NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS
NDRC was mandated to act as the focal point for all researchers in UMS who carry out research related to natural disasters.
NDRC which is located at the Faculty of Science and Natural Resources (FSNR).
31 Mei 2024| NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai 2024 kepada semua yang merayakannya.
Kotobian Tadau Tagayo do Kaamatan & Selamat Ari Gawai, Gayu Guru Gerai Nyamai!
Ikhlas dari kami;
Seluruh warga NDRC,
FSSA, UMS
24 Mei 2024| NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam telah menerima kunjungan daripada Pelajar Tahun Akhir Program Kejuruteraan Awam, Fakulti Kejuruteraan UMS. Lawatan sambil belajar ini merupakan sebahagian aktiviti yang dirancang dalam Kursus Kejuruteraan Gempa Bumi yang merupakan subjek elektif pelajar tahun 4 Program Kejuruteraan Awam, FKJ.
Rombongan seramai 21 orang pelajar yang diiringi oleh Ir. Ts. Dr Noor Sheena Herayani Harith-Pensyarah Kanan FKJ/Felo Penyelidik Utama NDRC telah dibawa melawat Sistem Pemantauan Gempa Bumi SeisComp3 yang ada di Makmal NDRC.
Perkongsian berkaitan aktiviti-aktiviti penyelidikan gempa bumi yang dijalankan oleh NDRC dan pengenalan kepada SeisComp3 ini telah disampaikan oleh Pegawai Penyelidik NDRC, Puan Eldawaty Madran.
22 Mei 2024| NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Wesak kepada semua yang merayakannya.
Ikhlas dari kami;
Seluruh warga NDRC,
FSSA, UMS
16 Mei 2024| NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru/warga pendidik. Terima kasih atas jasa dan bakti para guru/warga pendidik sekalian.
"Guru Jauhari Digital Aspirasi Negara Madani”
Ikhlas dari kami;
Seluruh warga NDRC,
FSSA, UMS
14 Mei 2024 | NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam mengucapkan syabas atas Latihan Kecemasan Gempa Bumi yang telah dijalankan oleh Unit Keselamatan SK Tongou, Ranau pada hari ini.
Sekolah ini merupakan antara 78 buah sekolah di daerah Ranau yang telah menyertai Bengkel dan Latihan Kecemasan Gempa Bumi untuk Murid Sekolah di Daerah Ranau sekitar tahun 2019 yang dijalankan oleh NDRC dengan pembiayaan UNICEF Malaysia dan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Modul pengajaran pendidikan sains gempa bumi dan latihan kecemasan yang dikongsikan semasa bengkel ini masih diaplikasikan dan diteruskan oleh Guru Fasilitator Gempa Bumi yang dilatih yang juga merupakan Ketua Unit Keselamatan SK Tongou, Encik Mohd. Effendee Ibrahim.
Latihan berkala seumpama ini adalah perlu untuk dijalankan di sekolah-sekolah di daerah ini memandangkan daerah Ranau merupakan daerah berisiko menghadapi gempa bumi di Sabah. Diharapkan dengan latihan berkala yang dijalankan oleh pihak SK Tongou ini akan membantu meningkatkan kesiapsiagaan dan melatih murid untuk lebih bersedia menghadapi sebarang bahaya gempa bumi di masa hadapan.
Terima kasih Cikgu Mohd. Effendee Ibrahim atas perkongsian latihan kecemasan ini.
11 Mei 2024| NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam telah menerima kunjungan daripada delegasi Kelab Geology UKM & Kelab Geologi - GSM UMS sempena Hari Terbuka Geologi, Program Geo-Mobiliti UMS X UKM pada hari ini.
1 Mei 2024| Kerjalapangan/tinjauan kesan bencana alam di sekitar Melangkap Kota Belud bersama pelajar Latihan Industri NDRC.
Gambar-gambar dalam Bengkel Penubuhan Task Force Bencana Alam Melangkap, Kota Belud
NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam Kukuh Kerjasama Antarabangsa Pengurusan Bencana.
https://malaysiagazette.com/2024/04/26/nrdc-ums-kukuh-kerjasama-antarabangsa-pengurusan-bencana/
NRDC UMS kukuh kerjasama antarabangsa pengurusan bencana “Ini penting untuk membantu meramal risiko kesihatan dari segi keupayaan beradaptasi komuniti terhadap perubahan iklim seterusnya menentukan strategi yang lebih berkesan untuk mengurangkan risiko selain mengenalpasti intervensi dan mitigasi yang bersesuai,” kata Carolyn.
NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam Lancar Makmal Hidup Pengurusan Bencana di Melangkap, Kota Belud.
https://sabahmedia.com/2024/05/10/ndrc-ums-lancar-makmal-hidup-pengurusan-bencana/
https://www.pressreader.com/malaysia/utusan-borneo-sabah/20240508/281616720454384
NDRC UMS lancar makmal hidup pengurusan bencana Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Universiti Malaysia Sabah (UMS) melancarkan Makmal Hidup Bencana Alam Melangkap (MaHBAM) di Kota Belud Sabah bersempena Bengkel Penubuhan Task Force Bencana Alam M…
The registration for ISEE-AWPC & ISES-AC 2004 PRE-WORKSHOPS IS NOW OPEN!
Secure your spot to learn from these distinguished experts. Don't miss out!
UNVEILING THE IMPACT OF CLIMATE CHANGE ON HEALTH AND ENVIRONMENT
🎤 Speakers: Carolyn Melissa Payus, Justin Sentian, Noor Sheena Herayani Harith, Chee Fuei Pien, Jackson Chang Hian Wui
📅 23 June 2024 (Sunday)
🕒 Time: 08.00-16:30
Please scan the QR code on the poster or visit our website to register:
🌐 https://iseeawpc-isesac2024.com/w/pre-conference/
NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS - Fakulti Sains Dan Sumber Alam LANCAR MAKMAL HIDUP BENCANA ALAM MELANGKAP: BANTU PENYELIDIK SALUR KEPAKARAN, ILMU PENGURUSAN BENCANA KEPADA KOMUNITI
Kota Kinabalu: Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS - Fakulti Sains Dan Sumber Alam membuka ruang latihan industri kepada empat pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
https://sabahmedia.com/2024/04/19/ums-beri-ruang-pelajar-jalankan-latihan-industri-di-ndrc/
https://sinarbestari.sinarharian.com.my/my-ipt/beri-ruang-mahasiswa-jalani-latihan-industri-di-ndrc
UMS beri ruang pelajar jalankan latihan industri di NDRC Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) membuka ruang latihan industri kepada empat pelajar Universiti Malaysia Kelantan (UMK).
KOTA KINABALU: The NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam is now offering industrial training to four students from Universiti Malaysia Kelantan (UMK), expanding their exposure to disaster research and climate change management, Sabah Media reported.
https://www.nst.com.my/news/nation/2024/04/1040071/ums-expands-student-opportunities-industrial-training-ndrc
UMS expands student opportunities for industrial training at NDRC | New Straits Times KOTA KINABALU: The Natural Disaster Research Centre (NDRC) at Universiti Malaysia Sabah (UMS) is now offering industrial training to four students from Universiti Malaysia Kelantan (UMK), expanding their exposure to disaster research and climate change management, Sabah Media reported.
LETUSAN GUNUNG RUANG | Debu Halus Berbahaya Kepada Pesawat. Ikuti ulasan Pengarah NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam, Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus mengenai risiko ash cloud ini dalam Buletin TV3 18 April 2023
https://www.buletintv3.my/nasional/debu-halus-letusan-gunung-boleh-menyebabkan-kegagalan-enjin-pesawat/
[VIDEO] Debu halus letusan gunung boleh menyebabkan kegagalan enjin pesawat Oleh: Safwan Sawi KOTA KINABALU: Walaupun debu awan tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun letusan Gunung Ruang di Indonesia, secara saintifiknya debu halus itu mampu memberi risiko kepada pesawat di udara. Pengarah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRS), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Univer...
LETUSAN GUNUNG RUANG | Debu Halus Berbahaya Kepada Pesawat. Ikuti ulasan Pengarah NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS-Fakulti Sains Dan Sumber Alam Profesor Madya Ts. Gs. Dr. Carolyn M. Payus mengenai risiko ash cloud ini dalam Buletin TV3 18 April 2024.
Salam dihulur tanda ingatan,
Moga ukhuwah sentiasa berkekalan,
Selamat Hari Raya kami ucapkan,
Buat keluarga dan juga kenalan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin dari kami seluruh warga NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS.
Late abstract submission for The International Society for Environmental Epidemiology Asia and Western Pacific Chapter & International Society for Exposure Science Asia Chapter Joint Conference 2024 is open!
Join us in Sabah, Malaysia from June 23 to 26 and present your latest work!
Ample opportunities for oral and poster presentations and extensive networking.
Submit via https://iseeawpc-isesac2024.com/w/abstract-submission/ before 15th April 2024.
Jom sertai Research Cluster Webinar: Environmental & Applied Science anjuran Pusat Pengurusan Penyelidikan, UMS bertajuk Advancement in Polar Climate Dynamic: Tropospheric Ozone and Halocarbon in Antarctica Peninsula yang akan disampaikan oleh Prof. Dr Justin Sentian, Felo Penyelidik NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS. Tuan/puan dijemput untuk menyertai webinar ini seperti butiran berikut;
Tarikh: 28 Mac 2024
Masa: 10am-11.30 am
Maklumat webinar seperti dalam poster hebahan.
Terima kasih.
NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan ramadan kepada seluruh muslimin & muslimat.
Semoga amal ibadah yang kita lakukan di bulan Ramadan ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT.
Salam Ramadan 1445H/2024M.
Ikhlas dari kami;
Seluruh Warga NDRC
FSSA, UMS
Happy Chinese New Year! May this year be filled with new opportunities, growth, and success.
Qong Xi Fa Cai 🐲🐉🎉
Sincerely from us;
NDRC
FSSA, UMS
Pusat Kajian Bencana Alam-NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS, Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menerima kunjungan hormat daripada pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia Kuala Lumpur (UTMKL), baru-baru ini.
Pengarah DPPC, UTMKL, Dr. Khamarrul Azahari Razak yang mengetuai kunjungan tersebut berkata, sesi ini bertujuan meneroka persefahaman pintar antara NDRC, UMS dan DPPC, UTMKL.
“Kunjungan hormat ini merupakan susulan daripada penglibatan NDRC sebagai rakan strategik dalam penganjuran bersama Program Minggu Sains dan Teknologi untuk Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan yang telah diadakan di Kundasang, Ranau pada 3-5 Oktober 2023 yang lalu..”
Baca selanjutnya pada pautan siaran media;
https://malaysiagazette.com/2023/12/19/ums-dppc-utmkl-teroka-kerjasama-pengurusan-bencana-alam/
https://sabahmedia.com/2023/12/20/ndrc-ums-dppc-utmkl-teroka-peluang-kerjasama-strategik-dalam-pengurusan-becana-alam-di-sabah/
https://www.ums.edu.my/v5/en/banner-link/14741-ndrc-ums-dppc-utmkl-teroka-peluang-kerjasama-strategik-dalam-pengurusan-becana-alam-di-sabah
NDRC UMS, DPPC UTMKL teroka peluang kerjasama strategik dalam pengurusan becana alam di Sabah Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains dan Sumber Alam (FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menerima kunjungan hormat daripada pihak Disaster Preparedness and Prevention Center (D…
Wishing you a merry Christmas and a happy new year filled with health, wealth, and joy.
Sincerely from us;
NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS
FSSA, UMS
NDRC ingin mengucapkan tahniah kepada pasangan kembar Cik Nur Hikhmah Isavani @ Sulbani dan Cik Nur Hatimah Isavani @ Sulbani atas pencapaian cemerlang dan telah bergraduasi dalam Majlis Konvokesyen UMS ke-25 baru-baru ini.
Cik Nur Hikhmah dan Cik Nur Hatimah merupakan graduan dari Program Fizik Industri, Fakulti Sains dan Sumber Alam dan juga merupakan bekas Pelajar Latihan Industri di pusat ini dari Mac 2023-Julai 2023 yang lalu.
Tahniah dan semoga terus maju jaya!
https://www.dailyexpress.com.my/news/225318/twins-inseparable-even-on-graduation/
https://sabahmedia.com/2023/12/12/detik-manis-kembar-seiras-kongsi-pentas-terima-ijazah/
Twins inseparable even on graduation Kota Kinabalu: Twins Nur Hikmah Isavani@Sulbani and Nur Hatimah Isavani@Sulbani, 24, have been inseparable since their secondary school days.
Wishing you a bright and joyous Diwali celebration!
Happy Deepavali from us,
NDRC
FSSA, UMS
3hb-5hb Okt. 2023| Pihak NDRC - Natural Disasters Research (NDRC), Fakulti Sains Dan Sumber Alam(FSSA), Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah dijemput sebagai rakan strategik dalam penganjuran Program Minggu Sains dan Teknologi Dalam Pengurangan Risiko Bencana dan Daya Tahan (STDR3) di Kundasang, Sabah baru-baru ini. Program STDR3 ini merupakan kerjasama strategic antara Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Malaysia, Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), UNICEF Malaysia, Pusat Kajian Bencana Asia Tenggara (SEADPRI), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Asian Disaster Reduction Center (ADRC) Kobe Jepun, Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC) Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan MERCY Malaysia. Program ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Armizan Bin Mohd Ali Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah, Sarawak dan Tugas-tugas Khas).
Program ini bertujuan untuk mengaplikasikan sains dan teknologi dalam pengurangan risiko bencana dan pengukuhan daya tahan komuniti. Program seumpama ini sangat bermanafaat dalam meningkatkan kefahaman dan menerapkan peranan sains dan teknologi dalam meminimumkan risiko bencana serta meningkatkan daya tahan masyarakat, khususnya kepada penduduk di kawasan yang berisiko bencana seperti di Kundasang. Program STDR3 yang diadakan bersempena dengan sambutan Bulan Kesiapsiagaan Nasional yang disambut pada bulan Oktober setiap tahun, yang mana pada tahun ini bertemakan “Siaga Madani” menerapkan konsep agar semua komuniti di Malaysia dalam semua peringkat sentiasa bersiapsiaga terhadap ancaman bencana.
NDRC UMS sentiasa menyokong dan mengalu-alukan kerjasama dalam penganjuran aktiviti pengurangan risiko bencana alam seumpama ini sama ada dari pihak institusi pengajian tinggi awam mahupun pihak-pihak yg berkepantingan dalam bidang pengurusan bencana alam di negara kita.
Pihak NDRC UMS telah diwakili oleh Dr. Janice Lynn Ayog selaku Felo Penyelidik Utama NDRC, UMS yang juga merupakan Pensyarah Kanan di Fakulti Kejuruteraan UMS bersama dengan Pn. Eldawaty Madran, Pegawai Penyelidik NDRC, UMS.
# Terima kasih Disaster Preparedness and Prevention Center (DPPC), UTM atas jemputan kerjasama ini.
Pautan siaran media yang bertajuk,
"Universiti Malaysia Sabah melalui Pusat Kajian Bencana Alam (NDRC), Fakulti Sains Dan Sumber Alam menganjurkan Program Pendidikan Awam Bencana Alam di Kampung Melangkap Baru, Kota Belud. Program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran masyarakat Sabah terhadap bencana alam yang merupakan inisiatif terkini melibatkan penceramah profesional dalam dan luar UMS. Program ini dianjurkan dengan kerjasama Yayasan TM, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Meteorologi Malaysia, Pejabat Daerah KOTA BELUD, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia - JMG, dan Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (Fire & Rescue Department of Malaysia). Topik ceramah termasuk pengurangan risiko bencana alam, cuaca ekstrim, banjir, tanah runtuh, gempa bumi, dan pengurusan bencana negara. Program ini melibatkan penduduk setempat, pelajar, dan pengusaha inap desa serta menyediakan latihan kecemasan dan pameran poster bencana alam."
Berita penuh boleh didapati pada pautan berikut:
https://malaysiagazette.com/2023/08/31/ndrc-ums-beri-pendidikan-bencana-alam-kepada-masyarakat-sabah/
https://sabahmedia.com/2023/09/01/ndrc-ums-giat-beri-pendidikan-bencana-alam-kepada-masyarakat-di-sabah/
Selamat menyambut Hari Kebangsaan ke-66 kepada seluruh rakyat Malaysia.
Malaysia Madani: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan.
Ikhlas dari kami;
Warga NDRC
FSSA, UMS
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Telephone
Website
Address
Kota Kinabalu
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu, 88400
Leading innovation and commercialisation to become a world-class innovative university.
Kota Kinabalu, 88450
Asiatech Sabah's goal is Bridging Education, Research, and Innovation | Edutech | MetaCampus in Sabah
Faculty Of Engineering
Kota Kinabalu, 88400
The International Conference on Oil & Gas Industry, Technologies and Applications 2022 is organized by the Oil and Gas Engineering Programme, Universiti Malaysia Sabah. This confer...
Jalan UMS
Kota Kinabalu, 88400
Jabatan Otorinolaringologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Hospital Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sabah
Lot No C-100B, LG Floor, 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman
Kota Kinabalu, 88400
Borneo Tourism Research Centre (BTRC), Faculty Of Business, Economics And Accountancy, Jalan UMS
Kota Kinabalu, 88400
.
Pusat Islam
Kota Kinabalu, 88400
Program Profesional Huffaz Quran (PHQ) UMS
Kota Kinabalu
High impact valuable experience JUC Brand Ambassador Program that builds leaders, join us today 🏃
Lot 2, Ground Floor, Jalan Sulaman, Taman Kingfisher Sulaman Ph 5B,
Kota Kinabalu, 88450
KOLEJ KIARA MENAWARKAN: 1. DIPLOMA IN CORPORATE ADMINISTRATION 2. DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT 3. DIPLOMA IN EXECUTIVE SECRETARYSHIP
Jalan Sanzac, Sembulan
Kota Kinabalu, 88100
University College Sabah Foundation
CT-11, Corporate Tower, Subang Square, Jalan SS15/4G, Subang Jaya Selangor Darul Ehsan
Kota Kinabalu, 47500
Memberikan maklumat kepada pekerja yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa.