Harumanis Alternative School
Nearby schools & colleges
Papar
88000
W. D. T
88000
Tadika Stella Maris
Beg Berkunci
88852
Harumanis Alternative School adalah sebuah sekolah percuma untuk anak-anak yang tidak mempunyai doku
Terima kasih MyFund Action - Sabah menaja makanan berbuka untuk pelajar harumanis aternative school. Sementara menunggu berbuka, pelajar-pelajar mewarna dulu, salah satu cara untuk mengembangkan motor halus.
Semoga sekalian penderma,para sukarelawan yg terlibat dimurahkan rezeki, dimakbulkan hajat.
Terima kasih kepada penyumbang.
Sehari sebelum menyambut ramadhan yang lalu. Telah selesai menyerahkan sumbangan kurma kepada setiap keluarga murid di Sekolah Alternatif Harumanis.
Murid-murid sangat seronok dan mereka berkumpul awal agar tidak terlepas peluang mendapat sumbangan yang akan diberikan.
Pembesaran kawasan surau di Kg Harumanis.
Terima kasih kepada penduduk kampung dan semua yang terlibat dalam pembinaan, sumbangan, tenaga dalam proses membesarkan surau untuk menyambut bulan mulia bulan Ramadhan.
Semoga kesatuan di antara penduduk kampung semakin erat. Untuk makluman, surau ini bersebelahan dengan Sekolah Alternatif Harumanis. Surau ini juga sentiasa digunakan semasa proses pembelajaran anak-anak di sini.
PEMASANGAN MOZEK @ TILES di Surau Kg. Harumanis.
“Cikgu boleh ka kalau mau minta sumbangan untuk pasang tiles di surau?, sebab balik-balik koyak tu lapis sebab lantai inda sama”. Nanti kami gotong-royong pasang tu tiles, kebetulan memang kami ada sedia beberapa keping tiles. Nanti blh ka mau minta sumbangan untuk kasi cukup tiles?”.
Perbualan dari wakil ketua kampung Harumanis tempoh hari. Saya mewakili HAS sangat seronok mendengar perkhabaran tentang niat mereka untuk menaiktaraf surau agar lebih selesa.
Surau merupakan satu lokasi untuk murid HAS berkumpul jika pelajaran melibatkan secara beramai-ramai. Setiap kali solat jumaat dan terawikh, surau ini sangat meriah.
Borneo Outreach Programme ✨✨
-Health Edition-
Program anjuran Malaysian Heart Health Association (MyHeart) dengan kerjasama MyFundAction Sabah, Pusat Mengaji An Nur, YOSH Borneo, SunatHome dan Sekolah Alternatif Harumanis.
Program melibatkan kanak-kanak di Kampung Harum Manis, Kota Kinabalu, Sabah.
Seramai 5 orang kanak-kanak berusia dari umur 10-13 tahun terpilih untuk dikhatankan secara percuma yang tergolong dalam golongan asnaf. Program ini bertujuan untuk memberi kesedaran kesihatan kepada kanak-kanak di Sabah mengenai penjagaan kebersihan diri.
Program ini turut melibatkan seramai 100 orang kanak-kanak berusia lingkungan 5-12 tahun untuk sesi teknik membersih tangan yang betul dan teknik memberus gigi bagi kebersihan mulut disamping edaran 100 pek ‘mini hygiene kit’.
MyHeart yang diwakili oleh Dr Aimi Syakirah turut bersama-sama dalam program ini mengkhatankan kanak-kanak disini yang diketuai oleh Dr Ruhaizad daripada SunatHome.
Semoga lebih banyak program kesedaran kesihatan dapat dilaksanakan pada tahun ini.
Kami mengalu-alukan sekarang bentuk kerjasama daripada mana-mana pihak untuk program kesihatan di Sabah khususnya.
Hari ini murid-murid akan terlibat dengan program berkhatan bersama NGO MyFund Action - Sabah MyHeart Volunteers dalam program Borneo Oytreach. Moga program berjalan lancar. Doakan kami.
Minggu pertama sekolah alternatif harumanis sesi 2022.
Syukur semua berjalan dengan lancar. Bulan ini merupakan bulan kedua murid-murid bersekolah selepas pembukaan sekolah pada bulan disember yang lalu.
Pada kali ini. Pihak HAS bekerjasama dengan salah satu NGO yang sangat terkenal dalam menyalurkan pendidikan iaitu Annur Quranic Centre (AQC) yang berpengkalan di Kota Kinabalu. Mereka menawarkan pembelajaran mengaji alQuran dengan cara cepat.
Murid-murid sangat ceria bila persekolahan bermula selepas hampir setahun sekolah ditutup akibat perintah PKP. Ibu bapa juga melahirkan rasa syukur kerana anak-anak mereka dapat menyambung semula pelajaran yang tertunda sebelum ini.
Diharapkan murid-murid ini menjadi insan yang dapat menggembirakn ibu bapa dan menjadi penyambung generasi yang lebih baik.
Pembaikpulihan bumbung yang bocor dan juga mengecat bangunan HAS.
Syukur dan terima kasih diucapkan kepada semua penyumbang yang telah memudahkan urusan membaikpulih bumbung bangunan yang bocor dan juga mengecat bangunan. Sekarang sudah cantik berwarna-warni. 😍
Proses mengecat ini telah selesai beberapa minggu lepas lagi. Sekarang kita masih menunggu tarikh tamat PKP dan murid-murid ini akan mula belajar kembali.
Bersama-sama kita berdoa agar pandemik ini berakhir secepat mungkin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the school
Website
Address
Kota Kinabalu
Jalan Kebajikan
Kota Kinabalu, 88000
Not really an official page.It's a page to assemble ex convent girls!St. Francis Convent(M) Seconda
Sabah Tshung Tsin Secondary School
Kota Kinabalu, 88300
Formed by total of 297 students graduated in the year of 1995 from Sabah Tshung Tsin Secondary Schoo
Kinarut , Papar
Kota Kinabalu, 89600
ALUMNI SMK KINARUT IALAH BEKAS PELAJAR SMKK YANG PERNAH BELAJAR DAN MENAMATKAN PENGAJIAN DI SMK KINARUT. OBJEKTIF ALUMNI SMKK DITUBUHKAN ADALAH MENGERATKAN LAGI SILATURRAHIM SESA...
16, Lorong Kecil Lengkuas, Taman Selesa
Kota Kinabalu, 88300
Literacy Program, Economic Empowerment Development and Welfare to the under privileged
Kota Kinabalu, 88300
Hello! We offer private one-on-one Phonics class for enhanced learning. Maths and Chinese classes are available too. Please PM for more info
Lot 1-1, 1st Floor, Taman Cantek
Kota Kinabalu, 88200
7年安亲补习经验 + 教育部认证补习教材,90天打造孩子优越教育基础。 从?
Heritage Plaza Car Park Taman Regent, Sabah088728 268https://g. Co/kgs/rsMHkd
Kota Kinabalu, 88300
learn more �
Lot 115, Blok M, Plaza Permai, Alamesra, Jalan Sulaman
Kota Kinabalu, 88400
Sekolah tadika Islam swasta.