CAKNA Sabah

CAKNA- Celik Anak Muda
Est 2021

28/06/2023

“Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada waktu manusia tidur, nescaya kalian akan masuk syurga dengan selamat.” (HR Tirmizi No: 2409)
Ibadah korban mengajar kita untuk sentiasa kembali kepada Maha Pencipta dan berkongsi rezeki dengan yang lain.
CAKNA juga tidak akan berhenti berkongsi manfaat ilmu untuk semua.
Bersama semarakkan harmoni dan caknakan informasi.
Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1444 Hijrah.

Terus CAKNA bersama kami.

31/05/2023

Selamat menyambut Pesta Kaamatan dan Hari Gawai buat sahabat-sahabat semua.
Teruskan menyokong CAKNA dan bersama-sama menyebarkan dapatan kajian kami kepada orang ramai.
Bersama merakyatkan ilmu.

27/05/2023

Kalau semalam kita bincang tentang klasifikasi kemiskinan kan, ada satu perkara menarik lagi. Apa sebenarnya punca atau faktor terjadinya kemiskinan di Sabah ni?
Bilang SABAH MAJU JAYA tapi bekalan air bersih masih bermasalah, lepas itu balik- balik mati karan.💆🏻‍♀️
Ini video penerangan Dr Rem, faktor-faktor kemiskinan di Sabah.
Klik Follow, Like & Share:

Facebook:
https://www.facebook.com/caknaresearch

Instagram:
https://instagram.com/cakna_sabah?igshid=YmMyMTA2M2Y=
CAKNA
Merakyatkan Ilmu

26/05/2023

Kemiskinan ni sebenarnya apa? Adakah semata-mata bergantung pada klasifikasi B40? M40? T20? Bagaimana kalau orang tu gaji dia mungkin sikit tapi resilient?
Jom tengok penerangan apa itu kemiskinan daripada Dr Rem!
Klik Follow, Like & Share:

Facebook:
https://www.facebook.com/caknaresearch

Instagram:
https://instagram.com/cakna_sabah?igshid=YmMyMTA2M2Y=
CAKNA
Merakyatkan Ilmu

Photos from CAKNA Sabah's post 25/05/2023

Tahukah kalau pendapatan kamu di bawah RM 2208, dikategorikan dalam golongan MISKIN?
Miskin itu memang banyak jenis dan dimensinya.
Tetapi klasifikasi miskin di Malaysia adalah berdasarkan pendapatan garis kemiskinan (PGK).
Kamu kenal Dr. Ramzah Dambul? Nama glamour dia, Dr Rem. Puitis dan kritis orangnya.
Beliau adalah Ketua Pegawai Eksekutif di Institut Kajian Pembangunan (Sabah), mantan Timbalan Naib Canselor Penyelidikan & Inovasi UMS, dan juga seorang pakar klimatologi.
Dr. Rem adalah salah seorang panelis dalam forum kemiskinan kami.
Apa kata beliau mengenai kemiskinan di Sabah?
https://fb.watch/kgXnUt6PV4/
CAKNA telah ringkaskan diskusi bersama Dr Rem dalam slides berikut.
Jangn scroll saja. Orang Sabah wajib BACA.
Kalau kita tidak peduli, siapa lagi?
CAKNA sabah bersama kami. Jangan lupa like, follow dan share.
Fb: https://www.facebook.com/caknaresearch
Instagram: https://www.instagram.com/cakna_sabah/?igshid=YmMyMTA2M2Y%3D

Photos from CAKNA Sabah's post 10/05/2023

Betulkah Sabah ini miskin?
Kali ini CAKNA merumuskan diskusi kemiskinan bersama Pakar Ekonomi Malaysia, Prof Dato’ Dr Madeline Berma.
Menarik bila beliau ada menyebutkan
“Miskin material kita boleh selesaikan. Yang paling menakutkan adalah bila kita ini miskin adat resam dan miskin moral. Kita menjadi terllu miskin, sampaikan wang sahajalah kita ada”.
Apa pendapat kamurang p**a?
Jom kita CAKNA bersama.

09/05/2023

5 September 2021, forum pertama kami.
Ketika itu CAKNA masih belum wujud.
Penyelidikan solo di bawah KDMRS KDMRS Muslim,
Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia.
Sabah memang banyak isu!
Tapi pilih untuk “debut” dengan isu kemiskinan.
“Betulkah Sabah ini miskin?”.
Kepada siapa mahu ditanya???
Bersyukur sangat dapat dua panelis yang nama mereka memang sudah tidak asing lagi membahaskan isu-isu di Borneo. Memang bukan calang- calang orang.
Ybhg Prof Dato’ Dr Madeline Berma,
Pakar ekonomi, pengkaji kemiskinan dan merupakan Prof Kehormat UNIMAS yang juga pernah lama berkidmat di UKM.
Ybhg Prof Madya Datuk Ts Dr Ramzah Dambul mesra dipanggil Dr Rem, Pakar Klimatologi, yang dulu adalah Naib Canselor UMS, dan kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif IDS (Institute for Development Studies Sabah).
Ini sedikit sedutan video forum.
Untuk diskusi penuh boleh tengok di: https://fb.watch/kgXnUt6PV4/

Terima kasih!✨

04/05/2023

Hari Wesak adalah hari memperingati ajaran buddha Siddharta Gutama.
Antara falsafah buddha bagus untuk diterapkan ialah:

“Hanya ada dua kesilapan yang boleh dilakukan oleh seseorang di sepanjang jalan menuju kebenaran; tidak pergi sepanjang jalan, dan tidak bermula pada mana-mana jalan”.
CAKNA ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Wesak kepada seluruh sahabat penganut agama Buddha.

Photos from CAKNA Sabah's post 03/05/2023

Sabah dan kemiskinan bukanlah suatu benda yang asing dan baru. Sabahan sendiri sudah lali mendengar sinonim-"Sabah itu miskin, miskin itu Sabah."
Bukan kita s**a, tetapi begitulah realiti. Berpuluh tahun lamanya, kita menjadi NEGERI TERMISKIN DI MALAYSIA, sehingga ke hari ini. Pahit untuk ditelan, namun hidup harus terus dijalani.
Penulisan ini bukanlah diniatkan untuk menuding jari kepada mana- mana pihak, cukup sekadar siapa makan cili, dialah terasa pedasnya.
Tetapi Kami CAKNA ingin semua sama- sama CAKNA akan masalah- masalah sosial yang terus menerus menjadi barah di negeri tercinta ini.
Pengalaman anak muda seperti kami belajar jauh meninggalkan kampung, cukup sakit telinga mendengar:
“Oh Sabah, banyak orang miskin”.
“Kamu tinggal di atas pokok ka?”.
“Di Sabah, kamu naik perahu ka?”.
Banyak lagi pertanyaan malahan penyataan seakan- akan mereka ambil tahu, risau, tetapi rasa terhina itu memang sentiasa ada. Salahkan mereka beranggapan sedemikian? Atau kita yang perlu refleksi?
Orang kita bilang, “di Sabah banyak bah orang kaya, rumahnya luas, keretannya besar. Bukan semua miskin!”. Hakikatnya, seramai 86,766 orang di Sabah dikategorikan sebagai golongan miskin dan 41, 490 orang Sabah adalah miskin tegar. Miskin tegar ini adalah yang pendapatannya di bawah RM 500 dan itulah 41, 490 orang yang dinyatakan tadi. Statistik begitu menyedihkan dan menakutkan. 25% orang kita miskin. Bermaksud setiap 1 daripada 4 orang di Sabah adalah miskin.
Ini yang berjaya direkod. Bagaimana p**a yang susah sampai tidak dapat dijejak?.
Miskin ini bukan sekadar tiada duit. Dimensi kemiskinan ini sudah semakin luas. Ini temasuklah golongan miskin tegar, hampir miskin, terpinggir ekonomi, miskin digital, miskin haid, miskin kesihatan dan pelbagai lagi.
Kita semua tahu bahawa bukan semua miskin itu jahat dan yang kaya itu p**a dermawan. Namun, kajian banyak membuktikan bahawa kemiskinan ini penyumbang kepada masalah sosial lain. Kemiskinan adalah ibu kepada jenayah lain. Mulalah terjadinya kes pergolakan rumah tangga, anak- anak jadi mangsa, malu dan tiada duit ke sekolah, cari kerja pun susah. Hatta sebab tekanan ekonomi ini jugalah, Sabah antara negeri tertinggi untuk kes bunuh diri.
Sekali lagi, penulisan ini tidak menyabitkan mana- mana pihak untuk dipertanggungjawabkan. Kita sendiri sebagai orang Sabah, apa yang sudah kita lakukan untuk negeri kita ini?
Sabah ini negeri kaya, tetapi orang kita miskin. Ini fakta bukan auta.
Sampai bila kita mahu berada di takuk yang sama? Kita sudah direkodkan TERMISKIN sejak tahun 1997.
Sabahan kami sekalian,
“Fighting poverty is not an act of charity, but it is justice to end violence and inequality”.
Melawan Kemiskinan bukanlah amal jariah semata, tetapi adalah untuk menghapuskan penindasan dan ketidaksamaratan.
Bersama kami CAKNA, untuk kita sebarkan dan CAKNAkan orang- orang kita mengenai isu- isu Sabah. Banyak lagi yang kami akan kongsikan di masa- masa akan datang.
Oh, iya. Kami juga pernah mengadakan sebuah forum mengenai “Betulkah Sabah ini Miskin?”.

https://fb.watch/kgXnUt6PV4/

03/05/2023

Photos from CAKNA Sabah's post 01/05/2023

Sebentar ku p**ang,
Cari rezeki sebentar untuk aku bawa p**ang,
Untuk keluarga ku sayang sanggup
Biar ku tak makan,
Janji terasa senang walaupun banyak yang kurang,
Asal ku rasa tenang.

“Pulang: K-Clique (2020)”.
Begitulah hidup kehidupan berkerja,
Terkadang bukan hidup mahu terlalu kaya,
Janji merasa cukup dan syukur.
Terima kasih setiap warga pekerja,
Yang walau jemu masih sanggup membanting tulang,
Untuk keluarga sayang,
Agar negara sentiasa terjulang.

21/04/2023

Kalam seluhur madah ditinta
Menyemat lembut kasih diberi;
Salam dihulur maaf dipinta,
Selamat menyambut Raya Aidilfitri.

Kami dari CAKNA Sabah mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, maaf zahir dan batin. Semoga selamat pergi dan balik ke destinasi masing- masing.✨

Photos from CAKNA Sabah's post 13/04/2023

Laporan siasatan tragedi 'double six' tidak lengkap?

Link Penuh untuk dapatkan laporan:
https://www.mot.gov.my/en/aviation/reports/n22b-nomad

Jangan lupa untuk
follow, like dan share CAKNA Sabah

03/03/2023

PENCARIAN PEMBANCI SELURUH SABAH

Kami pas**an CAKNA Sabah KDMRS Muslim mencari seorang pembanci untuk setiap daerah di Sabah.

Jangan segan silu bersama kami dalam projek Kaji Selidik CAKNA Sabah kali ini.

Syarat kelayakan:
1. Orang Sabah yang tinggal di Sabah
2. Pengajian diploma dan ke atasa
3. Keutamaan untuk yang mempunyai kenderaan sendiri

Kelebihan disediakan:
1. Elaun pembanci
2. Kursus kajian/ penyelidikan percuma
3. Peluang pengalaman terlibat dalam analisis data primer

Hantar resume ke:
cakna research .com

Hubungi lanjut:
RS Azira (01161258550)
Dzulfikry (0198238471)

03/11/2022

PENCARIAN ENUMERATOR CAKNA SABAH

Pas**an CAKNA Sabah akan melakukan kajian berkenaan dengan persepsi Sabahan terhadap kesejahteraan dan pembangunan di Sabah.

Oleh itu, Kami memerlukan seorang pembanci untuk setiap daerah di Sabah.

SYARAT-SYARAT:
1. Anak jati negeri Sabah.
2. Diploma and ke atas.
3. Jadual fleksibel.
4. Mempunyai kenderaan sendiri diutamakan.
5. Tidak terlibat dengan mana-mana gerakan parti politik.

KELEBIHAN:
1. Saguhati pembanci disediakan.
2. Pengalaman terlibat dalam kajian dan analisis data primer.
3. Penerangan dan latihan.

Jika berminat, sila hantar resume ke email [email protected] atau melalui wassap 019-8238471, sebelum tarikh tutup pada 05 November 2022 (Sabtu).

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi saudari RS Azira (+6011-61258550) atau saudara Dzulfikry (+6019-8238471).

KAJI SELIDIK KECENDERUNGAN POLITIK DAN KEPIMPINAN DI SABAH 27/10/2022

Salam CAKNA Sabah,

https://forms.gle/F6LtSZPtBf7zntWa6

Kami CAKNA Sabah,
Kali ini melakukan tinjauan dikalangan orang-orang Sabah kita mengenai persepsi terhadap Politik dan Kepimpinan di Sabah.

Jom turut serta dalam kajian kami ini, untuk kita lebih faham landskap politik di Sabah dan apa yang orang Sabah mahukan.

Sama- sama kita CAKNA Sabah untuk KEMAJUAN SABAH.

Sila turut serta sekiranya anda:
1. Orang Sabah yang menetap di Sabah
2. Berumur 18 tahun dan ke atas

Untuk pertanyaan lanjut, boleh hubungi kami di:
[email protected]

KAJI SELIDIK KECENDERUNGAN POLITIK DAN KEPIMPINAN DI SABAH Celik Anak Muda Sabah atau lebih dikenali sebagai CAKNA Sabah adalah sebuah institusi kajian yang membuat penyelidikan terhadap isu- isu di Sabah. Projek CAKNA Sabah kali ini adalah bertujuan untuk melakukan tinjauan mengenai persepsi orang Sabah terhadap kecenderungan politik dan kepimpinan. Segala...

15/09/2022

We have traveled quite a distance down the path of nationhood since then. We are happy that this multi-ethnic, multi-religious, and multi-cultural country has withstood half a century of trials and tribulations to emerge with a stronger society and economy. Yet much more needs to be accomplished to bring about well-being for all Malaysians. Let us live with compatible minds and harmonious hearts for the long live of our Malaysia.

05/09/2022

Jom Saksikan Live Bicara Perpaduan sekarang!

05/09/2022

Bagaimana memupuk perpaduan dalam keluarga berbeza kepercayaan?

Dapatkan jawapannya jam 8 malam ini!

30/08/2022

CAKNA ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan yang ke-65. Semoga kita semua dapat mendasari makna merdeka.

Photos from KDMRS Muslim's post 30/08/2022

💪💪💪 CAKNA X KDMRS Muslim. KDMRS Muslim dan CAKNA akan kembali! Sokong KDMRS Muslim ya! dan dengan sokongan itu, juga secara langsung menyokong kami di CAKNA.

Photos from CAKNA Sabah's post 28/08/2022

Semalam, setelah selesai forum perkongsian pas**an terjemahan Al-Quran KDMRS Muslim , CAKNA meneruskan pembentangan hala tuju kajian dan dapatan terkini secara ringkas kepada para hadirin, serta memberikan beberapa input mengenai CAKNA dan kepentingannya kepada umum khasnya kepada rakyat Sabah.

Photos from CAKNA Sabah's post 28/08/2022

Forum sumbang saran KDMRS Muslim antara JAKIM, CONCERN dan IKRAM. CAKNA berpeluang menyertai forum ini dan dapat menerima beberapa perkongsian yang menarik.

Photos from CAKNA Sabah's post 27/08/2022

Perbincangan hala tuju kajian CAKNA bersama Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah dalam salah satu program KDMRS Muslim hari ini. Beberapa dapatan yang menarik dan perkongsian yang bermanfaat dikongsikan bersama. Kami di CAKNA percaya bahawa ilmu itu sangat penting dan perlu dirakyatkan.

Photos from CAKNA Sabah's post 27/08/2022

Hi guys! selamat bertemu kembali! Pagi ini CAKNA menghadiri kursus kepimpinan KDMRS Muslim yang bertempat di PAN Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah. Ucapan pembukaan dimulakan dengan penasihat CAKNA, Hj Nicholas Sylvester Muhammad Abdullah selaku pengerusi KDMRS Muslim.

09/07/2022

Di kesempatan ini, kami di CAKNA ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha buat seluruh umat Islam. Semoga kita semua mendapat kebaikan dan amal kita diterima. 🤲

19/04/2022

✅“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah.” - 2:185.

Marilah kita bersama-sama menghayati dan memaknai Al-Quran pada bacaan dan tafsirnya agar menjadi panduan dalam kehidupan kita. ✨✨✨

24/03/2022

Throwback CAKNA

Pada tahun lalu, CAKNA melalui KDMRS Muslim telah menjayakan forum yang bertajuk “Penyelidikan dan Dakwah.”

“Penyelidikan sistematik sebagai pemandu arah kepada pendekatan dakwah dan kemasyarakatan dengan lebih efektif dan holistik.”

Melalui forum ini kita akan mendengar cabaran dan pengalaman daripada panelis jemputan kita sendiri, Ustaz Salleh Jatil, serta perkongsian ilmiah mengenai kepentingan penyelidikan dalam dakwah, bersama Ketua Penyelidik CAKNA, Rs. Azirah Sulaiman.

Pautan video:
https://www.facebook.com/KDMRSMuslim/videos/234428142140687

Bah, jom follow dan like page dan instagram kami untuk lebih banyak perkongsian mengenai isu- isu di Sabah.

Facebook:
https://m.facebook.com/caknaresearch/?tn=C

Instagram:
https://m.instagram.com/cakna_sabah

Want your school to be the top-listed School/college in Kota Kinabalu?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Hi, CAKNA is back! Jangan lupa support kami! #reelsfb#cakna#sabah
Kalau semalam kita bincang tentang klasifikasi kemiskinan kan, ada satu perkara menarik lagi. Apa sebenarnya punca atau ...
Kemiskinan ni sebenarnya apa? Adakah semata-mata bergantung pada klasifikasi B40? M40? T20? Bagaimana kalau orang tu gaj...
5 September 2021, forum pertama kami..Ketika itu CAKNA masih belum wujud.Penyelidikan solo di bawah KDMRS KDMRS Muslim, ...
BUAL BICARA PERPADUAN
Throwback CAKNAPada tahun lalu, CAKNA melalui KDMRS Muslim telah menjayakan forum yang bertajuk “Penyelidikan dan Dakwah...
Bicarawara Ekonomi Sabah Siri 3: Ketidakseimbangan Ekonomi Luar Bandar Sabah: Peluang dan Cabaran
Bicarawara Ekonomi Sabah Siri 3: Ketidakseimbangan Ekonomi Luar Bandar Sabah: Peluang dan Cabaran💡“Kita sudah penat berl...
Bicarawara Ekonomi Sabah Siri 2: Diskusi dan Solusi
Bicarawara Ekonomi Sabah Siri 2: Diskusi dan Solusi 💡
Hari ini dan hari-hari seterusnya, CAKNA akan terus mengangkat slogan global #breakthebias (Hentikan berat sebelah) semp...
Bicarawara Ekonomi Sabah: Matlamat Pembangunan Sabah

Website

Address


Kota Kinabalu
88000

Other Educational Research in Kota Kinabalu (show all)
Innovation & Commercialisation Management Centre, UMS Innovation & Commercialisation Management Centre, UMS
Universiti Malaysia Sabah, Jalan UMS
Kota Kinabalu, 88400

Leading innovation and commercialisation to become a world-class innovative university.

CERI Sabah CERI Sabah
Kota Kinabalu, 88450

Asiatech Sabah's goal is Bridging Education, Research, and Innovation | Edutech | MetaCampus in Sabah

ICOG-ITA 2022 ICOG-ITA 2022
Faculty Of Engineering
Kota Kinabalu, 88400

The International Conference on Oil & Gas Industry, Technologies and Applications 2022 is organized by the Oil and Gas Engineering Programme, Universiti Malaysia Sabah. This confer...

Jabatan Otorinolaringologi Universiti Malaysia Sabah Jabatan Otorinolaringologi Universiti Malaysia Sabah
Jalan UMS
Kota Kinabalu, 88400

Jabatan Otorinolaringologi, Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan, Hospital Universiti Malaysia Sabah, Universiti Malaysia Sabah

Mahsa College Kota Kinabalu Sabah Mahsa College Kota Kinabalu Sabah
Lot No C-100B, LG Floor, 1Borneo Hypermall, Jalan Sulaman
Kota Kinabalu, 88400

Borneo Tourism Research Centre FBEA UMS Borneo Tourism Research Centre FBEA UMS
Borneo Tourism Research Centre (BTRC), Faculty Of Business, Economics And Accountancy, Jalan UMS
Kota Kinabalu, 88400

.

Laman Rasmi Profesional Huffaz Quran_PHQ_UMS Laman Rasmi Profesional Huffaz Quran_PHQ_UMS
Pusat Islam
Kota Kinabalu, 88400

Program Profesional Huffaz Quran (PHQ) UMS

NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS NDRC - Natural Disasters Research Centre, UMS
Universiti Malaysia
Kota Kinabalu

NDRC was mandated to act as the focal point for all researchers in UMS who carry out research related to natural disasters. NDRC which is located at the Faculty of Science and Natu...

JUC BA Malaysia JUC BA Malaysia
Kota Kinabalu

High impact valuable experience JUC Brand Ambassador Program that builds leaders, join us today 🏃

KOLEJ KIARA KOLEJ KIARA
Lot 2, Ground Floor, Jalan Sulaman, Taman Kingfisher Sulaman Ph 5B,
Kota Kinabalu, 88450

KOLEJ KIARA MENAWARKAN: 1. DIPLOMA IN CORPORATE ADMINISTRATION 2. DIPLOMA IN HOTEL MANAGEMENT 3. DIPLOMA IN EXECUTIVE SECRETARYSHIP

Centre for Development Studies UCSF Centre for Development Studies UCSF
Jalan Sanzac, Sembulan
Kota Kinabalu, 88100

University College Sabah Foundation

EMPLOYEE.education - Separuh Masa EMPLOYEE.education - Separuh Masa
CT-11, Corporate Tower, Subang Square, Jalan SS15/4G, Subang Jaya Selangor Darul Ehsan
Kota Kinabalu, 47500

Memberikan maklumat kepada pekerja yang ingin melanjutkan pengajian secara separuh masa.