Akademi Grafologi Malaysia
Nearby schools & colleges
Bangi 43600
Bangi 43600
Institut Perubahan Iklim, Bangi
You may also like
http://www.akademigrafologi.com Karohs dari International School of Handwriting Analysis (ISHA).
Berdasarkan pengalaman menganalisis tulisan tangan pelajar sekolah dan mahasiswa universiti serta penyelidikan dalam bidang ini, Akademi Grafologi Malaysia (AGM) ditubuhkan untuk memasyarakat dan memartabatkan Grafologi serta menyediakan perkhidmatan yang mudah dicapai. Antara khidmat yang disediakan ialah;
(i) analisis tulisan tangan
(ii) membantu kes penipuan dokumen (Grafonomi)/Kes mahkamah
Nota: Analisis Pemalsuan Dokumen
Kajian oleh S. Osborn, seorang pakar terkenal dalam bidang analisis dokumen dan forensik, merupakan salah satu sumbangan paling penting dalam memahami pemalsuan dokumen. Salah satu karya terpenting beliau ialah buku berjudul "Questioned Documents", diterbitkan pada tahun 1910. Buku ini menjadi rujukan utama dalam bidang penyiasatan pemalsuan dokumen.
Berikut adalah beberapa aspek penting yang diterangkan dalam kajian Osborn:
1. Analisis Tulisan Tangan
-Pengenalpastian Tulisan Tangan: Osborn menekankan pentingnya menganalisis ciri-ciri unik tulisan tangan seseorang untuk mengenalpasti penulis asal. Ini termasuk kajian tentang tekanan pen, sudut tulisan, dan cara penulis membentuk huruf tertentu.
- Pemalsuan Tulisan Tangan: Osborn menerangkan bagaimana pemalsuan tulisan tangan boleh dikenalpasti melalui perbezaan halus dalam corak tulisan yang tidak konsisten, kelajuan menulis, dan kesalahan yang mungkin dilakukan oleh pemalsu semasa cuba meniru tulisan orang lain.
2. Penyiasatan Dakwat dan Kertas
- Jenis Dakwat: Kajian Osborn merangkumi analisis jenis dakwat yang digunakan dalam dokumen. Beliau menerangkan bagaimana dakwat dari zaman yang berbeza mempunyai komposisi kimia yang berbeza, dan ini boleh digunakan untuk menentukan kesahihan sesuatu dokumen.
- Kualiti dan Jenis Kertas: Osborn juga mengkaji kualiti kertas yang digunakan dalam dokumen. Contohnya, kertas yang tidak sepadan dengan zaman yang didakwa dokumen itu berasal boleh menimbulkan keraguan tentang kesahihannya.
3. Pemalsuan Dokumen
- Pemalsuan Tandatangan: Osborn memberi penekanan kepada teknik yang digunakan oleh pemalsu untuk meniru tandatangan. Beliau mengkaji tanda-tanda pemalsuan seperti goresan semula tandatangan atau tanda-tanda ketidakseimbangan dalam tandatangan yang boleh menunjukkan bahawa tandatangan tersebut dipalsukan.
- Alterasi Dokumen: Kajian beliau juga meliputi perubahan yang dilakukan ke atas dokumen asal, seperti penambahan, penghapusan, atau penggantian maklumat dalam dokumen.
4. Alat dan Teknik Penyiasatan
- Penggunaan Mikroskop: Osborn menggunakan mikroskop untuk menganalisis butiran halus dalam tulisan dan tanda-tanda perubahan yang mungkin tidak dapat dilihat dengan mata kasar.
-Fotografi: Teknik fotografi digunakan untuk membandingkan dokumen yang dicurigai dengan dokumen asal atau untuk memperbesar imej supaya analisis lebih terperinci dapat dilakukan.
5. Impak dan Kepentingan Kajian
- Kajian Osborn menjadi asas kepada banyak teknik moden dalam penyiasatan forensik dokumen. Beliau menggariskan prinsip-prinsip penting dalam pengesahan dokumen yang masih digunakan sehingga hari ini, termasuk dalam kes-kes perundangan yang melibatkan pemalsuan dokumen.
Melalui kajian-kajian beliau, Osborn bukan sahaja membantu menyelesaikan kes-kes pemalsuan yang rumit tetapi juga membentuk asas metodologi untuk kajian lanjut dalam bidang analisis dokumen. Kerja-kerja beliau masih dianggap sebagai rujukan penting dalam bidang ini, dan banyak teknik yang diperkenalkan olehnya terus relevan dan digunakan oleh pakar-pakar forensik di seluruh dunia.
BERMINAT UNTUK BELAJAR DENGAN LEBIH MENDALAM SEHINGGA DITAULIAHKAN, BOLEH HUBUNGI UNIT PENGURUSAN AGM.
SELAMAT HARI MERDEKA KE-67 TAHUN
UNIT PENGURUSAN
Akademi Grafologi Malaysia (AGM)
Unit Pengurusan AGM ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pelanggan, peserta, rakan sekerja setiap unit dan semua yang menyumbangkan peranan secara langsung mahupun tidak langsung bagi kelangsungan perjuangan AGM sepanjang separuh penggal bagi tahun 2024 iaitu dari bulan Januari sehingga Julai.
Semua urusan bengkel dan program anjuran telah dengan jayanya dilaksanakan. Perjuangan dan kerja-kerja kebajikan dalam membantu secara individu, berkumpulan seterusnya dalam komuniti telah banyak memberi manfaat dan ilmu baru kepada pasukan AGM seperti:
*membantu kes-kes klinikal
*mengadakan ziarah keluarga
*mengadakan ziarah bekas
peserta
*khidmat nasihat berkelompok
*misi bantuan 'ribut utara'
*kembara 'jihad' menjejak auliya
Melaksanakan analisis untuk Pemilihan Bidang Dan Kerjaya juga telah berjaya dilaksanakan peringkat demi peringkat bermula daripada Februari sehingga Julai. Sebanyak 1586 sampel tulisan tangan telah diterima dan pecahannya terdiri daripada beberapa kelompok:
*lepasan SPM
*lepasan diploma
*lepasan Ijazah Pertama
*lepasan Sarjana
*calon PhD
Sesi perjumpaan harian bagi rujukan klinikal, terapi, coaching dan khidmat nasihat diteruskan seperti yang dijadualkan. Boleh menghubungi AGM untuk menetapkan temu janji.
Penghantaran sampel bagi tujuan analisis bidang dan kerjaya serta rujukan kes-kes klinikal dan perkhidmatan khidmat nasihat dibuka sepanjang tahun seperti biasa dan anda boleh menghubungi Unit Pengurusan.
Terima kasih kepada ibu bapa, anak-anak, para peserta, pelanggan dan pasukan dari semua unit di Akademi atas kerjasama dan kesungguhan yang diberikan.
Kerja-kerja analisis kes-kes penipuan dokumen (Forensik) dan analisis kes-kes jenayah yang masih berbaki berjalan seperti biasa dan ada yang sedang diuruskan oleh Unit Forensik AGM di saat ini.
'Grafologi Mampu Memberi Kendiri Yang Hebat'
SELAMAT MENYAMBUT MAAL HIJRAH 1446H
Ingin dimaklumkan bahawa kursus yang telah dikeluarkan melalui takwim AGM untuk akhir Jun dan Julai telah ditangguhkan.
Alhamdulillah kepada yang terlibat dan memberi kerjasama dalam membantu Kes080524/MH/VR4.
Akhirnya sudah selesai dengan jayanya✒️
Jom kita dengar:
1. Bicara singkat peserta tentang Kursus Cert.
2. Kupasan pendapat mereka tentang peri penting ilmu ini.
3. Saranan mereka kepada yang belum menyertai.
Testimoni sebagai pembuka minda dan ruang ilmu dalam diri dan hidup kita.
Pn.Aidayu
Pegawai Bank
~Menulis Adalah Medium Pemberi Arahan Yang Sihat,Tulisan Seperti Vitamin Yang Mendorong Kita Menjadi Sihat~
Jom kita dengar:
1. Bicara singkat peserta tentang Kursus Cert.
2. Kupasan pendapat mereka tentang peri penting ilmu ini.
3. Saranan mereka kepada yang belum menyertai.
Testimoni sebagai pembuka minda dan ruang ilmu dalam diri dan hidup kita.
En.Nur Hidayat
Kaunselor UTP
~Menulis Adalah Medium Pemberi Arahan Yang Sihat,Tulisan Seperti Vitamin Yang Mendorong Kita Menjadi Sihat~
Jom kita dengar:
1. Bicara singkat peserta tentang Kursus Cert.
2. Kupasan pendapat mereka tentang peri penting ilmu ini.
3. Saranan mereka kepada yang belum menyertai.
Testimoni sebagai pembuka minda dan ruang ilmu dalam diri dan hidup kita.
Coach ZulRich
Timbalan Pengarah
MARA
~Menulis Adalah Medium Pemberi Arahan Yang Sihat,Tulisan Seperti Vitamin Yang Mendorong Kita Menjadi Sihat~
Kursus Certified Handwriting Analyst, CHA (Level 1), 14 - 17 Mei 2024.
Kursus ini telah mengisi Takwim Tahunan Akademi Grafologi Malaysia (AGM). Bertambah statistik penyertaan seramai dua orang lagi bagi awal penggal kedua 2024.
Tahniah kepada Pn.Aidayu dan En.Nur Hidayat kerana telah mengikuti kursus ini sepenuhnya selama empat hari dan telah layak dan ditauliahkan sijil semalam. Terus melangkah dengan istiqomah dengan latihan analisis sampel yang berterusan.Terima kasih kerana menjadi peserta yang begitu fokus dan menunjukkan minat dan kerjasama yang sangat cemerlang. Seorang daripada bidang perbankkan dan seorang lagi kaunselor ternyata mempunyai matlamat yang sama demi meneruskan perjuangan dan lebih bersedia dengan ilmu baru untuk kerjaya yang lebih baik dan tuntas memahami kehidupan yang sangat kompleks ini.
Terima kasih dan tahniah juga kepada Tn.ZulRich kerana bersemangat mengikuti kelas untuk kali kedua bagi mengukuhkan lagi kefahaman dan meningkatkan kemahiran menganalisis.
Terima kasih kepada Unit Pengurusan Akademi terutama kepada Dr.Anuar Kasa kerana telah bertindak sebagai pengurus tunggal selama empat hari kursus dijalankan yang turut mengikuti kelas untuk sama-sama berada untuk memastikan keperluan sepanjang kursus diuruskan dengan baik.
Tahniah dan selamat maju jaya kepada semua.
~Menulis Adalah Aktiviti Yang Berpusat Di Minda, Tulisan Adalah Hasil Aktiviti Tersebut Yang Terzahir Di Permukaan Yang Dipilih Untuk Menulis Atau Membentuk~
Dari Unit Pengurusan Dan Unit Kemanusiaan AGM.
Kembara Utara Ramadhan 1445H.
22-30 Mac: Kembara Jihad Keluarga dan Ilmu
24-28 Mac, terapi singkat - Kes Keganasan rumahtangga dan kes cabul
26 Mac, ziarah ukhwah - Kes Klinikal (Kg. Darat Changloon)
28 Mac, ziarah ilmu - Bekas Peserta (Kg. Rawa Changloon)
2-8 April: Terapi dan laporan
*Selesaikan urusan terapi individu secara online dan bersemuka.
*Siapkan laporan klinikal (2 klien)
*Siapkan Penelitian Awal Kes Forensik (1 kes)
Diurus, dianalisis, disediakan dan dikendalikan oleh Ketua Penganalisis Akademi, Dr. Hanida.
~Menulis Membantu Untuk Pulih,Tulisan Membantu Untuk Bertindak~
Kursus Forensik Tulisan:Melihat Kebohongan, Ketidakjujuran & Tanda-Tanda Bahaya Dalam Tulisan Tangan.
Tarikh: 25 April 2024
Hari : Khamis
Tempat: FKAB, UKM Bangi
Berminat untuk mengetahui serba sedikit tentang Forensik Tulisan?
Mungkin sudah lama tercari-cari rahsia yang tersembunyi di sebalik tulisan tangan kita.
Mungkin juga tidak pernah terfikir melalui tulisan tangan rahsia besar ini boleh dibongkarkan.
ATAU sedang tercari-cari siapakah yang boleh membantu anda untuk meleraikan kekusutan ini.
Kami di AGM tertanya-tanya adakah anda sebahagian daripada mereka yang mempunyai persoalan begini.
============================
Jika inilah persoalan dan masalah yang masih belum diselesaikan, tidak salah dan belum terlewat untuk anda bersama AGM pada 25 April 2024 nanti. Dengan metod yang sangat mudah dan superb ini persoalan besar yang bermain diminda anda akan dapat diselesaikan.
"Banyaknya cabang yang boleh diaplikasi dengan ilmu grafologi ini. Kami sangat teruja dan sejujurnya sangat terkejut kerana sebelum ini mendapat maklumat yang sangat terhad. Betapa pentingnya ilmu grafologi ini diguna dan dipraktikkan dalam organisasi. Sangat luas dan kami sudah melihat keperluan dan keberkesanannya..." ini antara kata-kata bekas peserta yang pernah mengikuti sesi perkongsian sebelum ini.
Daftar segera untuk pengesahan tempat sebelum atau pada 05 April 2024 dan bayaran sebelum atau pada 15 April 2024.
Hubungi Unit Pengurusan AGM:
Whatsapp 011-11818655 📳
MELIHAT TAHAP RISIKO KESIHATAN MENTAL MELALUI ANALISIS TULISAN TANGAN
TARIKH:30 APRIL 2024
HARI :SELASA
TEMPAT:UKM, BANGI
Ambil peluang untuk mengutip ilmu yang sangat bermanfaat bagi lingkungan kehidupan kita hari ini. Ramai di sekeliling kita mungkin perlukan perhatian dan bantuan.
Ada diantara mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan. Sedar, tetapi tidak berusaha untuk mengambil tindakan yang betul kadang-kadang mendatangkan musibah kepada diri, keluarga dan juga masyarakat.
Jika memiliki sedikit ilmu ini sekurang-kurangnya kita mampu membantu dengan memberi pandangan dan khidmat nasihat yang diperlukan selain peka dengan keadaan sekeliling dengan siapa kita hidup, tinggal, berjumpa mahupun berurusan.
Dengan menyertai perkongsian ini, anda akan diberi ilmu untuk mengetahui masalah kesihatan mental bagi peringkat permulaan dan pertengahan serta ciri-ciri yang membawa kepada risiko yang lebih besar merujuk kepada Analisis Tulisan Tangan.
Perlu mengambil langkah dengan mengutip ilmu ini kerana kita tidak boleh hidup sendirian dan kita tidak tahu dengan siapa kita akan berurusan dalam kehidupan kita. Adalah terbaik jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk mengenal seseorang agar keselamatan kita lebih terjamin.
Pendaftaran dan Pengesahan tempat hendaklah dilakukan dengan kadar segera atau selewatnya pada 15 April 2024.
YURAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA 22 April 2024.
Hubungi:
Whatsapp 011-11818655📳
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/13/kesihatan-mental-di-malaysia-semakin-membimbangkan/
Kursus Singkat: Melihat Ciri-Ciri Feminin Vs Maskulin Dan Memahami Konflik Diri Melalui Metod Analisis Tulisan Tangan
Tarikh: 7 & 8 May 2024
Hari : Selasa & Rabu
Tempat: FKAB, UKM
Seseorang wanita itu adakah 100% tulisannya feminin dan seseorang lelaki itu adakah 100% tulisannya maskulin. Satu pertanyaan yang menarik dan mungkin ramai yang tidak pernah terfikir akan perkara ini.
Jika berlaku pertentangan dalam tulisan, adakah ciri-ciri ini akan hilang dan mengurangkan kewibawaan bagi seorang wanita dan lelaki itu?
Atau adakah akan memberi impak lain dalam diri sehingga menimbulkam konflik diri?
Jawapannya pada 7 & 8 May 2024 nanti. Jom daftar beramai-ramai bagi slot perkongsian yang ditawarkan pada May ini.
Pendaftaran dan pengesahan tempat selewat-lewatnya pada 15 April 2024. Yuran perlu dijelaskan sebelum atau pada 25 April 2024.
Hubungi Unit Pengurusan AGM:
011-1181 8655
KURSUS CERTIFIED HANDWRITING ANALYST (CHA) LEVEL.1.
TARIKH : 14 - 17 MAY 2024
HARI : SELASA - JUMAAT
TEMPAT: UKM, BANGI
Peluang keemasan untuk menjadi penganalisis tulisan tangan dan mendapat bimbingan daripada penganalisis berpengalaman yang mempunyai pengetahuan mendalam dengan cabang dan bidang Grafologi.
Satu platform yang ditawarkan untuk menyediakan bakal penganalisis yang akan dibekalkan dengan keperluan ilmu yang lengkap dan merangkumi semua cabang yang ada. Kursus ini merupakan 'induk' kepada cabang yang lain sebagai langkah pertama untuk menjadi penganalisis bertauliah.
Jauh lebih murah daripada harga semasa dan masih mengekalkan 'Harga Lama' bagi Siri 2024. Boleh disertai oleh sektor swasta mahupun kerajaan serta individu yang berminat.
Sebagai satu peluang kerjaya yang terbaik dalam membantu masyarakat ke arah mampu menginspirasikan diri untuk menjadi yang terbaik.Peluang tidak selalu datang, yang datang ada kalanya tidak kembali lagi dan mungkin kembali dengan wajah baharu yang begitu banyak perubahan sehinggakan kita tidak mampu lagi memilikinya.
PENDAFTARAN DAN PENGESAHAN TEMPAT PERLU DILAKUKAN DENGAN KADAR SEGERA ATAU SELEWAT-LEWATNYA PADA 20 APRIL 2024.
TAWARAN BAYARAN PENYERTAAN SECARA BERKALA DAN RUNDINGAN DIBERI KEPADA YANG MEMERLUKAN DAN YANG BERMINAT.
KEPADA SEMUA PESERTA, BAYARAN AWAL/PENDAHULUAN ATAU SECARA SEPENUHNYA PERLU DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA 30 APRIL 2024. UNIT PENGURUSAN AGM AKAN MEMBERI MAKLUMAT BERKAITAN MELALUI APLIKASI WHATSAPP KEPADA SEMUA PESERTA YANG TELAH MENDAFTAR.
Rebut dan daftar sekarang untuk dapatkan tempat terawal kerana tempat sangat terhad. Dijalankan dalam kuantiti peserta yang kecil untuk lebih memberi bimbingan sepanjang kursus.
TEMPAT HANYA DITAWARKAN KEPADA 20 ORANG PESERTA SAHAJA.
Peserta yang menyertai kursus ini akan diberi:
》satu modul induk yang lengkap
》satu modul slant
》satu kamus penghayatan 'traits'
》 peralatan untuk menganalisis
》 bahan untuk rujukan dan info
》 sampel- sampel untuk dianalisis
sepanjang kursus
Pentauliahan dua sijil serentak akan diberikan setelah memenuhi syarat iaitu menghantar report analisis dan menjawab ujian pemahaman 'traits' yang diberikan. Penyediaan dua tugasan ini akan dibimbing sepenuhnya oleh penganalisis berpengalaman dan 'team' AGM di bawah bimbingan Dr. Hanida Haron.
Daftar segera sementara peluang masih dibuka.
Hubungi dengan whatsapp 》011-1181 8655📳
~MENULISLAH SELALU JIKA INGIN MEMILIKI KENDIRI YANG HEBAT~
MELIHAT TAHAP RISIKO KESIHATAN MENTAL MELALUI ANALISIS TULISAN TANGAN
TARIKH:23 MAY 2024
HARI :KHAMIS
TEMPAT:UKM, BANGI
Ambil peluang untuk mengutip ilmu yang sangat bermanfaat bagi lingkungan kehidupan kita hari ini. Ramai di sekeliling kita mungkin perlukan perhatian dan bantuan.
Ada diantara mereka mungkin tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan bantuan dan perkhidmatan yang diperlukan. Sedar, tetapi tidak berusaha untuk mengambil tindakan yang betul kadang-kadang mendatangkan musibah kepada diri, keluarga dan juga masyarakat.
Jika memiliki sedikit ilmu ini sekurang-kurangnya kita mampu membantu dengan memberi pandangan dan khidmat nasihat yang diperlukan selain peka dengan keadaan sekeliling dengan siapa kita hidup, tinggal, berjumpa mahupun berurusan.
Dengan menyertai perkongsian ini, anda akan diberi ilmu untuk mengetahui masalah kesihatan mental bagi peringkat permulaan dan pertengahan serta ciri-ciri yang membawa kepada risiko yang lebih besar merujuk kepada Analisis Tulisan Tangan.
Perlu mengambil langkah dengan mengutip ilmu ini kerana kita tidak boleh hidup sendirian dan kita tidak tahu dengan siapa kita akan berurusan dalam kehidupan kita. Adalah terbaik jika kita mempunyai sedikit ilmu untuk mengenal seseorang agar keselamatan kita lebih terjamin.
Pendaftaran dan Pengesahan tempat hendaklah dilakukan dengan kadar segera atau selewatnya pada 6 May 2024.
PEMBAYARAN PERLU DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA 13 MAY 2024.
Hubungi:
Whatsapp 011-11818655📳
https://www.mkn.gov.my/web/ms/2023/04/13/kesihatan-mental-di-malaysia-semakin-membimbangkan/
Kursus Pemilihan Bidang Dan Kerjaya (Recruitment & Selection) Melalui Metod Analisis Tulisan Tangan.
Tarikh:28 & 29 May 2024
Hari :Selasa & Rabu
Tempat:FKAB, UKM Bangi
Merujuk kepada satu-satunya modul yang dibangunkan oleh Dr. Erika Margarethe Karohs. Modul ini turut digunakan oleh 'The U.S. Department of Labor'. Bagi memantapkan lagi ketepatan analisis, satu inisiatif telah diambil dengan menggabungkan 'Evaluated Traits' sebagai modul tambahan.
Memilih bidang dan kerjaya yang tepat akan memberi jaminan konsistensi positif dalam hala tuju kehidupan kita. Mampu membina mandiri yang dinamik dan meneroka kehidupan dengan lebih berani dan yakin. Modul ini akan menjadi panduan kepada diri untuk sentiasa membuat yang terbaik untuk mencapai target yang ditetapkan.
Boleh membantu ramai anak-anak pelajar di luar sana mahupun yang sudah berkerjaya untuk menetapkan keputusan yang diimpikan mahupun yang dirancangkan. Akan lebih membuka jalan dan memberi idea dalam usaha membuat pilihan dan keputusan dalam bidang pengajian mahupun kerjaya, malah mampu memantapkan lagi kefahaman untuk menjadi pelajar dan pekerja yang lebih cemerlang.
Setiap bidang dan pekerjaan yang dikongsi dalam modul ini telah diteroka dan dikaji 'traits' yang diperlukan. Maka akan memudahkan kefahaman dan membantu proses analisis.
Usah ketinggalan untuk mendaftar dan belajar bersama pakar dari Akademi Grafologi Malaysia (AGM).
Pendaftaran dan pengesahan tempat selewat-lewatnya pada 13 May 2024. Bayaran perlu dijelaskan sebelum atau pada 20 May 2024.
Hubungi Unit Pengurusan AGM:
Whatsapp
011-1181 8655
KURSUS KHAS GRAFO-FORENSIK
(Pemeriksaan Dokumen Forensik)
Tarikh: 04 & 05 Jun 2024
Hari : Selasa & Rabu
Tempat: UKM, Bangi.
Pernahkah anda mendengar tentang 'Pemeriksaan Dokumen Forensik', ' Grafologi Forensik' atau ' Grafonomi'. Bidang ini sangat diperlukan bagi negara kita berdasarkan statistik yang sentiasa meningkat saban tahun bagi kes-kes berkaitan dengan penipuan dan pemalsuan dokumen bertulis.Tenaga pakar kita sangat kurang dan amat diperlukan dengan graf yang agak tinggi bagi kes forensik di seluruh negara (berdasarkan kes yang merujuk dengan AGM).
Bagi mereka yang meminati bidang teknikal yang lebih merujuk kepada penggunaan alat serta mempunyai kecekapan tangan (manual dexterity) yang tinggi selalunya mudah tertarik dengan cabang dokumen forensik ini. Seperti seorang pegawai penyiasat, ketelitian dan ketekunan merupakan satu kelebihan yang diperlukan, begitu juga bagi cabang dokumen forensik ini. Minat juga merupakan aspek yang sangat penting sebagai penggerak yang konsisten.
Bagi memenuhi minat dan menjawab persoalan ini anda dijemput untuk sama- sama memenuhi 'seat' yang ditawarkan untuk mengikuti KURSUS KHAS GRAFO- FORENSIK yang akan diadakan seperti yang dinyatakan dalam iklan di bawah.
Dialu-alukan semua kakitangan kerajaan dan swasta dari unit-unit kecil mahupun pengurusan tertinggi organisasi, unit integriti atau yang seumpamanya menyahut tawaran ini. Dijalankan secara bersemuka, dimulakan dengan sesi pemahaman prinsip pemeriksaan dokumen, sesi analisis dan membuat draf laporan. Sepanjang kursus akan diselit dengan aktiviti yang akan menguji minda sedar dan separa sedar serta aktiviti yang merujuk kepada ketajaman dan kepekaan daya sensori yang kita miliki.
Daftar segera kerana tempat hanya dibuka kepada 10 peserta sahaja.
Pendaftaran dan pengesahan tempat boleh dilakukan dengan kadar segera atau selewat-lewatnya pada 15 May 2024.
PEMBAYARAN PENDAHULUAN (JIKA MEMILIH SECARA BAYARAN BERKALA) ATAU BAYARAN PENUH PERLU DIJELASKAN SEBELUM ATAU PADA 20 MAY 2024. UNIT PENGURUSAN AGM AKAN MAKLUMKAN INFO BERKAITAN MELALUI WHATSAPP SETELAH TUAN PUAN MEMBUAT PENDAFTARAN.
Hubungi kami dengan whatsapp ke 》011-1181 8655📳
KURSUS KHAS IDENTITI Vs AKTUAL
(Menganalisis Dan Memahami Makna Tandatangan)
TARIKH : 11 & 12 JUN 2024
HARI : SELASA & RABU
TEMPAT: UKM, BANGI
Sama-samalah kita berdamai dengan IDENTITI diri kita. Kerana ia adalah kita. Malah kita jugalah yang bertanggungjawab membentuknya dengan cara yang kita inginkan sama ada kita sedar atau tidak.
🖋️Fahamkah kita ketika IDENTITI kita sedang LEMAS atau MEMBERONTAK?
🖋️Pekakah kita bila JAMBATAN penghubung yang menuju ke IDENTITI kita sudah goyah dan reput.
🖋️Perlukah kita biarkan IDENTITI dan AKTUAL kita bersengketa tanpa kesudahan.
Semua jawapan ini anda boleh temui pada 11 & 12 Jun 2024 nanti. Ambil peluang untuk bersama-sama Ketua Penganalisis AGM, Dr. Hanida Haron dalam sesi perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat ini.
PENDAFTARAN, PENGESAHAN TEMPAT DAN YURAN PERLU DILAKUKAN DAN DIJELASKAN SELEWAT-LEWATNYA PADA 30 MAY 2024.
Apa yang anda akan dapat?
✅ Satu modul khas Identiti Vs Aktual
✅ Satu modul umum untuk lebih memahami bidang Grafologi dan cara analisis tulisan tangan
✅ Memahami adakah diri anda sedang bersengketa dengan identiti anda
✅ Tips berguna untuk mendapatkan 'design' tandatangan yang terbaik
✅ Bimbingan secara langsung selama dua hari
✅ Ilmu memahami makna tandatangan dengan mendalam
Whasap segera nombor yang diberi pada iklan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lengkap.
♡ Letakkan Titik Akhir Untuk Mengakhiri Pesengketaan Yang Tidak Kita Sedari. Kukuhkan Diri Kita Yang Sebenar Dan Bina Identiti Yang Hebat♡
Whatsapp📳011-11818655
Kursus Khas Grafologi Klinikal
Tarikh :25 & 26 Jun 2024
Hari :Selasa & Rabu
Tempat:FKAB, UKM Bangi
Kali pertama dibuka kepada umum. Dialu-alukan kepada semua untuk sama-sama menyertai terutama kepada Pegawai Psikologi dan Kaunselor yang sering berhadapan dan menguruskan kes-kes kesihatan mental.
Keperluan dan kepakaran dalam bidang ini sangat diperlukan. Saban tahun menunjukkan peningkatan kes dan pelbagai isu berkaitan yang memerlukan satu pendekatan dan metod khas agar bantuan dan perkhidmatan yang diberikan menepati keperluan.
Sama-sama kita tingkatkan kualiti kesihatan mental dengan tanamkan kesedaran melalui ilmu yang sangat bermanfaat ini.
Boleh mendaftar sekarang atau selewat-lewatnya pada 10 Jun dan yuran perlu dijelaskan sebelum atau pada 15 Jun 2024.
Sila WhatsApp Unit Pengurusan AGM: 011-1181 8655 📞
26 - 29 Feb 2024, mencipta sejarah tersendiri untuk Akademi kerana telah memecah rekod sebelum ini dengan penyertaan tertinggi peserta bagi kursus Certified Handwriting Analyst (CHA), Level 1 iaitu seramai 30 orang dari satu jabatan.
Terima kasih Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) terutama Pn.Ziana Awang atas usaha dan memilih AGM untuk merealisasikan perkongsian ilmu selama empat hari bersama Ketua Penganalisis Akademi iaitu Dr. Hanida dan dua orang pembantu iaitu Dr. Anuar dan saudara Mirza Aqmar.
Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen dan kesungguhan yang ditunjukkan. Semangat dan
kesungguhan yang ditunjukkan memberikan suasana perkongsian lebih menarik dan penuh dengan kemeriahan dan keterujaan.Semua peserta sangat menunjukkan minat yang sangat tinggi dan sangat 'sporting' sepanjang kursus.
Semoga ada peluang rezeki untuk bertemu di kursus-kursus yang akan datang.
SELAMAT MAJU JAYA KEPADA SEMUA PESERTA.
~Selalu Menulis Menunjukkan Kita Sering Berdialog Dengan Diri Kita, Sudah Pasti Dialog Yang Baik Sahaja Yang Ingin Kita Tuturkan, Menulis Itulah Cara Terbaik Untuk Zahirkannya~
Kursus Tertutup Atas Permintaan Jabatan 6 - 10 Feb 2023. Kursus diambil secara berpakej iaitu Certified Handwriting Analyst, CHA Level 1 + Kursus Khas Periksaan Dokumen Forensik.
Alhamdulillah seramai 15 peserta telah didaftarkan.Semoga dapat dimanfaatkan ilmu yang dikongsi selepas ditauliahkan nanti.
~Tulisan Boleh Dianalisis, Hasil Diagnosis Mampu Memberikan Impak Positif Dalam Kehidupan~
30 Januari 2024
1)Menyelesaikan semua kes Forensik yang dirujuk untuk penggal ke dua 2023 (Julai - Disember).
Antara isu:
a)Pertikaian tandatangan pada surat wasiat - 4 kes
b)Pemalsuan tandatangan pada dokumen 'sale n purchase' - 3 kes
Kes Klinikal:
2) Membantu kes jenayah dan memberi kerjasama dan khidmat nasihat kepada Unit D11, Bukit Aman (8 kes rujukan sendiri, 5 kes Bkt Aman)
3)Memberi sesi terapi untuk kes-kes klinikal - 8 kes (2 masih dalam sesi terapi pertengahan)
Perjuangan dan MISI 2024 Untuk perbanyakkan sesi perkongsian ilmu di bawah penganjuran Akademi mahupun program-program jemputan dan Kembara Ilmu🤲❤️
Khabar gembira juga telah kami terima hari ini. Syukur Alhamdulillah🤲
SELALULAH MELAWAT FB DAN WEBSITE KAMI,MUNGKIN ADA ILMU YANG AKAN MENYAPA HATI TUAN/PUAN NANTI.SETERUSNYA AKAN MEMBINGKISKAN PERTEMUAN ILMU BUAT KITA DI AKADEMI GRAFOLOGI MALAYSIA (AGM).
~Selalulah Menulis Untuk Memulihkan Kekuatan Minda Kita~
MAKLUMAN SEMASA PERTUKARAN TARIKH KURSUS:
KURSUS IDENTITI vs AKTUAL (Memahami Makna Tandatangan) PADA 26 & 27 FEBRUARI 2024 DITUKAR KEPADA 12 & 13 (Isnin & Selasa) FEB 2024.
SEMUA URUSAN BERKAITAN PENDAFTARAN DAN PEMBAYARAN PERLU DILAKUKAN PADA ATAU SEBELUM 1 FEBRUARI 2024.
MOHON AMBIL MAKLUM
Unit Pengurusan AGM
MEMANTAPKAN INTEGRITI DAN MENGUKUHKAN KEPIMPINAN
Satu ilmu dan kemahiran yang 'WAJIB" ada pada setiap Kementerian,Jabatan,Unit Integriti Negeri,mahupun individu.
Kami membuka peluang kepada semua untuk 'Membuat Tempahan' Kursus-kursus Tambahan Analisis Tulisan Tangan (Grafologi) seperti:
1.Kursus Integriti
2.Kursus Kepimpinan
3.Kursus Komunikasi
4.Kursus Produktiviti
5. Kursus 'Criminal Minds'
Kursus-kursus ini dibuka sepanjang tahun dan keutamaan diberi kepada organisasi yang berminat. Pengarah dan Ketua Penganalisis Akademi sendiri iaitu Dr.Hanida telah merangka dan menghasilkan modul dan akan menyampaikan perkongsian ini.
Sudah sampai masanya kita mengaplikasikan ilmu dan kemahiran yang mampu menjadi alat ukuran pencapaian kita dan menyediakan profile yang lengkap dan terperinci bagi setiap sektor sebagai bukti dan data yang boleh dirujuk dan dapatan yang boleh dimaskini dan diperbaiki.
https://www.facebook.com/share/fsW3mRBMgRK7aUUz/?mibextid=TrneLp
~Menulis Adalah Lubuk Ilmu Yang Mudah Untuk Dikuasai~
📖✒️SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2024✒️📖
SEMOGA ILMU GRAFOLOGI AKAN LEBIH DIKENALI DAN DISEBARLUASKAN KEPADA SEMUA LAPISAN MASYARAKAT DI MALAYSIA.
KURSUS SINGKAT MEMAHAMI GRAFOLOGI DENGAN MUDAH - MELALUI METOD GESTALT
Perkongsian ini terbuka kepada semua jenis tulisan seperti Rumi, Jawi, Cina, Tamil dan lain-lain. Tidak terbatas kepada tulisan rumi (roman) sahaja melalui Metod Gestalt semua jenis tulisan boleh dianalisis. Semua bangsa boleh bersatu dan bersama di bawah satu bumbung ilmu iaitu Grafologi.
Metod yang sering didedahkan dalam Grafologi yang akan melengkapkan perjuangan dalam arena ilmu ini selalunya disarankan untuk memenuhi pakej di bawah:
GESTALT ➖ KAEDAH TRAIT ➖ ANALISIS TANDATANGAN
Metod Gestalt akan memberi pendedahan secara keseluruhan bagaimana makna tulisan itu tersirat di sebalik bentuknya yang tersurat pada permukaan yang dipilih untuk kita menulis.
Metod yang disebut juga sebagai 'birds eye perspective' untuk melihat personaliti seseorang secara keseluruhan. Metod Gestalt ini boleh digunakan untuk melakukan analisis ke atas bahasa yang kita tidak tahu atau tidak faham mahupun yang kita tidak boleh membaca skrip tersebut. Daripada analisis Gestalt ini, kita akan lebih memahami sifat seseorang dan bukannya sekadar tindakan dan tingkah laku semata-mata.
JIKA BERMINAT BOLEH MENDAFTAR SEKARANG DAN MENJELASKAN YURAN SELEWAT-LEWATNYA PADA 19 JANUARI 2024.
Tarikh :30 JANUARI 2024
Hari :SELASA
Tempat:UKM
Masa :9.00am - 5.30pm
Hubungi: 011-11818655✔️
011-11818655✔️
011-11818655✔️
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Website
Address
Kajang
43000
29, Jalan Pintar 2, Taman Universiti
Kajang, 43000
PASTI AL-SHAMSHI Sg. Tangkas ditubuhkan pada tahun 2012 dan beroperasi hingga kini.
Jalan Puteri 2A/8, Bandar Puteri Bangi
Kajang, 43000
Untuk info lanjut dan respon pantas : Sila whatsapp kami! InsyaAllah kami akan reply secepat yang mungkin. Tekan je link di bawah 📲 : https://wa.me/+60194287350
Kajang, 43000
MATAS di wujudkan hasil dari sokongan & permintaan masyarakat setempat untuk menyediakan pengajian Tahfiz Sepenuh Masa (Harian atau asrama). Pengajian dibuka kepada pelajar berumur...
No. 8 Jalan Puteri 2A/5, Bandar Puteri Bangi
Kajang, 43000
Pre School 4 to 6 years old
Kajang, 43000
Mendidik murid supaya cemerlang dalam pelbagai aspek untuk mencapai matlamat wawasan 2021
Kajang
SK DESA PINGGIRAN PUTRA Persiaran Desa Pinggiran 4A Desa Pinggiran Putra 43000 Kajang
42-1, Jalan Jade Hills Utama 1/2 Commerce Village, Jade Hills
Kajang, 43000
We pride ourselves on being one of the most effective, affordable and interactive tuition center.
No 16, Jalan Damai Mewah 2, Taman Damai Mewah
Kajang, 43000
Sekolah kecantikan. Dapatkan sijil kecantikan hanya dalam 3 hari
KM 22, Jalan Cheras
Kajang, 43000
“We Strive for Excelence” SAAS BOLEH SAAS HEBAT SAAS JUARA
13-1, Jalan Seri Putra 1/2, Bandar Seri Putra
Kajang, 43000
Future Faculty adalah idea & inisiatif Cikgu Qai setelah menghampiri 1 dekad . Ditubuhkan untuk membantu pelajar memahami dan menguasai pelajaran. Pembelajaran dalam kumpulan k...