arinn.co
Nearby food & beverage services
42200 Klang
Taman Meru Mulia
Dataran Marvelane
88008
Jalan Sri Pandan
Jalan Batu Unjur
Jalan Songket
Jalan Raja Husin Klang
41200
40460
52100
Hi, welcome to arinn.co ! We're selling our premium cookies that surely satisfy your taste!
SELALU CARI JUNK FOOD TAPI TAK NAK SENTUH MAKANAN BERAT?
“Kdg2, boring jugak buat kerja takde kudap-kudapan. Teringinla nk makan brownies cookies sis punya. Dengar2, cookies sis buat ni boleh buat org addicted dengan kemanisan dia. Betul ke?"
HAAAAA NAK TAU KE TAK SEDAP DIA KENALAH BELI HEHE.
SIS NAK BAGI 5 SEBAB KENAPA PERLU TRY PREMIUM BROWNIES COOKIES NI:
🍪 Harga SUPER JIMAT
🍪 Packaging Exclusive
🍪 Bahan Premium
🍪 Sesuai untuk semua peringkat umur
🍪 Tidak muak & tidak menjemukan
"Wow kena beli ni...berapa harga cookies ni sis?
“PERGHHH!!! MEMANG MURAH"
RM 15/SEBALANG
RM 15/SEBALANG
RM 15/SEBALANG
FUHHH!! memang jimat sungguh ni.. Ok apeiii lageiii...BELI SEBELUM SOLD OUT!
Cepat2 beli tuu.. nanti ada yg melopong sebab dah abis stok..
lagi sekali whatsapp lelaju tu ke :
WhatsApp "NAKBROWNIESCOOKIES" ke +60197971062
WhatsApp "NAKBROWNIESCOOKIES" ke +60197971062
WhatsApp "NAKBROWNIESCOOKIES" ke +60197971062
3 JENIS BROWNIES
Hi buat semua peminat dessert, nak tanya korang tau tak brownies tu ape? Mesti korang ingat brownies tu mcm kek je kan tapi sebenarnya brownies ni boleh dibuat dengan cara yang berbeza.
So, hari ni sis nak share 3 jenis brownies yg korang boleh try kat rumah yg sedap, mudah dan senang. Jom tgk kat bawah:
1. Fudgy Brownies
▪️mempunyai tekstur yang padat dengan jumlah coklat yang banyak dan jumlah tepung yg sikit menghasilkan tekstur yang padat serta warna yang lebih gelap.
2. Cakey brownies
▪️Teksturnya kurang padat mempunyai rasa yang lebih ringan kerana kandungan tepung yang lebih tinggi.
3. Cookies brownies
▪️Biskut yang rangup kerana dimasak dengan oven dengan kepingan yang nipis dengan permukaan atasnya yg berkerak dan rangup.
Sekarang dh tau kan jenis brownies, Jadi apa lagi? Cubalah sekarang! Semoga bermanfaat dengan info ini.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
BISKUT NAK SIMPAN KAT MANA?🤔
" Kadang-kadang kan baru masuk hari ke 15 puasa dah ada yang nak buat biskut raya. Memang awal tapi nanti dekat nak raya lagi banyak kerja kena buat."
"Cuma satu kerisauan ni sis bila buat awal ramai takut biskut raya jadi tak sedap, lemau dan bau hapak".
Ha supaya tak berlaku kesan begini pada biskut raya yang dah banyak dibuat, sis akan memberikan tip buat mereka yang nak buat biskut raya awal supaya biskut tahan lama selama 6 bulan, tak bau hapak dan tak lemau. Tanpa pengawet tau!👍👍
1. Tepung dan gula dijemur supaya menghasilkan biskut yang ringan. Jika susah nak jemur, tepung boleh disangai didalam kuali. Ia merupakan petua orang tua dulu-dulu bagi menghasilkan biskut yang sedap dan rangup.
2. Biskut yang masih panas perlu disimpan terlebih dahulu sebelum disimpan dalam balang. Jika terus disimpan, wap panas akan berkumpul dalam balang seterusnya melembabkan biskut.
3. Jika anda membuat biskut yang berminyak seperti tat, biskut mentega dan sebagainya, pastikan apabila simpan biskut dalam balang, setiap lapisan dialas dengan kertas minyak. Ia bertujuan menyerap lebihan minyak serta memastikan biskut sentiasa kering.
Senang je dh simpan biskut tahan lama kalau iku tips yg betul. Harap ii maklumat sis kongsi bermanfaat untuk anda semua. Selamat mencuba!
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
CARA MEMBUAT BROWNIES COOKIES🥧
"Sekali pandang memang boleh buat kita terliur la". "Tengok tu tekstur dia yang berkilat, merekah dan warna coklat gelapnya yang menawan".😭😭
Inilah keistimewaan brownies cookies yang menjadikannya antara biskut raya yang menjadi kegilaan ramai. Sebenarnya nak buat brownies cookies ni taklah susah sangat. Jom tgk sis tunjuk bahan dan cara buat brownies cookies.😆
BAHAN-BAHAN:
▪️20g butter/buttercup
▪️175g dark chocolate
▪️1 biji telur + 1 biji kuning telur
▪️75g gula castor
▪️1 sudu teh esen vanila
▪️18g tepung gandum
▪️secubit baking powder
CARA-CARA:
1. Cairkan dark choc dan butter menggunakan kaedah double boiler. Pukul gula bersama telur & esen vanila sehingga kembang & putih. Boleh pukul guna whisk atau mixer.
2. Masukkan tepung & baking powder yang telah diayak ke dalam adunan telur dan masukkan p**a coklat cair. Kacau dengan spatula hingga sebati.
3. Bila dah sebati, masukkan dalam piping bag & rehatkan 10 minit dalam peti ais. Lepas 10 minit, boleh pipekan atas macaroon mat yang sudah di gris dengan butter. Ikutlah nak letak apa sekali pun dekat atasnya.
4. Bakar selama 10 ke 11 minit, api atas bawah suhu 160c atau mengikut suhu oven masing-masing.
Bila dah masak, biar sejuk sekejap. Biskut memang akan lembik ketika panas, tapi jangan risau sebab bila dah sejuk dia akan keras dan rangup. Selamat mencuba! Semoga bermanfaat dengan info ini!😄😄
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
CARA PEMBUATAN COKLAT
Tidakkah anda semua pernah tertanya bagaimanakah buah koko digunakan untuk membuat coklat yang digemari ramai? Teknik pembuatan coklat sentiasa diperbaiki sehinggalah hari ini coklat disediakan dengan kekacang dan buah-buahan.
Untuk mendapatkan biji koko, kulitnya perlu dibuka dengan menggunakan pisau. Sebiji buah koko mengandungi antara 40 hingga 50 biji koko yang akan digunakan untuk membuat coklat.
Biji koko akan melalui proses pemeraman di mana biji koko akan dikeluarkan dan dikumpulkan di dalam satu bekas selama 5 ke 7 hari. Ini akan menghilangkan lapisan isi pada biji koko dan menukar warnanya menjadi ungu.
Pengeringan dilakukan dengan menjemur biji-biji koko di bawah panas matahari selama lebih kurang 6 hari. Biji-biji koko perlu dikeringkan. Apabila ia mencapai tahap pengeringan ini, ia sedia untuk dijual kepada peraih koko dan dihantar ke kilang-kilang pemproses.
Mungkin tidak ramai dari kita yang berminat untuk menghasilkan coklat atau minuman coklat dari buah koko yang segar. Namun pengetahuan ini sedikit sebanyak memberikan anda pengetahuan bagaimana ianya boleh dilakukan sendiri.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
4 KESILAPAN BUAT BISKUT
Mesti pernah kan diantara korang yg buat biskut raya ke mesti ada yg rosak atau tak menjadi?
So harini sis nk share ada tak buat mana-mana kesalahan dibawah. cuba check di bawah.
1. Tak Biarkan Sejuk Dulu
Sebaik saja biskut raya yang baru siap dikeluarkan dari oven, janganlah terus disimpan di dalam balang kuih. Sebaliknya biarkan sejuk dulu pada suhu biasa. Apabila suhu makin sejuk barulah disimpan biskut ini ke dalam bekasnya.
2. Jemur Tepung Dan Gula
Sebelum masak biskut, cuba jemur tepung dan gula. Ni petua orang lama-lama ni. Kuih raya jadi ringan dan tahan lebih lama. Rasa biskut pun lain, lebih enak dan rangup. Masalah lemau pasti tak akan berlaku.
3. Tak Keringkan Bekas
Sebelum letak biskut ke dalam bekas kuih raya, pastikan bekas betul-betul kering. Lap dengan tuala bersih dan biarkan kering dengan sendirinya.
4. Tak Letak Bungkusan Garam
Bungkus satu hingga dua sudu teh garam dan masukkan ke dalam balang. Garam boleh bantu kurangkan kelembapan udara dalam balang.
Senang sebenarnya nk buat biskut ni kalau tgk betul ii apa mistake org selalu buat bila buat biskut raya ni. Orait semoga bermanfaat dengan info ini
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
BAHAN MEMBUAT COKLAT ROYCE🍫
"Kalau kita scroll TikTok, memang coklat ni asyik disebut dan dibeli oleh orang ramai. Tak lain dan tak bukan, mestilah coklat Royce. Lebih menariknya, coklat tersebut disaluti dengan serbuk koko dan cair di dalam mulut. Wah! Walaupun harga mahal tapi berbaloi nak cuba."🤤🤤
Hai peminat coklat! Sebenarnya boleh buat sendiri coklat ini sahaja di rumah. Bahan-bahan yang diperlukan juga mudah dan yang penting rasa sama sebiji seperti yang viral di TikTok. Jom tgk resepi di bawah👇:
BAHAN-BAHAN:
▪️150gm whipping cream / ½ susu pekat
▪️50gm pure butter (Optional)
▪️250gm chocolate
▪️Cocoa powder
CARA-CARA:
– Double boil whipping cream/susu pekat sehingga naik bubble kecil terus matikan api.
– Masukkan chocolate dan pure butter.
– Kacau sampai semua sebati.
– Sediakan bekas yang dilapik dengan parchment paper.
– Tuang semua adunan kedalam bekas dan ratakan. Hentak perlahan supaya adunan sekata.
– Sejukkan didalam peti sejuk paling kurang 2jam atau sebaiknya semalaman.
– Bila dah chocolate dah keras keluarkan daripada bekas dan potong ikut size yang dikehendaki.
– Taburkan cocoa powder atau boleh golek-golekkan potongan chocolate tadi kedalam cocoa powder. Cukup sekadar digaul nipis so akan dapat rasa yang balance diantara manis chocolate dan pahit cocoa powder.
Ha Sedapnya! Senang je kan nk buat? Sikt sahaja bahan diperlukan. Ni kalau makan sambil layan movie. Memang confirm terus licin semua….hehe selamat mencuba!😆😆
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
TAK BOLEH FOKUS SEBAB LAPAR DAN MENGANTUK?
LAPARNYER masa buat kerja atau buat assignment 🍪!!! Tak boleh fokus sebab lapar dan rasa mengantuk😪? jangan risau kami ada PREMIUM BROWNIES COOKIES yang boleh bantu anda sekalian untuk lift up your mood!! 🤪🤫
Apa specialnya PREMIUM BROWNIES COOKIES kami ni?🤔
🍫 Menggunakan coklat premium yang pekat dan sedap
🍫Cookies yang rangup dan lazat
🍫Sesuai untuk semua peringkat umur
🍫Post ke seluruh Malaysia 😱
"BERAPA HARGA COOKIES NI SIS, TERINGIN NAK BELI!!"
HANYA RM 15 SEBALANG SAHAJA
.
TAKKAN TAK NAK TRY🤨🤨🤨CEPAT CEPAT‼️‼️Jangan tunggu lama-lama sementara stock masih ada. GRAB SEBELUM TERLAMBAT🍪🍫
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
Ig: .co__
Fb: arinn.co
Whatsapp: +60197971062
Jangan lupa like, comment and share!
COKLAT RANGSANG HAPPY EMOTION?
Daripada kek hingga ke ais krim, coklat ialah perisa paling pop**ar yang semua orang pilih. Sama ada senggugut atau sakit jantung, coklat sentiasa membantu kita. Sedikit coklat pun sudah cukup untuk meningkatkan kesihatan mental kita.
So harini sis nk kongsi betul ke coklat boleh lift up mood korang? Orait jom tgk kat bawah:
1) Coklat adalah perangsang kegembiraan. Menurut kajian yang diterbitkan dalam Journal of Psychopharmacology, mereka yang makan atau minum coklat yang kaya dengan polifenol sekali sehari (bersamaan dengan 1.5 auns coklat gelap) melaporkan berasa lebih tenang dan lebih kandungan berbanding mereka yang tidak makan atau minum.
2) Coklat meningkatkan serotonin otak," kata pakar etnobotani Chris "The Medicine Hunter" Kilham, yang telah mengembara ke seluruh dunia untuk mencari ubat tradisional berasaskan tumbuhan. "Hampir setiap antidepresan bertujuan sama ada meningkatkan serotonin atau mengekalkannya di dalam otak lebih lama. Coklat atau koko melakukannya dengan baik.
3) Ramai orang mengubati sendiri dengan coklat kata Kilham. Apabila serotonin otak menurun, coklat akan membantu meningkatkan sokongan itu. Dan ramai orang hanya s**akan mood yang diberikan kepada mereka.
Ha siapa coklat tak baik untuk kesihatan? Coklat ada khasiatnya cuma perlu diambil dengan kuantiti yang betul. Semoga bermanfaat dengan info ini
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
LEBIHAN COOKIES NAK BUAT APA?
"Weyh, biskut lebih nak buat apa eh? Dah tanak makan la. Kalau nk bgi kat org mcm tak elok sebab tinggal sikit jer." Macam mana ni?"
Hai semua cookies lovers! Anda semua mesti terpikir kan ape nk buat dengan lebihan biskut ni? Takkan la nk buang kan, membazir tau. So harinis sis nk share lebihan cookies boleh buat apa. Jom tgk kat bawah:
1. Buat kerak pai
- membuatkan kerak lagi rangup dan sedap untuk dimakan
2. Sebagai topping aiskrim.
- lebihan biskut boleh buat topping atas aiskrim. Anda boleh hancurkan sedikit atau makan je biskut tu dengan aiskrim seperti sandwich. Sedap tak terkata tu🤩
3. Campur dengan milkshake or ice blended
- Hancurkan biskut mengikut kesesuaian anda sebagai toppings atau campurkan biskut dlm milkshake. Sedap tu akan rasa creamy dan tidak muak diminum.
Senang je kan nk buat? Takdelah membazir asyik nk buang je kalau dh lemau. Dengan itu, semoga bermanfaat dengan info ini.
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
CARA BUAT KEK COKLAT 🥧🥧
"Bila sebut pasal kek coklat ni, pasti terbayang rasanya yang manis. Tambah p**ak dengan topping coklat, pergi lagi rasa kemanisan dia. Uish terliur nya😭😭. Sis ada resepi tak nk buat kek coklat ni, nk try la".
Bagi anda yang nak cuba buat kek coklat yang kurang manis, boleh tgk resepi ni. jom tgk di bawah:
🔹BAHAN-BAHAN:
2 cawan serbuk koko
2 cawan gula
2 cawan minyak masak
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
8 biji telur gred B
🔹BAHAN AYAK:
2 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
2 sudu teh baking powder
🔹CARA MEMASAK:
1.Satukan serbuk koko, gula, minyak masak, susu cair dan susu pekat. Kisar hingga sebati dan ketepikan.
2. Pecahkan telur dan kisar juga hingga kembang.
3. Dalam mangkuk besar, masukkan bahan yang dikisar tadi dengan tepung yang telah diayak terlebih dahulu.
4. Sapu marjerin atau mentega pada loyang terlebih dahulu dan tuang adunan kek tadi.
5. Panaskan air kukusan terlebih dahulu dan kukus adunan kek selama 1 jam atau sehingga masak.
6. Bila kek telah masak, sejukkan dan boleh tuang topping dan juga hiasan mengikut cita rasa.
Senang je kan nk buat? Boleh anda cuba di rumah! Semoga bermanfaat dengan info ini
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
CARA BUAT KEK BATIK🥧
"Kalau sebut resepi kek batik, susah nak jumpa yang betul-betul kena pada selera tekak ni. Nak beli, kadang-kadang dapat yang keras sebab tak cukup salutan coklat pada permukaannya."😔
Orait untuk harini sis kongsikan cara buat kek batik A sampai Z yang marvelous. Apa yang best, dari kek batik asas, boleh jadikan kek batik cheese, kek batik oreo di atas permukaannya dan tambah lagi nutella. Memang sangat sedap dan yang penting, tak pahit tau.😋😋
Jom tengok bahan-bahan membuat kek batik ni:
🔶25 keping biskut Marie mana-mana jenama.
🔶3/4 susu tin pekat manis
🔶5 sudu besar milo
🔶1 sudu besar serbuk koko.
🔶200 gram buttercup
🔶Loyang 4 segi saiz 7-8 ya.
🔶Plastik pembungkus nasi
Bahan bahan dah cukup semua, jom tengok cara buat resepi kek batik ni:
#1: Panaskan kuali. Masukkan 200 gram buttercup. Guna api perlahan je. Bila butter mula mencair, masukkan 3/4 susu pekat.
#2: Seterusnya, masukkan 5 sudu besar milo dan 1 sudu besar serbuk koko dan kacau rata sehingga adunan menjadi sedikit likat berkilat.
#3: Tutup api. Boleh mula patah-patahkan biskut Marie Gaul rata. Hancurkan sedikit dengan senduk kayu untuk dapatkan tekstur.
#4: Masukkan lapisan pertama dalam loyang. Kemaskan adunan di segenap ruang loyang. Gunakan lebihan plastik tu untuk menekan adunan. Tekan kuat sikit supaya adunan kek batik menjadi padat.
#5: Boleh tambah toping kes**aan.Nak letak nutella, oreo atau cream cheese, terp**ang ya. Tutup adunan tadi dengan plastik dan sejukkan 3-6 jam atau semalaman dalam peti sejuk.
#6: Keluarkan kek dan potong dengan pisau dan siap.
Senang je kan? Apalagi semua, selamat mencuba 😄
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
TIADA KUDAP-KUDAPAN UNTUK MAKAN?
Mai try Premium Brownies Cookies yang sedap lagi ranggup ni👍. Cookies ni sangat crunchy and sedap tau. Ramai yang dah cuba n kata cookies ni ranggup n rasa cair coklat bila dalam mulut.🤤
Brownies Cookies ni boleh dimakan pada waktu pagi cicah susu, waktu petang minum dengan teh panas n kalau malam buat kunyah sambil tengok netflix. Tak rugi pun kalau try sebab cookies ni tak mahal pun.
Nak tau ke harga nya berapa?
Murah jer RM 15 SEBALANG JE!😱😱
Yang duduk area bandar penawar nak delivery pun boleh, tiada cas penghantaran. Jangan malu jangan segan untuk beli nanti perut lapar hihi.😆😆
Yang berminat boleh direct chat atau
WhatsApp NAKBROWNIESCOOKIES ke +60197971062
WhatsApp NAKBROWNIESCOOKIES ke +60197971062
WhatsApp NAKBROWNIESCOOKIES ke +60197971062
Jangan lupa like, comment and share!
CARA MAKAN COOKIES DENGAN LAGI MENARIK 🤩
"Ingat tak waktu kecik-kecik dulu mak sibuk buat cookies untuk raya, kita tunggu depan oven tak kelip mata tunggu siap. Bila dah ting! Cuba bayangkan bau cookies yang keluar daripada oven panas-panas. Memang mengancam. Time panas-panas tu cuba gigit menari jugak lah bila serpihan cookies panas kena lidah."🤤🤤
Tak boleh dinafikan lagi yang memang ramai s**a makan cookies. Untuk harini sis nk ajar cara makan cookies lagi sedap dan menarik. Sama ada waktu pagi, tengah tengok tv, minum petang, mahupun snack selepas dinner. 😱😱
Cara-cara untuk anda nikmati cookies:
1. COOKIES DENGAN SUSU
Ini antara cara biasa yang zaman ke zaman orang guna untuk makan cookies. Cicahkan biskut yang rangup dalam susu yang suam. Memang sedap. Rasa lemak susu dengan rasa biskut yang rangkup tu melengkapi rasa masing-masing. Kalau dengan susu sejuk pun sedap juga.
2. COOKIES DENGAN KOPI
Rasa manis elok digabungkan dengan rasa pahit. Rasa yang melengkapi satu sama lain menjadikan ia lebih neutral dan sedap di tekak. Trick nak tahu compliment each other taste atau tak, anda hirup dulu kopi sikit. Kemudian lepas telan gigit sikit biskut dan kunyah tapi jangan telan. Masa biskut dekat dalam mulut lagi, hirup kali kedua kopi.
3. COOKIES DENGAN AISKRIM
Ambil kepingan biskut pertama, letakkan satu scoop aiskrim. Tindihkan lapisan biskut seterusnya. Makan waktu musim panas ni memang sedap. Ingat lagi dulu-dulu kalau nampak abang aiskrim lalu dengan motor dia mesti tahan. Sebab nak makan aiskrim sandwich dengan biskut. Tak pun roti. Tak pun pecah-pecahkan biskut dan taburkan atas aiskrim. Fuh! sedap!
Terliur tak hehe..korang boleh la try bila-bila masa nnti! Semoga bermanfaat!
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
3 MANFAAT WHITE CHOCOLATE 🍶
Jika anda seorang pencinta coklat, s**ar untuk melarikan diri dari keinginan untuk makan coklat. Seperti yang kita sedia maklum, coklat ada banyak jenis. Antaranya coklat gelap dan coklat putih. Walaupun coklat gelap dipuji sebagai mempunyai banyak manfaat kesihatan, ramai yang tak tahu tentang kebaikan coklat putih sebenarnya.
Harini sis nk share 3 manfaat white chocolate yg pasti ramai nk tahu ape khasiatnya. Jom tgk di bawah:
🟦Coklat putih mengandung kalsium kerana ia dihasilkan dengan campuran susu memberikan nutrisi kalsium untuk menguatkan tulang, gigi selain membantu fungsi normal jantung, otot dan saraf.
🟦 Coklat putih kaya dengan nutrisi yang mampu memberikan ketenangan lebih lagi ketika anda berdepan dengan hari sibuk.
🟦Coklat putih itu dapat membekalkan tenaga kepada penggemarnya selain membuatkan anda rasa kenyang sepanjang hari.
Sekarang anda sudah tahu benefit white chocolate, jadi jangan risau dan menganggap semua jenis coklat tidak bagus untuk kesihatan. Semoga bermanfaat dengan info ini😄😄
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
CARA MENCAIRKAN COKLAT DENGAN BETUL 🍫
"Coklat sedap dan lazat dalam apa jua bentuk, jadi kenapa kena cairkannya?" "Dengan mencairkan coklat, anda boleh guna untuk mencelup, sebagai topping, dan menghias dengan coklat."🍫🍫
Terdapat pelbagai jenis coklat untuk lebur; sebelum memilih coklat anda adalah penting untuk mengetahui sama ada ia dirumuskan secara khusus untuk dicairkan atau untuk membuat salutan rangup.
Harini sis nak ajar cara nak cairkan coklat dengan betul:
🔹Pastikan coklat dicincang menjadi kepingan untuk memastikan senang dicair. Jangan mencairkan bar besar atau blok coklat yang belum dicincang.
🔹Elakkan coklat terkena dengan air! Coklat akan menjadi rosak dan s**ar dikendalikan jika terkena dengan beberapa titisan air. Pastikan mangkuk dan spatula benar-benar kering.
🔹Cairkan coklat secara perlahan-lahan dengan api yang rendah. Coklat sangat halus dan boleh menjadi berketul atau kasar jika terlalu panas.
🔹Kacau coklat dengan kerap dengan spatula getah, apabila tepi luar mula mencair.
Kalau cara ini dipanggil "double boiler" dan amatlah senang untuk dibuat. Jangan lupa untuk mencuba. Semoga bermanfaat dengan info ini 😄😄
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
CARA MEMBUAT COOKIES YANG RANGUP 🍪
Salam semua, sebut sahaja tentang biskut, ada penyediaan nak buat biskut ni mudah dan ada yang susah. Ada setengah biskut bila makan gebu cair dan ada setengah biskut bila makan rangup. Ke semuanya bergantung kepada bahan yang digunakan? 🤔🤔
Saja nak tekankan, nak biskut sedap ke tak? Kalau nak sedap gunalah bahan yang berkualiti untuk menghasilkan biskut yang sedap. Tapi, tahu tak semua nak hasilkan biskut yang sedap ada petua dan tips tertentu yang boleh kita ikut.Kepada sesiapa yang nak buat biskut, jom sis kongsikan cara untuk membuat biskut yang sedap dan rangup:🤤🤤
1. Hindari dari menggunakan tepung gandum yang berlebihan di dalam resepi biskut kerana ia akan menyebabkan biskut kering dan keras.
2. Gunakan gula halus agar proses mengadun lebih cepat.
3. Pemakaian butter/mentega adalah lebih baik dibandingkan dengan margerin kerana butter/mentega meranggupkan biskut yang dihasilkan.
4.Penggunaan telur dapat dikurangkan dengan cara menambah cairan seperti susu cair. Untuk dpt tekstur yang cantik tetapi rangup, maka boleh tambahkan baking powder.
5. Suhu oven ketika dalam proses membakar kuih jangan terlalu rendah kerana waktu membakar akan lebih panjang akan akan membuatkan biskut keras.
Itu sahaja sekadar perkongsian dan tips dari saya.. semoga bermanfaat!!😄😄
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
TERINGIN NK SNACK BUAT KUNYAH-KUNYAH ?
Mesti kdg2, anda rasa nk lepak makan ii waktu petang makan snack. Nak makan tapi mesti rasa leceh kan nk kena buat. Kan best kalau ade yang dh siap buat brownies cookies... Copp... Sape kate xde? Ade je! Premium brownies cookies kan ada!🍪🍪🍫
APA TU PREMIUM BROWNIES COOKIES?
📢 Freshly Baked
Semua cookies ni dibakar fresh dari oven, tiada bahan pengawet dan pewarna tambahan.
📢Menggunakan coklat premium
Brownies cookies ni diperbuat daripada dark chocolate Berlys yang dapat rasa yang berlemak dan sedap.
📢1 balang ada 42 pieces!
Dalam balang tu dibungkuskan 2 pieces dlm satu plastik kecik, jadinya senang la amik je b*k ii dlm balang tu pastu bawak la gi mana ii, takyah la nk bawak balang besar gedabak centu!
"YEKE NI KAK? SEDAP SGT KE?"
Nak kate sedap tu, xdela.. Tapi kami berani jamin, smpai ke lengan skali korang jilat. HAHA..😆😆
" BERAPA RINGGIT SATU BALANG TU? ACANE NK ORDER?"
HARGA 1 BALANG RM 15 JE WAKK..MURAH KAN? 😱😱HARGA FRIENDLY BETUL! SESUAI UNTUK STUDENTS YANG NAK BELI, BOLEH BUAT KUDAPAN SAMBIL BUAT ASSIGNMENT TU..
UNTUK ORDER BOLEH MESEJ DI:
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
Jangan lupa like, comment and share!
KHASIAT BADAM 🥜
" Nak tau tak salah satu jenis kacang yang banyak khasiatnya adalah badam atau almond. Rasanya sedap. Harga badam juga agak mahal berbanding kacang lain". Hal ini membuatkan kita tertanya-tanya apa khasiat yang ada pada sebiji badam sehingga harganya agak tinggi?
Kacang badam mempunyai peminatnya yang tersendiri. Walau mahal, ada yang gemar membelinya untuk dijadikan sebagai kudapan. Ini kerana khasiatnya yang tinggi untuk tubuh. Sama ada dijadikan kudapan begitu sahaja, mahukan dikisar untuk dijadikan sebagai minuman berbentuk susu.
Harini sis mahu kongsi tentang khasiat-khasiat badam yg boleh diperolehi iaitu:
1) Kacang badam dipercayai boleh membantu menguatkan jantung. Ini kerana mengandungi magnesium, kalsium dan zat. Paling penting cara memasak badam tersebut, jangan disangai dengan minyak supaya khasiatnya tetap ada.
2) Kadang badam juga membantu mengurangkan kolesterol dalam badan. Kandungan vitamin E dalam kacang ini boleh menambah kolesterol baik dalam badan.
3) Bagi anda yang mempunyai masalah tekanan darah tinggi, elok makan kacang badam bagi membantu menurunkan kadar tekanan darah. Malah kacang badam juga boleh membantu menstabilkan kadar gula dalam darah.
Nampak bagus kan kelebihan badam ni. Walaupun nampak kecik tpi besar khasiatnya.. semoga bermanfaat dengan info ini 😄😄
SEBARANG PERTANYAAN BOLEH KOMEN ATAU MESEJ DI :
📱Ig: .co__
📱Fb: arinn.co
📱Whatsapp: +60197971062
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the business
Telephone
Website
Address
Jalan Haji Musran
Klang
42100
Klang, 41000
HYE selamat datang ke page sweet bites kuih muih.kami menyediakan kuih muih tradisional secara home made.kami tiada gerai atau kedai, semuanya proses di dapur kecil kami shj.kami c...
Jalan Pekan Baru
Klang, 41050
Pelbagai jenis resepi masakan mudah dan senang untuk disediakan
21438-13, Lorong Tiara 1B, Bandar Baru
Klang, 41150
NO. 36, LORONG BATU NILAM 34/3, BANDAR BUKIT TINGGI
Klang, 41200
美食从来不说谎,30多年老字号,400多组老顾客。 用心,所以精致。绝对值得你信赖!
Based In Kapar, Klang
Klang, 42200
KAMI MENJUAL KUIH BAKAR KEMBOJA PANDAN & KUIH LAIN
Lot C9, 1st Floor, Food Avenue, Aeon Bukit Raja
Klang, 41150
티번 T.Bun, a Korean Buldak Kitchen, offering Korean Spicy Lover to enjoy K-Ramen, K-Udon, K-pop Chicken, Tteokbokki and K-Dessert. 티번 T.Bun isn't just about Korean food, it's 90% al...