Jabatan Alam Sekitar Perlis
Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Jabatan Alam Sekitar Perlis, Government Building, Jalan Bukit Lagi, Kangar.
Jangan buang masa berdebat dan bertikam lidah dengan orang yang dungu atau orang yang merasa dia betul sepanjang masa. Jimatkan masa dan tenaga anda dan diamkan sahaja walaupun anda benar.
Jangan menyalahkan kebenaran andai ia membuatkan anda kurang selesa. Salahkan pembohongan yang selama ini mengaburi anda sehingga anda merasa selesa.
Jangan mudah menilai.
Tiada siapa yang katakan hidup ini mudah. Semua orang punyai masalah tersendiri. Anda tidak tahu apa yang setiap orang sedang lalui. Jadi sebelum anda mula menilai, mengkritik atau mengecam orang lain, ingatlah bahawa setiap orang mungkin sedang bertarung dengan masalah hidup.
Seorang insan yang kreatif didorong oleh keinginan untuk mencapai sesuatu, bukan dengan keinginan untuk mengalahkan orang lain.
Kita kadangkala merasa kecewa tidak dapat mencapai semua yang kita impikan tanpa menyedari bahawa kita kadangkala peroleh lebih daripada yang kita jangkakan.
Perwatakan adalah ibarat pokok dan reputasi adalah ibarat bayang-bayang. Bayang-bayang adalah apa yang kita sangkakan, tetapi pokok adalah perkara yang sebenar.
Gunakan suara anda untuk membawa kebaikan, telinga anda untuk memahami dan bersimpati, tangan anda untuk beramal jariah, fikiran anda untuk mencari kebenaran, dan anda hati untuk mencintai.
Jangan pernah lupa sejauh mana anda telah datang, segala kepayahan yang telah anda tempuhi dan setiap waktu anda lalui walaupun terasa payah. Tanpa berputus asa, anda masih bangun dan meneruskan kehidupan seperti biasa.. tidak kira betapa sukarnya hidup. Jangan lupa berapa banyak kekuatan anda telah belajar dan peroleh sepanjang perjalanan kehidupan.
Mengambil berat tentang orang lain adalah mudah. Tetapi mencari orang yang mengambil berat tentang anda adalah sukar. Jadi jangan sia-siakan insan yang benar-benar ikhlas dan mengambil berat tentang anda.
Respon adalah senjata ampuh untuk mendapat tempat di hati seseorang. Jadi sentiasa berikan respon yang baik terhadap orang yang mengambil berat tentang anda.
Keluarga bukan hanya tentang insan sedarah daging tetapi mengenai orang yang sanggup bersama kita di saat susah senang dan di saat kita benar-benar memerlukan.
Hidup tidak pernah menjanjikan semuanya menjadi mudah, tetapi ia memberi kita semua kuasa untuk menjadikannya indah.
Lepaskanlah apa sahaja yang membuatkan anda berasa buruk. Tetapi pertahankan apa sahaja yang membuat anda merasa baik.
Senyuman adalah penawar terbaik untuk sebarang masalah. Jadi sentiasa senyum
Kehidupan ini tidak pernah mudah tetapi kita perlu membuatnya mudah. Kadangkala dengan mengabaikan sesuatu dan kadangkala dengan menerima sesuatu.
~ salam dari Oxford, UK
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Website
Address
Jalan Bukit Lagi
Kangar
01000
Pejabat Meteorologi Perlis, Mata Ayer
Kangar, 02500
Pejabat Meteorologi Perlis