Pundit Marhaen

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Pundit Marhaen, Media/News Company, Kuala Lumpur.

Page baru untuk membincangkan tactical dan berita terkini bola sepak khususnya dalam pas**an liga perdana inggeris,

Jom Support Kami tekan butang like and follow

20/08/2023

First half Chelsea 1-1 West Ham

1-Gol pertama Carney untuk kelab..memang lawa gol tu..tapi nampak macam cedera lutut sebelum tamat separuh masa tadi..harap2 takde yang long injured..

2-Jackson memang cukup berbahaya kat bahagian depan..dia punya pace memang buat defender west ham pening kepala..dan tumpui di hadapan gawang

3-Sterling on fire malam ni..dribling dan pace dia banyak cipta peluang tapi takde penyudah.. lama dh x tengok sterling perform cm nie

4-Enzo gagal menyudahkan penalty sebelum rehat tadi.. Chelsea terus ketandusan penalti taker

5) Chelsea control game first half

20/08/2023

Manchester United 0 vs 2 spurs.
Manchester United terus bt kelakar baru

20/08/2023

Game Liverpool 3-1 Bournemouth

TERKINI: Ajax Anggap Chelsea Cekik Darah, Minta €44 Juta Untuk Ziyech - Axello 26/08/2022

Nie org pngil x makan saman tuan2

TERKINI: Ajax Anggap Chelsea Cekik Darah, Minta €44 Juta Untuk Ziyech - Axello Ajax nampaknya terkejut dengan permintaan harga oleh Chelsea. Di mana kelab berpangkalan di London itu meminta €44 juta jika mereka mahu membeli Hakim Ziyech kembali. Ziyech antara pemain yang sudah tidak berada dalam perancangan Thomas Tuchel selepas pemain itu sendiri menyatakan bahawa dia mahu ...

13/02/2022

Tahniah team terpadu..terhebat Fakta menarik...😃

1) tidak pernah pergi sejauh CWC Cup ketika berada di Mainz, B.Dortmund & PSG.

2) 'Golo Kante satu2nya bintang Chelsea yg berjaya memenangi 2 piala dunia utk Negara & Klabnya.

3) Thiaggo Silva bermain utk PSG dlm tempoh yg lama tetapi tidak pernah berjaya mendapatkan , Cup & CWC Cup.. Tetapi bersama Chelsea , ketiga2 Cups tersebut berjaya hadir ketika dipenghujung kariernya bersama Chelsea...

4) Saul Niggez hadir sebagai pemain pinjaman sahaja tetapi beliau satu2nya pemain dr A.Madrid yg berjaya menjulang CWC Cup dimana tak seorg pyn rakan2 beliau di A.Madrid pernah mendapatkannya.

4) Kenedy secara tak disangka2 dpt mengukir nama sebagai pemain Chelsea yg memenangi CWC kerana dipanggil secara adhoc oleh klab utk mengisi posisi WBack.

5) Emerson yg ingin kembali ke klab namun gagal berbuat demikian kerana Lyon tidak mahu melepaskannya...

6) Chalobah , Alonso, Jorginho , Kepa , Kennedy & Barkley sahaja yg tidak berkesempatan bermain di perlawanan akhir.

Kata2 keramat TT benar2 berlaku dgn keputusan malam tadi...
👇👇👇
'We were build a team that nobody want to play against'.

19/01/2022

Aku tertarik dengan jawapan daripada Sabella Trusted Dropshipper tentang stats Lukaku di thread semalam

Ini jawapan dia :

1) Heat Map

Lukaku di Inter Milan lebih "mobile" berbanding agak statik di Chelsea, sekaligus menunjukkan role yang dimainkan berbeza dibawah sistem yang berbeza.

Heatmap Lukaku di Inter lebih kebawah dan cenderung ke kiri (support dari pacey wingback Achraf & ability crossing yang baik dengan kaki kiri). Ini menunjukkan Lukaku diberi kepercayaan Conte untuk turun ke bawah dan terlibat dengan build up play sehinggakan agak dominan di "own half space". Manakala di Chelsea heatmap Lukaku agak static di bahagian tengah.

2) Stat

G/shot Lukaku di Chelsea meningkat sedikit kepada 0.22 berbanding 0.20 di Inter walaupun kualiti npxG/90 Lukaku di Chelsea menurun daripada 0.57 kepada 0.39 di Inter. Ini menunjukkan kualiti "finishing" Lukaku sebagai striker masih sama seperti ditunjukkan di Inter musim lepas, malahan boleh dikatakan kualiti finishing Lukaku di Chelsea musim ini lebih "overperfoming" bilamana G/shot naik, tapi npxG/90 menurun. Ini ditambah lagi Touches penalty area menurun daripada 7.47 di Inter kepada 6.08 di Chelsea. Sebagai striker, lebih banyak touch di penalty area bermakna lebih banyak peluang untuk melakukan rembatan goal.

Menariknya, G/SoT di Chelsea meningkat daripada 0.43 kepada 0.63 walaupun Shots/90 menurun daripada 2.78 kepada 2.25. Ini menunjukkan Lukaku cuba memanfaatkan setiap peluang yang ada sebaik mungkin untuk melakukan percubaan tepat dan berpeluang "convert" kepada goal.

3) Salah

Secara perbandingan, G/shot Salah ialah 0.25 (22 goals/ 85shots), iaitu dalam lingkungan Lukaku 0.22, menunjukkan kualiti finishing Salah dan Lukaku hampir sama. Cumanya Salah mungkin lebih kehadapan dari segi jaringan goal disebabkan kualiti shot atau key pass diperolehi (Sekadar assumption sebab tiada data).

Rumusan:

Kualiti "finishing" Lukaku sebagai striker masih sama seperti di Inter Milan musim lepas, walaupun bermain dengan sistem yang berbeza dan "role" yang berbeza.

G/shot Lukaku hampir sama, walaupun melakukan kurang "shot" dan kurang "touches' dalam penalty area berbanding musim lepas di Inter. Malahan, kualiti "finishing" Lukaku hampir sama dengan Salah (Lukaku 0.22 vs Salah 0.25).

Malahan, Lukaku cuba bagi kualiti sebagai target man di Chelsea sebaik mungkin dengan peningkatan Aerial duel%
37.4% di Inter kepada 50% di Chelsea.

Kesimpulannya, sebagai striker, kualiti finishing Lukaku tak beza daripada kualiti dia di Inter Milan musim lepas. Bukan masalah pemain, tapi sistem yang dimainkan Tuchel tak serasi dengan dia buat masa ini. Sama ada Lukaku secepat mungkin biasakan diri dengan sistem Tuchel dan role baharu, atau Tuchel set up sistem berpaksikan Lukaku untuk dapatkan kualiti terbaik daripada Lukaku sebagai striker dengan lebih jaringan goal..

29/12/2021

Virgil Van Dijk percaya yang Liverpool selayaknya untuk kalah dalam perlawanan bertemu Leicester City awal pagi tadi.. hahaha

29/12/2021

Ada team yang kalah ke tuuu..🤭🤭🤭🤭..

28/12/2021

Pemain-pemain ini akan menjadi free agent pada bulan May 2022 ini 🔥🔥🔥🔥

🇫🇷 Paul Pogba
🇫🇷 Kylian Mbappe
🇺🇾 Luis Suarez
🏴󠁧󠁢󠁷󠁬󠁳󠁿 Gareth Bale
🇫🇷 Ousmane Dembele
🇦🇷 Paulo Dybala
🇪🇸 Isco
🇧🇪 Divock Origi
🇮🇹 Lorenzo Insigne
🇩🇪 Antonio Rudiger
🇦🇷 Angel Di Maria
🇨🇮 Franck Kessie
🇭🇷 Luka Modric

𝑩𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝑩𝒐𝒍𝒂 𝑺𝒆𝒎𝒂𝒔𝒂 🅡 (@beritabolasemasaofficial_) • Instagram photos and videos 16.9k Followers, 4 Following, 1,740 Posts - See Instagram photos and videos from 𝑩𝒆𝒓𝒊𝒕𝒂 𝑩𝒐𝒍𝒂 𝑺𝒆𝒎𝒂𝒔𝒂 🅡 ()

04/12/2021

Mujur liverpool ada Lord Origi..
chelsea ada apa tuan-tuan..Lord Jorginhoo ballon D or.. 😂

29/11/2021

Gurau manje

29/11/2021

RASMI!! RALF RANGNICK INTERIM SAMPAI HUJUNG MUSIM

rasa-rasa Rangnick mampu ikut jejak langkah tuchel tak macam season lepas, ambik alih tengah season terus menang UCL

Fans Mu dh mimpi angkat piala ka tu.. sabaq dulu.. hahah

apapon yang pasti bagi kami di pundits marhaen, ini lah coach dengan mentaliti dan gaya permainan yang diperlukan United,

21/11/2021

oke kalau setakat analisis aku ada 3 manager favourite yang board MU tengah risik:

okay first rasanya board MU ni s**akan tipikal zidane, proven manager cup winner, nak plk zidane ada sentimental dengan CR the Goat,

okay second, Brendan Rodgers, sbb paling masuk akal untuk BR ni dalam list MU adalah bayaran konpensasi yang mungkin rendah, ditambah BR ni sangat bagus build balik team yang dah drop, pengalaman handle team EPL, leicester dah dua cup sejak BR ambik alih, gaya permainan yang klasik dan laju tipikal england punya style cuma lebih upgrade dengan modern style highpressing football, sistem yang lebih kurang sama dengan era Alex Ferguson, BR mseh guna klasik poacher yang disesuaikan dengan taktikal modern, CR sangat sesuai dengan gaya BR,

okay ketiga, nama yang dari dulu dicanang, sapa lagi klo bukan Pochetino, poch ni sebelom ke PSG lagi dah memang tunggu MU risik ja.. tapi kena2 ole gunnar Solskjaer scam board MU, putus harapan Poach sampai bawa diri ke paris, susah jgak nk ambik poach skrang sbb kompensasi tinggi,

oke klo tanya aku pilih mana, pilihan aku Brendan rodgers atau Laurent Blanc, dua dua ni identik dengan sistem MU, cuma Blanc tu package power lagi sebab legend MU,

susah sgt ambik je ole balik interim, mesti power balik kahkah😆

20/11/2021

berita tak rasmi "Ole sudah dipecat"

senyum kambing la fans Mu kahkah.. kita tunggu berita rasmi,.

19/11/2021

Preview Liverpool Vs Arsenal
Stadium Anfield
Jam 1.30 tengah malam waktu Malaysia
Pengadil -Michael Oliver
Chris Kavanagh (VAR)
∆ Krisis Kecederaan Liverpool menghantui Liverpool selepas perlawanan antarabangsa selepas Henderson ,Mane, Robertson cedera manakala Firmino,Gomez,Milner dijangka tidak cergas unruk perlawanan tersebut....
∆ Permain Arsenal dalam keadaan yang terbaik...kebelasan utama tiada masalah..prestasi defender sangat bagus memyebabkan dijadikan sebagai pilihan walaupun bermain di Anfield
{Taktikal}
+Arsenal
Arteta dgn Formasi 4-2-3-1 dengan mengunakan possession Football untuk mengurangkan mistake dalam build up..dua pivot sebagai back up defender.. midfield tidak menyerang tanpa arah tujuan..penyerang tunggal perlu boleh bermain wing forward
+Liverpool
Sistem di Liverpool lebih kepada counter pressure (Gegenpressing) lebih untuk mendapatkan goal selepas kehilangan bola...4-3-3 adalah Favourite formasi...Klopp tidak banyak berubah taktikal lebih cuba untuk menyerang mengunakan kelemahan musuh...dalam kata lain fokus kepada satu titik saja ..
Ramalan Liverpool 2-1 Arsenal
Ditulis Admin Wiz

13/11/2021

Pengurus terpadu klub dilihat sedang luangkan masa cuti mengasah skill manager beliau dengan bermain permainan Football Manager 🎮

(Source: Mail Online)

mula season ni balik jangan terkejut tengok Pep Golskjaer beraksi.. mwahahah🤣

12/11/2021

Tuan-tuan this is kapitan United

10/11/2021

🚨 Antonio Conte telah mengharamkan pizza, sos tomato, sos perang dan minuman bergas dari tempat latihan Tottenham seperti yang dilakukannya di Chelsea 5 tahun lalu.

(Sumber: tw/HLNinEngeland)

09/11/2021

Michael Emenalo dilaporkan calon yang dipilih dilantik sebagai pengarah s**an baru Newcastle.

Bajet yang diberi kepada beliau sekitar 58juta bagi mendapatkan mana-mana pemain pada perpindahan januari ini.

Pemain manakah yang patut dibawa bagi menyelamatkan Newcastle tersingkir ke Championship?

09/11/2021

RASMI: Selamat Datang Ke 'Kelab Terkaya Dunia' Eddie Howe ⚫️ ⚪️

Kredit Photo: br football
Siapa First player yang bakal dibeli oleh howe ?

09/11/2021

‼️ ANALISIS TAKTIKAL: Bagaimana Manchester City bermain tanpa seorang Striker

Walaupon berjaya dapatkan pemain seperti Grealish dengan tag harga 100 juta, tetapi Manchester City masih gagal mendapatkan target utama mereka pemain di posisi penyerang tengah di tranfer window yang lepas,

Klub City pernah dikaitkan dengan Cristiano Ronaldo dan Harry Kane yang dicadangkan sendiri oleh Pep Guardiola, tanpa Sergio Aguiro, klub ketiadaan pemain forward yang dengan kualiti finishing yang bagus dan naluri predator dalam kotak penalti,

Kedegilan Tottenham yang enggan melepaskan Harry Kane dan Manchester United yang berjaya dapatkan CR7 di minit akhir buatkan Manchester City masuk musim ini tanpa seorang penyerang tengah asli dan ini membuatkan Guardiola terpaksa sediakan plan dan taktikal baru untuk team bersaing dapatkan Piala walaupon tanpa pemain penyerang pada musim ini,

Season ini, Guardiola secara exclusif menggunakan formasi 4-3-3 dengan meletak pemain false nine sebagai penggempur di hadapan, tidak seperti penyerang tengah asli, pemain false nine lebih kerap turun sedikit ke bawah untuk menciptakan overload di bahagian lain dalam padang dan tarik pemain pertahanan lawan untuk keluar dari posisi mereka seterusnya meninggalkan ruang di belakang untuk pemain lakukan serangan di kawasan kosong tersebut,

Seorang False nine memerlukan kualiti teknikal yang sangat baik serta mampu untuk sesuaikan diri dengan taktikal yang diarahkan, dan pastinya pemain false nine perlu berada disamping Coach yang mampu terapkan gaya permainan fluid attacking supaya pemain seperti ini lebih jelas tentang peranannya dalam padang dan mampu berikan yang terbaik dalam permainan, sebagai contoh City, mereka tidak hanya terkenal dengan gaya permainan attacking yang fluid tetapi juga dipenuhi dengan pemain attacking midfilder yang mampu mengisi tugasan false nine ini, seolah mereka tidak lagi memerlukan penyerah tengah asli untuk mencari goal,

Namun sistem ini memberikan kekuatan dan kelemahan baru dalam permainan City, dengan menggunakan False nine, ini membolehkan city lebih selesa mengawal tempo permainan dan menguasai possesion yang tinggi kerana ianya buatkan mereka lebih mudah untuk ciptakan overload di bahagian tertentu seperti di tengah atau di bahagian sisi sehingga pemain lawan konsisten meninggal ruang di belakang untuk pemain city lakukan larian ke final third,

Pemain yang fluid seperti Grealish Sterling dan Foden mampu terjemahkan sistem false nine ini dengan bagus, mereka akan turun sedikit jauh dari kawasan serangan untuk berikan overload di bahagian tertentu seterusnya memudahkan pertukaran hantaran pantas dan menjadi identiti Pep dalam permainan yang sangat s**a dengan sistem ini, contohnya bila pemain city berjaya cipta overload di sisi kiri, dan menarik pemain lawan keluar di posisi asal sehingga meninggalkan ruang di sayap kanan, pemain city terus buat larian pantas di sisi kanan untuk sampaikan bola dengan cepat di kawasan petak goal,

Kita boleh lihat ketika perlawanan City dengan PSG, pemain city kerap kali melakukan overload di bahagian kiri, kemudian dengan pantas menukar hantaran pantas ke Riyad Mahrez di sayap kanan, dan ketika Mahrez cuba dengan cepat attack di bahagian kanan, pemain pertahanan Psg akan fokus untuk menghalang Mahrez sehingga meninggal ruang di hadapan kotak penalti untuk De Bruyne lakukan rembatan jauh ke arah palang Goal.

Beberapa kali kita lihat pemain city mampu menebus masuk pertahanan Psg dengan mudah disebabkan taktikal ini, namun pemain City konsisten gagal untuk menterjemah peluang tersebut menjadi goal, seorang penyerang tengah asli dengan kualiti instict dan ratio goal yang baik mungkin mampu menyelesaikan masalah city ketika di final third dan diharapkan transfer januari nanti Pep akan datangkan seorang pure striker untuk bantu skuad city dapatkan lebih piala season ini.

Photos from Pundit Marhaen's post 09/11/2021

Kalah nya Liverpool lawan West Ham ini bermakna Arsenal kekal the only team to go an entire Premier League season unbeaten 💪🏆.. respect

09/11/2021

Terkejut dengan bil viral?,..
Lagi terkejut bila dapat tahu coach buangan kelab serba power Manchester United

08/11/2021

"Daily Mail melaporkan, bintang Manchester United Bruno Fernandes kecewa dengan pengurusan Ole Gunnar Solskjaer kerana tidak mampu menyediakan taktikal dan perancangan yang jelas dalam perlawanan, selain itu Cristiano Ronaldo juga dikatakan kecewa dengan prestasi klub yang tidak mencapai standard yang diharapkan dan sikap Soslkjaer yang pilih kasih dalam pemilihan pemain buatkan skuad united sekarang memberontak, jika berita dilaporkan ini benar, maka nasib pengurus dari Norway tersebut berada di hujung tanduk ditambah dengan tekanan yang tidak henti dari penyokong united sendiri"

(source: DailyMail)

Ole ni masa 2 season awal kat united, dia dh provide team dengan taktikal counter yang cun, banyak kali kalau kita tgok season sblom ni united kill game dengan counter attack yang padu, msa tu dia guna player yang ada pace macam rashford, james dengan martial carry team dengan taktikal counter ni.. season lepas united masih pakai taktikal ni bila main dengan big team, Ole bagi bruno dengan cavani yang handle benda counter ni, pastu season ni tiba tiba ole bengong, acah acah nk main style big team main possesion football nak attack kawasan lawan, dia cuba nk bawa sistem high pressing macam liverpool city main, tapi masalah Ole ni dia takdak clear plan untuk guna sistem tu..lepastu tak pandai pilih player yang sesuai dengan sistem pressing ni, main sebat ja, hasilnya kita tgok season ni punya teruk MU main, skuad tak seimbang, pemain atas padang tak tahu nk main macam mana, sebenarnya manchester season ni dh ada skuad juara tapi Ole tak pandai guna, player pulak tak develope bawah Ole, tengok Maguire tu hancuq Ole kerjakan, tu belom lagi sembang bab Sancho, ramai yang kondem DM united x kreatif, korang lupa ke first season conte kt chelsea Matic dengan si kante ja buat kerja kt tengah sampai juara team tu, mana ada pemain kreatif masa tu, fabregas duduk bench ja mna pkai, united kira ada jugak pogba dengan bruno pemain dengan kualiti vision dan hantaran padu tapi tu lah, silapnya united bukan dekat player tapi pengurus,

padan muka bangdo, dok siuu siuu last2 kena scam dgn ole, ni kalau messi dapat cup season ni mau mengamuk bangdo hahah

08/11/2021

Sebab tu Frank lampard nak mamat nie..

07/11/2021

No penalty no party..

07/11/2021

🚨West Ham Akhiri Rekod Tanpa Kalah team acah juara Liverpool Musim Ini🚨

FT: WEST HAM 3 - 2 LIVERPOOL

Want your business to be the top-listed Media Company in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Manchester United 0 vs 2 spurs.Manchester United terus bt kelakar baru
Game Liverpool 3-1 Bournemouth
City hentikan rundingan dapatkan Paqueta yang disabitkan kesalahan berjudi. West Ham tobat nyesal sebab tak jual awal2 ....
Sah romeo lavia ke Chelsea...Kempunan lagi Liverpool
Goal yang merupakan merompak spain dri mng.. ..
Relevankah Ronaldo
Ringkasan taktikal Tottenham
Ulasan ringkas game man city 5 vs 0 Arsenal

Website

Address


Kuala Lumpur

Other Media/News Companies in Kuala Lumpur (show all)
Heartpatrick Heartpatrick
Centrio Pantai Hillpark
Kuala Lumpur, 59200

🇲🇾 Kuala Lumpur 📸 Street | Architecture | Interior | Portraits

Lepakz 溜达 Lepakz 溜达
Cheras
Kuala Lumpur

【给喜爱旅游到处溜达的你我他】 余生无常,自由无价,与其独自去浪不如一起溜达,分享生活中旅途上无数随意的精致!来一场奢侈的相聚. 有兴趣一起溜达欢迎DM📲 Let's take memories, leave footprints.

- Post A Gig - - Post A Gig -
Kuala Lumpur, 60000

Promote gigs , concerts , events in and around Kuala Lumpur , Malaysia / Asia . Promotes local and regional band's album launches , new releases , demos , eps , lps , singles , fan...

TegapTv Malaysia TegapTv Malaysia
Kuala Lumpur

Welcome to TegapTV Malaysia. We broadcast Malaysia's bodybuilding news, videos & pictures on the net! Visit www.tegaptv.com to know more about us.

MyiTimes MyiTimes
No. 12-2, Jalan Radin Bagus 1, Bandar Baru Sri Petaling
Kuala Lumpur, 57000

Vision Beyond Journalism

王者策略 王者策略
Kuala Lumpur

王者策略工作坊一直在全力以赴为所有的朋友们设计出最有效,最适合,最?

iklan sekarang iklan sekarang
Kuala Lumpur

Pujangga Kreatif Sdn Bhd Pujangga Kreatif Sdn Bhd
Desa Pandan
Kuala Lumpur, 55100

THIS IS OFFICIAL FACEBOOK PK!

Harian Metro Harian Metro
31 Jalan Riong
Kuala Lumpur, 59100

http://www.hmetro.com.my

Berita Harian Online Berita Harian Online
Balai Berita
Kuala Lumpur, 59100

BH sebagai media rujukan massa, bebas dan berkecuali dengan laporan berimbang, adil dan tepat.

Skate Art Photography Skate Art Photography
Kuala Lumpur

AjiemPhoto

ArenaMalaysia Asia ArenaMalaysia Asia
Kuala Lumpur

🇲🇾EXCEPTIONAL COVERAGE FOR CYCLING, RUNNING & TRIATHLON🇲🇾