Pojanz Property

"Discover your dream home with Pojanz Property"
019-4491 859
Great Casa Realty Sdn Bhd

JUAL |:| BELI |:| SEWA |:| URUS

MEMPERMUDAHKAN PROSES JUAL BELI KEDIAMAN IDAMAN SEHINGGA MENDAPAT KUNCI DAN SELESAI PROSES JUAL BELI

29/08/2024

Assalamualaikum dan selamat pagi..

semoga urusan kita semua dipermudahkan hari ini..

Layan full Raptai Hari Kebangsaan.

23/08/2024

“Macam mana nak tahu berapa jumlah pinjaman saya boleh ambil?”

Soalan saya terima di messenger semalam.

Nak tahu berapa nilai pinjaman, kita kena kira ‘Debt Service Ratio’ (DSR), yang membandingkan jumlah komitmen (hutang) dengan pendapatan.

Bank peruntukkan antara 50% - 80% pendapatan kita untuk buat hutang, bergantung kepada jumlah pendapatan.

Lebih tinggi pendapatan, lebih tinggi peratusan hutang boleh diberi.

Contoh:

1. Gaji = RM3,000
DSR = 50%
Jumlah ansuran bulanan hutang boleh diambil = RM1,500

2. Gaji = RM5,000
DSR = 70%
Jumlah ansuran bulanan hutang boleh diambil = RM3,500

Peratusan DSR ini bergantung kepada bank. Lain bank, lain peratusannya.

Jadi berapa nilai hartanah yang kita boleh beli? Jom kita kira berdasarkan gaji RM5000 ;

- Jumlah hutang boleh diambil : RM3,500

- Jumlah hutang sedang dibayar : RM600 (hutang kereta)

- Baki jumlah ansuran bulanan : RM2,900 (RM3,500 - RM600)

- Nilai harga rumah boleh dibeli : RM2,900 x 200 = RM580,000
(Gunakan formula 200 untuk tahu maksimum kelayakan pinjaman harga rumah yang boleh dibuat)

Jadi, kita boleh beli rumah bernilai RM580,000.

Kalau kita ada elaun tetap, bonus dan pendapatan tambahan yang stabil, jumlah pinjaman kita boleh jadi lebih tinggi.

Korang perlukan bantuan nak tahu berapa nilai hartanah korang boleh beli?

PM je saya. Saya kirakan percuma je.

p/s : Informasi ni penting supaya korang tak buang masa tengok hartanah yang korang tak boleh beli. Okay?

- Hafiz Baha -
019 4491 859

22/08/2024

🌸 Royal Floria Putrajaya 2024: Keajaiban Bunga Raikan Bersama! 🌸

Royal Floria kembali lagi!

🌿 Siapa tak terpesona dengan keindahan bunga-bungaan?

Apa lagi kalau kita boleh bawa kecantikan itu terus ke rumah, betul tak?

Tema bunga Petunia yang ceria dan memikat hati kali ini bukan sekadar untuk taman, tapi juga sesuai dijadikan inspirasi hiasan landskap dan dekorasi rumah.

Jom serikan kediaman anda dengan sentuhan bunga berwarna-warni yang memukau, persis Floria!

21/08/2024

SHARING IS CARING

5 Cara Boleh Membantu Penjimatan Dalam Perbelanjaan Seharian

A. Rancang makanan seharian dengan bijak

Untuk yang bekerja ke pejabat , boleh cuba bawa bekal daripada rumah untuk berjimat.

B. Simpan dan rekodkan setiap perbelanjaan yang berlaku.

Keperluan merekod setiap perbelanjaan yang melibatkan duit, perlu kenalpasti punca duit merosot. Bila dah kenalpasti punca, baru boleh cipta strategi dan baiki semula kewangan daripada terus merosot.

C. Barang berjenama tidak begitu penting

Selalunya barang itu berikan fungsi yang sama, dan tidak perlu membayar kos yang lebih untuk jenama yang terkenal.

Seperti pasaraya besar juga sudah keluarkan jenama sendiri contohnya AeonBig dan sebagainya untuk barangan isi rumah seperti tisu, pencuci pinggan, sabun basuh baju, atau lain-lain barangan isi rumah.

D. Melatih diri kawal nafsu berbelanja.

Perkara ini sangat berkait dengan ego diri. Jika mampu di kawal, masih ada peluang untuk selamatkan kewangan kita daripada terus bocor.

E. Elakkan membeli barangan yang tak perlu.

Buat senarai barangan yang perlu atau yg biasa kita gunakan dalam tempoh sebulan sahaja.

SEMOGA BERMANFAAT

-Hafiz Baha-
019 4491 859

19/08/2024

SHARING IS CARING

4 dokumen penting wajib disediakan untuk pihak bank sebelum buat permohonan pinjaman perumahan :

1. Penyata Gaji Terkini (payslip)
2. Penyata Bank Terkini (bank statement)
3. Penyata Tabung Haji/ ASB Terkini (statement tabunghaji/ASB)
4. Penyata KWSP Terkini (statement EPF)

Kalau dapat di UPDATE setiap bulan lebih baik. Untuk Penyata Tabung Haji/ASB pastikan penyata itu ada menunjukkan DIVIDEN atau Bonus semasa.

Penyata KWSP p**a kita boleh menggunakan online/apps untuk check jumlah terkini dengan I-Akaun dan boleh mendapatkan penyata Hardcopy di Kiosk KWSP.

Dokumen Tambahan yang boleh utk kita sediakan untuk membantu memperkukuhkan lagi permohonan pinjaman kita :

A. Penyata Bonus (if not include in Payslip)
B. Penjanjian Rumah Sewa (if have do rental agreement)
C. Borang EA
D. Borang B/BE beserta Resit Rasmi

SEMOGA BERMANFAAT

-Hafiz Baha-
019 4491 859

18/08/2024

Salah ke saya nak jual rumah saya sendiri?

Pernah ada owner tanya soalan ni.

Saya cakap tak salah. Tapi ada risiko yang owner kena hadap.

Lagi-lagi kalau baru pertama kali nak uruskan jual-beli rumah ni.

Apa risiko dia?


1- Owner kurang mahir proses jual-beli.

Bila kita tak tahu proses, segala urusan dan timeline boleh kacau bliau.

Owner dan pembeli tak tahu apa yang perlu dilakukan pada satu-satu tahap dan berapa lama tempoh masa untuk selesai urusan dekat tahap tu.


2- Salah letak harga

Hartanah ni ada beberapa harga atau nilai.

Asking price, market price dan bank value. Hah mana satu harga yang betul ni?


3- Kena layan bakal pembeli

Owner boleh iklankan dekat banyak tempat sekarang ni. Tiada masalah.

Masalahnya owner kena tapis bakal-bakal pembeli sehingga jumpa pembeli yang serius.

Penat nak layan satu-satu.


Ini antara tiga risiko yang owner kena hadap kalau mereka nak jual rumah sendiri.

Semua benda ni perlukan owner untuk:

-kawal emosi
-luangkan masa
-luangkan tenaga

Yang paling tak seronok, kalau tak uruskan dengan betul akan melambatkan urusan jual-beli.

Owner dapat jual lambat.

Pembeli pun masuk rumah lambat.

Macam mana nak mudahkan urusan?


So sy sebagai REN ni la pemudah urusan untuk owner dan pembeli.

Semua benda dekat atas tu dan ada lebih akan di uruskan.

Owner dan pembeli tak perlu pening kepala dan buang masa.

Kalau nak sy bantu, boleh wasap ye...

-Hafiz Baha-
019 4491 859

Photos from Pojanz Property's post 17/08/2024

SHARING IS CARING

Cara Drill Mozek Dinding Tak Bagi Pecah

Ramai yang tanya camane nak drill pada mozek tak nak bagi pecah.

1. Guna mata drill simen. Size 5 da ok. Jangan terlalu besar. Nanti longgar
2. Tebuk pada tempat sambungan mozek tu. Kalau boleh elakkan drill pada tengah-tengah mozek sebab kita tak tau dalam tu kadang-kadang simen kosong je. Refer pada anak panah warna merah.
3. Elakkan juga guna hammer drill sebab dia sangat kuat. Tu yang kadang-kadang mozek pecah.
4. Drill sikit je dulu. Lepas tu ketuk dengan paku. Nak bagi senang kite drill balik guna mata drill. Dengan cara ni mozek tak mudah pecah.
5. Boleh tengok hasilnya pada shelf rak yang saya dah pasang tu. Insyaallah kalau dengan cara yang betol. Mozek takkan pecah.
Semoga dapat memberi manfaat untuk semua.

Note:
Setiap orang mungkin ada cara & skills tersendiri. Saya pun bukan pakar dalam bidang bertukang ni. Sekadar berkongsi apa yang dipraktikkan.

Kredit tip/foto : Ady ZM

SEMOGA BERMANFAAT

16/08/2024

SHARING IS CARING

BILA GAJI NAIK

1. Jangan tergesa-gesa TUKAR KERETA BARU

2. SELESAIKAN segala HUTANG jahat

3. Belajar menabung untuk DANA KECEMASAN selama 6 BULAN

4. KEKAL ISTIQAMAH

SEMOGA BERMANFAAT

-Hafiz Baha-
019 4491 859

14/08/2024

SHARING IS CARING

Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Pintu (Cukai Taksiran)?

Perbezaan ringkas cukai tanah & cukai pintu (cukai taksiran):

Cukai Pintu (Cukai Taksiran)

Cukai ini dikenakan ke atas pemilik kediaman oleh Majlis Perbandaran and kadar cukainya bergantung kepada jenis kediaman atau hartanah yang dimiliki.

Hasil cukai ini yang diperolehi oleh Majlis Perbandaran akan digunakan untuk membaik pulih dan membina kemudahan-kemudahan awam di tempat tersebut seperti kerja-kerja penurapan jalan raya, baik pulih saluran longkang, lampu-lampu jalan dan sebagainya.

Makluman tentang berapa cukai yang perlu dibayar & bila tarikh akhir bayaran selalunya akan dihantar melalui surat terus kepada pemilik kediaman. Cukai tanah & cukai pintu ini tidaklah mahal mana & menjadi tanggungjawab setiap pemilik kediaman / hartanah untuk melangsaikannya.

Bayaran juga sekarang dah boleh dibuat secara online maka dah jadi mudah untuk kita selesaikan cukai tanah & cukai taksiran ini.

Bil cukai taksiran ini dibayar 2 kali setahun iaitu pada 1 Januari hingga 28 Februari dan 1 Julai hingga 31 Ogos setiap tahun.

SEMOGA BERMANFAAT

-Hafiz Baha-
019 4491 859

13/08/2024

SHARING IS CARING

Apa Beza Cukai Tanah dan Cukai Pintu (Cukai Taksiran)?

Perbezaan ringkas cukai tanah & cukai pintu (cukai taksiran):

Cukai Tanah

Cukai ini dikenakan ke atas pemilik hartanah, ia perlu dibayar setiap tahun sebelum 31 Mei. Untuk pemilik rumah teres, semi-D atau lot seperti banglo, cukai tanah akan dibayar terus oleh pemilik kediaman kepada Pejabat Tanah.

Untuk rumah yang mempunyai pegangan strata bertingkat seperti apartment atau kondominium, selalunya cukai tanah ini dibayar oleh pemilik kediaman kepada badan pengurusan bersama (JMB). JMB kemudiannya akan membuat bayaran penuh kepada Pejabat Tanah bagi pihak pemilik kediaman.

Cukai tanah boleh dibayar bermula 1 Januari sehingga 31 Mei setiap tahun.

Pembayaran untuk cukai tanah ini boleh dilakukan menggunakan kiriman wang atau wang pos di atas nama Bendahari Negeri Selangor. Cara lain adalah dengan melakukan pembayaran di mana-mana Pejabat Daerah / Tanah & Pejabat Tanah Galian (PTG) Selangor dan ia boleh dilakukan dengan cara tunai atau melalui kad kredit / kad debit.

Bayaran secara tunai sahaja boleh dilakukan di mana-mana kaunter Majlis Bandaraya, Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah di seluruh negeri Selangor dan juga di kaunter Pejabat Pos di seluruh negeri Selangor & Wilayah Persekutuan.

Cara yang paling mudah p**a adalah dengan membuat pembayaran secara online di https://ehasil.selangor.gov.my dan pembayaran boleh dilakukan menggunakan FPX atau menggunakan kad kredit / kad debit.

Adalah menjadi tanggungjawab kepada pemilik kediaman untuk membuat bayaran cukai tanah tanpa menunggu bil makluman cukai tanah. Jika anda tidak dapat membuat semakan dengan mengakses portal online PTG Selangor contohnya, anda boleh ke kaunter PTG Selangor untuk membuat semakan bil & boleh terus membuat bayaran.

SEMOGA BERMANFAAT

-Hafiz Baha-
019 4491 859

12/08/2024

SHARING IS CARING

CTOS (Credit Tip Off Service) adalah Sistem Informasi Rujukan.

CTOS akan dikenakan kalau ada tunggakan hutang dengan pihak pemiutang.

Kadang-kadang, sedar atau tidak CTOS boleh dikena kan kerana kita pernah menjadi penjamin kepada adik-beradik atau saudara-mara.

Kalau CTOS teruk, wajib untuk langsaikan dahulu hutang yang tertunggak tu.

Segala hutang yang anda buat dekat bukan institusi kewangan (seperti bank) akan direkod dalam CTOS.

Contoh hutang dengar retailer seperti:
1.Courts Mammoth
2.Kedai motor
3.AEON Credit
4.Bil syarikat telekomunikasi dan lain2

CTOS p**a, kalau anda bayar secara penuh, ia akan direkodkan pada tarikh yang anda langsaikan hutang tu.

Bermakna, rekod anda di CTOS masih wujud.

Tapi rekod CTOS ni akan terhapus lepas 2 tahun sekiranya pembayaran penuh dibuat. Anda kena buat bayaran penuh dan pergi semak dekat CTOS untuk pastikan nama anda dah clear atau tak.

Kalau tak pun, dapatkan surat full settlement daripada CTOS sebelum anda memohon loan dekat bank.

SEMOGA BERMANFAAT

-Hafiz Baha-
019 4491 859

15/07/2024

Bila kita post "SubhanAllah", secara tak langsung orang lain akan lafazkan "SubhanAllah" dalam hati.

Assalamualaikum dan selamat pagi

17/06/2024

Assalamualaikum,

Selamat menjalani ibadah korban dengan penuh keikhlasan dan semangat pengorbanan yang tinggi. Semoga kita semua dapat mengambil iktibar daripada kisah Nabi Ibrahim dan bersedia untuk mengorbankan yang terbaik bagi agama, keluarga, dan masyarakat.

Selamat Hari Raya Aidil Adha 1445H! 🐪🐑💖

07/06/2024

TIPS MENJUAL RUMAH DENGAN MUDAH 🏠✨

1. HARGA
Tetapkan harga ikut nilai pasaran bank atau bawah sedikit (5%-15%) daripada nilai pasaran semasa.
Harga berpatutan menarik pembeli, walaupun keuntungan mungkin sedikit berkurang. Over market value? Bersedia untuk tunggu 1-2 tahun.

2. LOKASI
Hartanah dekat dengan kemudahan seperti sekolah, tadika, kedai, masjid, dan taman permainan mempunyai kelebihan besar.

3. KEMUDAHSAMPAIAN
Jauh atau dekat bukan isu. Selagi ada akses pengangkutan awam seperti LRT, MRT, dan bas, nilai hartanah akan meningkat.

4. CONDITION HARTANAH
Rumah yang cantik, bersih, terurus, dan tiada kerosakan serius lebih cepat terjual.
Jika rumah dalam keadaan kurang baik, pertimbangkan diskaun harga yang menarik.

5. PERSEKITARAN
Persekitaran yang baik dengan jiran yang mesra, keselamatan terjaga, dan suasana surau atau masjid yang imarah sangat penting.

6. BERDOA
Jangan lupa untuk sentiasa berdoa dan minta bantuan dari Allah supaya urusan jual beli dipermudahkan. Kami sebagai REN akan berusaha yang terbaik, tetapi Allah tahu yang terbaik untuk kita semua.

06/06/2024

Jangan SALAH BELI KERETA ❌🚗🚙🚕
1. Kira Gaji Tahunan
Contoh gaji RM3,000. Darab 12 bulan.
contoh gaji RM3,000. Darab 12 bulan.
RM3000 X 12 + RM36,000
So, korang beli kereta harga RM36,000. Sekarang ni banyak je kereta bawah amount tu, biar ikut kemampuan sendiri daripada tersalah beli memakan diri.
2. Bulanan Tak Lebih 15% Daripada Gaji Bersih
Contoh gaji RM3,000 - 15%
📌 Kos bayaran ansuran.
cth: RM642.84 X 12 = RM7,714.80
📌Bersihkan Kereta
cth: RM30 / bulan
📌 Insurans & roadtax kereta
cth: RM1,680 + RM 129 = RM 1,800
📌RM150/Bulan
- Petrol (depend masing2)
- Service Kereta untuk perodua, lebih kurang RM200 (setiap 6-7 bulan)

Kesimp**an:
Pilihlah kereta mengikut kadar kemampuan gaji kita sendiri. Kereta bukanlah lambang kekayaan semata. Kalau beli kereta untuk menunjuk semata, habislah nanti menanggung bebannya sampai 7-9 tahun sendiri. Nanti nak buat loan untuk rumah atau lain-lain pun susah nak lepas. Jangan salah langkah tau!

📝myradeen (lemon8)

05/06/2024

Nak beli rumah?

Kenali peguam anda. Fahamkan tugas mereka.

Dalam urusan pembelian rumah, umumnya ada 2 jenis peguam.

1- "Peguam SPA"
2- "Peguam Bank" (biasa disebut "loan lawyer")

Peguam SPA p**a bergantung pada kes, boleh dipecah kepada Peguam SPA Pembeli & Penjual.
- tugasnya termasuklah, selesaikan urusan signing SPA, consent & lowcost application, perfection of transfer, penuhi syarat bank untuk perlepasan wang pinjaman, dan lain-lain.

Peguam Bank
- tugasnya termasuklah, selesaikan urusan signing Perjanjian Pinjaman (biasa disebut "Loan Agreement"), urusan Borang Gadaian (Charge) dan lain-lain.

**Tambahan lagi, Peguam Bank yang akan "advise" bank setelah syarat dokumen dipenuhi. Lepas tu, bank lah yang perlu release duit pinjaman dengan segera.

Ringkasnya, “Peguam SPA”tugasnya proses SPA.

“Peguam Bank” tugasnya proses lepaskan duit loan.

Kenali dan fahami tugas peguam anda, supaya tahu dengan jelas urusan jualbeli rumah dan tahu nak rujuk peguam mana.

Harap membantu.
Credit to FB Syazwan Mohd Jafri

31/05/2024

Ingat senang ke nak jadi pelabur hartanah?

Bila kita cerita pasal hartanah, semua orang fikir pasal untung je.

Tapi orang tak tahu, 5 tahun pertama sangatlah perit.

Kita kena:

✅ Tahan nafsu nak shopping. Pakai je lah apa yang ada.

✅ Tahan nafsu nak makan sedap. Nak ambil lauk fikir 3-4 kali.

✅ Tahan diri nak pergi travel sana-sini. Jeles betul tengok kawan jalan-jalan.


Kawan-kawan sampai panggil kita kedekutlah, bakhillah.

Dalam jiwa ni bergelodak cakap “rugi tak enjoy muda-muda”.

Tapi percayalah, selepas 5 tahun sinar dan keindahan pelaburan tu akan menjelma.


Unit dah stabil disewakan.

Tabung simpanan dah makin besar.

Kewangan pun dah jadi semakin kukuh.


Masa tu, bolehlah kita masuk pusingan kedua atau ketiga.

Mula cari unit-unit pelaburan yang terakhir.

Atau cari rumah duduk sendiri.
Jadi, jangan ingat semuanya mudah dan akan berjalan lancar.

Pendek kata, bukan senang nak senang.

Yang nak senang, boleh PM saya.

https://wa.me/60194491859

29/05/2024

Saya risau macam mana nak dapatkan sewa sampai ribu-ribu tu.
Ramai klien saya yang risau pasal benda ni.
Beli kondo rm400k-500k, boleh ke dapat positive cashflow?
Ada beberapa faktor yang mainkan peranan kat sini. Jom saya terangkan.

Buat duit masa beli. Bukan mengharapkan harga naik masa jual nanti.
Mantra ini bukan asing lagi dalam pelaburan terutamanya hartanah. Tapi masih ramai yang tidak praktikkan pegangan ini.
Pendek kata, kita nak beli pada harga yang lebih murah daripada orang yang beli projek sebelah.
Bila kita beli murah, ansuran kita lebih rendah.
Ini kelebihan yang takkan hilang bila kita bersaing dalam pasaran sewa nanti.

Siapakah yang mampu untuk bayar sewa yang tinggi?
Tentulah mereka yang bergaji tinggi.
Di manakah nak dapat mereka ini?
Tentulah di working hotspot yang berprestij. Contohnya KL Sentral, KLCC Bangsar South dan TRX.
Kalau hartanah kita dekat atau ada connectivity dengan working hotspots, maka adalah peluang untuk kita dapat penyewa yang bergaji tinggi ni.

Sebelum beli hartanah, kita dah tahu apa strategi sewa yang sesuai.
Lagi penting, kena ada beberapa strategi sewa yang boleh dibuat.
Kalau Plan A tak jadi, kita boleh tukar ke Plan B.
Kalau Plan C lagi menarik, kita tukar buat Plan C p**a.
Dekat sini, kita boleh pilih strategi sewa mana yang kita nak.
Nak yang kurang nak urus ke, yang bagi sewa tinggi ke, yang modal paling kecil ke?
Alhamdulillah sejak tahun lepas bila buyers market sedang melanda pasaran hartanah banyak projek-projek yang menarik.
Seronok client dapat projek yang:
✅ Lebih murah dari projek sekitar sebanyak lebih dari rm100 sekaki persegi.
✅ Dekat dengan working hotspots (current and upcoming).
✅ Layout fleksibel sesuai untuk Multiple Rental Strategy (MRS).
✅ Pemaju yang ada reputasi baik dalam pasaran. Siap tepat masa dengan kualiti yang bagus.
Kalau anda nak dapat deal yang sama, boleh contact saya.

https://wa.me/60194491859

28/05/2024

Ada 7 kriteria yang kita kena tengok sebelum nak beli rumah :

1. New Vs Old - Yang mana lebih baik
2. Median Price - Berapa harga rumah yang bagus untuk anda beli
3. Tier - Tier bagi satu kawasan rumah tersebut
4. Booster - Apa booster yang penting untuk rumah itu boleh bawa keuntungan
5. Supply & Demand - Berapa banyak unit yang disediakan vs demand sewaan
6. Maturity Point - Tahap matang rumah tersebut
7. Multiple Rental Option - Strategi sewaan yang boleh digunakan untuk rumah tersebut.

27/05/2024

Memahami pasaran sewa untuk setiap rumah yang anda pertimbangkan untuk pelaburan adalah penting kerana ia memberikan anda informasi yang penting untuk membuat keputusan yang bijak.

1. Anda dapat menilai potensi pendapatan sewa yang dapat anda peroleh daripada rumah tersebut.

2. Anda mengenal pasti jika terdapat permintaan yang kukuh untuk rumah sewa di kawasan tersebut dan peluang anda untuk mendapatkan penyewa yang berkualiti dan stabil adalah lebih baik.

3. Dengan memahami pasaran sewa, anda dapat melihat trend dan peningkatan harga sewa.

4. Anda dapat merancang strategi pelaburan yang lebih baik. Anda dapat mengenal pasti kawasan yang mempunyai potensi pertumbuhan sewa yang baik atau kawasan yang menarik untuk penyewa sasaran anda.

21/05/2024

BILA GAJI BESAR, KEMAHUAN JUGA BESAR

1. Ketika gaji kecil ‘masih okay’ naik motor saja ketempat kerja.

2. Bila gaji naik sikit, mulalah rasa geli bila hujan kena badan sendiri.

3. Mungkin rasa malu nak tunggu bawah jambatan waktu hujan, sedangkan masih bujang. Tiada isteri yang tunggu dirumah.

4. Kawan-kawan juga begitu, bila tukar jawatan baru, terus nak beli Subaru.Kemahuan yang sgt terburu buru.

5. Kawal kemahuan, jangan tambah hutang bila gaji besar. Beli HARTANAH tak mengapa, ia untuk 'kebaikan' kewangan kita.

20/05/2024

Pernah dengar RPGT dan CKHT dalam urusan hartanah, tapi apa sebenarnya dan kena bayar ke?

Jom saya ringkaskan hari ini.

🎖 CUKAI KEUNTUNGAN HARTA TANAH (CKHT) / REAL PROPERTY GAINS TAX (RPGT)
CKHT dan RPGT sama saja. CKHT dalam Bahasa Malaysia, RPGT dalam Bahasa Inggeris. Hari ini kita guna CKHT.

🎖 Apa Itu CKHT?
CKHT adalah cukai atas keuntungan bersih yang diperoleh penjual rumah.

🎖 Bagaimana Kira CKHT?
Keuntungan Bersih: Perbezaan harga beli dan harga jual rumah.
Contoh: Beli rumah RM300k (2018), jual RM400k (2022). Keuntungan RM100k dikenakan CKHT.
🎖Kos yang Boleh Ditolak
Sebelum kira CKHT, boleh tolak kos-kos seperti:
Kos guaman
Yuran ejen hartanah
Yuran juruukur
Selepas tolak kos ini, dapat jumlah "Chargeable Gain" yang dikenakan CKHT.

🎖 Info Tambahan
Pengecualian CKHT:
Hartanah dijual selepas 6 tahun.
Rumah kos rendah bawah RM200k.
Pengecualian 10% atau RM10k (mana lebih tinggi).
Pindah milik antara keluarga.
🎖 Kesimp**an
CKHT penting diketahui bagi sesiapa yang memiliki atau ingin memiliki rumah. Untuk info lengkap, rujuk peguam atau ejen hartanah anda.

Harap ini membantu! ✨

19/05/2024

Kalau sewa sama dengan ansuran bank, kan lebih baik beli rumah.

Kadang kala saya terfikir, peliknya manusia ni.

Dah bertahun-tahun duduk menyewa, tapi sampai sekarang tak beli rumah sendiri lagi.

Kadar sewa tu p**a lebih kurang sama je kalau bayar ansuran rumah sendiri.

Kenapa boleh jadi macam ni?

Apa yang saya perhatikan sejak jadi perunding hartanah ni, perkara ni jadi terutamanya sebab seseorang tu memilih status berbanding nilai (value).

Dia nak duduk dekat tempat yang ada standard atau kelas. Contohnya dekat kawasan KLCC, Mont Kiara atau Bangsar.

Sewa dekat sini tak murah sebab kawasan macam ni jadi pilihan orang asing (expat) yang bergaji tinggi.

Kadang-kala syarikat mereka yang bayarkan sewa tu.

Jadi mereka tiada masalah nak duduk situ.

Tapi untuk rakyat tempatan, jika anda tidak beli hartanah untuk diri sendiri, anda rugi besar.

Sebab:

❇️ Kadar sewa akan naik dan telah pun naik.

❇️ Harga rumah pun akan naik dan telah pun naik.

❇️ Lagi lama bertangguh, lagi tinggi ansuran bulanan sebab tempoh pinjaman makin singkat.

Jadi yang belum beli rumah lagi, belilah segara tahun ini.

Saya tak pernah dengar orang KL kata ‘syukur harga rumah dah turun’.

Yang saya selalu dengar ‘eh dulu harga rumah kat sini murah jer’.

Nak beli rumah yang berbaloi dekat KL, boleh jalan kaki pergi stesen MRT/LRT, pm saya sekarang.

https://wa.me/60194491859

18/05/2024

Tips Pemilihan Cat Rumah

1. Pertimbangkan Jenis Cat
Lateks (Berasaskan Air): Mudah dibersihkan, cepat kering, bau kurang kuat. Sesuai untuk dinding dalaman dan luaran.
Berasaskan Minyak: Tahan lama, kemasan licin. Sesuai untuk trim dan pintu, tapi lambat kering dan bau kuat.

2. Pilih Warna yang Sesuai
Warna Asas: Pilih warna yang melengkapi perabot dan dekorasi. Warna neutral seperti putih, kelabu, dan beige adalah selamat dan fleksibel.
Psikologi Warna: Biru menenangkan, kuning ceria, hijau segar. Uji sampel dalam pencahayaan berbeza.

3. Fungsi Ruang
Ruang Tamu: Warna hangat seperti beige atau kelabu muda untuk suasana selesa.
Bilik Tidur: Warna menenangkan seperti biru lembut, hijau, atau lavender.
Dapur: Warna ceria seperti kuning atau putih.
Bilik Mandi: Warna sejuk seperti biru atau hijau muda.

4. Keserasian dengan Gaya Rumah
Moden: Warna neutral, kemasan matte atau satin.
Tradisional: Warna kaya seperti burgundy, hijau zamrud, biru navy dengan kemasan gloss.
Kontemporari: Palet warna berani dan kontras, kemasan metalik atau bertekstur.

5. Jenis Kemasan (Finish)
Matte: Tidak berkilat, sesuai untuk dinding kurang digunakan.
Satin: Sedikit berkilat, tahan lama, sesuai untuk ruang tamu dan dapur.
Semi-Gloss dan Gloss: Sangat berkilat, tahan lama, sesuai untuk trim, pintu.

6. Uji Sampel Warna
Beli sampel kecil dan cat sebahagian dinding. Perhatikan warna dalam pencahayaan semula jadi dan buatan sebelum membuat keputusan akhir.

7. Pertimbangkan Faktor Alam Sekitar
Rendah VOC: Pilih cat dengan kandungan VOC rendah untuk kualiti udara lebih baik.
Mesra Alam: Pertimbangkan cat yang mesra alam dan diperbuat daripada bahan lestari.

8. Konsultasi Profesional
Dapatkan nasihat daripada pakar reka bentuk dalaman untuk memastikan pilihan warna dan jenis cat sesuai dengan konsep rumah anda.

9. Kos dan Kualiti
Anggaran Kos: Sesuaikan pilihan cat dengan anggaran kos anda.
Jenama Terpercaya: Pilih jenama yang mempunyai reputasi baik untuk kualiti dan ketahanan.

Dengan tips ini, anda boleh mencipta ruang yang cantik dan selesa! 🏡✨

17/05/2024

Ansuran kereta besar, rosak impian nak beli rumah.

Masalah selalu saya jumpa bila buat ‘consultation’ sebelum klien nak beli rumah.

Bila semak rekod CCRIS/CTOS, klien ada hutang kereta yang besar iaitu melebihi 30% dari pendapatan.

Gaji sederhana atau kecil, jadi bila ada komitmen kereta yang besar akan mengurangkan nilai pinjaman perumahan yang boleh diambil.

Sepatutnya dia boleh dapat pinjaman sekitar rm500,000 tapi sebab hutang kereta tu, dia hanya boleh beli rumah harga rm300,000 sahaja.

Nasib baik untuk orang yang kerja, lahir atau tinggal dalam KL, mereka boleh beli unit Rumawip yang bernilai rm300,000.

Jadi dapatlah dia beli juga rumah.

Tapi yang gaji lagi rendah, dari Rumawip mereka kena beli rumah yang lagi murah macam apartment kos sederhana atau kos rendah.

Salah ke beli rumah yang murah?

Tak salah cuma dari segi nilai, kita akan rugi.

Sepatutnya kita dapat nilai aset yang lebih tinggi, tapi dek kerana hutang kereta kita kena beli aset yang bernilai kecil.

Jadi nasihat saya terutamanya kepada anak muda, elakkanlah beli kereta sebelum beli rumah.

Cara paling mudah untuk pastikan anda boleh buat benda ni adalah cari kerja dan tempat tinggal yang berhampiran dengan pengangkutan awam.

Ada yang cari rumah boleh jalan kaki pergi stesen MRT?

Saya ada kalau anda nak. PM saya sekarang.
https://wa.me/60194491859

16/05/2024

"Terima kasih kepada semua guru yang telah mendedikasikan diri mereka untuk membentuk masa depan generasi muda. Kalian adalah inspirasi yang kuat dalam pendidikan. Selamat Hari Guru!"

15/05/2024

5 Sebab untuk melakukan perbelanjaan secara berhemah.

🎖Mengurangkan Pembaziran: Beli barang yang diperlukan untuk menjimatkan wang dan sumber alam.

🎖Menjaga Kewangan: Pemikiran teliti mengawal belanjaan, elakkan hutang berlebihan, dan tingkatkan kewangan peribadi.

🎖Meningkatkan Kualiti Hidup: Belanjaan bijak fokus pada kepuasan sebenar dan kebahagiaan.

🎖Mengurangkan Tekanan Kewangan: Simpan untuk masa depan, kurangkan tekanan kewangan, fokus pada matlamat jangka panjang.

🎖Menjaga Alam Sekitar: Pilih produk mesra alam, sokong amalan perniagaan bertanggungjawab, dan kelestarian alam.

14/05/2024

Memeriksa kerosakan rumah itu penting! 🏡✨

👷 Keselamatan Penghuni: Pastikan rumah anda bebas dari kerosakan seperti struktur lemah atau sistem elektrik rosak untuk menjaga keselamatan penghuni.

💰 Pencegahan Kos Tambahan: Memeriksa kerosakan awal membantu mengelakkan perbelanjaan besar pada masa akan datang dengan mengambil tindakan pencegahan yang sesuai.

📈 Menilai Nilai Hartanah: Dengan menyemak kerosakan, anda dapat menilai nilai hartanah dengan lebih tepat, membantu anda membuat keputusan bijak semasa membeli atau menawar harga.

😊 Kualiti Hidup: Rumah bebas kerosakan meningkatkan kualiti hidup anda dengan menghilangkan tekanan dan kebimbangan berkaitan dengan masalah rumah.

💼 Kepentingan Pelaburan: Melindungi pelaburan anda dengan memeriksa kerosakan, membolehkan anda membuat keputusan bijak dalam merancang perbelanjaan masa hadapan untuk pembaikan atau penyelenggaraan.

13/05/2024

Ada tak rumah harga bawah pasaran untuk duduk sendiri?

Kita duduk dekat KL ni beruntung sebab ada rumah khas macam ni untuk kita beli:

✅ Harga dibawah harga pasaran,

✅ Lokasi dalam bandaraya KL,

✅ Ada fasiliti untuk penduduk,

✅ Dekat dengan kemudahan.

✅ Ada 3 bilik dan 2 bilik air.


Projek macam ni tak banyak tapi ada. Sayang sekali projek macam ni pun masih ramai yang tak ambil peluang untuk beli.

Rumah macam ni sesuai untuk mereka yang ada bajet ketat. Baru bekerja ke, ada tanggungan besar atau tak plan nak terus duduk di KL lepas bersara.

Harga bawah harga pasaran, jadi ansuran pun rendah. Komitmen bulanan jadi kurang. Nanti nak jual bila nak balik kampung pun senang sebab harga sesuai dengan khalayak ramai.


Anda yang nak cari rumah macam ni, boleh PM saya. Sekarang ada 1-2 projek je yang macam ni dalam list kami.

Photos from Pojanz Property's post 11/05/2024

WANT TO SELL: 🏡 D’Puncak Suasana Apartment, Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

🏖 Immerse yourself in the perfect blend of comfort and convenience!

Detailed/Information Unit:
🎈Type: Apartment
🎈Level: 2nd (Walk-up)
🎈Size: 1,000 sqft
🎈Rooms: 3
🎈Bathrooms: 2
🎈Balcony: Yes
🎈Parking: 2 (Covered)
🎈Title: Freehold (Open lot)
🎈Basic/Reno/Full Furnished/Part furnished: Built-in wardrobe (all rooms), Kitchen cabinet, Plaster ceiling
🎈Remarks: Maintenance fees RM132 p/m

Access:
🛣 Highway: Kajang SILK, Grand Saga & LEKAS

💰 Harga Jualan: RM350K

📱 Hubungi Hafiz: 019 4491 859
Great Casa Realty Sdn. Bhd.

Want your business to be the top-listed Realtor/realty Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Pertarungan Akhir Liga Hartanah Malaysia!Saksikan perlawanan akhir yang pastinya mendebarkan ini pada 30 Ogos 2024, jam ...
#0194491859 #pojanzproperty #rumahsewamurah #rumahsewapuchong #rumahmurahklangvalley #rumahpelaburan #propertyinvestment
#myr450k #suitableinvestment #propertyinvestment #belowmarketvalueproperty #propertyforsale #pojanzproperty #0194491859 ...
#myr290Knego #puchong #selangor #rumahmurahselangor #rumahmurahlembahklang #pojanzproperty #0194491859
🌟🏡 FOR SALE: TIARA PARKHOMES, KAJANG SELANGOR 🏡🌟🌴 FULLY FURNISHED & READY TO MOVE IN! 🌴🎈 Property Details:🏢 Type: Condom...
“Marhaban ya Ramadan, Selamat datang bulan Ramadan, bulan di mana pintu keampunan dibuka luas. Mari kita manfaatkan kese...
#myr650K #negotiable #rumahidaman #nearbyputrajaya #rumahmurah #hargabawahpasaran #pojanproperty #mhafizbaharuddin #0194...
#oasis1kajang #forsale #investmentproperty #wonderfulhome #rumahidaman #rumahpelaburan #rumahmurahkajang #rumahmurahsela...
#vestaviewapartment #kajang #forent #pojanproperty #0194491859
#newyear2024🎉 #property #rental #sell #invest #buy #propertyagent #greatcasarealty #pojanproperty #mhafizbaha #019449185...
#newprojectfreehold #FreeholdHomes #rumahidaman #rumahmurahtghKL #rumahmurahkl #nearbyMRT #nearbyKLcentre #nicehomes #fa...
#apartmentforrent #cahayapermai #serikembangan #selangor #rumahsewamurahKV #fullyfurnished #pojanproperty #0194491859

Category

Telephone

Address


Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Cheras
Kuala Lumpur
56000

Other Real Estate in Kuala Lumpur (show all)
KL & Selangor New Projects,Sub Sales & Rental Properties KL & Selangor New Projects,Sub Sales & Rental Properties
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

All about Selangor & KL New Projects, Sub Sales & Rental Properties RESIDENTIAL | COMMERCIAL | INDUSTRIAL

PropertyAsset Malaysia PropertyAsset Malaysia
Jalan Damai Niaga
Kuala Lumpur, 56100

Everything about Property and asset in Malaysia including latest news, report, subsale and newly launched project in malaysia. Any enquiries please email to propertyasset@hotmail....

Malaysia Property Investment Malaysia Property Investment
Kuala Lumpur

Welcome to my club! Let the property professional guide you how to start the first step in property investment now & start owning your own property!

Moderno Home Moderno Home
Swiss Garden Residence By MODERNO HOME, Jalan Galloway
Kuala Lumpur, 50150

Homestay . Penginapan jangka pendek

KakiProperty KakiProperty
Kuala Lumpur, 58100

Sahabat Hartanah Anda. t.me/kakipropertylisting

Hous in Kuala Lumpur Hous in Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Se.Rumah Se.Rumah
Suite 1-4-1 , Block C , Diamond Square Commercial Centre , Jalan 3/50 , Off Jalan Gombak
Kuala Lumpur, 53000

Our Services New Project . Subsale . Rental

sufiy sufiy
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, HONEY

sufiy

Wow Booms Pemikat Suami Wow Booms Pemikat Suami
Kuala Lumpur

Krim Losyen Pemikat Suami. Cara pakai mudah sahaja. 2 kali sehari pagi selepas mandi dan malam sebelum tido.

EHartanah4u EHartanah4u
9-3, 3rd Floor , Medan Klang Lama 28
Kuala Lumpur, 58000

Our team consists well trained members with extensive experience in the real estate field to assist

Naing Naing Naing Naing
Puchong
Kuala Lumpur, 01121344301

Oug Low Density Direct Developer Property Oug Low Density Direct Developer Property
Jalan Gembira, Taman Overseas Union, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

OUG LOW DENSITY PROPERTY ONLY 400++UNIT ON 3.4 ARCE LAND