Wanita Arau

Pergerakan Wanita Arau
Wanita UMNO atau Pergerakan Wanita UMNO adalah sayap parti UMNO di Malaysia

04/09/2023

*ZAHID MANGSA PENDAKWAAN POLITIK; HARI INI KEBENARAN TERSERLAH*

1. Seluruh keluarga besar UMNO menzahirkan rasa syukur ke hadrat Ilahi atas keputusan yang telah diambil oleh Peguam Negara untuk memberhentikan pendakwaan kesemua baki 47 kes pertuduhan terhadap Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. Untuk rekod *Mahkamah Tinggi Shah Alam sebelum ini telah membebaskan dan melepaskan sekaligus membersihkan nama baik Datuk Seri Zahid terhadap 40 kes pertuduhan yang terbukti tiada asas dan prima facie* untuk didakwa dan disabitkan sebarang kesalahan jenayah pada 23 September 2022.

2. Sejak dari awal UMNO yakin dan percaya bahawa *Datuk Seri Zahid adalah mangsa pendakwaan politik yang dilakukan ketika Tun Mahathir dilantik kali kedua sebagai Perdana Menteri ke-7 sejurus selepas Pilihan Raya Umum ke-14.*

3. Lebih menduka-citakan, kezaliman terhadap Datuk Seri Zahid ini *berlaku hanya beberapa minggu selepas Tun Mahathir selaku Pengerusi Parti BERSATU waktu itu mengancam supaya Presiden UMNO Datuk Seri Zahid membubarkan UMNO* dalam pertemuan yang diakui sendiri oleh bekas Perdana Menteri itu dalam satu temuramah media.

4. Ini diperkukuhkan lagi dengan pendedahan berani dan berbaur angkuh bekas Peguam Negara lantikan Tun Mahathir dalam buku memoirnya “My Story: Justice in the Wilderness” yang dengan *jelas memperakui terlibat langsung dalam mengatur beberapa pendakwaan terpilih terhadap individu-individu politik berpengaruh bersama Perdana Menteri ke-7 waktu itu.*

5. Lebih malang lagi, *kes pendakwaan politik ini tetap diteruskan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sebagai Perdana Menteri, walaupun Tan Sri Idrus Harun dan Tan Sri Azam Baki masing-masing telah dilantik sebagai Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yang baharu* menggantikan Tommy Thomas dan Lattheefa Koya.

6. Namun Alhamdulillah, walaupun kedua-dua Peguam Negara dan Ketua Pesuruhjaya SPRM dikekalkan oleh YAB Perdana Menteri ke-10, *akhirnya mereka melakukan keputusan yang betul dengan memberhentikan pendakwaan tersebut.*

7. Bahkan salah satu daripada sebelas *alasan Pendakwa Raya di Mahkamah Tinggi memberhentikan pendakwaan hari ini memperakui bahawa pendakwaan yang dibuat selama ini secara tergesa-gesa* sedangkan siasatan tidak sempurna boleh menjejaskan *kredibiliti Jabatan Peguam Negara dan SPRM, yang diperlihatkan menjadi alat pembunuhan musuh politik oleh pihak berkuasa.*

8. *Ini bagaikan mengesahkan satu Memo taklimat yang tular (jika benar keabsahannya) beberapa minggu lepas yang disediakan oleh Ahmad Akram bin Gharib Timbalan Pendakwa Raya kepada Peguam Negara* waktu itu Tommy Thomas yang hakikatnya telah *mencadangkan bahawa tiada apa-apa pertuduhan boleh dibuat ke atas Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi kerana tiada sebarang keterangan dan bukti menjurus kepada sebarang perlakuan jenayah* adalah suatu yang amat menggemparkan.

9. Namun, hanya dua hari selepas tarikh Memo tersebut dibentangkan kepada Peguam Negara waktu itu, *pendakwaan tetap dilakukan bagaikan tergesa-gesa semacam ada tangan-tangan ghaib berniat jahat yang membuat pengarahan.*

10. Dengan keputusan ini, maka semakin jelas *kerakusan kepimpinan Tun Mahathir dan Parti BERSATU yang sanggup menganiayai pemimpin-pemimpin UMNO termasuklah Presiden UMNO dengan memperkakaskan institusi-institusi perundangan di negara ini demi gelojak nafsu dan dendam* untuk menghancurkan UMNO dan kononnya boleh menggantikan UMNO dalam perjuangan Islam dan Melayu di negara ini.

11. Besarlah harapan UMNO agar titik-titik hitam dalam sejarah perundangan Negara sehingga *sistem dan institusi keadilan negara begitu mudah diperalatkan hingga membawa kepada ketidak-stabilan politik negara mestilah dititik-noktahkan.*

12. UMNO berpendirian tegas agar di bawah Kerajaan Perpaduan Malaysia ini, segala pendakwaan politik yang memperalatkan institusi-institusi yang *menjadi benteng kepada sistem keadilan negara tidak lagi berulang.*

13. Jabatan Peguam Negara dan SPRM mesti *terus bebas dan berani melaksanakan amanah mereka untuk melaksanakan keadilan tanpa rasa takut dan pilih kasih terhadap mana-mana pihak* termasuklah terhadap pimpinan UMNO dan ahli-ahli UMNO sendiri.

*Dr Asyraf Wajdi Bin Dusuki*
_Setiausaha Agung UMNO_
4 September 2023

13/06/2023

10 BUDAK HITAM YANG NAK MENYERTAI PN NI PANGLIMA ATAU PENGKHIANAT UMNO?
https://fb.watch/l70L46uz62/?mibextid=cr9u03

DAP SUDAH MOVE ON DAN MELUPAKAN SENGKETA LAMA AKAN BANTU UMNO HABIS-HABISAN
https://fb.watch/l70KaNgQG7/?mibextid=cr9u03

KITA ADA 191 BAHAGIAN, KALAU BUKAN KITA YANG PERTAHANKAN INSTITUSI PRESIDEN, SIAPA LAGI?
https://fb.watch/l70IB52ZGH/?mibextid=cr9u03

SEBELUM PEMIMPIN MENGAMBIL KEPUTUSAN MENSABOTAJ PARTI, SEKURANG-KURANGNYA KENANGLAH AKAR UMBI YANG BERJUANG IKHLAS TANPA MERASA SEBARANG NIKMAT YANG ANDA NIKMATI.
https://fb.watch/l70Hk1uu7b/?mibextid=cr9u03

KERAJAAN AWAL GABUNGAN BN-PH HARI INI ADALAH HASIL KEPUTUSAN RAKYAT SENDIRI
https://fb.watch/l70GhogUAA/?mibextid=cr9u03

DARI MANA ANNUAR MUSA DAPAT ANGKA 2 JUTA AHLI UMNO TINGGALKAN PARTI? ANNUAR MASIH SUA UMNO KE?
https://fb.watch/l70ywhHKkN/?mibextid=cr9u03

BIASANYA PEMIMPIN JE SELALU NASIHATKAN RAKYAT, SEKARANG KITA DENGAR PULAK APA NASIHAT RAKYAT PASAL PEMIMPIN BERNAMA ANNUAR MUSA
https://fb.watch/l70xo-BP7H/?mibextid=cr9u03

NAK DAPAT INFO PANTAS, SILA TEKAN JOIN DI KOMUNITI PENERANGAN UMNO MALAYSIA 3 DI :
https://chat.whatsapp.com/IultDyBa85UInYSHzYFLe2

07/06/2023

PAU2023

03/06/2023

Mesyuarat Jawatankuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Arau Bil 2/2023* telah diadakan seperti maklumat berikut:

Tarikh: 03.06.2023 (Sabtu)
Masa : 8.30 malam
Tempat : Bilik Mesyuarat (Atas) Pejabat UMNO Kangar

Pelbagai perkara yang dibincangkan.

*‘BERSATU BERSETIA BERKHIDMAT’*

Photos from Wanita Arau's post 12/01/2023

Corat coret Persidangan Wanita UMNO 2022

Hadirnya kami sebagai Pemerhati Khas di Persidangan Wanita UMNO Malaysia

Semangat merah membara itu penting. Apa pun yang berlaku ada hikmahnya.

Kita berada di saf yang sama, gemblengkan tenaga untuk bina semula Wanita UMNO Arau.

Jangan rebah, terus bangkit, kita dilihat dimana kita bermula dan kita dihakimi dimana kita berakhir.

12/01/2023

Ini adalah Page rasmi Penaja Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Arau.

Teruskan sokongan anda untuk Wanita UMNO Bahagian Arau

Biar sedikit tetapi setia

Maju Wanita UMNO

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Badan Perhubungan UMNO Negeri Perlis, Bangunan UMNO Negeri, Medan Raja Syed Alwi
Kangar
01000

Other Political Organizations in Kangar (show all)
Perikatan Nasional Negeri Perlis Perikatan Nasional Negeri Perlis
Jalan Kampung Pondok
Kangar, 01000

Page rasmi Perikatan Nasional Negeri Perlis

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong
745, 5 Jalan Abi Batas Paip, Kampung Abi
Kangar, 01000

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bintong

Penerangan AMK Perlis Penerangan AMK Perlis
Kangar, 01000

Reformasi

Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Beseri Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Beseri
Batu 7, Jalan Kaki Bukit
Kangar, 02400

Alamat: Batu 7, Jalan Kaki Bukit, 02400 Kangar Perlis. (Berhampiran Borong Din Beseri)

Pakatan Harapan - Negeri Perlis Pakatan Harapan - Negeri Perlis
Kangar, 01000

Page ini kelolaan Biro Komunikasi Pemuda Pakatan Harapan Perlis. Daftar sbg sukarelawan PH utk tewaskan Najib..!! Klik tinyurl.com/PakatanHarapanVolunteer

UMNO_Kangar UMNO_Kangar
Kangar, 01000

UMNO BAHAGIAN KANGAR

Pakatan Harapan Parlimen Kangar Pakatan Harapan Parlimen Kangar
Kampung Salang
Kangar, 01000

Page ini di bawah kelolaan Biro Komunikasi KEADILAN Cabang Kangar di negeri Perlis. Sebarang maklum balas, hubungi kami di talian: +601133064007

Pemuda UMNO Bahagian Arau Pemuda UMNO Bahagian Arau
Bangunan UMNO Perlis, Medan Raja Syed Alwi
Kangar, 01000

SELAMAT BELAYAR di FB page rasmi Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Arau

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar
Jalan Abi Batas Paip
Kangar, 01000

Dewan Pemuda PAS Kawasan Kangar (DPPKK) bersama-sama mengembeling tenaga bagi melihat rakyat Perlis membangun bersama Islam insyaAllah.

Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis
Kompleks PAS Perlis, Lot 2348, Jalan Sekolah Derma/Kampung Pondok
Kangar, 01000

Dewan Ulamak PAS Negeri Perlis Bank Islam Malaysia Berhad [090-100-10050514]

Angkatan Muda Keadilan Perlis Angkatan Muda Keadilan Perlis
No. 25 (Atas), Jalan Sena Indah, Taman Sena Indah, 01000 Kangar
Kangar, 02400

Laman Facebook rasmi Angkatan Muda Keadilan Negeri Perlis The Official page of Perlis Keadilan Youth

PAS Negeri Perlis PAS Negeri Perlis
Kangar

Wadah rakyat untuk bersama mewujudkan negeri dan negara berkebajikan...