Bahagian Operasi JBPM Kelantan
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
https://youtu.be/EmHHQCrCQDE?si=v6AxOIOVFH1ICC3l
13 SEPT 2024 - SPM- CERITA PAGI KELANTAN : LOKASI HOTSPOT RISIKO KEPALA AIR DI KELANTAN Ikuti perkembangan semasa yang sahih di semua pautan media sosial rasmi Berita RTM: Portal Rasmi Berita RTMhttps://berita.rtm.gov.myTwitter Rasmi Berita RTMh...
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*Operational & Capabilities on HADR . Flood Disaster Rescue Operation FRDM*
Taklimat bersama Malaysian Armed Force
NCOS - EAST Region Op & Cap On HADR Telah berlangsung di Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia , Kem Pengkalan Chepa Kelantan , dihadiri oleh PgKB II Mohd Wildan bin Azhari Penolong Pengarah Operasi Negeri JBPM Kelantan dalam perkongsian ilmu berkaitan banjir.
Tarikh : 22 August 2024 (Khamis)
Masa : 9 Pg - 2 Ptg
Tempat : Markas Briged Kelapan Infantri Malaysia , Kem Pengkalan Chepa Kelantan
Terima kasih.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan membuat kunjung hormat bersama Pengarah Politeknik Kota Bharu disertai oleh PPN Operasi, PPN BKK, PPN FIO serta pegawai Kanan Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan pada 04.06.2024. Turut di laksanakan lawatan tapak ke lokasi-lokasi bagi pelaksanaan Program Pengukuhan Ketua Zon dan Ketua Balai siri 1/2024 dan juga Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Peringkat Zon Pantai Timur bagi tahun 2024.
Assalamualaikum YS Tuan, intipati Mesy sebentar tadi:
(UMK Bachok; En Fadzli)
1. Rate sewaan d bachok lebih tinggi untuk penggunaan Dewan (Kira by hours) RM800 per hour UMK Bachok, Rm400 per hour UMK KB.
2. Rate Penginapan RM15 per head per day.
3. Available date hy selepas 29 Julai 2024
(Politeknik K.Bharu - Pn Nora)
1. Perlukan additional cost untuk penginapan & sewaan dewan hingga RM29K.
2. Tarikh perlu d tunda ke 26hb Jun hingga 30hb Jun kerana Dewan Jubli Perak telah d book oleh agensi lain.
3. Hasil perbincangan; boleh d pertimbangkan untuk pengurangan @ FOC sekiranya program bersama dgn pihak Poli. Sbg contoh; Briged Bomba @ OKK/ERT. - PERLU DI PERHALUSI.
*HQ Ada beri cadangan untuk Lab KZ/KB d laksanakan terus d H Elite hotel. Sekiranya harga xlari jauh dr peruntukan asal memandangkan penginapan VVIP d sna*
Assalamualaikum, Salam Sejahtera Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Salam Malaysia MADANI.
* PEMERIKSAAN AUDIT MS ISO 9001:2015 ABMS 37001:2016 & DAN SISTEM PENARAFAN BINTANG (SSR) BAHAGIAN OPERASI KEBOMBAAN JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA NEGERI KELANTAN
*Tarikh* : 12 Mei 2024 (Ahad)
*Masa : 09.30 pagi - 18.30 Ptg
*Tempat : Bahagian Operasi Kebombaan , JBPM Negeri Kelantan
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*Latihan bencana JBPM Negeri Kelantan di CNMC Tanah Merah*
Tarikh : 25 April 2024 (Khamis)
Masa : 10 Pg - 2 Ptg
Tempat : Kilang Emas Sulu Sokor , Tanah Merah
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*KEBAKARAN SAMPAH*
Tarikh : 17 April 2024 (Rabu)
Masa : 2.30 Ptg
Tempat : Tapak Pelupusan Sampah Kok Bedullah
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai PgB Mohd Farid bin Ismail bersama TPgB II Tc. Mohd Sabri bin Ismail ke Tapak Pelupusan Sampah Kok Bedullah .
Terima kasih.
*MESYUARAT KUARTERS JBPM KELANTAN TAHUN 2024*
Tarikh: 26 MAR 2024
Masa: 2.30 pm - Selesai
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama JBPM negeri Kelantan.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*TEST CALL BALAI*
Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 22:30 malam
Tempat : Berhampiran Aeon, Kota Bharu
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Kelantan PgKB II Mohd Wildan bin Azhari bersama PgB Mohd Farid bin Ismail melakuka Test Call Balai Bomba dan Penyelamat Kota Darulnaim Pada jam 22:30 Mlm.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*TEST CALL BALAI*
Tarikh : 21 Mac 2024 (Khamis)
Masa : 19:00 Petang
Tempat : Pasar Besar Bandar Tasek Raja, Pasir Mas
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Kelantan PgKB II Mohd Wildan bin Azhari bersama PgB Mohd Farid bin Ismail melakuka Test Call Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Pada jam 1900 Ptg.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*OPERASI KEBAKARAN API GAMBUT DI BACHOK*
Tarikh : 19 Mac 2024 (Selasa)
Masa : 14:00 Petang
Tempat : Kampung Hujung Lidah Beris Lalang, Bachok
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Kelantan PgKB II Mohd Wildan bin Azhari pergi ke lokasi berlakunya api gambut di Kg Hujung Lidah Beris Lalang, Bachok.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*LAWATAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT KUALA KRAI*
Tarikh : 19 Mac 2024 (Selasa)
Masa : 10:30 Pagi
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Kuala Krai
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Kelantan PgKB II Mohd Wildan bin Azhari telah melakukan lawatan ke BBP Kuala Krai.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*MESYUARAT PERSEDIAAN MENGHADAPI MUSIM KEMARAU DAN KEBAKARAN HUTAN GAMBUT*
Tarikh : 13 Mac 2024 (Rabu)
Masa : 9.15 Pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat.
Mesyuarat yang dijalankan secara Dwi-Mod telah dihadiri oleh Penolong Pengarah Bahagian Operasi PgKB II Mohd Wildan bin Azhari bersama PgB Mohd Farid bin Ismail di Bilik Mesyuarat Bahagian Operasi JBPM Kelantan. Mesyuarat juga dihadiri oleh Ketua zon dan Ketua Balai untuk membincangkan persediaan musim kemarau dan kebakaran hutan Gambut .
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*LAWATAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PENGKALAN CHEPA*
Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin)
Masa : 9.30 Pagi
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa
Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Pgb Mohd Farid bin Ismail telah melakukan Lawatan ke Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa.
Terima kasih.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat Dan Mesra,
Tuan/Puan,
*LAWATAN KE BALAI BOMBA DAN PENYELAMAT PASIR TUMBOH*
Tarikh : 11 Mac 2024 (Isnin)
Masa : 2.30 Petang
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri JBPM Kelantan PgKB II Mohd Wildan bin Azhari bersama Pgb Mohd Farid bin Ismail telah melakukan lawatan ke BBP Pasir Tumboh untuk melihat progress pembinaan Surau di balai tersebut.
Terima kasih.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani
*MESYUARAT OPERASI DAN BALAI BIL 1/2024*
Tarikh : 22/2/2024
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Dabong
Bertempat di Balai Bomba dan Penyelamat Dabong, telah berlangsung Mesyuarat Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat bersama Balai-Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Kelantan Bilangan 1 bagi Tahun 2024. Dipengerusikan oleh YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Dihadiri oleh 22 orang Ketua Balai dan 2 Ketua Zon. Mesyuarat berlangsung dengan Pembentangan oleh Ketua Cawangan Operasi dan Balai, Ketua Cawangan PBB/PBS, Ketua Cawangan Logistik, Ketua Cawangan Pusat Gerakan Operasi.
Terima kasih.
*MESYUARAT OPERASI DAN BALAI BIL 1/2024*
Tarikh : 22/2/2024
Masa : 10.15 pagi
Tempat : Balai Bomba dan Penyelamat Dabong
//PERHIMPUNAN BULANAN//
BULAN SEPTEMBER
Tarikh : 6 Disember 2023
Masa : 0800
Tempat : Dewan Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan. JBPM Kelantan
Majlis dihadiri oleh ketua balai dan penerima anugerah yang di langsungkan di Dewan Dato' Sri Ts. Mohammad Hamdan Jbpm Kelantan. Majlis berlangsung dengan lancar.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani
ZIARAH KASIH YS PENGARAH JBPM NEGERI KELANTAN BERSAMA YAYASAN RAJA SHAMRI
Tarikh / Masa : 05 Disember 2023 | 04.00 Petang
Tempat : Tanah Merah, Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal Bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan bersama PgKB II Mohd Wildan Bin Azhari, Penolong Pengarah Operasi Negeri, PKPgB Wan Baijuri Bin Wan Hassan, Ketua Unit Perhubungan Awam, PgB Mohd Sham Bin Kamarudin, Ketua Zon II JBPM Negeri Kelantan, PPgB Mohd Zulkifli Bin Osman, Ketua Balai Bomba Dan Penyelamat Tanah Merah serta YM Raja Shamri Bin Raja Hussin, Pengerusi Eksekutif Yayasan Raja Shamri hadir di teratak PB Azuan bagi tujuan Ziarah Kasih bersama YS Pengarah.
Dalam pertemuan itu, Pengerusi Eksekutif YRS , YM Raja Shamri menyerahkan sumbangan wheelchair dan keperluan asas bagi membantu dan meringankan beban anggota tersebut. Disamping itu juga, YM Raja Shamri serta YS Pengarah turut memberi motivasi buat PB Azuan untuk terus kuat dan semangat dalam menjalani kehidupan seharian.
Assalamualaikum
Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra, Salam Malaysia Madani
YS Tuan/Tuan/Puan
*Kunjungan Hormat Pengerusi KDRN ke Pejabat YS Pengarah JBPM*
Tarikh : 4 Disember 2023
Masa : 12.30 tengahari
Tempat : Pejabat YS Pengarah, Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan telah menerima kunjungan hormat daripada En. Wong Kian Meng, Pengerusi Kelantan Disaster Relief Network ( KDRN ). Tujuan kehadiran adalah untuk membincangkan beberapa perkara antaranya usaha untuk meningkatkan kesedaran komuniti terhadap bencana banjir dan menggalakkan kerjasama antara komuniti,agensi bantuan dan Pihak Berkuasa Tempatan. YS Pengarah juga telah memberi taklimat ringkas tentang pengoperasian Bilik Gerakan Banjir JBPM Negeri Kelantan. Terima kasih.
BILIK GERAKAN BANJIR
Tarikh: 3/12/2023
Perkongsian Pengurusan Bencana bersama petugas Bilik Gerakan Banjir.
Assalamualaikum, Salam Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
MAJLIS PENYERAHAN BOT PENYELAMAT KEPADA JBPM NEGERI KELANTAN
Tarikh : ( 29 Disember 2022 ) Khamis
Tempat : Dataran Dato' Hj. Soiman, Ibu Pejabat JBPM Kelantan
Masa : 10.00 Pg.
Bertempat di Dataran Dato' Hj. Soiman Ibu Pejabat JBPM Negeri Kelantan telah diadakan majlis penyerahan 2 unit bot penyelamat daripada YM Tengku Izdmul Azim b. Tengku Alam wakil Pengarah Kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia ( YaPEIM ) kepada YS PPjB Jainal @ Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan. Dalam majlis itu juga telah diadakan majlis penyerahan daging sebanyak 100 pek sumbangan pihak YaPEIM. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan dan En. Nik Muhd Nurul Ihsan bin Salleh, Pengurus YaPEIM Negeri Kelantan.
Sekian, terima kasih.
Majlis Perkongsian Ilmu, ICS & MKN disampaikan oleh PgKB ll Mohd Wildan bin Azhari kepada J/kuasa ICS Negeri & ketua² Balai bertempat di Dewan Utama JBPM Negeri Kelantan.
OPERASI MANGSA LEMAS DI KAMPUNG PANCHOR.
Tarikh/Masa : 31 Oktober 2022 ( 09.30 pagi )
Lokasi : Sungai Kampung Panchor Pengkalan Chepa, Kota Bharu Kelantan
Anggota bertugas dari Balai Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa dan BBP Pasir Tumboh bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) telah hadir ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa lemas di Sungai Panchor, Pengkalan Chepa pada hari ini. Anggota bertugas dan Unit PPDA telah melakukan teknik Tender Surface di sekitar lokasi bagi mengesan mangsa. Mangsa berjaya ditemui sejauh 4 km dari lokasi beliau terjatuh dan diserahkan kepada pihak Polis bagi tindakan selanjutnya
Konvensyen Pasukan Bomba Sukarela Zon Timur Tahun 2022.
Assalamualaikum Selamat Sejahtera, Salam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Berprestasi Tinggi Cepat dan Mesra.
Salam Keluarga Malaysia
05 Julai 2022 (Selasa)
YS PPjB Jainal@Zainal bin Madasin, Pengarah JBPM Negeri Kelantan,mempengerusikan Mesyuarat Ketua – ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Ketua-ketua Balai pada Selasa(5 Julai 2022). Mesyuarat tersebut diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Jeli yang dihadiri oleh Ketua-ketua, Bahagian, Zon dan Balai. Turut hadir PgKB I Anwar bin Abu Bakar, Timbalan Pengarah JBPM Negeri Kelantan, Ketua-ketua Bahagian, Ketua-ketua Zon dan Ketua-ketua Balai membincangkan tentang pelbagai isu. Mesyuarat bermula jam 10.00 pagi dan berakhir pada jam 4.30 petang. Terima kasih diucapkan atas komitmen tuan-tuan, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Jeli serta anggota yang sudi menjadi tuan rumah dalam mesyuarat tersebut.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia Negeri
Kota Bharu
15100