Dapur Usong

Makanan Based on Noodle. Harga�

Mee Kari RM6/Pax
Asam Laksa RM5/Pax

Dapur Usong diberi nama sempena Semua makan akan dihantar terus kepada pelanggan "Usong Noodle kepda pelanggan"
Dapur ini mula berasap selepas Saya kehilangan pekerja disebabkan pendamik, Maka terciptalah Dapur Usong.

15/06/2022

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

📌 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya

📌 Kentang Putar

3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)

1 sudu besar butter

1/2 sudu kecil serbuk lada putih

1/4 sudu teh garam halus

3 sudu besar susu full krim

👉 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.

👉 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.

👉 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.

📌 Sos Gravy

2 sudu besar butter

2 sudu besar tepung gandum

2¹/² cawan air

1 ketul kuib pati daging Knorr

1/4 cawan susu cair

1/2 sudu kecil gula

Garam & serbuk lada hitam secukup rasa

1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

👉 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang

👉 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.

👉 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata

👉 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.

Selamat Mencuba 😀

Kredit: Nazri Ahmad

12/03/2022

RESEPI NASI JAGUNG + AYAM MASAK MERAH + JELATAH

BAHAN UNTUK NASI JAGUNG:
3 cawan beras
1 cawan isi jagung
1 cawan susu cair
Air secukupnya
1sk garam
BAHAN TUMISAN:
1 btg kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 tangkai bunga cengkih
2 helai daun pandan dicarik & disimpul
BAHAN KISARAN:
3 ulas bwg merah
2 ulas bwg putih
2 cm halia
CARA MENYEDIAKAN NASI JAGUNG:
1. Basuh bersih beras, toskan air, ketepikan.

2. Tumis bahan tumisan hingga wangi & masuk bahan kisar. Masak hingga wangi & kering.

3. Masukkan susu cair, air secukupnya & garam. Masukkan juga beras & jagung. Sukat air guna jari.

4. Pindahkan periuk dlm rice cooker & masak seperti biasa. Sesekali kacau supaya nasi masak sekata.

5. Bila nasi dah kering masukkan hirisan daun sup & kacau2 guna garfu.
BAHAN UNTUK AYAM MASAK MERAH:
6 ketul ayam
1 cawan santan pekat
1 cawan air
2 batang serai diketuk
2 keping asam keping
Secukup rasa garam, gula & perasa
BAHAN KISARAN:
2 labu bawang besar
3 ulas bawang putih
2 cm halia
15 tangkai cili kering direbus
CARA MEMASAK AYAM MASAK MERAH:
1. Lumur ayam dgn garam & serbuk kunyit. Goreng separuh garing. Angkat & toskan minyak.

2. Guna minyak gorengan ayam (buang sikit jika b*k) tumis bahan kisar. Masukkan serai & asam keping & masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan gula & biarkan gula caramalised br dikacau. (untuk meghasilkan warna kuah yg menarik)

4. Masukkan santan, air, garam & perasa. Kacau sebati. Masukkan ayam & masak hingga kering. Kacau sekali sekala supaya tak hangit.
BAHAN UNTUK JELATAH:
1/2 batang timun
1/2 batang carrot
1 biji cili merah
1/2 labu bawang besar
3 sb gula pasir
1 sk garam halus
4sb cuka
CARA MENYEDIAKAN JELATAH:
1. Satukan semua bahan & sayuran yg dipotong memanjang. Kacau sebati.
Kredit resepi : izanizawati Ismail‎

04/03/2022

RESEPI LAKSA JOHOR

Bahan-bahannya :-

1 paket Spaghetti (direbus)

BAHAN A :-
5 ekor ikan kembong/sardin/parang/tenggiri mengikut citarasa masing-masing(digoreng, dibuang tulang dan ditumbuk atau diblend)
1 paket kecil udang kering (diblend)
Sedikit isi ikan kurau masin (diblend)
Sedikit udang basah (diblend)

BAHAN B (diblend) :-
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit basah
2 batang serai

1 paket santan pekat
1 mangkuk kecil air asam jawa
1 paket kerisik
2 paket kecil rempah kari ikan
Garam halus
Gula pasir
Ajinomoto

Bahan Ulaman/hiasan :-

Limau kasturi di belah dan dibuang biji
Timun hiris
Tauge
Bawang besar hiris
Daun kesum hiri
Bunga Kantan hiris
Lobak asin halus
Sambal belacan.

CARA-CARA MEMBUAT KUAH LAKSA :-

1. Panaskan minyak dan masukkan bahan B dan tumis hingga wangi dan naik minyak.

2. Bila rempah dah garing, masukkan cili blend, rempah kari, kerisik dan kacau hingga naik bau dan naik minyak.

3. Masukkan bahan A (ikan, udang basah, udang kering dan isi ikan kurau masin) yang telah diblend.

4. Masukkan santan pekat diikuti dengan 2
mangkuk air.

5. Masukkan air asam jawa.

6. Masukkan garam, gula pasir dan sedikit serbuk ajinomoto.

7. Masak sehingga kuah pekat dengan api perlahan selama lebih kurang 1 jam 1/2. Kuah akan lebih tahan lama (tidak basi) jika dimasak lebih lama.

8. Setelah masak bolehlah dihidangkan bersama ulam2an dan hiasannya.

Selamat mencuba.

Hidup muafakat tanpa membezakan,
Berbilang bgsa agma mahupun umur,
Budaya dan adat perbezaan diraikan,
Bersatu padu hidup aman makmur.

Kredit:Fauziah Ali

11/02/2022

AIR ASAM Colek Ikan Bakar
Cili padi 10biji
Cili besar 2 biji
Tomato 1biji
Belacan 2 ibu jari
- goreng dengan myk sikit.
Lepas tu masukkan dlm blender bersama :
Kerisik 2 sudu besar
Asam jawa adabi 2 sudu besar
Air suku cawan ikea
Gula
Garam
Blend semua.
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Tomato
Limau kasturi hiris dengan kulit skali
Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.
Ps: kalau s**a pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg b*k lg meletop.
Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.
Nak rebus kerang masuk dlm air asam ni pun boleh

10/02/2022

ini2 ni pun dh rasa sedap sgt hirup kuah...semua ada..semua benda main campak2 je..udang, sotong, daging, ayam, fishball, fishcakes...janji kenyang.. Alhamdulillah

Resepi mee rebus utara/mee sup selatan

6 ulas bwg putih
1 inci. Halia
( Dicincang)
Lada hitam - tumbuk kasar
Lada sulah
Minyak utk menumis
2 Kiub ayam knorr
sedikit gula
Garam jika perlu (sbb kiub dh masin so rasa dulu sblm letak garam ya)
Mee kuning ( dicelur)
Daging
Air rebusan daging
Ayam
Sotong
Udang
Fishball
Fishcake
Sawi
Carrot
Kobis bunga
Lada merah + lada hijau (hiris)
Daun sup + daun bwg
Bawang goreng

Cara:
Panaskan minyak tumis bahan yg dicincang.
Dah naik bau masukkan air rebusan daging, dah mendidih masukkan ayam dan daging.
Ayam dah masak, masukkan mee yg dh dicelur, udang, sotong, fishball,fishcake, kiub ayam.
Masukkan sayur2an, perasakan dgn lada hitam, lada sulah, garam dan gula.
Last tabur daun sup+ daun bawang & bwg goreng...siap!!!

kuning dicelur terlebih dahulu supaya bila masuk di dalam kuah mee x menyerap kuah ya
direbus dahulu sehingga empuk.. air rebusan digunakan semula ya

kredit: faizah sharip

10/02/2022

Hari ni kita masak Tomyam putih..

Tomyam kes**aan keluarga semestinya

Tomyam putih..sgt sdp di mkn dgn nasi pns sambil menghirup kuahnya😋😋

Sye share resepi utk anda mencuba msk .

Bahannya

1 keping dada aym( potong kecil)

Sedikit udang dan sedikit sotong

1 biji bwg bsr di hiris

2 biji bwg putih ketuk

3 btg serai ketuk

3 inci lengkuas

6 biji cili padi ketuk

1 cube aym megi

2 sudu sos ikn

Sedikit garam dan serbuk perasa

1 biji tomato , lobak merah,bunga kobis

3 helai daun limau purut

2 biji limau nipis perah ambil jus nye

Caranya - mudah je

Tumis bwg putih dgn sedikit myk hingga naik bau + Aym dan rebus dgn 3 cwn air hingga didih ..masukkan bwh bsr, halia dan lengkuas cili padi dan cube aym + lobak merah dn bunga kobis+ serai + sotong dn udang msk hingga didih + sos ikn+ daun limau purut dn jus limau + sikit gula dan garam dn serbuk perasa jika s**a + 2 sudu santan atau susu cair pun boleh..renihkan sekejap ..mas**an tomato yg telah dipotong .dan taburkan dgn daun saderi yg tlh dipotong kecil...aroma nye menyengat😋dan sgt sdp...slmt mencuba

Kredit Sumber : rehan husin

09/02/2022

#1 Udang Khamped

Bahan-bahan:
1 kg udang (digoreng dengan garam dan kunyit)
2 sudu cili kisar
1 sudu pes tomyam
1 sudu sos tiram
1 sudu sos cili
1 sudu sos ikan
1 keping asam keping
Kacang panjang (optional)
Garam
Gula
Daun limau purut
Bahan kisar halus:

2 biji bwg besar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
½ inci lengkuas
2 batang serai (dipotong halus)
2 biji cili hidup merah
5 biji cili api hijau
Cara-cara:
Panaskan minyak bekas gorengan udang dan tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan cili kering hingga masak dan pecah minyak.
Masukkan sos tiram, sos cili, sos ikan dan asam keping dan masak hingga mendidih.
Jika kering, masukkan air.
Masukkan udang, kacang dan daun limau purut. Perasakan.
Sedia untuk dihidang.

Kredit: Ida Zairi

09/02/2022

Anak saya makan ayam kicap ni sambil cakap sedap betul la mami..

Nah sy bg resepi siap2..

1/2 ekor ayam (garam kunyitkan goreng dulu)
2 biji kentang (goreng dulu)

Bahan tumbuk
1 biji bwg merah
1 inci halia
2 ulas bwg putih
1 biji buah keras

Bahan hiris
1 biji bwg merah
1 ulas bwg putih
2 hiris halia

Bahan lain
1 btg serai (ketuk)
4 sekawan
2 pelepah daun kari
3 sudu besar cili kisar
1 sudu besar perencah sup
1 sudu besar serbuk kari daging
1 sudu sos tiram
kicap manis/masin ikut kesesuaian
Kicap manis abc
Garam / gula

Bahan hiasa
Bwg besar potong bulat
Cili hijau/merah
Daun bwg

Tumis bahan hiris dulu, masukkan serai.. masuk bahan tumbuk, 4 sekawan, daun kari, cili kisar, perencah sup & serbuk kari tumis sampai naik myk. Masukkn 1 sudu gula.. Letak air skit kalo terlalu kering.. Dh pecah myk masuk sos tiram, kicap abc & kicap manis/masin.. Kalo pekat sgt tmbah air.. Masuk ayam & kentang.. Gaul2 masuk bahan hiasan..

Credit : Ida Zairi

06/02/2022

RESIPI AYAM GORENG KARI

Biasa kan kalau ayam goreng kita goreng kunyit je kan. Kalau rajin sikit jadi ayam goreng berempah. Tapi kalini bella nak share resepi campak campak ayam goreng kari. Jom kita mulakan.

Bahan-bahan
1/2 ekor ayam
Bahan A
•••••••••
3 ulas bawang putih
1 inci halia
5 tangkai cili kering
5 sudu makan serbuk kari
1 sudu makan lada sulah
Garam secukup rasa

Bahan B
•••••••••
1 biji telur
1 tangkai daun kari
6 sudu makan tepung jagung
6 sudu makan tepung gandum

Cara-cara
1. Kisar kesemua bahan A
2. Gaul ayam bersama bahan A dan B
3. Perap selama sejam
4. Panaskan minyak dan goreng ayam sehingga masak
5. Sedia dihidangkan

Ayam goreng kari ni kalau makan dengan kari kosong je pun memang layan habislah.
Selamat mencuba 📷

Sumber : Bella Shabuddin

26/11/2021

AYAM PADPHEK ( Masakan Thai Original ) resepi ibu warganegara Thailand yang menetap dimalaysia hampir 55 Tahun Doakan ibu saya dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

📍 Bahan blend

Kunyit Hidup - 3
Bawang Merah - 4 Biji
Bawang Putih - 4 Biji
Serai - 2 Batang
Daun Limau Purut - 4 Helai ( blend )
Daun Limau Purut - 3 Helai ( Potong )
Lada kering - 1 Biji
Cili api - 5
Halia
Belacan
Asam keping - 1 ( Masa Tumis )

📍Bahan Perap

Ayam
Kunyit

🎈 Selain Ayam bahan2 diatas boleh diolah pelbagai lauk Ikan Keli,Sotong,Udang.

Cara - Cara

1.Goreng ayam sederhana masak angkat dan asingkan.

2.Panaskan minyak ( minyak lebih lagi sedap ) masukkan bahan2 blend tumis sampai wangi.

3.Masukkan Ayam yang digoreng separuh masak kemudian masukkan Daun Limau Purut tumis sampai Daun Limau Purut layu dan sedia untuk dimakan ( Tunggu berbuka yer ) 😅

4.Anak2 yang xmakan pedas blh asingkan lauk yang dah masak letakkan cili api ( tumbuk ) kemudian..

kredit: nur asyikin

17/11/2021

Sambal gesek..X yah lauk lain dh klu ada sambal ni..gaul dgn nasi panas dh cukup..

Nah resepi..

Bahan:
1 genggam cilipadi(merah + hijau)
1 biji bwng besar
3 ulas bwng putih
2@3 sudu besar ikan bilis(goreng garing n tumbuk pecah2)
1 biji limau nipis(ambik airnya)
Sedikit belacan
Perasa n secubit garam(klu ikan bilis dh masin..x perlu garam lg)

Cara:
Tumbuk cili,bawang , bwng putih n belacan(tumbuk pecah2 je atau mesin kasar)
Tumis bhn tumbuk hingga garing
Masukkan perasa n garam(jika perlu)
Masukkan air limau nipis
Tutup api dan kemudian masukkan ikan bilis dan gaul rata

Credit : Mazliza Ahmad

17/11/2021

Repeat lagi keow teow theng hari ini ☺️

Resepi Keow Teow Theng...

Bahan2
1. Keow Teow
2. Isi Ayam
3. Daun Bawang
4. Bawang putih
5. Sawi
6.bebola ayam / ikan
7. Fishcake
9. Kicap cair
10. Cili padi
11. Lada sulah
12. 2 ketul kiub ayam
13. air scukupnya

Cara2 nya
1.Didihkan air, masukkan 2 ketul kiub ayam kemudian masukkan isi ayam, bila isi ayam dah masak kekuarkan isi ayam, bila dh sejuk carik-carikkan ayam tersebut..
2. Masukkan bebola dan fishcake rebus sekejap dan toskan.. Blh lah hiris fishcake td.
3. Kuah dia saya xtmbh apa dh.. Kiub tu dah ckp rasa..

Cara buat minyak bawang putih

1. Cincang 1 labu bawang putih..
2. Panaskan 1 senduk minyak, bila minyak. Dah panas masukkan bawang putih Yang di cincang td, goreng sehingga bawang kekuningan, api slow je ye, jgn smpai hangit nanti pahit...

Cara buat kicap cili potong..
1. Potong cili padi dan gaul dalam kicap cair..

Celur sekejap sawi sehingga layu dan toskan

Basuhkan keow keow bagi hilangkan lebihan minyak, nk jirus air panas pom blh..

Boleh lah susun bahan2 dalam pinggan dan tuang kuah.. Siap.. Senang sahaja...

Credit : Nor Khomariah Norrohman

17/11/2021

Spaghetti Aglio Olio Seafood

Kalau makan dekat kedai mahal kan,buat sendiri boleh makan banyak2 😂

Resepi
Spaghetti +- sebungkus (rebus letak minyak + garam)
Udang + sotong (goreng dan asingkan)
Bawang putih 4-5 ulas - slices
Brokoli - rebus sekejap
Cendawan -slices
Tomato ceri
Daun parsli
Cili kering 2-3 potong serong2
Air rebusan spaghetti 1/2 cawan

Letak dlm mangkuk asing
Kiub ayam 1
Garam 2 sudu
Chili flakes 1-2 sudu besar
Lada hitam 1 sudu
Oregano sikit

Tumis bawang putih agak2 garing
Masukkan cendawan kacau2,masukkan semua bahan2..kacau2 sikit,last skli masukkan spaghetti n kacau sampai sebati semua ☺️

Kredit: Maya Miera

17/11/2021

Resepi Meatball Ala Ala Ikea

📌 Meat ball Saya guna Ramly je..Grill dgn minyak zaitun ya

📌 Kentang Putar
3 biji ubi kentang (kupas,potong & rebus empuk)
1 sudu besar butter
1/2 sudu kecil serbuk lada putih
1/4 sudu teh garam halus
3 sudu besar susu full krim

👉 Rebus kentang hingga empuk. Toskan & lecek ketika masih panas. hingga halus.
👉 Masukkan butter & susu cair. Kacau hingga lembut & licin.
👉 Tambah garam & serbuk lada putih secukup rasa.

📌 Sos Gravy
2 sudu besar butter
2 sudu besar tepung gandum
2¹/² cawan air
1 ketul kuib pati daging Knorr
1/4 cawan susu cair
1/2 sudu kecil gula
Garam & serbuk lada hitam secukup rasa
1 sudu besar kicap pekat utk mengelapkan sos

👉 Panaskan butter hingga cair. Masukkan tepung gandum & kacau hingga sedikit perang
👉 Masukkan air, kuib pati daging & renehkan sebentar.
👉 Masukkan susu cair, garam, kicap pekat & serbuk lada hitam. Kacau rata
👉 Renehkan sebentar hingga kuah hampir pekat.

Selamat Mencuba 😀

Kredit: Nazri Ahmad

16/11/2021

Bread butter pudding...

Resepinye...

1 tin susu cair
1 buku roti yg sedang
3 biji telo
1/2 cawan gula
Mix fruit ikut s**a
Kepingan badam ikut s**a
3 sudu planta
Bakar selama 45 minit dgan kepanasan 160 darjah
Api atas bawah

Cara buat kuah...

1 tin susu cair
2 tin air
1/2 tin susu pekat
3 sudu tepung kastad bancuh dgn sedikit air
2 sudu kecil vanita
1 sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning

Credit : Siti Aminah Hj Maidin

14/11/2021

Resepi air asam.
Cili padi 10biji
Cili besar 2 biji
Tomato 1biji
Belacan 2 ibu jari
- goreng dengan myk sikit.
Lepas tu masukkan dlm blender bersama :
Kerisik 2 sudu besar
Asam jawa adabi 2 sudu besar
Air suku cawan ikea
Gula
Garam
Blend semua.
Bahan hiris:
Bawang besar
Cili besar
Cili padi
Tomato
Limau kasturi hiris dengan kulit skali
Campur kan bahan blend dengan bahan hiris.
Ps: kalau anpa s**a pekat, bahan blend td boleh lebih kan. Cili padi lg b*k lg meletop.
Air tu pun ikut nak pekat ke cair. Kalau suku cawan tu pekat sgt, tambah sket nt pun xpe.
Lepas tu kan, kau rebus kerang, perisi masuk dlm air asam ni. Walaweiiiii...

Sumber : kuali mama

18/09/2021

Ayam Tiram Thai
resepi khairulaming

1) 10 ketul Ayam perap dgn:
3 sudu besar Sos tiram, 2 sudu besar kicap manis, garam/secukup rasa, 1 sudu besar minyak masak. Bakar dalam air fryer/oven 180-200c 20min.

2) bahan sos: 5 ulas bwg putih, 4 biji cili padi merah, 3 batang akar ketumbar, tumbuk sampai lumat guna lesung. Masukkan 1 sudu besar sos tiram, 3 sudu kecil kicap cair, 2 sudu besar gula, 1 biji perahan limau nipis/lemon, daun ketumbar yg dah dipotong halus. Gaul semua sampai sebati, curah atas ayam. ♥️

Selamat Mencuba☺️

12/09/2021

Sizzling Yee Mee ala food court 🍜😋

Bahan tumis:
√ 5 ulas bawang putih
√ 1 inci halia (hiris besar melebar)
√ 5 tangkai cili kering (ikut nak pedas)
√ 2 sb Minyak masak
√ 1 sb Minyak bijan

Bahan lain:
√ Ayam
√ Cendawan sh*take
√ 3 sb sos tiram
√ 5 sb kicap manis
√ Lada hitam
√ 3 sb kicap cair
√ 5 sb tepung jagung (bancuh dgn air)
√ Air secukupnya
√ Telur
√ Sawi
√ Yee mee
√ Stok ayam

Cara menyediakannya:

1. Hiris atau tumbuk bahan tumisan terlebih dahulu (kecuali cili kering) dan tumis sehingga naik bau.
2. Masukkan ayam dan cendawan sh*take yang telah dipotong kecil.
3. Kemudian masukkan sos tiram, kicap manis, kicap cair dan juga lada hitam.
4. Biarkan sehingga mendidih. Pastu masukkan air. Masak sehingga ayam betul2 empuk.
5. Ikut banyak mana sizzling yang ingin di masak Biarkan menggelegak sehingga ayam cukup empuk.
6. Perasakan dengan stok ayam jika mahu.
7. Kemudian masukkan air tepung jagung dan masak hingga pekat.

(Sifir dia saya buat 1 ekor ayam = 1 labu bawang putih saiz besar)

*saya masak yee mee dalam pan je. Ceduk 2senduk kuah, masukkan yee mee & sawi. Agak gelegak kuah pecahkkan telur & masukkan lagi kuah. Bila mee dah lembut telur agak2 masak boleh angkat & hidangkan. Makan dgn cili potong

Beli pinggan hotplate: https://shp.ee/bcw5idv
Beli yee mee halal: https://shp.ee/88yen2v

Kredit: Norfaezawati Wahid

01/09/2021

Resepi Sos Thai, pedas manis masam.. Katanya sebijik macam g makan dekat padang besar.
Bahan-bahan:

cili besar 4biji
cilipadi merah n hijau campur je segenggam
bawang putih 6ulas
*kisar 3bahan di atas ni👆
gula secawan
cuka secawan
garam 1sudu kecik.
Cara-cara: *lebur je semua atas kuali.kacau mendidih.slow api.masuk air bancuhan tepung ubi . siap!!mudah je haih.😘
*Tepung ubi 1sudu je. air bancuh ikut s**a. janji dia lebur. jangan masuk serbuk tepung dalam sos, nanti berketul.

Kredit: Nurul Mansor

31/08/2021

NASI AIR KELATE

Buat hari-hari pn xpuah nasi air kelate ni 😋😋😋.

Nasi Air Kelate~

Bahan-Bahan

❤️Nasi❤️
1 1/2 pot nasi
1inch halia
Sedikit garam

❤️Kuah Sup❤️
1biji bawang merah *dihiris
2biji bawang putih *dihiris
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Halia
Akar ketumbar
Isi ayam
1 Kiub pati ayam
Sedikit Garam
Sedikit Gula
Sedikit ajinomoto

❤️Minyak bawang putih❤️
2 biji bawang putih *dicincang
Sedikit minyak

❤️Sambal kicap❤️
Bawang putih
Cili padi
Kicap
Garam
Gula

Cara-cara boleh tengok dekat gambar🤗🤗🤗
Ada yang xde s**atan, main letak je sbb xpandai s**at betul2😅😅





😝

Sumber : Nor Shahida Yusoff

Photos from Dapur Usong's post 22/08/2021

Asam Laksa🍜 dah masuk dapur..

Ika open order untuk Hari selasa (24/08/2021)

Untuk place order 📲

http://www.wasap.my/601116842745/DupOrUsong_AsamLaksa_Rm5

22/08/2021

Resepi daging bakar Danok

Bahan perapan daging:-
-Daging sekilo(potong besar tebal 2@3cm)
-1sk sos ikan
-2 sb Sos tiram
-2@3 sb Brown sugar
-Sekeping gula melaka
-1 sk lada hitam
-Sedikit minyak
-Serbuk cukup rasa 1@2 sudu

Bahan sos:-
-Akar daun ketumbar
-Daun ketumbar
-1sb Beras(sangaikan dulu& tumbuk)
-1@2 ulas bwg putih
-1@2 sk Sos ikan(ikut tahap masin tekak masing2)
-2 biji limau nipis
-1 sk brown sugar
-1/2 keping gula melaka(tumbuk kasi hancur cmpur air sikit)
-Chili flakes
-1 sk sos cili
-1 sk sos tiram
-1 Bawang besar (hiris nipis)

Cara2:-
-Tumbuk akar daun ketumbar & bwg putih smpai lumat
-Masukkan sos ikan,gula melaka,brown sugar,beras yg disangai,perahan limau nipis
-Masukkan sos cili,sos tiram(saja tambah utk pekatkan sos)
-Masukkan daun ketumbar yg dipotong
-Masukkan chili flakes(kalau s**a pedas boleh tambah)
-Masukkan bwg besar yg dipotong tadi
~~kalau tawar jgk tmbah la garam sikit ok

# daging tu saya bakar guna pemanggang ajaib je dlm 20 hingga 30 minit dan bergantung jgk pada tahap air yg kluar dari perapan masing2 ye..bukak api slow
# utk daging cepat lembut bila nk masak..perap la semalaman & hiris halia keping2..perap sekali dgn daging

Kredit: Fb Diaz Yushazlina

19/08/2021

PUDING PISANG SOS KASTARD

makan sejuk² memang sedap 😋👍...

Pisang secukupnya..digoreng dengan sedikit butter sehingga perang...ketepikan.

Bahan² kuah kastard...
Susu cair 1 tin
Kuning telor sebiji
Air 1/2 cawan
Gula 2sb
Tepung kastard 1sb
Daun pandan 1 (ikat)

Cara buat:
1) Campurkan semua bahan² sehingga sebati(kecuali daun pandan)..tapiskan ke dlm periuk.

2) Masak dengan api yg perlahan,
kacau jangan berhenti..Dah mendidih
terus angkat..sejukkan..Simpan dalam
peti ais..

3) Bila nak makan..letak kuah ke atas pisang..hiaskan dgn buah²an kering atau kekacang seperti gajus atau badam...

Kredit: imah rahman

16/08/2021

MAKARONI BAKAR CHEESE LELEH

Bahan2
2 cawan makaroni * rebus
1 tin sos spageti prego (perisa tradisional)
Lada hitam ajishio
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 Minch meat(nak guna semua pon boleh)
1/2 tin cendawan potong dadu
1 bj Carrot kecik potong dadu
1/2 bj Capsicum potong dadu
(Olive kalau xde takyah letak)
Cheddar cheese parut

Cara2:
Panaskan 3 sudu minyak (minyak zaitun dlam gambar tu optional je) masukkan bawang & garlic cincang layukan.. masukkan carrot dan daging kacau2... letak sedikit air utk empukkan daging dan carrot masak dalam 3minit.
Masukkan cendawan, capsicum, olive(kalau ada) kacau sekejap.

Masukkan sos prego kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.
Perisa kan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu... sbb sos prego dan lada hitam tu dah ada rasa garam.
Boleh masuk dalam bekas alumunium size 7x7 dapat 2bekas. Kalau xder boleh guna loyang masak kek size 9x9

Bahan2 sos putih:
2 cawan susu segar
2sudu bsr tpg gandum
4 sudu bsr butter
Sedikit garam
Masak dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 mins
Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni. Parutkan chedar cheese(optional) kalau s**a cheese yg banyak.
Lapis dengan cheddar slice atas dia...
Bakar oven 160 selama 20 min

Selamat mencuba

Sumber Resepi : Jija Mychommel

Photos from Dapur Usong's post 13/08/2021

Tq so much customer Asam Laksa..
Maaf deh Marin Ada y customer y xdea nok rasa..

Nati ika open order , Booking slot cepat2x deh senang ika masuk dalam list booking..

Photos from Dapur Usong's post 11/08/2021

Open Order Asam Laksa esok deh . Hok nok boleh place order

Open order esok👇 http://www.wasap.my/601116842745/DupOrUsong_Asam_LaksaRM5

10/08/2021

Phat Kaphrao Daging Cincang

Sedia - Bahan-bahan Daging Phat Kaphrao.
Sedia 400 gram - daging cincang/kisar. Saya beli daging yang dah siap kisar dekat pasar raya saja.
Sedia 1 - Ikat Daun Kemangi.
Sedia 2 - Tangkai cili besar merah.
Sedia 8 - Tangkai cili padi untuk tumis 8 tangkai.
Sedia 8 ulas - Bawang putih.
Sedia 100 gram - kacang panjang.
Sedia 1/2 cawan - air masak.
Sedia 2 sudu makan - Minyak masak.
Sedia 1 sudu makan - kicap (saya guna kicap Siam, kalau susah nk cari boleh guna kicap Malaysia biasa pilih yg masin, tak manis).
Sedia 1 sudu makan - sos ikan, brand Thiparos paling sedap. Ada jual di Tesco dan leading supermarket.
Sedia 1/2 sudu makan - gula.
Sedia 2 sudu makan - sos tiram.
Sedia 2 - biji telur untuk buat telur mata.
Sedia - Bahan-bahan untuk buat kicap cili.
Sedia 5 - Tangkai cili padi.
Sedia 3 ulas - Bawang putih.
Sedia 3 sudu makan - Kicap ikan.
Sedia 1/2 - biji limau nipis.
12 Cara Memasak Phat Kaphrao Daging Cincang

Mula mula kita sedia kan
Potong cili besar.
Potong kacang.
Siang daun kemangi. Daun kemangi (Kaphrao) dia ada bulu seperti baldu di tangkai dan daun dia. Beza denagn Thai basil (Horapha) yang daunnya licin..
Dah siap sedia kan bahan bahannya kita masuk kan minyak masak. Bila minyak dah panas kita tumis kan cili dan bawang yang telah di tumbuk tadi..
Bila bawang kelihatan kuning dan garing masuk kan daging, kacau- kacau sedikit. Lepas tu masuk sos tiram, kacau- kacau. Lepas tu masuk kicap ikan. Hati- hati ye, kicap ni masin. Saya biasa letak satu sudu makan saja. Kalau tak cukup masin boleh tambah masa makan nanti. Nanti saya ajar cara buat kicap cili potong..
Lepas tu masuk kan kicap. Saya guna kicap Siam, kalau susah nk cari boleh guna kicap Malaysia biasa). Supaya daging kita tidak kelihatan pucat sangat..
Boleh tambah sedikit air jika kering sangat..
Masuk kan kacang kacau-kacau, jangan sampai kacang lembik ye, nanti tak crunchy tak sedap. - Masuk kan cili besar merah yang dipotong tadi - Bila semua dah masak masuk kan daun Ka Phrao (Kemangi) goreng sekejap saja jangan lama. - Angkat dan hidang dengan kicap cili potong.
Cara buat kicap cili potong - Masuk kan bawang putih dan cili padi yang telah dipotong halus tadi dalam air kicap. Perah sedikit limau nipis..
Jangan lupa goreng telur mata ye. Nak buat kawan dengan daging cincang kita nanti..
Tadaaa dah siap! Selamat mencuba ye kawan-kawan..
Mudah saja, bukan? Bahan-bahan pun tak susah nak cari. Dengan perkongsian resepi Phat Kaphrao Daging Cincang ini, mudah-mudahan lebih ramai yang dapat membuatnya sendiri di rumah. Mana tahu, mungkin ada yang dapat jana pendapatan tambahan sekaligus. Selamat mencuba!

08/08/2021

RESEPI SUP TULANG ALA THAI

1kg tulang
sup bunjut
4 sekawan
2 inci halia ( mayang)
(semua bhn blh boh lbh ikut s**a ya .. agak2 je)

4 bawang putih ( mayang)
4 bawang merah ( mayang)
1 labu bawang besar ( potong weges)
2 btg serai ( ketuk)
1/2 inci lengkuas ( mayang )
15 bj lada hitam (d tumbuk) 15 bj lada putih (d tumbuk)
daun sup daun bawang..
cili padi (d ketuk)
garam aji @ scukup rasa
air limau nipis secukupnya..
nak boh carot tomato kentang btg salary... ikut slera...

Credit : Tgkhuzanika

08/08/2021

Pernah makan tak? menu kenduri negeri ambo. Lama dah tak gi makan gulai.. nak balik kampung pun tak boleh musim pkp ni jadi kita kenduri dekat rumah aje lah.. kalau ada yang nak buat saya kongsi resepi cara ibu saya.
Resepi:

1kg daging potong melintang ira nanti cepat empok. Basuh bersih toskan

1/2 kg santan
4 sudu rempah kari
3 sudu kerisik
5 biji kentang buang kulit potong
Sedikit air asam jawa
Nise atau gula melaka
Garam gula secukup rasa
Bahan utk menumis (A)
1 labu bawang merah besar
2 ulas bawang putih
1cm halia

Semua diatas dimayang atau potong

1 batang kayu manis
2 biji buah pelaga
2 kuntum bunga cengkih
1 kuntum bunga lawang
Utk dikisar atau blend (😎
2 labu bawang merah besar
3 ulas bawang putih
2cm halia

Cara membuat:

Panaskan minyak dalam kuali tumis semua bahan A hingga garing dan masuk serbuk kari bancuh dengan sedikit air. Kacau rata hingga pecah minyak masuk bahan B kacau masuk daging kacau bagi sebati biar sehingga air daging keluar. Tambah sedikit air kalau daging belum empuk. Bila dah empuk masuk santan kalau pekat masuk air tengok sebanyak mana kita nak kuah sesuai dengan daging. Masuk kentang biar mengelegak dan mendidih. Masuk air asam jawa garam gula nise secukup rasa dan kerisik. Biarkan mendidih merenih hingga pecah minyak. Gulai kawah ni makin lama didih dengan api kecil makin cantik dan sedap. Tadaa dah siap boleh makan dengan nasi atau pulut dan apa saja yang kita s**a. Selamat mencuba semoga bermanfaat.

Kredit :Azizah Daud

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kampong Dalam Kota?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Open Order Mee Kari Isnin

Telephone

Website

Address


Jalan Kuala Krai
Kampong Dalam Kota
15150

Other Kampong Dalam Kota restaurants (show all)
Eefc Eefc
Kampong Dalam Kota, 15150

Nasi Berlauk Depe Tanggo Nasi Berlauk Depe Tanggo
Jalan Kuala Krai
Kampong Dalam Kota, 15150

Takoyaki leleh wcy Takoyaki leleh wcy
Jalan Wakaf Che Yeh
Kampong Dalam Kota, 15100

Yeemin Absolute Yeemin Absolute
Kampong Dalam Kota

Ayam Singgit Kedai Buloh Ayam Singgit Kedai Buloh
Kampong Dalam Kota, 15150

Sambal Serunding Sambal Serunding
Kota
Kampong Dalam Kota, 15150

Fatihah Restoran Cabe 4 Limbat Fatihah Restoran Cabe 4 Limbat
Kota
Kampong Dalam Kota, 15150

Ayam Penyet Ap Mydin Tunjong Ayam Penyet Ap Mydin Tunjong
Mydin Mall Tunjong
Kampong Dalam Kota

RESTORAN AYAM PENYET AP MYDIN TUNJONG

Rizna Kudapan Rizna Kudapan
Kampong Dalam Kota, 15150

Uyu Aneka Kacang Uyu Aneka Kacang
Kampong Dalam Kota, 15150

Garden Cafe Tamu Waris Official Garden Cafe Tamu Waris Official
Kampong Dalam Kota

Rempah original KST restoran ikan bakar ketereh Rempah original KST restoran ikan bakar ketereh
Kota
Kampong Dalam Kota, 15150

hanya perlu sediakan ikan je.....