Mama Muda Resepi

shopee.com.my/zrempire

24/03/2023

Sagu Gula Melaka

1 adunan 2 versi..nk mkn dgn sos kastard atau pun dgn kelapa.
cikza bgi resepi sekali.

3 cwan sagu direbus separuh masak dn di lalu bwah air mengalir untuk buang kanji ketepikan.
dlm periuk masukkan 3 keping nise atau pun gula Melaka sedikit gula pasir,air dan daun pandan disimpul.air dlm 1 litter.dh menggelegak masukkan sagu tdi kacau sampai masak dh x ada yg biji putih2.angkat dn boleh lah masukkan kedlm loyang.betul2 sejuk bru potong..

sos kastard.

1 tin susu cair
1 Sb tpg kastard
sedikit garam dan daun pandan
masak diatas api sampai menggelegak.

kelapa ambil yg putih sahaja dn dikukus skjp.
gaul garam.potong kuih sagu yg disejukkan terlebih dahulu golek2 kn dgn kelapa siap.
Kredit : Noriza awang hamat

24/03/2023

Resepi Bom Bijan

Bahan utk kulit-

*Tepung pulut 1paket(500g)
*Tepung Gandum 1cwn
*Secubit Garam
*Air secukupnya
*Bijan Putih

Cara²-

Campurkan tpg pulut+tpg gandum+garam.Gaul rata kemudian tuangkan air sedikit demi sedikit.uli smpai doh xmelekat di besen.

Sebelum uli utk masukkn inti PASTIKAN TGN DILUMURKN DGN SEDIKIT MINYAK.ambil doh,masukkn inti kelapa,bulatkn dan gaulkn dgn bijan.

Bahan utk inti-

*Kelapa parut
*Gula Merah
*Gula Pasir
*Secubit Garam
*Sedikit Air
*Sedikit gandum

Cara²-

Letakkan sedikit air kedalam kuali,masukkn gula merah+gula pasir+garam..

Kacau hingga gula cair.masukkan kelapa parut.masak hingga warna kelapa menjadi sedikit gelap.taburkan 1 sudu besar gandum kemudian tutup api.

Ambil adunan td bulat2 kn bersama inti dan golekkn dlm bijan.lps siap sy letakkan dlm peti ais skjp.. biasanya 1 jam,Klau lama pun ok je(petua xnk bg meletup)

Cara goreng-

Buka api sederhana bsr.masukkn minyak.Apabila minyak sederhana panas masukkan kuih bom dan kecilkn api."PASTIKAN MINYAK TIDAK TERLALU PANAS SBLM MASUKKN BOM"

Selepas bom mula mengembang dan bertukar warna kacau kuih sehingga masak..

(*TIPS UTK KUIH TIDAK PECAH:SENTIASA KACAU

-Zuhaidar

24/03/2023

Sotong stim limau ala thai by me 🦑

Hari2 buat pun takpe.. sebab sedap sangat. Rasa pedas, masam, manis 😋

Sos dia boleh jugak guna utk ikan siakap stim limau.

Resipi Sotong stim limau ala thai.

Sotong setgh kilo @ 1kg
Cincang halus bawang putih dalam 7-8 ulas ( letak lebih pun takpe )
Cincang cili dalam 8-9 biji (klu xnk pedas kurangkan)
Asam limau nipis dalam 3biji
Daum ketumbar ( potong )
Kiub pati ayam 1/2 @ 1
Kicap sotong 3 sudu besar
Gula 2 sudu besar

Cara2

Kukus sotong dlm 7minit, jgn letak air ( kukus sehingga masak ) dan angkat
( air sotong tu kak aya buang 😁 )

Lepas tu buat sos dia!
Panaskan air 1 cawan, masukkan kiub pati ayam, gula, lepas tu tutup api, tunggu suam kejap, boleh masukkan cili, bawang, asam limau & daun ketumbar. Nanti korang try dulu, kalau x cukup masam tambah limau nipis, kalau x masim blh tambah kicap sotong, kalau x cukup manis tambah gula. Bila dah secukup rasa, Last sekali boleh tuangkan sos atas sotong tadi. SIAP 😋

Senang & sedap 👍👍👍

p/s : Nak guna ikan pun boleh..

Sumber : Ayadieeya

24/03/2023

Resepi ayam percik simple..

Bahan :
Seekor Ayam (potong 4 bahagian)
5 ulas Bawang putih
2 biji Bawang besar
2 inci Halia
3 batang Serai
Sedikit Cili kisar
1sudu Serbuk kunyit
1 ketul Gula kerek
Sedikit Garam
Santan kotak
Madu

Cara :

Blender bawang besar, bawang putih, halia dan serai.. Tumis bahan blend tadi..
Masukkan cili kisar, serbuk kunyit, gula kerek dan garam..
Masak seketika.. Ambil ayam masukkan dalam kuah tadi..
Siram ayam dengan kuah sambil tu kelar-kelar/tikam-tikam ayam tadi supaya kuah meresap ke dalam isi ayam..

Bila ayam sudah separuh masak, angkat dan bakar ayam tersebut..
Terp**anglah la nak bakar menggunakan arang ka, oven ka atau pemanggang ajaib ka.. Bakaq sehingga garing..

Lebihan kuah tadi, masukkan santan dan madu.. Masak sehingga pekat.. Ambil kuah tadi siram ke atas ayam. Taraaa dah siap.. 😋😋

dapurcheda

24/03/2023

Sambal daging cili api lauk petang nanti..
Edit resepi :-
**Bhn kisar A
**15 - 20 ulas cili api merah
**3 ulas bwg putih
2 biji bwg bsr
# bhn bertanda ** kisar hancur dulu, baru kisar bwg merah sekejap ajer, supaya x hancur sgt.
1" Halia di hiris
**B
Garam
Gula (sy guna gula perang)
1@2sdb kicap pekat manis
1@2sdb sos tiram
4@5sdb sos cili
**C
Bhn hiris
Bwg bsr
Kacang panjang
Cili merah di belah dua
**daging yg telah siap di goreng.. 70% masak.. (sekilo daging)
** gaul dgn garam & serbuk kunyit
# tumis bhn kisar A smpi pecah myk, masukkan bhn B, lps sebati dan cukup rasa, masukkan daging, & last bhn hiris.

Photos from Mama Muda Resepi's post 24/03/2023

Resepi Agar - Agar Kelapa 🥥
by Mr.Ali. Resepi senang sahaja..sesiapa pun boleh buat 😁.
Jangan lupa send ♥️♥️♥️ tau.
Loyang 10 inci
🌴Sy pakai 1 biji kelapa muda. Akan dapat lebih kurang 1 liter air kelapa
📍Bahan - Bahan:
LAPISAN PERTAMA:
-1 setengah cawan air
-1 cawan air kelapa
-70g gula
-5 gram agar-agar serbuk
-60 gram santan kotak
-1 sudu kecil garam
LAPISAN KEDUA:
-2 cawan air
-3 cawan air kelapa
-150g gula
-5 gram agar-agar serbuk
📍Cara- cara
LAPISAN PERTAMA:
- dalam keadaan api tertutup, masukkan
1 setengah cawan air + 1 cawan air kelapa
+ 70g gula & 5 gram agar-agar serbuk
- kacau sebati bahan diatas. Dah sebati baru on api. Perlahan saja..kacau dalam 2-3 minit
- baru masukkan 60gram santan kotak. Saya pakai santan KARA. Masukkan 1 sudu kecil garam. Kacau hingga mendidih
- Bila dia dah mendidih..jangan kacau selama 2-3 minit. Lepas tu baru off api
- Tuangkan dalam loyang
- Biarkan ia mengeras pada suhu bilik je..means letak dekat luar je..pastikan persekitaran anda bersih
LAPISAN KEDUA
- masukkan kesemua bahan untuk lapisan kedua.
- kacau sebati baru hidupkan api. Perlahan saja kacau sampai naik wap
- Tapiskan
- Ambil agar2 yg dah keras tadi..cucuk sebanyak mungkin. Step ni PENTING supaya lapisan melekat. Kena cucuk banyak2 tau supaya lapisan melekat dengan kuat
- tuang sikit demi sedikit. Dah habis adunan..masukkan p**a isi kelapa. Ikut kreativiti anda
- biarkan diluar selama 40 minit, baru sejukkan selama 2-3 jam.
- dah siap dan boleh makan.
Selamat mencuba!

Kredit: Muhammad Ali

23/03/2023

KUIH TELAGA EMAS-

Bahan Kulit Hijau :

250g tepung pulut
3 sudu makan tepung gandum
1 sudu makan tepung jagung
1 1/4 cawan air
Sedikit perisa pandan
Sedikit pewarna hijau
Secubit garam
Cara2 :
▶satukan semua tepung²..garam & perisa pandan
▶kemudian tuangkan air sikit² jgn sampai habis..uli jadi doh tak lekat di tangan
▶letak sedikit pewarna hijau
▶buat bulat² anggaran 24g..tekan & ratakan doh ke dlm acuan lompang saiz kecil yg telah disapu minyak masak..ketepikan
Inti Kastard :
1 cawan santan kotak
1 cawan air suam
1/2 cawan gula
2 sudu besar tepung kastard
1/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 penutup botol esen vanilla
Sedikit pewarna kuning telur
secubit garam
Cara2 :

▶satukan santan dan air suam..campurkan esen vanilla & gula..kacau hingga larut
▶masukkan telur & kacau sebati..kemudian masukkan juga tepung kastard..garam & pewarna kuning telur..kacau sebati & mesra
▶tapis adunan & tuang ke dlm acuan lompang yg disapu sedikit minyak
▶pastikan air kukusan betul2 mendidih..kukus selama 10 - 12 minit atau hingga masak..api sederhana besar
Credit : Zura Zul

Photos from Mama Muda Resepi's post 23/03/2023

Jika ingin berkongsi ilmu jgn pernah kira berapa ramai yg like kita anggap perkongsian resepi free ini bekalan akhirat walau hanya sorg yg share dan buat.InshaAllah ada bahagian pahala Allah akan beri.
Mak merialisasikan impian insan2 yg xde oven tp nak buat biskut jugak.Mari mak ajar yg tersedap dan termudah..

RESEPI CORNFLAKES FERORO COOKIES

BAHAN2
1-2 CAWAN BADAM NIPS SANGAN SAMPAI KEKUNINGAN
BADAM IKUT KORG KALAU SUKE BANYAK LETAK 2 CAWAN XSUKE BANYAK 1 CAWAN SAJA

BAHAN DOUBLE BOIL
250G MILK COIN BERYLS
150G DARK COIN BERYLS
CAIR KAN
BIA KAN SUAM SEKEJAP
MASUK KAN BADAM GAUL RATA

CARA2
ISI DALAM CUP BASIC DIE CORNFLAKES
TUANG COKLAT DAN BADAM TD DI ATAS CORNFLAKES
KALAU BOLEH BIA SAMPAI PENUH YA
SEJUK KAN MASUK PETI AIS BIASA 10 MNT
KELUARKAN DAN BOLEH SUSUN DALAM BALANG

MUDAH KAN.SO JGN SEDIH KALAU XDE OVEN MASIH BOLEH BUAT COOKIES SEDAP SGT2 DAN NAMPAK MEWAH

Photos from Mama Muda Resepi's post 23/03/2023

RESEPI BUKO PANDAN 🤤🤤🤤

Bahan A
1: agar ( agar yang di rebus dengan daun pandan)
2: sagu hijau
3: isi kelapa
4: isi nata de coco
5: selasih

Bahan B
6: whip cream
7: susu cair
8: susu pekat
9: air kelapa

Cara

Pukul whip cream hingga pekat je jangan kembang, kemudian masokkan susu pekat 1 cawan dan susu cair 1 tin , kacau sebati dan masokkan bahan A dan last sekali masokkan air kelapa 1.5 liter last sekali masokkan ni sudu 🙊

Ini cara saya alhamdulillah sedap

Photos from Mama Muda Resepi's post 16/03/2023

Jenis - jenis cili kering.

Kredit owner

28/02/2023

SEKAYA TELUR
Kuih favourite orang pantai timur...bulan² biasa susah nk dapat kecuali bulan puasa ...sekaya telur...

10 biji telur gred b/c
1 kerek Nisang​/1ketul gula melaka
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan santan pekat
Secubit garam
Sedikit esen vanilla

Cara-caranya: - Campurkan santan dengan gula dan nisan sehingga larut(potong nisang kecik2 n blend). - Masukkan telur, kacau sampai sebati(jgn dipukul ya,kacau slow2 je sampai sebati) dan jangan lupa masukkan secubit garam dan esen vanilla. - Tapis dan masukkan ke dalam loyang. -

Kukus lebih kurang 25 ke 30 minit atau sehingga masak(cucuk lidi,klu tak melekat) - Simpan seketika di dalam peti ais kerana sedap di makan ketika sejuk... *Salah satu cara lagi...panaskan gula, nisang, sedikit air dan 2 helai daun pandan..yg ni tak perlu guna esen vanilla..

- tunggu sehingga sejuk baru masukkan santan,secubit garam dan telur..kacau slow² sahaja...tapis dan kukus...

Kredit Resepi : imah rahman

04/09/2022

pong..pong..pong😁..jeruk pauh ranggup krup krap😋... tumpang lalu.. ramai x yg s**a malam2 ni😁

☘️resepi jeruk pauh ( pelam telur)☘️
50 bj buah pelam
3/4 cawan garam
3 cawan gula ..
4 cawan air

☘️belah buah pelam buang biji.. masukkan ke dalam bekas.. boh garam ( garam kena cukup utk meranggupkan buah tadi).. boh air secukupnya sehingga aras buah pelam ( nnti bila dh semalaman tengok air tu klau b*k buih tu tandanya x cukup garam ye tambh kn lg sikit).. biar dua mlm sehingga berubah warna.. jd kuning.. basuh bersih sejat...

☘️masak 3 cawan gula bersama 4 cawan air... sehingga glegak.. gula hancur.... sejukkan... dah sejuk masukkan dlm buah pelam td... masukkan ke dlm peti ais biar dl semalam lg dlm air gula biar meresap baru sedap... rasa la ye klau x cukup manis tambah je gula.. lg lama jeruk lg sdp... nak boh cili ke x ikut s**a😁

☘️bytgkhuzanika😘☘️

09/08/2022

Resepi sup tulang ala siam ringkas tp marbelous

1kilo tulang lembu
2bj Bawang merah #
4bj Bawang putih #
Halia ( sy s**a letak banyak) #
2 bj Buah keras #
2bj bawang besar potong mayang
2 sup bunjut tulang
2 sb rempah sup
1sb serbuk lada hitam
2sb cuka makan
2bj tomato saiz besar #
2bj tomato saiz besar utk hiasan
Cili padi
Daun sup n bawang
Bawang goreng
Limau kasturi utk hiasan

Cara:-

Tumbuk bahan yg bertanda #.
Tumis dlm periuk bhn yg ditumbuk dan bhn yg lain kecuali tulang, cuka, daun sup/bwg n limau.
Campurkan sedikit air n tumis sehingga naik minyak n bau..

Masukkan tulang, cuka n bhn yg lain masak hingga empuk. Kalu pressure cooker kejp je dlm 45min dh empuk..

Tp kalu dapur biasa lebih kurang dlm 2-3 jam..

Dh empuk masukkan tomato n tutup api. Jgn lupa garam n bhn perasa Hiaskan bersama daun sup/bwg, bwg goreng n cili

Sedia dihidang bersama sambal kicap n nasi panas..

09/08/2022

Kek Span Basuh Pinggan (Sponge dish cake)

Bahan2
2 biji telur A
1/2 cawan gula halus
1 sudu kecil ovalet
1 sudu kecil esen vanila
2 sudu besar susu cair
1 sudu besar susu pekat
1 cawan tepung gandum + 1 sudu kecil baking powder (ayakkan)
1/2 cawan butter/marjerin suam yg dicairkan (cairkan butter pastu s**at 1/2 cawan)

Pukul guna mixer semua bahan kat atas kecuali butter cair. pukul adunan sampai kembang & jadi warna putih.

Lepas adunan dah kembang, masukkan butter cair & mix slow sekejap je sampai sebati.

Bahagikan adunan utk warna hijau & kuning. pastikan adunan kuning lagi banyak dari adunan hijau.

Bakar suhu 150c 40 minit. keluarkan adunan hijau selepas 30 minit. cucuk dulu ngan lidi nak tahu masak ke tak. teruskan bakar adunan kuning sampai masak. suhu & masa bergantung pd oven masing2 jugak

Sejukkan kek atas redai. potong kek ikut saiz & ketebalan yg kita nak.

Sapu sedikit madu atas kek kuning utk lekatkan bersama kek hijau.

Dah lekat biar sekejap pastu boleh la potong cantik2

Kredit Sajid Al Hafiz

09/08/2022

MAKARONI BAKAR CHEESE 😋

2 cawan makaroni - rebus
1 tin sos spageti prego (perisa tradisional)
Lada hitam ajishio
1 labu bawang besar - cincang
3 ulas bawang putih - cincang
1/2 Minch meat(nak guna semua pon boleh)
1/2 tin cendawan potong dadu
1 bj Carrot kecik potong dadu
1/2 bj Capsicum potong dadu
(Olive kalau xde takyah letak)
Cheddar cheese parut
1. Panaskan 3 sudu minyak zaitun
2. Masukkan bawang besar & bawang putih cincang hingga layu.
3. Masukkan carrot dan daging, kacau rata2. Letak sedikit air utk empukkan daging dan carrot masak dalam 3minit.
4. Masukkan cendawan, capsicum, olive (optional)) kacau sekejap.
5. Masukkan sos prego kacau dan masukkan makaroni yang dah rebus.
6' Perisa kan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam. Garam letak sikit dulu... sbb sos prego dan lada hitam tu dah ada rasa garam.
7. Boleh masuk dalam bekas alumunium size 7x7 dapat 2 bekas. Kalau takder boleh guna loyang masak kek size 9x9
Bahan2 sos putih :
2 cawan susu segar
2sudu besar tepung gandum
4 sudu besar butter
Sedikit garam
1. Masak dalam periuk hingga creamy lebih kurang 5 minit.
2. Tuangkan dan ratakan sos putih di atas makaroni.
3. Parutkan chedar cheese(optional) kalau s**a cheese yg banyak.
Lapis dengan cheddar slice atas dia...
Bakar oven 160°c selama 20 minit
Selamat mencuba

Kredit resepi & foto : Jija Mychommel

09/08/2022

*VIETNAM ROLL*

*bahan² diperlukan:*
1.Rice paper
2.salad
3.carrot
4.isi ketam
5.suhoon

*Resepi pencicah
1.sos cili thai
2.bwg putih(potg dadu)
3.daun ketumbar
4.cili api(potg bulat)
5tepung jagung(pkt kan kuah)

*step 1*
caranya:
celup kan rice paper kedalam air suam,jgn guna air pns ye , bila dh lembut susunkan bahan²,sprt salad,suhoon,carrot dan isi ketam,kemudian gulung..isi ketan dan suhoon tu celur dulu ye 😄..

*step ke2*
sos pencicah
potong bwg putih n cili api kemudian tumis dgn myk yg sedikit buat syarat jer,kemudian mas**an sos thai,tambahkan air ,bancuhkan sesudu tepung jagung bg kuah pkt..yg nk msm lg boleh lah prh asam limau @ jus limau..taburkan daun ketumbar..baunyaaa yaallah sedap sgt..✌️

09/08/2022

*RESIPI KERABU TELUR MASIN*

Bahan-bahan diperlukan:
3 biji telur masin
1 labu bawang besar (Dihiris)
2 batang serai (Dihiris)
1 pokok daun ketumbar (Dihiris)
2 biji cili merah (Dihiris)
2 sudu makan udang kering
3 biji cili api
(Udang kering dan cili api ditumbuk kasar bersama)
3 biji limau kesturi (Diambil perahannya)

Cara menyediakan dan memasak:
Rebus telur masin dan keluarkannya menggunakan sudu.
Hiris telur masin kasar-kasar.
Masukkan semua bahan kecuali limau kesturi ke dalam mangkuk dan gaulkan perlahan-lahan supaya sebati.
Tuangkan perahan limau kesturi.
Sedia dihidangkan.

09/08/2022

RESEPI SIAKAP STIM LIMAU ALA RESTOREN THAI

1 ekor ikan siakap
4 ulas bwg putih
1/2 biji bwg holland
2 inci halia
8 btg cili padi
1 tangkai daun ketumbar
akar ketumbar
1 btg lada merah
2 btg serai
1 kiub pati ayam
1 biji tomato
air perahan limau nipis (2 biji limau nipis)
2 sb sos ikan
sedikit air (jika nak berkuah lebih)
Last sekali kukus sehingga masak
siap

Kredit kpd Pemilik Resepi ini Semoga Allah mempermudahkan segala urusan

09/08/2022

Kuih Buah Melaka

Bahan

2 cawan tepung pulut
1 sudu besar tepung gandum
*1 cawan air..kalau rasa kurang lembut..tambah sedikit air
1/2 ketul gula melaka..potong dadu kecil2
4-5 helai daun pandan kisar dengan *1 cawan air di atas
Sedikit pewarna hijau (tak nak letak pun boleh)
Kelapa parut putih + sedikit garam halus..gaul sebati (kukus sekejap)

Cara2 buat:

1) Dalam bekas berisi kedua tepung..gaul rata..tuang air pandan + sedikit pewarna hijau..uli2 jadikan doh yang lembut

2) Buat bulat2 doh agak2 nak besar mana..tekan l***r doh tadi..isikan gula melaka..bulatkan semula..buat sehingga habis doh

3) Sebelum tu panaskan air hingga mendidih..masukkan 2 helai daun pandan..simpulkan..masukkan doh tadi dalam periuk..timbul dipermukaan boleh angkat doh tu guna penapis kecil.. Lalukan sekejap bawah air paip..toskan

4) Golekkan buah mekaka atas kelapa parut putih bagi rata..boleh makan

Kredit Resepi : zura zul via mahn

09/08/2022

PELALING GORENG BERLADA

Bahan-bahan:
- Ikan pelaling (Gaul garam & serbuk kunyit)
- 3 sudu besar sos cili
- 3 sudu besar sos tomato
- 2 sudu besar sos tiram
- Air asam jawa
- Secubit gula
- 1 labu bawang besar (Potong bulat)
*1 labu bawang besar
*5 ulas bawang putih
*Cili besar merah
*Cili besar hijau
*Cili padi merah
*Cili padi hijau
*3 batang serai
• Kisar kasar bahan-bahan bertanda *
• Sukatan cili tu boleh adjust ikot tahap kepedasan masing-masing ye.

Cara-cara:
1. Goreng ikan pelaling yang telah siap dilumur garam kunyit. Ketepikan.
2. Sisihkan sedikit minyak gorengan tadi dan tumis bahan kisar hingga terbit bau.
3. Masukkan kesemua sos dan perasakan dengan gula.
4. Kemudian masukkan ikan yang telah siap digoreng tadi.
5. Akhir sekali masukkan air asam jawa dan bawang besar potong. Kemudian biar lebih kurang 5 minit baru tutup api dapur.
6. Sedia dihidang.

Kredit: Siti Noor Hidayah Samah

09/08/2022

Kuah rojak buah homemade plak ampa oii...

Ada yg bgtau cikpooja...dia dah cuba resepi simplelicious byCikpooja nie dan dah bleh jadi pendapatan sampingan seorg surirumah...
Pokok pangkal ghajin jeeee...kannnn!!!....mesti bleh punya😁

Bende Simple,mudah,dan yg penting mmg sedap😁

Resepi👇👇👇

KUAH ROJAK PEKAT LIKAT MEMIKAT 😁😁😁

Bahan2...
💚 segenggam cili kering(dipotong dan dibuang bijinya dan dibasuh bersih dan direndam sekejap ngan air panas yea dalam 5mnit je pas tu toskan)

💚 Belacan(cikpooja guna belacan melaka dan cikpooja guna separuh dr dalam pic dibawah ye..rujuk pic)

💚 1cwn gula merah(bukan gula perang yea..)

💚 3cwn gula pasir

💚 1/2cwn kicap(kicap yg dok makan ngan nasi tu)

💚 5sb sos cili

💚 3sb tepung jagung(dibancuh dgn 1/2cwn air)

💚 2sb garam(bleh boh ckit2 kalau takut masin)

💚 2sb bijan

💚 Segenggam kacang tanah digoreng tanpa minyak dan diblande kasar

Cara2 masaknya....

👉 cili + belacan +secwn air diblande smpai halus(masukkan lam kuali)
👉 Gula merah dibancuh dgn secawan air dan ditapis(masukkan lam kuali)
👉 Masukkan gula pasir
👉 Masukkan kicap dan sos cili

👉 Masak dulu semua bahan2 td smpai mendidih...jaga2 sbb dia cepat meruap ..kang melimpah banjir plak dapo kome...selalu kacau2 kuah tu yea...
👉 Bila kuah dah mendidih... masukkan garam secukupnya.. supaya balance rasa dia...
👉 Pas tu masukkan air bancuhan tepung jagung td... kacau2 sebati...
👉Time nih mmg kene kacau selalu guna api slow yea.....
👉 Masak smpai kuahnya agak pekat...
👉 Barulah masukkan 2sb bijan dan 2sb kacang tanah yg di blande....kacang blande yg lebih tu bila time nak makan..baru ditabur lagi atas rojak na...
👉 Masak lagi smpai pekat hitam memikat...

Siap sudahhhh 😍...

Sekian ..

Kredit : cik pooja

09/08/2022

Resepi Kuah Kacang Rojak Mee Emak

Bahan-bahan:
500g Kacang tanah - sangai/ goreng
2 bawang merah (pilih hat besar sikit)
3 bawang putih
10 cili kering-basuh, buang biji ( rebus )
20 keping biskut marie ( kisar dengan air )
gula melaka / gula pasir
garam
Asam Keping

Cara-cara:

1. Kisar cili kering, bawang merah, bawang putih. Ketepikan.
2. Kisar kacang tanah bersama sedikit air. Kisar biskut juga dengan sedikit air.
3. Panaskan minyak secukupnya. Tumis cili dan bawang yang dah dikisar sampai naik bau.
4. Masukkan kacang tanah yang dah di kisar. Kacau rata.
5. Masukkan biskut marie yang dah dikisar. kacau
6. Masukkan gula . Kacau
7. Perasakan dengan garam

Bahan-bahan Rojak Mee Emak:
1 bungkus mee kuning
1 batang timun – potong halus memanjang
Sengkuang – potong halus memanjang
3 biji ubi kentang- rebus dan potong memanjang
2 biji telur – rebus dan belah dua
1 Tauhu - goreng dan potong kecil
Tepung gandum - untuk buat cucur. Lepas tu potong cucur tu memanjang.
Taugeh
Tempe kalau s**a - Goreng dan potong kecil
Salad untuk efek kehijauan

RESEPI BUAT CUCUR BERSARANG

Bahan-Bahan :
1. Tepung gandum
2. Mauripan + air sikit

Cara-cara :
Bila campuran Mauripan + air dah nampak naik dan sebati. Masukkan dalam tepung. Jangan lupa letak garam. Letak air sedikit demi sedikit hingga adunan sebati. Biarkan seketika dalam 15 minit sebelum menggoreng.

Cara- cara Makan :
1. Ambil sedikit mee kuning. Letak dalam pinggan.
2. Campurkan timun , sengkuang, ubi kentang, telur rebus, tauhu, dan cucur. Kalau nak tambah tempe goreng pun boleh. Salad untuk efek kehijauan.
3. Tuangkan kuah kacang.
4. Sedia di makan!

Kredit : Lya Safar

09/08/2022

Lemak cili api nangka muda ngan ayam..
Masak seperiok, asyik berulang je ke dapor..😂😂

Resepi nya
Bahan2 :
Sebijik nangka muda size kecik (rebus hingga 3/4 empuk, tambahkan garam dlm rebusan)
Seekor ayam ( dicincang kecik)
Cili pd ( ikut kepedasan yg korang s**a)
Halia seinci
Bwg besar 2 biji
Bwg putih 5-6 ulas
Sedikit kunyit basah/ serbuk kunyit
(Blender semuanya)
Serai 2 btg titik
Asam keping 2 keping
Santan kelapa segar 1 bijik
Sekotak santan kara

Cara memasak :
Panaskan sedikit minyak utuk menumis, masukkan serai kemudian terus masukkan bahan yg dh di blend..
Tumis hingaga bahan td pecah minyak dh air lada td kering hingga menjadi seperti pes..
Kemudian masukkan ayam yg dh dicincang kecik, gaulkan ayam dn bahan tumis hingga sebati..
Tambah sedikit air, dn masukkan asam keping..
Biarkan hingga ayam masak..
Bila ayam dh masak, baru masukkan santan yg diperah dr kelapa td..santan dr kelapa lebihkan air..utk dptkan kuah..jgn risau cair, sbb nnti akn tambah ngan santan kotak..perisakan dgn garam, aji n sedikit gula ikut selera masing2..
Santan dh didih, masukkan nangka dn gaul hingga sekata...last baru tuangkan santan kotak..
Pastikan sentiasa di kacau agar santan tk pecah..
Masak lagi dlm 10 min, hingga betul2 sebati semuanya..
Masak lemak ni tk sedap makan terus lepas masak,
Sbb nangka belum menyerap rasa lg..biarkan dlm 20 -30 min sebelum dihidangkan..
Masak lemak akk mmg tk guna kan ketumbar atau sebgainya..sbb dh guna ayam..

09/08/2022

Sapa minat kurma daging kasi senyum satu kali😊
Edit resepi..


Resepi..
Daging..
Bawang besar..blend
Bawang putih..blend
Halia..blend
Rempah kurma..
Santan..
Kerisik..
Ubi kentang..
4sekawan..
Serai..ketuk
Air asam jawa..
Garam n sebok perisa..
Daun kari..
Minyak..

BahanHiasan..
Bawang besar..hiris tebal
Cili muda..belah dua
Cili merah..jika nak
Tomato..belah 4

Caranya..
Rebus daging dalm kuali atau periuk..pastu tuang bahan blend rempah serai 4sekawan daun kari kerisik minyak n air skit..bila daging dah hampir empuk dah boleh letak ubi kentang santan..bila ubi dah empuk dah boleh letak gula skit garam sebok perisa n air asam jawa skit..kacau2 dah boleh letak bahan hiasan td..kacau serata siap untuk dihidang❤

Kredit : masni bahari

09/08/2022

Resepi Donut Gebus

Bahan A
•Yis Mauripan (1paket)
•Susu Pekat (2sudu)
•Air suam
•Sedikit garam

Bahan B
•Tepung Gandum (ni sy guna 850g tepung)
•Marjerin (4sudu bsar)

1. Bancuh yis mauripan dgn air suam setengah gelas..jgn panas sgt.nnti yis xnaik.. tmbah susu pekat 2 sudu besar. Masukkan sdikit garam. Tunggu shingga yis naik &berbuih

2. Tepung gandum digaul bsama marjerin.. jgn letak marjerin b*k².. agak2 je..ni sy letak 4 sudu bsar..dah gaul,masukkan bahan A, tambah sdikit air shingga jadi doh..

3. Tunggu shingga doh naik, lepastu bole la buat bentuk bulat2 atau guna acuan donut..Rehatkan sekejap doh yg sudah di bentuk.. Goreng dan toskan mnyak kemudian letakkan topping mngikut citarasa sendiri.. Gula castor@choc/choc rice/nutella 😋

Selamat mencuba🤗

Kredit : Eti Nur Syafiraa

09/08/2022

Daging goreng kicap jea malam hari nie..🤤

1 lauk jea teringin makan dgn nasi panas²..
resepi ada kat bawah yea...

Bahan bahan...👇

daging
bwg merah
bwg putih
cili padi
asam keping
serbuk kunyit
halia
minyak masak
kicap manis
kicap pekat
garam
aji

Cara Masak..👇

❇️ hiris daging nipis² dan basuh bagi cuci..

❇️ letak air dlm kuali rebus dulu daging tu..letak skali 2 asam keping..dan 1 sudu serbuk kunyit..letak garam sikit..rebus guna api slow yea sampai la air tu agak² nak kering..

❇️bila air dah nk kering..boleh la masukkan minyak masak..gaul² skejap

❇️pastu masukkan bwg merah..bwg putih..halia..cili padi hiris semua yea bahan² tu...saya letak b*k cili padi lagi pedas lagi sedap..

❇️last skali masukkan kicap manis..kicap pekat..dan sedikit garam halus & aji..

❇️kacau la bagi sebati semua..nanti rasa ape yg kurang tambah la yea..siap..

selamat mencuba

Kredit : ekin kitchen

09/08/2022

ROTI PIZZA GARDENIA

Bahan-bahannya adalah:
1. Roti Gardenia
2. Tomato puri
3. Cheddar cheese/ Mozarella cheese
4. Sosej/ Ayam
5. Cendawan butang
6. Lada banggala
Cara-caranya adalah:
1. Susun roti dalam loyang dan renjiskan dengan air supaya roti kekal lembut selepas roti di bakar nanti.
2. Sapu tomato puri pada roti dan letakkan kepingan cheddar cheese.
3. Letak sosej, ayam (siap rebus), cendawan butang dan lada banggala mengikut selera anda.
4. Taburkan mozarela cheese untuk buat rasa lebih mengancam.
5. Bakar pizza dalam oven lebih kurang 15 minit.

09/08/2022

AYAM MASAK THAI VIRAL

Bahan A (wajib)
10 ketul bahagian ayam yang telah digoreng
1 biji bawang besar dipotong bulat
2 batang serai dititik
Daun limau purut
Garam secukupnya
2 sudu sos tiram
2 sudu sos cili
Minyak
Sedikit air
Bahan B (kisar)
3 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
5 biji cili merah
3 biji cili hijau
2 biji cili api

CARA CARANYA
Tumis serai yang dititik sehingga naik bau. Masukkan hirisan bawang dengan daun limau purut dan tumis sampai garing.
Kemudian, masukkan Bahan B (kisar) gaul hingga sebati. Masukkan sos tiram, sos cili dan air. Gaul sebati dan akhir sekali masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Secubit garam untuk rasa secukupnya.
Selamat Mencuba!

Kredit : Aien Weyl

09/08/2022

AIR ASAM CABAI PICIT
Menu nie sgt merbahaya 😆😆😆

RESEPINYA

✅CILI PADI
✅BELACAN (dibakar terlebih dahulu)
✅AIR ASAM JAWA
✅GARAM
✅AIR PERAHAN LIMAU NIPIS/LIMAU
KASTURI(utk kasi wangi)
✅IKAN REBUS (IKAN TEMENUNG LEMAK)

CARA2NYA

✅Masukkn CILI PADI,BELACAN,AIR ASAM JAWA dlm bekas..
✅Picitkan atau patahkn CILI PADI..
✅Tenyeh BELACAN smpi hancur n sebati dlm air ASAM JAWA..
✅Masukkn GARAM
✅Perahkan air LIMAU NIPIS atau LIMAU KASTURI...
✅Lau asa nk bkuah lgi...tambah air masak sejuk/air rebusan ikan/air mineral/air COWAY pn bole 😂😂
✅Last skli masukkn IKAN REBUS (ikut s**a nk buh bnyk mana) Lau xdak ikan rebus..ikan goreng pn bole..lau guna ikan bkr lgi uurrmmp

Pandai2 la adjust ye...slmt mencuba 🥰🥰

Credit : Aida Akashahfitri

03/08/2022

Resepi Mini Cheesecake-

Bahan-

Base:

3 cup biskut marie - kisar halus
1/2 cup butter - cairkan
Tuang butter dalam adunan biskut marie. Gaul sebati. Sudukan dalam paper cup, tekan2 bagi padat, simpan dalam peti ais sekejap.
Kek keju-

250gm cream cheese
2 bj telur
1/2 cup gula (saya pakai 3sb saja)
1/2 sb jus lemon
1 1/2 sb tepung gandum
Putar cream cheese + gula. Masukkan telur, putar. Masukkan jus lemon, tepung. Gaul sebati. Sudukan atas adunan biskut marie tadi. Bakar 160/16 minit. Hias dengan topping pilihan.
Sumber : wan suryana

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Kluang
86000
Other Spa, Beauty & Personal Care in Kluang (show all)
aromasaktiCA aromasaktiCA
Kluang, 86000

Beauty, Health & Happy

Kosmetik Viral Kosmetik Viral
Blok G8, Tingkat 1 Pintu 6 Nuerella Line Kem Mahkota Kluang
Kluang, 86000

Hai saya menjual barangan kesihatan dan kecantikan untuk lelaki dan perempuan based in kluang cod/postage setiap hari postage seluruh malaysia untuk keterangan lanjut jangan ...

Ainaine allam Kecantikan Ainaine allam Kecantikan
Taman Kluang Jaya
Kluang, 86000

cosmetics

FWS FWS
Kluang

FykaWhiteningSoap

Syaza Flerr_airfreshener Syaza Flerr_airfreshener
Kluang, 86000

ZR Personal Loan ZR Personal Loan
No 9 Tingkat 1 Jalan Persiaran Yayasan Kluang
Kluang, 86000

Pinjaman Wang Berlesen Dibawah KPKT

Eskayvie Kluang Eskayvie Kluang
Kluang, 86000

Eskayvie kluang

Rumah gunting budget.018-3584658 Rumah gunting budget.018-3584658
696 Jalan Seri Impian 1/4 Bandar Seri Impian
Kluang, 86000

perkhidmatan gunting rambut

CO Beauty Salon - Kluang CO Beauty Salon - Kluang
1st Floor No 9 Jalan Haji Manan, Pusat Perniagaan Komersil Haji Manan Kluang
Kluang, 86000

美容院

Lawwa Akmar Empire Lawwa Akmar Empire
Kluang, 86000

Inspired Perfume_by Lawwa Akmar “Nak Wangi Sentiasa Pakai La Perfume_by Lawwa Akmar” #perfumebylawwaakmar #wangisentiasabylawwaakamar

Alia Beauty Eyebrow Alia Beauty Eyebrow
Kluang

Mas Beauty Eyebrow provides eyebrow embroidery service to enhance your looks. Korean design and eyebrow shapes that suit your looks will be designed by a professional artist before...