Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi

You may also like

Ichigo Hoshimiya
Ichigo Hoshimiya

Selamat Datang ke halaman rasmi Facebook Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 01/09/2024

Forum Khas Kemerdekaan
Tajuk : Merdekakah kita?

Anjuran Masjid Ar-Rahmaniah & Bahagian Pengurusan Masjid JAIPs

Tarikh : 1 September 2024 (Ahad)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Ar-Rahmaniah, Kuala Perlis

Panel 1 : Ust Ahmad Sirajuddin Abdul Satar
Panel 2 : Ust Mazlan Ibrahim
Moderator : Ust Zaim Muzakkir bin Omar

31/08/2024

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67

Tulus ikhlas daripada:
Pengarah dan Seluruh Warga Kerja JAIPs

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 29/08/2024

Majlis Perjumpaan Pengarah JAIPs dan Pengerusi-Pengerusi Masjid Negeri Perlis

Tarikh: 29/8/2024 (Khamis)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail

Satu Majlis Perjumpaan Pengarah JAIPs dan Pengerusi-Pengerusi Masjid Negeri Perlis telah dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPs. Turut berucap dalam majlis perjumpaan ini, Imam Besar Negeri Perlis, Ustaz Ahmad Sirajuddin Bin Abdul Satar telah menegaskan supaya setiap ahli jawatankuasa kariah masjid yang baru dilantik bagi penggal tahun 2024-2026 perlulah menjalankan amanah yang diberikan dengan baik. Beliau turut menegaskan supaya setiap perkara yang ingin dilaksanakan perlulah mematuhi Enakmen Pentadbiran Agama Islam Perlis 2006.

Selain itu, dalam ucaptama Tn. Hj. Najmuddin Bin Abdul Karim, Pengarah JAIPs, beliau turut memperingatkan supaya semua ahli jawatankuasa kariah masjid di negeri Perlis dapat menguruskan kewangan dengan cekap dan penuh integriti. Pihak SPRM akan mengambil tindakan jika terdapat aduan berkaitan sebarang penyalahgunaan kuasa dan ketirisan pengurusan kewangan, tegas beliau. Justeru, setiap ahli jawatankuasa kariah masjid di Negeri Perlis perlu berhati-hati dalam setiap keputusan yang dilakukan.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 28/08/2024

Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah
Tajuk : Jom Solat Jemaah Di Masjid

Tarikh : 28 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Kg Guar Syed Alwi Kangar

Panel 1 : Dr Abdul Basir Awang
Panel 2 : Dr Muhammad Lukman Mat Sin
Moderator : Ust Muhammad Akmal Amir

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 24/08/2024

KELAS INTENSIF AL-QURAN PEGAWAI MASJID NEGERI PERLIS

Tarikh : 24 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa : 8.30 pagi - 11.30 pagi
Tempat : Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar

Bahagian Pengurusan Masjid JAIPs telah menganjurkan Kelas Intensif Al-Quran yang telah dilangsungkan pada 24 Ogos 2024 (Sabtu) bermula pada jam 8.30 pagi hingga 11.30 pagi. Program ini melibatkan pegawai-pegawai masjid seluruh negeri Perlis iaitu para Imam dan Bilal. Program ini diadakan bagi meningkatkan kefahaman dan kelancaran para pegawai masjid berkenaan kaedah membaca Al-Quran dengan mempelajari kaedah sebutan huruf dan ilmu tajwid. Program ini telah menampilkan dua orang penceramah iaitu Ustaz Anas Abdul Hadi, Qari Negeri Perlis dan Ustaz Helmi Abdullah, Imam Masjid Alwi, Kangar. Diharapkan para peserta program ini dapat memperoleh ilmu baharu dalam memastikan kriteria utama sebagai pegawai masjid ini dapat ditingkatkan ke tahap yang lebih baik.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 23/08/2024

HALAL TOUR PROGRAMME : ZIARAH HALAL KE AL-SYUQ PALACE & KOFFEY KANGAR PERLIS

9 OGOS 2024 (JUMAAT) - Bahagian Pengurusan Halal JAIPs telah mengadakan ziarah halal sempena Halal Tour Programme program yang dilancarkan pada bulan Jun 2024 tahun ini.

Tujuan ziarah ini diadakan adalah untuk mempromosikan pensijilan halal Malaysia sekitar negeri Perlis dan memberi kesedaran berkaitan Halalan Taiyyiban yang merupakan satu kepentingan terhadap umat islam.

Pihak JAIPs mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Restoran Al-Syuq Palace & Koffey kerana sudi menerima kunjungan kami dari Bahagian Pengurusan Halal bagi memberi pencerahan dan mempromosikan pensijilan halal Malaysia.

Semoga dengan ziarah halal ini dapat menghasilkan dapatan maklumat dan memberikan kesedaran halal kepada masyarakat umat islam khususnya.

JAIPs selaku agensi yang menguruskan Permohonan Pensijlan Halal Malaysia diperingkat Negeri Perlis mengalu-alukan para usahawan di Perlis yang ingin menambah mutu kualiti produk dalam keterjaminan halal untuk pasaran yang lebih luas khususnya kepada pengguna yang beragama Islam.

Usaha pensijilan halal ini adalah untuk memastikan pihak pengguna yang beragama Islam mendapat jaminan halal setiap produk yang mereka gunakan.

TERIMA KASIH EN SYUKRI DAN ISTERI...



-2025

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 23/08/2024

[ BUAL BICARA AGAMA | KONSEP HALALAN TAIYYIBAN : HARAMKAH MAKANANKU SELAMA INI? ]

22 OGOS 2024 (KHAMIS) - Bahagian Pengurusan Halal JAIPs telah menganjurkan satu program Bual Bicara Agama siri ke-2 yang bertajuk Konsep Halalan Taiyyiban : Haramkah Makananku Selama Ini? yang diadakan di Masjid Ar-Rashid, Kampung Kubang Perin, Mata Ayer, Perlis bersempena Halal Tour Program Peringkat Negeri Perlis 2024 yang dilancarkan pada bulan Jun 2024 tahun ini.

Tujuan penganjuran program ini adalah untuk memberi kesedaran berkaitan Halalan Taiyyiban yang merupakan satu kepentingan terhadap umat Islam dan program ini juga akan diadakan di beberapa masjid sekitar Negeri Perlis.

Pihak JAIPs mengucapkan ribuan terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), Masjid al-Rashid dan Bahagian Pengurusan Masjid JAIPs dalam kerjasama menjayakan program ini. Semoga dengan penganjuran program ini, ia dapat menghasilkan dapatan maklumat dan memberikan kesedaran halal kepada masyarakat umat islam khususnya.

JAIPs selaku agensi yang menguruskan Permohonan Pensijlan Halal Malaysia diperingkat Negeri Perlis mengalu-alukan para usahawan di Perlis yang ingin menambah mutu kualiti produk dalam keterjaminan halal untuk pasaran yang lebih luas khususnya kepada pengguna yang beragama Islam.

Usaha pensijilan halal ini adalah untuk memastikan pihak pengguna yang beragama islam mendapat jaminan halal setiap produk yang mereka gunakan.



-2025

21/08/2024

Bual Bicara Agama - Konsep Halalan Taiyyiban : Haramkah Makananku Selama ini?

Tuan/Puan semua dijemput hadir.....

πŸ“ŒTarikh : 22 Ogos 2024 (Khamis)

⏰Masa : Selepas Solat Maghrib

πŸ•ŒTempat : Masjid Ar-Rashid, Kampung Kubang Perun, Kangar, Perlis

🍎Ahli PanelπŸ“

1️⃣Panel 1 : Ust Muhammad Hafeez bin Abu Seman - Timbalan Pengarah JAIPs

2️⃣Panel 2 : Ust Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar - Imam Besar Negeri Perlis (Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Masjid, JAIPs)

3️⃣Moderator : Ust Muhammad Faris Hasbullah bin Azis - Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Halal JAIPs

Semua dijemput hadir...

Photos from Takmir Perlis's post 20/08/2024

PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN GURU TAKMIR JAIPs DAN PEGAWAI-PEGAWAI MASJID NEGERI PERLIS

20 Ogos 2024 - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis melalui Bahagian Takmir bersama Bahagian Pengurusan Masjid telah mengadakan Program Tafaqquh Fiddin Guru Takmir JAIPs dan Pegawai-pegawai Masjid Negeri Perlis di Dewan Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, Aras Bawah, Kompleks Islam Perlis, Perlis bermula jam 8.00 pagi hingga 2.00 petang. Program ini dihadiri oleh seramai 120 orang dari kalangan asatizah guru takmir dan para imam masjid di Negeri Perlis

Kupasan dan pendedahan yang menarik telah disampaikan oleh Ustaz Mohammad Abdul Kadir bin Sahak (Pegawai Jabatan M***i Negeri Perlis) dan Ustaz Muaz bin Mohd Ghani Basri (Pensyarah KUIPs). mudah-mudahan pendedahan ilmu ini dapat menyuntik semangat para asatizah sekalian untuk mengorak langkah menyusun atur setiap isi penyampaian di meja kuliah serta medan dakwah masing-masing

16/08/2024

DARI MIMBAR JUMAAT NEGERI PERLIS HARI INI

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 14/08/2024

Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah
Tajuk : Menangani Kepercayaan Yang Karut

Tarikh : 14 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid An-Nur, Kg Chantik Padang Besar

Panel 1 : Ust Fazil Ahmad
Panel 2 : Ust Muhammad Zahrin Zakaria
Moderator : Ust Muhammad Faris Shaharudin

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 14/08/2024

Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) menyerahkan watikah pelantikan sebagai Pendaftar Kanan Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Perlis daripada Istana Arau kepada Tuan Haji Muhammad Haafizuddin bin Abirerah dan Puan Khadijah binti Hariri, Pegawai Hal Ehwal Islam di JAIPs. Pendaftar Kanan lain yang dilantik adalah Puan Azizah binti Mat Isa. (tiada dalam gambar).

Turut menerima watikah pelantikan ialah Tuan Haji Najmuddin bin Abdul Karim sebagai Ketua Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk Orang Islam Negeri Perlis yang baharu.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 10/08/2024

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Negeri Perlis Bagi Tahun 2024

Tarikh: 10 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi - 2.30 petang
Tempat: Ma'ahad Attarbiyyah Islamiyyah (MATRI)

Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) merupakan salah satu aktiviti tahunan yang melibatkan Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK).

MIISMAM juga merupakan platform untuk melahirkan pelajar yang berkebolehan dalam pelbagai bidang. Di samping itu, pelajar juga mendapat manfaat melalui markah merit bagi tujuan kemasukan ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Terima kasih diucapkan kepada pihak pengurusan MATRI yang sudi menjadi tuan rumah bagi program MIISMAM Peringkat Negeri Perlis bagi tahun 2024. Alhamdulillah majlis pada hari ini berjalan dengan lancar. Majlis pada kali ini diserikan lagi dengan kehadiran Yang Berhormat Tuan Muhammad Azmir Bin Azizan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Hal-Ehwal Agama, Pendidikan, Pembangunan Insan, Industri Halal dan Penerangan sebagai perasmi majlis ini. Majlis ini turut dihadiri oleh wakil daripada MAIPs iaitu Encik Sharizan bin Mansor, Ketua Unit Komunikasi Korporat, MAIPs dan Ustaz Mohd Shahrudin bin Ismail, Pegawai Sektor Pendidikan Islam, Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.

Pada tahun ini, sebanyak 11 acara dipertandingkan iaitu Tilawah Al-Quran, Hafazan, Syarahan 3 bahasa (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab), Khat, Kitabatul Maqal, Bacaan Kitab Turath, Nasyid, Kuiz Dini dan Bahas Bahasa Melayu (Ala Parlimen). Seramai 137 orang peserta telah menyertai MIISMAM pada kali ini. Tahniah diucapkan kepada Sekolah Agama Islahiah Menengah yang telah menjadi juara keseluruhan bagi MIISMAM Peringkat Negeri pada kali ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua yang telah menyertai pertandingan pada hari ini. Kalah menang merupakan adat dalam pertandingan. Kepada yang berjaya dan akan mewakili Negeri Perlis ke peringkat kebangsaan pada bulan September di Johor Bharu diharapkan dapat berusaha dengan lebih tekun dan bersungguh.

Sekali lagi tahniah diucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program kita pada hari ini. Diharapkan kerjasama yang baik antara semua pihak dapat diteruskan untuk masa hadapan.

"Pendidikan Islam Perlis, Membangun Ummah"

09/08/2024

LIVE DARI MIMBAR JUMAAT NEGERI PERLISπŸ•Œ
πŸ’  Tarikh : 4 SAFAR 1446 HIJRAH (9 OGOS 2024)
πŸ’  Masuk Waktu Solat :1:27pm
πŸ’  Tajuk : β€œ MENGHARAPKAN HUSNUL KHATIMAH

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 08/08/2024

Taklimat Majls Tilawah dan Hafazan Al- Quran Peringkat Kebangsaan 2025 (Lagu tema) bersama yang berusaha Tn Haji Mohd Nazim bin Mohd Noor, CEO MAIPs

Tarikh:8 Ogos 2024 (Khamis)
Masa: 10:00 Pagi
Tempat: Dewan Taklimat
Aras 1, JAIPs

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 07/08/2024

Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah
Tajuk : Beza Syirik & Khurafat

Tarikh : 7 Ogos 2024 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Al-Azhar, Kg Tebuk

Panel 1 : Ust Tajul Urus Abdul Halim
Panel 2 : Ust Mohd Sufrizan Sudin
Moderator : Ust Mohd Nasrullah Mohd Noh

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 06/08/2024

SEMINAR PENGUKUHAN PEGAWAI-PEGAWAI MASJID NEGERI PERLIS 2024

Tarikh: 5 OGOS 2024
Tempat: Dewan Warisan Kangar

Satu seminar yang dianjurkan oleh Bahagian Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Masjid JAIPs telah menghimpunkan pegawai-pegawai masjid di negeri Perlis seramai 500 orang.

Tujuan seminar ini diadakan untuk memberi penerangan berkaitan Pengenalan Terhadap Enakmen Yang Berkaitan Dengan Syarak Negeri Perlis (Tn. Hj. Khairul Anuar Bin Ahmad, Ketua Pendakwa Syarie Negeri Perlis)

Selain itu, para peserta juga diberi penerangan berkaitan Hala Tuju dan Cabaran Semasa Penguatkuasaan Undang2 Syarak (Tn. Hj. Anuar Bin Ismail, Ketua Pegwai Penguatkuasa Pulau Pinang) serta penerangan mengenai Pengukuhan Pentadbiran Masjid Berdasarkan Garis Panduan JAIPs yang disampaikan oleh Ust Ahmad Sirajuddin Bin Abdul Satar, Imam Besar Negeri Perlis.

Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran YAB Menteri Besar Perlis dan Exco Agama Negeri Perlis. Dalam ucapan YAB Menteri Besar Perlis, beliau menegaskan dan mengingatkan supaya institusi Masjid dan surau hendaklah bebas daripada anasir yang memecahbelahkan masyarakat, menimbulkan kegusaran dan ketidakselesaan awam seperti campur tangan politik kepartian, perkauman, ekstremis dan pengajaran agama yang bercanggah dengan pegangan negeri Perlis, seperti yang termaktub dalam Tujuh Amanat DYMM Tuanku Raja Perlis.

Beliau juga telah merasmikan majlis ini dan berharap agar pihak JAIPs dapat meneruskan program yang bermanfaat seperti ini pada masa akan datang.

02/08/2024

Mesyuarat Jawatankuasa Mahrajan Amal Islami Perlis
2 Ogos 2024( Jumaat)
Masa:10:00 pagi
Tempat: Dewan Syura, Aras 2.

02/08/2024

LAWATAN DAKWAH BIL HAL SIRI 7/2024
JABATAN HAL EHWAL AGAMA ISLAM PERLIS (JAIPs) BERSAMA MAJLIS AGAMA ISLAM DAN ADAT ISTIADAT MELAYU PERLIS (MAIPs) DENGAN KERJASAMA HOSPITAL TUANKU FAUZIAH (HTF) TELAH MENGADAKAN LAWATAN DAKWAH BIL HAL KE HOSPITAL TUANKU FAUZIAH.DIHARAP LAWATAN INI DAPAT MERINGANKAN BEBAN PESAKIT DAN DIBERI KESEMBUHAN.
Tarikh : 31 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 2:30 Petang
Tempat : Wad A6, Hospital Tuanku Fauziah, Kangar, Perlis

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 01/08/2024

Taklimat Pengurusan Kontinjen Memanah Negeri Perlis ke Mahrajan Memanah Sekolah Menengah Agama Malaysia (MESMA) Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2024 yang akan berlangsung di Kelantan pada 2 hingga 5 Ogos 2024.

Seramai 8 orang atlet yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 4 orang perempuan yang mewakili negeri Perlis bagi Acara Memanah Tradisional. Semoga beroleh kejayaan.

01/08/2024

πˆπŠπ‹π€π 𝐉𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 πŠπŽπ’πŽππ†
Permohonan adalah dipelawa kepada warganegara Malaysia yang berkelayakan (keutamaan anak kelahiran Negeri Perlis atau pemastautin di Negeri Perlis) untuk mengisi jawatan seperti keterangan berikut:
𝐏𝐞𝐧𝐨π₯𝐨𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐠𝐚𝐰𝐚𝐒 π‡πšπ₯ π„π‘π°πšπ₯ 𝐈𝐬π₯𝐚𝐦 𝐬𝐞𝐭𝐚𝐫𝐚 π†π«πžπ πŸπŸ— (𝐈𝐦𝐚𝐦 𝐏𝐞π₯𝐚𝐩𝐒𝐬) π‘ͺ𝒐𝒏𝒕𝒓𝒂𝒄𝒕 𝑭𝒐𝒓 π‘Ίπ’†π’“π’—π’Šπ’„π’†

β–ͺ️𝐈𝐀π₯𝐚𝐧 𝐣𝐚𝐰𝐚𝐭𝐚𝐧 𝐝𝐚𝐧 𝐬𝐲𝐚𝐫𝐚𝐭
https://drive.google.com/file/d/1u_GyOm9sw39QOtpATcYRLXRytGPsVpb_/view?usp=sharing

β–ͺ️𝐁𝐨𝐫𝐚𝐧𝐠 𝐏𝐞𝐫𝐦𝐨𝐑𝐨𝐧𝐚𝐧
https://drive.google.com/file/d/1_rpe61JaCQi3WI3HXHkuqyAJF3KMwlDV/view?usp=sharing

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 31/07/2024

Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah
Tajuk : Ahli Sunnah di sisi Ulama Salaf

Tarikh : 31 Julai 2024 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Al-Mustaqim, Seriab

Panel 1 : Dr Muhammad Muthiu'l Haqq Fatah Yasin
Panel 2 : Ust Mohd Shahril Shukri
Moderator : Ust Muhammad Akmal Amir

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 30/07/2024

DAURAH HALALAN TAIYYIBAN: PROGRAM KESEDARAN HALAL DAN TAULIAH SEMBELIHAN ISLAM PERINGKAT NEGERI PERLIS 2024

30 JULAI 2024 (SELASA) :Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis (JPV) telah berjaya melaksanakan Daurah Halalan Taiyyiban: Program Kesedaran Halal Dan Tauliah Sembelihan Peringkat Negeri Perlis 2024 yang bertempat di Taman Agrovet, Padang Besar Perlis.

Program ini melibatkan penyertaan penyembelih-penyembelih daripada pusat sembelihan, rumah sembelihan, agensi kerajaan dan tenaga pengajar penyembelihan daripada IPTA seramai 70 orang termasuk urusetia.

Program dimulai dengan Majlis Perasmian dan merangkumi slot-slot yang telah ditetapkan.

Tauliah Sembelihan yang telah dikeluarkan oleh JAIPs meliputi kursus separuh hari yang melibatkan tiga (3) slot utama, iaitu:

1. Slot Ceramah
2. Slot Ujian Bertulis
3. Slot Ujian Amali Penyembelihan

Setiap peserta WAJIB lulus ketiga-tiga slot ini dan hadir sepenuh waktu yang telah ditetapkan sebagai tanda aras layak mendapatkan kad tauliah penyembelihan.

Taklimat Konsep Halalan Taiyyiban dan Garis Panduan Pengeluaran Tauliah Sembelihan telah disampaikan oleh Ustazah Azizah binti Mat Isa, KPP Bahagian Pengurusan Halal JAIPs. Manakala Ceramah Konsep Penyembelihan Dalam Islam telah disampaikan oleh Ustaz Ahmad Sirajuddin bin Abdul Satar, Imam Besar Negeri Perlis.

Atas kerjasama semua pihak program ini telah berjaya dilaksanakan walaupun program tauliah kali ini agak mencabar di mana Slot Amali Penyembelihan merangkumi dua (2) kaedah haiwan sembelihan, iaitu haiwan berkaki dua (ayam, itik dan lain-lain) dan haiwan ruminan (berkaki 4).

Setiap peserta perlu menggunakan stamina dan pergerakan yang pantas kerana program ini melibatkan rusa yang liar berada di tengah-tengah padang Taman Agrovet. Dengan kepantasan dan ketangkasan peserta dan urusetia, rusa-rusa tersebut berjaya ditumbangkan.

Penyembelihan ayam juga dilaksanakan untuk menilai kelayakan dan kefahaman peserta dalam penyembelihan dan hukum-hukumnya. JAIPs amat menghargai segala kerjasama semua pihak termasuk Kerajaan Negeri Perlis dalam meluluskan peruntukan pada tahun ini.

Syabas dan tahniah juga kepada Dr. Zawida binti Zahari, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Perlis dan semua pegawai serta kakitangan atas kerjasama yang amat baik untuk penganjuran kali ini..tanpa kalian semua program ini tidak dapat dilaksanakan dengan jayanya.

JAIPs selaku agensi yang menguruskan Permohonan Pensijlan Halal Malaysia diperingkat Negeri Perlis mengalu-alukan para usahawan di Perlis yang ingin menambah mutu kualiti produk dalam keterjaminan halal untuk pasaran yang lebih luas khususnya kepada pengguna yang beragama Islam.

Usaha pensijilan halal ini adalah untuk memastikan pihak pengguna yang beragama Islam mendapat jaminan halal setiap produk yang mereka gunakan.

BAHAGIAN PENGURUSAN HALAL JAIPs



-2025

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 30/07/2024

TAKLIMAT LATIHAN HALAL INDUSTRI DI SYARIKAT T.H MINERAL WATER INDUSTRIES (M) SDN. BHD.

Bahagian Pengurusan Halal JAIPs telah melaksanakan Program Taklimat Latihan Halal yang melibatkan syarikat atau industri pemegang Pensijilan Halal Malaysia di Negeri Perlis. Taklimat tersebut diadakan seperti berikut:

Tarikh : 25 Julai 2024 ( Khamis )
Masa : 11.00 pagi - 12.30 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat T.H. Mineral Water Industries (M) Sdn. Bhd.

Terima kasih dan tahniah diucapakan kepada pihak syarikat atas penganjuran program ini. Semoga pihak syarikat dapat mematuhi prosedur dan piawaian yang telah ditetapkan.

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 29/07/2024

Mesyuarat Penyelarasan dan Undian Majlis Ihtifal Ilmi Sekolah Menengah Agama Malaysia (MIISMAM) Peringkat Kebangsaan Tahun 2024.
Tarikh : 29 Julai 2024 (Isnin)
Masa : 10 : 00 pagi
Tempat : Pusat Islam Iskandar, Johor Bahru

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 25/07/2024

MESYUARAT PENYELARASAN BERSAMA AGENSI AGAMA ISLAM PERLIS BIL 1 TAHUN 2024 SEMPENA KEJOHANAN SUKAN ANTARA AGENSI AGAMA ISLAM PERLIS (SUKIPs) KALI KE-5 TAHUN 2024

25 Julai 2024 - Tirai dan debaran Kejohanan Sukan Antara Agensi Agama Islam Perlis (SUKIPs) dibuka hari ini. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) selaku tuan rumah SUKIPs Kali Ke-5 Tahun 2024 ini telah membuka tirai dengan mengadakan mesyuarat penyelarasan bagi pelaksanaan kejohanan tersebut.

Turut hadir dalam mesyuarat ini ialah kakitangan daripada :

1) Jabatan M***i Negeri Perlis (JMNPs)
2) Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perlis (JKSNPs)
3) Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis (JPSyPs)
4) Pejabat DYMM Tuanku Raja Perlis (PDYMM)
5) Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)
6) Yayasan Islam Negeri Perlis (YIPs)
7) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)
8) Perlis Centre of Wisdom (PCW)

JAIPs selaku penganjur mengharapkan agar kejohanan ini dapat berjalanan dengan lancar dan teratur sekaligus menjunjung titah DYMM Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail selaku Tuanku Yang DiPertua Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) agar kejohanan ini dapat mengeratkan ukhwah persaudaraan dikalangan kakitangan dan seluruh warga kerja agensi Agama Islam Perlis.

25 Julai 2024 (Khamis) | 9.30 Pagi
Dewan Syura, Aras 2, Kompleks Islam, JAIPs

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 24/07/2024

Forum Ihya' Masjid Semarak Dakwah
Tajuk : Makna Sunnah Dan Ahli Sunnah

Tarikh : 24 Julai 2024 (Rabu)
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Masjid Al-Ghufran, Batu 2 Lama

Panel 1 : Dr Muhammad Lukman Mat Sin
Panel 2 : Ust Muhammad Hafizuddin Abirerah
Moderator : Ust Muhammad Faris Shaharudin

Photos from Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis - JAIPs Laman Rasmi's post 22/07/2024

Kunjung Hormat Keluarga Pelajar-pelajar Perlis ke Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs)
Tarikh: 22 Julai 2024 (Isnin)
Masa: 10:00 Pagi
Tempat: Dewan Syura, JAIPs

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

MIISMAM 24'#PendidikanIslamPerlisMembangunUmmah
#KESSUMA2024#PendidikanIslamPerlisMembangunUmmah
Bilangan ke 15, Hari IsninHari ini adalah logo halal dari luar negara ialah Egypt πŸ‡ͺπŸ‡¬πŸŽ€KEMPEN KENALI LOGO HALAL LUAR NEGAR...
Part 3/4 Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020
Bilangan ke 14, Hari Selasa9 RamadhanHari ini adalah logo halal dari luar negara ialah France πŸ‡«πŸ‡·πŸŽ€KEMPEN KENALI LOGO HALA...
Kangar - 12 Mac (Rabu) Bahagian Penguatkuasaan JAIPs dengan kerjasama Majlis Perbandaran Kangar (MPK) dan Polis Diraja M...
TALAQQI GURU SAPPs - KITAB MINHAJUL MUSLIM
Titah DYTM  Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, Raja Muda Perlis sempena Konvensyen Mas...
PROGRAM SINGGAH SAHUR BAKRIS JAIPs EDISI RAMADAN 1444H/2023M17 April 2023 Isnin - Barisan Jawatankuasa Kelab Badan Kebaj...

Telephone

Address

Kompleks Islam Perlis, Persiaran Jubli Emas
Kangar
01000

Other Government Officials in Kangar (show all)
Pasukan Teknikal ICT Sekolah - JPNPerlis Pasukan Teknikal ICT Sekolah - JPNPerlis
Jabatan Pendidikan Negeri
Kangar, 01990

Unit Pengurusan Teknikal ICT Sekolah

JPN Perlis JPN Perlis
Aras G, Kompleks Kementerian Dalam Negeri, Persiaran Wawasan
Kangar, 01000

LAMAN FACEBOOK RASMI JABATAN PENDAFTARAN NEGARA NEGERI PERLIS #RakyatdiHatiJPN

Jabatan Perhutanan Perlis Jabatan Perhutanan Perlis
KM 2, Jalan KAKI BUKIT
Kangar, 01000

Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perlis Laman Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Perlis
KM 2, Jalan Kaki Bukit
Kangar, 01000

Program Penghijauan Malaysia 2021-2025: Kempen Penanaman 100 Juta Pokok 🌳Pokok Kita Kehidupan Kita🌳

SPRM Negeri Perlis SPRM Negeri Perlis
Bangunan Persekutuan
Kangar, 01000

sprm.gov.my