Homestay perlis

Guest house & chalet

Photos from Homestay perlis's post 05/03/2022

HOMESTAY DESANAI PERMAI

Berminat dgn homestay kayu teradisional berlatar belakang sawah padi….Kami sediakan homestay suasana Kampung Yang Sangat Selesa dgn pemandangan sawah padi dan view yg amat cantik..... Alhamdulillah...

Terletak di Km12,Jln Pdg Melangit,Kg. Belukar, Beseri, Perlis.
Hanya 7 min ke Timah Tasoh Lake, 10 min ke MRSM, 20 min ke Wang Kelian View Point dan 25 min ke Padang Besar.

1 Mini Homestay

1 bilik - 1 katil Queen (Aircond)
1 katil Queen di luar bilik (Aircond)
Toto di sediakan
Wiffi
Muat 6-8 Orang

Berminat sila tekan link wsap:
Www.wasap.my/60124782692/DeSanaiPermaiHomestay

Photos from PerlisAktif's post 21/01/2022
Photos from Perlis Nature and Wildlife's post 19/01/2022
KTH HOMESTAY & CHALET PERLIS || REVIEW 09/11/2021

KTH HOMESTAY & CHALET PERLIS || REVIEW -📩FOR ANY BUSINESS INQUIRIES: IG. : _.t_twinschannel | https://instagram.com/__t.twins_official._FB. : T'twins Channel | https://www.facebo...

KAMPUNG BREAKFAST NASI LEMAK / PERLIS FOOD VIDEO / BEST NASI LEMAK EVER / TRAVEL VLOG MALAYSIA 18/01/2021

Mata Ayer, Perlis
https://youtu.be/F-rwxb3kNVk

KAMPUNG BREAKFAST NASI LEMAK / PERLIS FOOD VIDEO / BEST NASI LEMAK EVER / TRAVEL VLOG MALAYSIA Today I wanted to try what kind of breakfast they would give a Youtuber like me in the village of Mata Ayer. I went over to the market which seems the best s...

PERLIS KAMPUNG LIFE / TRAVEL MALAYSIA IN THE TIME OF CORONA / MATA AYER TRAVEL VLOG / MCO LOCKDOWN 16/01/2021

PERLIS KAMPUNG LIFE / TRAVEL MALAYSIA IN THE TIME OF CORONA / MATA AYER TRAVEL VLOG / MCO LOCKDOWN Life in the village (Kampung) Mata Ayer in Perlis goes on - like there was never any virus spreading over the lands of Malaysia and the whole world. For the ...

10/01/2021
21/12/2020

Panduan pelancongan di Perlis

04/12/2020

Oh My Perlis

20 kedai nasi kandar yang wajib hangpa cuba di Perlis.

Twitter: https://twitter.com/OhMyPerlis
Facebook: https://facebook.com/OhMyPerlis
Instagram: https://instagram.com/ohmyperlis

06/11/2020

SR#06 ALI KOPI KG KECHOR PERLIS | SINGGAH RASA | PERLIS FOODIE

youtube.com Assalamualaikum kepada semua yg sudi menonton video dari Channel Abdullah Khairul Azzam Production. Tujuan utama video ini dihasilkan adalah utk membantu mem...

18/02/2020

Mata Ayer Kampung Ku

Pesta Angin Timur Perlis buat di Mata Ayaq wooo....

10/02/2020

)

Macam lukisan, tapi inilah Perlis.

Foto oleh: Yusuf Madi

01/02/2020

Oh My Perlis

20 gambar suasana kampung di sekitar Perlis yang dikirimkan oleh followers

30/01/2020

Siapa Sangka Rupanya Perlis Ada Jalan Raya Yang Paling Selamat Di Malaysia

era.je Kadar kemalangan adalah sebanyak 0.3 % sahaja di Perlis

30/01/2020

Oh My Perlis

Lawa noh kampung kita, Perlis.

Foto kiriman: Mohd Asyraf Othman

12/01/2020

PerlisAktif

Tarikan baharu di Gua Kelam.

Kini flying fox telah dibuka di Gua Kelam bermula 11 Januari 2020. Tiket masuk hanya RM5.00.

Jom cabar diri anda !!!

.

Kredit foto : Persatuan Mendaki Perlis (Perlis Climbers)

28/12/2019

Tarikan terbaru di Gua Kelam

Petang tadi, saya sempat mengunjungi Galeri 3D Gua Kelam yang baru dibuka 'belum rasmi' sejak 2 hari lepas. Begitu menarik gambaran hutan tropika Perlis. Boleh disambung dengan memasuki Gua Kelam 2 yang sangat menakjubkan. Pelbagai keindahan alam di sana. Walaupun baru dibuka tidak rasmi, begitu ramai pengunjung yang sudah datang.

Tahniah Pengarah Hutan Perlis Encik Awang Shaffie dan team atas idea yang bernas. Perlis memerlukan idea-idea bagus seperti ini dalam memperkenalkan aset keindahan alam semulajadi Perlis yang luar biasa.

Galeri ini dijangka dirasmikan oleh DYMM Raja Perlis tidak lama lagi. Jangan lepaskan peluang anda mengunjungi keindahan ini.

02/11/2019

Masakan unik Perlis, masak lemak pucuk juar, jeruk maman & masak lemak daun mengkudu... perh!!

11/10/2019

PerlisAktif

Ada apa dengan Perlis? Anda nilaikanlah sendiri.

Kredit Foto : Abdul Rahman Daud.

23/08/2019

Perlis penuh tarikan

hmetro.com.my Aniza Zainudin

25/07/2019

Oh My Perlis

Cuba hangpa bagi 3 patah perkataan yang menggambarkan keindahan negeri Perlis.

Foto oleh: Getty Images

22/07/2019

PerlisAktif

Antara lokasi roti canai di Perlis. Nahh, peminat roti canai boleh pi terjah esok pagi.

Kredit : Makan-Makan Perlis

1. Lan Roti Canai, Telok Kacang
2. Roti Canai Shidi, Pokok Jawi, jalan menghala ke Batu Pahat
3. Jalan masuk ke Kok Mak
4. Kedai Din sebelum pejabat SUK
5. BRC Roti Canai, Beseri Dalam
6. Man Roti, tepi Masjid Kg Paya
7. Tepi Balai Bomba Arau
8. Depan kilang CIMA, Simpang Tiga jalan masuk Kg Panggas
9. Roti Canai Pak Su dalam UiTM Arau
10. Kedai Chee, Pauh
11. Roti Canai Al-Sagoff, Jejawi
12. Tepi Bernas simpang
13. Roti Canai Pak Daud, Jejwai
14. Roti Canai dalam Nat Baruh Santan
15. Roti Canai dekat Sek Ren Kubang Gajah
16. Simpang Empat, bertentangan Klinik Kesihatan Simpang Empat
17. Roti Canai Aman Jiwa, Jalan Tok Kuning
18. Medan Selera Kangar
19. SRC, Sg Seran, Jalan Sg Batu Pahat
20. Roti Canai Power sebelah Capati Arau
21. Roti Canai 5 kupang depan Fama Bohor Temak
22. Roti Canai Kak Aishah Hamid, depan Penjara Guar Nangka
23. Roti Canai berhadapan kedai aksesori kereta Save Cost Seriab
24. Roti Canai Faezah, Jalan Padang Siding
25. Belakang KC Ceria
26. Roti Canai ZRC Zaini, Ladang Tebu Felda Chuping
27. Roti Canai Wak Mata Ayaq
28. Warung Che Ta, Kg Rambai
29. Roti Canai Pak Uda sebelah Pos Mata Ayaq
30. Desa Utara, Seriab
31. Din Roti Canai di Trafik Light Jalan Bintong
32. Depan Taman Kemajuan
33. Roti Canai Don Corner, Kuala Perlis
34. Roti Canai terbang Balai Baru
35. Depan Kilang Padi Dibok, Behor Latih
36. Roti Canai Alor Tampang, sebelah KEMAS
37. Roti Canai Kedai Minah Batu Dua
38. Roti Canai Pak Din, K Perlis depan Poliklinik Penawar
39. Roti Canai Pak Daud, Jejawi sebelum Trafik Light menghala ke JPJ
40. Kedai Mamak, Stesen Bas Ekspres
41. Pak Ibrahim dekat tepi Makam Diraja
42. Kdai Pak Laaaaaa belakang istana
43. Roti Canai Mydin Jalan Bintong
44. Pak The Roti Canai depan KPJ
45. Roti Canai sebelah PERKIM tepi SK Stella Maris
46. Berhadapan Masjid Repoh
47. Kedai Roti Canai Depan Pasaraya Taman Sri Wang
48. Kedai Pak Cot RPA Arau
49. Roti Canai selepas kedai Car Wash Automatik Seriab
50. Depan RPA Bukit Keteri
51. Nasi Kandaq Pokok Petai, Pekan Mata Ayaq

15/07/2019

Utagha.com

| Durian pokok 120 tahun di Kaki Bukit, Perlis ada nikmatnya tersendiri.

Admin baru-baru ini berkesempatan singgah ke gerai Uncle Cina ini untuk menikmati durian yang dikatakan lejennya boleh tahan juga la.

Ketika admin sampai, pelanggan lain belum ada. Admin cuba beberapa jenis buah termasuklah yang dari baka 120 tahun ini.

Ya! Memang unik, ada rasa manis-manis pahit yang sukar dijelaskan. Sedap! Isinya nice-nice gitu.

Paling menarik tentang rasanya kerana setiap orang akan menikmati rasa yang agak sedikit berbeda.

Nak balik Uncle ni pesan selit tangkai durian di pendingin hawa untuk elak bau durian lekat dalam kereta, almaklumlah..admin borong durian tu saja dekat sepuluh biji lebih..

12/07/2019

Perlis Permai

Taman Ular & Reptilia Sungai Batu Pahat mempunyai tarikan baharu antaranya bermain dengan haiwan peliharaan di Petting Zone bergambar di Ladang Bunga Matahari serta tarikan bergambar yang lain!.

Demonstrasi berdepan dengan ular turut diadakan setiap hari minggu dua kali sehari. Jemput datang beramai-ramai!

01/07/2019

PerlisAktif

ICT @ The Ocean Glow, Kuala Perlis

Kini dibuka setiap hari. Nikmati menu ICT (Ikan Celup Tepung) dan hi-tea di Ocean Glow berlatarbelakangkan pemandangan indah kep**auan Langkawi ketika matahari terbenam dan bayu laut Kuala Perlis.

Masa Operasi: 3.00 pm - 11.00 pm
Menu Istimewa:
Ikan Celup Tepung (ICT)
Sotong, udang, keropok lekor
Laksa Telur Dadar
ABC Kelapa
Pulut Mempelam

Konsep layan diri makan sampai kenyang!
*Dibuka 25 Jun 2019. Datanglah Beramai-Ramai!

14/06/2019

Bukan Sekadar Harumanis, Perlis Tawarkan Pelbagai Destinasi Eko Pelancongan & Rekreasi - Backpackerz

backpackerzmag.com Berita BP DekatJe Insider BP Travel Bukan Sekadar Harumanis, Perlis Tawarkan Pelbagai Destinasi Eko Pelancongan & Rekreasi backpackerz June 13, 2019 Share Ibu negeri Perlis adalah Kangar & Bandar DiRaja adalah Arau Perlis terletak di utara Semenanjung Malaysia dan bersempadan dengan Wilayah Satun &....

25/05/2019

Perlis Nature and Wildlife

Yes! Indeed Perlis is so small but we have a kind of BIG hearted peoples living here. Update: Sorry for weak grammar.we try to speak english but end up being perlish.and dont blame our grandma as well.they cant talk english too.🤭

14/05/2019

Why you should go to the world's least-visited countries — CNN

Perlis is one of them...

apple.news Some of the world's least-visited countries and territories have some of the best things travelers want: culture, history, gorgeous scenery. All that's missing? Hordes of tourists.

06/05/2019

Asmaiza Ahmad - N3 Chuping

Berkunjung lah ke Perlis..

Terokai keindahannya yang sangat mendamaikan. Sesungguhnya Perlis permai lagi Mempersona.

Asmaiza Ahmad

09/04/2019

Mendaki Gunung di Perlis Perlu Permit

perlisaktif.com KANGAR- Orang ramai yang ingin mendaki gunung di Perlis perlu terlebih dahulu mendapatkan permit daripada Jabatan Perhutanan negeri sebelum dibenarkan menjalankan aktiviti berkenaan, kata Pengarahn…

27/03/2019

Kaki Cuti

Short Trip : Kuala Lumpur - Hat Yai Menaiki Keretapi. Bajet bawah RM500.

Sebab ramai yang bertanya, saya kongsi perjalanan ke Hat Yai baru-baru ini menaiki keretapi. Perkhidmatan keretapi yang mempunyai ruang tidur (sleeper bed), dari KL - Padang Besar sudah ditamatkan perkhidmatannya tahun lepas. Telah digantikan dengan ETS. Jadi melepaslah angan-angan nak tidur dalam train, sambil menulis puisi. Gitu. Jadi nak tak nak, sebab hajat hati nak naik sangat keretapi, maka kami booking tiket secara online, boleh guna link ini untuk pembelian.

http://www.belitiketbas.com/tiket-ets-ktmb-online/

Atau boleh terus ke kaunter KTMB di KL Sentral untuk beli secara terus. Terp**ang. Cuma digalakkan beli awal. Sebab perkhidmatan ETS ni ramai yang guna. So belilah cepat sebelum kehabisan. Harga tiket tren ETS berbeza mengikut klasifikasi tren. Ada tiga jenis semuanya - Platinum, Gold dan Silver. Yang membezakan tren dan harga tren ini adalah perhentiannya. Platinum lebih cepat, kurang berhenti mengambil penumpang dan jarak masa yang singkat. Silver lebih lama masa perjalanannya kerana banyak stop/berhenti untuk mengambil penumpang. Bagi warga emas dan OKU serta pelajar juga boleh mendapat harga tiket yang istimewa/ konsesi.

Dari KL Sentral ke Padang Besar, harga tiket orang dewasa sehala adalah RM80 dan kanak-kanak RM44 (Emas/Gold pakej). Kami naik ETS jam 9.30 pagi. ETS memang tepat waktu. Jadi pastikan jangan sampai lewat ke terminal. Sebab pertama kali naik tren, ETS ni seronok juga. Ada cafe kecil disediakan dengan makanan yang boleh tahan sedap juga. Ada tv yang pasang movie, surau, toilet yang bersih. Selesa untuk perjalanan yang jauh. Tolak-campur macam naik flight juga rasanya. Sepanjang perjalanan kita dihidangkan dengan permandangan yang indah.

Perjalanan mengambil masa 5 jam. Kami tiba di stesen Padang Besar jam 3 petang lebih kurang. Disebabkan nak kejar train klasik Hat Yai yang akan bergerak jam 3.45 waktu Malaysia (waktu Siam sejam lambat dari Malaysia), maka waktu ni kelam-kabut sikit. Sebab nak beratur cop pasport, beli tiket ke Hat Yai, isi borang imigresen. Boleh bayangkan kalau pergi weekend, mesti akan lebih kelam-kabut. Syukur kami tak perlu beratur panjang. Hanya ada beberapa penumpang yang turut serta bersama kami. Jadi proses berjalan pantas. So total kalau kau pergi Hatyai pakai train adalah RM80+RM10= RM90.

Jadi tertunailah cita-cita saya menaiki tren klasik yang tingkapnya boleh dibuka. Dan beranganlah macam cerita hindustan sambil keluarkan kepala dan tudung melayang-layang ditiup angin nan ganas. Tiket untuk ke Hat yai cuma RM10 bersamaan 100 baht untuk 2 orang. Dan untuk pengetahuan juga, tren ke Hat Yai cuma ada 2 kali. Belah pagi dan petang. Jadi kalau tak sempat naik train, boleh naik van yang disediakan di pintu masuk sempadan Thai dalam 700 meter dari Terminal Padang Besar. Harga tiket sama juga dengan naik tren. Cuma feel dia totally lain la. Justeru pastikan rancang perjalanan dengan betul dan tepat, supaya bisa naik tren klasik yang menyeronokkan.

Kami tinggal di hotel namanya The Bed, di pekan Hat Yai yang harganya cuma lebih kurang RM100 sehari. Selesa, bersih dan agak luas untuk harga yang macam tu. Kedai makan tak ada masalah. Di mana-mana banyak kedai makan muslim. Komunikasi pun tak ada masalah. Mereka boleh faham cakap melayu.

Hat Yai sedang tengkujuh. Hujan lebih banyak muncul dari matahari. Jadi di sekitar pekan Hat Yai kami berjalan saja. Semuanya walking distance. Cuma untuk ke tempat-tempat tourist attraction, agak jauh dan harus naik pengangkutan lain seperti motorsikal atau tuk-tuk.

Kami pergi 3 hari saja, dari rabu sampai jumaat. Antara tempat yang kami sempat jejak :

1) Hat Yai Municipal Park
2) Phra Phutthamongkol Maharat
3) Hat Yai Municipal Bird Park
4) Night Market Hat Yai
5) Asean Trade Bazaar
6) Khlong Hae Floating Market
7) Chang Puak Camp Hat Yai

Kesemua tempat-tempat ini harga tiket tak mahal sangat. Ada juga yang masuk percuma saja. Kami banyak habis duit untuk makan. Hehe. Tuk-tuk p**a dalam 400 baht bersamaan RM50 sepanjang hari. 2 hari RM100 lebih kurang. Kami p**ang menaiki van dari Hat Yai ke Padang Besar. Merasa juga pengalaman bersesak dalam van dengan penumpang lain. Dan beratur cop pasport di sempadan, kemudian jalan kaki ke terminal Padang Besar untuk naik ETS, p**ang ke KL.

Paling yang saya nak pergi sangat ialah Floating Market-nya. Kami sampai hujan lebat sangat. Air naik sehinggakan peniaga hanya mampu berdagang di atas jalanan. Amar pujuk hati dengan kata yang nanti bila-bila kita pegi naik kereta aje. Pergi semata-mata untuk floating market saja. Okay, i keep that promise.

Hat Yai syurga makanan. Semua makanannya tak ada yang tak menyelerakan. Nampak simple saja, tapi enak sangat. Sama macam kehidupan, perkara-perkara sederhana akan selalu menang. Trip ke Hat Yai ini amat sederhana, tapi saya merasa sangat bahagia. Saya menikmati ketenangan kotanya, keramahan manusianya, kedinginan musimnya, keenakkan makanannya dan kecintaan masyarakatnya terhadap seni-budaya.

Terimakasih Hat Yai. Semoga kita bertemu lagi.

Review by : Fazleena Hishamuddin

16/03/2019

Breakfast di restoren unik ni, boleh merasa ayam panggang menggunakan kayu api & sup pansuh (masak dalam buluh), lokasi berhampiran Changlun, Kedah

09/03/2019

Operasi Feri ke Langkawi 21 Hingga 23 Mac Dibatalkan

Mai transit kat homestay kami dulu...

perlisaktif.com KANGAR – Jadual waktu perjalanan feri dari Pulau Langkawi ke Kuala Perlis pada 21 hingga 23 Mac ini dibatalkan susulan paras air laut yang surut di bawah 0.5 meter di laluan masuk dan keluar …

07/03/2019

KTH homestay & chalet, Mata Ayer menyediakan kemudahan

3 unit Homestay:-
KTHA 2 bilik 2 ac- RM140
KTHB 3 bilik 2 ac - RM160
KTHD 3 bilik 2 ac - RM160
11 unit Chalet berhawa dingin RM85

2 unit kolam renang tepi chalet, hub whatsap 0195638475/ 0134429661/ 01110749661

07/03/2019

MakWan Perubatan barah - Google Search

Dekat sangat dengan chalet kami.. X sampai 5 km pun..
Kami menyediakan kemudahan

3 unit Homestay:-
KTHA 2 bilik 2 ac- RM140
KTHB 3 bilik 2 ac - RM160
KTHD 3 bilik 2 ac - RM160
11 unit Chalet berhawa dingin RM85

2 unit kolam renang tepi chalet, hub whatsap 0195638475/ 0134429661/ 01110749661

MakWan Perubatan barah



02600 Arau, Perlis https://g.co/kgs/GJjvxr

google.com

Want your hotel to be the top-listed Hotel in Kangar?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


No. 21, Kg. Hutan Temin
Kangar
02500
Other Kangar hotels (show all)
HOMESTAY DERMA KANGAR HOMESTAY DERMA KANGAR
No. 11, Jalan Sekolah Derma
Kangar, 01000

-TERLETAK DIBELAKANG SMK DERMA 400 METER DARI HOSPITAL TENGKU FAUZIAH 600M DR KLINIK KAN

Sepat Biru Park Boq Mali Homestay Sepat Biru Park Boq Mali Homestay
Kangar, 01000

Selamat Datang Ke Homestay Sepat Biru Boq Mali, Kangar Perlis. �Terdapat 3 bilik, private pool serta

Homestay Paksu Kangar Homestay Paksu Kangar
No 3, Jalan Sena 6, Tmn Sena Indah
Kangar, 01000

Pakat mai selalu �

Family & Friends Homestay, Panggas Perlis Family & Friends Homestay, Panggas Perlis
PT4596, Jalan Panggas, Kampung Panggas Besar, Bukit Keteri
Kangar, 02450

Kami menyediakan perkhidmatan Homestay di kawasan Panggas, Perlis. 2 unit rumah yang bersebelahan, lengkap dan berkonsep moden minimalist dan setiap unit rumah mempunyai 2 buah bi...

Qaseh Umaira Homestay Qaseh Umaira Homestay
No 15, Jalan DESA SENTUA, TAMAN DESA SENTUA
Kangar, 01000

Homestay Kangar, Perlis

Kangar Hotel Kangar Hotel
No 16-18 Jalan Penjara
Kangar, 01000

" Your Comfort is Our Priority "

Zhong Ma Car Rental Zhong Ma Car Rental
No 27 Jalan Kangar Jaya 5
Kangar, 01000

Zhong Ma car rental menyediakan servis sewa kereta bermula daripada compact car sehingga MPV.

Jerami D'Longboh Inap Desa Private Pools Jerami D'Longboh Inap Desa Private Pools
Kampung Padang Tengah 4
Kangar, 01000

4 unit rumah berserta 4 private swimming pool, dikelilingi sawah padi di tengah perkampungan 🌾✨

Homestay  Kasih Bonda Perlis Homestay Kasih Bonda Perlis
Jalan Dahlia 2, Taman Ira
Kangar, 01000

Homestay ini adalah rumah berkembar setingkat (lot tepi) dengan keluasan 590 m2. Ia mempunyai 4 bilik tidur yang luas, 3 bilik mandi, ruang tamu, ruang makan, ruang laundry/ seteri...

Riverview Homestay Riverview Homestay
Lorong Ngulang Utara 1, Kampung Ngulang, Mata Ayer
Kangar, 02400

Family Villa M.H.A Family Villa M.H.A
Batu 3 Jalan Abi Kurong Batang
Kangar, 01000

Anda inginkan pengalaman bercuti dengan sausana kampung. Hubungi Family Villa M.H.A di 017-5883119 / 019-4340716 .

D'waniez homestay D'waniez homestay
Lot 1951 Jalan Bintong
Kangar, 01000