GAYA SIHAT

Menerangkan pemakanan sihat setiap hari untuk disajikan.

Makanan dan minuman sangat memainkan peranan sangat penting untuk menjaga anugerah kesihatan badan yang sempurna

14/09/2022

Di atas robohan Kota Melaka,
Kita dirikan jiwa merdeka,
Bersatu padulah segenap baka,
Membela hak keadilan pusaka.

SELAMAT HARI MALAYSIA DARIPADA BITARA HERB’S

11/09/2022

Masalah yang sering dibelenggu oleh ramai orang diluar sana terutama yang sudah berusia. Jagalah kesihatan supaya boleh terus aktif

28/05/2022

PENTINGNYA MENJAGA KEBERSIHAN
Daripada Abu Malik Al-Ashari berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassallam bersabda: Kebersihan ini sebahagian daripada iman.
Sesungguh agama kita menganjurkan umatnya supaya sentiasa mengamalkan kebersihan dalam semua perkara yang melibatkan diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara kerana kebersihan boleh mendatangkan suasana yang tenang, kesihatan yang terjamin dan kesejahteraan kepada kita semua.
Agama kita juga sangat mengambil berat tentang penjagaan kebersihan rohani lebih-lebih lagi kebersihan hati iaitu dengan menjauhkan diri daripada sifat-sifat mazmunah seperti sifat marah, hasad dengki, kedekut, terlampau banyak makan, terlampau banyak cakap, kasihkan kemegahan, kasihkan dunia, ujub, takabur, riak dan sebagainya.
Semua itu tidak dapat dihindarkan jika kita tidak berusaha untuk mensucikan hati nurani kerana dari hatilah punca segala penyakit zahir dan batin. Ketahuilah, setiap amalan baik dan bersih dari segi rohani dan jasmani adalah disukai oleh Allah Subhanahu Wata'ala kerana Allah Subhanahu Wata'ala menyukai hambaNya yang sentiasa mensucikan diri.
Firman Allah Subhanahu Wata'ala dalam surah Al-Baqarah ayat 222:

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلتَّوَّٲبِينَ وَيُحِبُّ ٱلۡمُتَطَهِّرِينَ

صدق الله العظيم

“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang sentiasa mensucikan diri.”

27/05/2022

KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG:
Cari hobi atau hiburan yang boleh dilakukan untuk mengisi masa terluang
Dengan masa yang diluangkan dirumah, ambil peluang ini untuk memperbaiki dan meningkatkan kualiti kemahiran anda. Menghadiri webinar dan kelas secara talian yang percuma atau berbayar untuk memperolehi maklumat baharu dan mengenal pasti minat anda.
Selain mengisi perkara yang berfaedah, hiburan juga diperlukan sebagai terapi untuk diri, penghubung antara hubungan keluarga dan rakan-rakan dengan menonton filem atau teledrama bersama.

27/05/2022

KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG:
Rancang aktiviti seharian
Membuat jadual aktiviti seharian boleh membantu anda menjalankan dengan lancar dan teratur.

Sekiranya anda perlu bekerja dari rumah, digalakkan untuk merancang segala aktiviti yang perlu dilakukan termasuk meluangkan masa dengan keluarga, hobi dan rehat yang secukupnya.
Dengan ini, anda boleh menjadi seorang yang berdisiplin bagi memastikan perkara yang disenaraikan itu tercapai.

27/05/2022

KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG:

Melakukan senaman untuk menjadi cergas setiap hari
Senaman boleh memberi mood yang baik dan meningkatkan kesihatan mental seseorang kerana anda berasa seronok dengan aktiviti tersebut. .
Pelbagai aktiviti senaman yang boleh dilakukan seperti berkebun, mengemas rumah, melakukan regangan (stretching), berbasikal, atau mengikuti senaman aerobik dan zumba (workout) secara talian di aplikasi Youtube juga antara salah satu aktiviti yang menyeronokkan.
Boleh memilih mana-mana aktiviti yang mudah dilakukan dan luangkan masa 10 hingga 15 minit sehari supaya kekal cergas sepanjang hari.

26/05/2022

KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG:
Amalkan pemakanan yang seimbang
Amalan makanan yang seimbang dan tidak berlebihan harus dipraktikkan dalam kalangan masyarakat.
Hal ini kerana, empat daripada sepuluh orang dewasa yang berumur 18 tahun keatas mengalami obesiti. Setiap individu perlu mengamalkan porsi suku-suku-separuh.

26/05/2022

KEKALKAN GAYA HIDUP YANG SIHAT DAN SEIMBANG:
1) Tidur yang cukup dan bangun awal pagi

Antara kelebihan tidur yang secukupnya dan bangun awal pagi adalah:

- Menghasilkan waktu tidur yang berkualiti.
- Waktu siang yang panjang kerana banyak perkara boleh dilakukan diawal pagi.
- Aktiviti seharian mejadi lebih teratur
- Fikiran menjadi segar, proaktif dan bersemangat!

26/05/2022

Fakta berjalan 10,000 langkah :

🔥 Berjalan 10,000 langkah = 6.5 kilometer (380 kalori)

🔥 Berjalan 1 kilometer = 1200 langkah

🔥 Secara purata 1 minit = 100 langkah

🔥 Berjalan 10,000 langkah sehari secara berterusan mengurangkan 64 gram lemak.

🔥 Untuk membakar kalori untuk sekeping roti canai - perlu berjalan 60 minit tanpa henti sejauh 4.8 kilometer.

26/05/2022

Mari mulakan gaya hidup dengan 4 langkah ini.


1) Kawal Pemakanan

Antara kesilapan bila nak ubah gaya pemakanan adalah mengikuti tips-tips diet yang melampau untuk turunkan berat badan dengan pantas tetapi bila dah habis diet, berat naik semula melebihi paras sebelum diet.

2) Banyakkan Aktiviti Fizikal

Kebanyakan pekerjaan zaman sekarang tidak memerlukan pergerakan fizikal yang banyak, sehari 7-8 jam duduk sahaja di depan komputer.

3) Jaga Kesihatan Mental

Tiada gunanya jika badan sahaja sihat tetapi mental kita tertekan. Dengan tekanan di tempat kerja dan penat menempuh kesesakan jalan raya, generasi hari ini lebih mudah mendapatkan tekanan mental. Kita akan rasa hidup ini sekadar kerja, makan dan tidur, sedangkan ia lebih daripada itu.

4) Dapatkan Tidur Yang Cukup

Tidur yang cukup adalah elemen yang sangat penting dalam membina gaya hidup yang sihat. Tidak cukup tidur akan menyebabkan otak anda sukar untuk fokus dan mudah jatuh sakit. Tetapkan waktu tidur anda, jangan hari ini tidur jam 12 malam, esoknya jam 1 pagi dan lusa jam 2 pagi. Tidur sekurangnya 6-8 jam sehari. Walau sesibuk mana pun anda, pastikan tidur anda mencukupi.

Want your business to be the top-listed Food & Beverage Service in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


WAKAF CHE YEH
Kota Bharu
15100

Other Food & Drink in Kota Bharu (show all)
AG Wan Fakrul AG Wan Fakrul
Jalan Sultanah Zainab, Kota
Kota Bharu, 15000

Aiskrim pop viral menyegarkan di hari yang panas🥵 Jom grab sekarang 📲0105243202

Dapur Rindu Dapur Rindu
S/1 221, Jalan Mustafa Kampung Penambang, Jalan Mustafa Kampung Penambang
Kota Bharu, 15350

Sambal Goreng TOKMA Sambal Goreng TOKMA
Lot 29 Kg Baru Hb Village
Kota Bharu, 15350

penambah rasa dalam masakan, boleh di makan begitu sahaja dengan nasi kosong bersama telur

Selera Utara KB Selera Utara KB
PT987 LORONG PERKUBURAN ISLAM TOK TALIB
Kota Bharu, 06150

MENYEDIAKAN BIHUN SUP KEDAH UNTUK WARGA KELANTAN💚💛

Ramen by Syaakir Ramen by Syaakir
LOT 4214 KG TERUSAN PASIR TUMBOH
Kota Bharu, 16150

TRUSTED SELLER

cooky.brownies cooky.brownies
Kota Bharu

crunchy & soft

Sambal Belacan Tokbah Sambal Belacan Tokbah
No 213 Kg Jambu Merah Melor
Kota Bharu, 16400

SAMBAL BELACAN SEDAP TOKLEH NOK TEK ORE KELATE KATO

Pocket KEBAB - Pasir Tumboh Pocket KEBAB - Pasir Tumboh
Pasir Tumboh
Kota Bharu

The Best Pocket Kebab In Town�

Wanzed Kapit Crispy Wanzed Kapit Crispy
Taman Uda Murni
Kota Bharu, 16100

_Wowww !!_ _SEDAP GILA BEB!! COKLAT MELELEH BETUL � TAK BOLEH STOP MAKAN DARI TADI!!_

PaniPuri Homemade Kota Bharu PaniPuri Homemade Kota Bharu
PT818 TAMAN SRI PAUH MUKIM PANJI
Kota Bharu, 15200

Makanan Viral

Kekal Sihat Cerdas dengan Madu D5 Kekal Sihat Cerdas dengan Madu D5
LOT 3394 B (TINGKAT 1) ROUNDBOUT KG KOTA Jalan PASIR MAS-SALOR
Kota Bharu, 15100

Kekal aktif dan sihat dengan madu 100% asli dari D5.

Kaprima Goat's Milk Kelantan Kaprima Goat's Milk Kelantan
Kota Bharu, 15200

The 1st of its kind.. UHT Goat's Milk! Made in Malaysia! / Susu kambing UHT pertama di Malaysia.