Recipie Malaysia

Recipie Malaysia

Recipies you can count on👊🇲🇾

Good Foodie Media Sdn Bhd
201801026102 (1288123-V)

14/08/2024

Uwu menarik 😍

07/07/2024

Me at 1AM:

No cap! Shin Ramyun with Carnation Evaporated Creamer hits different 💯 The springiness of the ramyun combined with the aromatic, rich and creamy soup base - this recipe can is game-changing!😍

🔗 Shin Ramyun: https://bit.ly/3z8Z2M4
🔗 Carnation: https://bit.ly/3W77swB

Nongshim Malaysia Carnation Malaysia

03/04/2024

Tak dapat beli, boleh buat 😉

1kg daging
4 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
2 inci halia
Cili kering
3 batang serai
1 cawan kicap manis
4 helai daun limau purut
Garam, gula, perasa (secukupnya)
Air asam jawa
7 biji cili padi

01/04/2024

Ayam Masak Lemak Cili Api style bujang 🍗

Bahan:
1/2 ayam
2 kentang
4 ulas bawang putih
1 bawang merah
1 inci kunyit hidup
11 cili padi
2 serai
100ml santan
100ml air
Garam
Serbuk kunyit
Daun kunyit
Daun limau purut

27/03/2024

Chili Oil Noodles terpaling mudah 🌶️

Bahan-bahan:
Mee
4 ulas bawang putih
3 sdb kicap masin
1 sdb chili flakes
1 sdb kicap manis
1/2 sdt bijan putih
1/2 sdt jus limau
1/2 sdt minyak bijan
Sedikit garam
Minyak panas secukupnya

21/02/2024

Uni korang ada jual shawarma tak? 🤔

29/01/2024

Here’s how to make this aesthetic Orange Matcha drink using just matcha powder & Sunquick Concentrate Orange, made with real fruit, rich in Vitamin C ✨No artificial flavours and colour🍊

Sunquick is bringing you ‘Twice the Joy’ with 2 special CNY promotions😍

👜 FREE limited-edition Sunquick shopper bag when you buy Sunquick Concentrate worth RM25
🔥 FREE 4 Packs when you purchase 20 packs of Sunquick Ready Fruit Drinks 🤩

Savour this special fruit drink with your friends and family this CNY with a special fruit drink that is sure to leave a lasting impression!🧧 Here’s to making beautiful moments with Sunquick!

01/11/2021

Ikan Cencaru Belah Belakang / Ikan Cencaru Sumbat 😋

Bahan-bahan
> ikan cencaru - 3 ekor
> garam - 2 sudu kecil
> serbuk kunyit - 2 sudu kecil
> minyak untuk mengoreng
> daun pandan

Bahan kisar:
*cili kering (direndam air panas) -10 biji
*bawang putih - 5 ulas
*belacan - 10 g
*bawang merah - 1 biji
*cili merah (buang biji) - 2 biji
*pes asam jawa - 1 sudu
*garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan
> siang ikan cencaru (untuk cara dan teknik boleh lihat video)
> setelah dicuci bersih, lumurkan garam bersama kunyit
>masukkan bahan kisar ke dalam ikan
> ikat ikan mengunakan daun pandan.
> panaskan kuali bersama minyak masak dan goreng ikan sehingga masak.
Tips:
1. Gunakan api yang sederhana untuk mengoreng ikan, selain untuk memastikan ikan masak sepnuhnya, ini dapat menglakkan dari bahan kisar mudah hangit dan berubah menjadi pahit.
2. Jangan gunakan minyak terlalu banyak untuk mengoreng, kebiasaan minyak terus di buang setelah selesai mengoreng kerana minyak akan berubah menjadi hitam.
3. Minyak lebihan goreng ikan juga boleh dijadikan sebagai penambah rasa dan aroma apabila dimakan dengan nasi.

29/10/2021

Catch of the day: Tenggiri Masak Lemak Tumis bersama Daun Pegaga.

Bahan-bahan
> ikan tenggiri - 5 ketul
> daun pegaga - 1 genggam
> asam keping - 2 keping
> santan pekat - 60 ml
> garam dan gula secukupnya
> minyak untuk menumis

Bahan untuk dikisar:
* serai - 2 batang
* cili padi hijau - 4 biji
* cili padi merah - 4 biji
* halia - 2 inci
* bawang merah - 3 biji
* bawang putih - 5 biji
* bawang besar - 1 biji
*kunyit hidup - 1 inci

Cara penydiaan:
> siang dan bersihkan ikan
> sediakan bahan kisar dan kisar sehingga halus.
> panaskan minyak didalam kuali , masukkan bahan kisar ,asam keping dan tumis sehingga pecah minyak.
> masukkan ikan. Setelah ikan separuh masak masukkan santan dan daun pegaga.
Biar merenih sekejap sehingga ikan masak.
> siap sedia untuk dihidangkan.
Hiaskan bersama cili bunga dan daun pegaga segar.
Tips:
1. pengunaan kunyit hidup bergantung pada keadaan dan mengikut pada rasa kunyit hidup tersendiri sbgai Contoh, ada jenis kunyit yang menghasilkan rasa yang terlalu pahit dan memberi rasa yang tidak enak untuk masakkan. Jika ini terjadi, di sarankan untuk mengunakan kunyit serbuk.

26/10/2021

Putu Bambu Menggunakan Acuan Daun Pisang 😋

Resepi untuk 20 biji
Bahan-bahan
> Tepung beras - 300 g
> Pes pandan - 20 ml
> Air panas - 190ml
> kelapa parut
> daun pisang
> Garam dan gula secukupnya
> Gula merah atau Gula melaka

Cara penyediaan
> siapkan acuan terlebih dahulu menggunakan daun pisang (lihat video)
> kukus kelapa parut selama 10 minit dan gaul bersama garam dan gula.
> bacuh air panas bersama garam dan pes pandan
> adunkan air bancuhan pes pandan bersama tepung beras.
> lenyek dan tapis sebelum di masukkan ke dalam acuan.
> kukus selama 10 - 15 minit
> siap dikukus keluarkan dari acuan hidangkan bersama kelapa parut yang telah dikukus.

25/10/2021

Varasi Sandwich mudah mengunakan telur 🥪🍳

Bahan-bahan
Double decker / double bread
ROTI BAKAR KEJU
> 2 biji telur
> 2 biji roti
> 2 keping cheese
> 1 sudu kecil origano kering
> 1 sudu kecil lada hitam
> 1/2 sudu kecil garam

Triple Decker / Triple bread
CLUB SANDWICH
> 1 biji telur
> 3 keping roti
> 2 keping daun salad
> 3 keping hirisan tomato
> 3 keping hirisan timun
> 3 keping beef salami
> 1 keping cheese
> mayonis
> sos cili
> sos mustard kuning

Single decker / Single bread / Open Sandwich
ROTI BAKAR BERSAMA GUACAMOLE DAN TELUR CARAK
> 1 biji telur
> 1 keping roti
> 1 biji avocado
> 1/4 tomato (potong dadu)
> 1/2 bawang merah (cincang halus)
> daun ketumbar (hiris kasar)
> 1 sudu kecil lada hitam
> 1/2 sudu kecil garam
> 1/2 sudu kecil chili flakes
> perahan lemon

Cara penyediaan

ROTI BAKAR KEJU
Double decker / Double bread
> pukul telur Masukkan origano, garam dan lada hitam pukul hingga sebati.
> panaskan kuali masukkn telur dan roti
> terbalikkan, susun cheese dan lipat telur supaya kelihatan kemas. Masak sehingga roti garing ,siap untuk dihidangkan.

CLUB SANDWICH
Triple decker / Triple bread
> lapisan pertama sapukan sos cili dan mayonis, seterusnya susun daun salad, telur mata diikuti dengan sos cili dan moyonis
>lapisan kedua , susunkan beef salami,tomato, timun diikuti dengan cheese dan sos mustard kuning.

ROTI BAKAR BERSAMA GUACAMOLE DAN TELUR CARAK
Single decker / Single bread / open sandwich 🥪
> lenyek isi avocado , masukkan tomato, bawang merah, daun ketumbar, cili flakes, lada hitam, garam dan perahan lemon. Gaul sebati.
> panaskan air bersama cuka dan garam masukkan telur secara perlahan.tunggu sehingga telur timbul sepenuhnya dan angkat.
>atas roti yang telah dibakar letakkan guacamole yang telah siap secara meninggi, dan dibahagian paling atas letakkan telur carak taburkan campuran mix seed sbagai hiasan.

21/10/2021

Kentang Kroket yang senang dan sedap

Bahan-bahan
> air - 300 ml
> mentega - 1 sudu
> potato flakes (empingan kentang putar segara) - 1 cup / 120 g
> garam - 1 sudu kecil
> lada hitam - 1 sudu kecil
> oregano kering - 1 sudu kecil
> keju mozarella (potong memanjang) - 45 gm
> serbuk roti putih secukupnya
> sos cili
> sos nachos
> sos mustard kuning
> mayonis

Cara penyediaan
> panaskan air bersama mentega, garam, lada dan oregano kering.
> setelah mendidih masukkan empingan kentang dan masak sehingga sebati dan seperti kentang putar.
> sementara menunggu kentang putar sejuk ,gunakan lidi untuk menyucuk keju mozarella.
> gunakan kentang putar yang telah sejuk untuk menyalut keju sehingga menutupi smua bahagian.
> setelah selesai, salutkan dengan telur sehingga serata dan salut bersama serbuk roti putih(white bread crumbs)
> gunakan api yang sederhana untuk mengoreng supaya serbuk roti tidak mudah hangus.
> selesai mengoreng tos seketika , sebelom di hidangkan.
> hidang kentang kroket bersama sos cili, sos nachos, sos mustard dan mayonis
> sedia untuk dinikmati.

19/10/2021

Terung Tanglung Kukus
(Steam Eggplant Lantern)

Bahan-Bahan:
> terung (saiz besar) - 1 biji
> isi ayam yang telah dikisar - 500 gm
> telur masin - 3 biji
> sos tiram - 2 sudu
> bawang putih (cincang halus) - 4 ulas
> cili merah (cincang halus) - 1 biji
> kicap cair - 1 sudu
> lada sulah - 1 sudu kecil
> air - 200 ml
> air bancuhan tepung jagung - 2 sudu

Cara Penyediaan:
Terung
Bahan A.
> potong terung kepada dua secara memanjang.
> hiris terung sederhana nipis 3 bahagian (tidak putus) untuk diletak inti.
> rendam seketika terung ke dalam air yang berisi garam supaya tidak hitam.
Bahan B
> campurkan bersama isi ayam yang telah dikisar bersama lada sulah, kicap cair, sos tiram, kuning telur masin,cili merah dan bawang putih yang telah dicincang halus.
> gaul sehingga rata dan sebati.

> menggunakan terung yang telah dihiris masukkan inti disetiap bahagian sehingga penuh dan terbentuk seperti tanglung. Ulang sehingga kesemua bahan habis di gunakan.
> kukus terung yang siap diisi inti antara 5 - 8 minit.

Kuah
> panaskan kuali bersama sedikit minyak. Tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
> masukkan kuning telur masin. Stelah garing masukkan air.
> setelah mendidih, masukkan sos tiram dan air bncuhan tepung jagung , kacau hingga sebati masukkan lebihan kuning telur masin kacau secara perlahan dan tutup api.
> siap untuk dihidangkan dan tabur hirisan daun bawang sebagai hiasan

15/10/2021

Roti Jala bersama Kari Ayam tanpa santan 👍

Bahan-bahan

Kari Ayam:
> isi ayam - 500 gm
> rempah kari (dikisar) - 50 gm
> bawang besar (dikisar) - 2 biji / 150 gm
> bawang putih (dikisar) - 5 ulas / 20 gm
> halia (dikisar) - 2 inci / 15 gm
> ubi kentang (potong dadu) - 1 biji / 80 gm
> lobak merah (potong dadu) - 1 biji / 50 gm
> kerisik - 2 sudu / 15 gm
> air - 400 ml
> daun pandan - 1 helai
> penumis 4 beradik:
*kulit kayu manis -1
*buah pelaga - 4 biji
*bunga lawang - 1 biji
*bunga cengkih - 3 biji

Roti Jala:
> tepung gandum - 3 cawan / 270 gm
> air bancuhan santan - 3 cawan / 550 ml
> telur - sebiji
> mentega (dicairkan) - 2 sudu / 30 ml
> garam - 1 sudu kecil / sesedap rasa

Cara penyediaan
Kari Ayam:
> kisar bawang putih, bawang besar, halia,
> panaskan minyak, tumis kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
> masukkan rempah dan daun pandan tumis sehingga pecah minyak.
> masukkan ayam, kentang, lobak merah, kerisik, garam dan gula secukup rasa.
> masak sehingga ubi dan lobak merah empuk.

Roti Jala:
> masukkan semua bahan ke dalam pengisar dan kisar sehingga semua bahan sebati.
> tapis dan gunakan kuali anti melekat untuk memasak roti jala.
> masak sehingga habis bancuhan dan siap untuk di hingangkan

Tips:
> daun pandan sesuai digunakan untuk memasak kari ayam dan dihidangkan bersama roti jala.
> gunakan kuali yang anti melekat (nonstick pan) untuk memudahkan peroses masak roti jala.

12/10/2021

Ikan Salmon Masak Tempoyak 😋

Bahan-Bahan:
> Ikan salmon - 5-7 ketul
> timun tua - 1 biji
> tempoyak - 4 sudu besar / 400 gm
> cili merah -2 biji
> cili padi - 25 biji
> kunyit hidup - 2 cm
> Air - 500 ml
> daun kesum - segenggam
> garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:
> siang dan potong timun tua.
> cili merah, cili padi, kunyit hidup dan tempoyak dikisar sehingga lumat.
> panaskan air dan masukkan semua bahan kisar bersama daun kesum garam dan gula secukup rasa.
>setelah kuah mendidih masukkan ikan salmon dan timun tua.
> setelah ikan masak dengan sempurna, boleh la di hidangkan bersama cili bunga dan daun kesum sebagai hiasan.

Info!

Tempoyak adalah hasil dari isi durian yang melalui proses fermentation, atau penapaian. Selain dari rasa yang unik , tempoyak jugak sangat mudah untuk di hasilkan, hanya mengunakan 3 bahan iaitu isi durian garam dan gula. Biasanya proses menghasilkan tempoyak mengambil masa 3 ke 5 hari di dalam suhu bilik sebelum digunakan. Ada juga sesetengah negeri dan daerah yang mencampurkan pisang dalam tempoyak untuk mngimbanggi rasa masam dan manis. Selain dari masak tempoyak atau gulai tempoyak yang terkenal dinegeri Pahang dan Perak.Tempoyak juga boleh di gunakan sebagai salah satu bahan perapan ikan bakar dan boleh juga dinikmati dalam bentuk sambal.

07/10/2021

Tauhu Telur Lembut Gedik 😋

Bahan-bahan

Tauhu telur
> Telur - 350 ml
> Air soya - 350 ml
> Garam - 1 sudu kecil

Kuah
> lada hitam - 1 sudu kecil
> bawang putih (dicincang) - 1 ulas
> air - 300 ml
> bancuhan tepung jagung - 2 sudu
> lobak merah - 2 inci
> daun bawang (dihiris)- 5 gram
> cili merah (dihiris) - 1 biji
*bawang goreng dan hirisan daun bawang untuk hiasan.

Cara penyediaan
Tauhu
> campur semua bahan kacau hingga sebati dan tapis
> masukkan kedalam plastik aiskerim Malaysia ,ikat dan rebus 3 hingga 5 minit.
> setelah tauhu sejuk keluarkan dari plastik, potong dan susun didalam pinggan.

Kuah
> panaskan minyak,tumis lada hitam dan bawang putih sehingga garing.
> masukkan air dan sos tiram.
> setelah mendidih masukkan lobak merah dan bancuhan tepung jagung.
> masukkan hirisan daun bawang dan cili merah tutup api.
> tuangkan kuah diatas tauhu yang telah disusun, hiaskan dengan hirisan daun bawang dan bawang goreng.

04/10/2021

Udang goreng mentega & telur sarang 🍤 🤤

Bahan-bahan
> Udang - 10/12 ekor
> Tepung jagung
> Daun kari 3 pelepah
> Bawang putih (dicincang) - 3 ulas
> Gula - 2 sudu kecil
> Cili padi(dihiris) - 2 biji
> Serbuk perasa - 1 sudu kecil
> Telur kuning - 5 biji
> Mentega - 60 gram

Cara penyediaan
> Siang dan bersihkan udang
> Salut udang dengan tepung jagung, pastikan minyak cukup panas sebelum mengoreng.
> Goreng seketika (separuh masak) garing dibahagian luar.
> Asingkan telur kuning dari telur putih, pukul hingga sebati dan tapis.
> Untuk memudahkan proses memasak masukkan telur kuning ke dalam plastik, ikat dan potong di bahagian hujung.
> Panas kan minyak bersama mentega mengunakan api yang sederhana.
> Sambil kacau,masukkan telur secara perlahan shingga habis.
> Masukkan daun kari, serbuk perasa, cili padi, gula, bawang putih dan udang yang telah digoreng.
> masak sehingga naik bau wangi bawang putih, tapis seketika sebelum dihidangkan.

Tips:
*Selain udang, boleh juga mengunakan sotong , ketam, kekapis dan sebagainya mengikut kesesuaian.
*Semakin perlahan-lahan masukkan telur kuning semakin cantik dan halus hasil telur sarang.

02/10/2021

Ikan Kerapu Stim 'Chinese Style’ 🐟🔥

Bahan- bahan
> Ikan kerapu anggaran 600g - 800g
> Bawang putih (dicincang) - 3 ulas
> Halia (dihiris halus panjang) - 2 cm
> Cli merah (dihiris halus panjang) - 1 biji
> Daun bawang (dihiris halus panjang) - 20 gram
> Daun ketumbar (dihiris kasar) - 10 gram
> Sos tiram - 4 Sudu
> Cuka hitam - 1 sudu
> Kicap cair - 1 sudu
> Lada hitam
> Garam
> Gula

Cara penyediaan
~ Siang dan bersihkan ikan
~ Kelar dan lumur ikan bersama sos tiram, halia, bawang putih, garam dan lada.
~ Menggunakan batang daun bawang ,susun di atas pinggan sebagai pelapit ikan.
~ Letak ikan diatas batang bawang yang telah disusun, kukus ikan selama 10 - 12 minit bergantung pada saiz ikan yang dimasak.
~ hiris halus daun bawang, cili merah dan hiris kasar daun kerumbar. Rendamkan ke dalam air yang berisi ais ketul selama 5 - 10 minit dan tapis.
~ Untuk kuah ikan ,didalam bekas masukkn cuka hitam, kicap cair, sos tiram, air dari ikan yang telah dikukus dan gula,kacau sebati dan tuang rata di atas ikan.
~ Susun sayur yang dihiris halus atas ikan, sehingga menutupi sebahagian ikan.goreng halia dan bawang putih sehingga garing, siram diatas ikan dan siap untuk dihidang.

Tips:
= Bole juga menggunakan ikan lain seperti siakap, ikan talapia, ikan merah dan sebagainya yang bersesuaian.
= Untuk teknik masakkan stim / kukus yang singkat jangan gunakkan ikan yang bersaiz terlalu besar. Anggaran 2 kg dan ke bawah.
= Boleh juga menambah minyak bijan / minyak lenga mengikut keselesaan dan selera masing-masing.

28/09/2021

Yat-yat Goreng Telur Masin 😳

Mole Crab Salted Egg
Bahan-bahan
> Yat-yat ~ 500 gram
> Telur masin (telur kuning saja) ~ 4 biji
> Daun kari ~ 3 pelepah
> Bawang putih ~ 6 ulas / 15 gram
> Cili merah (dihiris) ~ 1 biji
> Cili padi ~ 2 biji
> Tepung beras ~ 2 sudu / 30 gram
> mentega ~ 2 sudu / 40 gram
> Gram dan gula secukup rasa

Cara penyediaan
> Siang yat-yat.
> Gaul bersama serbuk kunyit tepung beras dan sdikit garam.
> Goreng yat-yat sehinga kuning keemasan, setelah timbul dipermuakaaan minyak angkat dan tos kan.
> panaskan mentega, masukkan bawang putih, cili merah, cili padi, daun kari , kuning telur masin.
> Tumis sehingga kuning telur masin sedikit garing,masukkan susu sejat atau susu cair.
> Masukkan yat-yat yang telah digoreng, masukkan gula, kacau hingga sebati dan bole dihidangkan.

Tips:
> Yat-yat hanya berada dipesisir pantai yang bersih dan masih terpelihara.
> Selain dari yat-yat , bole juga dimasak menggunakan makanan laut lain seperti, udang , ketam, lala dan sebagainya.
> Yat-yat juga mempunyai nama lain mengikut negeri dan daerah.
*Ibu remis
*Ibu gemis
*undur-undur air

23/09/2021

Tauhu begedil menggunakan French Fries 😋

Bahan-bahan (Tauhu Begedil)
>Tauhu kering 25-30 biji
>French fries ~ 600 gram
>Daun bawang (dihiris)~ 15 gram
>Daun sup (dihiris)~ 20 gram
>Cili merah (potong dadu kecil) ~ 2 biji / 15 gram
>Daging hancur ~ 200 gram
>Lauk pilihan mengikut cita rasa masing-masing
>Bawang goreng ~ 50 gram
>Bawang besar (potong dadu) ~ ½ biji / 40 gram
>Garam dan lada secukup rasa

Sambal kicap
>Bawang putih (dihiris tebal) ~ 6 ulas / 15 gram
>Cili padi (dipatah-patah) ~ 8 biji / 16 gram
>Bawang merah (dihiris tebal) ~ 2 biji / 40 gram
>Bawang besar (dihiris tebal) ~ ½ biji / 40 gram
>Kicap manis ~ 60 ml
>Kicap lemak masin ~ 60 ml
>Cuka makan ~ 1 sudu kecil / 5 ml

Cara penyediaan (Tauhu begedil)
> Potong pemukaan tauhu kering secara X atau T, keluarkan isi tauhu kering.
> Tumis bawang besar sehingga wangi, masukkan daging hancur, garam dan lada secukupnya ,masak daging sehingga kering
> Goreng kentang sehingga separuh masak atau masak (air fryer 180 ° 15 minit)
> Lenyekkan kentang dan campur semua bahan bersama lebihan isi tauhu kering,
> Gaul sehingga rata ,masukkan lada dan garam secukupnya.
> Kepal letakkan telur puyuh atau cheese dan sumbat ke dalam tauhu kering yang telah dikeluarkan isi.
> Salutkan dngan telur sebelum mula mengoreng.

Sambal kicap
> Potong semua bahan
> Tumis sehingga perang
> Masukkan kedalam pengisar bersama kicap manis ,kicap lemak masin , cuka dan kisar sehingga halus . Siap untuk dihidang.
*Boleh juga masukkan perahan limau nipis.

Tips:
1. Boleh tambah lauk tambahan mengikut cita rasa masing-masing seperti telur puyuh, cheese,bebola ikan dan sebagainya yang bersaiz kecil
2. Isi tauhu kering boleh di gunakan kembali dalam bahan campuran begedil.
3. Campurkan sedikit tepung beras dalam bancuhan telur untuk mengoreng bagi mendapatkan tauhu begedil yang rangup
4. Cara memasak kentang sebelum dileyek memainkan peranan untuk mendapat tekstur begedil.
Contoh:
> rebus tekstur kentang lenyek akan lembik dan melekit.😟
> goreng, tekstur kentang lenyek tidak lembik tapi berminyak.👎🏻
> masak menggunakan AIR FRYER tidak lembik, tidak melekit dan tidak berminyak (amat disarankan) 👍🏻

20/09/2021

Resipe Daging Bakar Ala Thai 🥩🔥

✔ Daging

✔ Thai sweet chili sauce

✔ Sos ikan

✔ Sos tiram

✔ Bawang putih

✔ Bawang besar

✔ Gula merah

✔ Kacang tanah atau beras sangai

✔ Daun ketumbar beserta akar

✔ Serai

✔ Cili kering kisar

✔ Limau nipis

Perapan daging
- Daging - 600gram
- Sos tiram - 1 sudu / 20 ml
- Gula merah - 1 sudu / 15 gram
- Bawang putih(ditumbuk kasar) -2 ulas / 5 gram
- Bawang besar (ditumbuk kasar) - setengah biji / 40 gram
- Serai (dicincang halus) - 1 batang / 20 gram
- [Daun ketumbar (dihiris) - 1 pokok / 10-15 gram
- Akar ketumbar (diketuk)
- Sos ikan - 1 sudu / 20 ml
- Cili kering kisar - 1 sudu kecil / 2 gram

Cara penyediaan.
Masukkan semua bahan ke dalam bekas ,gaul sehingga sebati dan perap skurang-kurangnya 30 minit hingga 1 jam sebelum bakar atas kuali.

Pencicah daging bakar
- Sos cili manis thai (thai Sweet chili sauce) - 260 ml
- Bawang merah (dicincang kasar) - 1 biji / 80 gram
- Bawang putih (dicincang kasar) - 3 ulas / 8 gram
- Serai (dicincang halus) - 2 batang / 40 gram
- Akar ketumbar (diketuk)
- Daun ketumbar (dihiris ) - 2 pokok / 20-25 gram
- Cili kering kisar - 3 sudu kecil / 6 gram
- Limau nipis (diperah) - 1 biji
- Kacang tumbuk - 15 gram
- Sos ikan - 1 sudu / 15 ml

Campurkan semua bahan ,kacau hingga sebati dan siap untuk dihidangkan

Tips:
> kacang boleh digantikan dengan beras sangai 🤗
> untuk rasa yang sempurna guna sweet thai chili sauce . Pss!Sos shortcut 🤫
> Guna daging Australia,lebih lembut dan cepat masak 😋
> Dengan api yang sederhana,pastikan grill atau pan cukup panas masak selama 5 minit dan dibalikkan untuk 5 minit lagi. (Medium)
*Medium rare 8 minit
*Medium 10 minit
*Medium well 12 minit
*Well done 15-18 minit
> Mengikut cita rasa masing-masing, SELAMAT MENCUBA.

16/09/2021

Resipi nasi goreng kampung dan sambal ikan bilis 2 in 1 🔥😋

Bahan-bahan

Sambal ikan bilis
bawang besar - 2 biji
cili padi - 15 biji
bawang putih -10 ulas
ikan bilis - 30 gram
minyak masak -200 ml
garam dan gula secukup rasa

Nasi goreng kampung
sambal ikan bilis 3 sudu
telur 2 biji
udang 10 ekor
nasi putih 600 gram
lobak merah 30 gram (disagat)
kangkung 10 pokok/15 gram (disiang)
cili padi (diketuk jika perlu)
garam dan gula secukupnya

Cara penyediaan

Sambal ikan bilis
> kisar kasar semua bahan tanpa air gantikan dengan minyak masak.
> selesai kisar,tumis bahan kisar dngan api sederhana tanpa masukkan minyak tambahan.
> masukkan bahan perasa gula dan garam scukupnya.
> tumis sehingga masak dan pecah minyak.

Nasi goreng kampung
> panaskan kuali dngan sedikit minyak.
> masukkan 3 sudu sambal ikan bilis dan telur 2 biji.
> setelah telur masak,masukkan udang 10 ekor dan tunggu shingga udang separuh masak.
> mas**an nasi ,gaul rata masukkan cili padi yang telah d ketuk mengikut tahap kepedasan masing-masing (jika perlu).
> masukkan garam dan gula secukupnya gaul rata,masukkan lobak merah,kangkung, masak sehingga kangkung dan lobak merah layu dan boleh di hidangkan.
>boleh dihidangkan bersama telur mata daun salah ,ikan bilis goreng, hirisan timun ,tomato dan sambal ikan bilis.

13/09/2021

Resipi Ketupat Sotong 🦑 Jom tengok cara buat 🔥

Bahan-bahan:
Beras pulut susu - 150gram (bergantung pada saiz sotong)
Sotong - 4 ekor (saiz basar)
Santan - 200 ml
Air - 100 ml (boleh digantikan dengan air kelapa)
Gula melaka /gula gerek - 1/2 (40gram potong kecil)
Gula pasir - 1 sudu (jika s**a manis)
Daun pandan - 4helai
Garam secukup rasa

Cara penyediaan

Basuh dan Rendam beras pulut bersama santan dan air slama 10 - 15 minit masukkan sedikit garam

Masukkan beras pulut ke dalam sotong yang telah diasingkan kepala dan dicuci bersih

Masukkan semula kepala sotong ke dalam badannya dan tekankan sedikit. Kemudian dicucuk dengan lidi bagi mengemaskannya

Susun dalam periuk bersama daun pandan. Tuangkan santan ,masukkan gula melaka dan garam secukupnya

Masak sehingga pulut masak dan kuah barubah menjadi koko gelap (peroses ini sedikit mengambil masa)

Siap untuk dihidangkan. Hidangkan ketupat sotong bersama kuah dan di hiaskan dengan daun pandan

09/09/2021

Resipi Nasi Lemak Kuning Ayam Berempah 🍗

Nasi lemak kuning

Beras 300 gram
>santan 150 ml
>Bawang merah 1 biji (dihiris)
>Serai 1 batang (diketuk)
>Daun pandan 3 helai (disimpul)
>Halia 2 inci (dihiris)
>Serbuk kunyit 1 sudu kecil
>garam secukup rasa

Ayam goreng berempah
>Ayam 5 ketul
>Serbuk kari 1 sudu kecil
>Serbuk kunyit 1 sudu kecil
>Serbuk cili 1 sudu kecil
>Tepung beras 2 sudu
>Daun kari 3 pelepah (daun sahaja)
>telur 1 biji
>garam dan gula secukup rasa

Bahan kisar
>Bawang merah 1 biji
>Bawang putih 2 biji
>Serai 2 batang
>halia 2 inci

Sambal tumis sotong kering
>Sotong kering 2 (dihiris)
>Gula merah 1 sudu
>Asam jawa 20 gram
>Daun pandan 2 helai (disimpul)
>Bawang merah (dihiris)
Bahan kisar
>cili kering 20 tangkai
>Bawang besar 2 biji
>Belacan 15 gram

Bahan sampingan
>Telur ayam (direbus 8 minit)
>Timun (dipotong)
>Ikan bilis (digoreng)
>Kacang tanah (digoreng)

Cara penyediaan

Nasi lemak kuning
>basuh beras .masukkan semua bahan ke dalam periuk dan masak
>apa bila nasi sudah kering kacau rata (gembur nasi)

Ayam goreng berempah
>mas**an smua bahan ke dalam bekas dan gaul shingga rata.
> garam dan gula secukup rasa perap seketika sebelum goreng

sambal tumis sotong kering
>panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga naik bau
>masukkan air asam jawa ,sotong kering,gula merah ,garam dan bawang merah.
> masak shingga pekat dan pecah minyak, angkat dan hidangkan bersama nasi lemak

07/09/2021

Resipi sate ayam mudah dan penuh aroma 🤤

03/09/2021

Pernah cuba Nugget Durian? Jom tengok cara buat 🤤

Want your business to be the top-listed Home Improvement Business in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Shin Ramyun Hack
Telur but make it “Belanda” 😋
Aiskrim crunchy panas-panas memang ngam 😍
Nasi Goreng Kampung padu kaw kaw 💯
Crunchy Chocolate Gianduja, 3 bahan je 🍫
Daging Dendeng
Ayam Masak Lemak Cili Api
5 Mins Chili Oil Noodles
Minum waktu sahur, berjaga ni 💯Bahan: 5 sdb serbuk chocolate malt2 sdb serbuk kopi 5 sdb susu pekat500ml air panas
Uni korang ada jual shawarma tak? 🤔
Taknak beli mayonis di kedai dah 🤪Ingredients:•3 cloves garlic•1 egg•1 tsp salt•1 tbsp sugar•1 1/2 tbsp vinegar•1 cup co...
CNY Prosperity Poon Choi 🧧

Category

Address

Kuala Lumpur

Other Kitchen supplies in Kuala Lumpur (show all)
Chomel Store Chomel Store
Wangsa Maju
Kuala Lumpur, 53300

Chomel Outlet Store (001851520-A) - Affordable branded; Retail & Wholesale

SkMagic Jiksoo Mlaysia SkMagic Jiksoo Mlaysia
Jalan Ampang
Kuala Lumpur

Saya menguruskan pemasangan produk Sk Magic seluruh Mlaysia.

byamiratumin byamiratumin
Kuala Lumpur, 54200

sedia menerima tempahan kek pisang

Anu’s Everyday Recipes Anu’s Everyday Recipes
Kuala Lumpur

Cooking Channel

Suzy Family Kitchen Suzy Family Kitchen
Sri Rampai
Kuala Lumpur

Nasi Lemak Pandan, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Dagang & aneka lauk. Kek Lapis Sarawak & Biskut

Takada Home Appliances Malaysia Takada Home Appliances Malaysia
35, Jalan Desa Serdang 4, Desa Serdang, Seri Kembangan Selangor Darul Ehasan
Kuala Lumpur, 43300

Takada is a pioneer in producing high quality, good value and innovative home appliances in Singapore and Malaysia. Our products are certified safe for use by the relevant authorit...

Dapur Daniel Dapur Daniel
512, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, 50100

A secret hidden pizza place and kitchen in the middle of KL city where we use the most traditional way of "Fire Brick Oven" to bake our pizza to give our customers a different sens...

Situ Sana Sini Shopee Situ Sana Sini Shopee
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050

nak cari barang murah giler and barang2 rare yang lawa dan menarik..kat sini la gaizzz...sila lah share link yang menarik ya..sama2 kita share

Baloch In malaysia Baloch In malaysia
Bandar Menjalara, Kepong/Jalan 15/62b, Kepong
Kuala Lumpur, 52200

This page is purely dedicated in sharing food recipes from around the globe. The videos presented here are not by professional but an individual like you who has intense interest i...

Dapur KAK ITA Dapur KAK ITA
Sentul
Kuala Lumpur, 51100

TEMPAHAN MAKANAN SEKITAR KUALA LUMPUR. #ROTI JALA #NASI LEMAK #LUNCH BOX #NASI TOMATO #NASI MINYAK

Cuckoo By Nicholas Cuckoo By Nicholas
Kuala Lumpur

帮助你提供cuckoo 优质服务,是我万分的荣幸^^o

Homelicious Homelicious
Sentul
Kuala Lumpur, 51000

Love at first bite.