JPN Perlis
You may also like
LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PERLIS
#RakyatdiHatiJPN
Apapun 'Kod' Negeri anda di dalam MyKad, Kita Semua Rakyat Malaysia
Selamat Hari Kemerdekaan ke-67!
Malaysia Madani:Jiwa Merdeka
Makluman Penutupan Sementara Operasi Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Cawangan UTC Perlis pada Sabtu, 31 Ogos 2024 sempena cuti umum Hari Kebangsaan.
Tahukah anda bahawa tempoh permohonan MyKad kali pertama ialah 4 tahun? MyKad boleh dimohon bermula dari tarikh anak anda genap umur 12 tahun sehingga sebelum mereka berumur 16 tahun.
Kalau dah umur 16 tahun atau lebih tapi belum mohon MyKad macam mana?
Sekiranya anak anda merupakan seorang warganegara Malaysia, ibu bapa atau penjaga yang sah masih perlu membawa anak-anak mereka hadir ke JPN untuk memohon daftar lewat kad pengenalan.
Ingat, anak-anak yang layak tetapi tiada MyKad akan menyukarkan kehidupan mereka kelak.
Jom semua mainkan peranan kita, perihal pendaftaran dokumen untuk dikemudian hari!
Boleh ke tukar nama dalam kad pengenalan? Macam mana caranya? Jom kami kongsikan.
JPN Mudah Dengan Kad
Sedar tak sedar, b*k kenangan kita semasa berurusan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Bermula dari pendaftaran kelahiran cahaya mata hingga pendaftaran kematian seseorang.
Kini urusan di JPN lebih mudah dan pantas dgn kaedah pembayaran tanpa tunai. Semuanya semudah satu sentuhan menggunakan kad kredit/debit. Settle..
Tak perlu risau kalau wang tunai tak cukup di tangan. Segalanya menggunakan kad di JPN.
Bawa kad kredit/ debit anda sewaktu berurusan di JPN untuk merasai pengalaman baharu Mudah Dengan Kad. ✌🏽
Buletin MEKAR JPN Perlis Edisi Khamis | 22 Ogos 2024
‘MEKAR Ihsan, bukti rakyat sentiasa di hati JPN’
Buletin MEKAR JPN Perlis Edisi Rabu | 14 Ogos 2024
‘MEKAR Ihsan Mencari Ramli’
Tidak kira apapun status perkahwinan dan kewarganegaraan ibu bapa, kelahiran yang berlaku di Malaysia tetap wajib didaftarkan.
Jom semua mainkan peranan kita, perihal pendaftaran dokumen untuk di kemudian hari!
SELASA | 13 OGOS 2024 | 9:40 PAGI
Makluman Gangguan Talian Telefon di pejabat JPN Perlis
Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Shamsul Azri bin Abu Bakar atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha Negara.
Ikhlas daripada seluruh warga Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis.
LAWATAN EKSA KE JKR PERLIS
JPN Perlis semalam telah mengadakan lawatan EKSA ke Jabatan Kerja Raya Negeri Perlis.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan perkongsian maklumat dan idea berkenaan pelaksanaan amalan EKSA ini.
Masalah dokumen pengenalan diri ini bukanlah masalah yang baharu. Namun sekiranya tidak diubah, masalah yang sama tetap akan berulang.
Masalah ini berlaku lantaran sikap alpa dan tidak kisah akan keperluan mendaftar dokumen pengenalan diri. Jom semua mainkan peranan kita, perihal pendaftaran dokumen untuk di kemudian hari!
Dengarkan pesanan daripada Ketua Pengarah Pendaftaran Negara tentang pendaftaran dokumen pengenalan diri.
Ada di antara susur galur dan cerita di sebalik permohonan kewarganegaraan Perkara 15A ini lantaran sikap alpa, tidak kisah akan keperluan mendaftar dokumen pengenalan diri. Jom semua main peranan kita perihal pendaftaran dokumen untuk di kemudian hari!
Buletin MEKAR JPN Perlis Edisi Jumaat | 2 Ogos 2024
Buletin MEKAR JPN Perlis Edisi Khamis | 1 Ogos 2024
Bagi yang telah lama menunggu, ini pemakluman rasmi mengenai permohonan dan kutipan mykid.
LAPORAN PALSU KEHILANGAN MYKAD
Membuat laporan palsu berkaitan kehilangan kad pengenalan adalah satu kesalahan & boleh dihukum penjara enam bulan atau denda hingga RM2000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.
DAULAT TUANKU
Merafak sembah ucapan setinggi-tinggi tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Pertabalan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong ke-17.
TRIVIA JPN
Jom ambil tahu ciri-ciri keselamatan yang terdapat di MyKad anda dan sedikit sejarah ringkas mengenai kad pengenalan.
Memiliki kad pengenalan palsu atau memegang kad pengenalan orang lain merupakan satu kesalahan.
Mereka yang terlibat bersalah boleh dipenjarakan atau denda atau menerima kedua-dua hukuman.
🛑Maklumat Palsu🛑
'Resit' yang sedang ditularkan ini adalah PALSU ‼️
Ianya telah diubah suai dan bukan resit rasmi yang dikeluarkan oleh JPN. Orang ramai dimohon untuk tidak lagi berkongsi 'resit' tersebut bagi mengelakkan kekeliruan.
kredit postingan Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Salam Ma’al Hijrah 1446H kepada semua umat Islam
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani”
Makluman Penutupan Sementara Operasi Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis & Cawangan UTC sempena cuti Awal Muharram
Orang Kangar & warga penduduk yang berhampiran! Jemput mai ke Van Mekar Komuniti JPN Perlis. Bersiaran secara langsung pada hari esok, Sabtu 6 Julai 2024 bermula jam 9.00 pagi hingga 4.30 petang di Kompleks JPS, Pengkalan Asam, Kangar sempena Majlis Sambutan Bulan Koperasi Kebangsaan dan Hari Koperasi Negara. Jom hadir beramai-ramai bagi mendapatkan pelbagai perkhidmatan kami disini.
TRIVIA JPN
Jom ambil tahu evolusi sijil kelahiran di Malaysia sejak tahun 1955 hingga sekarang.
LAWATAN KERJA YBRS. KPPN KE JPN NEGERI PERLIS
25 Jun 2024 – Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis telah menerima kehadiran YBrs. Tuan Badrul Hisham bin Alias, Ketua Pengarah Pendaftaran Negara sempena lawatan kerja rasmi beliau ke JPN Ibu Negeri Perlis dan JPN Cawangan UTC Perlis.
Semasa sesi lawatan, YBrs. KPPN berkesempatan beramah mesra dengan kakitangan jabatan dan menyerahkan dokumen pengenalan diri - gantian MyKad dan cabutan Sijil Kematian kepada pelanggan yang hadir.
Selain itu, YBrs. KPPN turut meninjau keadaan semasa pejabat JPN Ibu Negeri di Kompleks KDN yang sedang dalam fasa kerja naik taraf penghawa dingin. YBrs. KPPN juga telah berbesar hati menyampaikan Amanat dan menyempurnakan penyampaian hadiah kepada Johan pertandingan The Biggest Loser dan sumbangan MADAH kepada ahli yg bertukar keluar semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.3/2024 yang diadakan.
Kemuncak program turut diadakan sesi sambutan Ulangtahun Kelahiran KPPN dan warga JPN Negeri Perlis yang lahir pada bulan Mei dan Jun.
Kunjungan Hormat ke Jabatan Pendidikan Negeri Perlis
Tarikh: 20 Jun 2024 | Khamis
Masa: 11.30 Pagi
Tempat: Pejabat Pengarah, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis, Kangar
Kunjungan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara agensi selain membincangkan kerjasama yang boleh diwujudkan bersama selaras dengan fungsi jabatan.
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILADHA
Ikhlas daripada
Seluruh Warga Kerja JPN Negeri Perlis
Makluman Penutupan Sementara Operasi Pejabat Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Perlis & Cawangan UTC Perlis pada 17 & 18 Jun 2024 sempena cuti Hari Raya Aidiladha
MEKAR KOMUNITI JPN PERLIS
Dari lensa kamera program Mekar Komuniti JPN Perlis yang bertempat di Dewan Seberang Ramai, Kg Seberang Ramai, Kuala Perlis pada hari semalam, 13 Jun 2024 bersempena Program Sumbang Bakti Skuad Waja Negeri Perlis. Perkhidmatan van bergerak Mekar Komuniti akan sentiasa berada di lokasi-lokasi tumpuan & strategik bagi membantu semua rakyat yang ingin berurusan bersama JPN.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the public figure
Telephone
Website
Address
Kangar
01000
Jabatan Pendidikan Negeri
Kangar, 01990
Unit Pengurusan Teknikal ICT Sekolah
Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas
Kangar, 01000
Selamat Datang ke halaman rasmi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis
KM 2, Jalan Kaki Bukit
Kangar, 01000
Program Penghijauan Malaysia 2021-2025: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 🌳Pokok Kita Kehidupan Kita🌳