Pejabat Agama Islam Daerah Kampar
Nearby government services
Jalan Kampar Permai
You may also like
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pejabat Agama Islam Daerah Kampar, Government Organization, No 5 Jalan Kampar Permai, Kampar.
Salam Maulidur Rasul 1446H / 2024M
"Mendepani Cabaran Merealisasi Wawasan"
Daripada:
SF. Tuan Haji Harith Fadzilah Bin Haji Abdul Halim
Pengarah & Seluruh warga kerja Jabatan Agama Islam Perak
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL NEGERI PERAK DARUL RIDZUAN 1446H / 2024M
📌 16 September 2024
📌 Casuarina Convention Centre, Hotel Casuarina @ Meru
Semua dijemput hadir.
*MUSABAQAH BARZANJI & MARHABAN*
*SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL*
*1446H / 2024M*
Assalamualaikum WBT,
Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan menganjurkan Musabaqah Barzanji dan Marhaban Sempena Sambutan Maulidur Rasul 1446H / 2024M sepertimana maklumat yang berikut:-
🗓️ : *5 Oktober 2024 (Sabtu)*
🕢 : *7.30 Pagi*
📍 : *Institut Tadbiran Islam*
*Perak (INTIM) Ipoh*
*Perak*
🔗 Sila imbas QR kod / pautan yang tertera bagi mendapatkan syarat penyertaan dan pendaftaran melalui _Google Form_
👇👇👇👇👇👇👇👇👇
https://docs.google.com/forms/d/1APNlJmpRVIu-i5zxXwSXiSfXCN-gBgpx1GgVLI97FEk/edit?usp=drivesdk
‼️‼️ TARIKH TUTUP PENYERTAAN
*30 SEPTEMBER 2024 (ISNIN)*
Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi:-
05-2548853 - Pejabat
011-26591677 - Abd Hakim
011-6156 9227 - Fatin Nabilah
TAHNIAH MASJID JAMEK BARU GOPENG NAIB JOHAN BAGI PERTANDINGAN SILAT ANTARA MASJID DLM NEGERI PERAK
Sempena sambutan Maulidur Rasul 1446H / 2024M, Jabatan Agama Islam Perak menjemput penjawat awam negeri, penjawat awam persekutuan dan kakitangan agensi badan berkanun Negeri Perak untuk menyertai pertandingan nasyid.
Syarat dan borang penyertaan boleh didapati dengan mengimbas QR yang tertera pada poster pertandingan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 02 Oktober 2024 (Rabu), jam 12.00 tengah hari. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan Unit Teknologi Maklumat, Jabatan Agama Islam Perak di talian 05-2084836.
Merdekakan diri kita daripada perkara yang melalaikan, kealpaan dan kemalasan yang akhirnya akan merugikan diri sendiri. Salam Merdeka ke-67
Tulus Ikhlas daripada
WARGA KERJA PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DAERAH KAMPAR
PROGRAM MENYANTUNI ORANG ASLI DI PERKAMPUNGAN ORANG ASLI ULU JELINTOH,GOPENG,PERAK BERSAMA ANAK-ANAK ASNAF WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR
18 OGOS 2024 -Kelab Prihatin Dan Muhibbah Kuala Lumpur telah mengadakan program menyantuni Orang Asli di sekitar Gopeng dan Sahom,Perak.
Program yang bermula pada jam 11 pagi tersebut mensasarkan 100 pek barangan kering untuk ketua isi keluarga Orang Asli di dua daerah tersebut.Program ini diserikan lg dengan kehadiran Penghulu Islam Rosli bin Mohd Zaki dan Encik Isa bin Sulong Ketua Kampung Sg Itek.
Jutaan terima kasih diucapkan kepada Mubarak Kampar dan semua pihak yang terlibat menjayakan program tersebut. Semoga program ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim masyarakat luar bersama masyarakat Orang Asli.
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH KAMPAR 1446H / 2024M
13 OGOS 2024 - Majlis Sambutan Maal Hijrah peringkat daerah Kampar telah berlangsung dengan jayanya di Masjid Jamek Baru Gopeng.
Majlis telah dirasmikan oleh YDH Toh Sedewa Raja Dato' Abdul Talib bin Abd Fahmi, Orang Besar Jajahan Kampar,
Majlis juga telah diserikan dengan kehadiran YB Mohd Azlan Helmi bin Helmi , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO Negeri Perak dan Tuan Nazrul Fazami bin Mohamad, Pegawai Daerah Kampar
Majlis Sambutan Maal Hijrah kali ini memberikan penghormatan dan meraikan penerima tokoh yang melibatkan 6 katergori iaitu :
-Anugerah Siti Khadijah
-Anugerah Ibnu Abbas
-Anugerah Pegawai Masjid (Imam)
-Anugerah Saidina Ali
-Anugerah Kecemerlangan Institusi Pendidikan Islam (Sekolah Rendah Agama Rakyat)
-Anugerah Khas
Majlis sambutan kali ini juga menjemput penceramah khas sempena maal hijrah yang disampaikan oleh AF
Ustaz Nabil Ahmad,
Pengurus Pematuhan Syariah TV Al Hijrah.
Jutaan terima kasih kepada ketua2 Jabatan & Agensi kerajaan Daerah Kampar,Ketua2 kepimpinan Masyarakat, barisan j/kuasa masjid jamek baru gopeng, biro muslimat daerah dan Muslimin muslimat yang hadir membantu menjayakan majlis tersebut.
JOM BERGADING BAHU, BERLAPANG DADA DAN PROAKTIF DALAM USAHA MENGIMARAHKAN MASJID
-...... Justeru titah baginda falsafah pembinaan masjid harus difahami agar ia tidak hanya menjadi satu ‘monumen sepi’ yang mana hanya dimakmurkan pada hari Jumaat, bulan Ramadan serta pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha.
“Falsafah di sebalik pembinaan masjid harus diselami dan difahami supaya belanja besar membina bangunan tersergam, dilengkapi pendingin udara, dihamparkan permaidani tebal, disilaukan cahaya ‘chandelier’, tidak menjadi monumen sepi, sekadar dimakmurkan seminggu sekali pada hari Jumaat, 30 malam setahun pada bulan Ramadhan, dua pagi setahun pada pagi Aidilfitri dan Aidiladha.
“Selebihnya, masjid tinggal dalam isolasi sebagai bangunan sepi lagi sunyi. Banyak masa, usaha, belanja, sumber digunakan untuk membina masjid, dan sewajarnya diperlengkap dengan usaha untuk mengimarahkan masjid,” titah Sultan Nazrin....-
Jom BERADAB DAN BERILMU
JOM KE MAJLIS ILMU
JOM IMARAH MASJID
JOM PENUHI DAERAH KAMPAR DENGAN MAJLIS ILMU
MUSLIM DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
MAJLIS SAMBUTAN MAAL HIJRAH PERINGKAT DAERAH KAMPAR 1446H / 2024M
Muslimin Dan Muslimat di jemput HADIR
KENYATAAN MEDIA JAIPk
Panasnya level api neraka tidak sama di dunia.
Neraka jahanam je sementara tapi bukan duduk
sehari dua dalam tuh yang lain semua kekal abadi.
Semoga jentik hati bila lihat 7 jenis Neraka ini, kita
berusaha baiki diri dan akhlak.
JOM jauhi maksiat,
jauhi perkara haram-couples bersentuhan tanpa
ada ikatan sah , layan cerita p***o / lucah ,
jaga aurat ,wajib jaga batas lelaki perempuan.
JOM jaga solat dan berubah sedikit demi sedikit serta ISTIQOMAH.
Jaga amanah dan bertanggungjawab
Sayangilah diri sendiri.
MAHRAJAN AMAL ISLAMI MUALLAF PERINGKAT NEGERI PERAK 1446H / 2024M
28 JULAI 2024 - Mahrajan Amal Islami Muallaf Peringkat Negeri Perak 1446H / 2024M telah berlangsung dengan jayanya bertempat di Hotel Seri Malaysia, Ipoh selama dua hari bermula pada 27 dan 28 Julai 2024.
Daerah Kampar tidak ketinggalan terlibat dalam tujuh acara yang dipertandingkan daripada sembilan acara keseluruhan. Berikut adalah keputusan bagi kontinjen daerah Kampar:-
1. Tilawah Al-Quran - Juara
2. Hafazan (P) - Juara
Hafazan (L) - Naib Juara
3. Tazkirah (P) - Juara
4. Sepak Takraw - Naib Juara
5. Nasyid (P) - Naib Juara
6. Azan dan Iqamat - Naib Juara
7. Badminton Beregu (L) - Tidak mendapat tempat
Majlis penutup dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh S.F. Tuan Haji Harith Fadzilah bin Haji Abdul Halim , Pengarah Jabatan Agama Islam Perak. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua peserta kontinjen daerah Kampar kerana mendominasi hampir keseluruhan acara yang dipertandingkan. Semoga pertandingan tersebut menjadi suntikan semangat untuk semua muallaf menuju mukallaf.
28 Julai 2024 (Ahad)
Institut Tadbir Islam Perak (INTIM)
Telah berlangsung Pertandingan EFootball (Console) dan EFootball (Mobile) peringkat negeri Perak bersempena sambutan Maal Hijrah Perak 1446H.
Pejabat Pentadbiran Agama Islam Daerah Kampar telah menghantar 8 orang belia yang mewakili masjid-masjid sekitar kampar ke pertandingan tersebut.
Prestasi amat memberangsangkan dengan wakil dari Daerah Kampar telah berjaya ke Suku Akhir bagi katergori efootball (console) manakala efootball(mobile) berjaya sampai ke pusingan ke 16.
Diharapkan belia yang mewakili pertandingan tersebut terus berusaha dan akan memasuki pertandingan2 yang akan datang.
Terima kasih kepada penganjur Bahagian Pengurusan Masjid JAIPk.
TAKLIMAT PELAKSANAAN KELAS AKADEMI INSAN MUDA AR-RIDZUAN DAERAH KAMPAR
26.7.2024 ( Jumaat ) telah berlangsungnya Taklimat Pelaksanaan Kelas AIMAN daerah Kampar bertempat di SMK Malim Nawar. Taklimat disampaikan oleh Tuan Abdul Muhaimin bin Abdul Majid selaku Pegawai Tadbir Agama Kampar. Taklimat berkenaan bagi menjelaskan tujuan dan matlamat serta prosedur pelaksanaan Kelas Akademi Muda Ar- Ridzuan kepada pihak SMK Malim Nawar dan Guru-guru AIMAN. Terdapat dua kelas yang berlangsung di SMK Malim Nawar yang melibatkan Tingkatan 1 dan 2. Antara matlamat utama kewujudan kelas ini adalah untuk mewujudkan kumpulan teras yang dapat berbakti di peringkat sekolah dan masyarakat kelak. Semoga dengan usaha ini dapat melahirkan generasi yang Beradab, Berilmu dan Berbakti sesuai dengan MOTO Akademi Insan Muda Ar-Ridzuan. Terima kasih pihak SMK Malim Nawar yang di hadiri oleh Penyelaras AIMAN Ustazah Salina bt Mohd Salleh dan En Taib Khan bin Mydin Sathak (Penolong Kanan 1) atas kerjasama yang baik.
DAULAT TUANKU
Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Ke-17 pada 20 Julai 2024 Bersamaan 14 Muharam 1446H.
“Semoga Allah Subhanahu Wa Ta’ala Memberkati Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku”
Sembah takzim daripada
Pegawai Tadbir Agama dan seluruh warga kerja
PEJABAT PENTADBIRAN AGAMA ISLAM DAERAH KAMPAR
CERAMAH KHAS
"KESEDARAN PENCEGAHAN JENAYAH SYARIAH DALAM KOMUNITI, KE ARAH HIDUP BERMAQASID SYARIAH"
TARIKH: 18 JULAI 2024 (KHAMIS)
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TEMPAT: MASJID JAMEK BAHARU GOPENG
MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DI JEMPUT HADIR
Tarikh Puasa Sunat Bulan Muharram 1446H
Kunci tarikh-tarikh ini agar kita tidak terlepas merebut ganjaran yang sangat besar daripada Allah SWT.
Puasa Tasu’a (9 Muharam 1446H) : 15 Julai 2024 – Isnin
Puasa Asyura (10 Muharam 1446H) : 16 Julai 2024 – Selasa
Puasa 13, 14, 15 Muharam (Hari Putih) : 19, 20, 21 Julai 2024 – Jumaat, Sabtu, Ahad
Berpuasa sunat pada setiap hari Isnin dan Khamis mengikut sunnah Nabi SAW.
Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.
Anjuran Berpuasa Pada 9 & 10 Muharram
Daripada Abu Qatadah R.A. bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Berpuasa pada hari ‘Asyura sesungguhnya aku mengharapkan kepada Allah supaya ia dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya. [Riwayat Ibn Majah (1738)]
Walaupun kita digalakkan untuk berpuasa pada 10 Muharram, akan tetapi sunat untuk kita berpuasa pada hari sebelum ataupun hari selepasnya. Ini adalah bertujuan untuk menyelisihi golongan Yahudi yang hanya berpuasa pada 10 Muharram secara tunggal.
Marilah sama-sama kita mempertingkatkan amalan di bulan Muharram seperti solat sunat, puasa sunat khususnya pada 10 Muharram.
6 Fakta Hijrah Rasulullah SAW
1. Hijrah Nabi Muhammad SAW berlaku pada 12 Rabiulawal.
2. Khalifah kedua iaitu Umar Al-Khattab telah memilih bulan
Muharram sebagai permulaan tahun baru Islam.
3. Rasulullah SAW mengasaskan masjid pertama yang dibina oleh orang Islam yang dikenali sebagai Masjid Quba’
4. Sebelum Baginda memulakan perjalanan hijrah, rumah Baginda telah dikepung oleh 11 pembesar Quraisy yang bertujuan membunuh Baginda.
5. Rasulullah SAW berhijrah bersama-sama Abu Bakar Al- Siddiq dan Abdullah bin Uraiqit Al-Laithi (sebagai penunjuk jalan.)
6. Perjalanan hijrah Baginda SAW dan Abu Bakar Al-Siddiq dari Mekah ke Yathrib (Madinah) sejauh + 475 KM adalah dengan menaiki unta.
Sumber: Al-Rahiq Al-Makhtum -Sirah Nabawiyah SAW
Kisah Hijrah Baginda SAW
Mari sama-sama kita hayati kisah hijrah Baginda SAW. Semoga bermanfaat.
Salam Maal Hijrah 1446H/2024M
"Minda Strategik Pencetus Ummah Dinamik"
Ikhlas daripada:
SF Tn. Hj. Harith Fadzilah Bin Hj. Abdul Halim
Pengarah Jabatan Agama Islam Perak
Dan seluruh warga kerja.
Sebagai persediaan sempena ketibaan Awal Muharam 1446H, marilah kita mengakhiri penghujung tahun dengan membaca Doa Akhir Tahun sebelum masuk waktu Maghrib atau selepas solat Asar pada 29 Zulhijjah 1445H bersamaan 6 Julai 2024 (Sabtu) dan mengawali permulaan tahun baru 1446H dengan membaca Doa Awal Tahun selepas masuk waktu Maghrib pada 6 Julai 2024 (Sabtu) .
Semoga kehidupan kita sepanjang tahun ini dan tahun mendatang akan dilimpahi keberkatan dan rahmat Allah.
Waktu Bertakbir Hari Raya Eidul Adha
Jenis-Jenis Takbir Raya
Takbir Mursal : Sunat bertakbir sepanjang masa bermula tenggelam matahari malam Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha sehingga takbiratul ihram solat Hari Raya.
Takbir Muqayyad : Khusus disunatkan ketika Hari Raya Aidiladha. Dilaksanakan setiap kali selepas menunaikan solat fardu.
Orang yang TIDAK menunaikan haji disunatkan takbir muqayyad setiap kali selesai menunaikan solat fardu bermula waktu Subuh 9 Zulhijjah sehingga waktu Asar 13 Zulhijjah.
Orang yang menunaikan haji Disunatkan takbir muqayyad selepas solat Zohor pada Hari Raya Aidiladha sehingga waktu Subuh 13 Zulhijjah. Sekiranya sudah selesai bertahallul yang kedua, mereka boleh bertakbir sehingga waktu Asar, seperti orang lain.
Sumber: Pejabat M***i W. P
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
No 5 Jalan Kampar Permai
Kampar
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Pejabat Kesihatan Daerah Kampar, Jalan Degong
Kampar, 31900
Page rasmi Pejabat Kesihatan Daerah Kampar yang memaparkan aktiviti dan program di daerah Kampar
Jalan Baru
Kampar, 31900
Page Facebook rasmi untuk Jabatan Kerja Raya Daerah Kampar
Kampar, 31900
Welcome to the official Fabulous Food 1Malaysia (FF1M) Fan Page! The Malaysian restaurant food festival and cooking competition!
No. 22, Jalan Hospital
Kampar, 31900
Pejabat Daerah Pertahanan Awam Kampar
Jalan Iskandar Kampar
Kampar, 31900
Sukan Pihak Berkuasa Tempatan merupakan acara yang dilakukan secara dwi tahunan yang melibatkan Majlis Bandaraya, Perbandaran dan Daerah serta SUK Perak.
Malim Nawar
Kampar, 31700
Sebuah sekolah Transformasi yang menitik beratkan kecemerlangan pembelajaran dan sahsiah murid