Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare

Reich Healthcare membekalkan kiub ketam untuk rawatan demam denggi. Dengan tagline, mudah, cepat & s

Timeline photos 31/10/2016

Nantikan kemunculan Kiub Ketam Rawatan Denggi
Hubungi 017-6268424 untuk maklumat lanjut

Photos from Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare's post 14/07/2016

KIUB SUP KETAM NIPAH - PENAWAR DEMAM DENGGI

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.
Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.
Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.

Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.
Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.

Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.
Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

Photos from Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare's post 14/07/2016

Kiub Sup Ketam.

Reich Healthcare membekalkan kiub sup ketam untuk memudahkan masyarakat membuat sup ketam tanpa perlu menggunakan ketam kerana ketam kebiasaannya susah didapati di tempat-tempat lain. Dan permintaan cukup tinggi menyebabkan bekalan terhad.

Oleh itu, dengan menggunakan kiub ketam, masyarakat dapat menikmati sup ketam sama seperti rasa asli ketam itu sendiri.

Cara penggunaan yang mudah dan cepat sememangnya dinantikan.

Photos from Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare's post 14/07/2016

Ketam nipah semakin digemari

PASIR PUTEH 7 Feb. - Ketam nipah adalah hidupan yang membiak subur di kawasan paya bakau dan rumbia.
Haiwan ini memiliki nilai komersial kerana keenakan daging dan telurnya yang mempunyai kandungan kalsium tinggi.

Malah, keenakan dagingnya yang lembut dan manis dihidang dengan resipi tertentu di hotel terkemuka, turut menyebabkan nilai pasarannya semakin meningkat berbanding hanya RM5 bagi setiap sekilogram kira-kira 10 tahun lalu.

Harga ketam nipah liar yang ditangkap menggunakan perangkap di dasar sungai berlumpur adalah lebih mahal berbanding ketam nipah ternak menggunakan palong, akuarium fiber atau kolam sangkar.

Lantaran permintaan yang semakin tinggi, ketam nipah yang dikenali dengan nama saintifiknya Scylla serrata kini diternak secara komersial kerana nilai pasarannya yang boleh mencecah sehingga RM28 sekilogram.

Seorang penternak ketam nipah di Semerak, dekat sini, Mohamed Abdullah, 30, berkata, ketam nipah berkulit keras yang dipelihara dalam akuarium fiber hanya boleh dijual selepas 60 hari.
Beliau berkata, setiap satu set sistem ternakan akuarium fiber hanya boleh menghasilkan kira-kira 93 peratus atau 112 ekor ketam nipah dewasa.

"Sementara bagi ketam nipah berkulit lembut p**a, ia boleh dipasarkan dalam jangka masa 30 hari selepas benihnya dimasukkan ke dalam set sistem akuarium," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Menurut Mohamed, harga jualan ketam nipah bergantung kepada pasaran semasa iaitu sekitar RM28 sekilogram bagi berkulit keras, mengikut gred dan saiznya yang secara purata 500 gram seekor.
"Ketam nipah berkulit lembut p**a dijual RM17 sekilogram dengan purata berat seekor ketam mencapai 210 gram. Harga ini tidak dapat dikurangkan kerana penternak terpaksa menanggung kos makanan iaitu 'ikan baja' yang dibeli dengan harga mahal sekarang," katanya.

Jelas Mohamed, secara purata, 120 ekor ketam nipah berkulit keras berusia sebulan memerlukan kira-kira 52 kilogram ikan baja, sementara ketam nipah berkulit lembut p**a memerlukan 96.43 kilogram ikan berkenaan.

"Kos bagi benih ketam nipah p**a adalah sekitar RM7 sekilogram," katanya.

Beliau berkata, tidak ramai nelayan yang mampu menternak ketam nipah secara komersial kerana ia memerlukan modal dan kos pengurusan yang tinggi, misalnya harga satu set akuarium fiber sudah mencecah RM6,000, tidak termasuk harga benih dan makanan.

Sementara itu, peniaga ketam nipah liar di Lagun Kuala Semerak, Sharizal Muhamad, 30, berkata, dia menjalankan perniagaan tersebut dengan mendapatkan bekalan daripada penangkap ketam nipah yang masih menggunakan kaedah tradisional mencari haiwan tersebut sekitar paya bakau berhampiran.

Menurutnya, setakat ini, dia mendapat bekalan ketam nipah daripada 10 pembekal berikutan permintaan yang semakin meningkat terutama di kalangan masyarakat Cina tempatan.
"Walaupun Lagun Kuala Semerak dikenali sebagai 'Lagun Maut', khazanahnya masih banyak, bukan sahaja ketam nipah liar tetapi kerang laut, lokan dan sebagainya menggamit pengunjung dari luar untuk datang ke situ pada setiap hujung minggu.

"Sementelah, kedudukan gerai saya di tepi pantai jalan Dalam Rhu ke Tok Bali, memudahkan pengunjung untuk singgah mendapatkan ketam nipah liar," katanya.
Sharizal berkata, ketam nipah yang dijual di gerainya turut ditempah oleh keluarga pesakit demam denggi kerana mereka percaya daging ketam tersebut mampu merawat penyakit bawaan nyamuk aedes itu, selain rawatan moden.
Beliau berkata, ketam nipah dijual mengikut saiz dan usianya iaitu antara RM22 dan RM28 sekilogram.

"Dalam tempoh sehari, sebanyak 200 ekor ketam boleh dijual kepada pembeli, namun, ia bergantung kepada bekalan daripada pencari ketam tempatan," jelasnya.

Peniaga kedai makan di pekan Cherang Ruku, Che Mohd. Aleymy Che Leh, 40, p**a berkata, ketam nipah yang menjadi 'gimik' bagi perniagaan mi segera yang diusahakannya sejak 2004, semakin mendapat perhatian pelanggan dari Kelantan dan Terengganu.
"Semangkuk mi segera yang dimasak bersama dua ekor ketam dijual pada harga antara RM10 hingga RM15. Harga bergantung kepada saiz ketam sebelum dimasak," katanya.

Che Mohd. Aleymy berkata, perniagaan kedai makannya hanya dibuka pada waktu malam dan lazimnya dia akan memasak 20 kilogram ketam bersama mi segera sehari untuk memenuhi permintaan pelanggan.

"Tetapi pada hujung minggu dan hari cuti umum atau musim perayaan, permintaan akan meningkat dan ada ketikanya mencecah 60 kilogram ketam," katanya.
Menurutnya, dia mendapatkan bekalan ketam nipah tersebut sekitar Sungai Semerak, tetapi disebabkan permintaan yang semakin meningkat bekalan sering tidak cukup sehingga memaksanya mencari sehingga ke Terengganu, Kedah dan Perak.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp…
© Utusan Melayu (M) Bhd

Photos from Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare's post 14/07/2016

KETAM NIPAH SEGAR- BORONG (Min 50kg)

Pesanan/Pembelian - 019-9799474

i. Gred A (3 ekor sekilo) - RM30/kilo.
ii. Gred B (4-5 ekor sekilo) - RM25/kilo
iii. Gred C (6-7 ekor sekilo) - RM20/kilo
iv. Gref D (8-10 ekor sekilo) - RM15.

KETAM NIPAH SEGAR- RUNCIT (Min 1kg)
i. Gred A (3 ekor sekilo) - RM40/kilo.
ii. Gred B (4-5 ekor sekilo) - RM35/kilo
iii. Gred C (6-7 ekor sekilo) - RM30/kilo
iv. Gref D (8-10 ekor sekilo) - RM25.

** Harga termasuk penghantaran, sekitar 30km sahaja..

Pemborong dialu-alukan.

Photos from Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare's post 14/07/2016

Apakah manfaat kesihatan ketam?

Ketam adalah tambahan yang sangat baik kepada pelan pemakanan yang sihat. Ianya rendah kalori dengan hanya kira-kira 85-90 setiap 100g (bergantung pada jenis ketam). Ia mengandungi beberapa lemak, tetapi ia adalah lemak tak tepu pada amnya yang dianggap jantung sihat. Ketam adalah sumber asid lemak omega-3, yang boleh membantu untuk membantu meningkatkan daya ingatan, mengurangkan peluang untuk menghadapi serangan jantung, mengurangkan risiko kanser, dan mungkin dapat membantu untuk meningkatkan kemurungan dan kebimbangan juga.
Ketam adalah berisiko rendah makanan laut bagi merkuri. Banyak ikan, terutamanya di hujung lebih tinggi dalam rantaian makanan, mengandungi jumlah merkuri yang berbahaya dan tidak disyorkan kekerapan makanan yang dimakan. Ketam mengandungi banyak manfaat makanan laut yang lain, tetapi tanpa risiko keracunan merkuri.
Ketam juga merupakan sumber baik vitamin A, C dan vitamin B seperti B12 dan mineral seperti zink dan kuprum. Ia adalah sumber selenium, yang boleh mencegah kanser. Ketam juga mempunyai beberapa kromium, yang dianggap berguna dalam mineral jika anda mempunyai rintangan insulin, kerana ia boleh meningkatkan metabolisme gula di dalam darah.

CREDIT: http://www.fitday.com/fitness-articles/nutrition/healthy-eating/the-nutrition-of-crab.html

Timeline photos 14/07/2016

PERBEZAAN ANTARA KETAM NIPAH DAN KETAM BATU
(KETAM NIPAH BOLEH DIMAKAN, KETAM BATU TIDAK BOLEH DIMAKAN) KREDIT PADA SAHABAT HALAL JAKIM

Mengikut istilah sains, haiwan dua alam ini ada dua kategori iaitu reptilia dan amfibia yang mempunyai sistem pernafasan paru-paru. Edaran hidupnya sebahagian di dalam air dan sebahagian lagi di darat seperti katak, penyu, labi-labi, buaya dan seumpamanya.
Ketam nipah p**a bukanlah daripada jenis reptilia dan amfibia, tetapi ia adalah dari jenis rustasia iaitu sama golongan dengan udang dan kerang. Keseluruhan edaran hidupnya adalah di dalam air dan mempunyai sistem pernafasan melalui insang dan bukan paru-paru. Ia bernafas menggunakan oksigen dalam air sebagai pelarut. Oleh itu dari segi hukum ketam nipah ialah binatang yang boleh dimakan.

Kehidupan ketam nipah di darat hanya dalam tempoh masa yang singkat sahaja iaitu lebih kurang dua tiga hari, kerana dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Ia menggunakan air tersebut untuk pernafasan dan sekiranya air itu kering ia akan mati.
Sementara Ketam Batu adalah sejenis binatang dua alam yang hidup di air dan juga di darat kerana kehidupan sebanranya di dalam air tetapi boleh hidup lama di darat. Menurut Mazhab Syafie, tiap-tiap binatang yang hidup dua alam adalah haram dimakan.

Photos from Kiub Ketam Rawatan Denggi Reich Healthcare's post 14/07/2016

SUP KETAM NIPAH - PENAWAR DEMAM DENGGI

Allah s.w.t tidak menurunkan sesuatu penyakit melainkan diturunkan juga ubatnya. Dan dalam sebuah hadis, Nabi s.a.w. ada menyebut bahawa setiap penyakit itu ada ubatnya kecuali mati. Berdasarkan hadis ini adalah jelas bahawa denggi juga mempunyai ubatnya, cuma belum ditemui oleh manusia di dalam bidang perubatan moden dewasa ini .

Selama ini para saintis dunia perubatan moden masih gagal menemui ubat atau vaksin yang mujarab untuk menentang virus denggi. Ini menyebabkan ramai orang menjadi mangsa dan tidak kurang juga yang mati akibat serangan denggi. Salah satu sebabnya kerana kurangnya kesedaran mengenai gejala-gejala (simptoms) awal serangan denggi menyebabkan sesetengah orang lewat mendapatkan rawatan di hospital.

Namun, penemuan sejak hampir dua tahun yang lalu mengenai penawar melawan demam denggi sepatutnya membuka mata para saintis mahu pun penyelidik kita untuk membuat kajian mendalam mengenai khasiat ketam (crab) untuk dijadikan penawar melawan denggi.

Kajian ringkas didapati ketam mengandungi sejenis protein yang tinggi, yang dapat membantu pembinaan semula platelet darah yang hilang akibat virus denggi. Ini kerana pesakit demam denggi akan mengalami sindrom penurunan platelet yang ketara dalam tempoh beberapa hari selepas dijangkiti virus tersebut dan dalam kes denggi berdarah, platelet mungkin akan jatuh ke tahap paling minima, yang akhirnya membawa maut kepada pesakit.

Pengambilan sup ketam akan menyebabkan platelet pesakit naik mendadak dan sekali gus menyembuhkan mereka dengan kadar yang sangat cepat. Keberkesanan rawatan menggunakan ketam sebagai terapi oral (dimasak sebagai sup semata-mata) amat menakjubkan kerana pesakit demam denggi yang meminum dan memakan (isi dan kuahnya) satu mangkuk besar sup ketam (500ml hingga 1 liter) akan mengalami peningkatan kadar platelet yang mendadak dalam masa relatif singkat, iaitu cuma antara 5 hingga 8 jam sahaja dan pesakit akan pulih 99.9 % dalam tempoh tersebut.
Ketam yang terbaik untuk tujuan ini adalah ketam nipah yang cengkerangnya berwarna kehitaman dan oren di bahagian bawah perutnya. Walau bagaimanapun, lain-lain jenis ketam yang boleh dimakan juga berkhasiat untuk tujuan ini.
Malah proses pemulihannya amat pantas berbanding rawatan semasa yang diterima oleh pesakit di hospital kerana pesakit pasca demam tidak perlu lagi memakan multivite atau pun magnesium pill untuk recovery tenaga dan staminanya, juga tidak perlu mengambil masa 2-3 minggu untuk kembali bertenaga seperti sedia kala. Juga paling menarik apabila pesakit yang mengalami simptoms awal denggi tidak perlu untuk ke hospital sekiranya mereka mengambil sup ketam sebaik sahaja menyedari tanda-tanda diserang denggi.
Sehingga kini observasi didapati tidak kurang daripada 20 orang kenalan yang telah diserang denggi telah sembuh sepenuhnya dalam masa 5 hingga 8 jam selepas memakan sup ketam. Malah pengalaman saya sendiri juga amat mengkagumkan di mana saya telah pulih 100% dalam masa 7 atau 8 jam sahaja ketika diserang gejala demam denggi pada Mei 2006 lalu.
Berdasarkan kadar kesembuhan ke atas pesakit demam denggi yang mengambil sup ketam adalah hampir 100%, maka saya berpendapat bahawa ianya bukanlah suatu “kebetulan” semata-mata tetapi merupakan sesuatu yang pasti bahawa ketam merupakan penawar yang paling mujarab untuk merawat denggi.

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Kampong Kuantan?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Alor Akar
Kampong Kuantan
25050

Other Kampong Kuantan health & beauty businesses (show all)
Fenomena C2Joy Fenomena C2Joy
Jalan Dato Bahaman
Kampong Kuantan, 25250

Susu Kolostrum C2Joy Safe&Joy

Bad's Butchery Bad's Butchery
Kampong Kuantan, 26100

-Pembekal daging lembu segar dan kawasan sekitarnya. -Lembu disembelih segar dan terus dihantar ke d

精致女孩 精致女孩
Alor Akar
Kampong Kuantan, 25250

女人可以不漂亮,但一定要过得精致, 女生只有好好爱自己,别人才会爱你! 我们从保養品,彩妝,包包,衣物,饰品等小物,从头到脚为你打造如何成为精致的女孩。

Magic blue kuantan Magic blue kuantan
Bandar Kuantan
Kampong Kuantan, 25200

Konsisten 2 Sudu Sehari Je Konsisten 2 Sudu Sehari Je
Kampong Kuantan

Kami Pakar Resdung Anda

physiohero.my physiohero.my
B6 GROUND FLOOR Jalan SERI KUANTAN 2
Kampong Kuantan, 25050

Physiotherapy Centre

Produk Herba Kualiti Sihat Menawan Produk Herba Kualiti Sihat Menawan
Bandar Damansara Kuantan
Kampong Kuantan, 26100

Kekal sihat dengan produk herba dari kajian serta penyelidikan R&D selama lebih dari 7 tahun oleh Pakar Toksikologi Prof Dr Azlan dari Universiti Awam.

Ezzinai HQ Ezzinai HQ
Kampong Kuantan, 25300

Produk ezzinai adalah produk yang berasaskan pokok inai yang mesra wuduk. ezzinai telah di bangunkan oleh syarikat ezzi maju marketing yang berpengkalan di kuantan pahang.

Forever Living Sani Kristal Forever Living Sani Kristal
Kampong Kuantan, 25150

Selling all range of Forever Living product

SIHAT & Cantik SIHAT & Cantik
Kampong Kuantan, 26100

membekalkan ubatan, herba, supplement dll utk menambahbaikkan kesihatan dan kecantikan diri dan kelu

EMMAN PAGE EMMAN PAGE
No3 Lorong Chengal Lempong 8 Tmn Balok Jaya2
Kampong Kuantan, 26100

Ku S**a Shaklee Ku S**a Shaklee
No.12, Lorong Berjaya Permai 18, Bandar Baru Kuantan Putri
Kampong Kuantan, 26060

SID : 1113652 w/app: 016-6003199