Selera Tok Ku

Selera Tok Ku

Citarasa mewah pada harga warung. Konsep dapur terbuka. Penyediaan hidangan di depan anda. Coordinates: 6.136344 , 102.304553

Photos from Selera Tok Ku's post 07/07/2024

Ini mungkin tahun terakhir kami di sini dan kami berharap dapat menyambung kenangan manis bersama di lokasi baru nanti. Keseluruhan kawasan Selera Tok Ku terlibat dengan projek pembesaran jalan.

Bermula lebih sedekad lalu, dari Februari 2012, setiap senyuman, setiap pujian, dan setiap detik indah di warung ini akan diabadikan dalam hati.

Kini tiba giliran kami melangkah ke fasa seterusnya, bersama-sama sahabat pelanggan yang setia menyokong. Terima kasih yang tidak terhingga.

Ikhlas, Tengku

12/01/2023

Parcel dari UNIQLO Malaysia sentiasa menggembirakan. Biasanya dua tiga hari juga baru sampai. Kali ni, order Rabu, tengahari Khamis dah sampai. Laju!

Tengs, dapat money packet lagi. Kita buat isi gaji krew semalam. Semua dapat angpau. Hari ni kami dah start cuti ya. Insya Allah, kalau tak de aral, Selasa ni buka balik.

12/01/2023

Malam ni kita selesaikan gaji semua. Krew akan seronok dapat gaji, tapi yang paling gembira sebenarnya, sebagai majikan, kita lebih terharu kerana dapat menyediakan peluang pekerjaan.

Krew kami tak ramai, lima orang sahaja, jadi dapatlah lima keluarga ada sumber pendapatan yang baik dan berkat hasil usaha kita bersama.

Jika hari tu kami kongsi purata jualan harian, hari ni nak kongsi p**a kos gaji. Jumlah gaji seminggu kami di sini RM9,000 sebulan.

Doakan, kami terus dimurahkan rezeki.

12/01/2023

Sahabat pelanggan setia yang dihormati, Selera Tok Ku akan bercuti rehat selama beberapa minggu bermula Jumaat 13hb Januari 2023.

Kami ingin mengambil peluang ini untuk menyegarkan diri sebelum kembali menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk anda semua.

Sekiranya ada sebarang pertanyaan atau masalah, sila hubungi kami melalui emel atau nombor telefon yang tertera di laman kami. Terima kasih atas sokongan berterusan semua.

Salam hormat.

10/01/2023

Khamis ni hari terakhir minggu ini sebelum kami mula bercuti panjang sikit. Jadi, ada dua hari lagi buat yang mengidam dan berhajat ke Selera Tok Ku.

Gambar pagi tadi, breakfast bare Amareka skali skalo. Starbucks Malaysia bermula tahun 1998. sebelum membuka cawangan pertamanya di Kota Bharu tahun 2018.

www.seleratokku.com/order
Takeaway | Delivery | Menu

10/01/2023

Dulu kami ada buat delivery lunchbox tengahari masa PKP. Masih ada lagi yang bertanya set kengsom, tomyam dan singgang ni. Ada kerisi goreng.

Buat masa ni set ni tak available. Nanti kita bincang-bincang semula, jika ada permintaa seterusnya, kita open balik.

www.seleratokku.com/order
Takeaway | Delivery | Menu

09/01/2023

Air Kelapa Pandan di Selera Tok Ku mempunyai kandungan elektrolit yang mencukupi untuk mengimbangi semula kandungan elektrolit dalam badan kita.

Balik kerja, singgah alik petang, keno sebutir, original tanpa gula, sejuk dan wangi. Pulang ke rumah terus bertenaga.

www.seleratokku.com/order
Takeaway | Delivery | Menu

09/01/2023

Sekali hirup ke kalbu perginya. Begitulah tomyam putih kalau cukup aroma masam dan pedas dia. Apabila semua bahan segar dan bersih, Insya Allah, terus jatuh cinta.

www.seleratokku.com/order
Takeaway | Delivery | Menu

09/01/2023

Tengs ZUS Coffee. Dapat money packet CNY. Bermakna tak lama dah kita nak puasa dan beraya. Hari ni pesan Zirty sambil tunggu Mok Ku shopping.

09/01/2023

Masam-masam. Daging Nam Tok ini lembut dan membuka selera. Rasanya sedikit masam ala kerabu. Dibangkitkan dengan aroma bawang putih dan cili api. Siapa yang try, biasanya akan repeat dan jadi hidangan wajib tiap kali datang.

Nam Tok (น้ำตก) bermaksud air terjun dalam bahasa Thai. Daging Air Terjun la kiranya.

08/01/2023

Nampak duk viral sangat. Kita beli la satu, nak try. Kosong rak ni pasni.

05/01/2023

Geram p**ak tengok lobster ni kat Lotus's Kota Bharu. Selera Tok Ku akan bercuti rehat panjang sikit bermula 12 Januari ini. Ada dalam seminggu lagi. Jemput singgah bermula 5 petang hingga 11 malam.

04/01/2023

Oren Kelate beli dekat Kedai Runcit Kak Zila. Tomyam Putih, Telur Bungkus, Sayur Campur dan Daging Namtok order dari Selera Tok Ku. Makan kat Senandika Cangkir, bertemankan Hot Caramel Latte.

Selera Tok Ku bersahabat baik dengan semua peniaga yang berjiran dengan kami. Roti Tempayan Nana, Sate Baung Kak Lah, Klinik Jamal, semua ada kat sini.

Alhamdulillah, since 2012, sedekad berlalu, kami dikurniakan dengan pelanggan yang baik dan lemah lembut. Ada yang tak kena, mereka pm tepi.

Terima kasih semua atas sokongan yang berterusan. Sama-sama kita harungi 2023 ini dengan penuh keberkatan.

29/12/2022

Bisnes kami kecil sahaja. Average kutipan jualan cuma sekitar RM1,300 sehari. Cukuplah untuk bayar gaji krew lima orang dan lain-lain expenses.

Sepuluh tahun usia Selera Tok Ku dalam perniagaan makanan ini satu kematangan yang tak semua orang boleh capai. Kita dengan cara kita yang biasa-biasa sahaja. Di tapak yang sama dengan nama yang sama.

Screenshot yang dikongsikan ini bukanlah sales. Tapi belanja dari BigPay apps yang kami gunakan untuk membuat bayaran kepada suppliers seperti runcit dan bahan basah, ais, kelapa pandan, serta utiliti. Memudahkan rekod dan statistik.

Kaedah yang mudah untuk jadi perantara, antara beberapa akaun dan debit card sebagai top up sources.

17/12/2022

Ore Kelate tidak akan berlapar. Tidak sesekali. Ini ikrar semua pengusaha makanan seluruh Kelantan. Percayalah.

Setakat nak belanja mana-mana keluarga dalam kampung yang betul-betul memerlukan, lapar tiada makanan. Marilah kedai ambo. Ambo belanja seisi keluarga. Ikhlas.

Sahabat pelanggan kami pun sedia untuk sama-sama bantu bayarkan. Ini budaya kami, ini asuhan yang orang tua kami ajar dari kecil. Kalau malu nak makan kat kedai, boleh bungkus.

Selera Tok Ku sentiasa membuka dapur untuk membantu. Ore Kelate prihatin. Samo kito.

16/12/2022

Tempahan nasi tomato dan ayam masak merah untuk 200 pax pagi esok. Kita siapkan ayam dan tumis selama tiga jam dulu malam ini agar kuah tahan lama.

13/11/2022

Tengs semua mari meriahkan petang ni. Ayah Jamal, Pak Su Din, Ayah Joe, Cik Dah, Mak Su Na, Cik Tie, Abe Ngah, Hakim, Cikgu Besar, kanak-kanak Ribena sekalian.

- Akmal -

Photos from Selera Tok Ku's post 05/11/2022

Senandika Cangkir kini sedia menerima kunjungan hangat sahabat sekalian. Lengkapkan dos kopi anda di sini.

seleratokku.com/order

20/10/2022

Jemuduk comel-comel segar. Brader kat pasar kata hasil pancing. Buat kengsom sedap jugok ni.

12/10/2022

Semalam singgah jenguk operasi Selera Tok Ku setelah 5 hari menggunakan order & point of sales system baru.

Rushdi dan Mat nampak semakin mahir dan beberapa masalah yang dikenalpasti telah ditambah baik mengikut kesesuaian flow kami.

Sahabat pelanggan yang datang ke kedai digalakkan scan QR code pada meja untuk membuat pesanan makanan. Order akan terus ke dapur kami. Begitu juga bagi takeaway dan delivery, boleh ke seleratokku.com/order

Dengan ada system yang memudahkan ini, order semasa dan reporting boleh dipantau secara online di mana-mana sahaja.

11/10/2022

Siakap Tiga Rasa antara best seller kami dalam menu set. Set A untuk dua orang makan, cuma RM35 sahaja dengan nasi putih, tomyam, telur dadar dan kailan ikan masin. Kawan-kawan jimat RM23.

Jumaat ni last sebelum kami cuti rehat seminggu.

10/10/2022

Belut Pad Phet. Beza sikit dengan paprik. Kalu kito gak, suko hok ni lagi pado paprik. Boleh cuba.

09/10/2022

Pakcik Wahab dan isteri dating malam ni di Selera Tok Ku. Makan Bihun Goreng Singapore Seafood dan Kailan Ikan Masin. Kita bagi diskaun 20%.

Pakcik Wahab terkenal dalam kampung sebagai handyman bagi kerja-kerja elektrik dan paip.

09/10/2022

Bro Nang beraksi seperti biasa. Enjin utama kami di dapur. Sekian lama kami hanya ada seorang tukang masak sahaja, tapi pantas macam tiga tukang masak. Kawalan dapur lebih mudah dan fokus.

06/10/2022

Lala ada setiap hari. Stok lala kami dibeli setiap hari dengan Kak Nik, satu-satunya peniaga lala di Pasar Siti Khadijah Kota Bharu. Masak apa? Boleh cuba lala daun selasih.

Drinking Several Cups of Coffee a Day May Be Linked to Longer Lifespan in Study 02/10/2022

Sedikit masa lagi, kita akan ada menu kopi di Selera Tok Ku. Anak saudara kami dah selesai sertai kursus mengendalikan mesin kopi dan latte art. Nanti dia la yang akan urus.

Insya Allah, pilihan kopi dan bahan-bahan adalah premium. Mesin dah ada, grinder dah ada. Praktis kat rumah dulu. Nanti launch kita maklum semula.

https://www.bloomberg.com/news/articles/2022-09-26/drinking-two-to-three-cups-of-coffee-a-day-linked-with-longer-lifespan-study

Drinking Several Cups of Coffee a Day May Be Linked to Longer Lifespan in Study Drinking two to three cups of coffee a day could be linked to a longer lifespan, new research suggests.

02/09/2022

Kerisi comel pagi ni di Pasar Pulau Melaka. Cuma, menu kerisi goreng kami hold dulu buat masa ni.

Udang dan sotong pun molek. Kami kalau beli memang tak tawar harga, tengok harga yang ditulis sahaja, cuma peniaga kita baik-baik, mereka sendiri yang bagi diskaun.

01/09/2022

Sotong cute comel hari ni. Kecil-kecil tapi segar dan bulat. Ketuk serai sedap ni. Boleh request masak ketuk serai, bisik molek-molek kat Rushdi, royak Boss suruh ejas. Sat gegam.

31/08/2022

Yang ni takde dalam menu kita, cuma kat satu gerai dalam pasar ni, sentiasa ada ikan-ikan besar yang rare.

Dari kecil lagi memang s**a masuk pasar terutama bahagian basah ni. Teringat pimpin tangan orang tua, minta bawakan ke bahagian daging dan pari. Rupanya nak jadi tokey restoran.

Want your restaurant to be the top-listed Restaurant in Kota Bharu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kembali setelah bercuti raya haji. Senyum lebar semua yang datang. Rindu ler tew. #OreMariSiniSebabTomyamSedap #SetSiaka...
Tempahan nasi tomato dan ayam masak merah untuk 200 pax pagi esok. Kita siapkan ayam dan tumis selama tiga jam dulu mala...
Tengs semua mari meriahkan petang ni. Ayah Jamal, Pak Su Din, Ayah Joe, Cik Dah, Mak Su Na, Cik Tie, Abe Ngah, Hakim, Ci...
Kalau parking depan Selera Tok Ku tak cukup, boleh parking di seberang jalan serupo Abe Yie ni. Cuma kena lintas jalan l...
Petang ni pun nampak comel cuaca. Abe Wan kito ado ni pete ni. Fewiit. Nasi Goreng Belacan Thai satu, makan alik atas de...
RM7.00 SINGGANG AYA HITAMPanas-panas. Kaw. Sesuai sepanjang masa dan kalu tak tahu nak makan apa. Budu ada. Jange runsin...

Telephone

Address


Jalan Hj Nik Abdullah Arshad, Kampung Panchor
Kota Bharu
16100