Klinik Putramedic Tabung Haji
Lantai 19, Lot 3, Menara TH Tun Razak. Operating Hours
Monday - Friday
8.00 AM - 5.00 PM
GOUT 🦶🦴
Gout berpunca daripada paras asid urik yang tinggi dalam tubuh. Asid urik merupakan bahan kumuh yang terbentuk daripada sejenis protein yang dikenali sebagai purin.
Dalam keadaan normal, tubuh akan menyingkirkan asid urik melalui air kencing. Bagi pesakit gout, asid urik yang berlebihan ini tidak dibuang. la membentuk kristal dan berkumpul dalam sendi.
Jadi, anda dinasihatkan untuk mengamalkan gaya hidup sihat seperti menjaga berat badan, menghadkan pemakanan tinggi purin dan mengurangkan pengambilan alkohol bagi menjawab dan mengelakkan penyakit gout ini.
Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
😷 MUSIM INFLUENZA KEMBALI 😷
Adakah anda mengalami 👇👇
✅ DEMAM PANAS 🤒
✅ SELSEMA 🤧
✅ BATUK 😷
✅ SAKIT BADAN YANG TERUK 🤕
Segera lakukan pemeriksaan di klinik dan ujian Influenza.
Keputusan ujian Influenza sepantas 15 minit sahaja ‼️
Klinik Putramedic dibuka seawal jam 8 pagi, jadi anda boleh datang seawal jam 8 pagi.
UJIAN INI DICOVER OLEH PANEL PMCARE
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami 👇👇
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
MENARA TH JALAN TUN RAZAK, KL
NO TEL : 03-21816061
JOM JALANI UJIAN DARAH BERSAMA KAMI 🩸🩸
Anda hanya perlu puasa sekurang-kurangnya 8 jam (Dibolehkan Minum Air Kosong Sahaja)
Klinik Putramedic dibuka seawal jam 8 pagi, jadi anda boleh datang seawal jam 8 pagi.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan pemeriksaan ini boleh hubungi pihak kami 👇👇
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI, JALAN TUN RAZAK KL
NO TEL : 03-21816061
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera😊
Klinik kami menawarkan menawarkan pemeriksaan kesihatan untuk lesen kenderaan.
GDL
PSV
lesen baru
# Pembaharuan lesen
Boleh hubungi klinik untuk sebarang pertanyaan @ tempahan temujanji anda.
KLINIK PUTRAMEDIC ( CAWANGAN TH )
MENARA TABUNG HAJI JALAN TUN RAZAK, KL
TEL : 03 - 2181 6061 / 011 - 7079 2546
TAHUKAH ANDA ❓
Berjalan 10,000 langkah membakar 300 sehingga 350 kalori.
Berjalan 60 minit berjarak 4.8 kilometer membakar sehingga 265 kalori bersamaan sekeping roti canai.
Melakukan aktiviti fizikal dengan kerap amat penting bagi memastikan badan sihat dan cergas sekaligus mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular.
Aktiviti fizikal juga mampu menjamin kesihatan mental dengan membantu mengurangkan tekanan, kebimbagan atau keresahan, kemurungan atau masalah perkembangan kognitif.
Oleh itu, orang ramai disarankan melakukan aktiviti fizikal semudah berjalan kaki bagi memastikan diri tidak berada pada tahap sedentari dan sentiasa bergerak.
Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
LANGKAH PENCEGAHAN HIPERTENSI 💪💪
1️⃣ Hadkan pengambilan garam
2️⃣ Amalkan membaca label makanan
3️⃣ Hadkan pengambilan makanan ultra-processed
4️⃣ Utamakan perisa semula jadi
Hipertensi merujuk kepada tekanan di dalam salur darah yang tinggi secara berterusan (sistolik sama dengan atau melebihi 140 mmHg dan/atau diastolik sama dengan atau melebihi 90 mmHg).
Pengambilan garam melebihi saranan merupakan antara faktor risiko utama hipertensi. Purata pengambilan garam dalam kalangan rakyat Malaysia adalah 7.9 gram bersamaan 1.6 sudu teh sehari (MyCoSS 2019). Jumlah ini melebihi saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5 gram atau bersamaan 1 sudu teh sehari.
Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan orang ramai melakukan saringan kesihatan melalui Insiatif Saringan Kesihatan Kebangsaan (NHSI).
Disamping fasiliti kesihatan KKM, program Komuniti Sihat Pembina Negara (KOSPEN), Klinik PeKA B40 dan Farmasi Komuniti, menyediakan perkhidmatan saringan secara meluas di seluruh negara. Pihak PERKESO juga menawarkan baucar bagi pekerja sektor swasta untuk mendapat saringan percuma bagi pencarum yang layak.
Kerjasama ini diharapkan dapat memberi impak positif yang tinggi kepada sistem perkhidmatan kesihatan melalui pengesanan dan perawatan awal dan pencegahan komplikasi akibat hipertensi.
Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
THALASSEMIA 🩸🩸
Tahukah anda bahawa penyakit Thalassemia major adalah penyakit genetik yang merbahaya.
Ianya disebabkan oleh pasangan yang menghidapi thalassemia minor yang mempunyai 25% peluang untuk mendapat anak thalasemia major.
Ianya tidak boleh sembuh buat masa ini. Anak memerlukan transfusi darah yang kerap.
Anak akan menghidapi 👇👇
✅ Pemendapan zat besi akibat daripada transfusi darah. Ubat untuk merawat adalah sangat mahal
✅ Pembengkakan organ limpa. Anak terpaksa menjalani pembuangan organ ini bila membengkak
✅ Tulang rapuh dan perkembangan terbantut. Anak tidak boleh aktif seperti kanak-kanak normal
✅ Mudah terkena jangkitan kuman dan boleh membahayakan kesihatan.
✅ Masalah jantung seperti lemah jantung.
Jika anda seorang thalasemia minor/trait/pembawa, anda boleh mencegah daripada mendapat anak thalasemia dengan tidak berkahwin dengan pasangan pembawa thalasemia.
Sumber daripada Public Health Malaysia
INFLUENZA 🤧🤒
Influenza merupakan penyakit yang disebabkan oleh virus influenza yang menjangkiti salur pernafasan.
Langkah-langkah pencegahan penyakit inluenza yang boleh diamalkan adalah seperti dikongsikan.
✅ Sentiasa mengekalkan tahap kebersihan diri yang tinggi
✅ Mempraktikkan amalan kerap membasuh tangan dengan menggunakan air dan sabun atau hand sanitizer
✅ Mengamalkan adab batuk yang baik
✅ Mengamalkan cara hidup sihat
Orang awam secara amnya dan golongan berisiko tinggi secara khususnya juga digalakkan untuk mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim yang ditawarkan oleh kebanyakan fasiliti kesihatan swasta di seluruh negara.
Sumber daripada Kementerian Kesihatan Malaysia
☢️ JAWATAN KOSONG ☢️
Kami sedang mencari physiotherapist untuk cawangan di pusat fisio kami 👇👇
PUSAT FISIO PUTRAMEDIC
(CAWANGAN TABUNG HAJI) , Jalan Tun Razak , KL
✅ Mempunyai pengalaman dalam bidang berkaitan
✅ Gaji Rm2,400.00
✅ cuti Sabtu & Ahad
✅ cuti pada Public Holiday
Kelebihan
1️⃣ Ada caruman KWSP/SOCSO
Bagi yang berminat boleh hantar resume di [email protected] dengan kadar segera.. tq
Semakin ramai di kalangan kita yang telah membangunkan kolam renang di rumah sendiri dan juga untuk homestay. Kos membina kolam boleh dikatakan semakin mampu milik dan ada yang serendah RM10000 untuk yang kekal dan RM 1000 untuk kolam jenis canvas. Namun, di dalam membina kolam, ramai yang terlepas pandang aspek keselamatan.
Terbaharu, berita kematian anak kecil akibat lemas di dalam kolam. Kami mengucapkan takziah kepada keluarga.
Mengikut statistik, sebanyak 700 kes lemas dilaporkan setiap tahun, 500 melibatkan kanak-kanak. Kira-kira 10% daripada kes lemas tersebut berlaku di dalam kolam renang atau taman air.
Oleh itu, sebelum membina, anda perlu menilai risiko samada di dalam keluarga anda atau jiran terdapat anak kecil, warga emas, lokasi, keadaan tempat, akses kepada kolam, faktor kewangan, garis panduan dan regulasi kerajaan tempatan, dan sebagainya.
Pentingnya pagar dibina mengikut spek keselamatan agar ia tidak boleh dimasuki oleh anak-anak kecil tanpa pengawasan daripada orang dewasa.
Anda dan keluarga juga perlu mempertingkatkan pengetahuan kecemasan seperti teknik CPR dan melakukan atau mengikuti latihan dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai kursus disediakan samada badan kerajaan atau persatuan.
Infografik di bawah adalah asas kepada keselamatan kolam untuk anak kecil. Anda perlu lakukan lebih kerana tiada "100% baby proof" melainkan anda memantau sentiasa anak anda ketika berada di rumah.
Semoga bermanfaat.
Sumber : Public Health Malaysia
Tengah sakit kepala ke tu?
Tahukah anda, terdapat lebih 150 jenis sakit kepala yang berbeza karektor, punca dan rawatan. 4 jenis sakit kepala ini adalah antara yang paling biasa berlaku.
Bila anda perlu jumpa doktor untuk rawatan segera untuk masalah sakit kepala?
✔️ Sakit kepala secara mengejut dan sangat sakit
✔️ Kanak kanak sering mengadu sakit kepala
✔️ Sakit kepala dengan gangguan penglihatan, keliru, hilang keimbangan tubuh dan pertuturan.
✔️ Sakit kepala dengan rasa kebas dan lemah
✔️ Sakit kepala dengan deman, sawan atau pengsan
✔️ Sakit kepala dengan tengang di tengkuk dan ruam
Sumber : Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
APA PERLU ANDA BUAT JIKA MELECUR?
Baru tahu, rupanya tidak boleh letak ubat gigi! Ubat gigi jika diletakkan di atas kulit yang melecur boleh menyebabkan haba terperangkap di dalam kulit. Ini menyebabkan kesan terbakar menjadi lebih teruk. Tidak cukup dengan itu, kulit boleh dijangkiti kuman dan akan melambatkan proses penyembuhan.
Alirkan dengan air paip ke atas luka selama 20 minit. Ianya membantu proses penyembuhan dan mengurangkan kesan komplikasi akibat melecur. Sila berjumpa dengan doktor jika anda mengalami melecur yang teruk.
Sumber: Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Kadang kadang kita pelik, mengapa sesetengah individu lebih banyak digigit nyamuk berbanding individu lain.
Rupanya ia berpunca dari faktor jumlah gas karbon dioksida yang dihasilkan oleh seseorang individu.
Wanita hamil dan individu bertubuh besar, obes akan menghasilkan lebih banyak gas karbon dioksida, sebab itu mereka membunyai risiko sehingga 2 kali ganda untuk digigit nyamuk.
Sumber: Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Adakah anda bersukan secara selamat?
Bersukan seperti berbasikal, mengunjungi gym, berenang, joging atau melakukan aktiviti fizikal lain pada waktu malam sudah menjadi perkara biasa pada hari ini terutama mereka yang berkerjaya.
Persoalannya, adakah aktiviti bersukan itu dilakukan dalam keadaan selamat?
Bersukan selepas waktu bekerja sehingga lewat malam perlu dilakukan secara berhati-hati dan sederhana bagi mengelak masalah lain.
Bersukan atau melakukan aktiviti fizikal selepas waktu bekerja memerlukan banyak tenaga menyebabkan badan menjadi lesu kerana dipaksa bekerja keras.
Ini akan menyebabkan tekanan darah meningkat dan membawa risiko berlaku darah tinggi dan serangan jantung.
Kes kematian mengejut ketika bersukan sama ada malam atau siang, kebiasaannya berkait rapat masalah jantung.
Serangan jantung ketika bersukan dalam kalangan orang muda p**a kerap berlaku dalam kalangan perokok.
Sehubungan itu, sebelum aktif bersukan atau melakukan aktiviti fizikal, pastikan aktiviti itu selamat mengikut status kesihatan dan umur dan dilakukan sederhana.
Tanda-tanda awal secara umum serangan jantung ketika bersukan (sumber Healthline)
1. Rasa tidak selesa atau berasa 'sesak' pada dada.
2. Sesak nafas secara tiba-tiba.
3. Pening atau sakit kepala.
4. Kelainan degupan jantung seperti 'berdebar-debar'
5. Rasa sakit di dada dan menular ke bahagian lain seperti leher, belakang badan, perut atau rahang.
6. Berpeluh berlebihan dan luar daripada kebiasaan.
Jika tanda-tanda awal ini berlaku ketika bersukan, anda dinasihatkan berhenti serta merta. Buat temu janji untuk pemeriksaan di fasiliti kesihatan.
Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Ada juga negeri yang banjir ketika ini. Penting untuk anda mengetahui tips ini.
Sekiranya anda mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna anda begitu HAMPIR dengan panahan petir.
SEGERA cari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran. Jauhi tingkap dan pintu dan jangan pegang peralatan elektrik termasuk telefon.
Sumber: Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Sekarang ini musim hujan dengan petir pada waktu petang. Ada juga negeri yang banjir ketika ini. Penting untuk anda mengetahui tips ini.
Sekiranya anda mendengar bunyi dentuman guruh dalam tempoh 30 saat cahaya petir kelihatan, ia bermakna anda begitu HAMPIR dengan panahan petir.
SEGERA cari tempat perlindungan dan tunggu sehingga 30 minit bunyi guruh terakhir kedengaran. Jauhi tingkap dan pintu dan jangan pegang peralatan elektrik termasuk telefon.
Sumber: Public Health Malaysia
‼‼📢 PROMOTION 📢‼‼
Alcosm Disinfectant Wipes
1️⃣ pack : RM 12
2️⃣ pack : RM 20
‼ DAPATKAN SEGERA ‼
Boleh didapati di Klinik Putramedic TH
Untuk sebarang pertanyaan, boleh menghubungi
Klinik Putramedic TH
NO TEL : 03 21816061
WHTASAPP: 011-70792546
Alltest COVID-19 Saliva Test Kit (Home Use)
Untuk mengesan antigen dalam badan melalui air liur.
Ciri-ciri saliva test kit ini
- Melakukan ujian pada diri sendiri
- Harga mampu milik
- Tidak menyakitkan dan selesa
- Keputusan dalam masa 15 minit
- Mudah untuk digunakan
- Ujian ini sama seperti rtk
- Kelulusan dari kkm dan mda
- Tidak perlu membuat swab
- Mengurangkan kadar jangkitan
Boleh didapati di Klinik Putramedic TH
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Alltest saliva kit
Boleh menghubungi Klinik Putramedic TH
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHTASAPP: 011-70792546
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Sedih hati kami sekeluarga. Ayah kami meninggalkan kami sekeluarga. Kami tidak pernah menyangka pada ketika itu, ianya gejala strok. Ayah ketika itu tak nak pergi ke hospital. Dia kata, hanya penat membersihkan kebun tadi. Namun dia kelihatan sukar bercakap. Dia tidak banyak bergerak. Hanya terbaring di katil. Kalau kami tahu ianya gejala strok, kami tak berlengah dan bawa ayah ke hospital.
Pesakit yang lambat menerima rawatan akibat strok akan menghadkan pemberian rawatan sesuai dan terbaik untuk mereka. Walaupun telah berpuluh tahun penyelidikan strok dilakukan dengan kempen dan pendidikan kepada orang awam, kebanyakan pesakit masih tidak mendapatkan rawatan tepat pada waktunya.
Dianggarkan di negara maju, 50% daripada 1.2 juta penghidap strok dan serangan jantung mati di kecemasan atau sebelum sampai ke kecemasan Hospital.(AHA 2005) Dan ramai juga yang hidup dengan kehilangan upaya yang kekal. Banyak kes kematian dan kehilangan upaya ini boleh dicegah jika rawatan awal diberikan.
Anda tidak pasti samada individu ini ada strok atau tidak? Cuba lakukan perkara ini dengan segera - FAST
F - Fasih Bercakap? - Tidak.
A- Angkat tangan - Tidak bermaya
S - Senyum - Muka terkulai, senyum hanya separuh muka.
T - Jika alami masalah ketiga-tiga ini, telefon 999 atau bawa ke hospital segera.
Ingat, jika anda berhadapan dengan pesakit ini, gunakan FAST dan bertindak segera. Dan jangan lupa, simpan dan kongsikan infografik ini di group wassap keluarga anda dan kawan-kawan. Anda mungkin dapat selamatkan nyawa seseorang ketika ini.
Sumber : Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Sedihnya bila mendengar Kru Aziz M Osman terlibat dalam kemalangan dan satu nyawa telah terkorban yang mungkin disebabkan microsleep. Anda yang ingin p**ang ke kampung hari ini dan esok boleh ambil iktibar daripada kejadian microsleep ini.
Jika anda sudah mula tersengguk sengguk dan menguap berulangkali, meningkatkan kelajuan TIDAK akan menyebabkan anda lebih alert.
Memasang radio juga tidak dapat membantu ketika otak anda sudah tidak dapat proses segala maklumat dan deria anda mula tidak responsive.
Microsleep terjadi tanpa amaran, apabila badan letih, otak akan ‘tertidur’ selama beberapa saat, walaupun mata kita terbuka dan tangan memegang stereng.
Lebih membimbangkan, akibat terkejut selepas terjaga dari microsleep, anda akan tersentak dan mempunyai risiko kekejangan.
Untuk mencegah tragedi ngeri
✔️ Berhenti di tempat selamat.
✔️ Lakukan Power Nap sekurang kurangnya 5-20 minit
✔️ Berehat setiap 2 jam perjalanan
✔️ Tukar pemandu & tolong percayakan isteri untuk menganti tempat pemandu.
Semoga perjalanan anda selamat sampai ke destinasi orang yang disayangi.
Sumber : Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Perhatian kepada mereka yang ingin p**ang ke kampung terutamanya di pantai timur atau mereka yang berada di sana, Jabatan Perikanan Negeri Kelantan telah mengeluarkan amaran tentang untuk tidak memakan kerang-kerangan yang sumbernya daripada kawasan perairan Sungai Geting Tumpat, Kelantan.
Mengikut kajian, toxin ini biasanya akan berada di dalam kerang-kerangan selama beberapa minggu. Gejala keracunan adalah seperti muntah, cirit birit, demam, sakit badan, lumpuh, sawan dan juga kematian. Anda disarankan untuk memantau keadaan semasa di Page Jabatan Perikanan Negeri Kelantan bagi mengetahui status semasa.
Sumber daripada Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Ingin p**ang ke kampung halaman? Pastikan diri anda dan keluarga dalam keadaan yang sihat. Ini adalah Kit keperluan yang perlu disediakan bagi memudahkan percutian anda bersama yang tersayang.
Sumber: Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Banyak salah faham mengenai masalah mental. Ketahuilah masalah mental bukan seperti mana yang anda fikirkan. Mari ubah persepsi kita tentang masalah mental.
Sumber: Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
SAMPAI SENTUHAN ANDA MEMBAWA KEPADA KEMATIAN INSAN TERSAYANG ❎😵🥴😵💫
Lindung diri dan lindung insan tersayang 👨👩👧👦
Wujudkan persepsi bahawa diri kita sendiri dan semua orang di sekeliling kita boleh menjadi pembawa COVID-19 walaupun mereka nampak sihat dan juga tiada sebarang gejala.
Jika anda bergejala, segera dapatkan rawatan dan lakukan ujian saringan. Jangan tunggu gejala menjadi semakin teruk.
Tindakan ini penting untuk mengelakkan wujudnya kluster baru dan mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19.
Sentiasa patuhi SOP yang ditetapkan dan amalkan norma baharu.
Bersama-sama kita putuskan rantaian COVID-19 🙅♂️🙅🏻♀️❎💪
Sumber daripada Jabatan Kesihatan Negeri Pahang
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Mari mengenali perbezaan Endemik, Epidemik & Pandemik.
Sumber: Jabatan Kesihatan WP Kuala Lumpur & Putrajaya
"Haha. Dulu antivaks. Sekarang sibuk cucuk vaksin. Kata-kata makan diri," ketawa netizen tertentu kepada seorang abang artis yang baru nak berubah.
Kami sedih dengan komen sebegini. Sudah tersurat, takdir beliau untuk masuk ICU. Mungkin nasib beliau untuk menerima pengajaran dalam bentuk yang sukar. Beliau baru kehilangan ahli keluarga dan beliau sendiri mengalami penderitaan ini. Alangkah baiknya jika individu-individu seperti ini kita berikan sokongan jika mereka ingin berubah.
Kita mungkin bernasib baik kerana tidak melalui episod berkenaan untuk belajar. Namun pengalaman mereka juga mengajar kita. Ilmu yang bermanfaat. Ayoh rakyat Malaysia. Lebih kurang 5% sahaja yang masih tidak menerima dos pertama. Mari kita berikan sokongan dan dorongan kepada mereka ini untuk mengambil vaksin.
Sumber daripada Public Health Malaysia
===========================================
Klinik Putramedic TH beroperasi seperti biasa,
dari 8.00 pagi hingga 5.00 petang
pada hari ini.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHATSAPP : 011-70792546
===========================================
Kanser Payudara adalah kanser tertinggi atau paling kerap berlaku di Malaysia.
10 jenis kanser tertinggi dalam kalangan rakyat Malaysia ialah:
1. Payudara
2. kolorektal
3. Paru-paru
4. Limfoma
5. Nasopharyn
6. Leukemia
7. Kalenjar prostat
8. Hati
9. Serviks
10. Ovari
Malaysia National Cancer Registry Report 2012 – 2016 melaporkan kanser tertinggi di Malaysia dan dalam kalangan wanita Malaysia ialah Kanser Payudara manakala kanser tertinggi dalam kalangan lelaki ialah Kanser kolorektal.
Laporan itu disediakan Institut Kanser Negara dan diterbitkan setiap 5 tahun bagi melihat trend penyakit kanser di Malaysia dan tindakan KKM seterusnya terutama langkah pencegahan.
Walaupun Kanser Payudara penyebab utama kematian wanita di seluruh dunia termasuk di Malaysia, namun sehingga kini pakar-pakar masih tidak menemui penyebab sebenar kanser ini.
Namun, Pakar-pakar kesihatan bersetuju bahawa faktor usia yang semakin meningkat dan sejarah keluarga yang pernah menghidap kanser ini menambah lagi risiko terhadap kanser ini.
Malaysia National Cancer Registry Report 2012 – 2016 juga menyatakan kebanyakan kanser termasuk Kanser Payudara di Malaysia hanya dikesan pada Tahap 3 dan 4 yang mana pada tahap ini rawatan pemulihan tidak lagi berkesan.
Malaysian Study on Cancer Survival’ yang diterbitkan pada Oktober 2018 menunjukkan semakin lewat kanser dikesan, semakin rendah kadar survival pesakit.
Menurut kajian itu, nisbah risiko kematian akibat kanser yang dikesan pada tahap 4 berbanding tahap 1 adalah 7.52 kali ganda lebih tinggi.
Kanser Payudara boleh dirawat jika dikesan di peringkat awal dengan melakukan ujian saringan, salah satunya Mamogram.
Faktor boleh ubah seperti mengekalkan berat badan ideal, makan secara sihat, kerap bersenam, tidak merokok dan tidak minum alkohol boleh mengurangkan risiko terhadap kanser ini.
Jika ada ahli keluarga anda menghidap kanser ini, rasa takut, bimbang dan sedih itu adalah sesuatu yang normal. Tindakan lebih penting kepada ahli keluarga kita itu ialah dengan memberi sokongan tidak berbelah bahagi.
*Sepanjang Oktober ini adalah Bulan Kesedaran Kanser Payudara atau Pink October.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia
Alltest COVID-19 Saliva Test Kit (Home Use)
Untuk mengesan antigen dalam badan melalui air liur.
Ciri-ciri saliva test kit ini
- Melakukan ujian pada diri sendiri
- Harga mampu milik
- Tidak menyakitkan dan selesa
- Keputusan dalam masa 15 minit
- Mudah untuk digunakan
- Ujian ini sama seperti rtk
- Kelulusan dari kkm dan mda
- Tidak perlu membuat swab
- Mengurangkan kadar jangkitan
Boleh didapati di Klinik Putramedic TH
Untuk sebarang pertanyaan mengenai Alltest saliva kit
Boleh menghubungi Klinik Putramedic TH
KLINIK PUTRAMEDIC TABUNG HAJI
NO TEL : 03 21816061
WHTASAPP: 011-70792546
Click here to claim your Sponsored Listing.
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
Lantai 19, Lot 3, Menara TH Tun Razak
Kuala Lumpur
50450
Opening Hours
Monday | 08:00 - 17:00 |
Tuesday | 08:00 - 17:00 |
Wednesday | 08:00 - 17:00 |
Thursday | 08:00 - 17:00 |
Friday | 08:00 - 17:00 |