Kelana Home2stay

Menawarkan rumah untuk disewa sebagai persinggahan anda yang berkunjung ke Kota Kinabalu. Dilengkapi

Merge PDF files online. Free service to merge PDF 10/10/2021

Merge PDF files online. Free service to merge PDF Select multiple PDF files and merge them in seconds. Merge & combine PDF files online, easily and free.

Menawan Mahameru; ‘Sorga’ Bagi Para Pendaki Gunung Berapi! - Chronicle 01/03/2018

Hah! Cepat sahaja masa berlalu. Kini kita sudah memasuki bulan ketiga di tahun 2018. Bagaimana dengan cerita 'travel' anda setakat ini? Semoga penuh pengalaman, cerita, pengajaran yang bisa menjadi ingatan :)

Ini adalah catatan perjalanan semasa saya mendaki Gunung Semeru di Provinsi Jawa Timur pada bulan Oktober tahun lepas. Sungguh. Ia telah menjadi antara kenangan terindah (dan yang paling menggusarkan) sepanjang saya 'traveling' sehingga kini.

Selamat datang, Mac! :)

https://www.kofkino.com/chronicle/menawan-mahameru-sorga-bagi-para-pendaki-gunung-berapi/

Menawan Mahameru; ‘Sorga’ Bagi Para Pendaki Gunung Berapi! - Chronicle Keindahan alam semula jadi yang terdapat di negara jiran cukup menakjubkan. Pesona Indonesia yang terbit daripada aneka ragam alam dan budaya, kemudian berpadu bersama masyarakatnya [...]

21/02/2018

Whenever you lose your flow, get up and go for a walk.

The journey of a thousand miles, begins with a single step :)

(Bukit Sepanggar adalah lebih kurang 15 minit pemanduan daripada Kelana-Home-To-Stay)

12/02/2018

Seronok rasanya bila kembali semula ke Kelana-Home-To-Stay dan melihat tetamu meninggalkan rumah dengan suasana ''sedap-mata-memandang''. Kemas dan rapi.

Terima kasih kepada semua tetamu yang berkunjung ke sini dan menjadikan Kelana sebagai tempat persinggahan apabila berada di Kota Kinabalu. Saya juga begitu.

Apabila berada di hotel penginapan mahupun mana-mana 'homestay', saya pastikan tinggalan saya itu berada dalam keadaan kemas. Termasuklah, bila selesai menjamah makanan di restoran segera. Sisa makanan dibuang ke dalam ruangan yang telah disediakan.

Tapi,tidaklah wajib untuk tetamu-tetamu saya di Kelana-Home-To-Stay :) Saya sentiasa menerima seadanya. Kalian hanya perlu beristirahat apabila berada di Kelana-Home-To-Stay!

Minggu lepas, Kelana telah menerima tetamu sekeluarga daripada Tawau. Ada urusan yang mahu diselesaikan di Kota Kinabalu. Sebelum mereka, tetamu yang paling jauh datangnya telah menginap di sini.

Malah, paling lama juga menginap. Beliau dan rakannya datang daripada UK. Betah juga 'orang Puteh' itu menginap hampir dua minggu lamanya sehingga ke penghujung Januari yang lepas.

Apapun,
sekiranyalah kalian memerlukan tempat penginapan apabila berada di Kota Kinabalu, mungkin kalian boleh menjadikan Kelana-Home-To-Stay sebagai rumah penginapan untuk makna persinggahan sebenar :)

Salam hormat.
Abdul Razzaq Bakri
www.wasap.my/60138530988

15/11/2017

Ting Tong!
"Housekeeping"
:)

Semenjak minggu yang lepas, Kelana-Home-To-Stay, dikunjungi oleh tetamu bersilih ganti. Ada yang datang untuk bercuti di Kota Kinabalu, dan ada p**a yang datang sempena konvokesyen di Universiti Malaysia Sabah yang bermula pada minggu ini. Hari ini, insyaAllah ada lagi sebuah keluarga yang akan menginap di sini.

Apapun, semoga kalian yang bermalam di Kelana, berasa selesa, senang hati dan kenangan sepanjang berada di Kota Kinabalu, sentiasa terpahat di sanubari. Bandaraya Alam Semulajadi ini, sentiasa menawarkan pemandangan alam yang indah, pasir memutih di p**au-p**au sekitar, juga tidak ketinggalan untuk menikmati makanan laut yang segar pada harga yang berpatutan.

Diharapkan, Kelana-Home-To-Stay menjadi tempat istirahat melepas lelah setelah hari kalian yang panjang.

Salam hormat,
Abdul Razzaq Bakri
+60138530988
Kelana-Home-To-Stay
www.facebook.com/KelanaHome2Stay

Makna persinggahan sebenar!

:)

ALL THE FLIGHT DEALS - RAHSIA BAHARU MEMBURU TIKET PENERBANGAN MURAH 17/08/2017

Hai rakan-rakan .
Pautan di bawah mungkin boleh menjadi panduan kalian untuk mendapatkan tiket yang lebih murah . Sebab saya juga selalu mendapatkan tiket penerbangan yang murah :)

Baca!
:)

ALL THE FLIGHT DEALS - RAHSIA BAHARU MEMBURU TIKET PENERBANGAN MURAH 'All The Flight Deals' - Rahsia Baharu Setiap Pemburu Tiket Penerbangan Murah Wajib Tahu. Kenali Juga Istilah OTA, Metasearch Engines, Dan Fare Aggregator.

Photos from Kelana Home2stay's post 15/08/2017

Assalamualaikum & selamat petang, rakan-rakan .
Bagaimana dengan hari anda?
Kelmarin, hujan berterusan sahaja di Kota Kinabalu sedari tengah hari sehingga ke malam. Ada beberapa kawasan dan jalan yang telah dinaiki air.

Pun demikian, syabas kepada pihak berwajib juga Bilik Gerakan Bencana Alam DBKK yang telah beroperasi semenjak pukul 5 petang kelmarin. Walau di mana kalian berada, sentiasa berwaspada demi keselamatan diri dan orang lain.

Apapun, cuaca hari ini sungguh baik. Sekadar gerimis menitik-nitik, kemudian berhenti. Mentari masih sirna menyebar cahayanya, dengan angin bertiup-tiup lembut. Terasa nikmat yang indah bila kita masih bisa merasa :)

Juga, hari ini merupakan Hari Kemerdekaan ke-70 bagi negara India. Saya kepilkan bersama gambar-gambar kenangan semasa saya dan rakan berkelana di India.

Jai Hind!

Semoga hari yang terbaik untuk kita semua!
Abdul Razzaq Bin Bakri,
Kelana-Home-To-Stay
+6013-8530988

Makna persinggahan sebenar :)

12/08/2017

Assalamualaikum & selamat malam rakan .
Moga hujung minggu yang terbaik untuk semua. Selain daripada memperkenalkan Kelana-Home-To-Stay kepada orang ramai, juga memuat naik apa-apa info yang berkaitan dengan Kota Kinabalu secara khusus dan Sabah amnya, saya juga akan berkongsi dengan catatan perkelanaan saya sebelum ini. Sebelum ini, saya pernah berkongsi catatan umrah DIY yang saya dan rakan-rakan lakukan pada awal tahun ini. Kalau ada yang terlepas dan ingin membacanya, boleh 'scrolling' ke bawah untuk 'post' yang lepas. Sharing-kan is caring 😘. Lagipun,saya juga seorang penjalan. Seperti kalian juga :)

Selamat beristirahat,
Abdul Razzaq Bakri
+6013-8530988

"Setelah menjamah makan malam; sepinggan nasi putih yang berlaukkan udang dan air kelapa pada harga ~RM50 seorang, kami berdua meneruskan aktiviti malam dengan berjalan di sepanjang persisiran pantai sebelum p**ang ke hotel penginapan. Agak mahal juga harga untuk sepinggan makan malam, tetapi mungkin kerana kedudukannya agak 'eksklusif' di Pantai Boracay yang terkenal, juga lagu-lagu yang mendamaikan terpasang semasa menjamu makanan, mungkin faktor dikira sebagai harga patut. Lagi-lagi, restoran itu antara restoran yang ada tanda 'Halal IDCP' (Islamic Da'wah Council of The Philippines).

Suasana malam itu meriah. Sensasi dengan bunyi deburan ombak dan bau bayu laut yang bertiup. Muzik. Persembahan 'tarian api'. 'Live band'. Lampu-lampu. Pasir-pasir yang diukir. Gerai-gerai menjual cenderakenangan.

Pada sebelah siang sebelum itu, kami sudah berjalan di dasar lautan sedalam 15meter menggunakan 'helmet' yang terisi oksigen; melihat-lihat ikan-ikan kecil yang berwarna-warni. Kemudian, menyaksikan matahari terbenam jauh daripada kawasan pantai menggunakan bot tradisi, "barangay".

Malam itu perlu lebih santai setelah melalui hari yang panjang. Kelihatan persembahan tarian oleh staf yang bertugas di bahagian dapur salah sebuah resort di situ memukau para pengunjung yang bertandang"

Photos from Kelana Home2stay's post 10/08/2017

Jadi selepas 'hiking' tadi pagi, saya dan rakan pergilah menjamah sarapan. Sepinggan Nasi Kuning dan Mee Tauhu untuk kami berdua. Saya tidak tahu kalaulah kedua-dua makanan ini ada di Semenanjung (ataupun tempat lain selain di Sabah:). Cumanya, saya mencadangkan supaya bila kalian datang bertandang ke Sabah, sekali-sekali cubalah Nasi Kuning. Nasi yang ditanak bersama kunyit untuk warnanya dan santan kelapa untuk menambah sedikit rasa lemaknya. Kemudian, dihidang p**a bersama ikan kayu (ikan tongkol) yang ditumis bersama sambal lada. Boleh jadi Nasi Kuning juga bisa berlaukkan ayam (masak merah atau kurma). Kalau ditanya kepada saya, sudah pasti saya memilih Nasi Kuning sebagai sarapan pagi :)

Photos from Kelana Home2stay's post 07/08/2017

Bagi penggemar koleksi 'Hard Rock', jangan ketinggalan untuk mencari koleksi kalian di Kota Kinabalu. Juga, tidak sah kalau tidak menjamah makanan laut apabila berada di sini. Jangan tertinggal untuk kedua-duanya. Gambar makanan dulu atau baca doa dulu? Atau doa,gambar, kemudian gambar?

Selamat beristirahat! :)

02/08/2017

Best rasanya bila menerima mesej masuk bertanyakan Kelana. Iyalah, saya dan rakan berusaha seupayanya memberikan keselesaan untuk mereka menginap. Kalau saya pun traveling, harga yang menarik dan keselesaan untuk menginap menjadi kayu ukur untuk bermalam. Tapi,terkadang adalah juga pernah tidur di bangku panjang di lapangan terbang Shanghai,dek kerana tiket keretapi laju ke Beijing penuh. Hah!

Anyway, menarik juga bila ada yang bertanyakan Kelana untuk tahun depan. Lama sungguh tempohnya. Minggu lepas p**a, dua jam sebelum mahu masuk, baru ditempah. Macam 'walk-in'. Saya yang memecut dari bandar ke Kelana. Syukur,selesai semuanya.
Ini p**a , tempahan mahu dibuat pada bulan November. Setakat ini, November sudah menarik beberapa orang tamu. Ada cuti umum,eh?

For those who wants to experience with Kelana-Home-To-Stay, let me know earlier-lah. So,I can block the date for you. Macam tuh.
Thanks for the trust. Thanks to rakan Kelana.
Nampak tuh, ada extra beds lagi for the guests:)

Selamat berehat!
Kelana-Home-To-Stay
Makna persinggahan sebenar.😘
www.facebook.com/KelanaHome2Stay
+60138530988

Photos from Kelana Home2stay's post 31/07/2017

The beauty of KK City :)

Pagi- pagi,boleh ber-jogging di laluan trek Tanjung Lipat. Menghirup udara segar sambil mendengar deburan ombak :)

Photos from Wonderfly's post 28/07/2017

Sambil kalian menjamah sarapan, boleh juga mencuci mata melihat gambar-gambar sebahagian tempat yang menarik di Sabah. Mungkin kalian juga sedang merancang destinasi untuk bersantai.

Apa tunggu lagi?

Semuanya ada di Sabah,
Negeri Dibawah Bayu :)

28/07/2017

"Tuan, ada kosong di homestay?", ujarnya di telefon setelah memperkenalkan diri.

"Ada, tuan. Tapi untuk bila?"

"Hari ini, esok dan lusa", sambungnya.

"Jumpa nanti tuan,insyaAllah".

Maka bergegaslah seupayanya. Juga, sempat bersapaan dan berjumpa dengan rakan-rakan lain di tempat-tempat berlainan. Pemanduan diluncurkan. Hari yang panjang. Tapi masih menarik.

Kunci sudah pun diserahkan. Peramah sekeluarga.

Kelana-Home-To-Stay.
Makna Persinggahan Sebenar.
+60138530988

Selamat berhujung minggu!

:)

5 Gorgeous Islands In Sabah You Must Visit Before You Die 06/06/2017

Lima buah p**au yang wajib anda lawati di Sabah ! :)

5 Gorgeous Islands In Sabah You Must Visit Before You Die Spend your holidays in these breathtaking islands!

Photos from Kelana Home2stay's post 05/06/2017

Salam Ramadan ke-10.

Masa berbuka puasa di Zon 7, bahagian pantai barat Sabah termasuklah Kota Kinabalu adalah pada pukul 6.28 petang. Kira-kira 1 jam setengah lagi.

Gambar adalah lokan bakar di gerai siring (tepi) jalan Salut,lebih kurang 15 minit daripada Kelana.

Apa juadah kalian untuk bersungkai (berbuka) pada hari ini?

😉

Photos from Kelana Home2stay's post 03/06/2017

Assalamualaikum & Selamat pagi,

Rakan-rakan Kelana,

Sedar tidak sedar, kita sudah menginjak hari kelapan berpuasa di bulan Ramadan. Semoga bulan latihan ini, memberikan kekuatan, melatih diri kita menjadi seorang yang penyabar, dan memberikan kesihatan yang lebih baik dengan memberikan masa 'rehat' kepada sistem pencernaan badan.

Selamat bercuti kami ucapkan kepada kalian yang bercuti. Selamat mengembara bagi kalian yang berkelana. Puasa bukan menjadi penghalang untuk kita meneruskan kaki mengorak langkah. Setuju? :)

Berikut adalah tips puasa yang dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada laman Facebook.

Salam Ramadan,
Abdul Razzaq bin Bakri
+60138530988
Kelana-Home-To-Stay,
Makna Persinggahan Sebenar.

Timeline photos 12/05/2017

Assalamualaikum & Selamat sejahtera ke atas kalian,rakan-rakan . Terasa lama benar tidak memuat naik apa-apa info di 'Page' ini. Mohon maaf atas 'pengabaian' ini. Eheh😅. Bukan apa, kekadang bila sudah mahu menulis (baca:menaip) ada p**a kerja mendatang. Ada nota yang masih tersimpan lagi di telefon dan belum dipindahkan ke sini sejak bulan Mac yang lepas. Adedeh. Pantas saja masa berlalu. Semenjak awal tahun ini juga,kerja-di-luar-kawasan agak luar biasa. Boleh dibilang saja hari-hari saya berada di rumah dan Kota Kinabalu. Apapun setulusnya, saya mengucapkan terima kasih atas kepercayaan kalian yang memilih Kelana-Home-To-Stay sebagai tempat persinggahan bila-bila sahaja kalian berada di Kota Kinabalu. Kebanyakan masa,mungkin kita sekadar bertemu di ruangan Whatsapp dan belum bersua muka, namun segala komen-komen yang baik,yang kalian tinggalkan di buku pelawat Kelana cukup menjadi kenangan terindah buat saya dan Kelana. Segala saranan kalian,akan kami pertimbangkan dan mencuba seupaya kami supaya sentiasa menyediakan perkhidmatan yang terbaik untuk kalian.

Saya seperi kalian juga; kaki pejalan😉. Menurut rakan saya, banyak sangat tahi lalat di kaki. Saya hanya tertawa dengan seloroh beliau. Demi menyemarakkan semula Page ini, saya kongsikan di bawah salah satu perjalanan besar saya pada tahun ini; menunaikan umrah bersama-sama rakan secara Do-it-Yourself. Apapun,terima kasih atas sokongan selama ini. :)

Salam Jumaat,
Abdul Razzaq Bin Bakri
Kelana-Home-To-Stay
013-8530988

*****************************************

Assalamualaikum & salam sejahtera untuk kalian.

Berikut adalah jumlah perbelanjaan yang saya keluarkan untuk perjalanan umrah yang lepas,pada 17hb Januari sehingga 24hb Januari 2017.

1) Tiket Penerbangan.
-Tiket penerbangan Kuala Lumpur-Jeddah-Kuala Lumpur mengikuti Malaysia Airlines dibeli pada 23 Ogos 2016; lebih kurang lima bulan sebelum tarikh penerbangan berharga (RM400.90)

2)Visa.
-Antara perkara pertama yang terlintas di fikiran kita bila melakukan umrah tanpa pakej adalah visa. Bagaimana mahu melepasi imigresen Arab Saudi sekiranya tidak punya visa. Saya ada tanyakan beberapa pakej umrah yang dikendalikan oleh beberapa syarikat di Kota Kinabalu,sekiranya mereka ada membuat perkhidmatan untuk pengurusan visa. Semua jawapan yang saya terima adalah sama. Perlu mengambil pakej umrah mereka untul disertakan sekali dengan pengurusan visa. Syukur,saya mendapat maklumat menerusi perkongsian di Facebook bahawa ada perkhidmatan yang boleh mengurus pengurusan visa umrah. Saya buka 'Page Facebook' "Safar Buddies ". Saya berhubung dengan Encik Fakhrul. Saya poskan buku passport,dua keping gambar ukuran visa, dan buku suntikan vaksin kepada beliau sebagai dokumen sokongan yang diperlukan.Saya telah mengepos pada 15hb Disember. Menurut Encik Fakhrul,urusan visa mengambil masa 7 hingga 10 hari.
Pada 30hb Disember 2016,saya mendapat mesej daripada Encik Fakhrul dengan ayat
"Visa Ready"
Siap beliau gambarkan lagi passport yang sudah terlekat visa padanya. Visa umrah hanya memberi tempoh selama 30 hari di Arab Saudi. Jadi,tarikh perjalanan kita ke Jeddah perlu dimaklumkan terperinci supaya visa adalah sah sepanjang keberadaan di Arab Saudi. Ini merupakan perjalanan umrah saya kali pertama. Harga visa yang perlu dibayar adalah (RM350).

3)Vaksin Meningitis
- Ini antara keperluan yang dimestikan untuk ke Arab Saudi. Saya mengambil suntikan di Klinik Medisinar,Sepanggar pada 14hb Disember 2016. Vaksin ini bertahan untuk tempoh 5 tahun. Sekiranya selepas ini,saya ingin melakukan umrah dalam tempoh 5 tahun mulai sekarang,saya tidak perlu mengbil lagi vaksin ini. Simpan saja buku rawatab yang diberikan. Harga vaksin adalah (RM160).

4)Gambar Visa
-Saya mengambil gambar ukuran umrah pada 15hb Disember 2016. Pesan pada jurugambar bahawa anda mahukan gambar ukuran umrah. Wajah adalah lebih besar sedikit pada gambar dan berlatar belakangkan warna putih. Mereka tahu ukurannya. Harga untuk empat keping gambar adalah (RM10)

5)Pos Laju.
-Selesai sahaja bergambar, saya terus poskan dokumen kepada Encik Fakhrul yang beralamat di Nilai,Negeri Sembilan. Harga pos laju adalah (Rm10.50) dan dokumen saya sampai pada keesokan harinya

6)Tiket Penerbangan
-Disebabkan tiba di Jeddah pada 7.30 malam, kami bertiga sebulat suara untuk mengambil penerbangan dari Jeddah ke Madinah. Kebanyakan pakej umrah mengambil bas untuk ke Madinah. Disebabkan tempoh kami yang singkat di Arab Saudi dan perjalanan p**a mengambil masa lebih kurang 6 jam daripada Jeddah,mengambil penerbangan lanjut adalah yang terbaik buat kami. Cuma perlu berhati-hati sedikit bila ingin mendarat kerana di Lapangan Terbang King Abdul Aziz mempunyai 3 buah terminal yang berbeza; terminal umrah/haji, komersial, domestik. Agak jauh juga menaiki teksi daripada terminal umrah ke terminal domestik. Juga, perlu 'agresif' sedikit bila berhadapan dengan pemandu teksi/ pemandu persendirian untuk menetapkan harga sebelum menaiki kenderaan mereka. Tapi, menaiki kapal terbang adalah pilihan masing-masing. Kalau berempat,boleh sahaja 'charter' teksi atau kenderaan persendirian ke Madinah ,selain daripada menaiki bas. Atau juga,boleh sahaja mengambil penerbangan langsung ke Madinah daripada Kuala Lumpur. Tiket p**ang-balik kami adalah melalui Jeddah dan situasi kami juga yang mahu menjimatkan masa perjalanan,menyebabkan kami mengambil penerbangan ke Madinah. Tiket penerbangan dibeli pada
pada 23hb Disember 2016 menggunakan Saudi Arabian Airlines dengan harga (RM210)

7)Hotel
-Hotel ditempah pada 18hb Disember melalui Bookings.com.
Kami memilih untuk berada 3 malam di Madinah dan 4 malam di Mekah. Harga penginapan kami untuk bertiga adalah lebih kurang RM1500. Jadi,kira-kira RM500 untuk setiap orang bagi harga 7 malam.

8)Tiket penerbangan
-Disebabkan saya seorang sahaja daripada Kota Kinabalu,jadi perbelanjaan saya lebih sedikit berbanding dua orang kawan yang tinggal di Kuala Lumpur.
Tiket penerbangan daripada Kota Kinabalu-Kuala Lumpur-Kota KinabaluKI-melalui Malaysia Airlines dibeli pada 23hb Disember 2016,kurang daripada sebulan sebelum penerbangan ke Jeddah. Tapi,saya sering juga melihat harga penerbangan ini beberapa minggu sebelumnya. Ada tarikh yang mencecah lebih RM500. Bila mendapat harga yang rendah sedikit,terus sahaja saya beli melalui atas talian. Mungkin juga faktor perayaan Tahun Baru Cina yang terkena pada tarikh balik saya daripada Jeddah menjadikannya agak mahal sedikit. Harga tiket penerbangan saya adalah (RM472.76),lebih mahal daripada tiket penerbangan p**ang balik ke Jeddah :)

9)Uber
-Menaiki 'Uber' serasa lebih baik daripada teksi atau kereta persendirian,terutama untuk jarak jauh. Kami menaiki 'Uber' sewaktu ke Jabal Rahmah yang agak jauh sedikit daripada Masjidil Haram. Juga,mengambil 'Uber' sewaktu ke Lapangan Terbang King Abdul Aziz semasa penerbangan balik. Kalau jarak yang dekat ke sesuatu tempat, boleh sahaja menaiki teksi tapi pastikan dahulu harganya sebelum menaiki kenderaan mereka. Sekalipun kalian terlihat ianya adalah teksi bermeter, tiada teksi yang kami naiki menggunakan meter. 'Uber' p**a ada beberapa kali yang membatalkan 'request' saya mungkin disebabkan jalanan yang sesak. Sekiranya pemandu 'Uber' membatalkan permintaan kita,'Uber' akan menggantikan dengan pemandu yang lain. Kalaulah kita p**a yang tidak bersetuju, caj 8Sr dikenakan pada kad bank seperti yang terkena pada saya kerana mengendahkan cadangan 'Uber' sewaktu di Madinah bila serasa lama menunggu. Kalian masih boleh aturkan cara mana yang sesuai. Boleh jadi,tanya dahulu harga ke destinasi anda kepada pemandu teksi ataupun persendirian,kemudian bandingkan dengan harga yang ditawarkan oleh 'Uber'. Caj yang dikenakan pada saya adalah RM229.06. Disebabkan kami bertiga, harga ni kami bahagikan untuk mengetahui perbelanjaan setiap seorang. RM229.06÷ 3 = (RM76.3533)

10) Wang Tukaran.
-Jumlah wang Ringgit Malaysia yang saya tukarkan ke wang Saudi Riyal(SR) adalah (RM1694)= SR1400. SR400 adalah untuk penginapan hotel bagi setiap seorang. SR1000 p**a adalah wang perbelanjaan saya sepanjang berada di Arab Saudi. Jumlah wang saku ini tergantung kepada diri masing-masing. Bagi saya bayaran untuk makanan seharian, teksi, buah tangan sedikit,ambil peluang bersedekah, cukup. Ada lagi baki SR10 di dalam dompet saya.

11)Jumlah perbelanjaan peribadi:
-Ini keseluruhan perbelanjaan yang di atas. Kain ihram saya pinjam sahaja daripada abang saya yang telah melakukan umrah pada tahun sebelum. Buku panduan umrah p**a,ada kawan saya berikan. Terima kasih :) Tapi saya p**angkan juga untuk kegunaan sesiapa lagi selepas ini.

RM400.90 + RM350 + RM160 + RM10 + RM10.50 + RM210 + RM472.76 + RM76.35 + RM1694

= RM3384.51

Moga perkongsian ini memandu kalian yang berkeinginan melakukan umrah bersendiri. Masing-masing punya kelebihan,samada melakukan melalui pakej ataupun bersendirian. Perjalanan ini juga dibantu oleh kenalan-kenalan yang membuat umrah melalui pakej jika kalian membaca catatan saya sebelum ini. Saya ada mengikuti kursus umrah pada 12hb November dengan meminta izin daripada pegawai bertugas dan menerangkan keadaan saya. Mereka membenarkan tanpa sebarang bayaran.

Berdoa juga supaya dipermudahkan segalanya. Saya hanya merancang,saya dan kawan-kawan hanya merancang,tapi Tuhan juga merancang. Dan perancangan Tuhan adalah lebih baik daripada segalanya.

Terima kasih kepada semua yang membantu dan mempermudah perjalanan umrah saya dan rakan-rakan. Terima kasih kepada rakan-rakan seperjalanan saya. Terima kasih kepada manusia-manusia baik yang saya temui. Hanya Allah sebaik-baik yang membalas kebaikan kalian.

Wassalam :)

Timeline photos 19/03/2017

Jadi,cuti pertengahan penggal pun sudah bermula bagi anak-anak di sekolah. Bila ada peluang bercuti begini, jangan dilepaskan dan nikmati sewajarnya; meluangkan masa bersama keluarga dan anak-anak, berjalan bersama-sama,meneroka dan melakukan apa jua aktiviti untuk mengerat silaturahim dan berkasih sayang. Bila badan berehat secukupnya, kita juga lebih bersemangat untuk segala aktiviti yang mendatang

Apapun, di , kami mengucapkan selamat bercuti untuk murid-murid di sekolah. Bagi ibu bapa/penjaga yang telah merancang dengan percutian,selamat beristirahat.

Lagi daripada , sekiranya kalian merancang untuk menginap di sini selama 4 malam (Tempoh:19 Mac-31 Mac 2017),kalian hanya perlu membayar 3 malam sahaja. Biar harga yang semalam lagi ,ditanggung oleh pihak kami. Sebagai tanda terima kasih kami atas sokongan kalian yang berpanjangan.

Selamat berhujung minggu :)

Kelana-Home-To-Stay
www.facebook.com/KelanaHome2Stay
Makna persinggahan sebenar.

013-8530988/019-8211752

Timeline photos 20/02/2017

Jadi,lewat malam semalam ada tetamu yang berkunjung di Kelana-Home-To-Stay. Sebelum mereka tiba ke sana, saya dan rakan datang melihat-lihat kebersihan dan keperluan untuk para tamu nanti. Seronok juga bila membaca komentar pengunjung yang lepas di buku pelawat. Ada yang saya sempat bersua muka dan ada yang hanya berhubung di telefon. Terima kasih atas pandangan kalian :)

Jangan lupa untuk menempah rumah persinggahan anda sepanjang keberadaan di Kota Kinabalu!
www.facebook.com/KelanaHome2Stay
Kelana-Home-To-Stay
+6013-8530988
Makna persinggahan sebenar:)

Timeline photos 15/01/2017

Hai rakan-rakan Kelana,

Bagaimana dengan kehidupan kalian setelah dua minggu berada di tahun 2017? Masih gigih dengan azam yang telah 'diikrarkan' pada ambang tahun baru yang lepas? Adakah masih berada dalam 'track' yang ingin dicapai? Jangan risau kalau ada yang 'lari-lari' sedikit daripada yang di azamkan. Berhenti sebentar,dan lihat semula perancangan yang telah dituliskan. Kemudian,imbas kembali aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan dan cari langkah penyelesaian supaya kita kembali kepada 'track' yang diinginkan pada tahun ini. Selalu sahaja kita lebih fikirkan masalah yang dihadapi tanpa memikirkan jalan penyelesaian kepada masalah tersebut. Itulah kita perlu saling mengingati antara satu dengan yang lain,sebab sering sahaja kita terlupa perkara yang asas. Yang masih seiring dengan azam yang dilafazkan,teruskan usaha. Anda sedang menuju ke arahnya :)

Kalaulah anda ada meletakkan 'traveling' sebagai antara azam anda pada tahun ini, mungkin boleh meletakkan Kota Kinabalu sebagai destinasi kalian. Bandaraya alam semula jadi yang memberikan rasa sayang kepada penghuninya dan kenangan manis buat para pengunjung yang datang. Punya p**au-p**au yang berhampiran, makanan laut yang menyelerakan, menyaksikan keunikan tradisi pelbagai kaum, pusat membeli-belah yang merata, dan boleh meneruskan perjalanan dua jam ke hentian Gunung Kinabalu yang indah,atau menambah 3 jam ke Simpang Mengayau,titik penghujung kep**auan Borneo.

Kelana-Home-To-Stay bersedia dan sentiasa menanti pengunjung yang mencari makna persinggahan sebenar. Semoga kita bertemu di lain masa.

Selamat berhujung minggu.

Abdul Razzaq Bakri,
+60138530988
Kelana-Home-To-Stay

Timeline photos 27/12/2016

Bandaraya Kota Kinabalu,di kala hujan renyai-renyai kelmarin petang.

Timeline photos 27/12/2016

Pagi-pagi lagi, sudah bisa menguntum senyum. Tadi, sambil tamu mencari-cari kunci rumah untuk diberikan kepada saya, beliau terus menutur bicara. Sejak beberapa hari yang lepas, Kelana disinggahi oleh sebuah keluarga daripada Miri.

"Terus balit Mi-ghi (Miri) hari tok?", seupanya slanga Sarawak saya memulakan perbualan.
Perbualan berterusan.

"Mintak nombor phone kita'. Mau tinggal siney lagi bila datang KK",ujarnya.

Girangnyalah sang hati bila sedikit pujian diberikan. Sekurang-kurangnya, usaha itu kenampakan bila perkhidmatan yang diberikan beroleh pujian.

Bukan bermakna ,apa yang kita lakukan adalah semata-mata untuk mendapat pujian manusia. Itu jauh sama sekali. Kerana hidup dan mati itu hanya kerana Tuhan.

Namun,ucapan seumpama 'terima kasih'; terima kasih kerana menelefon, 'terima kasih tahankan pintu', 'terima kasih kerana datang', 'terima kasih bertanya khabar', 'terima kasih kerana masakan hari ini, 'I am proud of you', 'You did very well', 'I love you, 'tahniah' dan pelbagai lagi ucapan adalah lingkaran penghargaan yang tak ternampakan tapi punya nilai yang tak tercapai.

Ini antara perkara kecil yang memberi perbezaan yang besar. Biasakanlah dengan penghargaan dan rasa menghargai. Jangan disimpan-simpan. Kita manusia yang punya perasaan. Yang mudah tersentuh sekeras manapun jiwanya. Yang bersyukur kepada Tuhan ialah bila mereka mengucapkan terima kasih kepada manusia yang memudahkannnya. Mungkin,bisa beroleh lebih lagi bila kita terus menghargai.

Jadi,sudahkah anda mengucapkan terima kasih hari ini?

:)

Salam hormat,
Abdul Razzaq Bin Bakri
+6013-8530988
[email protected]
Kelana-Home-To-Stay
www.facebook.com/KelanaHome2Stay
Makna persinggahan sebenar.

Terima kasih!

Timeline photos 25/12/2016

Selamat Hari Natal diucapkan kepada rakan-rakan yang menyambutnya dan selamat bercuti kepada semua.

Yang jauh kita dekatkan, yang dekat kita rapatkan. Moga kita sentiasa menggunakan masa yang terluang untuk beramah mesra dengan keluarga dan insan tersayang juga mengeratkan kasih sayang sesama kita.

Manusia dicipta untuk berkasih sayang, manakala benda di sekeliling kita adalah untuk digunakan. Jangan p**a sesekali kita menggunakan manusia dan menyayangi benda sekeliling selebihnya.

Salam penghujung minggu,
Abdul Razzaq Bakri,
Kelana-Home-To-Stay
Makna persinggahan sebenar.
+6013-8530988

P/S:
Gambar adalah Lapangan Terbang Antarabangsa Haneda,Tokyo pada perjalanan saya awal tahun ini.

Timeline photos 23/12/2016

Selesai melihat-lihat Kelana-Home-To-Stay. Terima kasih kepada kalian yang membuat beberapa panggilan untuk tempahan pada hari ini. Lain hari, insyaAllah kita akan bertemu. Hari ini, sehingga tiga malam berikutnya, tempahan sudah dibuat oleh tamu Kelana yang jauh daripada Miri. Tempahan sudah dibuat sejak seminggu yang lepas. Nampaknya,ramai yang sudah merangka perjalanan untuk percutian penghujung tahun.
Apapun,berhati-hati di jalan raya. Pandu cermat. Walau ke mana destinasi sekalipun yang ingin dituju, moga selamat sampai dan dipermudahkan.

Selamat bercuti :)

www.facebook.com/KelanaHome2Stay

Salam hormat,
Abdul Razzaq bin Bakri
Kelana-Home-To-Stay
Makna persinggahan sebenar.
+6013-8530988

Photos from Kelana Home2stay's post 20/12/2016

Dengan memiliki 42 buah etnik, Sabah dilihat sebagai negeri unik dengan kepelbagaian budaya dan adat resam. Masyarakat majmuk membentuk nilai keharmonian yang disanjung bersama.

Di bawah ini adalah sedikit gambar pakaian tradisi kaum Rungus di Kudat. Saya dan beberapa orang rakan telah melawat Rumah Panjang Bavanggazao sambil meneman kenalan 'Orang Putih' kami yang baharu pertama kali sampai ke sini beberapa tahun yang lepas. Rumah Panjang Bavanggazao kiranya adalah rumah kebudayaan yang dibuka untuk pengunjung luar merasai pengalaman dan memahami budaya kaum Rungus. Kami diajak menari tarian tradisional di atas rumah panjang yang lantainya diperbuat daripada bambu dan dindingnya daripada kulit pokok, ditunjukkan dan diterangkan bilik-bilik dan sudut yang ada di rumah panjang, dan diperlihatkan hasil kraf tangan iaitu butir-butir manik yang dicantum menjadi rantai perhiasan. Lebih menarik, kami berpeluang mendengar alunan seruling yang ditiup melalui hidung. Menarik,bukan?

Jika anda berkunjung ke Sabah, jangan melepaskan peluang untuk mempelajari dan merasai pengalaman yang tidak mungkin diperoleh di mana-mana. Sekurang-kurangnya, tiga jam perjalanan diperlukan untuk sampai ke Kudat daripada Bandaraya Kota Kinabalu.

Jangan dilupa, 'Tip of Borneo' ataupun 'Titik penghujung kep**auan Borneo' terletak di Simpang Mengayau, juga di daerah Kudat.

😎

Photos from Kelana Home2stay's post 19/12/2016

Assalamualaikum & selamat pagi rakan-rakan .

Pada hari Isnin yang lepas, bersempena dengan cuti umum Maulidur Rasul,saya dan rakan-rakan telah melakukan aktiviti 'trekking' & 'hiking' ke Bukit Bongol di Kota Belud. Sekiranya bertolak daripada di Universiti Condominium Apartment 2 (UCA 2), perjalanan ke sana mengambil masa kira-kira satu jam.

Kami mulakan 'trekking' di kawasan hutan melalui jalan kampung kira-kira pukul 8 pagi. Di sepanjang 'trekking', kebun getah boleh kelihatan, dan tidak kurang juga tanaman lain seperti kunyit. Menurut 'guide' kami, Encik Janior, kawasan kampung disini boleh menghasilkan bertan-tan kunyit dalam setahun dan dikira sebagai pengeluar kunyit utama. Pokok petai dan asam jawa juga kenampakan sepanjang 'trekking'. Kelihatan beberapa buah sulap;pondok persinggahan yang dibina oleh petani sebagai tempat istirahat. Di dalam sulap,ada tempat khas untuk membakar yang mereka isikan dengan tanah. Selain itu, cendawan liar yang boleh dimakan dan tidak boleh dimakan, turut diterangkan oleh Encik Janior.

Selepas 'trekking' dan 'hiking' hampir 2 jam 30 minit, kami pun sampai di puncak Bongol. Pemandangan hijau yang seluas mata memandang. Puncak Gunung Kinabalu juga kelihatan di sebalik awan-awan yang memutih.

Di bawah ini saya kongsikan sedikit gambar sepanjang perjalanan. Ada gambar saya yang turut dikongsikan oleh Sabah Tourism di laman instagram kementerian tersebut :)

Bagi mereka yang sukakan aktiviti lasak atau juga barangkali mahu mencuba-cuba sebagai riadah bersama-sama keluarga dan rakan, Bukit Bongol di Kota Belud boleh menjadi destinasi kalian seterusnya :)

P/S:
Boleh menghubungi Encik Janior di talian +601115466023.
Bayaran menurut Encik Janior adalah RM20 untuk sekump**an. RM10 diberikan kepada tabung kampung dan RM10 p**a kiranya saguhati kepada 'guide'. Tapi, saya dan rakan berikan sahaja RM50 kepada 'guide'. Terp**ang juga kepada kalian:)

Semoga menikmati hari Isnin yang indah rakan-rakan .

Salam hormat,
Abdul Razzaq Bakri,
Kelana-Home-To-Stay,
Makna persinggahan sebenar.
+6013-8530988

Want your business to be the top-listed Business in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Website

Address


Kota Kinabalu
88000

Other Business Services in Kota Kinabalu (show all)
HT Shop - Tổng Kho Ốp Xinh HT Shop - Tổng Kho Ốp Xinh
Bandar Sierra Apartment, Jalan Tuaran, Menggatal
Kota Kinabalu, 88450

Secara ringkasnya, ONE XOX Sdn Bhd ini adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yg menawarkan pe

Farhana Yazid Farhana Yazid
Kota Kinabalu

Duta kopi Arissto sabah

Nurafiq Corner Nurafiq Corner
Kota Kinabalu, 88450

Foods and Drinks

G Ofiz G Ofiz
Suite 3. 01, 3F, Wisma Prudential
Kota Kinabalu, 88300

G Ofiz is a space solution provider who specialised in Serviced Office & Virtual Office in Kota Kina

Allan Pasn Runner Sepanggar Allan Pasn Runner Sepanggar
Kota Kinabalu, 88450

Runner Service delivery

Sutera Bay Sutera Bay
Block A, Lot A-2-06, Sutera Avenue, Lorong Lebuh Sutera, Off Coastal Highway
Kota Kinabalu, 88100

Sutera Bay @ Sadong Jaya, Kota Kinabalu suite offer hotel concept lifestyle that comfortably suits

Aircond service Elektrical kk Aircond service Elektrical kk
Kota Kinabalu, 88600

Sinar Mentari Sinar Mentari
Kota Kinabalu, 88000

Tibabar bongawan sabah Tibabar bongawan sabah
Kg, Tibabar Ulu Bongawan
Kota Kinabalu, 89700

jual beli ayam dan yg berkenan

Pn.ct homemade Pn.ct homemade
Tuaran
Kota Kinabalu, 89208

Homemade product&catering

Bisnes Bisnes
Kota Kinabalu, 88000

Jual beli kota kinabalu Jual beli kota kinabalu
Kota Kinabalu, 88000