Rawatan Islam Kampar
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
“Dan apabila aku sakit, maka Di
Terapi Ruqyah Pemusnah Jin
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.
Terdapat ramai orang yang sering berada dalam ketakutan kerana melihat kelibat jin atau jin menampakkan diri kepada mereka dalam keadaan yang mengerikan. Bahkan sering juga berlaku jin yang sengaja menyakiti tubuh manusia. Bagaimana mereka mempunyai kekuatan untuk menyakiti dan menakutkan manusia ? Sebab utamanya adalah kerana rasa takut!.
Antara rahsia kejayaan dalam meruqyah membentengi diri daripada gangguan jin ialah niat, keikhlasan, keyakinan dan ketakwaan kepada Allah , dan bacaan Ayat suci Al-Quran dan doa-doa. Inilah kunci kekuatan untuk mengalahkan jin dan tukang sihir. Kunci ini juga Insya Allah membantu menyembuhkan kesan gangguan jin dan sihir.
Teknik Pemusnah Jin
1.Jika Jin Menampakkan Dirinya
-Yang harus dilakukan oleh pesakit ialah berani dan yakin dengan pertolongan Allah! Apabila jin menampakkan diri kepada manusia mereka berada dalam keadaan yang lemah. Perkara yang perlu dilakukan ialah bertakbir dan memukul dengan tangan seperti memancung pada leher jin tersebut. Jika tepat kena pada sasaran, leher mereka boleh terputus atau terbelah tubuh mereka. Boleh juga menggunakan tusukan, tumbukan atau tendangan mengikut keinginan pesakit.
2.Jika Hanya Pesakit Yang Melihat Jin
-Jika pesakit melihat adanya jelmaan atau gambaran jin yang berada di sekitar rumah, berada dekat tubuhnya, berada di tempat tertentu ketika sesi rawatan, perawat meminta pesakit membaca kalimah tammah dengan niat untuk menghancurkan jin tersebut. Lakukan dengan penuh tumpuan. Kebiasaanya pesakit akan melihat jin tersebut terbakar.
Wallahua'lam. Semua terjadi atas kehendak dan izin daripada Allah Ta'ala.
Rahsia Simp**an Sihir
Perawat sering menghadapi kesulitan untuk mengeluarkan jin dalam tubuh pesakit kerana ada banyak jin yang mengaku terikat dengan simp**an. Selain itu, seringkali juga berulangnya kerasukan jin, gangguan dan serangan sihir walaupun pesakit sudah membaca ayat-ayat perlindungan.
Kebiasaanya tukang sihir akan mengirimkan sihir melalui kabel/tali penghubung yang menghubungkan tubuh pesakit dengan tempat barang sihir.
Oleh itu, simp**an sihir harus dihancurkan agar sihir hilang dan tidak berulang lagi. Cara yang boleh digunakan untuk menyembuhkan seseorang dari pengaruh sihir adalah sebagaimana yang telah disebutkan oleh Imam Ibnu Qayyim :
“Dan telah diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam tentang cara penyembuhan bagi seseorang yang terkena sihir.
Cara yang paling utama ialah dengan mencari atau mengeluarkan simp**an sihir dan menghancurkannya. Sebagaimana telah sahih dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam ketika baginda terkena sihir, baginda meminta kepada Allah agar diperlihatkan tempat simp**an sihir itu. Maka Allah mengabulkan permohonan baginda. Lalu baginda mengeluarkan simp**an sihir itu dari dalam telaga. Ketika simp**an itu telah dikeluarkan, maka hilanglah pengaruh sihir pada diri Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, seakan-akan dilepaskan tali dari (ikatan) simpulnya.”
Kemudian Ibnu Qayyim mengatakan, termasuk langkah penyembuhan yang paling bermanfaat dalam menghilangkan sihir adalah dengan pengubatan ilahiyah berupa zikir-zikir, membaca ayat-ayat Quran dan doa-doa yang disyariatkan.
Tukang sihir menggunakan patung sihir atau azimat yang diletakkan pada gambar mangsa, kemudian akan dibacakan mantera sihir dan dihembuskan pada barang sihir. Jin sihir p**a akan diperintah untuk menanam kabel yang berpunca dari barang sihir dan berhubung terus ke tubuh mangsa.
Kebiasaannya kabel ini dibawa oleh jin ke dalam tubuh mangsa dan mengikatnya di anggota tubuh tertentu, jika ingin menguasai dan menyakiti seluruh tubuh, biasanya diikat di ubun-ubun dan terkunci di otaknya, setiap simp**an tersebut ada jin penjaga.
Apabila simp**an sihir sudah sempurna terpasang, maka tukang sihir boleh melakukan sihirnya seperti menusuk dengan jarum diperut maka mangsa akan merasa sangat sakit diperutnya.
Orang yang menjadi mangsa sihir ini biasanya sukar untuk dirawat, sakitnya sembuh sebentar, kemudian masuk lagi jin yang baru. Walaupun jin penjaga yang berada diotak boleh dihancurkan/dibunuh, namun jika kabel masih terpasang, maka tukang sihir akan tetap boleh melancarkan sihirnya. Untuk menghilangkan sihir tersebut, kabel sihir harus diputuskan.
Wallaahu khairul musta'an...
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari segala kejahatan makhluk-Nya...
Jenis Sihir Yang Berlakunya Salah Sasaran
Antara peraturan dalam dunia sihir ialah sihir yang dihantar kepada mangsa pantang untuk dikembalikan kepada tukang sihir. Oleh itu, jika sihir yang dihantar gagal untuk mengenai mangsa yang dituju, maka sasaran seterusnya ialah orang yang mempunyai hubungan rapat dengan mangsa seperti ahli keluarga mangsa.
1. Sihir yang membawa barang sihir (jarum, paku, kaca dll)
- Sihir ini jika sudah dibawa oleh Jin maka pantang bagi jin untuk mengembalikan benda sihir yang dibawanya. Jika mangsa memiliki benteng yang kuat maka yang menjadi sasarannya adalah orang terdekat mangsa seperti anak, suami atau isterinya.
2. Sihir yang membawa racun sihir ( racun miang buluh, racun bisa ular, dll)
- Sihir ini jika sudah dibawa oleh Jin maka pantang bagi jin untuk mengembalikan benda sihir yang dibawanya. Jika mangsa memiliki benteng yang kuat maka yang menjadi sasarannya adalah orang terdekat mangsa seperti anak, suami atau isterinya.
3. Mangsa sihir orang yang diberi Allah kekuatan untuk membalikkan sihir.
- Jika mangsa sihir meminta kepada Allah agar diberikan perlindungan dan agar setiap sihir kembali pada yang menyihir dan yang minta disihirkan, jin pembawa sihir boleh jadi salah sasaran dengan izin Allah dan menghantar sihir kepada penyihir itu sendiri atau orang yang minta disihirkan.
4. Sihir makanan dan minuman.
- Jenis sihir ini jika sudah dimasukkan ke dalam makanan dan minuman, maka semua yang termakan atau terminum akan terkena racun sihir tersebut walaupun bukan mangsa yang dituju.
5. Jin yang membawa sihir diislamkan dan jin tersebut membunuh tukang sihir dengan izin Allah.
- Hukuman bagi tukang sihir adalah dibunuh. Kadang-kadang jin sihir yang sudah diislamkan oleh perawat yang merasa geram kerana disesatkan oleh tukang sihir, maka jin tersebut menyerang tukang sihir tersebut bahkan membunuhnya.
Wallahualam.
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
وَإِذَا مَرِضْتُ فَهُوَ يَشْفِينِ
“Dan apabila aku sakit, maka Dia (Allah) yang menyembuhkan.”(as-Syuara’: 80)
Ikhtiar rawatan :
🏷️ Gangguan Jin
🏷️ Saka
🏷️Sihir
🏷️Santau
🏷️ Histeria
🏷️Bekam bajet
www.wasap.my/+60194342458/ikhtiarrawatan
FB : https://www.facebook.com/mualijfaqir.islamiah
PAGE :
https://www.facebook.com/profile.php?id=100084499105739&mibextid=9R9pXO
Sebahagiannya menggunakan sihir untuk goda dan menundukkan isteri orang. Berwaspadalah.
Alhamdulilah selesai Kursus Rawatan Islam Tahap 1. Terima kasih kepada TG Ust Abd Majid kerana sudi hadir berkongsi ilmu. Semoga dapat dimanfaatkan untuk membantu ummah.
Simptom Fizikal Histeria, Rasukan Dan Gangguan Jin
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.
Histeria dan rasukan jin merupakan satu penyakit yang disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah. Allah SWT menyatakan dalam al-Quran mengenai keadaan manusia yang mengambil riba pada hari kiamat akan berjalan terhuyung-hayang seperti dirasuk syaitan (al-Baqarah, 2: 275). Hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam riwayat al-Bukhari juga telah menerangkan keupayaan syaitan masuk ke dalam pembuluh darah manusia.
Oleh itu, telah sepakat ulama Ahli Sunnah Wal Jamaah tentang keupayaan syaitan atau jin memasuki tubuh manusia. Selain itu, simtom histeria rasukan syaitan juga diperoleh melalui penulisan ulama, pengalaman perawat dan daripada pesakit.
1) Gangguan Pandangan dan Pendengaran Tanpa Sebab Klinikal
Tanda histeria rasukan jin antaranya pandangan mata menjadi kabur dan pendengaran terganggu tanpa sebab klinikal. Teori kemampuan syaitan mengganggu mata adalah berdasarkan hadis Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam riwayat Ibn Majah. Al-Sindi rahimahullah mensyarahkan hadis ini dengan menyatakan bahawa tusukan syaitan ke mata isteri ‘Abd Allah adalah kerana beliau meninggalkan jampi yang menyebut nama syaitan dan berhala.
2) Sakit Seluruh Tubuh Tanpa Sebab Klinikal
Kesakitan tersebut dapat dirasai secara klinikal pada fizikal pesakit dan tidak dapat diterangkan dalam kondisi perubatan moden dan tidak dapat dirawat melalui rawatan klinikal.
3) Kelumpuhan atau Kebas Tanpa Sebab Klinikal
Kelumpuhan berlaku secara tiba-tiba tanpa apa-apa sebab klinikal. Kelumpuhan ini, dalam setengah kes disertai dengan pengsan dan tidak sedarkan diri. Jika kes menjadi kritikal, pesakit akan lumpuh anggota tubuh, tidak dapat bertutur dan tidak dapat merasa seperti panas, sejuk, sakit dan sebagainya. Hal ini disebabkan kemasukan jin ke dalam tubuh manusia telah menghalang tubuh daripada berfungsi.
4) Mata Berkedip, Tertutup atau Merenung Tajam Sewaktu Diruqyah
Pesakit histeria rasukan jin kebiasaannya mengalami kerdipan mata atau mata terpejam atau merenung tajam ke arah perawat sewaktu pesakit dibacakan ruqyah daripada ayat-ayat al-Quran. Selain itu, pesakit akan menutup muka mereka dengan tangan apabila dibacakan ruqyah. Kadangkala berlaku serentak antara goncangan tubuh dan kerdipan anak mata sewaktu pesakit dirawat.
5) Tubuh Menggigil Apabila Dibacakan Ruqyah
Pesakit histeria rasukan jin turut mengalami goncangan pada tubuh seperti pesakit gangguan trauma. Sifat menggigil tersebut dapat dilihat berlaku pada tangan dan kaki pesakit secara perlahan.
6) Agresif dan Tenaga Meningkat Luar Biasa
Pesakit histeria rasukan jin yang berada dalam keadaan kritikal kebiasaannya akan bertindak agresif dan tenaga meningkat luar biasa apabila dibacakan ayat-ayat ruqyah. Bahkan, pesakit juga memaparkan aksi luar kawal, agresif dan mampu mengancam seseorang.
7) Tubuh Keletihan Tanpa Sebab Klinikal
Keletihan akibat histeria rasukan jin p**a biasanya disertai perasaan malas dan lesu. Keletihan akibat histeria rasukan jin adalah kerana jin yang telah memasuki tubuh manusia dan dapat dikesan melalui reaksi setelah dibacakan al-Quran.
8) Sesak Saluran Nafas Tanpa Sebab Klinikal
Sesak saluran nafas akibat histeria rasukan jin biasanya berlaku apabila pesakit sedang dirawat secara ruqyah atau dibacakan ayat-ayat suci al-Quran. Gangguan jin biasanya mengganggu fungsi tubuh daripada beroperasi seperti keadaan manusia normal.
9) Sendawa, Batuk atau Muntah
Pesakit histeria juga sering mengalami muntah-muntah, sendawa dan batuk-batuk. Sekiranya keadaan semakin kritikal, pesakit akan sampai ke tahap mengalami muntah darah,
10) Rasa Panas Pada Tubuh
Pesakit juga kebiasaannya akan terasa panas pada tubuh. Ibnu Taymiyyah rahimahullah menyatakan pesakit kebiasaannya bermimpi bertemu anjing hitam, kucing hitam atau ular hitam kerana ianya melambangkan kekuatan syaitan atau sifat panas.
11) Kesan Lebam Pada Tubuh Tanpa Sebab Klinikal
Pesakit histeria rasukan jin juga akan mengalami lebam di tubuh seperti di bahagian paha, betis atau lengan tanpa apa-apa sebab klinikal.
12) Meremang Pada Tubuh
Pesakit histeria rasukan jin juga akan merasa meremang atau seram sejuk pada tubuh.
13) Kejang Pada Tubuh
Pesakit histeria juga akan merasa kejang pada tubuh apabila menghadapi histeria rasukan jin. Rasa kejang teserlah apabila bacaan ruqyah dilakukan oleh perawat atau pesakit sendiri.
14) Nafsu Seksual Berlebihan atau Berkurangan
Pesakit histeria rasukan jin juga akan mengalami gangguan pada nafsu seksual sama ada berlebihan atau berkurangan.
Wallaahu khairul musta'an...
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari segala kejahatan makhluk-Nya...
Kaedah Membalikkan Ilmu Sihir
Bismillah was shalatu was salamu ‘ala rasulillah, amma ba’du.
Untuk membalikkan ilmu sihir, lakukan kaedah seperti berikut:
1. Lakukan solat hajat 2 rakaat di waktu tengah malam minta pada Allah supaya membalas segala penganiayaan mereka yang terlibat dalam menghantar sihir.
2. Selesai solat, baca istighfar 100 kali mohon keampunan pada Allah atas segala dosa. Selawat pada Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa-sallam sebanyak 21 kali. Kemudian baca 313 kali Surah An-Najm ayat 58 :
لَيْسَ لَهَا مِنْ دُوْنِ اللّٰهِ كَاشِفَةٌ ۗ
"Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menahan atau mehapuskan 'huru-hara' hari kiamat itu."
3. Setiap 100 kali bacaan, selangkan dengan bacaan doa di bawah:
“Ya Allah, dengan Keagungan dan Kehebatan-Mu yang Maha Berkuasa Diatas Segala Sesuatu, hamba mohon padamu Engkau lindunglah hamba yang lemah ini daripadaku segala kejahatan, penganiayaan dan sihir mereka. Ya Allah, hamba mohon pada-Mu Yang Menguasai langit dan bumi, Engkau kembalikanlah segala tipu daya, kejahatan sihir dari bangsa jin atau racun sihir kepada mereka yang menganiaya hamba. Semuanya dikembalikan dengan kekuatan berlipat ganda hingga mereka mendapatkan azab darimu ya Allah.”
4. Setelah selesai, bacalah Surah Yasin ayat 58 sebanyak 170 kali.
سَلَٰمٌ قَوْلًا مِّن رَّبٍّ رَّحِيمٍ
"Mereka juga mendapat) ucapan Salam Sejahtera Salam dari Tuhan Yang Maha Mengasihani"
Insya-Allah akan binasalah pengamal ilmu hitam yang zalim tersebut terkena ilmunya sendiri dengan izin Allah.
Wallaahu khairul musta'an...
Hakikat penyembuhan hanyalah daripada Allah Azzawajalla !!
Teknik Memutuskan Simp**an/Buhul Sihir
Simp**an sihir banyak digunakan oleh tukang untuk menyihir mangsanya. Teknik ini dengan izin Allah adalah untuk memutuskan buhul sihir, menghilangkan kekuatan barang sihir, bahkan menghancurkan barang sihir walaupun kita tidak tahu lokasi barang sihir itu berada dengan menggunakan energi surat al-Mu'awwidzatain (al-Falaq dan an-Naas).
Kaedah pelaksanaannya :
A. Persiapan Tempat
1. Pastikan tempat untuk melakukan terapi tidak ada gambar/patung makhluk bernyawa.
2. Pastikan lokasi tidak bising dan tiada muzik.
3. Pastikan tempatnya bersih, rapi dan harum.
4. Bentengi tempat tersebut daripada serangan jin/sihir dengan Ayat Kursi sebanyak 7 kali.
B. Persiapan Zahir Batin
1. Mandi terlebih dahulu, pakai pakaian yang bersih dan minyak wangi.
2. Solat 2 rakaat, wiridkan zikir selepas solat, baca selawat 3 kali, membaca ta’awuz dan doa :"” Ya Hakiimu Ya ‘Aliimu Ya ‘Aliyyu Ya ‘Azhiimu ” 3X.
"Ya Allah Ya Tuhanku, hamba memohon agar diberi pertolongan dan kekuatan untuk menghilangkan kekuatan sihir, memutuskan simp**an sihir, memutuskan ikatan jin pembawa sihir, memusnahkan semua kekuatan mentera sihir hingga tidak punya daya kekuatan lagi untuk menyakiti hamba-Mu ini. Lindungilah hamba dari kembalinya lagi sihir pada diri hamba. Tiada daya upaya melainkan dengan pertolongan Engkau Ya Allah Ya Rabbal’alamiin"
3. Benteng diri dengan membacakan 3 Qul (al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas 3 kali) tiupkan pada kedua tapak tangan lalu usapkan ke seluruh tubuh 3X)
4. Pastikan emosi pesakit dalam keadaan stabil. Jangan teruskan teknik ini jika pesakit tidak dapat mengawal diri atau kerasukan.
C. Pelaksanaan Terapi
1. Dudukkan pesakit dalam keadaan yang selesa (boleh juga berbaring). Minta pesakit baca ta'awuz dan doa: “Cukuplah Allah bagi kami dan dia sebaik-baik pemimpin, sebaik-baik pelindung, sebaik penolong.”
2. Baca surah al-An’am ayat 103 sebanyak 7X.
3. Minta pesakit dengar audio MP3 al-Mu'awwidzatain dengan khusyuk selama 15-30 minit sambil pejamkan mata .
D. Jika Ada Reaksi
1. Untuk sihir yang berat biasanya ada reaksi semasa dengar audio MP3 Al-Mu'awidzatain, pesakit boleh bergetar/kebas/menyucuk pada bahagian anggota tubuh tertentu. Dan anggota itulah merupakan tempat (buhul) kabel penghubung sihir masuk ke dalam tubuh pesakit.
2. Jika ada reaksi di bahagian anggota tertentu, minta pesakit fokus di tempat tersebut dan niatkan agar energi ruqyah difokuskan pada bahagian tubuh tersebut. Selepas itu, doa agar kabel sihir diputuskan dan memutus hubungan sihir dari badan pesakit.
3. Jika Allah Taala memberikan petunjuk dalam pandangan batin, kebiasaannya pesakit akan melihat simp**an seperti benang yang masuk ke dalam tubuh. Niatkan gelombang energi surat al-Mu'awidzatain memutuskan seluruh benang/kabel penghubung sihir.
4. Setelah putus, niatkan agar kabel itu ditanamkan ke dalam bumi dengan membaca surah al-Anfaal ayat 17 sebanyak 7X.
5. Kemudian baca "Yasin" 7X dengan niat mengunci kabel. Jika terlihat barang sihir (gambar, rambut, kuku, baju, patung dsb), maka fokuskan agar energi surat al-Mu'awidzatain menuju ke tempat barang sihir itu berada dan niatkan agar ianya habis terbakar, dengan terputus kabelnya insya Allah kekuatan sihir akan hilang walaupun tukang sihir membaca mantera lagi.
6. (Teknik ini dilakukan jika pesakit dengan izin Allah boleh melihat kabel dan barang sihir, jika tidak fokuskan saja pada bahagian yang kebas/menusuk/panas/sejuk dengan niat menghancurkan kekuatannya dan memutus hubungan sihir ke badan kita.) Terus fokuskan fikiran sampai semua reaksi tersebut hilang.
7. Setelah semua kabel sihir diputuskan, bacakan 3 Qul ( al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Naas 3 x) ditelapak tangan lalu tiup. Setelah itu, usapkan pada seluruh tubuh dengan niat untuk membuang sisa-sisa kabel sihir.
9. Boleh lakukan kaedah ini berulang kali hingga pesakit sembuh sepenuhnya.
Wallaahu khairul musta'an...
Semoga Allah melindungi kita dan keluarga kita dari segala kejahatan makhluk-Nya...
KURSUS RAWATAN ISLAM TAHAP 1
Tarikh : 14-15 Oktober 2023 (Sabtu & Ahad)
Masa : 8.30 Pagi - 4.30 Petang
Tempat : Kompleks Pendidikan Islam Darul Muttaqin (KIDAM) Malim Nawar, Perak
Kursus ini akan memberikan pendedahan mengenai perkara-perkara asas berkaitan alam jin dan sihir, kaedah melindungi dan kaedah rawatan dalam Islam. Kursus ini sesuai bagi pelatih baru dan juga kepada pesakit yang mahu merawat dirinya sendiri.
Pada tahap ini, peserta akan didedahkan dengan modul seperti :
1. Bagaimana alam jin/makhluk halus
2. Jenis-jenis gangguan jin
3. Kaedah melindungi diri daripada gangguan
4. Pelbagai teknik mengesan kehadiran jin
5. Pelbagai teknik benteng diri dan merawat gangguan
6. Teknik dialog
7. Teknik mengeluarkan jin
8. Teknik mandian pesakit
9. Penyediaan air rawatan
10. Persiapan diri perawat
11. Garis panduan merawat
12. Simulasi rawatan
Dan banyak lagi.
‼️ Peserta akan dibimbing secara langsung oleh AF Ust Abdul Majid Hasan, pengasas Akademi Rawatan Islam Nur Ehsan Malaysia (AKRINE) yang berpengalaman luas dalam dunia rawatan Islam.
‼️ Yuran penyertaan adalah *RM250.00* sahaja. (termasuk nota, minum pagi, makan tengahari & minum petang)
Sila tekan link di bawah untuk pendaftaran :
https://forms.gle/cX91uT7xnwAtjT7S6
Yuran pendaftaran boleh dibayar melalui akaun :
🏦BANK ISLAM MALAYSIA
👤MOHD SAIFUL FAIZAL BIN MOHD ZIN
💳03045022028736
🍃 Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :
Saiful : wasap.my/060194342458/kursusrawatan
🍃 TEMPAT ADALAH TERHAD
Anjuran : AKRINE CARE MALAYSIA
Doa Ruqyah Pada Air.
Ya Allah Ya arhamarrohimin. Jadikanlah setiap zarah dalam air ini bala tentera yang akan menyerang dan menghancurkan program sihir, buhul-buhul, dan musuh-musuh yang menzalimi tubuhku.
Ya Allah jadikan setiap zarah dari air ini sebagai duri-duri besi tajam dan timah-timah panas yang akan melukai, melemahkan, membakar dan meluluh setiap sarang-sang jin dan sihir di dalam tubuhku ini Ya Rabb.
Ya Allah jadikanlah setiap zarah air ini, sengatan elektrik yang merambat dari perut hingga ke ujung jari tangan dan jari-jari kaki. Dari pusat jantung hingga ke otak dan pori-pori disetiap rambut-rambut yang tumbuh diseluruh tubuhku ini ya Rabb.
Ya Allah jadikanlah zarah air ini, sebagai penyembuh yang akan mengembalikan setiap sel-sel yang telah dirosakkan oleh bala tentera Iblis dalam tubuhku ini ya Rabb.
Ya Allah Ya Mukmin Ya Muhaimiin..Wahai Yang Maha Menjaga dan Mengamankan hamba-Nya, jadikanlah setiap zarah air ini pelindung yang membentengi hati dan tubuhku daripada gangguan jin dan sihir ini dengan cara yang Engkau kehendaki Ya Rabbi.
Wahai Air yang mendengar. Wahai setiap sel tubuh yang mendengar. Wahai setiap saraf-saraf, pembuluh-pembuluh darah, urat-urat, tulang-tulang, cairan tubuh, hormon-hormon dan semua yang tidak ku ketahui yang mendengarkan lantunan ayat-ayat ruqyah. Takutlah kalian kepada Allah.
Takutlah kalian kepada Allah saja dan jangan ikuti perintah sihir dan jin-jin itu, takutlah kepada Allah dan perbaiki setiap kerosakan itu hingga sembuh seperti sedia kala. Takutlah kepada Allah dan hancurkanlah seluruh jin zalim seandainya mereka ada dalam tubuh ini Ya Rabb.
Hasbunallah wani'mal wakiil ni'mal maula wa ni'man nasiir.La Haula wa laa quwwata illa bilahil aliyhil Adziim.
Tiupkan pada air.
Baca Bismillah, selawat, dan minum
اللهم افتح علي فتوح العارفين بحكمتك وانشر علي رحمتك وذكرني ما نسيت يا ذا الجلال والإكرام
Panggilan terakhir untuk kursus rawatan Islam Akrine pada 14 &15 Januari 2023. Masih ada kekosongan. Tarikh tutup 10 Januari 2023
IKRAR PEMUTUS JIN SAKA
BISMILLAHIRAHHMANIRAHIM.
Ya Allah, sesungguhnya aku mewakili diriku dan seluruh ahli keluarga dan keturunanku dengan penuh kesedaran, keinsafan dan bertaubat, dengan ini berikrar bahawa:
Wahai para jin…
1. Kami ingin memutuskan semua perjanjian, atau ikatan yg kami, atau orang sebelum kami, atau keluarga kami, yang sekiranya perjanjian itu pernah lakukan, baik secara sedar mahupun tidak dengan golongan jin.
2. Kami mengharamkan tubuh badan kami dari dimasuki, dihuni atau diperlakukan dengan apa jua tujuan, oleh apa jua jenis jin pada bila-bila masa.
3. Kami menegaskan bahawa kami dengan penuh yakin dan percaya kepada Allah dan hanya kepada-Nya kami bergantung mengharapkan perlindungan dan pertolongan, bukan kepada mana-mana golongan jin.
4. Kami sesungguhnya memutuskan perjanjian antara kami atau nenek moyang kami dengan kamu wahai jin, maka pergilah kamu, kembalilah ke tempat asal kamu, cukuplah dengan apa yang terjadi sehingga saat ini. Kami bebaskan kamu dan kami mendoakan agar kamu nanti menjadi makhluk Allah yang beriman dan taat kepada-Nya.
5. Sekiranya kamu enggan dan engkar, maka dengarkanlah... Ya Allah (diikuti oleh semua ahli keluarga), mulai dari saat ini :
Kami tidak menghalalkan semua makanan dan minuman kami, seluruh anggota tubuh kami dari semua jin yang berada di dalam dan di luar tubuh kami atau yang mengganggu kami.
Ya Allah, sekiranya mereka (jin) makan dan minum, jadikanlah Ya Allah semua pemberian dan milik-Mu itu Ya Allah, sebagai racun buat mereka, racun yang amat panas, racun yang amat berbisa, racun yang membakar, racun yang membunuh semua jin-jin itu Ya Allah.
Dengan haq La ilaha illallah Muhamadurasulullah.
Amin 3x Ya Rabbal `Alamin
Terapi Ruqyah Ayat Kursi Sebagai Penyembuh, Pemusnah, dan Benteng Gangguan Jin dan Sihir
1. Baca selawat 10x
2. Baca surah al-Fatihah 1x
3. Baca doa ruqyah
3. Baca ayat Kursi 100x
4. Tiup pada tapak tangan dan sapukan di seluruh tubuh, juga boleh tiupkan pada air untuk minum dan mandi.
Doa Ruqyah
Ya Allah Ya Arhamarrahimin. Jadikanlah setiap zarah bacaan Ayat Kursi ini bala tentera yang akan menyerang dan menghancurkan program sihir, buhul-buhul, dan musuh-musuh yang menzalimi tubuhku.
Ya Allah jadikan setiap zarah dari Ayat Kursi ini sebagai duri-duri besi tajam dan timah-timah panas yang akan melukai, melemahkan, membakar dan meluluh setiap sarang-sarang jin dan sihir di dalam tubuhku ini Ya Rabb.
Ya Allah jadikanlah setiap zarah bacaan Ayat Kursi ini, sengatan elektrik yang merambat dari perut hingga ke ujung jari tangan dan jari-jari kaki. Dari pusat jantung hingga ke otak dan pori-pori di setiap rambut-rambut yang tumbuh diseluruh tubuhku ini ya Rabb.
Ya Allah jadikanlah bacaan Ayat Kursi ini, sebagai penyembuh yang akan mengembalikan setiap sel-sel yang telah dirosakkan oleh bala tentera Iblis dan sihir dalam tubuhku ini ya Rabb.
Ya Allah Ya Mukmin Ya Muhaimiin. Wahai Yang Maha Menjaga dan Mengamankan hamba-Nya, jadikanlah setiap bacaan Ayat Kursi ini pelindung yang membentengi hati dan tubuhku daripada gangguan jin dan sihir ini dengan cara yang Engkau kehendaki Ya Rabbi.
Ya Allah hancurkanlah seluruh jin zalim seandainya mereka ada dalam tubuh ini Ya Rabb.
Hasbunallah wani'mal wakiil ni'mal maula wa ni'man nasiir .La Haula wa laa quwwata illa bilahil aliyhil Adziim.
Secara asasnya, antara kaedah yang boleh dilakukan bagi merawat sihir adalah:
Membaca Surah al-Fatihah dan mengulang-ulanginya
Membaca Ayat al-Kursi
Membaca Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas
Mengusap ke bahagian sakit dengan tangan sambil membaca
أَذْهِبِ البَاسَ رَبَّ النَّاسِ، وَاشْفِ أَنْتَ الشَّافِي، لاَ شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Membaca doa berikut sebanyak 3 kali
بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ، مِنْ كُلِّ شَيْءٍ يُؤْذِيكَ، مِنْ شَرِّ كُلِّ نَفْسٍ أَوْ عَيْنٍ، أَوْ حَاسِدٍ اللَّهُ يَشْفِيكَ، بِسْمِ اللَّهِ أَرْقِيكَ
Doa dan ayat al-Quran di atas boleh dibacakan pada air dan dipercikkan kepada pesakit. Ini berdasarkan perbuatan Nabi SAW kepada Thabit bin Qais.
Selain itu, boleh juga membaca ayat-ayat al-Qur’an lain yang diketahui boleh mengubati sihir seperti
مَا جِئْتُمْ بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللَّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللَّهَ لا يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ
Al-Qur’an itu sendiri sifatnya adalah penyembuh dan apa-apa sahaja ayat al-Qur’an yang sesuai selagi mana tidak bertentangan dengan syarak, boleh digunakan untuk rawatan.
AL-KAFI #557: BAGAIMANA MERAWAT ISTERI DISIHIR? Soalan: Isteri saya terkena sihir. Bagaimanakah untuk mengubatinya? Jawapan: Untuk tujuan pengubatan sihir, terdapat beberapa kaedah yang...
Antara cara tukang sihir mengenakan sihir kepada mangsa..
Imam al-Nawawi (m. 676 H) menjelaskan bahawa perbuatan sihir adalah haram dan para ulama bersepakat ia adalah dosa besar. Bahkan beliau menjelaskan sihir juga adalah maksiat terbesar.
Sheikh Zakariya al-Ansari (m.926 H), seorang tokoh besar dalam mazhab Syafie menyatakan perbuatan sihir adalah haram. Jika dia beriktikad bahawa perbuatan sihir adalah harus, maka jelas dia telah kufur.
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-634: HUKUM MENGGUNAKAN SIHIR UNTUK PAKSA PENJUAL REFUND DUIT Soalan : Assalamualaikum ustaz. Maaf menganggu ustaz. Saya ada satu persoalan. Baru-baru ini saya ada baca tentang satu hantaran di Facebook....
Dengan dekatkan diri pada Allah InsyaAllah akan terhindar daripada gangguan jin dan sihir.
Tular sebuah video di Twitter mengenai seorang penyihir atau ahli sihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara yang mengakui dirinya sukar untuk menyihir Muslim yang menjaga solat.
Dalam video berkenaan, dia menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi Muslim berbanding penganut agama lain kerana bagi Kushnir, umat Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.
“Mereka (Muslim) sentiasa berada dalam sejenis ‘kubah pelindung’ dan sangat sukar untuk menyusup masuk (melalui sihir) ke dalam diri mereka.
Penyihir Rusia sukar sihir Muslim yang jaga solat Tular sebuah video di Twitter mengenai seorang penyihir Rusia, Zhanna Kushnir menceritakan pengalamannya dalam sebuah wawancara yang mengakui dirinya sukar untuk menyihir Muslim yang menjaga solat.
Boleh cuba sebagai ikhtiar..
Antara ulama yang melarang perkahwinan antara manusia dan jin ini adalah Imam Al-Hasan Al-Basri, Qatadah, Al-Hakam bin ‘Utaibah, Ishaq bin Rahawaih, serta ‘Uqbah Al-Asom.
Begitu juga Syeikh Yusuf bin Ahmad Al-Sijistani dari kalangan fuqaha Al-Hanafiyyah menyebut : Tidak dibolehkan perkahwinan antara manusia dengan jin. Rujuk Munyah Al-M***i ‘an Al-Fatawa Al-Sirajiyyah.
IRSYAD AL-FATWA SIRI KE- 333 : HUKUM MANUSIA BERKAHWIN DENGAN JIN ? Soalan : Assalamu’alaikum S.S M***i, apakah dibolehkan untuk seorang manusia itu berkahwin dengan jin ? Jawapan :...
🩺𝐊𝐔𝐑𝐒𝐔𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐔𝐁𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐈𝐒𝐋𝐀𝐌 𝐎𝐆𝐎𝐒 𝟐𝟎𝟐𝟐🩺
𝟸𝚂 : 𝚂𝙰𝙺𝙰 & 𝚂𝙰𝙽𝚃𝙰𝚄
🗓️ 𝗧𝗔𝗥𝗜𝗞𝗛 : 𝟮𝟵 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟮
🔖 𝗛𝗔𝗥𝗜 : 𝗦𝗔𝗕𝗧𝗨
💵 𝗬𝗨𝗥𝗔𝗡 : 𝗥𝗠 𝟭𝟴𝟬/𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚 (𝗧𝗘𝗥𝗠𝗔𝗦𝗨𝗞 𝗠𝗢𝗗𝗨𝗟, 𝗦𝗜𝗝𝗜𝗟, 𝗠𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗜𝗡𝗨𝗠)
𝗝𝗶𝗸𝗮 𝗛𝗮𝗱𝗶𝗿 𝟮 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗸𝗲 𝗮𝘁𝗮𝘀 𝗥𝗠 𝟭𝟱𝟬 𝗦𝗮𝗵𝗮𝗷𝗮 𝘀𝗲𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝗱𝗮𝗻 𝟮𝟬 𝗼𝗿𝗮𝗻𝗴 𝘁𝗲𝗿𝗮𝘄𝗮𝗹 𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗺𝗲𝗻𝗱𝗮𝗽𝗮𝘁 𝗱𝗶𝘀𝗸𝘂𝗮𝗻 𝗛𝗔𝗡𝗬𝗔 𝗥𝗠 𝟭𝟱𝟬 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 𝗦𝗘𝗢𝗥𝗔𝗡𝗚
𝗠𝗮𝗸𝘀𝗶𝗺𝘂𝗺 𝗣𝗲𝘀𝗲𝗿𝘁𝗮 𝟭𝟬𝟬+-
📍 𝗧𝗘𝗠𝗣𝗔𝗧 : 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗤𝗔𝗥𝗜𝗔𝗛 𝗣𝗘𝗞𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗡𝗧𝗜𝗡
MODULE SAKA DAN SUSUK
Objektif Kursus:
1) Menjelaskan Perihal sebenar hakikat Saka & Susuk serta Misterinya
2) Menghuraikan misteri sekitar kefahaman tentang Saka Dan Susuk
3)Mendedahkan perihal rahsia-rahsia dan selok belok pengamal Susuk
4)Berkongsi kaedah-kaedah khusus dalam menangani dan merawat permasalahan
Berkaitan gangguan.
5) Berkongsi Rahsia Nafas dalam diri Insan
Pengijazahan:
- Amalan Kota Nafas
- Amalan Pemutus Kebathilan
- Amalan Doa Nur
- Isim Pelebur Susuk
Dan amalan lain yang berkaitan
Modul yang di dalam KURSUS ini :-
1. Kaedah Memagar Diri, Tempat Tinggal & Pesakit.
2. Kaedah Mengesan Gangguan pada Diri atau Pesakit.
3. Petua/Kaedah Penyediaan Bahan Rawatan.
4. Kaedah Rawatan Berhadapan dengan Pesakit.
5. Solat Hajat Khusus.
6. Apakah susuk?
7. Sejarah Susuk
8. Jenis-jenis susuk
9. Kaedah pemakaian
10. Permasalahan susuk
11. Kaedah mengesan susuk
12. Kaedah menawarkan dan mengeluarkan susuk.
ANDA PERLU HADIR KURSUS INI JIKA :-
1. Anda sendiri mengalami gangguan berusaha untuk merawat diri anda sendiri.
2. Ahli keluarga and merupakan mangsa dan
anda mahu membantu ahli keluarga terutama semasa kecemasan.
3. Aktiviti harian anda melibatkan kelompok yang aktif dan terdedah kepada ancaman gangguan anasir ghaib ataupun perniagaan anda terdedah kepada ancaman gangguan.
4. Anda yang berminat dengan perihal ikhtiar gangguan.
TARIKH TUTUP : 18 OKTOBER 2022
BAGI YANG INGIN MENDAFTAR BOLEH TEKAN LINK DIBAWAH
http://www.wasap.my/+60134421597/sakasantau
Keputusan Muzakarah Fatwa Kebangsaan berkaitan penggunaan jin menurut Islam, menyebut:
1. Bersahabat dengan jin dengan tujuan mendapatkan pertolongan dalam perkara-perkara yang ditegah oleh syarak adalah haram.
2. Meminta pertolongan jin dalam rawatan perubatan sehingga membawa kepada syirik adalah haram.
3. Meminta pertolongan jin untuk mencari kekuatan dan kehebatan adalah haram.
Meminta dan menggunakan khidmat jin untuk ilmu sihir atau nujum adalah haram.
Semoga keyakinan kita kepada Allah begitu tinggi selaras dengan bacaan al-Fatihah kita:
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
Maksudnya: Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan. (Surah al-Fatihah: 5)
AL-AFKAR #21 : BOLEHKAH MENGGUNAKAN KHIDMAT JIN? Soalan Bolehkah kita menggunakan khidmat jin? Jawapan Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan...
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
Malim Nawar
Kampar
Klinik Kesihatan Kampar, , Jalan Degong
Kampar, 31900
Aplikasi BOOKDOC adalah untuk tempahan temujanji adalah untuk kes RINGAN & WALK-IN sahaja. Temujan
NO 85, Jalan TERMINAL KAMPAR 1/D, PUSAT PERDAGANGAN KAMPAR KAMPAR Kampar
Kampar, 31900
OUR VISION: We envision to build a harmony and healthy community through holistic approach.
UTAR T&CM Centre, Jalan Hospital UTAR
Kampar, 31900
UTAR Traditional & Complementary Medicine Centre 拉曼大学传统与辅助医疗中心 Traditional Chinese Medicine - 中医 Ayurveda Medicine - 阿育吠陀 (印度医学)