IFR Hartanah

IFR Hartanah

Ingin mencari rumah pertama? Atau kedua? Ketiga dan seterusnya.... Atau mencari hartanah untuk pelaburan?? Jangan berlengah lagi.. Hubungi saya segera..

Saya akan bantu permudahkan urusan anda....

IFR Hartanah
Maxxan Realty

22/08/2021

Assalamu’alaikum W.B.T.,

SUBSALE, LELONG ATAU UNDERCON?
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Terdapat 3 cara untuk memiliki sesebuah hartanah, iaitu melalui Subsale, Lelong ataupun Undercon. Tetapi apakah perbezaan bagi ketiga-tiga cara ini?

SUBSALE
Hartanah subsale merupakan sebuah hartanah yang dijual semula oleh pemilik hartanah, samada jual sendiri atau melalui ejen hartanah. Pembeli mempunyai peluang untuk melihat sendiri kondisi rumah secara terperinci, samada terdapat sebarang kerosakan atau kebocoran yang perlu dibaiki kemudian. Selain itu, pembeli juga berpeluang membuat rundingan harga bagi mendapatkan harga yang sesuai dengan bajet kewangan pembeli, serta dapat membeli rumah dibawah harga pasaran semasa.
Pembeli juga mempunyai pilihan untuk menaikkan jumlah pembiayaan @ “mark up loan” bagi mendapatkan lebihan tunai. Lebihan tunai ini bolehlah digunakan untuk menampung kos-kos tambahan seperti kos guaman dan duti setem, serta membaiki kerosakan-kerosakan yang ada. Yang paling penting adalah pembeli dapat menduduki rumah serta merta selepas selesai proses jual beli ataupun “vacant possession”.

LELONG
Rumah lelong merupakan rumah yang dijual oleh pihak bank secara lelong selepas pemilik asal tidak lagi mampu menanggung pembiayaan rumah. Biasanya harga rumah yang dijual secara lelong ataupun harga bidaan akan bermula dari harga pasaran semasa rumah tersebut. Sekiranya tiada pembida pada harga tersebut, maka harga bidaan akan diturunkan secara berperingkat pada sesi lelongan seterusnya, sehingga ada pembida yang berjaya.
Pembeli berkemungkinan dapat membeli rumah pada pasaran lelong jauh lebih murah dari harga pasaran semasa. Bagi mendapatkan rumah lelong ini, pembeli atau pembida perlulah menyediakan wang deposit sebanyak 10% dari harga bidaan. Manakala baki bayaran perlu dijelaskan dalam masa 90 hingga 120 hari.
Namun, terdapat risiko yang bakal dihadapi oleh pembida yang berjaya mendapatkan rumah lelong ini. Pembeli tidak berpeluang untuk melihat keadaan dalaman rumah yang hendak dilelong sebelum berjaya membida rumah tersebut. Ada kemungkinan pemilik rumah asal masih menduduki rumah tersebut dan enggan untuk meninggalkannya. Lebih malang lagi sekiranya terdapat kerosakan yang teruk selepas ditinggalkan oleh pemilik asal.
UNDERCON
Rumah undercon adalah rumah yang dijual oleh pemaju ketika rumah masih di dalam pembinaan. Biasanya pembeli hanya perlu mengeluarkan yuran tempahan sahaja. Manakala kos-kos lain biasanya disertakan sekali bersama pakej dari pihak pemaju. Ada juga diantara pemaju yang menyediakan sekali perabot-perabot dalaman rumah yang tentunya akan memudahkan pembeli setelah mendapatkan rumah tersebut, ataupun kelebihan-kelebihan lain seperti diskaun dan rebat istimewa.
Walaupun begitu, sepanjang pembinaan rumah tersebut, pembeli masih perlu membayar ansuran pembiayaan berdasarkan peratusan kemajuan proses pembinaan rumah tersebut. Pembeli juga mempunyai risiko berhadapan dengan kelewatan rumah siap, atau yang lebih teruk adalah risiko projek terbengkalai.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Lantiklah saya sebagai ejen hartanah anda sekarang bagi mendapatkan konsultasi percuma serta mudahkan urusan jual beli hartanah anda.

“Think Property, Think MAXXAN”

Ilham Firdaus / IFR Hartanah
Maxxan Realty Sdn. Bhd.
013-545 4081

10/08/2021

Salam Hijrah 1443H buat semua...

27/07/2021

Assalamu'alaikum W.B.T.,

JENIS-JENIS HARTANAH DI MALAYSIA
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Bermacam jenis hartanah yang ada di negara kita boleh kita miliki. Setiap jenis hartanah ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza. Pastinya untuk memenuhi keperluan dan citarasa kita, dengan harga-harga istimewa sesuai dengan keluasan tanah dan keluasan terbina, lokasi serta permintaan pasaran.

Di sini saya hanya menyenaraikan beberapa jenis hartanah sebagai panduan anda semua.

1- Rumah Banglo - dibina di atas sebidang tanah lot, saya pasti ramai yang mempunyai impian untuk memiliki Rumah Banglo. Mempunyai keluasan rumah dan halaman yang luas, dan biasanya terletak dibandar-bandar, hartanah jenis ini pasti mempunyai nilai harga yang tinggi.

2- Rumah Berkembar - rumah berkembar biasanya dikenali dengan rumah Semi Detached (Semi-D). Rumah jenis ini juga dibina di atas tanah, bermaksud mempunyai halaman yang sendiri. Namun rumah jenis berkembar ini berkongsi satu dinding yang sama dengan rumah bersebelahan, yang mempunyai rekabentuk seperti imej pantulan cermin.

3- Rumah Teres - rumah teres ini juga dibina di atas tanah. Setiap unit rumah ini bersambung sederet diantara satu sama lain pada dinding di sebelah kanan dan kiri (biasanya dikenali sebagai intermediate unit), kecuali unit rumah yang terletak dihujung deretan unit-unit rumah ini yang biasanya disebut sebagai corner lot. Rumah teres ini masih mempunyai halaman di bahagian depan dan belakang unit rumah dan halaman disebelah kiri atau kanan unit rumah bagi rumah corner lot.

4- Kondominium - merupakan sebuah hartanah kediaman bertingkat yang mempunyai taraf yang tinggi di Malaysia kerana ditawarkan dengan pelbagai kemudahan yang baik seperti tahap keselamatan yang tinggi serta ruang letak kereta yang terlindung. Selain itu, unit kondominium juga mempunyai keluasan yang selesa. Perlu diingat bahawa setiap kondominium mempunyai pengurusannya sendiri bagi memastikan kemudahan-kemudahan yang ditawarkan berada pada tahap yang superb. Pastinya caj pengurusan bulanan akan dikenakan kepada setiap pemilik rumah.

5- Rumah pangsa / Pangsapuri - merupakan kediaman bertingkat yang asas dan telah wujud di Malaysia sejak sekian lamanya. Biasanya rumah pangsa dibina tanpa pagar serta tidak mempunyai pengawal. Manakala Pangsapuri dibina di dalam kawasan berpagar, serta biasanya menawarkan beberapa kemudahan asas seperti keselamatan yang baik dan tempat letak kereta khas untuk setiap unit rumah.

Masih terdapat bermacam jenis hartanah di Malaysia yang boleh dimiliki oleh para pencari hartanah mahupun para pelabur hartanah. Letak tangan didada, tanyakan pada diri hartanah jenis apa yang terbaik untuk anda. Pastikan hartanah yang diimpikan memenuhi kelayakan dan kemampuan kewangan anda.

"Think Property, Think MAXXAN"
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ingin memiliki hartanah? Hubungi saya segera,

Ilham Firdaus / IFR Hartanah
Maxxan Realty Sdn. Bhd.
+60 13-545 4081

23/06/2021
20/06/2021

Selamat Hari Bapa kepada semua

17/06/2021

Assalamu’alaikum W.B.T.,

Peranan Seorang Ejen Hartanah
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ejen hartanah merupakan seorang ejen yang dilantik bagi menguruskan hal ehwal yang berkaitan dengan jual beli hartanah. Mereka berperanan sebagai pemudahcara serta penasihat kepada salah satu, atau kedua-dua pihak yang berurusan secara langsung dalam jual beli hartanah; para pemilik hartanah yang ingin menjual hartanah mereka, ataupun pembeli / pemburu hartanah yang sedang mencari hartanah idaman mereka. Secara ringkasnya, disenaraikan dibawah ini beberapa peranan seorang ejen hartanah:-

Ejen kepada pemilik hartanah

1- Menyemak nilai pasaran hartanah pemilik yang hendak dijual.
2- Mengiklankan hartanah pemilik yang hendak dijual dengan cara yang paling menarik dengan tujuan untuk mencari pembeli.
3- Membuat dan mengatur temu janji dengan bakal pembeli untuk memeriksa keadaan hartanah @ viewing. Pastikan ada kebenaran dari pemilik hartanah.
4- Membantu pemilik hartanah untuk membuat follow up dengan pembeli berkenaan status pinjaman bank (sekiranya berkaitan) serta status perjanjian jual beli.

Ejen kepada pembeli hartanah

1- Menyemak keupayaan kewangan pembeli terhadap sekurang-kurangnya 3 perkara iaitu tunai yang mencukupi untuk membuat bayaran booking dan deposit, serta khidmat guaman dan setem, dan kelayakan pinjaman sekiranya membeli melalui pinjaman dengan bank.
2- Membuat dan mengatur temu janji dengan pemilik hartanah untuk memeriksa keadaan hartanah @ viewing hartanah yang hendak dibeli.
3- Membantu pembeli untuk mendapatkan pinjaman bank sekiranya diperlukan.
4- Memudahkan pembeli membuat proses perjanjian jual beli dengan pihak guaman sekiranya diperlukan.

Lantiklah ejen hartanah anda sekarang untuk memudahkan urusan jual beli hartanah anda. Lantiklah saya sebagai ejen hartanah anda.

“Think Property, Think MAXXAN”

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Ilham Firdaus / IFR Hartanah
Maxxan Realty Sdn. Bhd.
013-545 4081

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Category

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu
88200

Other Real Estate in Kota Kinabalu (show all)
Property Lovers in KK & Malaysia Property Lovers in KK & Malaysia
Kota Kinabalu, 88000

Dear All this is a page that you can freely share your opinion in KOTA KINABALU regarding anything a

Hillview Homestay Hillview Homestay
Jesselton Quay Central Citypads, Coastal Highway, Off Jalan Tun Fuad Stephen
Kota Kinabalu, 88400

Homestay located in Jesselton Quay Citypads Kota Kinabalu Sabah

The WOW in Sabah Real Estate 沙巴居家达人 The WOW in Sabah Real Estate 沙巴居家达人
Unit No. H-06-01, Block H, 6th Floor, Aeropod Commercial Square, Jalan Aeropod, Off Jalan Kepayan Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 88200

The Right Agent Can Lead the Way. Sabah Expertise. Global Connections.

Sabah Property Hunter Sabah Property Hunter
Jalan Menggatal
Kota Kinabalu, 88450

Jual beli & perkongsian berkenaan property n hartanah

Felix William Sabah Property Felix William Sabah Property
Kota Kinabalu

hi

SkyMillion Residence Nosoob SkyMillion Residence Nosoob
Jalan Nossob
Kota Kinabalu, 88100

New Project In Town 🔥SkyMillion Residence@Nosoob🔥 🌇A Home That Stands Tall In Every Angle?

Jake Kulili Jake Kulili
Kudat
Kota Kinabalu, EZ1995

sea man

Percy Chai Percy Chai
Kota Kinabalu, 88200

Sabah Property Agent

Chervie_The Roof_Sabah Property Chervie_The Roof_Sabah Property
Kota Kinabalu, 88600

Jual Rumah Sabah Jual Rumah Sabah
Lorong Nelly Plaza
Kota Kinabalu, 88450

Raymond Wong - BUY, SELL, RENT - Sabah Property/ Real Estate Negotiator/ Raymond Wong - BUY, SELL, RENT - Sabah Property/ Real Estate Negotiator/
Kota Kinabalu

Welcome to KeysByRay Estate Hub With expertise in Buying, Selling, Leasing and Project Marketing. Focusing on providing professional service with EXCELLENCE Let's turn your Real Es...

Agen Hartanah Sabahan Agen Hartanah Sabahan
Kota Kinabalu, 88450