Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC

Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC

Photos from Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC's post 26/08/2024

Diabetik

Retinopati diabetik adalah komplikasi daripada kencing manis di mana kerosakan sel dan salur darah berlaku di bahagian retina mata yang membawa kebutaan. Namun begitu, pesakit mungkin tidak menyedari gejala di peringkat awal.

Jika anda atau kenalan menghidap kencing manis, ketahuilah pemeriksaan mata dengan pengembangan anak mata harus dilakukan secara berkala. Dengan pengesanan awal, penglihatan mampu diselamatkan.

Tambahan lagi, jangan tangguh rawatan dengan mempercayai sebarang ubat makan atau ubat titis mata yang mendakwa mampu merawat semua penyakit.

Photos from Kota Bharu Medical Centre's post 25/08/2024
22/08/2024

Ayuh ramai2 kita meriahkan program sihat santai ini. Bayangkan perhimpunan peserta secara besar besaran, dan masing2 mengenakan kain batik sarong. Suasana tradisi yang penuh warna warni pastinya.

Pastinya aktiviti riadah yang lain dari yang lain. Sesuai untuk penyertaan sekeluarga atau bersama rakan2.

Bagi peminat fotografi jalanan (street photography), susana meriah penuh warna warni ini satu peluang yang tidak boleh dilepaskan.

Ayuh ramai2 kita menyertainya, jangan lupa daftar ya.

Jumpa anda semua disana nanti.

21/08/2024

Dipersilakan dan dijemput. Jom ramai2 kita meriahkan program ini.

13/08/2024

Dr. Adil Hussein merupakan Pakar Bedah Mata di Kota Bharu Medical Centre.

Dapatkan perkhidmatan profesional dan penjagaan teliti untuk kesihatan anda di KBMC bersama Dr. Adil.

Segera hubungi kami untuk temujanji atau maklumat lanjut ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

𝗞𝗲𝘀𝗶𝗵𝗮𝘁𝗮𝗻 𝗔𝗻𝗱𝗮 𝗞𝗲𝘂𝘁𝗮𝗺𝗮𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗶

13/08/2024

Bilakah kali terakhir anda buat pemeriksaan saringan mata? 🤓
Pemeriksaan mata oleh pakar mata dapat mengesan penyakit dan gangguan mata. Pemeriksaan saringan mata perlu dibuat bermula usia 40 tahun.
Kota Bharu Medical Centre (KBMC) menyediakan Pemeriksaan Saringan Asas Mata seperti berikut:

Pemeriksaan Asas Mata:
1) Ujian ketajaman mata
2) Pemeriksaan bahagian hadapan mata
3) Pemeriksaan bahagian belakang mata

Pemeriksaan Tambahan:
1) Masalah rabun
2) Saringan glaukoma

Untuk maklumat dan temujanji, hubungi kami ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

09/08/2024

Ceramah Kesihatan❌
Lawak Hiburan ✅ ✅✅

Kita intai sikit apa yang berlaku ketika perkongsian maklumat kesihatan mata di Rohm Wako semalam. Semestinya celoteh Dr Adil (Pakar Mata KBMC) membuatkan para hadirin tak kering gusi!

Sesungguhnya ketawa adalah ubat terbaik. Sesiapa yang masih takut berjumpa doktor, risau tentang apa jua keadaan, sekurang-kurangnya Dr Adil sentiasa membuatkan pesakit tersenyum & tertawa. Alhamdulillah.

Yang benar,
Optometrist KBMC

Jom, jumpa Dr Adil!

Mata dan penglihatan adalah anugerah tiada ganti.

06/08/2024

Katarak ialah suatu keadaan dimana kanta mata yang jernih menjadi keruh. Ini boleh diumpamakan seperti tingkap yang sebahagiannya diselaputi kotoran. Katarak terjadi akibat daripada proses penuaan, kecederaan mata, penyakit-penyakit tertentu atau pengambilan sesetengah jenis ubat. Katarak adalah punca utama kebutaan yang boleh dipulihkan.

Sekiranya anda mengalami sebarang gejala tersebut, anda perlu mendapatkan penilaian doktor mata yang profesional untuk diagnosis yang tepat dan perancangan rawatan yang sesuai.

06/08/2024

Masih tertangguh-tangguh nak tukar manik?
Jangan tunggu lagi, mungkin inilah waktu terbaik.

20/06/2024

Ucapkan selamat tinggal kepada katarak.

Selalu menghadapi masalah penglihatan ?
Anda mungkin mengalami masalah katarak.

Kota Bharu Medical Centre menyediakan perkhidmatan Pembedahan Katarak yang dilakukan oleh Doktor Pakar Kami.

Untuk maklumat dan temujanji, hubungi kami ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

20/06/2024

Bilakah kali terakhir anda buat pemeriksaan saringan mata? 🤓
Pemeriksaan mata oleh pakar mata dapat mengesan penyakit dan gangguan mata. Pemeriksaan saringan mata perlu dibuat bermula usia 40 tahun.

Kota Bharu Medical Centre (KBMC) menyediakan Pemeriksaan Saringan Asas Mata seperti berikut:

Pemeriksaan Asas Mata:
1) Ujian ketajaman mata
2) Pemeriksaan bahagian hadapan mata
3) Pemeriksaan bahagian belakang mata

Pemeriksaan Tambahan:
1) Masalah rabun
2) Saringan glaukoma

Untuk maklumat dan temujanji, hubungi kami ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

20/06/2024

Mata merupakan anugerah Tuhan yang sangat berharga jadi hargai mata anda.

Antara kekerapan yang sesuai untuk pemeriksaan mata mengikut umur adalah seperti berikut :
-Kanak-kanak berusia 1-5 tahun: Sekurang-kurangnya sekali setahun.
-6 tahun ke atas dan remaja: Sekurang-kurangnya sekali atau dua kali setahun.
-Orang dewasa: Sekurang-kurangnya dua kali setahun.
-Umur 65 tahun keatas: Sekurang-kurangnya setahun sekali.

Kota Bharu Medical Centre (KBMC) menawarkan khidmat Pemeriksaan Mata secara percuma.

Kesihatan mata anda keutamaan kami.
Untuk pertanyaan , hubungi kami di talian ☎09-7433399 atau whatsapp ke 📱019-9670799.

15/05/2024

Katarak boleh dirawat

Katarak selalu diabaikan sehingga penglihatan menjadi tidak jelas dan mengganggu aktiviti harian.

Jangan biarkan katarak mengganggu penglihatan anda, buat temujanji dengan pakar kami untuk dapatkan rawatan.

Untuk maklumat dan temujanji, hubungi kami ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

10/05/2024

Hari Ibu, 12 May semakin hampir. Sudah fikir hadiah apa yang mahu diberikan sebagai tanda penghargaan buat mereka?

Apa kata, bawa ibu tersayang untuk menjalani pemeriksaan mata secara menyeluruh (dengan pengembangan anak mata) di Klinik Pakar Mata KBMC.

KKM menyarankan setiap individu mendapatkan pemeriksaan mata secara berkala sebagai langkah pencegahan masalah mata. Penghidap penyakit tiga serangkai wajib menjalani pemeriksaan mata komprehensif untuk mengesan sebarang komplikasi pada mata dan mengelakkan kebutaan.

Jom buat appointment sekarang!

09/05/2024

| MAY is Healthy Vision Month |
Tips memelihara kesihatan mata :

1. Amalkan pemakanan seimbang; makanan yang kaya dengan vitamin A dan C, omega 3-6-9, zinc dan lutein bermanfaat untuk mata.
2. Memakai kaca mata hitam yang mempunyai pelindung radiasi UV.
3. Berhenti merokok.
4. Memakai cermin mata keselamatan ketika melakukan kerja berisiko atau sukan lasak.
5. Mengamalkan peraturan 20-20-20 untuk mencegah ketegangan mata.
6. Melakukan pemeriksaan mata terperinci secara berkala.

01/05/2024
29/04/2024

Apa yang penting, gunakan ubat preskripsi yang sah. Elakkan ubat belian kaunter tanpa pengawasan doktor.
Jom, dapatkan rawatan mata yang tepat di Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC .

Konjunktivitis adalah radang konjunktiva atau lapisan mukus yang menyelaputi bahagian putih mata. 👁️ Konjunktivitis selalunya disebabkan oleh jangkitan kuman seperti bakteria dan virus.

Konjunktivitis boleh berjangkit dari seorang pesakit kepada orang lain melalui sentuhan secara langsung, berkongsi tuala atau bantal, sentuhan muka atau berkongsi barang peribadi.

⚠️ Maka, langkah pencegahan bagi mengelakkan penyebaran jangkitan adalah penting untuk dipraktikkan kerana sesetengah konjunktivitis boleh mengakibatkan komplikasi pada kornea.

29/04/2024

Jom jumpa Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC 😉

Tahukah anda❓

Pemeriksaan mata 👁️👁️ perlu dilakukan secara berkala bagi mengekalkan penglihatan yang baik. Anda boleh membuat pemeriksaan mata di fasiliti kerajaan 𝗮𝘁𝗮𝘂 swasta.

Sayangilah mata anda.

09/04/2024

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Dari kami
WARGA

08/04/2024

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
Dari kami
KLINIK PAKAR MATA KBMC

Mencari palas pekan Segamat
Di lipat cermat seni ketupat
Pandu cermat cukupkan rehat
Elakkan mercun MATA selamat

28/03/2024

Salam Nuzul Al-Quran kepada semua umat Islam.

Marilah kita meraikan hari ini dengan memperbanyakkan ibadah dan menghayati kandungan ayat-ayat suci Al-Quran yang mampu memberi petunjuk ke jalan yang lurus.

27/03/2024

: KEBIASAANNYA selepas pembedahan katarak (tukar manik), pesakit perlu datang untuk janji temu susulan;

1) Keesokan hari pembedahan

2) 1 minggu selepas pembedahan

3) *6 minggu selepas pembedahan

4) *12 minggu selepas pembedahan

Tempoh paling penting dan memerlukan penjagaan rapi adalah 2 minggu selepas pembedahan.

Jadi jangka dan rancanglah waktu pembedahan untuk diri anda atau mak ayah anda.

*Waktu janji temu susulan bergantung juga keadaan pesakit.*

Jom tukar manik di Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC

Ucapkan selamat tinggal kepada katarak.

Selalu menghadapi masalah penglihatan?
Anda mungkin mengalami masalah katarak.

Kota Bharu Medical Centre menyediakan perkhidmatan Pembedahan Katarak yang dilakukan oleh Doktor Pakar Kami.

Untuk maklumat dan temujanji, hubungi kami ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

Photos from Eye Specialist Kota Bharu Medical Centre KBMC's post 19/03/2024

Habuk besi @ zarah logam masuk dan melekat pada kornea mata haruslah mendapatkan rawatan oleh PAKAR MATA dengan SEGERA.

Tanda - tanda mata masuk habuk besi ?
1. Mata pedih dan sakit
2. Terasa seperti ada pasir
3. Mata merah dan berair
4. Sensitif terhadap cahaya
5. Kabur penglihatan

Punca masuk habuk besi?
1. Melakukan kerja-kerja pemotongan besi / grinding.
2. Tidak memakai Safety Glasses.

Jika anda mengalami tanda-tanda seperti di atas, kunjungilah KLINIK MATA berdekatan untuk mendapatkan rawatan yang TEPAT untuk mengelakkan keadaan bertambah parah.

18/03/2024

Bila kali terakhir anda buat pemeriksaan saringan mata? 🤓
Pemeriksaan mata oleh pakar mata dapat mengesan penyakit dan gangguan mata. Pemeriksaan saringan mata perlu dibuat bermula usia 40 tahun.
Kota Bharu Medical Centre (KBMC) menyediakan Pemeriksaan Saringan Asas Mata seperti berikut:

Pemeriksaan Asas Mata:
1) Ujian ketajaman mata
2) Pemeriksaan bahagian hadapan mata
3) Pemeriksaan bahagian belakang mata
Pemeriksaan Tambahan:
1) Masalah rabun
2) Saringan glaukoma

Buat pemeriksaan segera sebelum anda hilang penglihatan ⚠️

Untuk maklumat dan temujanji, hubungi kami ditalian ☎ 09-743 3399 atau 📱 019-967 0799 (WhatsApp).

12/03/2024

Hari Glaukoma Sedunia : 12 Mac 2024

adalah penyakit mata yang menyerang dan menyebabkan kerosakan pada saraf optik.

menjadi pencuri senyap penglihatan kerana kebanyakan pesakit tidak tahu mereka mengalaminya sehinggalah mereka menjalani pemeriksaan mata.

adalah penyebab kebutaan ketiga tertinggi di Malaysia dan penglihatan yang terjejas tidak dapat dikembalikan.

tidak boleh sembuh, akan tetapi pengesanan dan rawatan awal mampu perlahankan kerosakan saraf optik dan menghalang kebutaan.

KBMC menawarkan saringan glaukoma, pemantauan tahap kerosakan saraf optik dan perkembangan penyakit, serta menyediakan rawatan sewajarnya.

11/03/2024

Manis-manis buah kurma,
Buah Tin dari Madinah;
Ramadhan Mubarak sudahpun tiba,
Semoga tekun dalam beribadah.

Selamat berpuasa kepada semua muslimin & muslimat.

10/03/2024

Vision and Eye Health Awareness Calendar in March

1-31 March : Save Your Vision Awareness Month
1-31 March : Workplace Eye Wellness Month
10-16 March : World Glaucoma Week (12 March : World Glaucoma Day)
17-23 March : World Optometry Week
(23 March : World Optometry Day)

Bulan Mac meraikan betapa pentingnya kesihatan mata dan penjagaan penglihatan.

1-31 Mac : Bulan Kesedaran Selamatkan Penglihatan
1-31 Mac : Bulan Kesihatan Mata di Tempat Kerja
10-16 Mac : Minggu Glaukoma Sedunia (12 Mac : Hari Glaukoma Sedunia)
17-23 Mac : Minggu Optometri Sedunia (23 Mac : Hari Optometri Sedunia)

Pakar Mata KBMC sentiasa komited menyediakan perkhidmatan penjagaan mata & penglihatan kepada semua lapisan masyarakat.

Want your practice to be the top-listed Clinic in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Ceramah Kesihatan❌ Lawak Hiburan ✅ ✅✅Kita intai sikit apa yang berlaku ketika perkongsian maklumat kesihatan mata di Roh...
UCAPAN SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Dari kamiWARGA #kotabharumedicalcentre #SihatDiKBMC
Happy Chinese New Year 2024!!
Shout out to my newest followers! Excited to have you onboard! Zulhariz Zulkifli, Adam Mikael
Bersempena #WorldSightDay ini, jom kita bersama-sama;- untuk penjagaan mata yang lebih baik- untuk semua orang, di mana-...

Category

Telephone

Website

Address


PT 179/184 , Jalan Sultan Yahya Petra Lundang
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00

Other Ophthalmologists in Kota Bharu (show all)
Klinik Pakar Mata Mutiara Klinik Pakar Mata Mutiara
Lot 1010-C, Jalan Sultan Yahya Petra, Kubang Kerian
Kota Bharu, 16150

Klinik Pakar Mata Mutiara (KPMM) telah ditubuhkan pada September 1996, beroperasi sehingga sekarang.

Klinik Pakar Mata i- RIS Klinik Pakar Mata i- RIS
KliniK Pakar Mata I-RIS, , PT 1443, PT 1444 Tingkat Bawah, Bandar Baru Tunjung
Kota Bharu, 16010

Untuk tempahan temujanji : �Hubungi +6017-9702077