separuh)

Glicazide 80 mg 2x sehari
- Bulan biasa: makan pagi, makan malam
- Bulan Ramadhan: makan separuh masa sahur, makan penuh masa berbuka

Gliclazide MR 60 mg 1x sehari
- Bulan biasa: makan pagi
- Bulan puasa: makan masa berbuka

3. Saxagliptin/ Vidagliptin (Galvus)/ Sitagliptin (Januvia), Linagliptin (Trajenta)
- Bulan biasa: makan pagi
- Bulan Ramadhan: makan masa berbuka

4. Empagliflozin (Jardiance)
- Bulan biasa: makan pagi
- Bulan Ramadhan: makan masa berbuka

5. Galvusmet/ Janumet (kombinasi)
- Bulan biasa: makan pagi
- Bulan Ramadhan: makan masa berbuka

5. Insulin

Bolus--
SC Actrapid 8U 3x sehari
- Bulan biasa: cucuk pagi, tengah hari, petang
- Bulan Ramadhan: cucuk 4U masa sahur (kurangkan 25-50%), skip tengah hari, cucuk 8U masa berbuka

Basal--
SC Insulatard 16U 1x malam
- Bulan biasa: cucuk 16U malam
- Bulan Ramadhan: cucuk 12U masa berbuka (kurangkan 15-30%)

Premixed--
SC Mixtard 20U 2x sehari
- Bulan biasa : cucuk pagi, cucuk petang
- Bulan Ramadhan: cucuk 10U masa sahur (kurangkan 20-50%), cucuk 20U masa berbuka

PERLU BUKA PUASA JIKA GULA 16
PERLU BUKA PUASA JIKA MENGGIGIL, KELIRU, BERPELUH2, PENING (hypoglycemia symptom)

26/02/2024

Biar betul rm 55 je boleh buat blood test?
Betul la tu.
Jom ambil darah di klinik kami.
Puasa malam sebelum tidur, dan dtg ambil darah.

Offer berbaloi ni, jangan terlepas peluang.
Kolesterol, gula, hati, buah pinggang, gout, air kencing.. semua dah masuk sekali.

https://wa.me/60182325735

05/10/2023

KHAS BAGI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

05/10/2023

Sementara stok masih ada... buat temujanji anda sekarang!!

11/07/2023

KHAS BAGI PENERIMA SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR)

01/04/2022

*JAWATAN KOSONG !!!*
PEMBANTU KLINIK
Poliklinik Pusrawi SMC (KAJANG)

Info :
- Minimum SPM
- Penampilan yang baik

* Sila emailkan resume anda ke [email protected] atau hubungi kami di talian 018-232 5735. Terima kasih.

27/12/2021

Info :
- Minimum SPM
- Bekerja shif

10/12/2021

*JAWATAN KOSONG !!!*
PEMBANTU KLINIK
Poliklinik Pusrawi SMC (UEP/Shah Alam) - 2 kekosongan
Poliklinik Pusrawi SMC (Kajang) - 1 kekosongan

Info :
- Minimum SPM
- Penampilan yang baik

* Sila emailkan resume anda ke [email protected] atau hubungi kami di talian 018-2325735.

Terima kasih.

11/05/2021

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kajang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Some pain you can distance yourself from, but a headache sits right where you live...
Alhamdulillah... Segala urusan dpermudahkan.. #rindutiadapenghujung
Riang ria program sunat perdana Taman Kantan Permai....

Telephone

Website

Address


No 15G, Jalan Sentosa Villa 1/1, Taman Sentosa Villa
Kajang
43000

Opening Hours

Monday 08:00 - 18:00
Tuesday 08:00 - 18:00
Wednesday 08:00 - 18:00
Thursday 08:00 - 18:00
Friday 08:00 - 18:00
Saturday 08:00 - 15:00

Other Kajang clinics (show all)
E-ZONE USANA E-ZONE USANA
Kajang, 43000

012-3456369 25 HOURS ---> Ezone USANA AND VEGEMO DISTRIBUTOR FB VEGEMO www.facebook.com/vegemo.mens

Optum Medical Optum Medical
1, Jalan BA 3/4 , Kawasan Perindustrian Bukit Angkat
Kajang, 43000

Optum Medical Sdn Bhd. is a company which specialises in the packing and distribution of Personal Protective Equipment (PPE) and medical devices.

Jus Al Wiqoyah Area Bangi Jus Al Wiqoyah Area Bangi
Kajang, 43000

Jus Al Wiqoyah Penawar Penyakit

Sharif Enterprise Sharif Enterprise
Jalan Sepakat Indah 2
Kajang, 43000

Doctor Negod Abdalziz Doctor Negod Abdalziz
Malaysia 36269
Kajang, 61949

دكتورة نجود عبد العزيز للعظام والمفاصل

Eskayvie Diffenz Online Shop Eskayvie Diffenz Online Shop
Kajang SILK
Kajang, 43000

■ DIFFENZ membantu: �Menguatkan ketahanan badan, cendawan susu harimau ialah tonik kesihatan bag

BIG PHARMACY BIG PHARMACY
No. 4, Taman Cahaya, Sg. Chua
Kajang, 43000

Antelope Enterprise PLT Antelope Enterprise PLT
Kajang, 43000

Founded in 2018, our mission is to provide customers with QUALITY medical products at AFFORDABLE PRI

MCP & EBL - Angsa Emas MCP & EBL - Angsa Emas
Kajang

Boost your immune system and skin with Magical C Pure 100% Vitamin C with Enhanced Body Lotion!!!

Maghfirah Medical Care - MMC Maghfirah Medical Care - MMC
No 7-1, Jalan Putra 2, Taman Putra
Kajang, 43000

Maghfirah Medical Care adalah sebuah laman FB rasmi Yayasan Maghfirah yang menjalankan projek kebaji

Jamu Dikna Store Jamu Dikna Store
Kajang

Membantu masalah dalaman dan luaran wanita