Ikhlasbantuan
Bantuanikhlas adalah satu platform yang membantu individu atau kumpulan yang berminat untuk berinfaq
Di sebalik hikmahnya sebuah sedekah. Bergetar jiwa sekeluarga ini untuk mengenal dan akhirnya menjadi saudara baru kita.
Ayuh bersedekahlah di penghulu segala hari ini.
Ia amalan pembuka rezeki.
Ia amalan penghapus dosa.
Ia amalan memberi manfaat.
Ia amalan penyejuk nurani.
Ya Allah.
Jauhilah kami dari sifat riak dan sombong, ujub, sum’ah dengan apa yang kami miliki, ianya bukan milik kami, ianya milikmu Ya Allah yang Maha Esa.
Jadilah kami hambamu yang sentiasa menunaikan kewajipan dan hak kami kepadaMu Ya Allah.
عَنْ مُعَاذٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ سَأُنَبِّئُكَ بِأَبْوَابٍ مِنْ الْخَيْرِ الصَّوْمُ جُنَّةٌ وَالصَّدَقَةُ تُطْفِئُ الْخَطِيئَةَ كَمَا يُطْفِئُ الْمَاءُ النَّارَ وَقِيَامُ الْعَبْدِ مِنْ اللَّيْلِ
Daripada Muaz bin Jabal RA bahawa Nabi SAW bersabda; "Aku akan memberitahu kepadamu pintu-pintu kebaikan iaitu; puasa adalah perisai, sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api, dan seorang hamba bangun (qiamullail) di malam hari. (Musnad Ahmad No: 21628). Dar Ihya Turath Arabiy. Status: Isnad Hasan
Pengajaran:
1. Nabi SAW menyampaikan pesanan tentang pintu-pintu kebaikan kepada umatnya iaitu Ibadat puasa, sedekah dan qiamullail.
2. Pintu kebaikan pertama ialah Ibadat puasa. Puasa menjadi benteng atau perisai kepada seseorang daripada melakukan perkara-perkara yang dilarang oleh Allah. Puasa adalah perisai yang akan melindungi daripada kehancuran jiwa, kerosakan perjalanan hidup, melindungi diri daripada terjerumus ke dalam golongan manusia yang tidak memiliki sifat sabar.
3. Puasa juga menjadi perisai memberikan keteguhan hati dalam bertakwa kepada Allah. Puasa adalah perisai seseorang dari api neraka. Sabda Rasulullah SAW:
إِنَّمَا الصِّيَامُ جُنَّةٌ يَسْتَجِنُّ بِهَا الْعَبْدُ مِنَ النَّارِ
Puasa adalah perisai yang dapat melindungi seorang hamba dari siksa neraka” (HR Ahmad No: 3868 dalam sahih al-Jami’).
4. Persiapkanlah diri dengan mula berpuasa sunat pada bulan Syaaban ini. Moga akan memudahkan kita melaksanakannya pada bulan Ramadan yang menjelang tiba. Semoga ibadat puasa menjadi perisai buat kita dari api neraka.
5. Pintu kebaikan kedua ialah bersedekah. Sedekah meleburkan dosa seperti air memadamkan api. Kita dianjurkan bersedekah khususnya kepada mereka yang memerlukan seperti derma kepada mereka yang terkesan akibat musibah wabak Covid 19 atau terkena musibah banjir.
6. Ambillah kesempatan untuk menyumbang dan menderma. Semoga sumbangan kita menjadi pelebur dosa dan penghindar kita dari api neraka. Sabda Nabi SAW:
اِتَّقُوا النَّارَوَلَوبِشِقِّ تَمْرَةٍ
Hindarilah neraka meskipun dengan sebelah biji korma. (Sahih Bukhari No: 5677) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
7. Pintu kebaikan ketiga adalah menghidupkan malam dengan Qiamullail. Antaranya dengan melaksanakan solat sunat malam, memperbanyakkan zikir dan munajat kepada Allah. Semoga amalan ini mampu membina kekuatan rohani kita. Ambillah kesempatan bermunajat dan berdoa di malam hari agar Allah mengangkat musibah wabak Covid 19 yang telah lebih dua tahun melanda.
Marilah kita melaksanakan amal-amal yang menjadi antara pintu kebaikan iaitu membanyakkan puasa sunat, bersedekah dan qiamullail.
*Jangan Saling Memusuhi*
عَنْ أَنَسُ بْنُ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبَاغَضُوا وَلَا تَحَاسَدُوا وَلَا تَدَابَرُوا وَكُونُوا عِبَادَ اللَّهِ إِخْوَانًا وَلَا يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلَاثَةِ أَيَّام
_*Daripada Anas bin Malik RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: "Janganlah kamu saling membenci, jangan saling iri hati, saling bermusuhan, saling memutuskan hubungan dan jadilah hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak halal bagi seorang Muslim untuk menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari"*_ (Sahih Bukhari No: 5718) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
*Pengajaran:*
1.Umat Islam dilarang saling membenci sesama mereka
1.Sifat iri hati dan cemburu kelebihan yang ada pada orang lain perlu dijauhi. Elakkan saling berdengki sesama Muslim
2.Sifat bermusuhan dengan sesama Muslim adalah dilarang kerana setiap Muslim adalah bersaudara.
عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْغَضُ الرِّجَالِ إِلَى اللَّهِ الْأَلَدُّ الْخَصِمُ
Daripada Aisyah RA katanya: Rasulullah SAW bersabda: *Manusia yang paling dibenci Allah adalah yang keras kepala dan s**a bermusuh"* (Sahih Bukhari No: 6765) Dar Ibn Kathir. Status: Hadis Sahih
3.Kita boleh berbeza pandangan dengan orang lain, namun perlu saling berlapang dada dan memaafkan.
4.Elakkan diri daripada tidak bertegur atau menjauhi saudara Muslim melebihi tiga hari.
Dalam kita hidup bermasyarakat dan bernegara, perlu ada sifat bertolak ansur dan saling memaafkan. Jauhi sikap bermusuh, benci dan dengki terhadap orang lain. Binalah ukhuwah melalui sifat saling berkasih sayang.
Selamat Meraikan Sambutan Bulan Kebangsaan 2022.
credit pic by getty images
Reminder to be grateful. Some are fasting now and they don’t even know what to eat for iftaar yet.
Adapun kita disini, berbuka puasa tanpa kekurangan makanan sedikitpun, meskipun harga naik macam mana pun.. tidak membuat meja makan kita kosong dari berbagai macam menu makanan.
Berita diatas semestinya menyedarkan kita untuk tidak berlebih-lebihan ketika berbuka. Kadang kita temui di rumah-rumah kaum muslimin makanan yang terlalu banyak hingga terbuang ke bakul sampah, beraneka macam kueh dari yang manis yg bakar dan yg terpajang diatas meja makan ketika masuk waktu berbuka sedangkan sebahagian saudara muslim kita diluar sana berpuasa dengan menahan lapar, juga kelaparan.
Tapi justru yang mereka khawatirkan hanyalah satu; apakah puasanya di terima (sah) tanpa makan sahur dan berbuka? سبحان الله
Semoga menjadi ibroh untuk diri ini peribadi dan siapapun yang membacanya. والله أعلمُ بالـصـواب
Ramadhan ke 5 tahun 2022
Ya Allah,
Jadikan puasaku di bulan ini sebagai puasa orang-orang yang berpuasa
Sebenarnya, solat malamku di dalamnya sebagai orang yang solat malam sebenar¬nya,
Bangunkan daku di dalamnya dari tidurnya orang-orang yang lalai.
Bebaskan aku dari dosa-dosaku wahai Tuhan semesta alam.
Maafkan aku wahai Yang Memberi ampunan kepada orang-orang yang berbuat dosa.
Ammin 🤲🏻
Moga keberkatan Ramadhan kali ini, kita dapat meraih peluang sebanyaknya untuk bersedekah.
Amin Ya Rabbal Alamin
Sabda Rasulullah bermaksud:
“Sesiapa yang memberi makan untuk orang berbuka puasa, baginya pahala orang berpuasa tanpa dikurang sedikitpun daripada pahalanya (orang berpuasa tersebut).”
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi)
“Semua amalan anak Adam digandakan kebaikannya sepuluh kali ganda serupa dengannya sehingga tujuh ratus kali ganda, Allah SWT berfirman: Melainkan puasa, kerana ia untukKu dan Aku sendiri yang akan membalasnya, mereka meninggalkan syahwat dan makannya kerana-Ku”. Bagi orang yang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan ketika berbuka puasa dan ketika menemui Tuhannya, dan bau busuk (dari mulut orang yang berpuasa) kerana berpuasa lebih wangi daripada bau Misk”.
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Dan tidak ada satu makhluk pun yang bergerak dan bernyawa danberjalan di muka bumi ini, melainkan Allah telah menjamin rezekinya. Semua makhluk diberi naluri dan kemampuan untuk mencari rezeki mengikut fitrah kejadian.
Dia tahu tempat tinggalnya ketika dia hidup di dunia ini dan tahu tempat simpanannya selepas kematian. Semua itu telah tertulis dan tersusun sekemas mungkin dalam Kitab yang sebenar iaitu Lauh Mahfuz berkenaan perancangan dan perlaksanaan segala ciptaan Allah dengan lengkap dan sempurna.
Bersifat Tawaduk
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ انْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ أَسْفَلَ مِنْكُمْ وَلَا تَنْظُرُوا إِلَى مَنْ هُوَ فَوْقَكُمْ فَإِنَّهُ أَجْدَرُ أَنْ لَا تَزْدَرُوا نِعْمَةَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ
Daripada Abu Hurairah RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Lihatlah orang yang lebih rendah daripada kamu dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi darjatnya daripada kamu, itulah yang lebih baik supaya kamu tidak merendah-rendahkan nikmat Allah yang dikurniakan kepada kamu". (HR Tirmidzi No: 2437) Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Memiliki sifat redha dan merasa cukup dengan apa yang dimiliki adalah suatu yang dituntut.
2. Buatlah perbandingan nikmat yang kita miliki dengan orang lain yang tidak memilikinya, nescaya kita akan sentiasa bersyukur dan merasa cukup dengan apa yang kita ada, tidak akan kecewa, sedih mahupun dengki pada orang lain.
3. Elakkan dari membuat perbandingan dengan orang yang lebih kaya dan berada kerana akan menghilangkan rasa bersyukur malah akan mendatangkan rasa kecewa, sedih malah sentiasa berdengki dengan kelebihan pada orang lain.
4. Dalam hal yang berkaitan dengan akhirat, kita hendaklah sentiasa melihat orang yang lebih baik daripada diri kita untuk bersaing dan berlumba mencontohinya.
5. Kita perlu merasa cemburu melihat kealiman dan kesolehan orang lain untuk diikuti dan dicontohi.
وَٱبۡتَغِ فِيمَآ ءَاتَىٰكَ ٱللَّهُ ٱلدَّارَ ٱلۡأٓخِرَةَۖ وَلَا تَنسَ نَصِيبَكَ مِنَ ٱلدُّنۡيَاۖ وَأَحۡسِن كَمَآ أَحۡسَنَ ٱللَّهُ إِلَيۡكَۖ وَلَا تَبۡغِ ٱلۡفَسَادَ فِي ٱلۡأَرۡضِۖ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُحِبُّ ٱلۡمُفۡسِدِينَ ٧٧
Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) dari dunia dan berbuat baiklah (kepada hamba-hamba Allah) sebagaimana Allah berbuat baik kepadamu (dengan pemberian nikmatNya yang melimpah-limpah) dan janganlah engkau melakukan kerosakan di muka bumi; sesungguhnya Allah tidak s**a kepada orang-orang yang berbuat kerosakan. (al-Qasas: 77).
إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّـهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا
وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat serta menginfakkan sebahagian daripada apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau terbuka dengan mengharapkan (daripada amalan yang demikian) sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian.”— [Fathir:29]
Salam Jumaat Barakah
sabda Nabi Muhammad SAW,
“Setiap pagi hari di mana para hamba berada di dalamnya, ada dua malaikat yang turun seraya malaikat pertama berdoa; ‘Ya Allah, berikanlah bagi orang yang bersedekah ganti. Dan malaikat satunya lagi berdoa; ‘Ya Allah, berikanlah bagi yang tidak mau bersedekah (pelit) kebinasaan.”
(HR. Bukhari dan Muslim)
𝗠𝗨𝗦𝗟𝗜𝗠 𝗬𝗔𝗡𝗚 𝗛𝗘𝗕𝗔𝗧 𝗔𝗠𝗔𝗟𝗔𝗡 𝗦𝗘𝗗𝗘𝗞𝗔𝗛𝗡𝗬𝗔 𝗕𝗨𝗞𝗔𝗡 𝗦𝗔𝗛𝗔𝗝𝗔 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗦𝗔𝗡𝗝𝗨𝗡𝗚𝗔𝗡 𝗗𝗜 𝗔𝗧𝗔𝗦 𝗠𝗨𝗞𝗔 𝗕𝗨𝗠𝗜 𝗜𝗡𝗜,𝗠𝗔𝗟𝗔𝗛 𝗧𝗨𝗥𝗨𝗧 𝗠𝗘𝗡𝗗𝗔𝗣𝗔𝗧 𝗗𝗢𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗜𝗞𝗔𝗧 !!
Marilah bersama-sama kami untuk meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan dan dijanjikan rumah di syurga kelak, Infaq yang pasti digandakan pahalanya oleh Allah swt.
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).
Semoga niat dan Infaq anda semua akan Allah swt gandakan dengan pahala dan rezeki yang melimpah ruah dengan niat kerana Allah taala.
https://www.utusan.com.my/nasional/2021/08/10-pusat-tahfiz-terancam-minta-kerajaan-bantu/
JANGAN BANDINGKAN HIDUP KITA DENGAN HIDUP ORANG LAIN
Kalau kita kuat membanding-banding, nanti timbul perasaan iri hati.
Bila kita belajar bersyukur dan fokus perbaiki diri kita, Allah akan kurniakan kita rasa ketenangan dalam hidup.
Semoga Allah anugerahkan kedamaian dan ketenangan dalam hidup kita semua. Aamiin.
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Telephone
Address
Jalan Ampang
Kuala Lumpur
56100
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050
最好的时光,在路上;最好的生活,在别处。人生,就是一个修炼的过程,何必用这一颗不平的心,作践了自己,伤害了岁月。生活中,不妨养...独自上路去看看这个世界,你终将与最好的自己相遇。 做一个快乐的自己。
No 1, Jalan Tasik Utama 3 Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi
Kuala Lumpur, 57100
签证办理,护照遗失,护照更新,单身证明等等.....
31-3 (3rd Floor) Plaza Danau Desa, Jalan 109F, Taman Danau Desa
Kuala Lumpur, 58100
menyediakan perkhidmatan pesuruhjaya sumpah, penyediaan wasiat, permohonan surat kuasa mentadbir ata
6th Floor, Wisma Kah Motor, 566 Batu 3 1/2, Jalan Ipoh
Kuala Lumpur, 51200
Kuala Lumpur
MENYELESAIKAN MASALAH PELBAGAI PENYAKIT KULIT MENGGUNAKAN BAHAN MINERAL, NATURAL DAN HALAL.