Cahaya Planet Futsal

Cahaya Planet Futsal

Futsal

09/08/2018
04/08/2018
04/08/2018
02/08/2018

8. Bermain Dengan Seronok

Kita selalu mendengar perkataan ‘enjoy the game’. Ia bukan bermaksud anda terlalu tersengih-sengih di dalam gelanggang.

Ia merujuk kepada semangat untuk bermain dengan semula jadi tanpa tekanan terlalu tinggi. Ia akan membantu anda untuk bermain dengan lebih semula jadi di dalam gelanggang.

Sentiasa mencari taktikal yang boleh dimainkan bersama dalam pasukan. Jadi, latihan bersama sangat penting.

01/08/2018

7. Kawalan Bola

Ia memerlukan latihan berterusan untuk memastikan anda ada kawalan bola yang baik. Sentuhan pertama dan cara trap bola sangat penting.

Banyakan aktiviti menimbang bola (keepy uppie) dan juga latihan hantaran one touch dengan intensiti dan tahap kesukaran berbeza.

31/07/2018

6.Tingkatkan Semangat Berpasukan

Tidak dinafikan sukan futsal adalah sukan yang sesuai dengan permainan individu.

Namun, jika aspek permainan berpasukan tidak diambil kira, anda akan bermasalah apabila berhadapan dengan lawan yang sistematik dalam taktikal permainan.

Kesedaran ke atas komitmen dalam pasukan adalah senjata penting walaupun anda ada skil yang luar biasa jika tidak ada sokongan di dalam gelanggang anda akan bermasalah.

Antara cara yang boleh dipraktikan adalah, biasakan diri untuk bermain permainan kombinasi (combination play). Tingkatkan kemampuan untuk melakukan hantaran dalam pelbagai variasi.

Send a message to learn more

30/07/2018

5. Tingkatkan Kreativiti

Futsal adalah sukan yang bertarung untuk menyelit pada ruang kecil. Kreativiti adalah penting untuk memastikan peluang gol sentiasa dicipta.

Kreativiti lebih kepada kemahiran berfikir. Jadi, anda perlu menajamkan kemampuan untuk berfikir dan membaca perlawanan.

25/07/2018

4. Tingkatkan Skil Individu

Seterusnya adalah cuba tingkatkan kemahiran dan skil individu anda. Ada sesetengah pemain futsal tidak kisah pasal skil dan malu untuk melakukannya takut diketawakan member.

Kami sentiasa percaya, futsal dengan rakan-rakan adalah sesi terbaik untuk anda melakukan perkara ini.

Anda perlu yakin dengan kemampuan diri sendiri. Skil seperti step over, roullete boleh dipelajari daripada rakan-rakan ataupun merujuk kepada video di youtube. Tidak rugi untuk mencuba.

24/07/2018

3. Tingkatkan Kemampuan Bermain Banyak Peranan

Bahasa universalnya adalah all round performer. Jadi anda harus meningkatkan aspek bertahan dan menyerang dalam masa yang sama.

Walaupun anda seorang penyerang, ia tidak bermakna anda tidak perlu kisah pasal bertahan. Begitu juga sebaliknya.

Kemampuan lain seperti keupayaan untuk duel dan melakukan cubaan gol yang kencang dan tepat.

23/07/2018

2. Gerakan

Ini adalah aspek yang sangat penting. Anda perlu meningkatkan aspek body feint ini untuk memudahkan anda mencipta ruang di dalam gelanggang.

Ia juga penting untuk menewaskan pihak lawan sama ada ketika dengan bola ataupun tanpa bola di kaki. Gerakan yang pantas dan deras akan membolehkan anda lebih sukar untuk dibendung pihak lawan.

Biasakan diri untuk bergerak menjauhi pertahanan lawan atau menukar arah gerakan dengan segera. Seterusnya, perbaiki ketajaman gerakan pintas ke dalam (cut-inside).

Tidak lupa juga tingkatkan kemampuan menukar kepantasan (changing pace). Anda boleh lihat Eden Hazard bagaimana dia menukar tempo gerakan dari berlari kepada jogging pace, dari walking/jogging pace kepada running pace yang pantas.

21/07/2018

Dalam artikel kali ini kami berkongsi tips bagaimana untuk meningkatkan kemahiran futsal anda. Ia merangkumi aspek kawalan bola dan gerakan di dalam gelanggang.

1. Tingkatkan Kemahiran Menggunakan Tapak Kaki

Ia digelar sole foot secara universal. Ramai yang bagus dalam penggunakan kasut luar dan kasut dalam (depth touch) dengan baik namun sangat lemah dalam penggunakan tapak kasut ataupun sole foot.

Pemain futsal yang bagus perlu menajamkan kemahiran futsal ini. Ianya kerana ia akan membolehkan pemain lebih dominan ke atas bola.

Seorang pemain futsal seharusya tahu cara menggunakan sole foot. Ada beberapa aspek yang penting dalam penggunaan tapak kaki ini.

i. Untuk menerima bola (control & trap)
ii. Untuk mengacah pihak lawan
iii. Rolling bola

Ia harus dilakukan dengan kadar pergerakan ataupun kepantasan yang pelbagai. Banyakan aktiviti rolling bola futsal dengan tapak kaki.

10/04/2018

Cahaya Planet Futsal 2018

Menjadikan Futsal sebagai sukan utama..

Tempahan Court Masih di Buka :

Call 0122940825

18/08/2017
Timeline photos 31/03/2017

Jom Pakat Mari Main Futsal Belako..
Hari ini court masih ada lagi kekosongan..
Ajok saing - saing pakat mari main futsal sini belako smentara court masih lagi kosong...

Nak tepoh sila hubungi: 0122940825

"The right place to show your skill in futsal"

Timeline photos 09/01/2017
21/09/2016
Photos from Cahaya Planet Futsal's post 19/09/2016

"KHAS UNTUK PLAYERS FUTSAL SHJ"

Kami CAHAYA PLANET FUTSAL mngajak dan menjemput player player futsal utk bermain di tempat kami.

{ Kelebihan CAHAYA PLANET FUTSAL }

1) LOKASI dia mudoh nk cari sbb tepi jale jah tk pyh guna waze

2) COURT dia pun sdp nak main sbb guna lata getah dan saiz court yg lebar serta besar.

3) PARKING pun luas tk pyah rusim bkn setakat keto bas pun muat nak parking

4) DI BUKO setiap hari buleh katakan 24 jam buko asal ada ore nk main jah

5) MASA pulop kito buleh kecek kiro kalu termari lewat sikit tkpo tpi jgn la lewat benar dan kalu nak mitk lebih masa pun kito bui asal tkdok gu lawe main dah lps tu

6) BOLA FUTSAL pulop kito guna hak berkualiti tinggi tk guna bola hak cap aye sbb nak suruh player sdp main.

TUNGGU DULU!!!!
NI KELEBIHAN BARU HAK ADA DI CAHAYA PLANET FUTSAL

ADA KAFE - lps main kalu sero nak lepok2 minum air atau nk mkn pun buleh pelbagai minuman dan mkanan kito sediakan. Hak mana nak lepok saja2 pun buleh smbil2 tngk ore main futsal.

Ni Alamat dio hak mana tak tahu lgi: CAHAYA PLANET FUTSAL KOK LANAS DEKAT DGN DATARAN KADA

Gapo tunggu lagi tu cpt2 ryk ko saing pakat mari main futsal sini. Nak lebih mudah tag jah saing2 di bahagian komen di bawah.

Caro nak tepoh futsal pun mudah jah sila hubungi no tlipon di bwh:

012-2940825
012-2940825
012-2940825

"Nak Main Futsal Ingat Cahaya Planet Futsal"

Timeline photos 09/09/2016

Tunjukkan SKILL anda di CAHAYA PLANET FUTSAL.

02/06/2016

PERHATIAN!!!!

Bermula awal ramadan iaitu pada 6 Jun 2016 kadar harga court futsal akan berubah seperti berikut:
Siang Hari: RM 40
Malam : RM 70

Jom Pakat Main Futsal Belako

Photos from Cahaya Planet Futsal's post 16/02/2016

Renovated

27/04/2015

NANTIKAN HARGA PROMOSI CAHAYA PLANET FUTSAL AWAL MEI INI

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kampong Kok Lanas?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

5 TEKNIK FUTSAL UNTUK ANDA MENJADI PEMAIN BERTARAF DUNIA

Telephone

Website

Address


Kok Lanas
Kampong Kok Lanas
16450

Opening Hours

Monday 10:00 - 17:00
Tuesday 10:00 - 17:00
Wednesday 10:00 - 17:00
Thursday 10:00 - 17:00
Friday 10:00 - 18:00
Saturday 10:00 - 17:00
Sunday 10:00 - 17:00