Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan

Informasi tentang isu diet dan nutrisi makanan untuk semua peringkat umur dan pelbagai penyakit berkaitan

21/06/2022

Sekitar program Karnival Kelantan Sihat " Diet dan Fit"

Photos from Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan's post 16/06/2022

Jom datang sertai kami di Mydin Mall Tunjung pada Sabtu ini (18 Jun) . Kalau nak menang cabutan bertuah yg sangat menarik, sila daftar pada sesi pagi untuk sesi Forum Kesihatan Buah Pinggang dan acara penyampaian hadiah akan dilakukan selepas itu semasa Majlis Pelancaran Penutup Karnival Kelantan Sihat dan Pelancaran Aplikasi Nutrifit365.

Apa lagi yang best?? Sepanjang program pelbagai Kuiz dan Kahoot akan dijalankan dan hadiah sangatlah menarik. Selain itu, boleh ke booth kami di mana kami sediakan:

🎈Booth Penilaian Berat Badan dan Lemak Badan-Nak tahu status lemak viseral anda?? Sila ke booth Nutrifit365.

🍊Booth pameran makanan - kat sini anda boleh mulakan langkah pertama untuk berdiet, anda akan diajar cara2 nk apply diet suku2 separuh.. nak makan nasi banyak mana.. roti banyak mana. Dan.. ketahui juga kalori makanan dalam makanan2 yg anda makan setiap hari.

👀 Booth pemeriksaan mata oleh Azhana Optometrist.

👩‍⚕️Booth oleh National Kidey Foundation (NKF) - Jom buat pemeriksaan darah dan terdapat pameran berkaitan buah pinggang. Pemeriksaan kesihatan percuma yang NKF jalankan adalah seperti berikut

1) Ujian Tekanan Darah
2) Indeks J***m Tubuh
3) Ukur lilitan pinggang
4) Ujian Gula dalam Darah
5) Ujian Air Kencing
6) Kaunseling

Terdapat ujian kolesterol sebagai pilihan dan cas hanya RM 5 bagi sesiapa yang berminat

💌 Booth penjualan buku, product formula & yakult.

❤️Jom derma darah (Unit Tranfusi dan Tabung Darah Hospital USM)

Untuk sesi petang, kami akan adakan pertandingan mewarna & pertandingan bento sihat (penyertaan sudah ditutup). Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan BUSKER semasa sesi petang.

Apalagi... Jom sertai kami♥️♥️♥️

Kelab Diet & Nutisi Negeri Kelantan

14/06/2022

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😁

Inisiatif Kelantanku Sihat!🥳

Berikut merupakan pemenang bagi Pertandingan DietSmart@Tik Tok & Instagram!!🥰🥰

Pemenang Kategori DietSmart@Tik Tok:

Johan :
Tempat Kedua: Izzatie Binti Ibrahim
Tempat Ketiga : Ab Rahman
Saguhati:
Saguhati:

Pemenang Kategori DietSmart@Instagram:

Johan : / Dr Nur Amirah
Tempat Kedua: / Puan Linda
Tempat Ketiga :
Saguhati : @ Izzatie Binti Ibrahim
Saguhati :

Untuk makluman para pemenang, pemilihan pemenang adalah berdasarkan beberapa kriteria mengikut syarat-syarat penyertaan:

1. Hasil Karya sendiri
2. Pemakanan seimbang (karbohidrat, Protein, Lemak baik, Serat)
3. Amalan pemakanan
4. Penyediaan/gambar makanan suku-suku separuh hasil sendiri
(suku karbo, suku protein, separuh serat daripada sayur-sayuran) mengikut MyHealthy Plate.

Pihak Penganjur sudah menghantar mesej butiran melalui platform Tik Tok dan Instagram para pemenang. Diharapkan para pemenang boleh menghantar maklum balas yang diperlukan oleh pihak kami bagi menuntut hadiah lumayan. Sekiranya tidak mendapat mesej, boleh komen pertanyaan di bawah.

Tahniah buat pemenang sekali lagi!! Semoga kita dapat mempraktikkan pemakanan sihat -sukuseparuh dalam kehidupan seharian untuk mengelakkan daripada penyakit tidak berjangkit seperti kencing manis, tekanan darah tinggi, penyakit jantung dan sebagainya!😘😍🥳

Fizikal aktiviti juga perlu ditekankan! 150 minit seminggu!🏸🏓⚽️

Terima kasih dan tahniah!!

P/s: Jangan lupa untuk menyertai Karnival Dit & Fit 2022 bertempat di Mydin Mall, Tunjong pada 18 Jun 2022 dari jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang!

12/06/2022

[KARNIVAL KELANTAN SIHAT "DIET & FIT" 2022]

⛔️PENYERTAAN UNTUK PERTANDINGAN MYBENTO SUDAH DITUTUP⛔️😱😱😭😭
Untuk makluman semua, penyertaan untuk pertandingan MyBento sudah ditutup kerana telah memenuhi kuota pertandingan.

⛔️Pertandingan Mewarna Kategori A (5-8 tahun) dan Kategori B (9-12 tahun) DITUTUP⛔️

Photos from Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan's post 12/06/2022
Photos from Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan's post 05/06/2022

18 Jun 2022? Please save the date guys...

Jom datang sertai kami di Mydin Mall Tunjung. Kalau nak menang cabutan bertuah yg sangat menarik, sila daftar pada sesi pagi untuk sesi Forum Kesihatan Buah Pinggang dan acara penyampaian hadiah akan dilakukan selepas itu semasa Majlis Pelancaran Penutup Karnival Kelantan Sihat dan Pelancaran Aplikasi Nutrifit365.

Apa lagi yang best?? Sepanjang program pelbagai Kuiz dan Kahoot akan dijalankan dan hadiah sangatlah menarik. Selain itu, boleh ke booth kami di mana kami sediakan:

🎈Booth Penilaian Berat Badan dan Lemak Badan-Nak tahu status lemak viseral anda?? Sila ke booth Nutrifit365.

🍊Booth pameran makanan - kat sini anda boleh mulakan langkah pertama untuk berdiet, anda akan diajar cara2 nk apply diet suku2 separuh.. nak makan nasi banyak mana.. roti banyak mana. Dan.. ketahui juga kalori makanan dalam makanan2 yg anda makan setiap hari.

👀 Booth pemeriksaan mata oleh Azhana Optometrist.

👩‍⚕️Booth oleh National Kidey Foundation (NKF) - Jom buat pemeriksaan darah dan terdapat pameran berkaitan buah pinggang.

💌 Booth penjualan buku, product formula & yakult.

Untuk sesi petang, kami akan adakan pertandingan mewarna & pertandingan bento sihat. Anda juga akan dihiburkan dengan persembahan BUSKER semasa sesi petang.

Apalagi... Jom sertai kami♥️♥️♥️

Kelab Diet & Nutisi Negeri Kelantan

Photos from Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan's post 03/06/2022

[PEMENANG BERTUAH RUN FOR LOVE 2022]

Berikut merupakan senarai pemenang Run For Love 2022:🏅🏅🏆🏆🏃🏻🏃🏻‍♂️

Firdaus Taib
Muhd Radhi
Hanna Iman
Mona Ajid
Aziezah Mohd Yasin
Kazmanie Kamaruzaman
Yusdirman Lubis
Izlyana Ell
Iera Mat Zin
Azwan Ab Rahman

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang bertuah di atas🎉🎉🎉.

Pihak urusetia Run For Love akan menghubungi anda dalam masa yang terdekat mengenai penyampaian hadiah.

29/05/2022

[KARNIVAL KELANTAN SIHAT "DIET & FIT" 2022]

Anda mempunyai anak-anak yang s**a mewarna🧑🏼‍🎨? Atau anda dan keluarga s**a menyediakan makanan bersama👨‍👩‍👦🥦🥕?

Ayuh sertai pertandingan mewarna dan MyBento semasa Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022.

Sila imbas kod QR di poster atau tekan link ini : https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLSf3NBgOncBQzeE2Fs2ahRFMpogSVba9KnRe92wJHtSpUsbmXg/viewform

Segala syarat-syarat penyertaan boleh didapati di borang pendaftaran.

Hadiah-hadiah yang menarik bakal menanti pemenang!

Tunggu apa lagi? Tempat adalah terhad!!! Ayuh daftar sebelum pendaftaran ditutup.

27/05/2022

🍎Jom datang beramai-ramai memeriahkan Karnival Kelantan Sihat "Diet & Fit" 2022 bersempena Inisiatif Kelantanku Sihat 2022

🍊Tema : Pemakanan Sihat Pemangkin Kesejahteraan Rakyat

🍏Jangan lupa pada 18 Jun 2022 (Sabtu) bermula jam 8.30 pg - 4 ptg bertempat di Mydin Mall, Tunjong, Kelantan

🍓 Pelbagai acara menarik di sediakan :
°Forum Kesihatan Buah Pinggang
°Pameran Pemakanan
°Pameran Suku Suku Separuh
°Pertandingan Mewarna
°Pertandingan My Bento Sihat
°Pengukuran Berat dan Lemak Badan
°Diet Chat
°Kuiz Kesihatan
°Akustik Buskers
°Cabutan Bertuah
°Booth Produk Susu

🍇 Turut disediakan aktiviti menderma darah, pemeriksaan mata dan pemeriksaan kesihatan

🍍Dan pelbagai lagi aktiviti hebat menanti anda dengan hadiah yang menarik.. 😍😍

25/05/2022

Assalamualaikum and Good Day Everyone!😍😍

We would like to bring you good news!! Our CONTEST DEADLINE HAS BEEN EXTENDED UNTIL 9 JUN 2022!!🥳🥳🤩🤩🤩

If you would like to edit your old post or create a new post, you are welcome to do so!! Hurry up!!

Great prizes await you!!! Our Top 5 Winners from Tik Tok and Instagram will be announced on 12 Jun 2022 on our page!

15/03/2022

BERITA BAIK KEPADA SEMUA!!!

Tempoh pendaftaran dan larian untuk Run For Love Virtual Run telah dilanjutkan hingga 31 Mac 2022!!
-Harga early bird masih ada-

Bagi peserta masih yang ingin mendaftar, tuan dan puan boleh tekan link di bawah untuk pendaftaran😍

https://dietnutri22.onpay.my/order/form/3

Bagi peserta yang telah mendaftar dan melengkapkan cabaran, anda boleh kongsikan dengan 2 cara:

1. Kongsi gambar/video bukti larian atau langkah tersebut dan kongsi di profile Facebook sendiri dengan menggunakan hashtag:



Pastikan para peserta menetapkan post tersebut kepada public bagi memudahkan pihak urusetia mencari post tersebut.

10 peserta bertuah dengan post yang menraik bakal menerima hadiah misteri yang istimewa!!

atau

2. DM di page kami secara personal dengan menyertakan bukti larian/langkah tersebut.

Tunggu apa lagi? Ayuh sertai virtual run ini!!

12/03/2022

**au kundur

12/03/2022

22/02/2022

Sudah daftar Virtual Run: Run For Love? Belum😱😱?
Apa tunggu lagi!!! Ayuh sertai kami sementara harga EARLY BIRD masih available😍😍

Bagi peserta yang telah mendaftar, jika anda telah melengkap larian sejauh 5km atau 8000 langkah, jangan lupa untuk kongsikan gambar anda bersama pencapaian dengan meletakkan



10 PESERTA BERTUAH YANG KONGSI GAMBAR/SELFIE/VIDEO DAN CAPTION YANG MENARIK, BAKAL MENERIMA HADIAH ISTIMEWA🥳🥳

13/02/2022

TOP SHARER SOFT LAUNCHING INISIATIF KELANTANKU SIHAT 2022 😁🤩🤩🥰🥳

1. Juemie Charms
2. Zarra Sofea
3. Nurzatil Izzah

Tahniah diucapkan kepada 3 pemenang !
Terima kasih kerana "share" tanpa henti bagi majlis "soft launching" Inisiatif Kelantanku Sihat 2022.

Jangan Lupa ikuti banyak lagi program kami! Stay tuned!

13/02/2022

Mari sama-sama kita memeriahkan program Soft Launch Inisiatif Kelantanku Sihat 2022 yang akan berlangsung pada hari ini, jam 2.30 petang secara live di page Kelab Diet & Nutrisi.

3 peserta yang share secara aktif bakal mendapat hadiah istimewa!!!

13/02/2022

Soft Launching Inisiatif Kelantaku Sihat 2022

kelabdietnutrisi.wixsite.com 31/01/2022

Jom sertai DietSmart Contest sekarang! 🥐🍓🥒

Upload gambar/video pemakanan/penyediaan makanan seimbang mengikut diet suku-suku separuh 🤩🤩

Follow page tik tok dan jangan lupa #

kelabdietnutrisi.wixsite.com

kelabdietnutrisi.wixsite.com 31/01/2022

Jom sertai Dietsmart contest! 🍓🥒🥐

Upload gambar atau video pemakanan/penyediaan makanan seimbang di akaun tik tok anda untuk meraikan karnival kelantanku sihat 🥰🥰

Follow page tik tok




“Pemakanan Seimbang Kehidupan Cemerlang”

kelabdietnutrisi.wixsite.com

30/01/2022

Ayuh ramai-ramai sertai Run For Love Virtual Run, anjuran Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan dengan kerjasama Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri Kelantan serta Universiti Sains Malaysia.

100 peserta terawal akan mendapat harga Early Bird!!!!

Medal dan sijil akan diberikan kepada setiap peserta dan 10 peserta yang berkongsi gambar yang menarik akan menerima hadiah misteri yang istimewa!!

Untuk pendaftaran dan terma & syarat, boleh klik link di bawah atau imbas kod QR seperti di poster hebahan:
https://dietnutri22.onpay.my/order/form/3

Apa tunggu lagi? Ayuh sihat dan cergas disamping menjaga pemakanan kita

Photos from Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan's post 28/08/2020

Diet vs Senaman : Senaman tanpa diet boleh turunkan berat badan tak?

Biasa kan orang tanya soalan ni.
"Saya ni susah la nak diet. Rasa lapar setiap masa. Boleh x saya nak buat senaman ja tapi tak diet?"

Uish. Bahaya tu kalau rasa lapar setiap masa. Lebih baik pergi check gula dalam darah. 😅

Senaman tanpa diet tidak membantu pengurangan berat badan yang efektif ya. Kenapa?

Saya bagi contoh.

Satu cawan teh tarik bersamaan dengan ~140 kalori. 1 cawan ni ambik masa lebih kurang 5 minit sahaja untuk habiskan. Tapi tahu tak berapa minit senaman yang diperlukan untuk bakar kalori teh tarik tadi?

- Berjalan kaki selama 40 minit ATAU
- Jogging selama 14 minit ATAU
- Mengayuh basikal 21 minit

Nampak tak beza?

Kalori masuk badan dalam masa 5 minit. Tapi nak bakar balik kalori tu ambik masa yang lebih lama.

Jadi, mana yang mudah?

Tinggalkan 5 minit atau guna masa lebih 14 minit?

Contoh kat atas tu hanya kira segelas teh tarik. Dalam sehari kita bukan minum teh tarik sahaja kan? Belum ambil kira makanan berat lain seperti roti canai, nasi lemak, ayam goreng, pizza dan sebagainya. Berapa lama agaknya ya masa yang diperlukan untuk bakar semua kalori yang kita ambil?

Kalau mampu sekalipun untuk bakar semua kalori yang diambil, penurunan berat badan masih tak berlaku. Kerana untuk turunkan berat badan, kalori yang digunakan mestilah lebih dari kalori yang diambil. Barulah baki kalori akan jadi negatif dan pembakaran lemak atau otot akan berlaku bagi penggunaan tenaga.

Kajian membuktikan senaman sahaja tidak dapat membantu mengurangkan berat badan. Diet sahaja tanpa senaman mampu mengurangkan berat badan. Manakala yang paling terbaik adalah diet ditambah dengan senaman kerana kadar penurunan berat akan jadi lebih cepat.

"Alahai.. susahnya nak turun berat pun.."

Ya. Memang susah.

Nak naik berat bukan ambil masa sehari dua. Begitu juga nak turunkan berat. Tetap perlukan masa yang lama.

Jadi jangan mudah putus asa. Ingat, nak kurus bukan senang. Tapi nak teruskan bergerak dengan berat badan sekarang juga bukan senang. Tambahan p**a kalau berat badan dah capai BMI obese. Nak buat aktiviti harian pun jadi payah, cepat mengah. Belum kira lagi risiko penyakit yang tinggi seperti Diabetes, darah tinggi, penyakit jantung, dan sebagainya.

Jadi pilih, nak susah sekarang atau nak susah akan datang?

Yang sentiasa paranoid dengan risiko Diabetes,
Dietitian Yuni.

Enteral Feed Calculations: Standard Formula 13/02/2020

AZIMA 😊

NAK PILIH FORMULA KHAS YANG MANA SATU YE YANG PALING BEST? 🤔

Dah biasa dengar berkenaan Formula Khas?

Formula Khas ni terbahagi kepada beberapa kategori iaitu:-
1. Formula Khas Standard/Umum
2. Formula Khas Spesifikasi Penyakit
3. Semi-elemental Formula
4. Elemental Formula
5. Modular Formula
6. Inborn-Error Metabolism Formula

Asasnya penggunaan Formula Khas Standard dikebanyakkan hospital biasanya hampir lebih 30% berbanding keperluan Formula Khas yang lain (tidak termasuk susu formula pediatrik).

Ia dikatakan Formula Khas Standard kerana piawaian bagi formula tersebut adalah setiap 1000kcal perlu membekalkan ~40g protein.

Secara bahasa yang lebih mudah, bagi individu yang mempunyai berat badan ideal iaitu antara 50-60kg dengan setiap pengambilan 1500kcal ia telah memenuhi 100% keperluan badan iaitu membekalkan 60g protein (1.0-1.2g protein/kg berat badan) dengan kandungan vitamin dan mineral yang lengkap.

Manakala makro-nutrien seperti:-
🍞 karbohidrat adalah di antara julat 50-60%,
🍗 protein 12-20%, dan
🧀 lemak antara 25-35%
bergantung kepada jenis formula.
Ciri-ciri tambahan yang dipilih adalah:
🥛 TANPA laktosa, gluten, alkohol
🌯 Disahkan HALAL oleh JAKIM @ setaraf
🏥 Mempunyai scientifik evidence based


Sesetengah Formula Khas ini juga diperkaya dengan kandungan pre-biotik, pro-biotik, fiber dan juga immuno-nutrition tertentu.

Formula Khas ini boleh didapati dalam bentuk tepung ataupun cecair.

Formula Khas yang berbentuk tepung biasanya mempunyai tempoh tarikh luput yang panjang berbanding dengan cecair (ready to use).

Namun mempunyai kadar kontaminasi yang lebih tinggi dan mempunyai ketahanan dalam suhu bilik kurang dari tempoh 4 jam selepas ianya dibancuh.

Formula Khas yang berbentuk tepung juga boleh dipekatkan antara julat 1.2-1.5kcal/ml berbanding bancuhan biasa iaitu 1.0kcal/ml. Ianya juga boleh dicairkan mengikut keperluan sehingga 0.5kcal/ml.

Antara jenama yang terdapat di pasaran Malaysia adalah seperti:
a) Ensure Gold
b) Enercal Plus
c) Nutren Optimum
d) Nutren Fiber
e) Appeton Wellness Recovery dan pelbagai jenis lagi.

Namun, harus diingatkan!!!!

Anda 👫 perlu mendapatkan nasihat daripada Pegawai Dietetik atau doktor yang bertauliah terlebih dahulu sebelum mengambil Formula Khas ini bagi memastikan pengambilan adalah memenuhi keperluan nutrisi untuk perawatan.

Kesilapan pengambilan/penggunaan Formula Khas ini boleh memudaratkan kesihatan anda atau pengguna sekiranya digunapakai secara berlebihan. 😊

Jika ada soalan, boleh kemukakan diruangan komen ya. Inshaaa-Allah, kami cuba bantu😊

Topik seterusnya : Formula Khas Spesifikasi Penyakit.

Stay tuned 😆

Doakan saya berkelapangan untuk sambung topik seterusnya ya.... 🙏🏻😄

https://m.youtube.com/watch?v=tgIeGD9-_Ik&noapp=1&client=mv-google

Enteral Feed Calculations: Standard Formula Basic enteral feed calculation case study for beginners to nutrition support and those reviewing foundational skills.

27/01/2020

AZIMA 😊

Seronok ke CNY? Maaf tak berkesempatan nak sambung kelas hari tu. Inshaaa-Allah, kita nanti sambung weekend nanti.

Ada tak yang setuju untuk kami sambung lagi berkenaan Terapi Diet di ICU ni?

Cer 🙋🏻‍♀️ sket? 😉

24/01/2020

Selamat Tahun Baru Cina kepada semua yang menyambutnya.

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun🎋 yang sebelumnya. Inshaaa-Allah, Aamiiin🤲🏻 😊

Photos from Kelab Diet & Nutrisi Negeri Kelantan's post 21/01/2020

AZIMA

DIETITIAN BAGI MAKAN APA YE KAT PESAKIT ICU?🤔

Pernah dengar tak berkenaan Formula Khas @ Pemakanan Lengkap @ Susu Khas?

Formula Khas ini sebenarnya pemakanan yang mengandungi nutrisi yang lengkap yang sama seperti sehidangan nasi/bijirin beserta dengan lauk pauk, sayur, buah-buahan dan juga air.

Ikut saranan PIRAMID MAKAN gitewww.
Hebat tak? 😁😁😄

Bezanya Formula Khas dan makanan biasa?

Formula Khas adalah dalam bentuk cecair atau tepung yang perlu dibancuh dengan air suam atau air bersuhu bilik mengikut s**atan yang betul ataupun mengikut s**atan yang sesuai mengikut kondisi pesakit.

Ha, yang ni bukan boleh s**a-s**a hati bancuh asal ikut dekat tin ye, sayam2 semua😉

Dietitian perlu membuat penilaian terlebih dulu dengan mengambilkira pelbagai faktor seperti:
🛌 Diagnosis dan Punca Kemas**an ke ICU
🛌 Penilaian Antropometri (Fizikal)
🛌 Keputusan Ujian Darah
🛌 Keputusan Ujian Air Kencing
🛌 Siasatan Tanda-tanda Klinikal
🛌 Sejarah Diet, Sosial, Perubatan, Penyakit

Setelah dinilai secara keseluruhan, perawatan melalui pemilihan Formula Khas yang sesuai akan preskripsikan kepada pesakit.

Jenis-jenis Formula Khas ini dibahagikan kpd beberapa kategori, namun mengikut rujukan yg terkini, pemilihan jenis formula adalah perlu mengikut keadaan semasa pesakit.

BUKAN IKUT KATEGORI FORMULA YA... 😉

Nak tahu jenis dan kategori formula khas?
Inshaaa-Allah, kita sambung lagi ye... 🤗
Next class, guys... 😁😁😁

Kredit gambar : KKM, NST dan alamy

21/01/2020

Nantikan jumaat ini, Dietitian di mimbar masjid..

Nasogastric Feeding ~ivyVILOs~(Ivy Tech Community College, School of Nursing) 17/01/2020

AZIMA

MACAM MANA PESAKIT DI ICU MAKAN?🤔

Jawapannya mesti la perlu.😊

Secara umumnya, manusia mampu bertahan selama 3 minggu tanpa makanan, 3 hari tanpa minuman dan 3 minit tanpa oksigen.😁

Makanan penting untuk membekalkan nutrien2 penting yang berfungsi untuk mempercepatkan kadar penyembuhan dan pastinya memerlukan gabungan rawatan yang lain juga😊

Bagaimana pesakit di ICU makan?🤔

Sekiranya, pesakit sedar dan dimasukkan ke ICU untuk pengawasan yang rapi, biasanya pesakit akan makan seperti biasa la...iaitu melalui mulut 💋 atau oral. Macam kita 😁

Pesakit akan dibekalkan dengan diet terapeutik mengikut diagnosis pesakit atau diet normal/biasa sekiranya tidak mempunyai penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan sebagainya (ikut keadaan pesakit).

Sekiranya pesakit tidak sedarkan diri atau tidak mampu mengunyah/menelan makanan sendiri, kaedah Ryle's Tube, Gastrostomy Tube ataupun Jenjunostomy Tube akan digunakan mengikut kesesuaian.

Kaedah Ryle's Tube Feeding (RTF) merupakan yang paling kerap digunakan terutamanya bagi kes-kes akut atau sementara.

RTF mempunyai pelbagai fungsi. Antara fungsi utamanya ialah memastikan hampir kesemua nutrien-nutrien yang diperlukan dapat diberikan kepada pesakit.

Perbincangan seterusnya.
Makanan yang macam mana yang sesuai?
Bagaimana nak pilih?

Sebelum kita jawab persoalan tersebut😉😄
Jom, kita tonton bagaimanakah RYLE'S TUBE dimasukkan kepada pesakit yang memerlukan?

Kredit kepada : Ivy Tech IvyVILOS

https://youtu.be/LH_zC5Zsi_w

Nasogastric Feeding ~ivyVILOs~(Ivy Tech Community College, School of Nursing) In this video, we cover how to properly administer a feeding through a nasogastric tube.

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Karnival Kelantan Sihat " Diet dan Fit"
#nkf#usm#dietnutri#jomabc#pulau kundur
#NKF #JomABC #USM #PANTAIKUNDUR #HARIBUAHPINGGANGSEDUNIA #DIETNUTRICLUB #kelantankusihat

Category

Telephone

Address


HOSPITAL UNIVERSITI SAINS
Kota Bharu
16150

Other Health/Beauty in Kota Bharu (show all)
Berenice Beauty Berenice Beauty
Kota Bharu, 15150

"Individual consumer needs in mind". Get real natural health & beauty.

AGF Incomebiz AGF Incomebiz
559, Tingkat 1, Taman Damai Perdana, Jalan Kuala Krai, Wakaf Che Yeh
Kota Bharu, 15100

BUSINESS ATOMY UNTUK SEMUA * Peluang cerah untuk berjaya * Pembelian hanya untuk kegunaan sendiri *

Primer Cherang Kosmetik Primer Cherang Kosmetik
Cherang
Kota Bharu

Mamadil by Sarah Mamadil by Sarah
Kota Bharu

Ekspresikan aura penuh yakin dan bertenaga bersama rangkaian produk Mamadil. Tampil lebih muda, sihat dan cantik. Bersama sebarkan kebaikan.

Gula² Perkasa Kingplus Gula² Perkasa Kingplus
Lot 2788 Kg Telaga Bata Sering
Kota Bharu, 16150

https://KingPlusPower.wasap.my

Korset Elken by Cik Ain Korset Elken by Cik Ain
Pasir Tumboh
Kota Bharu

Korset Elken pakar dalam membentuk tubuh badan selain membantu merawat sakit tulang belakang. FREE

HOUSE of Cosmetics Kelantan HOUSE of Cosmetics Kelantan
Kota Bharu

All product ReadyStock Obsess Cosmetics, LurveCare Serum

Susu Kurus - Skinny detox goatmilk Susu Kurus - Skinny detox goatmilk
Kota Bharu

Skinny detox dihasilkan utk membantu para wanita supaya cantik sepanjang masa

Nanajii kopi hijau organic 100% asli Nanajii kopi hijau organic 100% asli
Kota Bharu, 15000

kopi hijau organik nanajii

Shaklee by Fieyza Shaklee by Fieyza
Kota Bharu
Kota Bharu, 15000

Nak sihat dan cantik dari dalam dan luaran...JOM SHAKLEE!!!!

Pati minyak lintah kelantan Pati minyak lintah kelantan
Kota Bharu

PATI MINYAK LINTAH #cod seluruh kelantan, caj cod mengikut jarak #pos seluruh Malaysia berminat wh