Mekar Bouquet

Mekar Bouquet

You may also like

Gasti Nala
Gasti Nala

KAMI MENYEDIAKAN PRODUK PRE-ORDER SEPERTI:
~ BUNGA TANGAN
~ GUBAHAN HANTARAN
(Untuk Pelbagai Majlis)

30/06/2022

MAJLIS TUNANG DENGAN KAHWIN DAH DEKAT? HANTARAN DAH TEMPAH?

Kalau belum, korang janganlah bimbang,meh tempah dengan Team Mekar sekarang sebab kami menyediakan servis yang laju untuk korang yang tengah risau kalau barang-barang hantaran tu tak sempat siap.

Selain servis yang cepat, apa lagi benda menarik yang Team Mekar tawarkan ye? Jom Kak Mekar senaraikan untuk korang.

~ Harga yang berpatutan
~ Gubahan dengan design terkini
~ Boleh pilih gabungan bunga ikut permintaan pelanggan

Kami juga menyediakan 2 servis kepada bakal pengantin untuk dipilih:
Upah gubahan hantaran - RM45/dulang
Sewa gubahan hantaran - RM15/dulang

Dah Jangan risau lagi, jom tempah sekarang dengan tekan link ni je https://wa.me/+601110531544

30/06/2022

NAK SEWA GUBAHAN HANTARAN, TAPI TAK PANDAI NAK GUBAH SENDIRI.

Korang jangan risau, sebab Team Mekar sentiasa ada untuk bantu korang pilih jenis gubahan hantaran yang mana senang untuk dihias sendiri tapi masih lagi cantik untuk majlis korang nanti.

Meh sini Kak Mekar nak share 2 jenis gubahan yang simple dan minimalis tapi masih lagi nampak moden dan kena dengan trend perkahwinan sekarang.
Gubahan dengan dulang pallete.
Gubahan dengan tapak gabus.

Dengan Team Mekar, korang akan dapat dulang
pallete dan tapak gabus yang sudah siap digubah dengan bahan hiasan dan bunga tapi korang boleh pilih sendiri bunganya tau. Korang hanya perlu letak barang hantaran, tambah riben sikit dan siap. Senang kan?

Harganya p**ak hanya RM15/dulang sahaja korang boleh dapat hantaran yang elegan. Korang juga boleh hantar barang hantaran kepada kami untuk digubah oleh Team Mekar dengan harga RM45/dulang sahaja.

Jom tempah sekarang dengan hubungi kami di:
https://wa.me/+601110531544

30/06/2022

PERSEDIAAN SEBELUM AKAD DILAFAZKAN

Assalamualaikum semua.🥰 Bagi pasangan-pasangan yang tengah rancang nak ke jinjang pelamin tu dah sedia ke segala persiapan sebelum berkahwin?

"Kena sedia apa ya Kak Mekar?"

Haa meh sini Kak Mekar tolong korang buat 'Checklist' yang penting sebelum korang kahwin tau 😉.

Checklist asas sebelum akad:
❤️ Sijil Kursus Kahwin
❤️ HIV Test
❤️ Borang Lelaki
❤️ Borang Perempuan
❤️ IC Copy

Okay ni yang asas tau, sambil2 korang sediakan semua ni boleh lah fikir sekali untuk baju kahwin, pelamin, buat majlis kat mana dan jangan lupa juga bunga tangan dan hantaran ya.

Nak tempah bunga tangan dan servis gubahan dulang hantaran? Boleh hubungi kami di https://wa.me/+601110531544 untuk membuat sebarang tempahan.

30/06/2022

“KALAU NAK HANTARAN YANG HIDDEN DAN TAK HIDDEN BOLEH CAMPUR KE KAK MEKAR?”

Boleh, apa p**ak tak boleh. Kadang-kadang ada barang yang kita rasa tak semua perlu hidden sebab barang tu umum je kan. Jadi boleh sahaja nak campur dengan gubahan yang biasa.

Tapi bila korang tempah dengan Team Mekar, korang takkan dapat gubahan yang biasa-biasa tau sebab kami akan menawarkan gubahan dengan:

~ Design terkini
~ Harga yang berpatutan
~ Boleh pilih sendiri design yang sesuai dengan tema perkahwinan korang.

Yang penting korang boleh pilih sama ada nak sewa gubahan dan hias sendiri dengan harga hanya RM15/dulang atau korang boleh sahaja hantar barang hantaran korang kepada Team Mekar dan kami gubahkan dengan harga hanya RM45/dulang.

Haa, jadi jangan risau dan pening-pening lagi nak tempah kat mana gubahan hantaran tau, tempah je dengan kami.

Untuk tempahan gubahan hantaran boleh DM atau tekan sahaja link Whatsapp di bawah:
https://wa.me/+601110531544

30/06/2022

“NAK HANTARAN YANG NAMPAK SERAGAM DAN KEMAS ADA KE KAK MEKAR?”

Ya ada, korang boleh dapatkan gubahan hantaran dengan kotak lutsinar. Selain nampak seragam dan kemas, ia akan menjadikan barang hantaran kelihatan lebih eksklusif seperti diletakkan di dalam kotak kaca.

Mana nak dapatkan? Semestinya korang boleh tempah dari Team Mekar dengan:

~ Servis yang laju
~ Harga yang berpatutan
~ Gubahan dengan design terkini
~ Boleh pilih saiz kotak yang bersesuaian

Korang juga boleh pilih sama ada nak sewa gubahan hantaran dengan harga RM 15/dulang dan hias sendiri ikut kreativiti atau korang boleh juga upah gubahan hantaran berharga RM45/dulang dengan menghantar barang hantaran korang kepada Team Mekar.

Apa tunggu lagi, jom tempah sekarang dengan Team Mekar, korang boleh DM kami atau Whatsapp ke no. di bawah:
https://wa.me/+601110531544

29/06/2022

SIRIH JUNJUNG BUKAN SEKADAR PELENGKAP HANTARAN.

Apa p**ak yang Kak Mekar nak kongsikan kali ni ya? Macam serius sahaja bunyinya. Betul tu, kali ni Kak Mekar nak cerita sikit berkenaan dengan maksud tersirat di sebalik Sirih Junjung yang mungkin akan lapuk ditelan zaman kalau kita tak cuba untuk ambil tahu. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk bukan sahaja mengekalkan tradisi ini, malah menjadi generasi yang serba tahu tentang adat resam budaya kita.

Sirih Junjung sudah menjadi satu kewajipan untuk majlis merisik, bertunang, dan kahwin bagi orang Melayu kerana biasanya ia akan duduk paling hadapan dan akan menjadi ‘kepala’ atau ‘penghulu’ kepada segala hantaran yang dibawa oleh pihak lelaki ataupun pihak perempuan. Korang pernah terfikir tak apa istimewa sangat Sirih Junjung ni?

Okay jom Kak Mekar kongsikan dengan korang semua apa yang ada dalam Sirih Junjung dan maksud setiap bahan yang digunakan.

1. Daun Sirih – membawa maksud mulia hatinya, berani, tidak mudah berputus asa dan rendah diri.

2. Gambir – rasa pahitnya menggambarkan keteguhan hati seseorang.

3. Kapur – memberi rasa yang payau, pahit serta hangat jika dimakan bersama dengan sirih. Ia membawa maksud hati yang suci tetapi boleh memberontak jika dicabar.

4. Pinang – melambangkan keturunan yang baik dan berhati mulia

5. Tembakau – membawa maksud seorang yang tabah dan sanggup berkorban di dalam apa jua hal.

6. Cengkih – rasanya yang pedas memberi gambaran seseorang yang berpegang kuat pada prinsip.

Jika dicampurkan ke semua bahan tersebut dan dimakan pasti akan menimbulkan rasa manis, masin, masam dan pahit. Ke semua rasa tersebut melambangkan bagaimana asam garam kehidupan apabila memasuki alam perkahwinan. Apabila diperhatikan semula, nenek moyang kita terdahulu sangatlah bijak dalam meletakkan sesuatu sebagai analogi kehidupan.

Di zaman moden ini Sirih Junjung sudah berubah dari segi gubahan dan dicampurkan dengan pelbagai gubahan-gubahan yang moden namun penggunaan bahan utamanya daun sirih masih dikekalkan dan ianya masih menjadi kepala kepada dulang hantaran yang lain. Sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengekalkan kefahaman dan budaya tersebut agar dapat diteruskan oleh generasi-generasi pada masa hadapan.

Untuk korang yang tengah mencari servis untuk gubahan barang hantaran dan gubahan bunga tangan boleh terus hubungi Team Mekar di https://wa.me/+601110531544

28/06/2022

“NAK BUAT GUBAHAN HANTARAN TAPI TAK NAK NAMPAK BARANG HANTARAN, ORANG PANGGIL APA YA?”

Haa, itu kita panggil ‘Hidden Hantaran’. Kebiasaannya ia menggunakan kain jenis satin untuk membalut kotak yang berisi barang hantaran. Meh Kak Mekar nak cerita sikit apa kelebihan Hidden Hantaran ni.
- Design yang simple
- Konsep yang minimalis
- Nampak sangat elegan
- Jaga privasi barang hantaran dari mak cik bawang

Hidden Hantaran ni nampak sangat eksklusif kan.
Korang boleh tempah ‘Hidden Hantaran’ ni dengan Team Mekar. Kenapa dengan kami?

Sebab kami menawarkan:

~ Harga yang berpatutan
~ Servis yang laju
~ Boleh pilih warna kain dan bunga yang sesuai dengan tema perkahwinan

Hidden Hantaran ni korang boleh dapatkan dengan RM15/dulang untuk disewa dan RM45/dulang untuk upah gubahan.

Korang boleh tempah dengan DM Team Mekar atau Whatsapp kami di:
https://wa.me/+601110531544

28/06/2022

“MANA NAK CARI GUBAHAN HANTARAN YANG BOLEH DISEWA TAPI BOLEH PILIH DESIGN SENDIRI?”

Jangan risau, korang boleh dapatkannya dengan Team Mekar sebab kami menyediakan gubahan hantaran yang boleh disewa dan korang juga boleh pilih sendiri design dan bunga yang sesuai dengan tema perkahwinan.

Betul ke Kak Mekar?
Ya betul, selain boleh pilih design dan bunga sendiri korang juga akan dapat:

~ Harga yang berpatutan
~ Servis yang laju
~ Boleh pilih jenis dulang

Berapa harganya Kak Mekar?
Untuk sewa gubahan hantaran korang boleh dapatkan dengan harga RM15/dulang sahaja. Dan kami juga ada menyediakan upah gubahan hantaran dengan RM45/dulang.

Kat mana nak tempah ni Kak Mekar?
Korang boleh tempah dengan DM Team Mekar atau Whatsapp kami di:
https://wa.me/+601110531544

27/06/2022

CADANGAN BARANG HANTARAN UNTUK PIHAK LELAKI DARIPADA PIHAK PEREMPUAN 🎁

Setiap majlis perkahwinan akan menjadi lebih berseri dengan adanya pemberian barang hantaran. Untuk bakal pengantin, korang mestilah berbincang terlebih dahulu dengan pasangan dan keluarga tentang pemberian barang hantaran supaya tidak timbul sebarang masalah di kemudian hari.

Kebiasaannya, pihak lelaki akan menerima dua dulang lebih dari pengantin perempuan dengan ratio: 3 berbalas 5, 5 berbalas 7, 7 berbalas 9 dan seterusnya. Bilangan ini bergantung atas kemampuan dan perbincangan antara kedua belah pihak tau.. Meh kak Mekar kongsi cadangan barangan hantaran dari pihak perempuan kepada pihak lelaki p**ak.

1. Baju kemeja/seluar
2. Beg duit
3. Al-Quran
4. Sejadah
5. Jam tangan
6. Set wangian
7. Kasut
8. Buah-buahan/kek
9. Gajet
10. Songkok
11. Tapak cincin
12. Tali pinggang
13. Kain sampin
14. Tali leher

Senarai cadangan diatas tu hanya sekadar cadangan tau, korang mestilah pilih mengikut citarasa pasangan korang dan paling penting mengikut bajet korang!

Nak tempah bunga tangan dan servis gubahan dulang hantaran? Boleh hubungi kami di https://wa.me/+601110531544 untuk membuat sebarang tempahan.

27/06/2022

CADANGAN BARANGAN HANTARAN UNTUK BAKAL PENGANTIN PEREMPUAN DARIPADA PENGANTIN LELAKI 🛍

Adat melayu sekarang masih lagi kekal dengan pemberian hantaran atau hadiah bagi pihak lelaki mahupun perempuan dengan jumlah dulang tertentu. Biasanya bilangan dulang barang hantaran adalah ganjil.

Harini Kak Mekar nak share sikit list barangan yang boleh dijadikan sebagai hantaran kahwin untuk pihak perempuan. Beli barangan yang tidak membebankan dari segi harga terutamanya. Barang-barang hantaran selain dari mas kahwin adalah tidak wajib. Jadi yang lain-lain tu boleh sediakan ikut kemampuan & kehendak korang okay~

1. Mas kahwin/duit hantaran
2. Cincin/Gelang/Rantai/Barang Kemas
3. Tapak Cincin
4. Al-Quran
5. Sejadah
6. Buah-buahan/kek
7. Telekung
8. Beg tangan
9. Sirih Junjung
10. Jam Tangan
11. Set wangian/barangan solek
12. Kasut

Itulah sedikit sebanyak cadangan daripada Kak Mekar. Semoga bermanfaat untuk bakal pengantin!

Nak tempah bunga tangan atau gubahan dulang hantaran? Hubungi kami di https://wa.me/+601110531544

27/06/2022

📝 JENIS-JENIS DULANG HANTARAN YANG PERLU DIKETAHUI BAKAL PENGANTIN

Korang tak tahu nak pilih jenis hantaran yang macam mana? Haa.. meh sini kak Mekar bagitahu setiap jenis hantaran yang ada untuk memudahkan korang pilih untuk majlis korang nanti. Hari ini kak Mekar nak kongsi 5 jenis dulang hantaran untuk korang.

1. Dulang Cermin
Dulang cermin ini sesuai untuk hantaran dengan konsep tradisional. Permukaan bercermin dengan hiasan kristal dibahagian hujung menaikkan lagi seri pada hantaran. Barangan hantaran seperti sirih junjung sesuai menggunakan dulang cermin ini.

2. Terrarium
Hantaran terrarium ini sesuai untuk korang yang sukakan konsep moden. Jenis hantaran terrarium memerlukan hiasan bunga penuh di sekeliling dulang hantaran. Ianya selalu digandingkan dengan hantaran jenis kristal.

3. Dulang Pallet
Dulang jenis pallet ini semakin menjadi pilihan para bakal pengantin kerana ia terlihat simple tetapi moden. Dulang jenis ini menawarkan harga yang murah dan juga senang untuk digubah.

4.Hidden Hantaran
Jenis hantaran ini adalah paling mudah kerana ia tidak memerlukan gubahan yang banyak kerana barangan hantaran itu akan dibalut dengan kain. Ia juga berkonsep minimalis dan sesuai digandingkan dengan dulang hantaran yang berpermukaan rata.

5. Kotak kaca/Acrylic
Hantaran jenis ini berkonsep eksklusif dan menampakkan barangan hantaran nampak lebih mahal kerana barangan tersebut diletakkan dalam kotak kaca. Cantik dan nampak mewah sangat tau!

Menarikkan korang? Semoga info yang kak Mekar kongsi ini akan membantu korang untuk memilih jenis dulang hantaran korang nanti!

Untuk korang yang tengah mencari servis untuk gubahan hantaran boleh terus hubungi kami di https://wa.me/+601110531544

27/06/2022

📌TIPS UNTUK JIMATKAN KOS MAJLIS KAHWIN UNTUK PARA PENGANTIN.

Hari ini kak Mekar nak kongsi sesuatu yang penting untuk korang yang nak kahwin tak lama lagi. Benda yang paling kita risau untuk kahwin ni mestilah tentang bajet kan? Terutamanya bila bajet korang tak cukup. Meh kak Mekar kongsi 5 tips jimat untuk majlis kahwin korang.

1. Tetapkan jumlah tetamu jemputan
Korang kena tetapkan jumlah tetamu yang bakal dijemput supaya korang dapat merancang bajet perkahwinan dengan baik. Apabila korang sudah tetapkan bilangan tetamu, korang dapat mengira bajet untuk makanan, cenderamata, kad kahwin dan sebagainya. Ini juga dapat mengelakkan pembaziran makanan.

2. Majlis diadakan pada satu hari
Bagi menjimatkan kos, acara akad nikah dilakukan pada waktu pagi manakala persandingan dan kenduri dilakukan pada waktu tengah hari.

3. Elak berhutang kad kredit
Kad kredit ada baiknya dan ada buruknya. Tetapi bagi sesiapa yang tidak tahu untuk menggunakan kad kredit secara berhemat dinasihatkan untuk tidak memakainya. Berbelanja dengan hanya ‘swipe’ menyebabkan korang yang pening kepala untuk membayar hutang tersebut.

4. Membeli barangan kahwin ketika promosi
Waktu yang sesuai untuk berbelanja hantaran kahwin adalah ketika ada promosi jualan murah. Ini sedikit sebanyak membantu korang untuk berjimat cermat dan tidak berbelanja berlebihan.

5. Buat senarai semak atau checklist
Buat senarai semak supaya korang tidak terlupa atau tertinggal perkara yang penting. Melalui senarai semak inilah korang dapat tahu berapa jumlah wang yang telah dibelanjakan.

Semoga tips ini bermanfaat untuk para pengantin yang ingin berkahwin nanti. Cuba tag pasangan korang supaya masing-masing dapat tahu hehe

Untuk yang sedang mencari servis bunga tangan dan gubahan untuk dulang hantaran untuk majlis, terus klik link WhatsApp kami untuk membuat tempahan https://wa.me/+601110531544

23/06/2022

📆 TARIKH YANG CANTIK UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI TARIKH PERKAHWINAN

Assalamualaikum dan selamat tengah hari korang! 🌸

Haa.. hari ini kak Mekar ada sesuatu yang nak kongsi dengan korang. Tarikh-tarikh dibawah ni semua tarikh yang cun dan mudah diingati tau.

Yang mana nak kahwin tahun depan tapi masih belum ada tarikh untuk kahwin boleh la guna cadangan tarikh-tarikh dekat bawah ni tau! Kak Mekar berkenan betul dengan tarikh 23/03/2023 tu sangat “memorable” gitu.

Korang nak tempah bunga tangan atau bunga untuk hantaran kahwin nanti? Bolehlah tempah dengan kami di link https://wa.me/+601110531544

10/06/2022

Bunga Tulip ni nampak sangat cantik dan elegan kan? Jom kita kenal-kenal dengan bunga tulip ni 🌷

Untuk pengetahuan korang, bunga tulip ini merupakan bunga yang berasal daripada negara beriklim sejuk seperti Kanada, Belanda dan Kazakhstan. Di Belanda, bunga tulip ini melambangkan simbol untuk memperkenalkan negara mereka, manakala bagi negara lain seperti Iran dan Turki p**a menganggap bunga Tulip ini sebagai bunga nasional negara mereka. Menarik kan?
Bunga Tulip ini mempunyai pelbagai warna, dan setiap warna itu mempunyai maksud yang tersendiri tau. Bunga Tulip ini sangat terkenal dengan keanggunan yang dapat menarik perhatian orang ramai. Meh kak Mekar bagitahu makna disebalik warna-warna bunga ini.

1. Bunga tulip ungu 🌷💜
Warna ungu selalu nampak gah ala-ala “high class” gitu kan? Tulip ungu melambangkan royalti dan kesempurnaan. Dari segi makna, orang-orang menganggap tulip ungu ini melambangkan ungkapan cinta pada pandangan pertama.

2. Bunga tulip merah 🌷❤️
Bunga tulip merah p**a melambangkan sebuah cinta yang sangat mendalam. Ia sangat sesuai untuk mengungkapkan isi hati seseorang yang dicintai. Boleh juga dijadikan simbol kasih yang sempurna untuk seseorang kepada pasangannya.

3. Bunga tulip putih 🌷🤍
Untuk bunga tulip warna putih, ia melambangkan sebuah kesucian, kerendahan hati dan penghormatan. Ia sering digunakan sebagai ucapan maaf, untuk menunjukkan rasa simpati dan juga digunakan di majlis pernikahan kerana melambangkan kesucian.

4. Bunga tulip merah jambu 🌷💗
Tulip merah jambu adalah lambang penghargaan dan menjelaskan kebahagiaan yang sempurna. Bunga tulip yang berwarna merah jambu selalunya digunakan sebagai bunga tangan untuk pengantin perempuan sebagai doa dan harapan yang baik di masa depan.

Secara umumnya, bunga tulip melambangkan cinta yang sempurna. Jika warnanya bermacam-macam, bunga tulip ini membawa makna keindahan cinta yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Semoga penjelasan kak Mekar tentang bunga tulip ini akan membawa manfaat kepada korang terutamanya dalam memilih bunga tulip untuk diberikan kepada seseorang.

Korang yang sedang mencari bunga tangan atau bunga untuk dihias bersama hantaran boleh terus hubungi kami di https://wa.me/+601110531544

10/06/2022

TAHUKAH ANDA? SETIAP WARNA BUNGA ROS ADA MAKNANYA YANG TERSENDIRI TAU.. 🌹

Bunga ros atau biasa juga kita panggil sebagai bunga mawar memiliki makna disebalik setiap warna-warna bunga ros yang ada. Selalunya bunga ros dikaitkan dengan cinta dan kasih sayang. Korang tahu tak setiap warna bunga ros memberikan maksud berbeza? Jom kak Mekar nak share sikit dengan korang apa makna pemberian bunga ros mengikut warna.

1. Bunga ros berwarna merah jambu
Bunga ros pink kebiasaannya diberi untuk menyampaikan rasa terima kasih, simpati dan juga melambangkan rasa gembira. Selain itu, bunga ros pink juga sering dikaitkan dengan si penerima yang mempunyai sifat kewanitaan yang tinggi.

2. Bunga ros berwarna merah
Bunga ros merah biasanya membawa maksud cinta dan sayang dan ia sebagai tanda untuk menyatakan rasa cinta kepada penerimanya. Bunga ros merah juga bermaksud penghargaan & juga untuk majlis rasmi.

3. Bunga ros berwarna putih
Bunga ros putih selalu dijadikan lambang untuk meluahkan rasa cinta yang suci. Haa sebabtu la kita seringkali nampak ros putih ni digunakan sebagai hiasan atau digubahan menjadi bunga tangan ketika hari perkahwinan.

Menarikkan makna setiap warna bunga ros ni? Lepas ni korang akan lebih faham la apa makna disebalik bunga-bunga yang korang terima tu hehe

Kalau korang nak tempah bunga tangan atau gubahan untuk dulang hantaran majlis korang, jom tempah dengan team Mekar. Korang terus klik je link WhatsApp kami di https://wa.me/+601110531544 untuk buat tempahan.

09/06/2022

HI BAKAL PENGANTIN SEKALIAN, MAJLIS DAH NAK DEKAT KAN. GUBAHAN HANTARAN DAH TEMPAH KE BELUM?

Kalau belum, jangan risau Team Mekar sedia membantu korang untuk dapatkan gubahan hantaran impian korang.

Kenapa kena tempah dengan Team Mekar?
Sebab kami menyediakan gubahan hantaran dengan:

~ Servis yang laju
~ Harga yang berpatutan
~ Gubahan dengan design terkini

Yang penting korang boleh pilih sama ada nak sewa gubahan hantaran dengan harga RM15/dulang sahaja atau nak upah gubahan hantaran dengan RM45/dulang.

Jadi jom tempah sekarang dengan Team Mekar, korang boleh DM atau Whatsapp kami melalui link ini:
https://wa.me/+601110531544

09/06/2022

PIN.PIN.PIN. PRODUK BARU MEKAR NAK LALU.

Korang dah tahu ke apa produk baru Mekar? Haa, Jom Kak Mekar pun dah tak sabar nak memperkenalkan produk baru dari Team Mekar iaitu:

‘GUBAHAN HANTARAN’

Wah, pakej sangat kan. Korang bukan sahaja boleh dapatkan bunga tangan yang cantik-cantik dari kami, tapi korang juga boleh dapatkan gubahan hantaran tanpa perlu dapatkan dari kedai lain. Jimatkan masa korang, boleh luangkan masa yang ada tu untuk buat persiapan lain lagi kan.

Apa yang istimewanya gubahan hantaran daripada Team Mekar adalah:

~ Harga yang berpatutan
~ Gubahan dengan design terkini
~ Boleh pilih gabungan bunga ikut permintaan pelanggan
~ Boleh pilih jenis dulang

Kami juga menyediakan 2 servis kepada bakal pengantin untuk dipilih:
Upah gubahan hantaran - RM45/dulang
Sewa gubahan hantaran - RM15/dulang

Berbaloi-baloi kan produk baru dari Team Mekar ni. Jadi tunggu apa lagi, jom tempah sekarang dengan kami melalui link di bawah:
https://wa.me/+601110531544

07/06/2022

EH MEKAR NAK KELUARKAN PRODUK BARU?

Agak-agak korang apa p**ak yang Team Mekar nak keluarkan kali ni ye? Yang pasti setiap produk dari kami akan membuatkan hari korang berbunga-bunga. 🌷

Korang tunggu tau, sambil tu cuba korang teka apa produk baru yang Mekar nak keluarkan. 😃

05/06/2022

3 TIPS MEMILIH BUNGA TANGAN UNTUK BAKAL PENGANTIN 💐

Bunga tangan adalah salah satu pelengkap aksesori seorang pengantin perempuan tatkala melangkah ke singgahsana indah. Ramai yang menganggap bunga tangan sebagai perkara yang tidak penting tapi sebenarnya ia amatlah penting. Ini kerana, bunga tangan mempunyai daya tarik yang tersendiri yang mampu menaikkan seri pengantin. Meh sini kak Mekar bagitahu sedikit tips untuk memilih bunga tangan yang sesuai untuk bakal raja sehari:

1. Pilih bunga tangan yang sesuai dengan baju
Jika baju pengantin korang sarat dengan perincian, korang mestilah pilih bunga tangan yang ringkas dan minimalis supaya keterampilan nampak seimbang. Begitu juga kalau pengantin yang menggayakan baju nikah yang ringkas, pilihlah bunga tangan yang besar dan menyerlah untuk menonjolkan karakter korang sebagai raja sehari.

2. Pilih bunga tangan yang sesuai dengan tona kulit.
Bagi korang yang berkulit cerah, elakkan dari memilih bunga tangan yang berwarna putih tau sebab akan membuatkan korang nampak kusam yang boleh menenggelamkan pesona seorang pengantin. Kalau korang masih inginkan bunga tangan yang berwarna putih, haruslah dipadankan dengan kombinasi bunga yang berwarna lain seperti warna merah, merah jambu, ungu dan biru. Kombinasi warna yang berbeza merupakan trend sekarang dan terlihat sangat lawa!
Bagi korang yang berkulit gelap, korang bolehlah pilih bunga yang berwarna merah jambu atau peach. Merah juga sesuai dan nampak meriah gitu.

3. Pilih bunga yang sesuai dengan bentuk badan masing-masing.
Untuk pengantin yang berbadan kecil, boleh pilih bunga dengan potongan sama dan tidak terlampau besar kerana bimbang bunga itu lebih menonjol berbanding pengantin itu sendiri. Untuk yang memiliki badan yang lebih besar, bunga yang berjuntai seperti orkid sangat sesuai untuk korang. Jika tidak gemarkan tumbuhan yang berjuntai, boleh pilih bunga yang mempunyai batang halus dan panjang seperti bunga tulip.

Semoga tips-tips yang kak Mekar bagi ni bermanfaat untuk hari bahagia korang tau!

Kalau korang nak tempah bunga tangan, bolehlah tempah dengan kami melalui DM atau WhatsApp kami di link ini https://wa.me/+601110531544

04/06/2022

BANYAK JUGA YA JENIS BUNGA TANGAN NI. INGATKAN SAMA JE SEMUA.

Haa, lepas dah tahu lima jenis bunga tangan, mesti korang nak tahu berapa sebenarnya jenis bunga tangan ni ada kan. Okay jom kali ni kak mekar nak kongsi dengan korang jenis bunga tangan yang keenam iaitu yang terakhir dan yang paling unik.

‘POMANDER’

Selain Pomander, ia juga boleh dipanggil dengan "kissing ball" sebab ia menggabungkan satu jenis bunga dalam gubahan yang rapat-rapat. Dengar nama pun dah unik kan. Tapi sebenarnya ia lain dari bunga tangan yang lain kerana ia digantung dari gelung reben hiasan dan kelihatan seperti tanglung. Pomander ini sangat sesuai untuk pengantin-pengantin yang inginkan konsep minimalis di hari perkahwinan mereka.

Okay cukup dah 6 jenis bunga tangan kak mekar kongsikan dekat korang. Ada yang elegan, ada yang simple, ada yang unik, dan yang pasti semuanya cantik-cantik sebagai peneman korang untuk hari yang dinanti-nanti dalam hidup korang.

Nak tempah Bunga Tangan untuk hari bahagia anda boleh hubungi no. di bawah:
https://wa.me/+601110531544

04/06/2022

ADA LAGI KE KAK MEKAR JENIS BUNGA TANGAN YANG LAIN?

Ya betul ada lagi, lagi la pening kan nanti korang nak pilih, sebab semuanya cantik-cantik belaka. Jom kali ini kak mekar nak kongsi jenis bunga tangan yang seterusnya p**a.

‘CASCADE’

Ia juga dikenali sebagai "shower bouquets". Jambangan bunga ini adalah yang paling formal di antara bunga tangan yang lain. Ianya digubah seperti bentuk pancuran air dan apabila pengantin perempuan memegangnya mereka akan kelihatan anggun dan bergaya. Semua jenis bunga sesuai digunakan untuk gubahan bunga tangan ini. Kebiasaannya ia bulat di bahagian atas dan ada tambahan bunga yang memanjang seperti jatuh ke bawah. Mendiang Puteri Diana juga mengenakan bunga tangan jenis Cascade ini dengan memperagakan pakaian pengantinnya yang menawan.

Jenis bunga tangan kali ini yang paling jarang korang tengok kan. Tapi bagi kak mekar Cascade ni sangat-sangatlah cantik dan akan membuat pengantin kelihatan anggun apabila dikenakan dengan busana pengantin jenis dress.

Nak tempah Bunga Tangan untuk hari bahagia anda boleh hubungi no. di bawah:
https://wa.me/+601110531544

04/06/2022

JOM SAMBUNG KENAL JENIS BUNGA TANGAN YANG LAIN P**A.

Eh, ada lagi ke kak mekar jenis bunga tangan? Ya, ada lagi kawan-kawan. Kali ini kak mekar akan kongsi satu lagi jenis bunga tangan yang ada keunikan dia sendiri.

‘PAGEANT’

Atau nama lainnya adalah jambangan "arm sheath" di mana batang panjang dan daun-daun diletakkan oleh pengantin perempuan di lengannya. Ianya akan digubah menjadi bentuk lebih memanjang berbanding bunga tangan yang lain. Bunga tangan jenis ini akan menjadikan tema perkahwinan kelihatan lebih moden. Pilihan bunga yang sering digunakan untuk Pageant ini ialah bunga calla lily, orkid, mawar yang bertangkai panjang, dan banyak lagi bunga-bunga yang mempunyai batang yang panjang.

Wahh, makin unik dan eksklusif kan bunga-bunga tangan ni. Makin tahu banyak ni, makin banyak la pilihan untuk difikir nak pegang yang mana satu untuk hari yang dinanti-nanti dalam hidup korang nanti kan.

Nak tempah Bunga Tangan untuk hari bahagia anda boleh hubungi no. di bawah:
https://wa.me/+601110531544

04/06/2022

“BUNGA TANGAN YANG MANA EH NAMPAK UNIK DAN SUCI JE? PENING LA NAK PILIH YANG MANA SATU.. 😢”

Dah korang, jangan pening lagi! Meh sini kami bagitahu bunga mana yang unik dan nampak suci bersih sewaktu majlis korang nanti. Jawapannya ialah.. Bunga tangan tulip la. Mana nak dapatkan bunga tangan tulip ni? Mestilah dengan kami, team Mekar. Bunga tangan tulip kami boleh didapati dengan warna putih, ungu dan merah jambu. Bunga tangan tulip ni juga salah satu yang membuatkan korang nampak elegan tau! Kami menyediakan pelbagai servis untuk bunga tangan seperti:
🌷Boleh campur warna bunga
🌷Design yang minimalis
🌷Boleh custom made
🌷Boleh gabung dengan bunga lain
🌷Menyediakan servis pos

Menarik kan korang? Korang boleh dapatkan bunga tangan tulip daripada kami dengan harga promosi serendah RM40 sahaja! (NP: RM 65) Berbaloi kan?

Harga promosi ini hanya untuk 5 orang terawal yang tempah dengan kami tau! Jangan lepaskan promosi ini, cepat korang terus DM atau klik link Whatsapp team kami di https://wa.me/+601110531544 untuk membuat tempahan. Kalau lambat rugi tau!

Nak tahu info terkini daripada kami? Terus klik “Like” dan “Follow” supaya korang tak terlepas apa-apa info daripada kami.

04/06/2022

“MANA NAK CARI BUNGA TANGAN TREND TERKINI DARIPADA BUNGA KERING TAPI MASIH NAMPAK MENARIK? 😩”

Jawapannya sudah pasti bunga tangan yang digubah dengan bunga “baby breath”. Walaupun bunga ni kering, tapi ia tetap terlihat cantik, manis dan nampak gah dengan cara yang tersendiri. Bunga ini menjadi trend terkini kerana ia mempunyai kecantikan lain dari yang lain. Untuk pengetahuan korang, lepas majlis bunga tangan ini boleh disimpan dan digunakan untuk menjadi perhiasan rumah! Mana nak cari bunga tangan baby breath ni? Sudah pasti di Mekar! Kenapa kami? Kerana bunga daripada kami,
💐Bunga yang tahan lama
💐Digubah dengan design yang menarik
💐Boleh gabung dengan bunga yang lain
💐Boleh custom made
💐Harga yang berpatutan
💐Menyediakan servis pos

Nak tahu harga bunga tangan baby breath dari kami? Kami menawarkan harga yang sangat rendah untuk bunga tangan ini walaupun ia merupakan trend terkini! Korang boleh dapatkan bunga ini dengan serendah RM40 sahaja!!! 🤩 WOW!! BETUL KE NI? Ye korang, kami tak tipu.

p/s: TAPI!!! Harga itu terhad untuk 5 orang yang terawal tempah tau! Yang terlepas boleh dapatkan dengan harga asal iaitu RM 65.
Tunggu apa lagi korang? Terus tempah dengan kami sekarang melalui DM atau klik link WhatsApp kami https://wa.me/+601110531544

Jangan lupa untuk klik “Like” dan “Follow” page kami supaya tidak terlepas promosi daripada kami.

03/06/2022

“ANDA DAH NAK KAHWIN? TAPI MASIH BELUM BELI BUNGA TANGAN YANG CANTIK?”

Korang tahu tak? Bunga tangan ni sangat penting tau untuk pengantin perempuan sebab bunga tangan ini lah yang melambangkan anda seorang pengantin dalam majlis tau. Kalau korang pergi mana-mana majlis pertunangan atau kahwin, mesti korang dapat cam pengantin tu sebab pengantin tu pegang bunga tangan kan? Haa.. pentingkan bunga tangan ni? Lagi-lagi kalau digayakan dengan Bunga Tangan daripada bunga matahari (Sunflower) dari team Mekar!

Bunga Matahari ni dari jauh dah boleh nampak sebab warnanya yang meriah dan terang. Tambah lagi dengan gubahan yang kemas dan tersusun daripada hasil tangan team Mekar! Bunga tangan Sunflower kami semestinya:
🌻Digubah dengan mewah
🌻Bunga yang nampak segar
🌻Boleh tambah riben atau tali
🌻Boleh custom made
🌻Harga yang berbaloi
🌻Menyediakan servis pos ke rumah

Harga untuk Bunga Tangan Sunflower yang ditawarkan oleh Mekar sangat tak masuk akal! Kami tengah adakan promosi untuk bunga tangan Sunflower ni dengan harga RM40 sahaja untuk 5 orang yang terawal! 🤩 Harga sebenar bunga ni RM70 tau korang! Banyak kan beza harga tu?

Rugi sangat kalau tak beli sekarang! Korang boleh terus DM atau WhatsApp kami di https://wa.me/+601110531544 untuk membuat sebarang tempahan. Ayuh! Jangan lepaskan promosi ini!

Tak nak terlepas dengan promosi yang akan datang daripada kami? Terus klik “Like” dan “Follow” page kami tau!

03/06/2022

“SUSAHNYA NAK CARI BUNGA TANGAN YANG EKSKLUSIF DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN.. SEMUANYA MAHAL TERLEBIH BAJET 😔”

Alahai kesiannya korang yang menghadapi masalah macam ni. Jangan risau, team Mekar ada disini untuk menyelesaikan masalah korang!

Untuk pengetahuan semua, bunga tangan daripada bunga Lily merupakan salah satu bunga yang sangat eksklusif dan nampak sangat menaikkan seri pengantin tau! Tapi jangan risau, walaupun eksklusif, bunga daripada team Mekar semestinya datang dengan
🌸Harga yang berpatutan
🌸Gubahan yang eksklusif
🌸Boleh pilih jenis riben atau tali
🌸Boleh custom made
🌸Menyediakan servis pos

Korang boleh dapatkan Bunga tangan Lily yang eksklusif daripada Mekar dengan harga promosi hanya RM40 (NP: RM 65) je tau korang! TAPI!!! Harga ni adalah harga promosi terhad untuk 5 orang terawal tau korang! Jadi jangan lepaskan peluang, terus order dengan kami melalui DM atau klik link WhatsApp kami di https://wa.me/+601110531544

Jom “Like” dan “Follow” page Mekar untuk mendapatkan update terkini daripada kami.

Want your business to be the top-listed Interior Service in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

EH MEKAR NAK KELUARKAN PRODUK BARU?Agak-agak korang apa pulak yang Team Mekar nak keluarkan kali ni ye? Yang pasti setia...
Haa.. semua dah boleh agak apa produk pertama yang akan dikeluarkan oleh Mekar? Kami dah bagi klu yang jelas dah ni untu...
PRODUK MEKAR PERTAMAEh eh, apa yang nak 'blooms' tuu?Kenapa ada lagu 'Bunga Rampai', ada yang nak kahwin kee?Haaa. Nanti...

Category

Website

Address


2523 Jalan RAJA UDANG, TAMAN GURU, PINTU GENG
Kota Bharu
15100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00
Saturday 08:00 - 17:00
Sunday 08:00 - 17:00

Other Florists in Kota Bharu (show all)
Flower Sri Cemerlang Flower Sri Cemerlang
Sri Cemerlang
Kota Bharu

~Fresh Flower Bouquet ~Flower Box ~Balloon ~Fruit Basket ~Condolences Wreath ~Shop Opening Stand

Yaya corner Yaya corner
Kota Bharu, 15670

Orkid by Raihan Orkid by Raihan
Lorong Satay Kg Baung
Kota Bharu, 16100

hasil sentuhanku adalah kasih sayangku

Fida mini Garden Fida mini Garden
Kota Bharu, 15100

jemput joint group wstp ���� https://chat.whatsapp.com/Bkaduk76Ka6IhhmAmQAsiv

Sahabat Teman Orked STO Sahabat Teman Orked STO
Jalan Telipot, Kubang Kerian
Kota Bharu, 15150

Felawers.my Felawers.my
Kota Bharu, 15200

🌼 Florist based in Kota Bharu 🛵 We made for you, deliver for you 📱 018-9003343 (WhatsApp)

E Florist Kelantan E Florist Kelantan
PT 659, Seksyen 27, Tkt Bawah, Jalan Sri Cemerlang
Kota Bharu, 15300

Build your special day with flowers, make the flower part of your memory.

Giftfairy.kb surprise delivery Giftfairy.kb surprise delivery
Kota Bharu, 15000

Surprise delivery service Kelantan

eyna94_bouquetcraft eyna94_bouquetcraft
Kota Bharu

FLOWER BOUQUET AREA KOTA BHARU, KELANTAN

Dream Inc Dream Inc
Kota Bharu, 15200

Be it gift or flower, everyone love it right? Its will always be in special place in our heart. We in Dream Inc want to be a part of this special moments.

Idarofina- Bouquet Murah Kota Bharu Idarofina- Bouquet Murah Kota Bharu
LOT 856 KAMPUNG BAWAH LEMBAH BUNUT PAYONGx
Kota Bharu, 15150

PELBAGAI JENIS SURPRISE . . Surprise Box Budget Bouquet Fresh Flower Bouquet Duit Bouquet Chocolate

Love Blooms Bouquet Love Blooms Bouquet
Kota Bharu

Surprise Your Loved One With Flower Bouquets & Gift From Love Blooms. #bouquetkotabharu #surprisedeliverykotabharu