Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi

Penyampaian maklumat dan khidmat pengembangan pertanian dan industri asas tani

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 06/11/2024

BENGKEL PERANCANGAN AKTIVITI PENGEMBANGAN MS ISO 9001:2015 PPP PERINGKAT DAERAH KOTA TINGGI TAHUN 2025

KOTA TINGGI | 06 NOVEMBER 2025 - Bengkel Perancangan Pengembangan Pertanian MS ISO 9001:2015 bagi Tahun 2025 telah dilaksanakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi yang dipengerusikan oleh Pegawai Pertanian Daerah En Mohd Hafizh Bin Hussain kepada pegawai-pegawai yang terlibat.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 05/11/2024

LAWATAN PEMANTAUAN LADANG myGAP UNTUK TUJUAN PROMOSI DAN PENJUALAN PRODUK SEGAR DI PUTRAJAYA

Kota Tinggi | 5 November 2024 - Satu lawatan Pemantauan Ladang myGAP untuk tujuan promosi daripada Ybrs. Ts Azreen bin Basir, Pengarah Bahagian Kawalan Kualiti Tanaman (BKKT) Putrajaya telah dijalankan pada 4 - 5 November 2024 di daerah Kota Tinggi.

Tujuan lawatan ini diadakan adalah untuk melihat ladang ladang myGAP yang akan membekalkan produk segar bagi "vending machine" di Putrajaya menepati syarat - syarat yang ditetapkan.

Lawatan 1 :
Nama Syarikat : Pertanian Budi Bumi Sdn Bhd
Keluasan : 200 Hektar
Lokasi : Vita Tenggara, Bandar Penawar
Jenis Tanaman : Tanaman Buah - Buahan

Lawatan 2 :
Nama Syarikat : E Office Agro Plantations
Keluasan : Premis Perniagaan
Lokasi : Bandar Penawar, Kota Tinggi
Jenis Produk : Buahan Segar

Lawatan 3 :
Nama Syarikat : Hiwood Realty Sdn Bhd
Keluasan : 10 Hektar
Lokasi : TKPM Ulu Tiram
Jenis Tanaman : Sayuran Daun

Turut hadir sama, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, Tuan Haji Mohamad bin Kasmuri, Ketua Bhg Pengembangan Ibu Pejabat Pertanian Negeri, Pn Noorfarahin Sahari, Ketua Bhg Pembangunan dan Agen Pengembangan Tanaman Kawasan.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
myGAP myOrganic Sektor Tanaman
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 03/11/2024

KUNJUNG HORMAT KERAJAAN NEGERI SARAWAK KE PROJEK JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR

Kota Tinggi | 03 November 2024 - Satu lawatan kunjung hormat Kerajaan Negeri Sarawak ke Projek Jabatan Pertanian Negeri Johor yang diketuai oleh YBhg. Datu Sirai Anak Daha, Setiausaha Tetap, Kementerian Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak (M-FICORD) bersama Yang Berusaha Tuan Dominic Anak Chunggat, Pengarah Pertanian Sarawak, Encik Aicher Joseph Toyat, Penolong Pengarah, Pejabat Pengarah Pertanian Sarawak.

Lawatan pertama delegasi dibawa ke salah sebuah projek Jabatan Pertanian Negeri Johor, Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Ulu Tiram yang berkeluasan 32.80 hektar dengan pelbagai tanaman sayuran daun dan sayuran buah.

Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi menyampaikan taklimat kemajuan projek TKPM Ulu Tiram yang melibatkan pelan pengurusan operasi, pengeluaran hasil tanaman, pasaran dan pelbagai aspek.

Seterusnya, rombongan dibawa ke salah sebuah projek agropelancongan di dalam kawasan daerah Kota Tinggi, Desaru Fruit Farm yang terletak di Bandar Penawar Kota Tinggi, kawasan ini menawarkan pelbagai aktiviti keluarga seperti Mini Zoo, Road Tour Farm, ATV, Jualan Produk IKS dan Jualan Buahan Segar dan pelbagai lagi.

Seusai itu, delegasi dibawa melawat ke Pusat Industri Asas Tani Felda Air Tawar 1 & KPW Felda Air Tawar 1 yang mengusahakan pelbagai produk makanan & kraftangan antaranya keropok lekor, minyak kelapa dara, otak - otak & pepes, popia, kek, dan kraftangan.

Lawatan terakhir, rombongan dibawa ke salah satu projek kuih sejukbeku syarikat Doana Frozen Food yang terletak di Felda Air Tawar 1, projek yang sudah menembusi pasaran luar negara ini diusahakan oleh Pn Rubiah Ahmad merupakan salah satu usahawan yang sentiasa komited dalam memperkembangkan produk ke satu tahap yg lebih tinggi.

Turut hadir sama, Ybhg. Tn Haji Yosri bin Mohd, Pengarah Pertanian Negeri Johor, En Mohd Hafiz bin Ramly, Timbalan Pengarah Pertanian (Pembangunan) Negeri Johor, En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 03/11/2024

𝑻𝑨𝑵𝑫𝑨𝑻𝑨𝑵𝑮𝑨𝑵𝑰 𝑶𝑷𝑺𝒀𝑬𝑵 𝑺𝑰𝑺𝑻𝑬𝑴 𝑺𝑨𝑹𝑨𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑲𝑯𝑰𝑫𝑴𝑨𝑻𝑨𝑵 𝑨𝑾𝑨𝑴 (𝑺𝑺𝑷𝑨)

Kota Tinggi | 3 November 2024 - Satu Sesi Taklimat Panduan Mengisi Borang Opsyen Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) bagi warga Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi telah diadakan di bilik Mesyuarat Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi.

Taklimat ringkas telah disampaikan oleh En Mohamad Jamil bin Hamzah, Pembantu Tadbir mengenai panduan menandatangani borang SSPA.

Seusai taklimat, program diteruskan dengan sesi menyemak dan menandatangani Borang Opsyen SSPA oleh semua kakitangan sambil disaksikan oleh En. Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

30/10/2024

Terima Kasih Yang Berhormat Dato' Sri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Kota Tinggi.

30/10/2024

SELAMAT MENYAMBUT HARI DEEPAVALI 2024

Selamat Hari Deepavali kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya kepada mereka yang beragama Hindu.

Semoga cahaya yang melambangkan Perayaan Deepavali ini akan menyinari kesejahteraan hidup dan nilai-nilai yang akan mengukuhkan perhubungan dan persahabatan semua Rakyat Malaysia







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 30/10/2024

SIRI “ROAD TOUR” DUN SEDILI TAHUN 2024
DUN SEDILI | 30 OKTOBER 2024 - Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 bagi DUN Sedili telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Sedili.

Menerusi peruntukan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah meluluskan pemberian Insentif sebanyak RM 1,133,565.00 melibatkan 3 Skop Projek iaitu Projek Pembangunan Tanaman, Projek Industri Asas Tani, Program Lestari.

Pada program siri Jelajah kalini, Yang Berhormat turut sudi meluangkan masa melawat ke beberapa Projek Tanaman Makanan dan juga Projek Industri Asas Tani dan bagi DUN Sedili seterusnya menyampaikan sijil myGAP tahun 2024 dan “Mock Cheque” kepada wakil - wakil penerima Insentif bagi tahun 2024.

Lawatan dimulakan dengan melawat ladang tanaman sayuran jenis buahan (Kacang Panjang, Petola) milik En Yau Sze Jiun dengan keluasan 4.0 hektar yang terletak di Sg Mong, Batu 12, Kota Tinggi telah mula beroperasi sejak tahun 2017.

Seterusnya rombongan ke salah satu projek tanaman campuran Mr Wong Swee Ching yang mengusahakan tanaman lada hitam dan juga tanaman ladang dengan keluasan 3.00 hektar di Bt 12 Jalan Mawai, Kota Tinggi Johor.

Seusai itu, Yang Berhormat dibawa ke salah satu projek tanaman jagung manis milik En Fadzil bin Ramlan yang terletak di Kg Felda Bukit Aping Timur, Kota Tinggi. Perusahaan yang telah mula beroperasi sejak tahun 2021 ini memasarkan hasil tanaman di kawasan setempat dan juga pemborong tempatan.

Seterusnya, rombongan dibawa ke penerima Insentif PKPJ yang terletak di Felda Bukit Aping Timur, Pn Nur Eida Nadia binti Abd Rahim merupakan salah seorang pengusaha bagi produk Bakeri (Biskut & Kek) yang telah memulakan projek sejak tahun 2017. Hasil produk dijual sekitar Kota Tinggi, Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Lawatan terakhir, Yang Berhormat dibawa ke salah satu projek Pes Serbaguna yang dimiliki oleh saudari Zanariah binti Zahari. Beliau turut mengeluarkan beberapa produk lain antara kambing perap yang dijual sekitar pasaraya besar MYDIN, Kedai Runcit dan atas talian.

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Muszaide bin Makmor, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Sedili diatas kesudian meluangkan masa bagi Program Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 ini.

Program Road Tour Penyerahan Insentif Pertanian bagi DUN daerah Kota Tinggi ini merupakan satu cetusan idea dari En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi sejak tahun 2023 dengan bertujuan mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertanian bersama para pemimpin setempat dan memperkenal perkhidmatan dan juga insentif yang ada didalam Jabatan Pertanian khususnya.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 27/10/2024

MAJLIS PERASMIAN PROGRAM KLINIK PAKAR UPM DAN MOTIVASI PELAJAR DI DAERAH KOTA TINGGI, JOHOR

Sedili, Kota Tinggi | 27 Oktober 2024 - Majlis Perasmian Program Klinik Pakar UPM dan Motivasi Pelajar telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Kota Tinggi bertempat di Dewan Terbuka Kg Singapura, Tg Sedili Kota Tinggi.

Program ini merupakan anjuran Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Tinggi, Pertubuhan Peladang Kawasan Kota Tinggi Timur, Jabatan Pertanian serta rakan strategik di daerah Kota Tinggi.

Program ini merupakan salah satu daripada pelan pembangunan komuniti daerah kota tinggi bagi program pemindahan ilmu (KTP) untuk pembangunan dan manfaat komuniti setempat melalui kerjasama institusi pengajian tinggi dan rakan strategik yang telah bermula sejak tahun lalu.

Jabatan Pertanian melalui Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi turut sama menjayakan program yang berlangsung selama 2 hari ini dengan mengadakan Reruai Pameran yang mengetengahkan Program Amalan Pertanian Baik (myGAP), Pertanian Bandar, Kaunter Khidmat Nasihat dan jualan buahan segar dari ladang yang mempunyai pensijilan myGAP.

Turut sama berlangsung, penyerahan sijil myGAP bagi tahun 2024 yang telah disampaikan oleh Yang Berhormat Dato' Seri Mohamed Khaled bin Nordin, Ahli Parlimen Kota Tinggi, dan En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi kepada para penerima.
Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak yang terlibat diatas penganjuran program seperti ini, semoga ianya dapat memberi manafaat kepada golongon sasar dan khasnya kepada masyarakat dalam daerah Kota Tinggi.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 24/10/2024

SIRI “ROAD TOUR” DUN TG SURAT TAHUN 2024
DUN TG SURAT | 24 OKTOBER 2024 - Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 bagi DUN Tanjung Surat telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Negeri Johor merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Tanjung Surat.

Menerusi peruntukan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah meluluskan pemberian Insentif sebanyak RM 376,125.00 melibatkan 3 Skop Projek iaitu Projek Pembangunan Tanaman, Projek Industri Asas Tani dan Program Pembangunan Semula Projek Lestari.

Pada program siri Jelajah kalini, Yang Berhormat turut sudi meluangkan masa melawat ke beberapa Projek Tanaman Makanan dan juga Projek Industri Asas Tani dan bagi DUN Tanjung Surat seterusnya menyampaikan sijil myGAP Tahun 2024 dan “Mock Cheque” kepada wakil - wakil penerima Insentif bagi tahun 2024.

Lawatan Pertama, Yang Berhormat dibawa melawat ke projek Industri Asas Tani di Felda Kledang, Kota Tinggi yang mengusahakan Kek dan Pastry milik En. Zulkeflee bin Sulong. Perusahaan yang telah bermula sejak tahun 2019 ini melaksanakan projek hanya dikawasan rumah (ruang berasingan) dan mengeluarkan pelbagai jenis kek "viral" dengan jualan disekitar kawasan Kota Tinggi dan Pasar Tani / Malam.

Lawatan seterusnya, rombongan dibawa ke salah satu projek Ternakan Kelulut milik Pn Rohani binti Marian Kg Bukit Gelugor, Kota Tinggi, bermula sejak tahun 2021, pengusaha kini telah mempunyai sebanyak 40 log / haif kelulut dengan hasil madu dijual kepada kawasan sekitar dan Putrajaya dengan nilai RM 200.00 / KG.


Lawatan terakhir, YB ADUN dibawa melihat dengan lebih dekat ke salah satu projek Pertanian Bandar, SMK Pengerang Utama yang mengusahakan tanaman fertigasi terung.

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Aznan bin Tamin, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Tanjung Surat diatas kesudian meluangkan masa bagi Program Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 ini.

Program Road Tour Penyerahan Insentif Pertanian bagi DUN - DUN daerah Kota Tinggi ini merupakan satu cetusan idea dari En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi sejak tahun 2023 dengan bertujuan mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertanian bersama para pemimpin setempat dan memperkenal perkhidmatan dan juga insentif yang ada didalam Jabatan Pertanian khususnya.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 23/10/2024

SAMBUTAN HARI INOVASI JABATAN PERTANIAN NEGERI JOHOR TAHUN 2024

Johor Bharu | 24 Oktober 2024 - Sambutan Hari Inovasi Jabatan Pertanian Negeri Johor Tahun 2024 telah dirasmikan oleh Y.B. Dato' Zahari Bin Sarip, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani Dan Kemajuan Luar Bandar Negeri Johor di Trove Hotel, Johor Bharu.

Sambutan Hari Inovasi ini bertujuan untuk memberi pengiktirafan dan penghargaan kepada mereka yang bertungkus lumus untuk menghasilkan sesuatu inovasi untuk penambahbaikkan sistem sedia atau mencipta sistem bagi meningkatkan / memudahkan sesuatu perkara itu.

Daerah Kota Tinggi juga telah menerima beberapa anugerah bagi tahun 2024 :

ANUGERAH KESELURUHAN GEOTANAMAN TERBAIK
🏆 Pej. Pertanian Daerah Kota Tinggi

ANUGERAH MEDIA SOSIAL - PENGENDALI DAERAH TERBAIK
🏆 Pej. Pertanian Daerah Kota Tinggi

Semoga dengan pengiktirafan ini dapat menyuntik semangat kepada para petani dan pegawai untuk mencipta lebih banyak inovasi dalam memajukan industri pertanian negeri Johor pada masa hadapan.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 21/10/2024

SIRI “ROAD TOUR” DUN PENAWAR TAHUN 2024

DUN PENAWAR | 21 OKTOBER 2024 - Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 bagi DUN Penawar telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Penawar.

Menerusi peruntukan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah meluluskan pemberian Insentif sebanyak RM 557,145.00 melibatkan 3 Skop Projek iaitu Projek Pembangunan Tanaman, Projek Industri Asas Tani, Program Lestari.

Pada program siri Jelajah kalini, Yang Berhormat turut sudi meluangkan masa melawat ke beberapa Projek Tanaman Makanan dan juga Projek Industri Asas Tani bagi DUN Penawar seterusnya menyampaikan Sijil myGAP Tahun 2024 dan “Mock Cheque” kepada wakil - wakil penerima Insentif bagi tahun 2024.

Lawatan dimulakan dengan melawat ke Projek Tanaman buah - buahan milik En Ahmad Tharmini bin Saiban yang terletak di Kg Sg Layau, Kota Tinggi dengan keluasan 1.55 hektar. Projek ini mempunyai pelbagai tanaman buahan seperti Durian, Nangka, Cempedak, Rambutan Jambu dan lain lain, da ianya juga berpotensi dijadikan sebagai pusat agropelancongan dimasa akan datang.

Seterusnya Yang Berhormat dibawa melawat ke projek Industri Asas Tani di Felda Semenchu yang mengusahakan Kek dan Pastry milik Pn Norazimah binti Yaakub. Perusahaan yang telah bermula sejak tahun 2017 ini melaksanakan projek hanya dikawasan rumah (ruang berasingan) dan mengeluarkan pelbagai jenis kek "viral" dengan jualan disekitar kawasan Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Lawatan keempat, rombongan dibawa ke salah satu projek Ternakan Kelulut milik En Azlan bin Mohamad yang terletak di Bandar Penawar, Kota Tinggi. Bermula sejak tahun 2020, pengusaha kini telah mempunyai sebanyak 60 log / haif kelulut dengan hasil madu dijual kepada kawasan sekitar dengan nilai RM 200.00 / KG.

Lawatan terakhir bagi Program Jelajah DUN Penawar, YB dibawa melawat ke salah satu projek tanaman buahan terbesar bagi DUN Penawar iaitu ladang syarikat Pertanian Budi Bumi Sdn Bhd. Menanam hampir 10 jenis tanaman buahan dengan keluasan 200 hektar, antaranya Jambu Batu, Durian Belanda, Markisa, Longan Brasil, Cempedak dan nangka.

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Fauziah binti Misri, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Penawar diatas kesudian meluangkan masa bagi Program Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 ini.

Program Road Tour Penyerahan Insentif Pertanian bagi DUN daerah Kota Tinggi ini merupakan satu cetusan idea dari En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi sejak tahun 2023 bertujuan mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertanian bersama para pemimpin setempat dan memperkenal perkhidmatan dan juga insentif yang ada didalam Jabatan Pertanian khususnya.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
YB Fauziah Misri - Adun Penawar
Mohd Hafizh Hussain

Kajian Impak Skim Persijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Organik Malaysia (myOrganic) 21/10/2024

[ HEBAHAN ]

KAJIAN IMPAK SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP) DAN SKIM ORGANIK MALAYSIA (myOrganic) [ORANG AWAM]

Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) telah dilantik oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) untuk menjalankan "KAJIAN IMPAK SKIM PENSIJILAN AMALAN PERTANIAN BAIK MALAYSIA (myGAP) DAN SKIM ORGANIK MALAYSIA (myOrganic)”.

Objektif kajian ini adalah untuk menilai keberkesanan dan penerimaan persijilan myGAP dan myOrganic di sepanjang rantaian nilai pengeluaran agromakanan. Tuan/Puan telah terpilih untuk menjadi salah seorang responden kami.

Justeru itu besarlah harapan kami jika pihak Tuan/Puan dapat meluangkan sedikit masa untuk menjawab soalan di dalam borang soal selidik ini. Semua maklumat yang diberikan adalah SULIT dan hanya digunakan untuk tujuan penyelidikan sahaja. Sila nyatakan komen dan pendapat secara JUJUR semasa menjawab kesemua soalan dalam borang soal selidik ini. Kerjasama daripada pihak Tuan/Puan adalah amat kami dihargai.

Mohon sertakan alamat lengkap untuk tujuan penghantaran cenderahati. Tarikh akhir menjawab borang soal selidik kajian adalah sehingga 22 OKTOBER 2024 (RABU).

Disertakan link google form yang perlu di isi

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Kajian Impak Skim Persijilan Amalan Pertanian Baik Malaysia (myGAP) dan Skim Organik Malaysia (myOrganic) Kategori Orang Awam

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 20/10/2024

SIRI “ROAD TOUR” DUN PASIR RAJA TAHUN 2024
DUN PASIR RAJA | 20 OKTOBER 2024 - Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 bagi DUN Pasir Raja telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Puan Hajah Rashidah binti Ismail , Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pasir Raja.

Menerusi peruntukan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah meluluskan pemberian Insentif sebanyak RM 674,684.50 melibatkan 3 Skop Projek iaitu Projek Pembangunan Tanaman, Projek Industri Asas Tani dan Program Lestari.

Pada program siri Jelajah kalini, Yang Berhormat turut sudi meluangkan masa melawat ke beberapa Projek Tanaman Makanan dan juga Projek Industri Asas Tani bagi DUN Pasir Raja seterusnya menyampaikan Sijil myGAP Tahun 2024 dan “Mock Cheque” kepada wakil - wakil penerima Insentif bagi tahun 2024.

Lawatan dimulakan dengan melawat ke projek tanaman sayuran dan herba milik usahawan muda berusia 27 tahun, En Logeshan A/L Balakrishnan yang mengusahakan dikawasan Taman Sri Saujana, Kota Tinggi dengan keluasan 2.02 hektar. Hasil tanaman ladang ini dipasarkan ke syarikat Farmbyte, Johor.

Seusai itu, Yang Berhormat dibawa ke salah satu projek tanaman sayuran buah milik En Phang Tuck Hong yang terletak di Kg Sg Telor, Kota Tinggi dengan penanaman pelbagai jenis sayuran buah antaranya terung, bendi, kacang panjang dan pelbagai lagi.

Seterusnya, rombongan dibawa melihat dengan lebih dekat projek tanaman kunyit hitam, milik En Mirza Syahmeer Saipullah berkeluasan 2.40 hektar di Kg Sri Delima, Kota Tinggi. Tanaman kunyit hitam ini turut dijadikan produk hiliran, antaranya kopi kunyit hitam dan kapsul kesihatan.

Seterusnya, rombongan dibawa ke penerima Insentif Industri Asas Tani yang terletak di Taman Intan, Kota Tinggi, Pn Nurfadzrien binti Md Deros salah seorang pengusaha bagi produk Satay Sejukbeku. Produk ini dipasarkan disekitar Kota Tinggi dan Johor Bahru.

Lawatan terakhir, YB ADUN dibawa melihat dengan lebih dekat projek Pn Norhaslinda binti Murni yang mengusahakan Projek Karipap Sejukbeku di Taman Melati, Kota Tinggi. Produk jualan ini mendapat pasaran tempatan dan diluar daerah seperti Johor Bahru dan Pasir Gudang.

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Puan Hajah Rashidah binti Ismail, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Pasir Raja diatas kesudian meluangkan masa bagi Program Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 ini.

Program Road Tour Penyerahan Insentif Pertanian bagi DUN - DUN daerah Kota Tinggi ini merupakan satu cetusan idea dari En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi sejak tahun 2023 dengan bertujuan mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertanian bersama para pemimpin setempat dan memperkenal perkhidmatan dan juga insentif yang ada didalam Jabatan Pertanian khususnya.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
YB Shida Ismail
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 17/10/2024

SIRI “ROAD TOUR” DUN JOHOR LAMA TAHUN 2024

DUN JOHOR LAMA | 17 OKTOBER 2024 - Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 bagi DUN Johor Lama telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Cik Norlizah binti Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Johor Lama.

Menerusi peruntukan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah meluluskan pemberian Insentif sebanyak RM 197,830.00 melibatkan 3 Skop Projek iaitu Projek Pembangunan Tanaman, Projek Industri Asas Tani dan Program Pertanian Lestari.

Pada program siri Jelajah kalini, Yang Berhormat turut sudi meluangkan masa melawat ke beberapa Projek Tanaman Makanan dan juga Projek Industri Asas Tani dan bagi DUN Johor Lama seterusnya menyampaikan sijil myGAP tahun 2024 dan “Mock Cheque” kepada wakil - wakil penerima Insentif bagi tahun 2024.

Lawatan dimulakan ke salah satu projek tanaman ladang (Ubi Kayu) milik Pn Mardsyilla Ismail, yang terletak ZPM Lok Heng dengan keluasan 12 hektar, Yang Berhormat turut sempat melihat demonstrasi kaedah menuai hasil ubi menggunakan peralatan khas yang direka bagi memudahkan petani mengeluarkan hasil ladang.

Lawatan kedua, YB ADUN dibawa melihat dengan lebih dekat ke salah satu projek Tanaman Sayuran Buah milik Tn Haji Ghazali bin Karim dengan keluasan 8 hektar di Zon Pengeluaran Makanan (ZPM) Lok Heng. Usahawan ini telah mula mengusahakan projek ini sejak 20tahun lalu dan pemasaran hasil tanaman tersebut dijual kepada pemborong sekitar negeri Johor.

seterusnya, rombongan dibawa merasai sendiri air kelapa segar terus daripada ladang milik En Saleh bin Kamar di plot tanaman campuran kelapa dan kopi Liberica Johor. selain itu juga, ladang ini turut menanam dengan pelbagai tanaman lain seperti lada hitam dan keledek sebagai tanaman sampingan lain.

Lawatan terakhir ke projek Pelbagai Aneka Kek, Roti dan Minuman yang dimiliki usahawan muda yang baru berusia 22 tahun, Cik Siti Aisyah Balqis binti Zulkifli. Perusahaan ini mengeluarkan pelbagai produk antara kek, biskut, minuman dan makanan ringan terletak di Felda Pasak, Kota Tinggi, Johor.

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Cik Norlizah binti Noh, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Johor Lama diatas kesudian meluangkan masa bagi Program Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 ini.

Program Road Tour Penyerahan Insentif Pertanian bagi DUN - DUN daerah Kota Tinggi ini merupakan satu cetusan idea dari En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi sejak tahun 2023 dengan tujuan mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertanian bersama para pemimpin setempat dan memperkenal perkhidmatan dan juga insentif yang ada didalam Jabatan Pertanian khususnya.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
YB Norliza Noh
Mohd Hafizh Hussain

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 16/10/2024

ZIARAH KASIH KE KELUARGA KAKITANGAN PEJABAT PERTANIAN DAERAH KOTA TINGGI

Menyantuni serta mendoakan buat keluarga En Mazlan Musa yang terlibat dengan kemalangan jalanraya di Kg Sg Telor, Kota Tinggi pada baru - baru ini.

Semoga kehadiran Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi sedikit sebanyak dapat memberi semangat dan mengurangkan beban penderitaan yang dialaminya, malah membantu menyembuhkan sakitnya dengan keizinan Allah SWT atas iringan doa kita.

Semoga dipermudah urusan.

Photos from Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi's post 16/10/2024

SIRI “ROAD TOUR” DUN PANTI TAHUN 2024
DUN PANTI | 16 OKTOBER 2024 - Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 bagi DUN Panti telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Hahasrin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Panti.

Menerusi peruntukan Jabatan Pertanian Negeri Johor telah meluluskan pemberian Insentif sebanyak RM 531,518.00 melibatkan 3 Skop Projek iaitu Projek Pembangunan Tanaman, Projek Industri Asas Tani dan Program Lestari.

Pada program siri Jelajah kalini, Yang Berhormat turut sudi meluangkan masa melawat ke beberapa Projek Tanaman Makanan dan juga Projek Industri Asas Tani bagi DUN Panti seterusnya menyampaikan Sijil myGAP 2024 dan “Mock Cheque” kepada wakil - wakil penerima Insentif bagi tahun 2024.

Lawatan dimulakan dengan melawat ladang tanaman sayuran buah milik En Amir Muhairul bin Abd Rahim dengan keluasan 0.80 hektar yang terletak di Kg Lukut, Kota Tinggi yang menjalinkan kerjasama bersama Farmbyte bagi pemasaran hasil tanaman.

Seusai itu, Yang Berhormat dibawa ke salah satu perusahaan Industri Asas Tani yang mengeluarkan produk makanan ringan (Biskut Kelapa) milik Pn Nurul Nadia binti Jabal yang terletak di Kg Temenin Baru, Kota Tinggi.. Perusahaan yang telah mula beroperasi sejak tahun 2008 ini telah berjaya memasarkan produk ke pasaran setempat.

Seterusnya, rombongan dibawa ke salah satu peserta Tanah Berpotensi KEJORA yang terletak di Bandar Tenggara, En Mohammad Noor bin Maamor, pengusaha tanaman sayuran buah (Bendi, Cili, Petola, Terung) dengan keluasan 5 hektar.

Seterusnya bagi lawatan ke projek keempat dan kelima, rombongan dibawa ke Projek Tanaman Sayuran Buah milik saudara Faizol bin Yusof dan En Amir bin Jais dimana kedua dua orang usahawan ini menanam tanaman seperti Bendi, Kacang Panjang, Petola dan lain lain bertempat di Bandar Tenggara.

Diakhir lawatan ini, Yang Berhormat sempat melihat dengan lebih dekat produk penghasilan kuih sejuk beku (Ban Sosej) yang telah mula beroperasi sejak tahun 2004 milik Pn Nurul Syafirah binti Yusof di Bandar Tenggara.

Pejabat Pertanian Daerah Kota Tinggi mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Berhormat Tuan Haji Hahasrin bin Hashim, Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Panti diatas kesudian meluangkan masa bagi Program Siri Jelajah Penyerahan Insentif Pertanian Tahun 2024 ini.

Program Roud Tour Penyerahan Insentif Pertanian bagi DUN daerah Kota Tinggi ini merupakan satu cetusan idea dari En Mohd Hafizh bin Hussain, Pegawai Pertanian Daerah Kota Tinggi yang bermula sejak tahun 2023 dengan bertujuan mengeratkan hubungan pihak Jabatan Pertanian bersama para pemimpin setempat dan memperkenal perkhidmatan dan juga insentif yang ada didalam Jabatan Pertanian khususnya.







#𝓑𝓮𝓻𝓶𝓾𝓵𝓪𝓷𝔂𝓪𝓓𝓲𝓢𝓲𝓷𝓲

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan
Jabatan Pertanian Malaysia
Jabatan Pertanian Negeri Johor
Mohd Hafizh Hussain

Want your organization to be the top-listed Government Service in Kota Tinggi?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pavilion Johor kembali lagi menemui anda sempena pameran pertanian utama terbesar di Asia Tenggara ini‼️Pelbagai pameran...
𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐌𝐄𝐍𝐘𝐀𝐌𝐁𝐔𝐓 𝐓𝐀𝐇𝐔𝐍 𝐁𝐀𝐑𝐔 𝟐𝟎𝟐𝟒Selamat menyambut Tahun Baru 2024 Semoga ketibaan tahun baru ini memberi lebih kecemerl...

Telephone

Address


Aras 4, Bangunan Sultan Iskandar
Kota Tinggi
81900

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 15:30
Sunday 08:00 - 17:00

Other Government Organizations in Kota Tinggi (show all)
MARA Daerah Kota Tinggi MARA Daerah Kota Tinggi
Bangunan Arked MARA
Kota Tinggi, 81900

Pejabat Felda Air Tawar 1 Pejabat Felda Air Tawar 1
Kota Tinggi

Pejabat Felda Air Tawar 1, 81900, Kota Tinggi, Johor

Perpustakaan Kolej Komuniti Bandar Penawar Perpustakaan Kolej Komuniti Bandar Penawar
Kolej Komuniti Bandar Penawar, Jalan Ungku Abd Aziz
Kota Tinggi, 81930

Menyediakan perkhidmatan perpustakaan bermaklumat sbg pusat pembelajaran & penggerak budaya membaca.

Balai Polis Gugusan Adela Balai Polis Gugusan Adela
Balai Polis Gugusan Adela
Kota Tinggi, 81900

JKR Kota Tinggi JKR Kota Tinggi
Pejabat Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Daerah Kota Tinggi, Jalan Abdul Aziz
Kota Tinggi, 81900

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkan

Felcra Berhad Kawasan Sedili Besar Felcra Berhad Kawasan Sedili Besar
FELCRA BERHAD KAWASAN SEDILI BESAR, Jalan KAMPUNG TELUK, SEDILI BESAR
Kota Tinggi, 81900

The Federal Land Consolidation and Rehabilitation (FELCRA)

Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi Pejabat Pendidikan Islam Daerah Kota Tinggi
Aras 4, Bangunan Sultan Iskandar
Kota Tinggi, 81900

AADK Daerah Kota Tinggi AADK Daerah Kota Tinggi
Kota Tinggi

Agensi Utama Memerangi Dadah

Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Tinggi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Daerah Kota Tinggi
Aras 5, Bangunan Sultan Iskandar
Kota Tinggi, 81900

“SEDIA, PANTAS & BERINTEGRITI”

Majlis Permuafakatan Guru Pemulihan P1NCH - M3P Negeri Johor Majlis Permuafakatan Guru Pemulihan P1NCH - M3P Negeri Johor
Jalan Tun Habab
Kota Tinggi, 81900

Dari pendidik untuk pendidikan

Hospital Kota Tinggi Johor - HKT Hospital Kota Tinggi Johor - HKT
Jalan Tun Habab Kota Tinggi
Kota Tinggi, 81900

HOSPITAL BERASPIRASI TINGGI, KEBANGGAAN KAMI

Penyelaras DUN Pasir Raja - N.35 Penyelaras DUN Pasir Raja - N.35
Taman Sri Saujana
Kota Tinggi

Pejabat Penyelaras DUN Pasir Raja (N.35) ialah sebuah agensi kerajaan yang memperjuangkan masalah ra