Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.

Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.

Nearby transport services

Sampugita Holidays
Sampugita Holidays
Wakaf Siku

CITRA TRAVEL & TOURS SDN. Mat), 012-9374430 (Tn. Hj. Kamel)

BHD. || F-1 Jalan Bayam 15200 Kota Bharu Kelantan.|| Tel : 09-7449179 (Tiketing), 09-7884707 (Fax/Tiketing), 09-7472431 (Haji & Umrah).|| Hubungi pegawai perkhidmatan kami di : 017-9292691 (Hj. BHD. || F-1 Jalan Bayam 15200 Kota Bharu Kelantan.|| Tel :09-7449179 (Tiketing), 09-7484707 (Fax/Tiketing), 09-7472431 (Haji & Umrah).|| Hubungi pegawai perkhidmatan kami di: 017-9292691 (Hj.

06/09/2024

HAJI ERA BARU!

Adakah semua berpeluang menunaikan haji tanpa ada giliran?

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 26/08/2024

𝗨𝗠𝗥𝗔𝗛 𝗕𝗜𝗠𝗕𝗜𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗜𝗦𝗧𝗜𝗠𝗘𝗪𝗔!

Bersama 𝗗𝗿. 𝗔𝘇𝗵𝗮𝗿 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 dibulan Syaaban 1446H pada 15-26 Feb 2025.

Bimbingan bertauliah yang akan menyantuni bakal jemaah sepanjang berada di Tanah Suci.

"BIMBINGAN PROF DR. AZHAR MEMANG TERBAIK" - Hjh Rasiah (Haji 2024)

"Terima kasih kepada Prof Dr Azhar Muhammad- tazkirah dan sejarah kisah perjuangan baginda Rasulullah dan sahabat2Nya sgt berkesan dan menarik." - Hj Che Hassan (Haji 2024)

Rebut peluang ini dan nikmati 𝗗𝗜𝗦𝗞𝗔𝗨𝗡 𝗥𝗠𝟮𝟬𝟬 khas untuk Alumni Citra Travel!

𝑲𝑬𝑰𝑺𝑻𝑰𝑴𝑬𝑾𝑨𝑨𝑵 𝑷𝑨𝑲𝑬𝑱 𝑰𝑵𝑰;

✅Visa UMRAH.
✅Hotel 5 Bintang jarak DEKAT.
✅Makan FULLBOARD 3x sehari.
✅Penerbangan TERUS KULJED (MH).
✅Train ke Madinah.
✅12 HARI 10 MALAM.
✅Umrah 3x.
✅Slot RAUDAH Muasassah.
✅Bermalam di Taif & Nasi Mandy.
✅LEBIH 20 tempat Ziarah + BADAR.
✅9 Hadiah Eksklusif.
✅Jamuan Makan Malam di Muzdhalifah.

𝑲𝑬𝑳𝑬𝑩𝑰𝑯𝑨𝑵 𝑻𝑼𝑵𝑨𝑰 𝑼𝑴𝑹𝑨𝑯 𝑩𝑬𝑹𝑺𝑨𝑴𝑨 𝑲𝑨𝑴𝑰;

✅Agensi Berlesen MOTAC (KPK/LN 1431).
✅Pengelola Jemaah Haji berpengalaman.
✅Rekod bersih selama 37 tahun operasi.
✅Kerjasama Muasassah Al Zuhdi Group di Arab Saudi.
✅Petugas Professional Tanah Air & Tanah Suci.
✅TIKET CONFIRMED BERDEPOSIT.

Wasap segera untuk daftar!

www.wasap.my/60166604652/UmrahProfAzhar
www.wasap.my/60166604652/UmrahProfAzhar
www.wasap.my/60166604652/UmrahProfAzhar

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 24/08/2024

Alhamdulillah.

Telah selesai sesi Kursus Umrah yang telah dianjurkan bersama Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. dan Masjid As-Salam, Pengkalan Chepa.
Dengan kehadiran bakal jemah Umrah yang akan berangkat pada bulan September dan Oktober serta lain-lain jemaah.
Diharap Kursus Umrah ini dapat memberikan ilmu asas, gambaran serta pengalaman yang berguna untuk semua bakal jemaah di Tanah Suci nanti.
Allhumma Amiiin..

14/08/2024

Kursus UMRAH TERBUKA.

Untuk warga sekitar Masjid As Salam, Pengkalan Chepa dan sekitarnya.

Jom sertai kami!

Butiran lanjut seperti dibawah;

Tarikh: 24 Ogos 2024, Sabtu.
Waktu: 08:30 pagi - 12:00 tgh hari.
Tempat: Masjid As Salam, Pengkalan Chepa.

Akan disampaikan oleh;

Ust. Dr. Azhar Muhammad
Pembimbing Ibadat Haji Tanah Air (PEKTA)
Pembimbing Ibadat Haji Tanah Suci (PIHTAS)

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 17/07/2024

Lensa Haji 1445H : Ketibaan Jemaah Haji di Tanah Air.

Alhamdulillah, telah tiba dengan selamat kesemua jemaah haji Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. di Tanah Air jam 9 malam tadi dengan pesawat Saudi Airlines SV5008.

Terpancar wajah ceria dan gembira para jemaah yang telah lama meninggalkan tanah air dan ahli keluarga tersayang. Tidak sabar untuk bertemu mata dan p**ang ke pangkuan mereka yang tersayang. Setiap dari mereka p**ang dengan keberkatan, dan yang ditinggalkan p**a menanti dengan hati yang penuh rindu. Semoga pertemuan mereka diberkati Allah.

Dengan ketibaan ini, maka berakhirlah operasi haji bagi musim haji 1445H/2024M. Dan di setiap pertemuan akan adanya perpisahan. Pun begitu, tautan kasih yang terbina sepanjang madrasah haji akan kekal di sanubari setiap jemaah dan akan berkekalan selamanya.

Kami doakan agar diberikan kemudahan, keselamatan dan afiah dari Allah untuk semua jemaah haji, semoga tiba ke destinasi dengan selamat. Dan tidak akan kami sesekali lupa untuk mendoakan Haji Yang Mabrur untuk mereka semua.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 11/07/2024

Lensa Haji 1445H : Ketibaan Jemaah Haji di Madinah.

Madinah menyambut ketibaan Jemaah Haji dengan kemurahan dan kemuliannya. Bandar yang penuh dengan tertib dan adab. Bandar yang menjanjikan ketenangan dan kedamaian.

Para jemaah disambut dengan alunan Qasidah dan taburan kelopak mawar yang menjadi adat menyambut tetamu masyarakat Arab. Pelbagai manisan, tamar ajwah dan Zamzam dihidangkan kepada Jemaah.

Ketibaan jemaah disambut dengan penuh hangat oleh wakil Muasassah Al Zuhdi Group yang menjadi penaung kepada Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. di Tanah Suci.

Jemaah akan berada di Madinah untuk beberapa hari, semoga diberikan kesihatan dan kekuatan untuk meneruskan baki hari dengan amal soleh dan kebaikkan.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 11/07/2024

Lensa Haji 1445H : Bertolak ke Madinah

Alhamdulillah,

Seperti mana musim haji yang lepas, untuk lebih keselesaan…semua jemaah haji Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. dibawa ke Kota Madinah menggunakan kereta api laju @ haramain speed train.

Perjalanan yang biasanya mengambil masa 7-8 jam menggunakan bas dipendekkan kepada 4-5 jam bila menggunakan kereta api laju. Kemudahan yang disediakan juga amat baik bagi memudahkan perjalanan jemaah haji terutamanya kepada jemaah yang berumur dan uzur.

In shaa Allah jemaah akan menuju ke Kota Madinah bagi meneruskan baki perjalanan haji. Dan semoga Madinah dapat memberikan kerehatan dan ketenangan kepada mereka.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 10/07/2024

Lensa Haji 1445H : Majlis Khatam Al Quran & Doa Selamat.

Diantara kelaziman dan menjadi sebahagian dari galakkan khusus untuk para Jemaah khatam Al Quran minimum 1 kali.

Disebut dalam kitab الاِيضاح في مناسك الحج والعمرة karangan Imam An Nawawi, menjadi perkara sunat untuk jemaah haji mengkhatamkan Al Quran sepenjang berada di Tanah Suci.

Dengan kelebihan gandaan pahala yang dijanjikan keatas Tanah Haram, membaca Al Quran juga menjadi sebahagian amal soleh yang amat digalakkan bagi mengisi masa yang ada.

Hari ini jemaah haji Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. akan bertolak ke Madinah meninggalkan Kota Makkah. Semalam diraikan para jemaah dengan Majlis Khatam Al Quran dan bacaan Doa Selamat yang diketuai Prof Madya Dr. Azhar Muhammad sebagai khulasah kepada keberadaan jemaah haji di Kota Makkah.

Semoga Allah mengurniakan semua jemaah haji dengan Husnul Khatimah, seperti mana berakhirnya hari-hari akhir di Kota Makkah. Dan diberikan pentunjuk seperti mana cahaya yang memancar di Kota Madinah tempat yang akan dituju.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 09/07/2024

Lensa Haji 1445H : Ziarah Taif

Jemaah haji kali ini dibawa ke Taif dalam rangka aturcara yang telah diatur bagi melengkapkan jejak langkah jemaah menelusuri Sirah Nabawiyyah di sekitar dua Tanah Haram.

Taif merupakan satu tempat yang menjadi saksi kepada kerja dakwah Nabi SAW dan ianya merupakan tempat yang paling trajis dalam kehidupan Nabi SAW.

Imam al-Bukhari melalui sanadnya menceritakan dengan panjang lebar hadith dari Urwah Ibn al-Zubair bahawa 'A'isyah (r.a) telah meriwayat
hadith kepadanya di mana beliau telah berkata kepada Rasulullah, Adakah pernah di suatu hari tuan hamba merasa lebih berat dari peperangan Uhud?

Jawab Rasulullah: Daku telah menerima penyiksaan dari kaum kau segala-galanya, yang terlebih berat ku tanggungnya ialah peristiwa hari al-Aqabah di hari itu ku telah memperkenalkan diriku kepada anak Abdul Yalii bin Abdul Kalal, namun mereka tetap tidak menyahut seruanku itu, ku beredar dari situ, membawa diri penuh kehibaan dan duka nestapa, tanpa menyedari kecuali setelah sampai ke Qarn al-Tha'alib yang dikenali sebagai Qarn al-Manazil ku mendongak ke langit, tiba-tiba sahaja ku melihat mendung tebal memayungi daku, ku renung lagi, ku dapati Jibril, beliau menyeru daku dengan katanya:

Sesungguhnya Allah telahpun mendengar kata-kata kaum kau itu dan segala jawapan dan penolakan mereka terhadapmu itu, justeru itu maka Allah telah mengutus malaikat penguasa gunung-ganang untuk kau perintahkannya bertindak terhadap kaum kau itu.

Malaikat penguasa gunung-ganang tadi memanggil Baginda serta memberi salam pada aku dan berkata: Wahai Muhammad, itu dia bukit-bukit, apa yang kau mahu, sekiranya kau mahu aku tangkupkan mereka dengan bukit
al- Akhsyabain itu, nescaya ku lakukan.

Al-Akhsyabain ialah dua buah bukit di Makkah, iaitu bukit Abu Qubais dan bukit Qaiqa'an.

Jawab Rasulullah: Tapi apa yang ku harapkan ialah agar Allah mengeluarkan zuriat dari keturunan mereka itu benih-benih yang akan menyembah Allah yang Esa tanpa mempersekutukan Allah sesuatu apa pun.

Begitu besar dugaan dan halangan dakwah Nabi SAW. Jika nak dibandingkan dengan kepayahan, kesusahan dan keperitan yang dilalui oleh Jemaah Haji…apalah bandingannya?

Semoga perjalanan kali ini dapat memberikan santapan jiwa yang akan menguatkan lagi tekad Jemaah Haji untuk menjadi hambaNya yang lebih baik.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 03/07/2024

Lensa Haji 1445H : Ziarah Ibrah Sekitar Masjid Al Haram.

Bepagi-pagian menuju ke Lembah Bakkah, menelusuri tempat-tempat bersejarah yang menjadi saksi kepada sejarah kehidupan Sayyidul Ambia.

Bermula di Syi'ib Abi Thalib yang terletak disebelah kawasan Safa dan marwah, jemaah diberikan latar kehidupan perkampungan Nabi SAW. Sebuah Maktabah yang asalnya merupakan Mawlid (tempat lahir) Nabi SAW adalah satu-satunya bangunan yang menjadi mercu tanda asas penceritaan disini.

Kemudian, Prof Dr Azhar Muhammad menlanjutkan lagi dengan kisah dakwah Nabi SAW yang bermula dari Dar Al Arqam yang terletak berdekatan bukit Safa secara tertutup dan senyap-senyap.

Kisah dakwah bertambah hebat bila diceritakan berkenaan Wahyu yang mengarahkan Nabi untuk berdakwah secara terang-terangan dan Nabi terus naik ke Jabal Abi Qubais. Sehinggakan timbul permintaan dari Quraish untuk tukarkan Jabal Abi kepada emas seperti mana kisahnya pengikut Nabi Musa.

Namun, ALLAH SWT telah memberikan Mukjizat yang masyhur berkenaan paristiwa belah bulan dan ianya berlaku diatas Jabal Abi Qubais.

Kemudian, perjalanan Ibrah ini diteruskan lagi ke Ghazzah dan penceritaan berkisar Fathul Makkah dan Masjid Rayah (Bendera). Terdapat 2 Masjid yang dibina berdekatan kawasan ini, Masjid Sajarah dan Masjid Jin.

Marhalah terakhir adalah Jannatul Maala, yang menjadi tempat bersemadinya Wanita dan Manusia Pertama yang beriman dengan Nabi SAW.

Semoga perjalanan ini memberikan sedikit kesegaran jiwa kepada semua jemaah agar hati mereka membugar dengan iman.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 03/07/2024

Repost untuk program Ziarah Tambah Iman di sekitar Masjid Al Haram bagi Jemaah Haji Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. bagi musim haji 1445H/2024M.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 01/07/2024

Lensa Haji 1445H : Majlis Kesyukuran Haji Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. Musim Haji 1445H/2024M.

Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Kesyukuran dan Perasmian Penutup Operasi Haji 1445H/2024M.

Majlis diadakan di Istirahat Romantic yang dihadiri oleh semua Jemaah Haji, Petugas Haji dan staff sokongan Citra Travel bagi musim haji ini.

Bertemakan'Arabian Night', semua hadir dalam keadaan segak berpakaian thob putih bagi lelaki dan abaya hitam bagi wanita. Majlis diisikan dengan program tahlil & tausiah santapan rohani untuk para jemaah.

Majlis diserikan lagi dengan Majlis Penyerahan Sijil Pengiktirafan kepada setiap jemaah sebagai tanda syukur dan ingatan telah menyempurkan ibadah Haji 1445H.

Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Citra Travel, Tn. Hj. Mohd Athif Mohd Kamel.

Tidak lengkap Majlis Kesyukuran tanpa santapan makan. Jemaah disajikan dengan makanan yang pelbagai, campuran makanan arab dan Melayu, Kambing & ayam golek, Khunafa & manisan, Jus & buah-buahan.

Semoga Allah menerima segala amal soleh kita semua dan diganjari dengan sebaik-baik balasanNya yakni Syurga.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 30/06/2024

Lensa Haji 1445H : Ziarah ke Muzium Wahyu.

Jemaah haji Citra Travel & Tours Sdn. Bhd. dibawa ke Muzium Wahyu di Hira District. Muzium ini memaparkan maklumat dan cerita-cerita berkenaan wahyu, Sejarah Penurunan Wahyu dan Makkah sebagai pusat ketamadunan berdasarkan wahyu.

Di dalamnya juga menempatkan pameran Al Quran, sejarah penulisan dan artifak berkaitan Al Quran.

Kemudian jemaah dibawa ke Miqat Jaaranah untuk berniat Umrah kali ke5 sepanjang berada disini untuk musim haji kali ini.

15/06/2024

Arafah, hari perhimpunan anugerah dan nikmat.

Sabda Nabi saw…

Haji itu adalah Arafah.

Arafah adalah hari perhimpunan agung, menghimpunkan seluruh jiwa yang telah ditakdirkan hadir dalam keadaan apapun.

وَاَذِّنْ فِى النَّاسِ بِالْحَجِّ يَأْتُوْكَ رِجَالًا وَّعَلٰى كُلِّ ضَامِرٍ يَّأْتِيْنَ مِنْ كُلِّ فَجٍّ عَمِيْقٍۙ
[Al Haj 27]

(Wahai Ibrahim), serulah manusia untuk (mengerjakan) haji, niscaya mereka akan datang kepadamu dengan berjalan kaki dan mengendarai unta kurus (kerana perjalanan yang jauh) yang datang dari segenap penjuru yang jauh.

Tempat ini dinamakan Arafat seperti mana difirmankan Allah dan semuanya tidak akan terkecuali darinya melainkan hadir. Tiada apa yang membezakan mereka, semuanya adalah setara darjat.

ثُمَّ اَفِيْضُوْا مِنْ حَيْثُ اَفَاضَ النَّاسُ وَاسْتَغْفِرُوا اللّٰهَۗ اِنَّ اللّٰهَ غَفُوْرٌ رَّحِيْمٌ
[Al baqarah 199]

Kemudian, bertolaklah kamu dari tempat orang-orang bertolak (Arafat) dan mohonlah ampunan kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Allah telah menempelak Arab Jahiliyyah yang menyangka mereka lebih mulia dari orang kebanyakan dan tidak keluar dari tanah Makkah itu sebagai penghormatan kepada Kaabah dan Tanah Haram pada pandangan mereka yang menyalahi Manasik yang ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim as.

Inti kepada ibadah adalah menzahirkan kehambaan, taat kepada perintah Allah SWT dengan ikhlas. Tiada beza diantara mereka yang kaya & miskin, berpangkat & orang kebanyakan, putih & hitam, Arab mahupun bukan Arab.

Kesamarataan, kesederhanaan & keabdian ini menunjukkan kepada kita akan keagungan & kemuliaan Allah SWT.

Dengan itu pada hari ini, Allah berfirman;

‎إِنَّ اللهَ لَيُبَاهِيْ الْمَلاَئِكَةَ بِأَهْلِ عَرَفَاتٍ يَقُوْلُ: اُنْظُرُوْا إِلىَ عِبَادِيْ شَعْثًا غَبْرً

Sesungguhnya Allah membanggakan orang-orang yang wukuf di Arafah kepada para malaikat. Allah berkata kepada mereka: Lihatlah para hamba-Ku, mereka dalam keadaan kusut dan berdebu. (HR. Ahmad 2/305, Ibnu Khuzaimah 2839)

Dalam firman yang lain;

‎ ثم يباهي بهم الملائكةَ فيقول : ما أراد هؤلاءِ

Sesungguhnya Allah mendekat dan berbangga di hadapan para malaikatnya serayaberkata: Apa yang mereka inginkan?. (HR. Muslim)

Ya, inilah harinya…inilah harinya!

Hari yang mana Allah taala sangat pemurah dan dengan penuh bangga menjanjikan apa sahaja yang dihajat oleh hambaNya. Hari anugerah, hadiah dan penghormatan hanya kepada mereka yang hadir berwukuf.

Imam an-Nawawi rahimahullah berkata: “Hadits ini jelas sekali menunjukkan keutamaan hari arafah”.

Bermula waktu zohor sehinggalah terbenamnya matahari, manfaatkanlah setiap detik yang ada untuk memohon doa & hajat kepada ArRahman. Selangilah doa kalian dengan talbiah & tahlilan seperti yang diajarkan oleh sebaik-baik Qudwah Ar Rasul SAW.

‎أَفْضَلُ الدُّعَاءِ دُعَاءُ يَوْمِ عَرَفَةَ وَأَفْضَلُ مَا قُلْت أَنَا وَالنَّبِيُّونَ مِنْ قَبْلِي لَا إلَهَ إلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ ، وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ

Sebaik-baik doa, doa hari Arafah dan apa yang aku dan Nabi-nabi sebelumku katakan; Tiada tuhan selain Allah yang esa. Tiada sekutu bagi-Nya. Segala kekuasaan dan pujian bagi-Nya. Dia kuasa atas segala sesuatu.

Semoga Allah taala menerima wukuf kita dan segala hajat, doa dan keinginan kita dimaqbulkan dengan kemulian hari ini.

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 10/06/2024

PROGRAM SABIL CITRA HAJI 1445H

Alhamdulillah hari ini telah disempurnakan program Sabil dana dari sumbangan & lebihan bayaran Qurban Jemaah Haji.

Sebanyak 250 set Nasi Arab + Air diagihkan kepada jemaah haji di kawasan Ajyad Street.

In shaa Allah, besok baki 250 set lagi akan diagihkan bagi memanfaatkan baki dana yang masih ada.

09/06/2024
03/06/2024

KETIBAAN JEMAAH HAJI CITRA TRAVEL.

Jemaah disambut oleh Rais Maktab 85 Sheikh Muhammad Damanhuri diiringi Pengurus Operasi Haji Citra Travel Hj Mohd Athif di Bangunan Penginapan Jemaah Haji Citra di Muayyad Al Banonah Hotel.

Ketibaan jemaah haji diserikan lagi dengan hadiah bunga mawar dan hidangan makanan Arab serta bingkisan hadiah dari pihak Maktab 85.

03/06/2024

Taklimat ringkas oleh Pembimbing Ibadah Haji Tanah Suci (PIHTAS) Citra Travel, Prof Madya Dr. Azhar Muhammad.

Jemaah Haji telah menyempurnakan ibadah Umrah Qudum di bawah bimbingan PIHTAS dan beristirehat sebelum bermulanya program ceramah dan aktiviti umrah/ziarah.

08/04/2023

Salam Nuzul Al Quran.

يقول الله -تبارك وتعالى: شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ [سورة البقرة:185].

(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, Kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadhan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur.

22/03/2023

RAMADHAN KAREEM

Photos from Citra Travel & Tours Sdn. Bhd.'s post 21/03/2023

𝐏𝐀𝐊𝐄𝐉 𝐇𝐀𝐉𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟑

✔️Pendaftaran tanpa deposit "𝐳𝐞𝐫𝐨-𝐝𝐞𝐩𝐨𝐬𝐢𝐭".
✔️Pilihan pakej pelbagai.
✔️Diskaun pakej sehingga RM5,000 (Terpilih Awal).

𝐁𝐞𝐥𝐮𝐦 𝐝𝐚𝐩𝐚𝐭 𝐭𝐚𝐰𝐚𝐫𝐚𝐧?
𝐍𝐀𝐊 𝐊𝐀𝐌𝐈 𝐁𝐀𝐍𝐓𝐔?

Tak mengapa, kami mengalu-alukan bakal jemaah haji berdaftar haji dengan Tabung Haji yang berminat untuk kami bantu anda. Wasap cepat-cepat, jangan tangguh-tangguh.

www.wasap.my/60166604652

𝐀𝐏𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐀𝐍𝐃𝐀 𝐀𝐊𝐀𝐍 𝐃𝐀𝐏𝐀𝐓...

+ Dapat tunai haji dengan tenang & dipercayai.
+ Tidak perlu fikir untuk berurusan di kaunter Tabung Haji.
+ Hotel yang lebih dekat, jalan kaki pun boleh.
+ Pembimbing ibadah bertauliah.
+ Petugas untuk urusan harian, nak buat teman shopping pun okay.
+ Duduk sebilik bersama keluarga.
+ Makan 3x sehari, menu ala Malaysia lagi.
+ Hotel dekat Mina pun ada! Tak perlu bersesak di khemah dan bilik air!
+ Upgrade Businesses Class & Speed Train!
..dan banyak lagi!

Nak tahu lebih lanjut...wasap jerr.

www.wasap.my/60166604652
www.wasap.my/60166604652
www.wasap.my/60166604652

16/03/2023

Tak perlu pilih mlm mana, semua imam Masjid Al Haram bagus2.

Want your business to be the top-listed Transport Service in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

KETIBAAN JEMAAH HAJI CITRA TRAVEL.Jemaah disambut oleh Rais Maktab 85 Sheikh Muhammad Damanhuri diiringi Pengurus Operas...

Telephone

Address


Jalan Bayam
Kota Bharu
15200

Opening Hours

Monday 08:30 - 05:30
Tuesday 08:30 - 05:30
Wednesday 08:30 - 05:30
Thursday 08:30 - 05:30
Sunday 08:30 - 05:30

Other Kota Bharu transport services (show all)
Venturep**auperhentian Venturep**auperhentian
Kota Bharu, 16100

Menyediakan Pakej Percutian Ke Pulau Perhentian Dengan Harga Yang Murah Dan Service Yang Mantap �

Fafa Transport Fafa Transport
Lot 743 Kampung Belukar Belakang Sic
Kota Bharu, 15050

kami menyediakan khidmat pos motor,barang,haiwan peliharaan dan lain2

NIKAH DI thailand NIKAH DI thailand
Kota Bharu
Kota Bharu

Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan - KSLS Car Rental Kereta Sewa Kota Bharu Kelantan - KSLS Car Rental
Kota Bharu

𝐊𝐄𝐑𝐄𝐓𝐀 𝐒𝐄𝐖𝐀 𝐊𝐎𝐓𝐀 𝐁𝐇𝐀𝐑𝐔,𝐊𝐄𝐋𝐀𝐍𝐓𝐀𝐍. 𝐏𝐄𝐍𝐆𝐇𝐀𝐍𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍 𝐓𝐄𝐑𝐔𝐒 𝐊𝐄 𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 𝐀𝐍𝐃𝐀. 𝐂𝐚𝐥𝐥/𝐖𝐡𝐚𝐬𝐬𝐚𝐩 𝟎𝟏𝟒-𝟖𝟑𝟓𝟔𝟖𝟎𝟑(𝐇𝐀𝐙𝐈𝐌)

Asia Express Asia Express
2734-A , 1 Floor, Wisma Haminah, Jalan Tok Kenali, 16150
Kota Bharu, 16100

Merupakan satu syarikat anak Melayu dan anak jati Kelantan yang berwawasan tinggi. Asia Express merupakan Jenama yang bernaung dbawah Asia Jaya Travel & Tours Sdn.Bhd. Syarikat ini...

Cahaya Kalbu Travel & Tours Cahaya Kalbu Travel & Tours
Jalan Dato Pati
Kota Bharu, 15000

Pihak Cahaya Kalbu (CK) Travel & Tours menyediakan Pakej Umrah & Haji Visa Mujamalah.

Asn-ninjanvan Wakafcheyeh Asn-ninjanvan Wakafcheyeh
Lot 144 Wakaf Che Yeh Simpang 3 Jalan Kuala Krai
Kota Bharu, 15100

perkhidmatan penghantaran barang(courier service)

KeretaSewa_KotaBharu KeretaSewa_KotaBharu
Kota Bharu, 15200

Ingin sewa kereta murah ? Kami telah menyediakan kereta sewa yang murah untuk anda . Untuk mengetahui

Sepuluhpatpuluh Delivery Sepuluhpatpuluh Delivery
Kuala Krai
Kota Bharu, 18000

Menyediakan service dan perkhidmatan penghantaran barang ke seluruh semenanjung Malaysia.

J&T Cargo Pasir Mas J&T Cargo Pasir Mas
Lot 2156-C Jalan Pasir Mas Salor Kota Bharu
Kota Bharu, 15100

Pakej Besar cari J&T Cargo

GDex KBCP GDex KBCP
GK 26 KOTA BHARU CITY POINT
Kota Bharu, 15000

Collection, Drop Off, Domestic Delivery, International Delivery