Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang

Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang

A page dedicated for education and info sharing on health of females and safety of pregnant mothers.

All written articles are of Dr Md Adhanizam, who is a Doctor for 23 years, an O&G Specialist for 15 years and attached with KPJ Kluang for 11 years.

27/08/2024
09/02/2024

HAPPY CHINESE NEW YEAR 2024

11/01/2024

Happy new year 2024

New Year.. New schedule for clinic timing.

Starting my Night clinic for those who cannot make it during the day

Every Wednesday only!! from 6pm till 9pm

For all the expecting mothers, ladies with gynecology problems and others too. You are all welcome.

03/11/2023

House for sale..
Semi D corner lot..
Impiana heights Bandar Seri Impian..
Direct owner.. wassap only +60 13-770 5446
Selling for 980k..

17/03/2023

JOHOR FM
Saturday
18/3/2023
11.30am

25/02/2023

Saturday
12.48pm
25 February 2023
KPJ Kluang Specialist Hospital

09/02/2023

Please get appointment to see me at KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL.

Sunday - Thursday: 9.30am to 1pm and 2.30pm to 5pm
Friday: 9.30am to 12.30pm
Saturday: close

Call 07-7718999 ext 515 (Parames)

12/12/2022

I have reached 300 followers! Thank you for your continued support. I could not have done it without each of you. 🙏🤗🎉

Photos from Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang's post 21/09/2022

Our MALAYSIA DAY babies
16th of September!!

Back in 2019, 2020 and recently 2022.
Unfortunately, we missed out on 2021.. 😁

07/08/2022

Perkongsian ilmu mengenai kehamilan siri 1:
7/8/2022

USIA KANDUNGAN DAN KEMATANGAN JANIN

Pertama sekali, terima kasih kerana sudi menjadi follower page saya atau sekadar like post dari page saya, Nizam Woman Healthcare.

Saya dari masa ke semasa akan cuba untuk menulis mengenai kehamilan atau masalah berkenaan wanita dan sakit puan. Penulisan saya akan berdasarkan knowledge saya dan pengalaman saya sebagai doktor pakar Obstetrik dan Ginekologi selama 16 tahun ini.

Jangan lupa untuk membaca penulisan saya yg sebelum ini, dan share serta kongsikan untuk kebaikan bersama

Untuk siri yang pertama ini: saya kongsikan tentang USIA KANDUNGAN DAN KEMATANGAN JANIN.

Kadangkala, soalan yang lazim di tanya oleh ibu ibu yang hamil ialah sama ada kandungan mereka sudah cukup bulan, dan bilakah masa yang terbaik untuk melahirkan.

Untuk jawapan tentang kandungan yang sudah mencapai kematangan atau dengan kata mudah, cukup bulan, kita kena tahu terlebih dahulu beberapa definasi tentang kehamilan:

1. Tempoh hamil atau mengandung ialah 10 bulan: iaitu 40 minggu (1 bulan = 4 minggu = 28 hari)
2. Jangkamasa kehamilan terbahagi kepada 3 trimesters, iaitu:
a. First trimester; dari awal mengandung sehingga 13 minggu
b. Second trimester; dari 14 minggu hingga 26 minggu
c. Third trimester; dari 27 minggu sehingga 40 minggu

2. Tempoh kematangan janin semasa dalam kandungan adalah setelah kandungan mencapai 37 minggu. Bayi dalam kandungan dikategorikan sebagai tidak cukup bulan jika dilahirkan sebelum 37 minggu.

3. Tahap ketidak matangan bayi juga berbeza beza.
a. Antara 35-37 minggu: walaupun tidak matang namun bayi selalunya berkeadaan baik dan responsif dengan rawatan.
b. Antara 32-35 minggu: bayi yang tidak matang memerlukan penjagaan di NICU untuk supportive treatment dari segi pernafasan dan juga pemberian makanan.
c. Antara 28-32 minggu: bayi yang tidak matang ini biasanya kritikal, dan sangat memerlukan rawatan yang rapi di NICU sama ada bantuan mesin pernafasan atau dari segi pemberian nutrition pemakanan.
d. Bawah 28 minggu: bayi yang tersangat sangat pra matang, susah untuk dibantu kerana paru2 belum boleh untuk berfungsi untuk membantu bayi bernafas. Kebiasaanya, bayi yang sangat pra matang ini gagal untuk hidup.

4. Berat bayi dan kematangan bayi dalam kandungan adalah 2 benda yang berbeza. Berat bayi mungkin berbeza beza mengikut saiz ibunya, etnik ibunya, latar belakang socio-ekonomi ibunya, dan ianya jarang mempengaruhi outcome bayi selepas dilahirkan. Namun kematangan bayi adalah sebaliknya, jika kelahiran berlaku selepas 37 minggu, biasanya bayi akan lebih sihat.
Contohnya: bayi mungkin berat lahirnya 2.2 kg sahaja tetapi dilahirkan selepas 38 minggu akan lebih sihat dari bayi yang berat lahirnya 2.5 kg, tetapi dilahirkan sebelum 37 minggu

Sebagai kesimp**annya, kematangan kandungan adalah sangat penting dalam menentukan sama ada bayi yang dilahirkan itu nanti dalam keadaan sihat atau memerlukan bantuan.

Sebaliknya, berat bayi ketika dilahirkan p**a tidak begitu mempengaruhi kesihatan bayi jika mereka lahir selepas tempoh matang 37 minggu.

Insyaallah, saya berhenti di sini dahulu. Semoga perkongsiaan in memberi manfaat serta dapat membantu ibu ibu yang hamil dalam menjalani tempoh kehamilan mereka.

Sila kongsikan ilmu ini, like serta share page saya bersama sama rakan atau kenalan yang lain

Terima kasih

DR MD ADHANIZAM BIN BUYONG
NIZAM WOMAN HEALTHCARE
KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL
7/8/2022

29/04/2022

SELAMAT HARI RAYA TO EVERYBODY

My patients
My page followers
My acquaintances
🥰

DR MD ADHANIZAM BIN BUYONG
CONSULTANT OBSTETRICIAN AND GYNECOLOGIST
KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL
30/4/ 2022

Photos from Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang's post 20/03/2022

PREGNANCY WITH UTERINE FIBROID

Sometimes, a newly married couple will embark on pregnancy as soon as they get married. Therefore, many of the time, the couple may forget to have a thorough medical check-up before pregnancy.

Hence, sometimes, a woman may already have a asymptomatic uterine fibroid, and also, at the same time, she is pregnant.

This presence of uterine fibroid in a woman's uterus can be detected once an early pregnancy ultrasound is done.

However, the pregnant mother needs not be alarmed because the uterine fibroid during pregnancy is usually not harmful. Most of the pregnancy will continue without any complications, and mothers usually manage to deliver normally without needing a Caesarean Section.

The reasons for pregnancy that needed surgical intervention as in Caesarean Section are:
1. If the large fibroid is in the lower segment of the uterus, where it can block the outlet for normal delivery.
2. If there are so many numbers of uterine fibroid that actually made the baby position inside the uterus, not in the normal longitudinal position. If the baby is in a breech position or in transverse lie position, then the Caesarean Section delivery needs to be done.
3. The baby is not growing very well, where all the measurements showed disparity or smaller, the term we used is intra uterine growth restrictions (IUGR) due to poor placentation or blood supply to baby disrupted by the fibroid. This small and inadequate growth of fetus may need surgical operation Caesarean Section delivery to avoid fetal complications.

There are 2 types of Caerean sections that are being done, depending on the size and the position of the fibroid:
1. Lower Segment Caesarean Section (LSCS)
This is the usual operation that is being done if the fibroid is in the upper segment of the uterus
2. Classical Caesarean Section:
This is a rare type of operation where incision is being made at the upper segment of the uterus because the fibroid is situated in the lower segment of the uterus.

Thank you for taking the time to read about my writing regarding pregnancy with the uterine fibroid. Hopefully, you all can share my page with all your friends and family so that they all can learn about something new regarding pregnancy and female wellbeing.

Dr Md Adhanizam bin Buyong
Consultant Obstetrician and Gynaecologist
KPJ Kluang Specialist Hospital
20/3/2022

These photos are the actual photos of my case where classical Caesarean Section had been done to deliver the baby, and there are still multiple numbers of fibroid on the uterus.

18/01/2022

BARAH PANGKAL RAHIM ATAU CERVICAL CANCER

Salam sejahtera semuanya..

Kali ini saya kongsikan satu short movie atau video pendek mengenai kanser pangkal rahim..

Mencuba sesuatu yang agak berbeza sedikit, semoga tidak bosan dan harap harapnya menceriakan

Semoga membantu dalam perkongsian ilmu mengenai masalah penyakit wanita.

Semuanya adalah hasil penulisan saya. Copyright reserves.

ENJOY WHILE LEARNING SOMETHING BENEFICIAL

😊

Dr Md Adhanizam bin Buyong
Pakar obstetrics dan gynecology
KPJ Kluang Specialist Hospital
18/1/2022

Photos from Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang's post 04/01/2022

BAYI KEMBAR DAN KANDUNGAN (TWIN PREGNANCY)

Selamat tahun baru saya ucapkan kepada semua. Semoga 2022 akan menjadi tahun yang lebih baik untuk kita semua.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan setinggi tinggi TAHNIAH kepada pasangan yang telah berjaya hamil, dan TAHNIAH berganda p**a jikalau kandungan itu telah disahkan oleh doktor sebagai kandungan kembar.

Di sini, saya cuba kongsikan beberapa fakta berkenaan kandungan kembar:

A. Jenis kandungan kembar:
- ada 3 jenis kandungan kembar: (There are three types of twins):
1. Dichorionic, diamniotic (DCDA)—Twins who have their own chorions and amniotic sacs.
Kembar jenis ini mempunyai karung amnion mereka sendiri, dan chorion (uri) mereka sendiri.
Kebiasaannya, kembar jenis ini adalah tidak seiras dan boleh mendapat sepasang (lelaki dan perempuan)

2. Monochorionic, diamniotic (MCDA)—Twins who share a chorion but have separate amniotic sacs.
Kembar jenis ini mempunyai karung amnion mereka sendiri, tetapi mereka berkongsi satu chorion (uri).
Kebiasaannya, kembar jenis ini adalah seiras dan selalunya adalah dari jantina yang sama.

3. Monochorionic, monoamniotic (MCMA)—Twins who share one chorion and one amniotic sac.
Kembar jenis ini amat jarang berlaku, dimana mereka berkongsi satu karung amnion, dan juga satu chorion (uri)
Kebiasaannya, banyak permasalahan dengan kembar jenis ini, dimana kedua dua kembar boleh tersangkut sesama sendiri (interlocking twin) dan pada peratus yang kecil boleh terjadi kembar siam (kembar melekat)

B. Permasalahan yang mungkin boleh berlaku jika sesorang ibu itu mengandung kembar ialah:
1. Masalah pada ibu:
- muntah teruk atau kurang makan ketika awal kehamilan.
- darah tinggi atau pre eclampsia
- penambahan berat yang mendadak
- kandungan yang besar lebih dari yang sepatutnya
- sakit belakang disebabkan kandungan yang besar
- polyhydramnios (air ketuban yang banyak)
- kebarangkalian bersalin kaedah pembedahan Caesarean
2. Masalah pada kandungan
- vanishing twin (satu kandungan gagal untuk hidup dari peringkaT awal kandungan)
- perdarahan f***j ketika awal kandungan
- keguguran
- twin to twin transfusion: bermaksud satu kandungan kecil dan tidak membesar dengan baik (donor), dan yang satu lagi sangat besar (recipient).
- kematian satu kembar (1 twin demise)
- kecacatan bayi (kecacatan azali)
- kelahiran tidak cukup bulan atau pra-matang.
- interlocking twin
- Siamese Twin

Oleh yang demikian, adalah sangat penting kepada para ibu yang telah disahkan hamil untuk mendapat imbasan ultrasound yang awal (antara 6 ke 12 minggu) agar dapat dipastikan kandungan itu adalah:
1. Kandungan dalam rahim atau luar rahim
2. Kandungan itu adalah hidup atau sudah gugur
3. Memastikan ukuran janin adalah sama seperti kiraan akhir haid
4. Untuk memastikan sama ada kandungan itu adalah satu atau kembar, dan jika kembar, ianya adalah jenis kembar yang mana satu.

Begitulah, serba sedikit fakta mengenai kehamilan kembar yang saya kongsikan menggunakan bahasa yang paling mudah. Semoga kita dapat bersama sama berkongsi ilmu tentang kehamilan kembar ini.

Sila LIKE page saya serta Kongsikan (SHARE) article ini untuk perkongsian ilmu bersama rakan2 atau ahli keluarga.

Terima kasih

Dr Md Adhanizam bin Buyong Pakar obstetrics dan gynecology KPJ Kluang Specialist Hospital
Nizam Woman Healthcare
4/1/2022

Photos from Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang's post 05/12/2021

BAGAIMANA UNTUK KITA MENERIMA KEPUTUSAN TENTANG DIAGNOSIS PENYAKIT KITA SERTA MEMILIH RAWATAN YANG TERBAIK UNTUK PENYAKIT KITA!?

Terlebih dahulu, saya ingin ucapkan terima kasih kepada follower serta mereka yg sudah pun "LIKE" page saya Nizam Woman Healthcare ini.

Page ini adalah merupakan page untuk saya berkongsi pengalaman serta ilmu yg saya ada sepanjang bekerja sebagai doktor dan juga pakar obstetrics and gynecology.

Mengenai topik penulisan saya untuk kali ini, kita kadangkala, selepas berjumpa doktor, sama ada doktor am atau doktor pakar, kita mungkin dikejutkan dengan diagnosis yang telah diberitahu oleh doktor.

Terperanjat, kaku, tak percaya, sedih dan mungkin kemurungan, akan melanda pesakit serta merta dan kadang kala ianya akan menyebabkan seseorang jadi tidak keruan sehingga sampai susah untuk tidur malam.

Segala yang di atas adalah merupakan reaksi biasa yang akan dihadapi oleh seorang manusia biasa. Namun, apa yang lebih penting ialah cara kita menghadapi masalah ini sebagai seorang manusia yang rasional.

Di sini saya cuba kongsikan tata cara untuk menghadapi keputusan mengenai penyakit kita selepas berjumpa dengan doktor:

1. Pastikan dengan jelas tentang diagnosis penyakit yg kita hadapi. Jika perlu, bertanya sedikit dengan doktor yang memantau dan jika ada masa, minta doktor tulis nama penyakit itu.

2. Jika seseorang itu jenis gemuruh, atau cepat lemah semangat, sila pastikan anda datang bersama anak yg sudah dewasa, suami, ayah atau ibu atau adik beradik yang telah dewasa, kerana mempunyai seseorang yang rapat dengan anda akan banyak membantu ketika kita jadi tidak keruan dikala mendapat keputusan atau diagnosis tentang penyakit kita.

3. Berbincang dengan ahli keluarga ketika p**ang kerumah. Ini adalah sangat baik kerana lebih ramai buah fikiran dan pendapat, maka lebih elok keputusan yang akan dibuat. Berkongsi dengan ahli keluarga yg rapat dan jangan sesekali merahsiakan masalah ini dengan menyimpannya dalam diri kita sendiri.

4. Melakukan research atau kajian di internet. Pada saya, dizaman "dunia dihujung jari" sekarang ini, tidak salah jika kita ingin mengkaji dengan lebih lanjut tentang diagnosis penyakit kita. Cuma YANG SALAHNYA, ialah kita melakukan interpretasi mengenai penyakit secara sendiri dan merawat diri kita sendiri berdasarkan maklumat di internet. INI YANG SANGAT BAHAYA. Sebaiknya, kita berjumpa kembali dengan doktor yang memantau uentuk mendapat keputusan tentang kaedah rawatan yang terbaik.

5. Mendapatkan SECOND OPINION. Pendapat professional yang kedua, dari pada ahli pakar yang sama jabatannya, namun dari institusi yang berlainan. Contohnya, jika sudah berjumpa saya sebagai Doktor sakit puan, maka mungkin anda boleh berjumpa pakar sakit puan yang lain, dari institusi kesihatan yang lain p**a untuk pendapat kedua.

6. Menerima dengan baik keputusan tentang diagnosis penyakit kita, dan berbincang kembali kaedah rawatan yang sesuai.

Kebiasaannya, kaedah rawatan ada merangkumi 3 jenis kaedah, iaitu;
1. Conservative treatment: bermaksud tiada ubat, tiada pembedahan tetapi mungkin ada perubahan cara hidup, pemakanan, bersenam, physiotherapy, atau psychological therapy.
2. Pharmaceutical treatment: bermaksud, doktor akan memulakan ubat ubatan sama ada ubat untuk rawatan (treatment), ubat untuk supplement atau ubat untuk membantu mengelakkan keadaan jadi semakin teruk, tanpa memulihkan (palliative treatment).
3. Surgical treatment: bermaksud, penyakit memerlukan kaedah pembedahan untuk sembuh.
Kaedah rawatan ini perlu dibincangkan dengan lebih terperinci dengan Doktor pakar atau doktor am yang merawat.

7. Mengikut segala nasihat doktor yang merawat ketika menjalani jenis rawatan yang telah ditentukan. Sebaiknya kita jangan berhenti sendiri atau berhenti kerana dinasihatkan oleh orang sekeliling selain dari doktor yang memantau.

8. Sentiasa bersembahyang serta berdoa kepada mereka yang beragama mengikut kaedah agama masing masing atau sentiasa bertafakur atau bermeditasi kepada mereka yang tidak beragama, kerana ini sangat membantu dalam proses kita melakukan keputusan yang terbaik.

Segala saranan diatas adalah merupakan pendapat serta nukilan saya sendiri sebagai seorang doktor selama 23 tahun sebagai doktor dan 15 tahun sebagai seorang doktor pakar obstetrics and gynecology

Semoga perkonsian ini sedikit sebanyak dapat membantu sesiapa sahaja yg membaca rencana ini.

Alhamdulillah, terima kasih

DR MD ADHANIZAM BIN BUYONG
CONSULTANT OBSTETRICIAN AND GYNECOLOGIST
KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL

5/12/2021

10/11/2021

SURGICAL OPERATION AND ITS DIFFICULTIES

Being an Obstetrician and Gynecologist for almost 15 years now, had taught me a lot to be very thorough, meticulous, precise and always be very careful.

All type of surgery are different, there for every single case that needed surgery need to be handle differently. Each of them is unique in their own way. The planning, the approach, the ex*****on and the care after, has to be unique and specific on that particular case, as well.

During my specialist days in government hospital about 10 years ago, I had always given out advise to all my fellow doctors, as for them to be the same.

My famous saying to them is:

"THE MOMENT YOU FEEL THAT YOU ARE GOOD, THEN COMPLICATIONS WILL START TO HAPPEN"

As a surgeon (both for obstetrics and gynecology), I had always be:

1. Thorough: know my surgical case well before hand. I will usually go back and see my patient and reexamine them again whenever I am in doubt.
2. Meticulous: as a surgeon, I must plan my operation before hand. Imagine the process of the surgery if I must, plot my way and strategies my plan before ex*****on and apply all of them during the actual surgery.
3. Precise: I must know what to do and I must be decisive with my ex*****on. This is very important in the case of suspicious cancer or in the case of difficult surgery.
4. Be careful: before the surgery, during the surgery and after the surgery. I usually have my certain checklists during my surgery. It helps me to remember.

And at the end of the day, a perfect surgery will lead to a better recovery and excellent outcome of the patient illness.

**the photo, is my way of recording my operation findings. I usually like to draw because: picture can tell a thousand words**

Dr Md Adhanizam bin Buyong
Obstetrician and Gynecologist
KPJ Kluang Specialist Hospital
Nizam woman healthcare

Wednesday, 10/11/2021

Photos from Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang's post 26/10/2021

July 2010 till now...

11 years in KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL

Hopefully.. Many more years to come..

🤲

24/10/2021

That amazing feeling to finally see the person that is growing inside you..
Priceless..
😊

Photos from Nizam Woman Healthcare - KPJ Kluang's post 03/10/2021

PASANGAN BARU BERUMAHTANGGA DAN WAKTU SESUAI UNTUK KEHAMILAN

Apabila pasangan telah mendirikan rumahtangga, bermaksud pasangan telah pun bersetuju untuk berkongsi kehidupan bersama. Setiap cadangan, perancangan mahu pun keputusan, sudah pasti akan dicapai, hasil dari perkongsian bersama.

Di antara keputusan yang agak penting yang perlu dilakukan oleh setiap pasangan yang baharu mendirikan rumahtangga ialah, bilakah masa yang sesuai untuk memulakan kehidupan berkeluarga, dengan erti kata lainnya, bilakah waktu yang sesuai untuk mendapatkan zuriat atau menimang cahaya mata.

Di dalam disiplin obstetrics and gynecology, memang ada terma yang kita gunakan dalam membantu pasangan untuk membuat keputusan tentang waktu yang sesuai untuk merancang kehamilan. Terma ini ialah PRE PREGNANCY COUNSELING.

PRE PREGNANCY COUNSELING atau khidmat nasihat sebelum kehamilan, adalah merupakan sessi pertemuan diantara pakar obstetrics and gynecology dengan pasangan yang ingin merancang kehamilan, dimana perbincangan dilakukan berkisarkan kepada 3 perkara penting:

1. Bilakah masa yang sesuai untuk bakal ibu merancang kehamilan?

2. Apakah masalah yang dihadapi oleh bakal ibu sebelum disahkan hamil? Di mana permasalahan ini perlu diberikan perhatian, agar ianya dapat diatasi dengan sempurna.

3. Apakah permasalahan atau komplikasi yang perlu dihadapi atau ditempuhi oleh si isteri sepanjang tempoh kehamilan, dan bagaimanakah ianya boleh di atasi dengan baik?.

Insyaallah, saya akan cuba berkongsi, dan seperti biasa, perkongsian ini berdasarkan pengetahuan serta pengalaman saya sebagai pakar obstetrics and gynecology selama 15 tahun.

BILAKAH MASA YANG SESUAI UNTUK HAMIL?

Jawapannya, bergantung kepada:

1. Tahap kesihatan isteri:

- sesetengah bakal ibu mungkin sudah mempunyai masalah kesihatan seperti asthma, diabetes, darah tinggi, masalah kesihatan immune system seperti SLE, rheumatoid arthritis, lupus nephritis dan yang lain lainya.

- Semua masalah kesihatan ini perlu diketahui dan dibincangkan bersama doktor, dan sebaiknya, rawatan diberi lebih awal sehingga penyakit benar benar terkawal, baharulah sesuai untuk si isteri hamil.

2. Tahap kestabilan sosio-ekonomi:

- sebaiknya, masalah asas kehidupan seperti tempat tinggal, pekerjaan, transport dan pendapatan isi rumah perlulah diselesaikan.

- ini bermaksud, apabila si isteri telah hamil, pasangan perlu memastikan kemudahan untuk si isteri ketika menerima pemeriksaan ketika hamil, rawatan yang perlu, tempat rawatan yang dipilih serta kaedah rawatan yang bersesuaian.

3. Sokongan keluarga atau pasangan (suami)

- tidak dapat dinafikan bahawa sokongan keluarga dan suami adalah sangat penting ketika seseorang wanita itu hamil. Perubahan fizikal, tingkah laku dan emosi ketika hamil, mungkin boleh memudaratkan si ibu, jika tidak diambil perhatian dengan baik. Oleh itu, segala bentuk sokongan, terutamanya sokongan moral daripada suami atau keluarga adalah sangat penting.

- kebiasaannya, jikaa pasangan duduk berasingan atau berjauhan, tempoh ketika hamil boleh menyebabkan si ibu lebih tertekan, terutamanya dari segi emosi. Selalunya, ibu yang hamil dan tinggal berjauhan dengan suami, akan lebih teruk menghadapi morning sickness, dan kadang kadang lebih kerap dimasukkan ke hospital untuk rawatan.

APAKAH PERMASALAHAN BAKAL IBU SEBELUM HAMIL?

Permalahan kesihatan ibu sebelum hamil perlu diberikan perhatian yang sangat teliti. Beberapa faktor penting berkaitan masalah kesihatan ibu sebelum kehamilan yang perlu diberi diketahui, iaitu:

1. Apakah jenis penyakit bakal ibu?
2. Apakah kaedah rawatan yang bakal ibu sedang lalui?
3. Apakah jenis jenis ubat yang diambil?
4. Adakah rawatan ibu melibatkan pemeriksaan yang penting seperti imbasan CT Scan atau xray, rawatan chemotherapy atau immunosuppressant atau rawatan rawatan yang lebih invasive yang lain?
5. Adakah bakal ibu baru melalui kaedah pembedahan, terutamanya yang melibatkan organ rahim seperti myomectomy (pembuangan fibroid) atau apa apa jenis pembedahan yang lain?

Kesemua persoalan di atas perlu di ambil perhatian dengan serius dan perlu dibincangkan dengan lebih terperinci dengan Doktor pakar obstetric and gynecology.

Kata putus mengenai persoalan di atas adalah penting, agar kesihatan ibu ketika hamil akan lebih terjaga serta keadaaan janin di dalam kandungan juga akan sihat.

APAKAH YANG PERLU BAKAL IBU KETAHUI APABILA TELAH HAMIL?

Kehamilan akan pastinya menyebabkan banyak jenis perubahan pada si ibu.

a. Perubahan ketika hamil
1. Perubahan fizikal
2. Perubahan mental
3. Perubatan emosi serta tingkah laku
4. Perubahan fiziologi fungsi organ penting badan

b. Fasa kehamilan atau trimester.
Fasa kehamilan di berikan terma trimester.
- Trimester pertama: dari tempoh awal kehamilan sehingga 12 minggu.
- Trimester kedua: 13 minggu sehingga 27 minggu
- Trimester ketiga: 28 minggu sehingga kelahiran.

c. Peringkat ketika melahirkan (stages of labour)
- peringkat pertama:
Ada 2 peringkat:
1. Latent phase: apabila sakit bersalin sudah dirasai tetapi bukaan cervical os sebelum 4cm
2. Active phase: apabila bukaan cervical os telah 4cm sehingga penuh (10cm)
- peringkat kedua: apabila bukaan cervical os telah penuh sehingga bayi dilahirkan
- peringkat ketiga: selepas bayi dilahirkan sehingga uri dilahirkan sepenuhnya.

d. Peringkat selepas melahirkan:
Peringkat selepas melahirkan anak dinamakan sebagai post partum period.
Ianya ada 2 peringkat:
1. Immediate post partum atau peringkat awal selepas kelahiran:
- selepas melahirkan uri sehingga 24 jam
2. Delayed post partum atau peringkat lewat selepas kelahiran:
- 24 jam selepas melahirkan uri sehingga 6 minggu.

Kesemuanya peringkat atau stages di atas adalah sangat penting untuk diketahui oleh pasangan yang ingin memulakan kehidupan berkeluarga. Namun, buat ketika ini, cukuplah saya berkongsi ilmu untuk setakat ini dulu. Insyaallah, saya akan kupas satu persatu mengenainya dimasa yang akan datang.

Semoga perkongsian mengenai PRE PREGNANCY COUNSELING ini akan memberi faedah dan lebih pengetahuan kepada semua.

Sila kongsikan maklumat ini dengan ahli keluarga atau rakan rakan, agar ianya dapat membantu, terutamanya pasangan yang telah merancang untuk memulakan kehidupan berkeluarga.

Terima kasih

Dr Md Adhanizam bin Buyong
Pakar obstetrics dan gynecology
KPJ Kluang Specialist Hospital
Nizam Woman Healthcare
3/10/2021

31/08/2021

JANGKITAN COVID19 DAN IBU MENGANDUNG

Setelah agak lama menyepi, tanpa memuat naik apa apa infomasi di page Nizam Woman Healthcare ini, Insyaallah hari ini saya cuba memuat naik infomasi mengenai jangkitan covid19 dan apakah kesannya terhadap ibu mengandung atau kehamilan.

Seperti yang kita ketahui, kita pernah dikejutkan oleh satu berita sedih dimana, seorang penyanyi yang terkenal iaitu arwah Siti Sarah telah kembali menemui sang pencipta, disebabkan jangkitan covid19 ketika beliau sedang hamil.

Begitu banyak persoalan yang timbul dibenak masing masing, terutamanya bagi ibu ibu yang tengah hamil. Persoalan mengenai jangkitan, apakah yang boleh dilakukan untuk mengelakkan jangkitan, apakah yang boleh dijangka jika dijangkiti dan bermacam macam lagi.

Untuk perkongsian kali ini, saya akan cuba menjawab 10 persoalan yang berkaitan dengan jangkitan covid19 dan ibu yang sedang hamil.

1. APAKAH ITU JANGKITAN COVID19?
Jangkitan covid19 ini ialah jangkitan virus, yang pada waktu sekarang adalah jangkitan antara manusia ke manusia. Virus ini nCoV atau novel corona virus, (novel=baharu) ialah sejenis virus yang baharu dalam family corona virus. Oleh kerana ianya virus yang baharu, ianya dinamakan COVID19.

2. APAKAH BAHAYANYA JANGKITAN C19 INI?
Virus C19 ini adalah dari keluarga corona virus, yang menyebabkan jangkitan kepada salur pernafasan serta paru paru. Gejala yang ditunjukkan jika dijangkiti keluarga corona virus ini adalah berkadar dari jangkitan selsema biasa hinggalah kepada sesak nafas serta boleh menyebabkan kegagalan untuk bernafas.

3. APAKAH YANG UNIK TENTANG JANGKITAN C19 INI?
Virus C19 ini adalah sangat unik kerana virus ini sangat s**a menyerang cell di paru paru. Virus ini memasuki ruang sel paru paru melalui receptor ACE-2 yang terdapat di permukaan sel paru paru yang dikenali sebagai "type 2 alveolar cell". Setelah dijangkiti, virus ini akan menyebabkan proses inflamasi dan menyebabkan radang paru paru dan seterusnya menyebabkan sel paru paru gagal berfungsi untuk pertukaran gas.

4. ADAKAH IBU MENGANDUNG SELAMAT UNTUK MENGAMBIL VAKSIN C19?
YA! Ibu mengandung adalah sangat selamat untuk mengambil vaksin C19.
Ibu mengandung adalah sangat disarankan untuk mengambil vaksin (tidak kira jenis), kerana vaksin boleh mengelakkan ibu mengandung menjadi tenat dikategori 4 dan 5, dan menurunkan peratusan kematian ibu mengandung (MATERNAL MORTALITY)
Vaksin C19 tidak mengganggu kehamilan dan juga tidak mengubah apa apa proses ketika hamil.
Saranan pengambilan vaksin adalah diantara minggu ke 14 sehingga minggu ke 34. Walau apapun, doktor akan membuat keputusan sama ada anda layak untuk mendapat vaksin mengikut keadaan pada waktu itu.

5. ADAKAH IBU YANG HAMIL LEBIH MUDAH DIJANGKITI?
Jawapannya ialah, TIDAK! Kebarangkalian ibu untuk dijangkiti adalah sama dengan mereka yang tidak mengandung. Ini bermaksud, jika tiada perlindungan yang diambil seperti yang disarankan oleh WHO dan KKM, sesiapa sahaja boleh mendapat jangkitan pada kadar yang sama, tidak kira mengandung atau tidak.

6. APAKAH RISIKO IBU MENGANDUNG JIKA DIJANGKITI?
Ibu mengandung yang telah dijangkiti, akan dikategorikan sebagai VULNERABLE GROUP, bermaksud kump**an yang sangat mudah menjadi tenat.
Ibu mengandung jika dijangkiti virus C19, adalah amat berisiko tinggi kerana mereka:
- lebih cepat merosot keadaan kesihatannya
- lebih tinggi risiko untuk dimasukkan ke ICU
- lebih tinggi kebarangkalian ditidurkan dan diintubasi
- lebih tinggi peratusan yang gagal dan menemui ajal
Di samping itu, jangkitan ini juga boleh bertindak terhadap kehamilan, sehingga boleh menyebabkan:
- keguguran
- kelahiran pra matang
- masalah ketika mengandung seperti darah tinggi pre eclampsia dan juga masalah pembekuan darah (thrombo-embolic events)

7. APAKAH KAEDAH KELAHIRAN JIKA IBU TELAH DIJANGKITI C19?
Kaedah kelahiran adalah bergantung kepada 2 faktor utama:
- jangka masa kandungan itu (minggu ke berapa)
- keadaan kesihatan ibu itu ketika mengandung
a. Jika kandungan di bawah 24 minggu dan keadaan ibu adalah baik, rawatan diteruskan untuk menjaga ibu serta kehamilan.
b. Jika kandungan di bawah 24 minggu, dan ibu agak tenat, maka pengguguran kehamilan perlu dilakukan untuk menyelamatkan nyawa ibu (MTP = Medical Termination of Pregnancy)
c. Jika kandungan di atas 24 minggu, dan ibu adalah sihat, rawatan menjaga diteruskan sehingga sampai waktu bersalin. Jika keadaan ibu menjadi tenat, proses kelahiran akan dilakukan sama ada dipaksa secara ubat (induce) atau secara kelahiran Caesarean section.
d. Jika ibu sudah sampai waktu untuk melahirkan, dan keadaan ibu adalah baik, maka kaedah bersalin biasa adalah dibenarkan, namun kaedah bersalin secara bantuan forceps atau vacuum akan dilakukan untuk membantu supaya masa untuk kelahiran dapat dipendekkan dan dalam masa yang sama, dapat mengelakkan kes**aran pada ibu.
d. Jika semasa proses kelahiran, atau ketika mengandung, keadaan ibu menjadi tenat, sama ada disebabkan septic shock atau multi organs failure atau fetal distress, akibat dari jangkitan covid19, maka kaedah bersalin melalui EMERGENCY CAESAREAN SECTION perlu dilakukan.

8. BAGAIMANAKAH PENJAGAAN IBU SELEPAS BERSALIN?
Kaedah penjagaan ibu selepas bersalin adalah sama seperti pesakit lain yang dijangkiti covid19, dimana ibu yang baru bersalin perlu diasingkan atau dikuarantinkan. Keadaan ibu akan dipantau secara berterusan sama ada ibu akan mengalami gejala kes**aran bernafas.

9. ADAKAH PENYUSUAN IBU SECARA SKIN TO SKIN CONTACT DI BENARKAN?
Ya! Penyusuan ibu secara bersentuhan secara langsung (skin to skin contact) adalah dibenarkan. Namun, SOP perlu diikuti seperti:
- ibu memakai mask
- membasuh tangan dengan sabun atau sanitiser
- mencuci bahagian kulit yang bersentuhan dengan bayi dengan sabun atau sanitiser.
- mencuci alat serta kelengkapan yang digunakan dengan sabun atau sanitiser sebelum dan selepas digunakan.

10. APAKAH IBU AKAN SELAMAT UNTUK MENYUSUKAN ANAK SELEPAS 14 HARI?
Ya! Selepas habis 14 hari atau 21 hari, ujian Rt-PCR akan dilakukan sekali lagi, dan jika negative, ibu adalah selamat untuk menjaga serta menyus**an anaknya seperti biasa

Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu ibu yang sedang hamil, sebagai panduan kita supaya dapat berhati hati serta melakukan yang terbaik untuk kesihatan diri serta anak selepas kelahiran nanti, Insyaallah

Sila kongsikan bersama sama yang tersayang.

DR MD ADHANIZAM BIN BUYONG
KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL
NIZAM WOMAN HEALTHCARE
31/8/2021

Want your business to be the top-listed Health & Beauty Business in Kluang?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

House for sale..Semi D corner lot..Impiana heights Bandar Seri Impian..Direct owner.. wassap only +60 13-770 5446Selling...
Sometime.. getting to know your baby (inside of you), a bit better, will make a world of difference. 🥰
Saturday12.48pm25 February 2023KPJ Kluang Specialist Hospital
Please get appointment to see me at KPJ KLUANG SPECIALIST HOSPITAL.Sunday - Thursday: 9.30am to 1pm and 2.30pm to 5pmFri...
BARAH PANGKAL RAHIM ATAU CERVICAL CANCERSalam sejahtera semuanya..Kali ini saya kongsikan satu short movie atau video pe...

Category

Address


Kluang
86000

Opening Hours

Monday 09:30 - 17:00
Tuesday 09:30 - 17:00
Wednesday 09:30 - 17:00
Thursday 09:30 - 17:00
Friday 09:30 - 12:30
Sunday 09:30 - 17:00

Other Medical & Health in Kluang (show all)
Fitrah BEKAM Fitrah BEKAM
Kluang, 81700

area pasir gudang, johor

Mykluang Health care Mykluang Health care
Kluang

perubatan & Kesihatan

廣益生中西藥行 - Kwong Yick Sang Medical Store 廣益生中西藥行 - Kwong Yick Sang Medical Store
Kluang

Founded in 1937, we are dedicated to provide the best quality of life through TCM and health products

Sun Home Rehab 阳光居家复健 Sun Home Rehab 阳光居家复健
Kluang, 86000

我们提供专属,与病人为中心的居家复健服务。 We are providing the individualized, customized and client centered based home rehab service for those who suffered from stroke, parkison's disease, back pai...

Rawatan Ruqyah As - Syifa Rawatan Ruqyah As - Syifa
Kluang, 86000

MENJALANKAN PERKHIDMATAN RAWATAN RUMAH KE RUMAH

Prisms Prisms
47 Jalan Tasik 2, Pusat Perniagaan Tasik
Kluang, 86000

Sharing knowledge in helping patients towards ‘pain less‘ spine and joints

Shasta WOUND CARE Centre Shasta WOUND CARE Centre
No 61 Tingkat Bawah, Jalan Tasik Indah 1/1, Taman Tasik Indah
Kluang, 86000

LET THE HEALING BEGIN...

Dao Ear Care & Nature Health Care Centre Dao Ear Care & Nature Health Care Centre
Taman Sri Kluang
Kluang, 86000

Health

THRI WOUND CARE THRI WOUND CARE
Kluang, 86000

IN-HOUSE WOUND CARE SERVICES. Our team of professionals ( DOCTOR AND MEDICAL ASSISTANT ) offer wound recovery in the comfort of your home. Helping through individualised approach ...

Habbatus Sauda Asli dari Mesir Habbatus Sauda Asli dari Mesir
Kluang, 86000

Habbatus Sauda Asli diimport dari Mesir.

Poliklinik Medimarvel 盛康综合诊所 Poliklinik Medimarvel 盛康综合诊所
44, Jalan TASIK INDAH 1/5, TAMAN TASIK INDAH
Kluang, 86000

A new centre in Kluang area, with experienced doctors in health screening and healthcare.