SMA Sultan Ismail Dungun

SMA Sultan Ismail Dungun

Facebook Rasmi Sek. Men. Agama Sultan Ismail Dungun

16/08/2024

*Tabung Infaq Jumaat PIBG SMASID*

*JOM GANDAKAN SAHAM AKHIRAT DI HARI JUMAAT YANG MULIA INI*

Semoga Allah membalas segala kebaikan ini. Semoga usaha kecil kita ini Allah nilai dengan ganjaran yang besar dan menjadi asbab kita ke syurganya.

*Mohon sebarkan seberapa luasnya untuk kebaikan bersama*

Jazaakumullaahu khairan kathiraa

~PIBG SMASID~

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 10/08/2024

MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN KALI KE 67
TARIKH : 4 OGOS 2024
MALAYSIA MADANI JIWA MERDEKA.

Jom semarakkan bulan kemerdekaan..
Semaikan JIWA MERDEKA dalam jiwa anak bangsa..
Smg Malaysia aman makmur..

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 07/08/2024

UNIT: KOKURIKULUM

Telah berlangsung Kejohanan Bola Sepak MSSD Dungun Bawah 15 tahun:

Hari: Ahad - Rabu
Tarikh: 4 - 7 Ogos 2024
Tempat: Sek Men Sains Dungun

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan SMASID kerana berjaya memenangi tempat ke-3. Tahniah juga diucapkan kepada Jurulatih serta guru dan pihak yang terlibat dalam memberi sokongan secara langsung mahupun tidak langsung.

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 07/08/2024

UNIT: KOKURIKULUM

Sekitar lawatan ilmiah Koperasi SMASID ke Perak pada 1 - 3 Ogos 2024 melibatkan guru-guru dan Ahli Lembaga Koperasi terdiri daripada pelajar. Antara tempat yang dilawati termasuk Figtopia, Concubine Lane, Kellie Castle dan banyak lagi. Antara objektif lawatan ialah membentuk ahli koperasi yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta memberi pendedahan dan pengalaman dengan melawat tempat tempat yang memberi inspirasi kepada ahli koperasi. Semoga lawatan ini memberi manfaat kepada seluruh ahli koperasi.

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 02/08/2024

UNIT: KURIKULUM (PROJEK KECEMERLANGAN SPM)

Perkongsian Pintar & Seminar Teknik Menjawab SPM 2024

Mata pelajaran : Bahasa Melayu
Hari: Jumaat
Tarikh: 2 Ogos 2024 (Jumaat)
Masa: 8:30 - 10:30 pagi
Tempat: Dewan SABAS, SMASID
Penceramah: Pn Nermani binti Seman

Semoga calon-calon SPM 2024 mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu...



+

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 02/08/2024

UNIT: KURIKULUM

PROGRAM DIALOG PRESTASI PERMATA SMASID SPM 2024

Tarikh: 1 Ogos 2024
Hari: Khamis
Masa:12:00 tengah hari
Tempat : Bilik Mesyuarat, SMASID

Pihak Pengurusan SMASID mengadakan sesi dialog bersama ibu bapa dan murid cemerlang (berpotensi straight A) SPM 2024 dalam Program Dialog Prestasi Permata SMASID. Semoga dengan perkongsian sesi dialog ini dapat menyuntik semangat murid-murid cemerlang untuk terus berusaha menggapai kecemerlangan sebagaimana yang diharapkan oleh pihak sekolah dan ibu bapa masing-masing.Berikut merupakan nama murid Permata SMASID SPM 2024:

1) MUHAMMAD AKIF IKRAM BIN MUKHTAR ( 5 FARABI)
2) MUHAMMAD FAHEEM ‘ABQARI BIN MANAZIL (5 GHAZALI)
3) WAN NABILAH HANIM BINTI WAN BAHARUN (5 FARABI)
4) ASMA AYUNI BINTI AZAHA (5 FARABI)
5) WAN NUR AIN SYAMIMIE BINTI WAN ENDUT (5 FARABI)
6) NUR AIN BINTI MOHD ZULKAMARI (5 FARABI)
7) WAN MOHD FAHIMUL ATIQ BIN WAN MOHAMAD RIDZUAN (FARABI)
8) ALEEFA FASIHA BINTI HALIM (5 FARABI)
9) HANI BATRISYA BINTI ZUL KARIMI ( 5 GHAZALI)
10) NABIHAH BINTI KHOZUWAN (5 SYATIBI)
11) NURUL NADIAH BINTI AHMAD FADILAH (5 SYATIBI)

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 02/08/2024

UNIT: KURIKULUM (PROJEK KECEMERLANGAN SPM)

Perkongsian Pintar & Seminar Teknik Menjawab SPM 2024

Mata pelajaran : Al Syariah
Hari: Selasa
Tarikh: 30 Julai 2024 (Ahad)
Masa: 2:30 - 4:45 petang
Tempat: Dewan SABAS, SMASID
Penceramah: Ustaz Saifuldin bin Zainal

Semoga calon-calon SPM 2024 mendapat A+ dalam mata pelajaran Al Syariah...


+

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 02/08/2024

UNIT: KURIKULUM (PROJEK KECEMERLANGAN SPM)

Perkongsian Pintar & Seminar Teknik Menjawab SPM 2024

Mata pelajaran : Matematik
Hari: Khamis
Tarikh: 25 Julai 2024 (Ahad)
Masa: 2:00 -4:30 petang
Tempat: Dewan SABAS, SMASID
Penceramah: En Hisyamri bin Manan

Semoga calon-calon SPM 2024 mendapat A+ dalam mata pelajaran Matematik...

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 02/08/2024

UNIT: KURIKULUM (PROJEK KECEMERLANGAN SPM)

Perkongsian Pintar & Seminar Teknik Menjawab SPM 2024

Mata pelajaran : Usuluddin
Hari: Ahad
Tarikh: 21 Julai 2024 (Ahad)
Masa: 2:30 - 4:30 petang
Tempat: Dewan SABAS, SMASID
Penceramah: Ustaz Al Hisham bin Kasim

Semoga calon-calon SPM 2024 mendapat A+ dalam mata pelajaran Usuluddin...

02/08/2024

APAKAH HIKMAH BERSEDEKAH ?

“Bandingan (derma) orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu p**a mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendaki-Nya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya.”

(Surah Al-Baqarah ayat 261)

WAKTU PALING AFDAL BERSEDEKAH ?

“Setiap awal pagi saat matahari terbit, Allah menurunkan dua malaikat ke bumi. Salah satu di antara keduanya berdoa: Ya Allah berilah kurnia (kepada) orang yang menginfakkan hartanya. Ganti kepada orang yang membelanjakan harta karena Allah. Malaikat yang satu berkata: Ya Allah binasakanlah orang-orang yang bakhil.”

(HR. Bukhari Muslim)

JOM SEGERA LAH BERSEDEKAH SUBUH JUMAAT MUBARAKAH

Minggu ini kita niatkan sedekah Subuh Jumaat kita kepada kedua ibu bapa kita, datuk nenek kita yang telah meninggal.

INFAQ PENDIDIKAN SMASID

Tanpa sokongan dari pihak tuan/puan semua, sudah pasti kami tak dapat teruskan usaha memastikan kecemerlangan pendidikan dan sahsiah anak anak SMASID direalisasikan melalui program program yang telah dirancang.

Jangan bertangguh lagi, infaklah!! Semoga dengan infak kita diawal Subuh Jumaat hari ini pasti akan memberi barakah dan rahmat Allah kepada kita dan semua warga SMASID.

Kepada tuan/puan yang ingin menyumbang boleh berbuat demikan melalui online transfer ke akaun nombor di bawah :-

No. akaun : 1304-4010-0083-00
Nama akaun : TETUAN PIBG SEK MEN AGAMA SULTAN ISMAIL DUNGUN
Nama bank : BANK ISLAM
Rujukan : INFAK PENDIDIKAN SMASID

🌼 Bukti bayaran boleh dihantar ke nombor berikut :

PK HEM - Cg Madiha 60139217074
Bendahari PIBG Cg Hanita 60199460225

Mudah-mudahan dengan infak / waqaf / sumbangan daripada pihak tuan/puan ini dikira sebagai amal jariah yang berpanjangan di sisi Allah S.W.T dan dapat menyempurnakan kebaikan tuan/puan.

Setiap sumbangan daripada tuan/puan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan jazakallahu khairan kathir.

Sekian, terima kasih.

Unit Publisiti dan Penerangan
PIBG SMASID
2024-2026

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 29/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM (KO AKADEMIK)

Telah berlangsung "CHORAL SPEAKING COMPETITION FOR SECONDARY SCHOOL", Dungun District Level.

Tarikh: 29 Julai 2024
Tempat: SMA Sultan Ismail

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan tuan rumah SMASID kerana berjaya merangkul naib johan. Tahniah dan jutaan terima kasih juga diucapkan kepada guru serta jurulatih yang bertungkus lumus dalam memastikan kejayaan anak-anak SMASID. Tahniah..!!

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 28/07/2024

UNIT HEM & PIBG SMASID : *Program GORO MADANI SIRI 2 2024 dan GORO PERDANA ASRAMA 2024*

Gotong Royong selesai, jemput makan semua 😃

Terima kasih atas sumbangan kuih muih, kewangan dan juga sumbangan idea dan tenaga.

Terima kasih semua🌹🌹🌹

*_SMASID SEPAKAT BERKAT HEBAT_*

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 28/07/2024

UNIT HEM & PIBG SMASID : WARNA WARNI *Program GORO MADANI SIRI 2 2024 dan GORO PERDANA ASRAMA 2024*

Terima kasih yg tak terhingga kpd barisan pengurusan,PIBG,Unit 3K,Pengurusan Asrama dan semua guru dan AKP yg terlibat secara langsung dan tidak langsung

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama semua pihak.Semoga segala kerja buat cg2 dan AKP mendpt ganjaran yg setimpal drp Allah SWT

Terima kasih semua🌹🌹🌹

*_SMASID SEPAKAT BERKAT HEBAT_

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 28/07/2024

UNIT HEM & BIMBINGAN KAUNSELING ;
Program Mentor Mentee "Batas-batas Pergaulan Bebas"

Tarikh : 28.07.2024 (Ahad)
Masa : 7.30 - 8.30 pg
Tempat : Dewan SABAS

Penceramah : Ustazah Nabilah bt Muda

"Pergaulan yang melebihi batas atau had yang ditetapkan oleh pegangan agama dan nilai moral serta budaya".

"..menjaga pandangan mata dan memelihara kehormatan"

(Surah an- nur ; 30-31)

SMASID_SEPAKAT_BERKAT_HEBAT

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 27/07/2024

UNIT HEM & PIBG SMASID : Alhamdulillah..selesai sudah *Program GORO MADANI SIRI 2 2024 dan GORO PERDANA ASRAMA 2024*

Terima kasih yg tak terhingga kpd barisan pengurusan,PIBG,Unit 3K,Pengurusan Asrama dan semua guru dan AKP yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm menjayakan program pada hari ini.

Terima kasih atas sumbangan kuih muih,kewangan dan juga sumbangan idea dan tenaga.

Semoga program hari ini dpt menyelesaikan beberapa perancangan yg tertangguh sebelum ini.

Mgkin ada beberapa tugasan yg tak dpt diselesaikan disebabkan masa yg terhad,InshaaAllah akan diteruskan di lain masa.

Terima kasih sekali lagi atas kerjasama semua pihak.Semoga segala kerja buat cg2 dan AKP mendpt ganjaran yg setimpal drp Allah SWT.

Mohon maaf jika ada sebrg kekurangan sepjg program berjalan.

Terima kasih semua🌹🌹🌹

*_SMASID SEPAKAT BERKAT HEBAT_*

27/07/2024

Gotong Royong Madani Siri 2 / 2024

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 26/07/2024

UNIT HEM : Program Galakan Jom Hadir Awal ke Sekolah

Tahniah anak2 SMASID yang Berjaya Hadir Awal ke Sekolah.
Teruskan usaha dan semangat yg jitu utk Hadir ke Sekolah.

SMASID_SEPAKAT_BERKAT_HEBAT

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 26/07/2024

UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING :
Alhamdulillah selesai Program Motivasi "Zero to Success" Kejayaan Bermula Dengan TINDAKAN utk 33 org calon SPM 2024.

Semoga dengan program ini dapat menyuntik semangat anak2 SPM utk terus berusaha seterusnya mendapat kesedaran awal bahawasanya pentingnya SPM utk masa depan kelak.

Terima kasih yg x terhingga Saudara Muhammad Arizatul Fadil bin Zulkipli (SPM 2019) bekas pljr SMASID, yg sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dengan calon SPM 2024. Semoga Arizatul Fadil terus maju Jaya dalam menggapai kejayaan.

SMASID_SEPAKAT_BERKAT_HEBAT

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 26/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM

Setinggi tinggi TAHNIAH diucapkan kepada pasukan Sepak Takraw SMASID B18 kerana berjaya merangkul JOHAN Sepak Takraw peringkat Zon Rantau Abang mengalahkan pasukan SMK Seri Dungun.

TARIKH: 22-23 Julai 2024
TEMPAT: Dewan Al-Hikmah SMK KAKA

Tahniah juga diucapkan kepada Jurulatih, guru yang terlibat serta semua pemain. Teruskan momentun di peringkat MSSD. Anda hebat..!!

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 26/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM

Perlawanan persahabatan Bola Sepak U16 antara SMASID vs SMK SERI BUDIMAN, Kuala Terengganu. Terima kasih kepada SMK Seri Budiman terutama Tuan Pengetua, Jurulatih serta pemain yang sudi menerima kunjungan kami. Semoga ukhuwah terus terjalin sekaligus memantapkan lagi sukan Bola Sepak dalam kalangan pelajar dan Unit Kokurikulum kedua belah pihak.

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 26/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM (KO AKADEMIK)

Tahniah kepada Wan Muhammad Akmal Bin Wan Abdul Shukor kerana berjaya mewakili negeri Terengganu ke Nadwah Kepimpinan Islam Sekolah Sekolah KPM Peringkat Kebangsaan 2024.

Tarikh : 24-29 Julai 2024
Tempat : SMKA Arau Perlis .

Warga Smasid Mengucapkan selamat Berjuang . Semoga beroleh kejayaan..!!

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 21/07/2024

UNIT HEM : Kem Pemantapan Kepimpinan Pengawas Sekolah

Tarikh: 21 Julai 2024
Masa: 7.30am-6.00pm
Tempat: De Pengkalan Resort, Rantau Abang,Dungun

Kem ini dianjurkan oleh unit Badan Pengawas Sekolah yang diketuai oleh Ust Nabilah binti Muda. Terima kasih kepada Cg Wan Fauzi, Cg Rozi, Cg Wan Kamariatom dan Cg Azimah yang telah menjadi Fasilitator sepanjang program berlangsung. Semoga program ini dapat memantapkan lagi ketrampilan kepimpinan pengawas sekolah yang sedia ada.

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 21/07/2024

Perhimpunan Rasmi Sekolah
Tarikh:21 Julai 2024
Masa:7.30-8.30
Tempat: Dewan SABAS

Perhimpunan dimulai dengan ucapan Tuan Pengetua berkenaan dengan peraturan sekolah dan penjagaan tandas sekolah. Majlis diteruskan lagi dengan Gimik Penyerahan Buku Peraturan Sekolah kepada Ketua Pelajar.Akhir sekali, majlis penyampaian hadiah keceriaan kelas oleh Cg Shahidah siri 1.

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 21/07/2024

HAFAZAN AL QURAN MUSMAT 2024

Selepas ini peserta dari SMASID akan beraksi. Boleh tonton secara live di youtube

https://www.youtube.com/watch?v=zNvC31MwZvM

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 20/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM (KO AKADEMIK)

SELAMAT BERJUANG ANAK-ANAK SMASID (FESTIVAL IHTIFAL ILMI SANAWI SEKOLAH MENENGAH AGAMA TERENGGANU (MUSMAT) KALI KE 54 TAHUN 2024 PERINGKAT NEGERI TERENGGANU)

19-20 Julai
Acara : Nasyid & Bahas
Tempat : SK Tok Jembal
Hari: Jumat-sabtu

21 Julai
Acara: Hafazan L&P
Tempat: Online google meet
Hari: Ahad

22 Julai
Acara: Bacaan Kitab Turath L&P
Tempat: Google meet
Hari: Isnin

24 Julai
Acara:
Bahas separuh akhir dan akhir
Kuiz Dini
Kitabatul Maqal L&P
Khat L&P

Tempat: SMA Marang
Hari: Rabu

25 Julai
Acara:
Tilawah L&P
Syarahan Bm L&P
Syarahan Bi L&P
Syarahan B. Arab L& P

Tempat: Link rakamam video
Hari: Khamis

SEMOGA BEROLEH KEJAYAAN..

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 19/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM (KO AKADEMIK)

MQSS FKISS ILSS PERINGKAT ZON RANTAU ABANG TAHUN 2024

Tarikh : 10 Julai 2024
Tempat : Dewan Al Hikmah, SMKA KUALA ABANG
Masa : 10.00 pg - 2.00 ptg

Keputusan peserta SMASID :

1. Tilawah Al-Quran

MUEEZ NAUFAL BIN MAHADI *JOHAN*
NUR ATIQAH BT MOHAMAD AFENDI
*JOHAN*

2. Hafazan

IRFAN FIKRI BIN AHMAD RAMZI *NAIB JOHAN*
NURUL IFFATIL ALIFAH AZ-ZULAIKHA BINTI YUHANIF *JOHAN*

3.Khat

SITI NURBALQIS AINA BT MOHD RAFI
*JOHAN*
TENGKU PUTERA HAIZAT BT TENGKU HANAFI
*TEMPAT KE 3*

4.Mimbar Daie

MUHAMMAD ALAAWI ASSYAARAWI BIN ZULKIPLI
*JOHAN*
ILHAM NAJIHAH BINTI MOHD NOR
*NAIB JOHAN*

Alhamdulillah…
📍Tahniah dan ucapan ribuan terima kasih diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam pertandingan pada kali ini.
📍Moga terus cemerlang, ucapan terima kasih atas sokongan dan kerjasama semua guru pembimbing.
TAHNIAH SEMUA💐💐💐

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 18/07/2024

UNIT: UNIT BIMBINGAN & KAUNSELING (HEM) DGN KERJASAMA PIBG SMASID

Program Motivasi SPM 2024

Tarikh : 17 Julai 2024
Masa : 11.30 pagi - 1.30 tengah hari
Tempat : Dewan Saidina Abu Bakar As Siddiq, SMASID
Penceramah : Dr Nor Adila Binti Mohd Noor
Ketua Pusat Pengajian (KPP), Akademik Pengajian Islam Kontemporari
(ACIS, UiTMCT)

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 18/07/2024

UNIT: KOKURIKULUM

Sekitar Kejohanan Olahraga MSSD yang berlangsung pada 14 - 18 Julai di SMK Sultan Omar. Tahniah kepada yang berjaya, yang kurang berjaya teruskan usaha pada masa akan datang.

Photos from SMA Sultan Ismail Dungun's post 17/07/2024

UNIT PENGURUSAN ASRAMA

Bulan Muharam adalah salah satu bulan haram yang didalamnya dianjurkan oleh Rasulullah SAW untuk memperbanyakan puasa sunat.

Anak-anak asrama Bayt As Salam juga tidak melepaskan peluang untuk mengambil berkat berpuasa sunat iaitu Puasa Tasu'a (9 Muharam) dan Puasa Asyura (10 Muharam) yang jatuh pada hari Isnin dan Selasa baru-baru ini.

Semoga segala ibadah dan amal kebaikan yang dilakukan mendapat keberkatan dan diterima olehNya.

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Dungun?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Majlis Haflun Najah & Temumurni 2023
Majlis Penutup Sambutan Bulan Kemerdekaan

Category

Website

Address


Jalan Nibong
Kuala Dungun
23000

Other Middle Schools in Kuala Dungun (show all)
SMK PULAU SERAI Dungun SMK PULAU SERAI Dungun
Jalan Pelandang, Kampung Pulau Serai
Kuala Dungun, 23000

"PIBG CEMERLANG SEKOLAH GEMILANG"