Al Kauthar Penang
Nearby shops
Pusat Bandar Bertam Perdana
Sebelah Sunshine
Pusat Bandar Bertam Perdana
Pusat Bandar Bertam Perdana
Jalan Dagangan
Pusat Bandar Bertam Perdana
Kami menyediakan kelengkapan haji & umrah serba lengkap . Sila lah ke butik ALKAUTHAR PULAU PINANG
Marhaban Ya Ramadan ✨
Bulan yang penuh dengan keberkahan dan kesucian sudah tiba.
Maka sudah saatnya bagi kita untuk lebih mendekatkan diri kepada Ilahi. Iaitu dengan cara menjauhi segala keburukan dan memperbanyak ibadah baik yang fardhu mahupun yang sunat.
Semoga di bulan suci ini kita diberikan petunjuk-Nya dan selalu dalam lindungan Allah SWT.
Selamat menunaikan ibadah puasa 😊❤.
Butik AlKauthar Pulau Pinang akan ditutup sementara sehingga diberitahu.
Assalamualaikum semua, dukacita dimaklumkan bahawa Hj Mohamad Rusli bin Hasbullah suami kepada Hjh Faridah pemilik butik AlKauthar Pulau Pinang telah kembali ke rahmatullah pada 8 mlm , 8 Januari 2023.
Tukang Jahit Di Perlukan
KELAYAKAN,:
1)Boleh menjahit baju
2)Mula kerja segera
2)Boleh berkomunikasi dengan baik
Tempat kerja Di Kepala Batas
Hubungi
Pn Hidayah 019-340 4590
WhatsApp: www.wasap.my/60193404590/nakkerja
CHECKLISTS PENTING KEPERLUAN UMRAH UNTUK WANITA:
Berikut adalah senarai beberapa barang keperluan penting yang wajib dibawa oleh para jemaah Haji/Umrah sepanjang berada di tanah suci:
1.Passport
Pastikan passport anda masih sah dan tarikh luputnya adalah melebihi 6 bulan. Ini wajib ada dalam checklist keperluan umrah perempuan.
2.Buku panduan umrah
Biar pun anda sudah menyertai kursus umrah yang dianjurkan, buku panduan umrah boleh dijadikan sebagai panduan sepanjang anda melakukan umrah. Bacalah buku tersebut untuk mengingati semula semua perkara penting semasa melakukan umrah.
3.Aplikasi di telefon bimbit
Berikut adalah beberapa aplikasi telefon bimbit yang sangat berguna kepada anda semasa berada di sana nanti:
4.Asefny – Aplikasi ini untuk memudahkan para jemaah mendapatkan rawatan perubatan.
Manasikana – Ini adalah aplikasi yang menyediakan terjemahan bagi jemaah yang tidak tahu berbahasa inggeris atau bahasa arab.
Quran – Aplikasi ini akan memudahkan anda membaca Al-Quran di mana saja tanpa perlu membawa Al-Quran.
Careem – Ia adalah aplikasi untuk memudahkan anda menempah teksi untuk pergi ke miqat atau berjalan-jalan.
5.Kain telekung
Bawa sekurang-kurangnya 2 helai telekung berwarna putih atau hitam untuk digunakan sepanjang menunaikan ibadab umrah. Kalau bawa lebih lebih baik. Telekung mungkin terkena kotoran semasa di sana. Pastikan anda bawa telekung yang dibuat dari material kain yang tidak terlalu tebal dan sejuk agar anda sentiasa berada selesa semasa berada di sana.
6.Jubah atau baju kurung
Anda boleh memakai jubah semasa berada di sana kerana jubah adalah pakaian yang selesa dan sopan. Sebaiknya pakai jubah berwarna putih dan hitam. Selain jubah, baju kurung juga sesuai untuk dipakai semasa menunaikan umrah.
7.Pakaian biasa
Jangan lupa untuk membawa pakaian biasa untuk dipakai semasa anda berehat di bilik hotel. Bawalah pakaian yang sopan memandangkan anda sedang berada di tanah haram.
8.Tudung putih atau hitam
Kelengkapan umrah wanita yang seterusnya ialah tudung hitam atau putih untuk anda pakai semasa melakukan ibadah. Kami cadangkan anda bawa tudung yang berdagu, mudah untuk anda terus gunakan untuk solat.
9.Stokin kaki
Kaki adalah salah satu aurat wanita yang sering dilupakan. Pastikan anda sentiasa memakai stokin kaki semasa melakukan ibadah umrah. Tidak sah solat anda sekiranya anda tidak menutup aurat dengan sempurna.
10.Stokin tangan
Stokin tangan dipakai untuk mengelakkan lengan kita terdedah semasa menggerakkan atau menaikkan tangan. Adakalanya kita terlupa untuk menjaga lengan. Memakain baju dengan lengan yang bercekak juga membantu.
11.Anak tudung
Pastikan anda membawa anak tudung. Anda perlu memakai anak tudung semasa melakukan umrah agar anak rambut anda tidak terkeluar tanpa disedari.
12.Khuff
Khuff atau kasut umrah adalah kasut khas yang diperbuat daripada kulit kambing. Ia adalah kasut khas untuk melakukan ibadah haji dan umrah.
13.Selipar dan kasut bertutup
Anda juga memerlukan kasut tertutup dan selipar semasa melakukan ibadah umrah. Kasut bertutup diperlukan semasa berjalan di kawasan berbatu dan untuk mendaki gunung. Sementara selipar boleh anda gunakan semasa pergi ke tandas.
14.Ubat-ubatan
Jangan lupa untuk membawa ubat asas seperti ubat demam, ubat selsema, sakit tekak, cirit-birit, kembung, dan sebagainya. Jika anda bergantung kepada ubat yang perlu dimakan setiap hari, jangan lupa untuk membawa ubat yang secukupnya.
15.Alat penjagaan diri
Alat penjagaan diri seperti sabun mandi, syampu, deodoran dan sebagainya juga sangat penting untuk anda bawa bersama.
16.Spray untuk berwuduk
Kelengkapan umrah wanita yang seterusnya ialah spray untuk berwuduk. Isikan botol tersebut dengan air dan bawa di dalam beg yang anda bawa. Dengan adanya botol spray ini, anda tak perlu lagi bersesak di tandas untuk berwuduk. Gunakan saja spray tadi untuk berwuduk.
17.Duit
Makanan anda disediakan oleh pihak agensi semasa melakukan umrah namun anda memerlukan duit untuk membeli makanan tambahan dan cenderamata untuk dibawa pulang.
18.Kad kredit atau kad debit
Kad kredit dan kad debit boleh digunakan sekiranya anda kehabisan wang semasa berada di Mekah dan Madinah. Pastikan ada wang didalam akaun bagi kad yang dibawa.
19.Topeng muka
Memandangkan sekarang kita dilanda pandemic Covid-19 dan memakain pelitup muka adalah satu norma baru, pastikan anda tidak lupa untuk membawa topeng muka dengan banyak. Sekotak untuk seorang individu adalah mencukupi.
20.Hand sanitizer
Selain pelitup muka, hand sanitizer juga adalah satu kelengkapan yang wajib anda bawa semasa menunaikan ibadah umrah. Jangan lupa untuk bawa lebih.
21.Sejadah kecil
Keperluan umrah wanita terakhir yang ingin kami cadangkan ialah sejadah kecil. Bawalah sejadah kecil didalam beg anda agar ia boleh digunakan apabila diperlukan.
Sebelum berangkat ke tanah suci, pastikan kesemua barang kepeluan ini ada di dalam bagasi anda. Semoga dikurniakan Umrah/Haji yang mabrur.
Selamat mengundi😊
Lepas mengundi jemput mai ke butik kami ye. Kami beroperasi seperti biasa dr 10 pg - 6.30 ptg.
18/11/2022 Butik beroperasi seperti biasa 🥰🥰
(10 pagi - 6.30 ptg)
Jemput datang beramai2
Butik buka setiap hari (Isnin-Ahad)
BUTIK AL KAUTHAR PULAU PINANG (TELEKUNG SERTA KELENGKAPAN HAJI UMRAH) · No.17-1, 12, Persiaran Dagangan, Pusat Bandar Bertam Perdana, 13200 Kepala Batas, Penang, Malaysia ★★★★★ · Clothing store
Ustaz Ahmad Rizam - Matahari Sudah Bergerak Ke Arah Selatan Klik link di bawah untuk menjadi salah seorang daripada Sahabat Al-Kahfi :https://www.youtube.com/channel/UCMswsZM6gtF8zXy4zyjZQ-w/joinJom beli sambil menyum...
Ya Allah, sekiranya ada dikalangan kami susah, senangkan mereka.
Sekiranya diantara kami ada yang bersedih, gembirakan mereka dan sekiranya diantara kami kekurangan rezeki, perbanyakkan rezeki mereka.🤲❤️
Aamiin.. ❤🙌
Astaghfirullah......
Bila hidup serba tak kena,
Istighfarlah.., mohon ampun pada Allah Taala.
Baik dari kesalahan yang kita sedar mahupun tak sedar.
Sebab dosa ibarat debu yang menghalang rahmat Allah dari kehidupan kita.
Semoga perjalanan hidup kita berjalan mengikut redha Ilahi. Aamiin.. ❤️🤲
Kebahagiaan tidak akan pernah sampai kepada mereka yang gagal menghargai apa yang sudah mereka miliki
Kebiasaannya telur boleh disimpan dalam masa sebulan. Namun kadang-kadang kita tidak pasti adakah telur tersebut masih segar dan selamat untuk dimakan ataupun tidak. Antara cara untuk mengetahui umur telur tersebut adalah dengan cara merendam telur ke dalam air. Jika masih tenggelam, ianya masih selamat dimakan. Namun jika telur sudah mula terapung itu pertanda telur sudah busuk dan perlu dibuang segera.
--------
Nak Singkirkan Minyak dalam badan? Klik link di bawah
Dapatkan Sekarang!
https://linktr.ee/FuzzTrac
---------
Anda ingin mendapatkan tips, info dan aktiviti terkini PPIM,
Jom sertai kami di telegram
https://t.me/SahabatPerjuanganPPIM
atau anda boleh klik link di bawah untuk akses ke semua media sosial PPIM
https://linktr.ee/ppim.official
_______________
“Perjuangan Demi Pengguna”
Perjuangan PPIM takkan pernah tamat. Suara-suara pengguna Islam dan Malaysia akan terus jadi keutamaan PPIM.
Ayuh bersama kami untuk menyuarakan hak-hak pengguna dan membela nasib mereka yang ditindas untuk mendapatkan keadilan!
Jika anda ingin memberikan sumbangan sebagai tanda sokongan, ia boleh dibuat melalui:
https://sumbangan.ppim.org.my/TPPPIM
Sekarang kan musim sering sakit.
Saya ada satu petua untuk kembalikan balik tenaga. Fokus dan ketenangan. Yang kerap sakit kepala tu. Ni tonik untuk rawatnya.
Saya namakannya sebagai air hikmat.
- Longan kering
- Kurma merah
- Gojiberries
- Gula kelapa OCOC
(Optional - daun pandan, halia)
Longan kering ni bantu rendahkan kolesterol. Ada serat fiber. Ada potassium. Bagus untuk tekanan darah.
Kurma merah ada 3 anti oksida hebat iaitu flavonoid. Carotenoid dan phenolic acid.
Flavonoids bantu hilangkan inflamasi. Juga dikaji dalam konteks kurangkan risiko diabetes, Alzheimer's dan kanser.
Carotenoids penting untuk kesihatan jantung.
Juga didapati dapat jauhkan risiko penyakit mata seperti katarak dan macular degeneration.
Phenolic acid kurangkan risiko terkena kanser dan penyakit jantung.
Gojiberries tingkatkan imun sistem dan lindungi dari selesema. Paling disukai ialah bab bantu turunkan berat badan
Gula kelapa lagilah. Ciri unik ada inulin. Tiada dalam gula lain. Nilai GI rendah. Mesra diabetes.
Ramai dah bagi feedback. Sejak tukar gula putih dengan gula kelapa.
Badan rasa sihat. Paling padu ialah berat badan menurun. Hanya amal ni. Percayalah saya bagitahu. Ini kajian sains cakap.
Yang plan nak turun berat sejak 10 tahun lepas tu. Cer check ada ambil gula putih tak?
Nak tahu lagi? Klik https://neuroversiti.com/gula-perang-vs-gula-kelapa-vs.../
Caranya cenggini:
1. Basuh longan kering, gojiberries dan kurma merah.
2. Kurma merah rendam sekitar 15 minit. Nak bagi lembut.
3. Masuk air lebih kurang 1 liter atau 1 liter setengah.
4. Masukkan semua bahan kecuali gula kelapa.
5. Rebus sampai mendidih.
6. Masukkan gula kelapa secukup rasa.
Minum ni setiap minggu terutama ketika mental tengah koyak. Badan penat.
Memang padu! Rasanya pun sedap ala ala lai chi kang.
Tak perlu dah ambil pil "Anda ingat saya ada masa untuk sakit kelapa?"
Kalau nak dapatkan gula kelapa boleh klik:
https://bit.ly/SayaNakGulaKelapa
https://bit.ly/SayaNakGulaKelapa
Dah berpuluh tahun kita baca Al-Quran, namun berapa ayat sahaja yang kita betul-betul
faham?
Apa kata tahun ni, kita azam untuk baca terjemahan dan faham ayat-ayat baru.
Jangan sampai kita termasuk dalam gelaran Seperti keldai membawa kitab.
Ia bawa sahaja kitab di belakang badannya, tetapi tidak tahu langsung isi di dalamnya.
Masih belum terlambat.
Tadabbur dan faham al-Quran adalah arahan daripada Allah SWT. Menerusi firman-Nya yang bermaksud:
“Maka apakah mereka tidak mentadabburkan al-Quran? Atau hati mereka terkunci.”
(Surah Muhammad, ayat 24)
Sama-sama kita baiki hubungan kita dengan Al-Quran ya.
Ustaz kongsikan antara 6 cara faham al-quran.
Jom buat.
Semoga apa yang datang dalam hidup ini adalah yang terbaik Allah kirimkan. Aamiin.. ❤️🤲
💯💯
Apa pun claim dulu voucher RM100 Cuti Cuti Malaysia ni —> https://shope.ee/5UtKNTqXNR
MISKIN DUNIA TAPI JUTAWAN AKHIRAT
AHMAD DAWJEE JUTAWAN INDIA MUSLIM YG MEWAKAFKAN 1.2 EKAR TANAH DI JALAN PERAK, JUTAAN LOT SAHAM DI BURSA SAHAM LONDON TETAPI MENINGGAL DUNIA DALAM FLAT KECIL DI JALAN MASJID INDIA
Pernahkah kita dengar cerita tentang Ahmad Dawjee Dadabhoy? Beliau merupakan seorang jutawan Malaysia berketurunan India Muslim. Di akhir hayatnya beliau mewakafkan hampir keseluruhan hartanya berupa sebidang tanah yang luasnya sekitar 1.2 ekar di Jalan Perak dan juga lot lot saham bernilai jutaan dolar di Bursa Saham London dan beberapa bursa saham lain.
Tanah beliau di Jalan Perak, Kuala Lumpur dibangunkan sebuah menara wakaf 34 tingkat yang hari ini dikenali sebagai Menara Wakaf Bank Islam. Bangunan yang dibina dengan modal dikeluarkan Tabung Haji itu pada tahun 2007 dengan kos RM151 juta.
Hari ini disewakan sebagai pejabat Kelas A di kawasan segitiga emas yang kedudukannya tidak jauh dari KLCC.
Diberitakan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sebagai pemegang amanah harta wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy ini akan menerima RM56.6 juta hasil sewaan bangunan ini selama 25 tahun.
Dihari kematian beliau pada 24 Januari 1987, beliau meninggal di sebuah rumah flat kecil di Jalan Masjid India di kelilingi oleh buku-buku bacaan beliau. Tidak ada harta lain lagi bersama beliau melainkan sedikit itulah.
Selebihnya sudah diwakafkan keseluruhannya untuk ummah. Pernah keluarganya datang dari Afrika Selatan ke Malaysia. Apabila dibawa melawat tanah tanah wakaf beliau di kawasan segitiga emas Kuala Lumpur, mereka menitiskan air mata melihat betapa tingginya nilai hartanah tersebut dan tingginya ketaqwaan saudara mereka Ahmad Dawjee yang mewakafkan hartanya itu kepada ummah.
Inilah tauladan kepada kita di zaman ini sebagaimana yang kerap kita dengar kisah sahabat sahabat Nabi SAW yang meninggal dunia tanpa harta kerana mewakafkan harta mereka sebelum meninggal dunia walaupun ketika hidupnya kaya raya.
Ia juga petunjuk kepada kita bahawa agama menggalakkan kita mencari harta dan mengembangkan harta. Tetapi perlu diingat harta kekayaan itu bukanlah milik mutlak kita. Perlu dikongsikan dengan ummah berupa zakat, sedekah dan wakaf. Di hari kematian kita, tinggal di alam barzakh, pahala sedekah itu akan terus menerus berjalan. Kemudian dibangkitkan di akhirat kelak menjadi lebih kaya untuk tempoh yang tiada penghujungnya disebabkan ketinggian taqwa kita kepada Allah atas harta yang kita infakkan.
* Kisah Ahmad Dawjee Dadabhoy ini diceritakan oleh Ustaz Mohd Ramadhan Fitri Elias (Senior Vice President Maybank Islamic/ Ketua Jabatan Pengurusan Syariah Maybank Islamic Malaysia) dalam pembentangannya di Konvensyen Pejuang Hartanah di Cyberjaya semalam. InsyaAllah saya cuba catatkan isi isi penting pembentangan beliau bertajuk 'Islam dan Harta Membentuk Kehidupan Taiyyibah' dan juga isi isi pembentangan speaker yang lain berkait hartanah.
اللهم اجعلنا منهم...
Ya Allah, jadikan kami seperti mereka...👆👆👆
Jom pujuk hati lawan nafsu.
Jihad yang berat bagi seorang hamba adalah melawan nafsunya.
Nafsu untuk berseronok,
nafsu untuk berkuasa,
nafsu untuk menang,
nafsu untuk bermalas-malasan,
nafsu untuk mementingkan diri sendiri
dan sebagainya.
Belajar kendalikan nafsu.
Barulah berjaya hidup kita dunia dan akhirat.
Jom pujuk hati,
Jadi hamba yang taat dan bermanfaat.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
No. 17-1, Jalan Dangangan 12, Pusat Bandar Bertam Perdana
Kepala Batas
13200
No 9-1, Jalan Usahawan 4, Pusat Perniagaan Kepala Batas
Kepala Batas, 13100
nanoSTIX agent distributor Dato' Kailan Kepala Batas Penang
NO 7-G Jalan Dagangan 12, Pusat Bandar Bertam Perdana
Kepala Batas, 13200
FESYEN HUB LELAKI KURTA. JUBAH. BAJU MELAYU. PLUSSIZE.KIDS Ben Rezuan Holdings Sdn Bhd 1218851-D
6490 PERMATANG BERTAM
Kepala Batas
Selamat datang ke page 'Promosi Pewangi Flerr'. Anda semestinya tertunggu-tunggu dan tidak sabar dengan setiap promosi yang akan dan telah dilancarkan oleh pihak FLERR sepanjang pe...
NO 33 PERSIARAN SEKSYEN 4/5 BERTAM PUTRA KEPALA BATAS PULAU PINANG
Kepala Batas, 13200
INARA.CO HQ No 33 PERSIARAN SEKSYEN 4/5 BERTAM PUTRA 13200 Kepala Batas Admin Wawa 019-9462216 Admin Rose 013-2986425 Admin Lea 019-3451554 Admin Fifah 019-9940224
G13A, Jalan Usahawan 2, Kompleks Dato Kailan
Kepala Batas, 13200
1 stop centre untuk produk keperluan ibu dan bayi. Dapatkan produk berpantang untuk ibu yang berkualiti dan keperluan bayi di sini.
No 2-2, Lorong Dagangan 8, Bandar Bertam Perdana
Kepala Batas, 13200
We sell syari'ah compliant products: Male & Female, Boys & Girls, Islamic Artwork, Food/Drinks. (Ne
Kepala Batas
NUR RAISHA BOUTIQUE No 107 Jalan Dagangan 2 Pusat Bandar Bertam Perdana 13200 Kepala Batas Pulau Pi
No. 6, Tingkat Bawah, Lorong Bertam Jaya 1, Taman Bertam Jaya
Kepala Batas, 13200
The best quality tailor by GT Uomo Fashion
No. 16 Tingkat Bawah Jalan Dagangan 10 Pusat Bandar Bertam Perdana
Kepala Batas, 13200
BUTIK RASMI ELRAH EXCLUSIVE PERTAMA DI PENANG !
No 5, Jalan Dagangan 15, Pusat Bandar Bertam Perdana
Kepala Batas, 13200
Pusat Sehenti Kelengkapan Haji & Umrah, barangan keperluan untuk melancong dan barangan keperluan ibadah.