Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Istiqamah Badang
Laman Facebook Rasmi SMU (A) Istiqamah Badang. "ISTIQAMAH MEMACU KEUNGGULAN UMMAH" Admin page ini adalah dikalangan kakitangan sekolah. Sekian,Wallahu a'lam
Sebarang Kemusykilan atau cadangan untuk sekolah, Bolehlah diutarakan di dinding page ini.
Selamat Hari Guru 2024 buat semua pendidik di SMU (A) Istiqamah Badang.
Terima kasih buat semua guru atas didikan dan curahan ilmu buat anak bangsa tanpa lelah dan jemu.
Semoga segala jasa dan bakti kalian mendapat sebaik-baik ganjaran di sisi Allah SWT.
Terima kasih wakil pelajar atas ucapan & video khas ingatan buat guru-guru SMUAIB.
"GURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI"
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
SELAMAT HARI GURU 2024
TEMA HARI GURU NEGERI KELANTAN : GURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI
“Addabani Rabbi Faahsana Ta’dibi” - Sebaik-baik didikan adalah didikan yang berpaksikan ketuhanan.
Selamat Hari Guru kepada semua pendidik, jasa guru tiada ternilai mendidik kita hingga berjaya. Kita dijadikan dengan penuh mulia seperti kain putih, tiada dosa, maka gurulah yang banyak mendidik kita menjadi orang yang beriman dan berjaya hingga cemerlang. Banyaknya jasa guru kepada kita sehingga Nabi Muhammad ﷺ sendiri menyebut dalam hadisnya mengenai kelebihan seorang guru yang sepatutnya kita hargai.
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكتَهُ وَأَهْلَ السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ حَتَّى النَّمْلَةَ فِيْ جُحْرِهَا وَحَتَّى الحُوْتَ لَيُصَلُّوْنَ عَلَى مُعَلِّمِ النَّاسِ الخَيْرَ
Maksudnya : “Sesungguhnya Allah SWT, para malaikat dan semua penduduk di langit dan di bumi, sehinggakan semut di sarangnya dan ikan (di lautan) pasti berselawat (mendoakan) kebaikan bagi orang yang mengajarkan kebaikan kepada manusia”. [Riwayat al-Tirmizi, no. Hadith 2609]
Maka sempena dengan sambutan Hari Guru Tahun ini sewajarnya Kerajaan Negeri Kelantan menghargai jasa guru dengan meletakkan tema “GURU MURABBI MEMBINA GENERASI RABBANI”.
fans
𝐒𝐎𝐋𝐀𝐓 𝐒𝐔𝐍𝐀𝐓 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐒𝐐𝐀'
9 MEI 2024 | 30 Syawal 1445H
Alhamdulillah pagi ini pihak sekolah telah mengadakan solat sunat Istisqa' yang diadakan di dataran Thobur berikutan cuaca panas yang berlarutan di Kelantan.
Solat sunat Istisqa' diimami Tuan Mudir, Ustaz Zainudin Bin Mat Yaacob dan kemudiannya disusuli dengan bacaan khutbah oleh Ustaz Mukhtar Bin Daud.
Kita berdoa semoga Allah menurunkan hujan dan rahmat buat kita semua.
اللَّهُمَّ اسْقِنَا غَيْثًا مُغِيثًا، مَرِيئًا مَرِيعًا، نَافِعًا غَيْرَ ضَارٍّ، عَاجِلًا غَيْرَ آجِلٍ
Maksudnya: “Ya Allah turunkanlah hujan kepada kami secara merata, menyegarkan, menyuburkan tanaman, bermanfaat tanpa mudharat serta kami mohon agar diturunkan hujan dengan segera tanpa ditangguh-tangguh.” [Riwayat Abu Daud (1169)]
𝐔𝐒𝐑𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐒𝐌𝐔𝐀𝐈𝐁 𝐊𝐀𝐋𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀
Alhamdulillah pada 8 Mei 2024 (Rabu) telah berlangsungnya usrah kali pertama melibatkan semua pelajar SMUAIB.
Usrah ini dikendalikan oleh Nuqoba' dalam kalangan pelajar serta barisan para guru dan asatizah.
Usrah kali pertama ini diisi dengan Pengenalan Kepada Usrah dan taaruf sesama ahli usrah secara santai.
Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan Nuqoba' yang terlibat. Jazakumullahu khairan kathira. Barakallah fikum.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐑𝐀𝐖𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍 & 𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐊𝐄𝐒𝐈𝐇𝐀𝐓𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐆𝐈𝐆𝐈𝐀𝐍
Alhamdulillah bermula 5 Mei 2024 (Ahad), pihak Klinik Pergigian Badang telah menjalankan pemeriksaan, rawatan dan ceramah kesihatan pergigian kepada pelajar SMU (A) Istiqamah Badang bermula pelajar tingkatan 1 dan berakhir dengan pelajar tingkatan 5.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua Pegawai Pergigian Klinik Kesihatan Badang yang terlibat.
Semoga rawatan ini dapat memastikan kesihatan gigi para pelajar berada pada tahap yang terbaik & semua murid dapat menjaga kebersihan gigi dengan betul dan berkesan.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐒𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓𝐀𝐍 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈
25 APRIL 2025 | 16 SYAWAL 1445H
Alhamdulillah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri peringkat sekolah tahun ini telah berlangsung dengan jayanya. Segala puji dan syukur dipanjatkan ke hadrat Allah SWT.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa pembuka majlis, kemudian disusuli dengan ucapan wakil guru dan diakhiri dengan ucapan oleh Ustaz Ahmad Fathan Bin Mahmood, YDP PIBG SMU (A) Istiqamah Badang.
Majlis turut diserikan dengan persembahan dari para pelajar antaranya pertunjukan silat, lakonan & qasidah. Seusai majlis, guru-guru, kakitangan dan para pelajar menjamu selera aneka juadah lebaran.
Salam Aidilfitri kami ucapkan, Maaf Zahir dan Batin, moga Allah terima segala amalan baik kita sentiasa.
تقبل الله منا ومنكم، كل عام وأنتم بخير
Jom rebut peluang berinfaq di hari Jumaat barakah.
Allah SWT berfirman:
"مَثَلُ الَّذِينَ يُنْفِقُونَ أَمْوَالَهُمْ فِي سَبِيلِ اللَّهِ كَمَثَلِ حَبَّةٍ أَنْبَتَتْ سَبْعَ سَنَابِلَ فِي كُلِّ سُنْبُلَةٍ مِائَةُ حَبَّةٍ ۗ وَاللَّهُ يُضَاعِفُ لِمَنْ يَشَاءُ ۗ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ"
Yang bermaksud: “Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai, tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi Meliputi ilmu pengetahuan-Nya. (Surah al-Baqarah: 261)
Semoga diberkati & dimurahkan rezeki buat para penyumbang/penginfak. Jazakumullah khairan kathira 🤲
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐑𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐈𝐃𝐈𝐋𝐅𝐈𝐓𝐑𝐈 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇 | 𝐌𝐀𝐀𝐅 𝐙𝐀𝐇𝐈𝐑 & 𝐁𝐀𝐓𝐈𝐍
Alhamdulillah setelah sebulan kita berjuang melawan hawa nafsu, dengan izinNya kita dapat meraikan Syawal dengan penuh rasa kesyukuran dan ketakwaan.
Seluruh warga SMU (A) Istiqamah Badang mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1445H buat semua kaum muslimin & muslimat khususnya ibu bapa & anak-anak pelajar SMUAIB. Maaf Zahir & Batin.
تقبل الله منا ومنكم صالح الأعمال
Taqabbalallahu minna wa minkum.
Semoga Allah menerima (puasa) kita dan menjadikan kita kembali kepada fitrah dan termasuk orang-orang yang mendapat keampunanNya.
من العائدين والفائزين، كل عام وأنتم بخير.
Sedar tak sedar Ramadan sudah sampai di penghujungnya. Begitu pantas masa berlalu. Semoga Allah mengampuni & menerima segala amalan kita sepanjang bulan Ramadan 🤲
𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌𝐀𝐍/𝐁𝐄𝐑𝐌𝐀𝐀𝐅𝐀𝐍 & 𝐏𝐄𝐌𝐁𝐄𝐑𝐈𝐀𝐍 𝐃𝐔𝐈𝐓 𝐑𝐀𝐘𝐀
Alhamdulillah seusai Majlis Khatam Al-Quran & Ceramah Nuzul Al-Quran semalam, diadakan juga sesi bersalaman & bermaafan antara para pelajar & guru-guru sempena hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri.
Pihak sekolah juga turut memberikan duit raya kepada para pelajar. Alhamdulillah nampak terukir senyuman di raut wajah anak-anak pelajar.
Di kesempatan ini, pihak sekolah ingin mengucapkan,
"SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN" buat semua warga SMUAIB.
كل عام وأنتم بخير. تقبل الله منا ومنكم
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐊𝐇𝐀𝐓𝐀𝐌 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 &
𝐂𝐄𝐑𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍
4 APRIL 2024 | 24 RAMADAN 1445H
Alhamdulillah pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran peringkat sekolah yang dipimpin oleh Tuan Mudir, Al-Fadhil Ustaz Zainudin Bin Yaacob.
Majlis kemudiannya disusuli Ceramah Nuzul Al-Quran yang disampaikan oleh penceramah jemputan iaitu Al-Fadhil Ustaz Hamdan Bin Ariffin (Penceramah Bebas).
Semoga para pelajar dapat mengambil manfaat dari perkongsian yang telah disampaikan berkaitan penurunan Al-Quran.
FIRMAN ALLAH SWT:
"كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ"
Maksudnya: “(Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu Wahai Muhammad), Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar.” [Surah As-Sad: 29]
𝐏𝐄𝐋𝐔𝐀𝐍𝐆 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍
Pihak sekolah membuka peluang buat tuan/puan berinfaq di bulan Ramadan yang mulia ini lebih-lebih lagi di fasa terakhir Ramadan bagi membantu pihak sekolah menyelenggara kebocoran kubah masjid & menaik taraf tempat berwuduk demi keselesaan para guru & pelajar insyaAllah.
Semoga Allah memberi sebaik-baik ganjaran di sisiNya buat para penginfaq/penyumbang. Jazakumullah khairan kathira.
Nabi Muhammad SAW bersabda:
والصدقة تطفىء الخطيئة كما تطفىء الماء النار
“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.”
(HR. Tirmidzi, dishahihkan Al Albani dalam Shahih At Tirmidzi, 614)
Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun:
𝗕𝗔𝗗𝗔𝗡 𝗠𝗔𝗦𝗝𝗜𝗗 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗤𝗔𝗠𝗔𝗛
𝟬𝟯𝟬𝟯𝟲𝟬𝟭𝟬𝟭𝟳𝟲𝟭𝟯𝟮 (𝗕𝗔𝗡𝗞 𝗜𝗦𝗟𝗔𝗠)
Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Istiqamah Badang Laman Facebook Rasmi SMU (A) Istiqamah Badang. "ISTIQAMAH MEMACU KEUNGGULAN UMMAH"
𝐒𝐀𝐋𝐀𝐌 𝐍𝐔𝐙𝐔𝐋 𝐀𝐋-𝐐𝐔𝐑𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌
17 RAMADAN 1445H | 28 MAC 2025
Salam Nuzul Al-Quran 1445H/2024 buat semua warga SMU (A) Istiqamah Badang.
Al-Quran mukjizat suci yang diturunkan buat Nabi Muhammad SAW. Semoga kita terus berpegang teguh & mengamalkan isi kandungan Al-Quran dalam kehidupan kita.
"Ya Allah, rahmatilah kami dengan Al-Quran, dan jadikan ia sebagai imam, cahaya, petunjuk serta rahmat bagi kami." Aamiin Ya Mujib.
𝟐𝟕 𝐌𝐀𝐂 𝟐𝟎𝟐𝟒 | 𝟏𝟔 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
Alhamdulillah Usrah Guru telah diadakan buat kali pertama bagi sesi persekolahan 2024/2025.
Pengisian Usrah disampaikan oleh YBrs. Tuan Mudir, Ustaz Zainudin Bin Mat Yaacob.
Seusai majlis usrah, telah diadakan sesi taklimat ringkas Perbankan Islam dan produk Bank Islam bersama Pengurus dan pegawai BIMB Cawangan Padang Garong.
Pihak sekolah mengucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian & penerangan yang telah diberikan.
𝐈𝐅𝐓𝐀𝐑 𝐉𝐀𝐌𝐀𝐈𝐄 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇/𝟐𝟎𝟐𝟒𝐌
26 MAC 2024 | 15 RAMADAN 1445H
Sekitar suasana Majlis Iftar Jamaie bersama guru-guru, kakitangan & para pelajar. Majlis ini turut dihadiri YDP PIBG, Ustaz Ahmad Fathan Bin Mahmood, barisan AJK PIBG dan beberapa orang guru yang telah bertukar sekolah lain baru-baru ini.
Majlis dimulakan dengan tadarus ayat Al-Quran, Surah Al-Imran ayat 75 - 80 yang disampaikan oleh Ustaz Mukhtar Bin Daud.
Alhamdulillah terima kasih kepada semua pihak yang membantu menjayakan majlis iftar hari ini. Jazakumullahu khairan jaza'. Semoga majlis hari ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kita.
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐖𝐀𝐓𝐈𝐊𝐀𝐇 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐈𝐊𝐀𝐍 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐈𝐌𝐏𝐈𝐍𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
18 MAC 2024 | 7 RAMADAN 1445H
Alhamdulillah hari ini berlangsungnya Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah Sesi 2024/2025 yang dirasmikan oleh Ustaz Ahmad Fathan Bin Mahmood, YDP PIBG SMU (A) Istiqamah Badang.
Tahniah dan takziah buat para pimpinan baharu sekolah. Selamat menjalankan tugas dengan penuh amanah & tanggungjawab. Siiru 'Alaa Barakatillah.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐀𝐓𝐔𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐋𝐀𝐁
14 MAC 2024 | 3 RAMADAN 1445H
Alhamdulillah hari terakhir pada minggu pertama persekolahan, Persatuan dan Kelab SMU (A) Istiqamah Badang sesi 2024/2025 mengadakan beberapa aktiviti antaranya:
-Aktiviti berkump**an
-Aktiviti serlah bakat dan potensi
-Aktiviti ekspresi seni kreatif
-Penerangan sukan & permainan / kelab persatuan
Selain aktiviti-aktiviti tersebut, diselangi juga Tazkirah Ramadan ringkas dari Ustaz Abdullah Alim Bin Abdul Salam pada waktu rehat.
Semoga program-program yang dianjurkan sekolah selama seminggu ini dapat memberi input yang bermanfaat buat anak-anak pelajar SMUAIB insyaAllah.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐏𝐑𝐎𝐆𝐑𝐀𝐌 𝐔𝐍𝐈𝐓 𝐃𝐀𝐊𝐖𝐀𝐇 𝐒𝐌𝐔 (𝐀) 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐐𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆
13 MAC 2024 | 2 RAMADAN 1445H
Alhamdulillah hari ini Unit Dakwah sekolah mengadakan Solat Hajat, Solat Dhuha & bacaan Surah Yaasin bersama guru-guru & para pelajar sempena sesi persekolahan baru 2024/2025.
Program dimulakan dengan Solat Hajat & Solat Dhuha yang diimami oleh Ustaz Mukhtar Bin Daud dan seterusnya mengetuai bacaan Yaasin.
Bersambung slot kedua, Ustaz Mukhtar turut menyampaikan Ceramah Ihya' Ramadan dan seusai ceramah tersebut diadakan Kuiz Ramadan.
Alhamdulillah program berjalan lancar. Semoga kita semua sentiasa diberkati & dirahmati Allah SWT.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐈𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐃𝐄𝐌𝐈𝐊
12 MAC 2024 | 1 RAMADAN 1445H
Selain aktiviti menulis mufradat Bahasa Arab, Panitia Akademik juga menganjurkan aktiviti mewarna melibatkan pelajar Tingkatan 1 & 2.
Manakala pelajar Tingkatan 3, 4 & 5 p**a diadakan aktiviti melukis poster "Kembali Ke Sekolah".
Warna lukisan yang paling cantik & poster yang terbaik dipilih menjadi pemenang dan diberi saguhati oleh guru-guru dari Panitia Akademik.
Apa-apapun terbaik adik-adik pelajar SMUAIB. Kreatif blako 👍🏻
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐀𝐊𝐓𝐈𝐕𝐈𝐓𝐈 𝐏𝐀𝐍𝐈𝐓𝐈𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐀𝐒𝐀 𝐀𝐑𝐀𝐁
12 MAC 2024 | 1 Ramadan 1445H
Alhamdulillah hari ni berlangsungnya aktiviti anjuran Panitia Bahasa Arab SMU (A) Istiqamah Badang. "MENULIS MUFRADAT BAHASA ARAB".
Para pelajar dibahagikan kepada beberapa kump**an dan mereka perlu menulis seberapa banyak perkataan Bahasa Arab yang mereka ketahui di atas kertas mahjong mengikut kreativiti masing-masing.
Aktiviti ini bertujuan meningkatkan lagi kosa kata Bahasa Arab dalam kalangan pelajar selain memupuk minat belajar Bahasa Arab dalam keadaan santai tetapi berisi.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐌𝐀𝐑𝐇𝐀𝐁𝐀𝐍 𝐘𝐀 𝐑𝐀𝐌𝐀𝐃𝐀𝐍 𝟏𝟒𝟒𝟓𝐇
12 MAC 2024 | 1 RAMADAN 1445H
Selamat menjalani ibadah puasa buat semua warga SMU (A) Istiqamah Badang.
Semoga Ramadan tahun ini lebih bermakna dari tahun-tahun sebelumnya.
Manfaatkan sebaiknya bulan yang dilipatgandakan pahala ini dengan meningkatkan amal soleh. Perbanyakkan membaca Al-Quran, bersedekah, qiamulail, zikir dll.
Semoga Allah menerima segala amalan kita & mengampuni segala dosa kita sepanjang Ramadan 🤲.
Nabi ﷺ bersabda:
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ
Maksudnya: Siapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah ﷻ, maka akan diampunkan segala dosanya yang telah lalu.
Riwayat Al-Bukhari (38)
𝟭𝟭 𝗠𝗔𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰 | 𝟯𝟬 𝗦𝗬𝗔𝗔𝗕𝗔𝗡 𝟭𝟰𝟰𝟱𝗛
Lensa sekitar Taklimat Penubuhan dan Perjumpaan Badan Beruniform, Kelab/Persatuan & Rumah Sukan SMU (A) Istiqamah Badang bagi sesi 2024/2025.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
10 MAC 2024 | 29 SYAABAN 1445H
Ahlan Wasahlan buat pelajar baru tingkatan 1 & selamat kembali buat pelajar lama sesi persekolahan 2024/2025.
Pihak sekolah mendoakan semoga anak-anak pelajar dipermudahkan segala urusan dalam menuntut ilmu. Semoga kalian berjaya dunia akhirat insyaAllah.
Burung merpati di dalam sangkar,
Baru sepurnama dapat dijerat,
Kalau kita rajin belajar,
Ilmu diguna banyak didapat.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐌𝐀𝐉𝐋𝐈𝐒 𝐋𝐀𝐌𝐁𝐀𝐈𝐀𝐍 𝐊𝐀𝐒𝐈𝐇 | 𝐒𝐀𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆 𝐁𝐔𝐃𝐈 𝐆𝐔𝐑𝐔 𝐁𝐄𝐑𝐏𝐈𝐍𝐃𝐀𝐇
9 MAC 2024 | 28 SYAABAN 1445H
"𝙎𝙚𝙩𝙞𝙖𝙥 𝙥𝙚𝙧𝙩𝙚𝙢𝙪𝙖𝙣 𝙥𝙖𝙨𝙩𝙞 𝙖𝙙𝙖 𝙥𝙚𝙧𝙥𝙞𝙨𝙖𝙝𝙖𝙣"
Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SMU (A) Istiqamah Badang buat Cikgu Raja Adnan Amiruddin Makki Bin Raja Ahmad dan Cikgu Syazwani Binti Adnan.
Cikgu Adnan berpindah ke SMU (A) Darul Anuar manakala Cikgu Syazwani berpindah ke Maahad Muhammadi Tumpat.
Pihak sekolah mengucapkan selamat maju jaya di tempat baharu dan moga dipermudahkan segala urusan cikgu berdua insyaAllah.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
𝐀𝐆𝐈𝐇𝐀𝐍 𝐒𝐔𝐌𝐁𝐀𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐊𝐄𝐏𝐀𝐃𝐀 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐀𝐍𝐀𝐊 𝐘𝐀𝐓𝐈𝐌 𝐒𝐌𝐔 (𝐀) 𝐈𝐒𝐓𝐈𝐐𝐀𝐌𝐀𝐇 𝐁𝐀𝐃𝐀𝐍𝐆
Alhamdulillah hari ini pihak sekolah diamanahkan untuk menyampaikan sumbangan dari hamba Allah kepada pelajar anak yatim di sekolah ini.
Semoga sedikit sumbangan tersebut dapat meringankan sedikit perbelanjaan mereka ke sekolah.
Pihak sekolah juga mendoakan semoga dimurahkan rezeki serta dipermudahkan segala urusan buat si pemberi. Jazakallah khairan kathira.
𝐇𝐀𝐑𝐈 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐋𝐀𝐉𝐀𝐑 𝐁𝐀𝐑𝐔 & 𝐋𝐀𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐄𝐊𝐎𝐋𝐀𝐇𝐀𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓
9 MAC 2024 | 28 SYAABAN 1445H
Alhamdulillah Pendaftaran Pelajar Baru & Lama bagi sesi persekolahan 2024/2025 hari ini berjalan dengan lancar.
Pihak sekolah mengucapkan,
"SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH" buat anak-anak pelajar.
Semoga anak-anak sekalian datang ke sekolah dengan penuh semangat dan iltizam untuk menuntut ilmu pada hari esok dan hari seterusnya insyaAllah.
"𝙄𝙎𝙏𝙄𝙌𝘼𝙈𝘼𝙃 𝙈𝙀𝙈𝘼𝘾𝙐 𝙆𝙀𝙐𝙉𝙂𝙂𝙐𝙇𝘼𝙉 𝙐𝙈𝙈𝘼𝙃"
Pihak sekolah merakamkan ucapan jutaan terima kasih atas khidmat bakti yang telah diberikan sepanjang berkhidmat di SMUIB buat Ustaz Ahmad Khalid Walidy bin Mohd Saleh, Ustaz Mohamad Al Amin bin Zakaria dan Cikgu Muhammad Faris Irfan bin Radzali.
Ustaz Khalid akan berpindah ke Maahad Muhammadi Perempuan, Ustaz Amin akan ke Maahad Ar-Rahmah Kenali manakala Cikgu Faris akan ke Maahad Tarbiah Mardhiah Panchor. Selamat maju jaya kami ucapkan di tempat baharu dan dipermudahkan segala urusan.
Tamat sudah perjuangan calon-calon Sijil Menengah Ugama (SMU) 2023. Gambar kenang-kenangan para calon bersama Tuan PK Pentadbiran dan para pengawas peperiksaan.
Semoga anak-anak pelajar calon SMU 2023 mendapat kejayaan dan cemerlang sentiasa.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu
15350
Opening Hours
Monday | 08:00 - 15:00 |
Tuesday | 08:00 - 15:00 |
Wednesday | 08:00 - 15:00 |
Thursday | 08:00 - 15:00 |
Sunday | 08:00 - 15:00 |
Jalan Merbau, Off Jalan Maahad
Kota Bharu, 15300
This is the official Facebook Fanpage of Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu.
Jalan RAJA PEREMPUAN ZAINAB 2
Kota Bharu, 16100
Pusat Sumber Sekolah Umar Khayyam
Melor
Kota Bharu, 16400
Halaman ini untuk semua pelajar dan staf atau bekas pelajar dan staf di Sekolah Menengah Kebangsaan Melor
Jalan Long Yunus Kota Bharu
Kota Bharu, 15200
Maahad Pengajian Islam ditubuhkan pada 17 Januari 1959
Jalan Raja Perempuan Zainab II
Kota Bharu, 16100
SMK Panji mula dibuka pada 1 Januari 1984 di kawasan seluas 18 ekar di Kampung Panji . Kawasan tapak sekolah ini asalnya adalah sawah padi yang telah diteb
Jalan Pantai Cahaya Bulan
Kota Bharu, 15350
Kaya Ilmu Bertuah Badan. Nama asalnya ialah SM Rendah Banggol dan mula dibuka pada tahun 1965.
Kampung Padang Raja
Kota Bharu, 16400
Sebarang persoalan atau kemusykilan, bolehlah bertanya terus di 'wall' page ini. Tidak perlu 'inbox'
Bukit Marak
Kota Bharu, 16150
Pgetua : En Kamaruzaman b Awang PKP : En Zainuri b Awang PK HEM : En Nik PKKO : En Rostan b Yusoff
Kompleks Sekolah-sekolah
Kota Bharu, 15300
Sekolah Menengah Kebangsaan Ismail Petra (Sekolah Kluster Kecemerlangan)
Jalan Merbau
Kota Bharu, 15300
Unit Info Grafik merupakan bidang tugas yang mengumpul serta mendokumentasi aktiviti dan program sekolah sepanjang tahun untuk dikongsi bersama.
Jalan Long Yunus Kota Bharu
Kota Bharu, 15200
Maahad Pengajian Islam ditubuhkan pada 17 Januari 1959 dengan menumpang di bawah bumbung Maahad Muhammadi Jalan Merbau Kota Bharu