Nilam Guest House,Langkawi
Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami...
Call / Sms : 012 5339937 / 0124960822 / 0124801249
WhatsAapp : 0125339937 / 0124801249
Kami menyediakan penginapan yang selesa dengan 3 bilik tidur air-cond, 3bilik mandi serta lengkap dengan perabot. Jarak hanya 10 minit dari Pekan Kuah/ Jeti,
20 minit dari Langkawi International Airport,
7 minit ke Idaman Suri
5 minit ke Taman Hidupan Liar
7 minit ke Kilim Geoforest Park
20 minit ke Cable Car
Alhamdulillah...Terima kasih mama Ani..menggunakan perkhidmatan transfer dan Sunset Cruise...
> Perkhidmatan van + driver - transfer dan tour
> Pakej Sunset Cruise..
wasap.my/60124960822
wasap.my/60125339937
SELAMAT HARI MALAYSIA..
MELAYU SERANG MELAYU: SIAM BERKUASA,
Pengkhianatan adalah penyakit yang merosak dan menghancurkan bangsa. Pada zaman Ayutthaya Purba (sebelum Sukhotai), Siam sangat berminat untuk menguasai Ligor sebagai pintu masuk untuk mereka menguasai bumi Melayu. Pada 1182, Raja Ayutthaya Purba, Tao Uthong telah menyerang Ligor, tetapi Raja Melayu yang digelar sebagai Phra Chao Sri Tamma Sokeroj telah bermatian-matian mempertahankan bumi Melayu ketika berperang di Bansaphan, di Prachuap Kirikhan. Siam gagal!
Pada 1283, Raja Ramkamheang p**a menyerang, Raja Sang Tawal yang memerintah Ligor hingga ke Langkasuka telah berundur ke Bedelung setelah Ligor jatuh pada 1292. Pada 1294 Raja Sang Tawal menyerang balas dan berjaya membuat sempadan dengan Siam Sukhotai di Petchbuti-Ratchburi, di selatan Bangkok. Apabila Raja Ramkamheang menyerang lagi pada 1299, dia telah dibunuh oleh Raja Melayu, Puteri Urduja anak Raja Sang Tawal. Selepas itu, Ligor diperintah oleh cucu Raja Sang Tawal, Sultan Mohamad Tahir yang sudah memeluk Islam.
Pada 1350, Siam menyerang lagi iaitu saat Raja Lamuttal balik ke Jawa. Apabila Ligor jatuh, Siam terus menganggap Ligor adalah taklukannya. Mereka memberi taraf Muang Pratetrach, yakni negeri setia yang tunduk kepada Siam, sedangkan Raja-raja Melayu terus memerintah. Bezanya, raja dahulu mempertahankan negeri, raja sekarang menjadi alat musuh, demi kuasa menggadai negeri.
Siam tahu Ligor adalah kerajaan terkuat di selatan dan boleh menjadi pusat perluasan wilayah mereka. Sejak itu, Siam tidak lagi berperang dengan orang Melayu, sebaliknya menyuruh pemimpin Melayu Ligor yang menyerang Kerajaan-kerajaan Melayu. Melayu vs Melayu! Itulah strategi Siam... Mari kita lihat contoh kejatuhan Melayu kerana diserang oleh Melayu...
1. Pada 1373, Raja Ligor, Nai Ka telah menyerang dan menjajah negeri-negeri Melayu di pantai barat seperti Randung, Bunga dan Bukit yang menjadi jajahan Majapahit. Sejak itu Randung (Ranong), Bunga (Pha-nga) dan Bukit (Phuket) jatuh ke tangan Siam. Pada abad ke-18, Siam menyerahkan wilayah-wilayah kepada orang Cina yang dilantik sebagai raja-raja.
2. Pada abad ke-15, Raja Ligor, Dewa Sura telah diarahkan supaya menyerang Pura (Pahang). Pahang menjadi jajahan Siam sebelum dibebaskan oleh Melaka;
3. Sejarah Melayu menyebutkan Siam telah mengarahkan Awi Dicu menyerang Melaka dua kali. Tetapi gagal. Siapa Awi Decu? Awi ialah gelaran bagi raja yang menjadi wakil Raja Siam (kadang-kadang disebut Okya), Dicu p**a gelaran Siam bagi Raja Ligor yang disebut Decho. Ertinya, Awi Dicu itu adalah Raja Ligor (dalam surat Siam, Sultan Melaka disebut Awi Melaka).
4. Pada 1668, Sultan Sulaiman Singgora telah mangkat. Puteranya menjadi raja bergelar Sultan Mustafa. Adindanya, Nik Husein menjadi Raja Muda dan Nik Hassan menjadi Laksamana. Seorang lagi putera, Nik Mahmud memberontak. Siam melantiknya menjadi Raja Ligor dan diberi gelar Phraya Ram Decho. Pada 1680, Siam arahkan Sultan Mahmud Phraya Ram Decho menyerang Singgora. Sultan Mustafa kalah. Sejak hari itu, Singgora tidak ada raja lagi. Pada 1777, Siam melantik seorang Cina, Yiang Sae Hao menjadi Raja Singgora bergelar Phraya Songkhla. Sejak itu, Dinasti Yiang Sae Hao memerintah Singgora sebagai raja sehingga 1901. Selama 126 tahun, negeri Melayu berajakan Cina. Keluarga Cina ini selalu disebut Na Songkhla.
5. Pada 1769, Siam serang Ligor lagi setelah Long Nai Sitthi, seorang Raja Melayu mengisytiharkan Ligor merdeka pada 1767 dan memakai gelar Raja Musika. Bila kalah diserang Siam, Raja Musika berundur ke Patani. Setelah itu, baginda ditahan oleh Siam. Sebagai perdamaian, anaknya, Preng dijadikan gundik Raja Siam, Phraya Taksin (bangsa Cina) dan Raja Musika kembali menjadi Raja Ligor bergelar Phraya Nu Nakhon. Pada 1811, anak Phraya Taksin dengan Preng, dilantik menjadi Raja Ligor bergelar Chao Phraya Noi Nakhon. Sejak itu, anak Cina dan keturunannya menjadi Raja Ligor sehingga 1901. Mereka disebut Na Nakhon.
6. Kejatuhan Kerajaan Patani pada 1786 juga kerana peranan Ligor!
beberapa contoh, bagaimana negeri-negeri Melayu lenyap kerana pemimpinnya khianat. Pahang pernah terjajah, Melaka diserang, Singgora menjadi milik Cina (juga Ranong, Pukhet dan Jering) dan Ligor sendiri hilang kedaulatannya...
Berhati-hati dengan pemimpin khianat. Tidak sedar diri diperalat. Akhirnya tanah air tergadai, bangsa tersadai...
Kredit:Dr mohd
Alhamdulillah terima kasih pada rozita .sudi menggunakan perkhidmatan dari kami .tiap kali mai p**au langkawi .semoga dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur kita dapat berjumpa lagi....
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Contact the business
Telephone
Address
448 Taman Nilam Jalan Ayer Hangat
Kuah
07000
No 123, Kampung Padang Kandang, Mukim Padang Matsirat Langkawi
Kuah, 07100
Barangan perabut jati import dari Indonesia , barangan set bilik solid & playwood. Karpet & pelbagai
Kuah, 07000
Afiat Mooyah. Produk keluaran bumiputera Muslim. Di jamin bersih dan halal. AFIAT JASMANI ENTERPRISE, No. 11, Taman Medan berjaya, Kuah, 07000 Langkawi.