eTiQa Motor Takaful

Kepakaran kami adalah menyediakan servis pembaharuan insurans kenderaan dan cukai jalan. Selain dari

11/03/2022
06/03/2021

Assalammualaikum

Pernah tak agen anda memberi khidmat nasihat bagaimana anda perlu menuntut sekiranya kereta anda dilanggar atau anda terlibat dalam kemalangan.

Rata-rata panic tak tahu nak buat apa...Call agen pun tak jawab. Alahai kesian. Kali ni saya nak bagitau anda tak perlu nak call agen anda. Saya akan bagi panduan PERCUMA dalam bentuk gambarajah...Berminat...nak tahu...

06/03/2021

Biarlah gambar berbicara...kenapa anda harus memilih kami...

06/03/2021

Pernahkah anda mengalami pengalaman kereta rosak ditengah jalan? Bagi yang belum pernah saya mau bagitau anda bahawa rosak ditengah jalan merupakan satu pengalaman berharga...berikut adalah situasi yang mungkin berlaku kepada anda?

Masalah yang berlaku atau bakal berlaku...sediakan payung sebelum hujan

🚗 Kereta berasap tetiba tak tahu nak buat apa

🚗 Pancit ditengah lebuh raya atau pancit di jalan yang sepi pada waktu malam atau panas terik ditambah lagi anda seorang perempuan atau anda tidak pandai nak tukar tayar gantian...cuba bayangkan...

🚗 Bateri kong...sebab lupa matikan lampu...rupanya terhidup...bila nak start tak dapat...terpaksa bantu orang tolak kereta kot2 boleh hidup...tapi tak dapat juga...

🚗 Kereta accident...??? Bagaimana...mati kutu kan...

Solusi anda

Call kawan2 tapi sibuk p**a

Call saudara mara tapi jauh p**a masing2 ada komitmen siap kena brainwash lagi bagi peringat lain x cek dulu sebelum jalan. Bayangkan anda mahukan ketenangan penyelesaian tetapi bikin panas adalah 😁

Call Towing...katanya jauh...bukan area dia kena charges...lepas tu kata boleh tapi kena bayar lebih...dari kita sanggup atau tidak sahaja...💸

Solusi...kami... Baik dengar betul2x

Apa guna bayar mahal-mahal kalau insuran/takaful tak boleh buat apa-apa untuk anda?

Apa guna bayar setiap tahun kalau tak dapat memberi manfaat kepada anda tatkala anda berada dalam kesusahan. Kalau semata-mata untuk hidupkan roadtax anda kurang bijak untuk memiliki insurance.

Maka apa yang boleh kami bantu untuk anda...

Kami adalah Syarikat Takaful Kereta Terbaik

Sebagai pengiktirafan kecemerlangan dan usaha kami memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melalui proses Cepat dan Mudah, Etiqa telah dianugerahkan Best Motor Takaful Company 2019 oleh iBanding, laman web bebas pendidikan insurans.🚗

Manfaat Utama

Perlindungan untuk semua pemandu. Semua pemandu yang dibenarkan oleh anda akan dilindungi secara automatik tanpa tambahan premium

Nilai dipersetujui. Tuntutan anda akan dibayar mengikut nilai yang dipersetujui semasa pembaharuan tapi kalau anda minta pampasan yang rendah dari hutang anda...maka maaf tak dapat sebab anda setuju untuk meletakkan nilai kereta anda walau dibawah market value...risiko tanggung sendiri maka dengar kata pakar.

Tiada ekses untuk tuntutan anda. Hanya untuk pemandu 21 tahun ke atas​.

Bantuan kecemasan 24-jam di jalan raya. Talian Claims Careline yang menawarkan bantuan kecemasan 24/7

Manfaat yang disertakan

Kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga

Kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga

Kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan

Tahukah anda..?

Jika kereta anda tersadai disebabkan tayar pancit, bateri kereta breakdown, minyak habis anda boleh menghubungi pihak kami...Mudah bukan...Tak perlu susah-susah...

05/03/2021

Dapatkan perlindungan patuh Syariah untuk kehilangan, kecurian atau kerosakan pada kereta anda, dan banyak lagi, dengan pilihan tambahan untuk ketenangan fikiran.

☑ Dapatkan bayaran dengan Nilai Yang Dipersetujui

☑ Semua pemandu dilindungi secara automatik

☑ Bantuan kecemasan 24/7

☑ Dapatkan p**angan tunai apabila anda tidak membuat tuntutan

03/03/2021

iNFO TAKAFUL KENDERAAN

Apakah NCB (Bonus Tanpa Tuntutan/ Non Claim Bonus)?

Jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh setahun, maka pihak insuran akan memberikan anda bonus/diskaun.

Peratusannya adalah seperti berikut
1st year = 25%
2nd year = 30%
3rd year = 38.33%
4th year = 45%
5th year = 55% (maksimum)

NCB boleh dipindahkan mengikut pemilik dari satu kereta ke kereta yg lain begitu juga dari satu insurans ke satu insurans yang lain.NCB juga boleh dipindahkan sekiranya anda membeli kereta baru.

Sekiranya anda membuat tuntutan, NCB anda akan hilang, maknanya anda perlu membeli insuran tanpa mendapat diskaun.

03/03/2021

iNFO TAKAFUL KENDERAAN

Sekiranya kereta saya dilanggar, apakah yang boleh saya lakukan?

Ada 2 cara untuk membuat tuntutan sekiranya kereta kita dilanggar org lain. tapi MESTI lah ada keputusan polis bahawa orang itu bersalah. sekiranya dia disaman, bermakna dia bersalah. dan barulah anda boleh membuat tuntutan dari insurans mereka dan melindungi NCB anda.

1. Cara pertama ialah tuntutan pihak ketiga atau 3rd party claim. Anda baiki kereta anda, bayar dan gunakanr resitnya untuk buat tuntutan terhadap insurans itu. antara kelebihan claim ini ialah anda boleh buat tuntutan loss of use. contohnya, kereta anda tersadai selama 20 hari di bengkel dan anda dibolehkan menuntut kerugian. contohnya sehari RM50 x 20 hari = RM1,000.

2. Cara kedua dipanggil OD KFK atau Own Damage Knock-For-Knock. Proses tuntutan sama iaitu anda claim pada insurans pihak bersalah TETAPI melalui syarikat insurans anda. Dalam pengertian yang ringkas, anda claim melalui syarikat insurans anda kerana lebih cepat dan kemudian syarikat insurans anda akan membuat tuntutan semula dari syarikat insurans pihak ketiga. NCB anda tidak akan terjejas.

03/03/2021

Apakah perbezaan Insuran Pihak Pertama & ketiga?

Undang-undang jalanraya Malaysia mewajibkan setiap kenderaan bermotor perlu memiliki perlindungan insurans pihak ketiga untuk melindungi kepentingan dan hak orang lain. bermakna, ada pihak yg akan menangung liabiliti akibat kecuaian pemegang polisi.
Contoh:

A – kereta A melanggar tembok rumah. tuan rumah boleh claim dari insurans pemilik kereta.

B – kereta A melanggar pejalan kaki. insurans akan menanggung kos perubatan dan gantirugi termasuk yang menyebabkan kematian dan kiraan nafkah hidup untuk mangsa.

C – kereta A melanggar kereta B. kereta B berhak membuat tuntutan pembaikan dan gantirugi dari insurans kereta A

sekiranya berlaku kerosakan terhadap kenderaan milik sendiri, maka pemilik tidak boleh buat tuntutan dari insurans sekiranya tidak mengambil Insuran Pihak Pertama (1st party) yang juga dikenali sebagai comprehensive/standard/lengkap. Ini bermakna selain dari pengguna lain, kenderaan milik sendiri turut dilindungi pihak insurans. Perlindungan komprehensif diwajibkan bagi kenderaan yang dibiayai secara sewa beli oleh pembiaya. Jika kenderaan sudah habis di bayar, pemilik ada pilihan untuk gunakan insurance 3rd party.

03/03/2021

CARA UNTUK DAPATKAN FREE QUOTATION

No KP pemilik:
Model kereta:
CC:
Transmisi: Auto/Manual
No Plate:
alamat penghantaran roadtax:

wasap.my/601131440996

03/03/2021

TERMA PERKHIDMATAN

1) Kami hanya menerima 1st party untuk kereta yang berusia tidak lebih 20tahun

2) Kami hanya menerima 3rd party fire & theft untuk kereta lama. 3d party 0 tak buat

3) Untuk motor, kami buat 1st party, 3d party fire and theft dan 3d party 0. Roadtax hantar dengan pos express/laju. Pengeposan setiap Selasa dan Jumaat

4) Kami hanya menyediakan khidmat/nasihat berkenaan claim hanya kepada pelanggan kami sahaja

5) Kami hanya buat insuran untuk lori tak lebih 3 tan. kenderaan awam yang membawa orang, contoh: teksi & bas tak buat

6) Kami menyediakan renewal insuran+roadtax. Roadtax sahaja tak buat

03/03/2021

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party

Insuran 1st party membayar kos repair kereta anda sekiranya anda melanggar orang lain atau anda dilanggar orang lain. Bagi kes anda dilanggar orang lain, kebiasaannya anda boleh claim 3rd party kecuali kes langgar lari. Anda juga boleh claim sekiranya kemalangan terjadi atas sebab kecuaian sendiri contohnya kemalangan akibat tertidur atau masalah brek.

Insuran 3rd party hanya membayar kos repair orang yang anda langgar. Contohnya anda ambil insuran 3rd party. Kemudiaan anda kemalangan, anda melanggar kereta Fazura. Anda tidak boleh claim repair kereta anda. Tetapi Fazura boleh claim repair dan lepas Fazura claim, NCD anda akan jadi 0%

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party yang seterusnya adalah kesediaan towing untuk kes kemalangan dan breakdown.

Insuran 1st party menyediakan towing & assist sekiranya kereta anda kemalangan / breakdown. Assist ini juga termasuk kes breakdown seperti bantuan bateri, tayar pecah dan kerosakan minor.

Insuran 3d party tidak menyediakan towing/assist. Sekiranya anda kemalangan atau kereta breakdown, anda perlu keluarkan kos sendiri untuk tujuaan towing. Namun, sesetengah insurer menyediakan towing untuk 3rd party dengan bayaran tertentu. Etiqa turut menyediakan towing untuk 3rd party dengan syarat pelanggan tersebut melanggan policy Driver Pasangger Accident

Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party yang terakhir adalah penambahan rider. Rider adalah perlindungan tambahan selain utnuk kemalangan. Ada banyak rider untuk insuran 1st party seperti banjir/ rusuahan / audio / cermin dan pasangger liability. Kebanyakkan rider-rider ini hanya ada dalam insuran 1st party.

Insuran 3rd party mempunyai rider yang sangat terhad. Cermin dan banjir adalah rider yang confirm 3rd party tak ada. Sekiranya anda melanggan 3rd party, anda bertanggungjawab sepenuhnya atas kos repiar kereta anda termasuk cermin.

Berdasarkan artikel Beza Insuran 1st Party Dan 3rd Party ini, saya amat rekemen anda ambil insuran first party. Lainlah sekiranya kereta anda telah berusia menghampiri @ lebih 20an.

10/02/2021

Part II : WIndscreen

Bagaimanakah cara mendapatkan tambahan perlindungan cermin kereta ini bagi kereta saya?

Terdapat dua cara yang boleh anda ikut bagi mendapatkan perlindungan cermin kereta anda.

Tambahkan perlindungan cermin kereta ketika pembaharuan insurans kereta anda: Apabila anda sedang mempebaharui insurans kereta anda, perlindungan cermin kereta akan ditawarkan kepada anda.

Portal Insurans Atas Talian: Anda boleh memilih tawaran ini semasa sedang mempebaharui insurans kereta atas talian melalui portal insurans kereta (Etiqa Motor Takaful), portal DriveMark, atau aplikasi DriveMark.

Agen Insurans: Pada kebiasaannya, mereka akan menasihatkan anda untuk menambahkan perlindungan ini kepada insurans kereta anda. Jika tiada, maklumkan kepada mereka tentang penambahan perlindungan cermin kepada insurans kereta anda. Ada juga sesetengah daripada mereka yang telah pun menambahkan perlindungan ini kepada insurans kereta anda.

Pejabat Pos: Maklumkan kepada juru kaunter bagi memohon tambahan perlindungan cermin kepada insurans kereta anda.
Beli perlindungan cermin pada bila-bila masa: Perlindungan cermin kereta boleh dibeli selepas pembaharuan insurans kereta. Kami sarankan anda untuk menambah perlindungan ini secepat yang mungkin.

Maklumkan kepada agen anda bagi mendapatkan sebut harga untuk tambahan perlindungan cermin. Jangan risau, ia adalah perkara biasa jika pihak insurans perlukan sebarang bahan bukti bagi cermin kereta anda sebagai langkah pencegahan penipuan.

10/02/2021

Insurans Cermin Kereta: Apa Yang Anda Perlu Tahu.

Di Malaysia, insurans cermin kereta (windscreen) adalah perlindungan tambahan kepada polisi insurans kereta anda. Bagi mendapatkan perlindungan tambahan ini, anda perlu mempunyai insurans kereta yang aktif. Harga cermin kereta bagi perlindungan tambahan ini adalah berbeza dengan harga insurans kereta.

Insurans ini merangkumi perlindungan, pembaikian, dan penggantian:

Cermin hadapan
Cermin belakang
Cermin di bahagian pintu
Cermin bumbung matahari

Dibawah perlindungan ini, anda akan diberi pampasan terhadap kos yang diperlukan bagi penggantian cermin kereta sekiranya ia pecah atau retak disebabkan situasi seperti lantunan bantu, rompakan, dan sebagainya. Pampasan ini termasuk kos cermin, upah, dan/atau filem penghadang haba (tinted solar film) yang telah anda pasangkan pada cermin kereta anda.

Secara mudah:
Insurans cermin kereta yang aktif > Pandu > Tenang sekiranya cermin pecah

24/01/2021

A little rain won't hurt, but heavy rains might. Extra protection goes a long way, so let us be there for you and your home.

Find out more at https://www.eti.qa/home-insurance

Terms & Conditions:

1. Campaign runs from 29 December 2020 to 8 February 2021.
2. The Shopee voucher worth RM10 will be given with every successful online purchase of Etiqa Home Insurance.
3. The Shopee vouchers are limited to the first 100 customers.
4. The Shopee voucher will be sent through the customer's email within 2 to 4 weeks after the online purchase.

24/01/2021

Takaful Kenderaan Persendirian Komprehensif

Pembaharuan takaful kereta atas talian yang cepat dan mudah.

Syarikat Takaful Kereta Terbaik

Sebagai pengiktirafan kecemerlangan dan usaha kami memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan melalui proses Cepat dan Mudah, Etiqa telah dianugerahkan Best Motor Takaful Company 2019 oleh iBanding, laman web bebas pendidikan insurans.

Selain Diskaun Tanpa Tuntutan (NCD), dapatkan 10% rebat tambahan semasa memperbaharui sijil atas talian.

Baru Pelan ansuran tanpa faedah disediakan untuk pemegang kad kredit Maybank. Tertakluk pada terma dan syarat.

Manfaat yang disertakan

🚗Kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga

🚗Kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga

🚗Kerugian atau kerosakan terhadap kenderaan anda akibat kebakaran, kecurian atau kemalangan

Want your business to be the top-listed Finance Company in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Address


Lot 88 Block I No. 16, Etiqa Asia City, Lorong Singgah Mata 5, Pusat Bandar Kota Kinabalu
Kota Kinabalu
88000

Other Insurance Companies in Kota Kinabalu (show all)
Sofea AIA Public Takaful Sabah Sofea AIA Public Takaful Sabah
Suite 3A-3A-3A, Level 3A, Block B, Riverson The Walk,, Kota Kinabalu
Kota Kinabalu, 88100

your life planner

Shirba Insurance Agency Shirba Insurance Agency
KM 18 Jalan Tuaran
Kota Kinabalu, 88450

We are a registered General Insurance agency based in Kota Kinabalu & Johor Bahru.

Bobby Aia Public takaful Kk Mecca Bobby Aia Public takaful Kk Mecca
Suites 3A-3A-5, Level 3A, Block B, Riverson Suites, Off Coastal Highway
Kota Kinabalu, 88100

life & General insurance.Takaful,medical card,saving & Investment,PA

Shield Family Group Shield Family Group
Shield Family Group, Lot 25-2, Tingkat 2, Block D, Lintas Square, Jalan Lintas
Kota Kinabalu, 88300

An Entrepreneur Development Centre based in Kota Kinabalu, Sabah. A hub where we develop the mindset and the skillset for entrepreneurship.

Hong Leong MSIG Takaful Hong Leong MSIG Takaful
Kota Kinabalu, 88300

Untuk penerangan lebih lanjut anda blh klik link wtsap saya http://www.wasap.my/601127406648

AIA Public Takaful - Shaza Elfeera AIA Public Takaful - Shaza Elfeera
Kota Kinabalu

Hi I’m Shaza Elfeera Your Life Takaful Planner

AIA Takaful SABAH AIA Takaful SABAH
Kota Kinabalu

Comprehensive Life & Medic Comprehensive Life & Medic
Level 2, Wisma Prudential, Kolam Plaza, Jalan Lintas, Luyang
Kota Kinabalu, 88300

Helping people to get their most affordable insurance/takaful coverage speciality in Medical Card, L

Prudential Takaful Agent J Khayla Prudential Takaful Agent J Khayla
Taman Indah Permai Sepanggar
Kota Kinabalu, 88450

A page that creates awareness on personal protection as to life, medical, income and wealth under Pr

Star Family Agency Star Family Agency
LOT 25-2, TINGKAT 2, BLOCK D, LINTAS Square, Jalan LINTAS
Kota Kinabalu, 88300

The No. 1 agency in the East Malaysia region under the roof of the Etiqa Family Takaful Berhad!

Perunding Takaful Jee KK Perunding Takaful Jee KK
Jalan Gaya
Kota Kinabalu, 88100

Assalamualaikum.. salam perkenalan dari saya� Saya Fauzia dari kota kinabalu merupakan � Age