MamzTelipok

MamzTelipok

Agent Mamz oil

14/07/2024

Repeat order πŸ€— .. ini kali oder terus 2btl TQ sangat2" kerana jadi Ibu bapa prihatin dgn anak2 dan berminat dengan Mamz oil, πŸ₯° saya doakan puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat selalu Aamin.. 🀲🏻❀️πŸ₯° saya bantu Puan ya.

Photos from MamzTelipok's post 04/02/2024

tq 🀲🏻🫢🏻πŸ₯°

17/10/2023

π‡π€π‘πˆ 𝐈𝐍𝐈 πƒπ€π‹π€πŒ 𝐒𝐄𝐉𝐀𝐑𝐀𝐇 ππ€π‹π„π’π“πˆπ

ππˆπ‹π€: 21 Ogos 1969

𝐀𝐏𝐀: Tragedi Masjid al-Aqsa dibakar oleh ekstremis Zionis, Denis Michael Rohan

πŒπ„ππ†π€ππ€: Masjid al-Aqsa jatuh ke tangan penjajah Zionis selepas wilayah Baitulmaqdis Timur berjaya dirampas oleh entiti itu dalam Perang Arab-Israel 1967. Sebelum perang, wilayah ini berada di bawah perlindungan kerajaan Jordan.

Kejayaan Zionis menguasai Baitulmaqdis Timur telah menaikkan semangat para penyokong tegar mereka untuk mengukuhkan lagi agenda mereka untuk memusnahkan Masjid al-Aqsa. Mereka ingin menggantikan masjid ini dengan Haykal Sulaiman, kuil yang mereka dakwa pernah dibina di atas tapak yang sama oleh nenek moyang mereka dahulu.

Menurut sejarah Yahudi, Haikal Sulaiman telah dimusnahkan sebanyak dua kali. Kali pertama pada tahun 587 sebelum masihi oleh Raja Babylon, Nebuchadnezzar II. Kali kedua pada tahun 70 masihi oleh Maharaja Rom, Titus. Justeru, Zionis Yahudi mahu membina semula kuil ini buat kali yang ketiga.

ππ€π†π€πˆπŒπ€ππ€: Denis Michael Rohan, 28 tahun, berasal dari Australia. Beliau masuk ke Israel sebagai pelancong pada Mac 1969 atas tajaan sebuah agensi Zionis untuk mempelajari bahasa Hebrew dan ajaran Zionis di Kibbutz.

Sebelum kebakaran besar pada 21 Ogos 1969, Rohan telah cuba membakar salah satu pintu masuk Masjid al-Aqsa pada 11 Ogos, 10 hari sebelumnya. Namun, cubaan ini gagal. Justeru, beliau memutuskan untuk mencuba buat kali yang kedua.

Pada hari kejadian, Rohan telah masuk ke perkarangan Masjid al-Aqsa seawal jam 7 pagi. Oleh kerana beliau telah melazimi masjid tersebut selama beberapa minggu, pengawal masjid tidak mencurigai kehadirannya. Walhal di dalam begnya terdapat dua kontena dan sebuah botol air berisi minyak tanah.

Rohan dipercayai telah meletakkan kontena berisi minyak tanah ini di bawah mimbar sebelum membakar sehelai skaf untuk mencetuskan kebakaran. Kebakaran merebak dengan begitu cepat. Cubaan pegawai masjid dan rakyat Palestin yang berada di sekitar untuk memadamkan kebakaran mengalami kesukaran apabila alat pemadam api gagal berfungsi.

Saksi kejadian melaporkan ada unsur-unsur sabotaj ketika kebakaran cuba dipadamkan. Bomba dilaporkan lewat tiba sehingga rakyat Palestin terpaksa membuat rantai manusia untuk cuba memadamkan api menggunakan tong-tong berisi air dan pasir.

Selepas bomba tiba, kerja-kerja tergendala secara tiba-tiba selepas 8 minit beroperasi akibat tekanan air yang rendah. Penjajah Zionis juga dilaporkan menghalang cubaan rakyat Palestin untuk membantu memadamkan kebakaran selepas bomba dilihat menghadapi kesukaran.

Ketika ditanya mengapa beliau melakukan jenayah tersebut, Rohan mendakwa dirinya sebagai β€˜wakil Tuhan’. Beliau melakukannya untuk mempercepatkan kedatangan Messiah atau penyelamat. Penyelamat yang beliau maksudkan ialah Jesus atau Nabi Isa alaihissalam.

Menurut Rohan, Messiah hanya akan turun selepas orang-orang Yahudi berjaya membina semula Haikal Sulaiman yang telah musnah. Ini merupakan kepercayaan sebahagian penganut Kristian khususnya Kristian Evangelical.

πŠπ„π’π€π: Kebakaran telah menyebabkan kerosakan pada sebahagian besar struktur Masjid al-Aqsa. Mimbar masjid berusia 800 tahun yang diwarisi sejak Zaman Salahuddin al-Ayyubi musnah dalam kebakaran ini. Sebahagian besar bahagian bumbung di sebelah selatan masjid turut mengalami kerosakan.

Rohan didakwa di mahkamah tetapi kemudian dibebaskan atas alasan mempunyai masalah mental. Beliau mempunyai rekod pernah dimasukkan ke hospital sakit jiwa ketika berumur 15 tahun.

Rakyat Palestin menolak dakwaan gila ke atas Rohan. Bahkan, penjajah Zionis dan agensi-agensinya dipercayai adalah dalang di sebalik jenayah yang dilakukan oleh Rohan. Rohan hanyalah kambing hitam yang cuba dipersalahkan.

Kebakaran juga telah membangkitkan semula semangat umat Islam selepas kekalahan tentera Arab dalam Perang Arab-Israel 1967. Pelbagai bantahan dan perhimpunan telah dilakukan oleh umat Islam dari Palestin hinggalah ke Indonesia untuk menuntut tindakan proaktif dari pemimpin masing-masing.

Hasilnya, satu Sidang Kemuncak telah diadakan pada 25 September 1969 di Rabat, Maghribi untuk menyatukan suara negara-negara Islam. Persidangan ini telah dihadiri oleh 25 negara Islam termasuk Malaysia. Inilah persidangan yang memangkin kepada penubuhan OIC.

Yang Teramat Mulia Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, Perdana Menteri Malaysia pada ketika itu telah memainkan peranan penting dalam menjayakan persidangan ini bersama-sama dengan Raja Faisal dari Arab Saudi dan Raja Hassan II dari Maghribi. Tunku Abdul Rahman juga kemudian dilantik sebagai Setiausaha Agung OIC yang pertama selepas sidang kemuncak berikutnya di Jeddah pada Mac 1970.

21 Ogos setiap tahun wajar diisytihar sebagai π‡πšπ«π’ 𝐀π₯-𝐀πͺ𝐬𝐚 untuk memperingati detik hitam tahun 1969. Umat Islam perlu sentiasa diingatkan bahawa Masjid al-Aqsa masih berada di bawah penjajahan Zionis. Usaha untuk membebaskannya wajib diteruskan dan dilipat gandakan sehingga masjid suci ini kembali semula ke pangkuan umat Islam.

- Khalid bin Jimat,
Ketua Pegawai Penyelidik,
Palestine Centre of Excellence (PACE).

17/10/2023

1. Artikel-artikel sebelum ini telah menyentuh tentang rentetan kejayaan Pertubuhan Zionis memperjuangkan penubuhan sebuah negara Yahudi di Palestin; bermula dari Kongres Pertama Zionis pada tahun 1987 kepada Deklarasi Balfour 1917 dan akhirnya penubuhan negara Israel pada Mei 1948.

2. Untuk artikel kali ini, yang terakhir untuk siri 126 Tahun Gerakan Zionis, kita akan cuba melihat sejauh manakah projek Zionis di Palestin berjaya mencapai objektifnya sepertimana yang telah mereka gariskan.

3. Seperti yang telah dijelaskan dalam artikel yang pertama, Program Basel yang dirangka ketika Kongres Pertama Zionis Pertama adalah antara penyumbang terbesar kepada pembentukan negara Israel. Sungguhpun dianggap hampir mustahil bahkan utopia, program tersebut telah berjaya mencapai objektifnya 50 tahun selepas itu; seperti mana yang dibayangkan oleh Herzl:

β€œDi Basel aku mengasaskan Negara Yahudi. Jika aku katakan dengan lantang hari ini, pasti aku akan ditertawakan oleh semua orang. [Tapi] Dalam lima tahun mungkin, dan sudah tentu dalam lima puluh tahun, semua orang akan melihatnya.”

4. Selepas penubuhan Israel, Pertubuhan Zionis telah merangka satu lagi program yang diberi nama β€˜Program Jerusalem’ bagi menggantikan Program Basel yang sudah mencapai objektifnya. Program Jerusalem ini antara lain bertujuan untuk mempertahan dan memperkukuh negara Yahudi yang telah dibina melalui galakan berterusan kepada diaspora Yahudi untuk melakukan aliyah (berhijrah) ke Israel, membina asas demokrasi yang kukuh dan meraih sokongan dunia terhadap negara Israel dan Zionisme.

5. Justeru, mari kita nilai sejauh manakah Program Jerusalem ini berjaya mencapai objektifnya khususnya dalam tiga aspek yang disebutkan - aliyah, pengayaan demokrasi dan sokongan antarabangsa.

6. Sejak penubuhan Israel pada tahun 1948 sehingga tahun 2022, sebanyak 3.4 juta orang Yahudi dilaporkan telah berhijrah ke Israel daripada 30 buah negara. 64% daripadanya berhijrah dari Rusia, Ukraine, Romania dan Poland. 46% daripadanya berhijrah selepas Soviet Union jatuh pada tahun 1990.

7. Pada tahun 2022, Israel mencatatkan jumlah pendatang Yahudi paling ramai dalam tempoh 23 tahun iaitu seramai 73,000 orang; meningkat 270% berbanding tahun 2021. 80% daripada jumlah ini disumbang oleh pendatang Yahudi dari Rusia dan Ukraine akibat Perang Rusia-Ukraine yang tercetus. Hasilnya, populasi Yahudi di Israel telah meningkat kepada 7.1 juta orang pada penghujung tahun 2022.

8. Walau bagaimana pun, jumlah ini sebenarnya hanya mewakili 30% daripada populasi Yahudi di seluruh dunia. Dengan kata lain, masih ramai orang-orang Yahudi memilih untuk tidak tinggal di Israel. Mengapa? Ini satu persoalan besar yang tidak dapat dihuraikan dengan panjang lebar di dalam artikel ini. Namun, ini secara tidak langsung memberi gambaran bahawa tidak semua orang-orang Yahudi menyokong Zionis dan Israel.

9. Kegagalan menarik lebih ramai orang-orang Yahudi untuk berhijrah ke Israel kini telah mengancam masa depan projek Zionis di Palestin. Statistik menunjukkan 21% daripada penduduk Israel terdiri daripada Arab Palestin dan jumlah ini dijangka akan terus meningkat ekoran kadar pertumbuhan yang lebih tinggi di kalangan populasi Arab (2.3%) berbanding Yahudi (1.7%).

10. Bahkan, sekiranya jumlah populasi seluruh wilayah Palestin yang asal diambil kira (Israel, Tebing Barat dan Gaza), jumlah populasi Arab sebenarnya sudah pun melebihi jumlah populasi Yahudi sejak tahun 2018 lagi! Perkembangan ini telah menyebabkan sebahagian penganalisis Zionis merujuknya sebagai bom demografi. Ia mengancam masa depan projek Zionis yang ingin menjadikan Israel sebagai negara eksklusif untuk orang-orang Yahudi.

11. Dari aspek pengayaan nilai-nilai demokrasi pula, Israel sedang berhadapan dengan krisis identiti yang semakin membengkak. Golongan sekular dan liberal di Israel mahu negara itu mengekalkan nilai-nilai demokratik. Sebaliknya, golongan Yahudi ortodoks mahu Israel menjadi sebuah negara eksklusif untuk orang-orang Yahudi dan mengamalkan undang-undang Taurat atau dengan kata lain negara teokrasi.

12. Pertembungan nilai antara dua aliran ini semakin memuncak selepas Pilihan Raya Israel 2022 yang menyaksikan buat pertama kali parti ekstrem kanan di Israel - Religious Zionist, Otzma Yehudit dan Noam, berjaya menjadi sebahagian daripada kerajaan. Parti-parti ini mendesak supaya sistem kehakiman dirombak supaya kerajaan mempunyai lebih kuasa untuk melantik hakim. Ini ekoran banyak rang undang-undang yang diluluskan oleh Knesset (Parlimen Israel) telah ditolak oleh Mahkamah Agung kerana dilihat tidak demokratik.

13. Sekiranya rombakan ini berjaya dilakukan, ia akan memberikan kuasa kepada kerajaan untuk memilih hakim yang selari dengan ideologi mereka. Ini memberi ruang kepada kerajaan untuk bertindak sesuka hati mereka tanpa bimbang akan tindakan undang-undang. Rombakan ini akan merosakkan prinsip pemisahan kuasa antara eksekutif, undang-undang dan kehakiman sekaligus melunturkan nilai-nilai demokrasi di Israel. Bahkan tak mustahil pemerintahan di Israel akan bertukar menjadi sebuah diktator!

14. Rombakan ini telah mendapat bantahan keras golongan sekular dan liberal di Israel sehingga mencetuskan perhimpunan besar-besaran di Tel Aviv sejak kebelakangan ini. Ramai daripada komuniti perniagaan, perundangan, akademik bahkan ketenteraan dan perisikan membantah rombakan ini.

15. Namun, yang paling Israel bimbang ialah bantahan daripada pemain industri teknologi di Israel. Menurut akhbar Financial Times, bantahan besar-besar oleh industri teknologi boleh menyebabkan negara yang dijuluki nama β€˜the Start-Up Nation’ itu boleh bertukar menjadi β€˜the Shut-Down Nation’ dalam sekelip mata.

16. Seterusnya, dalam aspek sokongan antarabangsa pula, Israel dilihat semakin terpinggir. Israel telah dikecam dalam lebih 45 resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) sejak badan itu diwujudkan pada tahun 2006 dan dituntut menghormati hak rakyat Palestin dalam 225 resolusi Majlis Keselamatan PBB (UNSC) sejak tahun 1948.

17. Terbaru, dalam Resolusi Perhimpunan Agung PBB yang mengkritik tindakan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel pada Disember 2017, 128 buah negara menyokong dan hanya 9 negara yang menolak. Selain Israel dan Amerika Syarikat (US), negara-negara yang menolak ialah Guatemala, Honduras, Marshall Islands, Micronesia, Nauru, Palau dan Togo. Ini jelas menggambarkan penolakan antarabangsa ke atas Zionis. Yang menyelamatkan dan memberi talian hayat kepada Zionis pada hari ini hanyalah US.

18. Terdapat beberapa lagi aspek yang memberi petanda bahawa projek Zionis di Palestin sebenarnya telah gagal dan semakin menuju pengakhirannya. Kegagalan untuk menguasai Tebing Barat telah menyebabkan Israel mempunyai masalah kedalaman strategik dari sudut ketenteraan. Penindasan dan dasar apartheid yang diamalkan telah meningkatkan lagi penentangan dari kalangan rakyat Palestin. Mutakhir ini penentangan tidak lagi hanya tertumpu di Gaza bahkan di Tebing Barat seperti di Jenin dan Nablus.

19. Selain daripada itu, perkembangan teknologi rentas sempadan telah menyebabkan Israel kini berdepan dengan penentangan yang lebih sofistikated daripada rakyat Palestin seperti peperangan siber dan dron. Dan yang paling Zionis takuti ialah kemerosotan sokongan US ekoran perang dagang antara negara itu dengan China.

20. Mungkin inilah sebabnya US giat mengusahakan normalisasi hubungan antara Israel dengan negara-negara Arab beberapa tahun kebelakangan ini sebagai persediaan kepada pengunduran US daripada Asia Barat.

- Nadia Amira Shamsul dan Khalid Jimat,
Palestine Centre of Excellence (PACE)

23/03/2023

Alhamdulillah testimoni harini. 🀲🏻

Photos from MamzTelipok's post 23/03/2023

thank you! 😍 self collect kemarin dulu..

berminat dgn mamz oil
Semoga Allah mudahkan segala urusan kita di hari pertama Ramadhan ini. 😊

18/03/2023

thank you!! 😍😍 support mamz oil

18/03/2023

terima kasih terus support mamz oil. Semoga Allah SWT memberkati kita semua Aamin..🀲🏻❀️πŸ₯° saya bantu puan ya,

18/03/2023

❀️

17/03/2023

Alhamdullilah review dari custemer, Anak sllu kembung perut, kosisten stiap hari sapu dan spray di mulut..beransur pulih, hari2 sapu insyaAllah. Mamz kuatkan dri dalam badan anak..πŸ₯°

Selain itu, mamz oil boleh digunakan bayi seawal dlm pantang sampai dewasa blh guna kan. Kiranya 1 family blh pakai. Mmg jimat sgt.πŸ₯°

Photos from MamzTelipok's post 15/03/2023

Terima Kasih kerana jadi Ibu bapa prihatin dgn anak2 dan berminat dengan Mamz oil, πŸ₯° saya doakan puan sekeluarga sentiasa dalam keadaan sihat selalu Aamin.. 🀲🏻❀️πŸ₯° saya bantu Puan ya.

12/03/2023

Mamz oil tiada campuran bahan kimia lain. selamat digunakan utk ank puan πŸ˜‡

Want your business to be the top-listed Beauty Salon in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

mamz oil sesuai untuk merawat selesma, demam, batuk dan berkahak . πŸ₯°πŸ«ΆπŸ»

Category

Address


HSE NO3. KG PETAGAS Jalan PUTATAN PETAGAS
Kota Kinabalu
88200

Other Health/Beauty in Kota Kinabalu (show all)
Herbal Queen HQ Herbal Queen HQ
Lot 57 , Ground Floor , Phase 2 , Wisma Merdeka , Kota Kinabalu , 88000 .
Kota Kinabalu, 88200

Herbal Queen is a brand from Borneo, Its product consist of Pefume, BarSoap, Shower gel, Lotion, etc

BeautyWraps BeautyWraps
Kota Kinabalu, 88300

100% pure therapeutic essential oil. Young Living is the most well known brand and the pioneer in es

De Jeas Lykee Mobile Home Spa De Jeas Lykee Mobile Home Spa
Kota Kinabalu

Kami menyediakan perkhidmatan facial spa bergerak yang terbaik untuk anda...

3 Balik Modal 3 Balik Modal
No. 18/1 , Lot 66, 1st Floor, Block G, Asia City
Kota Kinabalu, 88000

Kami Enterpenuer Yang Bersedia Menaikan Ekonomi Anda...

Pinky Pinky
Kota Kinabalu, 88000

Bags for women and man

Agent Sah Bougas Beauty SABAH Agent Sah Bougas Beauty SABAH
Kota Kinabalu

Trusted Seller οΏ½

Aivy Hairstylist Aivy Hairstylist
Kota Kinabalu

SALON ADA DI MEGQLONG DONGGONGON,PENAMPANG.

Noir BeautyHealth.Mary Noir BeautyHealth.Mary
Kota Kinabalu, 89200

Noir Where Beauty Blossom

Coffe Bebeh Penampang Coffe Bebeh Penampang
Kota Kinabalu, 88000

Coffee Bebeh Ready stok

Bwhiteskincare KK Bwhiteskincare KK
Sinsuran Block 1
Kota Kinabalu

B'white skincare Extra sarang burung walit merawat masalah kulit muka kusam jerawat jeragat Dn Bint

Comfort_wellness.kk Comfort_wellness.kk
Lorong Ridgeview 5, Taman Ridgeview Phase 12
Kota Kinabalu, 88300

Coffee Bebeh , Coffee Cappuccino , Fitz Coffee Bebeh , Coffee Cappuccino , Fitz
Kota Kinabalu, 88450

πŸ“Œ Apple Detoxxs πŸ“Œ Coffee Bebeh πŸ“Œ Coffee Cappucino πŸ“Œ MySkin Fitz