Hj Mustakim & Hjh Liza

(Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2483)

"Haji yang mabrur, tiada balasannya melainkan syurga, dan antara umrah yang satu dan umrah yang berikutnya akan menghapus dosa-dosa yang terjadi antara waktu-waktu itu."

Hjh Liza 03/02/2024

Last call‼️
Jommm

Hjh Liza Business Account

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 19/01/2024

Program ziarah dalaman masjid Nabawi di Madinah Al-Munawwarah 15/1/24.

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 10/12/2023

Kursus Umrah penutup tahun 2023. Alhamdulillah semoga memberi banyak manfaat dan kebaikkan.

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 08/12/2023

Antara 2 raut wajah dan situasi berbeza.
Ketika berhadapan dengan jemaah, wajah mestilah sentiasa ceria supaya orang di sekeliling mereka akan merasa bahagia.
Ketika berhadapan dengan masalah, wajah menjadi serius dan fokus sehingga masalah dapat dibendung serta diatasi agar tidak menyusahkan orang lain.
Semoga para mutawwif dan mutawwifah dapat belajar untuk kekal tenang dan sentiasa tingkatkan kesabaran.
“Cukuplah bagi kami Allah sebagai penolong dan Dia adalah sebaik-baik pelindung“.
-Catatan mutawwif
9/12/23

06/07/2023

𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐊𝐀𝐌𝐈 !!
Perhatian kepada sesiapa yang berminat menjadi Wakil Pemasaran atau mutawwif..
Titim Travel akan menganjurkan Bengkel Mutawwif & Wakil Pemasaran khas kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami.
𝗧𝗮𝗿𝗶𝗸𝗵 : 16 JULAI 2023 (Ahad)
𝗠𝗮𝘀𝗮 : 9.00 Pagi – 6.00 Petang
𝗧𝗲𝗺𝗽𝗮𝘁 : Titim Travel Wangsa Melawati Kuala Lumpur
𝐋𝐎𝐊𝐀𝐒𝐈 : 4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Kelebihan Bengkel ini Adalah:-
1. Peluang Kerjaya
2. Mendapat Ilmu yang bermanfaat
3. Berpeluang menjadi mutawwif Titim Travel
4. Mempunyai hak untuk dapatkan maklumat daripada cawangan mengenai pakej, promosi serta sebarang info
5. Mendapat kelebihan mendapat komisyen/ Insentif
Jika berminat, sila hubungi Nombor 03-41317776 / 013-4313040 atau whatsapp untuk menyertai bengkel mutawif.
Jumpa anda di sana.

04/05/2023

Sertai bengkel Ejen dan Mutawwif yang akan diadakan pada 14hb Mei 2023 dan ketahui peluang meraih pendapatan tambahan di samping mengerjakan Umrah lebih kerap sebagai petugas membimbing para Dhuyufurrahman.

Daftar segera di sini http://wasap.my/60134313040

15/03/2023

MADINAH AL-ALMUNAWWARAH
Kenangan manis bersama jemaah rombongan Titim Umrah KL 9hb Mac 2023 di Kota Bercahaya.

26/02/2023

Pencarian Mutawwif dan Mutawwifah rekrutmen baru untuk team Titim Travel Sdn Bhd sebagai presediaan musim umrah yang akan datang.

Banyak kelebihan dan peluang melakukan amal kebajikan, ibadah serta kebaikkan Dunia dan Akhirat.

Hubungi kami segera untuk pendaftaran.
Tarikh Bengkel: 5hb Mac 2023 (Ahad)
Lokasi: Titim Travel Sdn Bhd - KL
Google Map: https://goo.gl/maps/ZExnkYEvdbXu1pRG7
Yuran: RM90 (Termasuk 3x makan dan Sijil Penyertaan)
WhatsApp: 013-4313040
WhatsApp Link: https://umrahtitimkl.wasap.my

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 26/02/2023

Hijir Ismail 23/2/23

26/02/2023

Kenangan ziarah ke kilang Al-Quran di Marinah al-Munawwarah.
Titim Travel Sdn Bhd - KL
Tempahan dan pertanyaan pakej untuk umrah musim 1445H https://umrahtitimkl.wasap.my

02/02/2023

KISAH DI HIJIR ISMAIL 31/1/23
Lucu…
Program tambahan kami di Mekah telah diteruskan dengan memasukki Hijir Ismail bersama-sama para jemaah lelaki dan wanita secara berjamaah.

Banyak perkara menarik berlaku di sana sewaktu menunggu semua jemaah dapat menyelesaikan Solat di dalamnya.

Antara perkara melucukan ialah apabila seorang jemaah warganegara Bangladesh yang cuma menemani Isterinya untuk memasukki Hijir Ismail turun serta masuk dalam barisan jemaah wanita yang menunggu giliran sehingga sampai ke penghujung laluan masuk ke Hijir Ismail.

Namun setelah tiba di laluan masuk, beliau telah dimarahi secara berseloroh dengan ‘memiat’ telinganya oleh salah seorang askar di situ.

Setelah itu terus diarahkan keluar melalui jalan keluar dan tidak dibenarkan masuk semula.

Oleh kerana sayangkan isteri, beliau terus menunggu isterinya di tempat pegadang bersama-sama kami.

Apabila ditanya kenapa tidak turut beratur menunggu masuk ke Hijir Ismail bersama jemaah lelaki?

Beliau berkata, tidak mengapa sebab tujuannya ke situ hanya untuk menemankan isterinya.

Sempat juga ambil gambar sebagai kenang-kenangan.

-Hj Mustakim & Hjh Liza

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 29/12/2022

HIJIR ISMAIL
Sebelum merasai ketenangan solat didalamnya, kami terpaksa mengharungi situasi mencabar ini. Tapi Alhamdulillah... syukur kerana diberikan lagi peluang untuk ke sini.

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 07/11/2022

ZIARAH KILANG AL-QURAN
Tarikh Ziarah: 6hb Nov 2022
Alhamdulillah kilang Al-Quran kini boleh dilawati oleh semua jemaah lelaki dan wanita pada setiap hari kecuali Jumaat dan Sabtu.

Seperkara yang menarik lagi ialah sistem ziarah atau SOP ke kilang Al-Quran kini sudah lebih mudah dan cepat.

Sama macam sistem ‘Touch and Go’ atau pandu lalu.

Jemaah hanya perlu berbaris dalam satu ‘line’ dan terus bergerak dalam satu laluan yang tak perlu berhenti atau menunggu.

Barisan ini akan terus bergerak bermula dari pintu pagar sehingga memasukki kawasan kilang dan berakhir di pintu pagar keluar.

Syukur kerana setiap jemaah akan diberikan hadiah senaskah Al-Quran di akhir laluan keluar.

Hj Mustakim & Hjh Liza

18/09/2022

Pagi Ini sempat temankan myzaujah Hjh Liza ke pintu 32 untuk ziarah Nabi SAW dan dalam perjalanan ke pintu 1 (Babussalam) untuk ziarah RASUL juga… sempat teman rakamkan video suasana menunggu giliran bagi jemaah wanita masuk ke Rauhah. MasyaAllah ramainya… saksikan…

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 03/09/2022

PERANG BADAR AL-KUBRA
Berlakunya tanpa dirancang…

Rasulullah SAW berdoa: “Ya Allah, aku menagih janji dan jaminan-Mu. Ya Allah, jika Kamu binasakan kelompok ini (pejuang-pejuang mukmin), Kamu tidak akan disembah lagi di muka bumi.”

-Hj Mustakim & Hjh Liza
Titim Travel Kuala Lumpur
No 4-01, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040
Location: https://bit.ly/titimlocation

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 02/09/2022

GUNUNG MALAIKAT DAN PEPERANGAN BADAR
Sejarah yang tersimpan...

Jabal Malaikah atau Gunung Malaikat adalah merupakan sebuah gunung berpasir halus yang terletak berhampiran dengan medan peperangan Badar.

Berbanding gunung-gunung berbatu lain yang bersebelahan, ianya kelihatan agak unik kerana struktur muka buminya yang diselaputi oleh butiran pasir halus dan sukar untuk didaki.

Pengalaman mendaki menjadi agak sukar dan mencabar berbanding turun kerana pasir di bawah tapak kami akan menggelongsor ke bawah setiap kali kami cuba melangkah ke atas…

Mungkin di antara kita tidak pernah mendengar mengenai kisah Jabal Malaikah atau Gunung Malaikat tempat turunnya bala tentera Malaikat bagi membantu tentera Islam yang sedikit bilangannya.

Kisah mengenai segengam pasir yang dicampakkan oleh Rasulullah SAW kearah tentera musuh yang bertukar menjadi ribut pasir beserta rempuhan tentera Malaikat ke arah musuh adalah sesuatu yang jarang diperdengarkan.

Badar yang dahulunya merupakan sebuah wadi yang dikelilingi padang pasir kini sudah menjadi sebuah bandar kecil yang menjadi tarikkan pelancong kerana terdapat beberapa lokasi bersejarah yang berkaitan dengan peperangan pertama dalam Islam di sana.

Lawatan ke Badar akan memberikan sesuatu kelainan serta penghayatan baru kepada pengunjung kerana di sana ada terdapat beberapa lokasi menarik yang mesti dikunjungi.

-Hj mustakim & Hjh liza
Titim Travel Kuala Lumpur
No 4-01, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040
Location: https://bit.ly/titimlocation

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 31/08/2022

KURSUS UMRAH ONLINE
Kisah pada malam kemerdekaan 31hb Ogos 2022...

Alhamdulillah kursus online dapat dilaksanakan setelah tertangguh selama dua hari kerana urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan.

Kali ini kami terpaksa bergegas p**ang dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru untuk membuat persediaan awal sebelum bermulanya kelas pengajian sebagaimana yang telah dijadualkan.

Diucapkan tahniah kepada semua peserta yang setia menunggu sehingga ke ambang merdeka sebelum tibanya detik 12.00 tengah malam.

Semoga segala ilmu yang dikongsikan boleh dijadikan panduan serta bermanfaat sewaktu berada di Tanah Suci kelak.

Mudah-mudahan dengan berkat pertemuan majlis ilmu ini, Allah SWT akan permudahkan segala urusan serta luaskan rezki kita semua.

-Hj Mustakim-
Titim Travel Kuala Lumpur
No 4-01, Jalan Wangsa Setia 3,
Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040
Location: https://bit.ly/titimlocation

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 28/08/2022

PERMUSAFIRAN GROUP 13HB OGOS 2022
Kenangan berharga bersama rakan-rakan pengembaraan di KAIA Jeddah...

Pengalaman 7 hari di Madinah dan 4 hari di Mekah adalah merupakan pengalaman berharga buat kami semua.

Syukur kerana dapat bersama rakan-rakan satu pengembaraan yang sporting dan sabar.

Sepanjang 13 hari bersama, semuanya dihadapi bersama dengan sabar serta penuh kesyukuran.

Terima kasih kepada semua atas kepercayaan dan kesabaran.

Semoga Allah SWT ganjari dengan pahala yang berlipat kali ganda dan beroleh Umrah Maqbulah.

Untuk maklumat umrah terkini, sila hubungi kami 03-41317776 atau whatsapp 013-4313040.

Hj Mustakim & Hjh Liza

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 14/08/2022

PENERBANGAN 13HB OGOS 2022
Alhamdulillah berkat kerjasama semua pihak, segala urusan checkin serta penerbangan dari KLIA ke AirPort Madinah telah berjalan dengan baik, selesa dan selamat.

Proses boarding juga berlaku dengan mudah kerana tiada dokumen tambahan yang diperlukan lagi.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami 03-41317776 atau whatsapp 013-4313040.

11/08/2022

PENGHANTARAN BEG UMRAH FI PEJABAT TITIM TRAVEL KUALA LUMPUR

Didoakan semoga segala usaha beroleh keberkatan dan dipermudahkan segala urusan.
Nak Daftar Umrah http://www.wasap.my/60134313040/umrah
Hotline 03-41317776

Hj Mustakim & Hjh Liza

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 08/08/2022

KURSUS BIMBINGAN UMRAH INTERAKTIF 7HB OGOS 2022 - ASAL USUL BATU HITAM

Setelah Nabi Ibrahim AS selesaikan kesemua kerja-kerja pembinaan Kaabah dengan dibantu oleh anakandanya Nabi Ismail AS, mereka pun memulakan tawaf di sana.

Namun mereka mengalami sedikit kesukaran untuk mengenal-pasti tempat bermula dan pengakhiran tawaf kerana tiada sebarang tanda.

Bagi mengatasi masalah tersebut, Nabi Ibrahim AS telah meminta bantuan Anakandanya untuk mencarikan batu yang sesuai agar boleh dijadikan tanda permulaan serta pengakhiran Tawaf.

Akhirnya Nabi Ismail AS telah bertemu dengan seketul batu yang berwarna putih bersih. Itulah batu yang diturunkan dari Syurga oleh Malaikat Jibril AS.

Batu tersebut telah dibawa dan diserahkan kepada Ayahandanya dan Nabi Ibrahim AS telah meletakkan batu tersebut dipenjuru yang sekarang dikenali sebagai penjuru Hajarul Aswad.

Batu tersebut kini dikenali sebagai Hajarul Aswad (Batu Hitam) yang telah bertukar menjadi warna hitam pekat disebabkan oleh dosa-dosa anak Adam.

Kini para jemaah yang tawaf di Kaabah dikehendaki untuk memulakan Tawaf bermula dari sudut Hajarul Aswad dan berakhir di situ juga. Tawaf dikira tidak sah jika dimulakan atau diakhiri pada sudut lain selain dari penjuru Hajarul Aswad.

Hotline: 03-41317776
Daftar Umrah: bit.ly/DaftarUmrahTerbimbing
Pakej Umrah: bit.ly/UmrahTerbimbing
Kursus Umrah: bit.ly/DaftarKursusUmrah

-Hj Mustakim & Hjh Liza

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 05/08/2022

SERTAI KAMI!
Perhatian kepada sesiapa yang berminat menjadi mutawwif..
Titim Travel menganjurkan Bengkel Mutawwif khas kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada kami.

Kelebihan Bengkel Anjuran Titim Travel:-
1. Menyediakan Pelung Kerjaya dan pendapatan.
2. Perkongsian Ilmu Yang Bermanfaat.
3. Peluang untuk Kerap Mengunjungi Tanah Suci Sebagai Mutawwif Titim Travel.
4. Mempunyai Hak Untuk Mendapatkan Maklumat mengenai Pakej, Promosi dan sebarang Info daripada Cawangan.
5. Mempunyai Kelebihan Memperoleh Komisyen/ Insentif.

Sila Hubungi nombor di bawah segera untuk pendaftaran:-
Hotline: 03-41317776
Whatsapp: 013-4313040

TERIMA KASIH.

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 02/08/2022

UMRAH TERBIMBING
Antara kelebihan umrah terbimbing TITIM TRAVEL Kuala Lumpur:-
1) Bimbingan Ilmu - Kursus Umrah diadakan secara Percuma.
2) Bimbingan Perjalanan di Airport pergi dan p**ang serta perjalanan sepanjang berada di Tanah Suci.
3) Bimbingan semasa di Madinah termasuk aepanjang Lawatan dan Ziarah di sekitar Kota Madinah.
4) Bimbingan memasukki Raudhah untuk jemaah lelaki dan wanita.
5) Bimbingan Mengerjakan Umrah bermula dari Berniat di Miqat sehingga aelesai Umrah. Bimbingan oleh Mutawwif akan diberikan untuk dua kali Umrah bersama jemaah.
6) Bimbingan semasa di Mekah - Ziarah dan Lawatan.

Hubungi Kami Sekarang:-
Tanya Pakej: bit.ly/UmrahTerbimbing
Daftar Umrah: bit.ly/DaftarUmrahTerbimbing
Kursus Umrah: bit.ly/DaftarKursusUmrah

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 30/07/2022

BIMBINGAN SEAWAL SEBELUM PENERBANGAN
Alhamdulillah, bagi memudahkan proses perjalanan ke Tanah Suci kelak, kelas-kelas bimbingan secara bersemuka dan online dapat diadakan lebih awal bagi membantu para jemaah membuat perancangan serta persiapan termasuk bekalan ilmu di dada.

In shaa Allah… program Umrah Terbimbing ini akan diadakan mengikut modulnya iaitu sebelum, semasa dan selepas perjalanan ke Tanah Suci. Semoga Allah SWT permudahkan segalanya untuk kita semua.

Nak Daftar Umrah: bit.ly/UmrahTerbimbing

-Hj Mustakim & Hjh Liza

22/07/2022

Pakej Umrah Musim baru penerbangan 7hb Mac 2023.

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 12/07/2022

Alhamdulillah syukur kehadrat Allah SWT yang memudahkan segala urusan pembukaan pejabat Titim Travel Sdn Bhd - KL yang kini sudah memulakan operasi secara berperingkat.

Minggu ini juga iaitu pada 17hb Julai 2022, akan diadakan kursus Umrah terbuka untuk sesiapa sahaja yang dekat hatinya dengan Tanah Suci.

Kini slot sebelah pagi 17hb Julai 2022 sudah penuh dan dibuka p**a untuk slot sebelah petang jam 2.30pm -5.30pm. In shaa Allah.

Masyarakat berhampiran Wangsa Maju dan sekitarnya dijemput daftar dan hadir menyertai majlis ilmu ini.

Selain itu, kelaa pengajian secara online akan juga diadakan mengikut jadual yang ditunjukkan dalam poster di atas.

Untuk tempahan, sila whatsapp 013-4313040.

Terima kasih.

21/04/2022

PROMOSI UMRAH MURAH 2 MUTAWWIF AWAL TAHUN 2023

Tarikh Penerbangan: 22/01/2023
Harga Pakej: RM6090
Tempoh: 13H
Hotel Mekah: Safwa
Hotel Madinah: ODST/ ANSAR
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Deposit: RM500

Tarikh Penerbangan: 12/02/2023
Harga Pakej: RM6090
Tempoh: 13H
Hotel Mekah: Safwa
Hotel Madinah: ODST/ ANSAR
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Deposit: RM500

Keterangan dan tempahan http://www.wasap.my/+60134313040
Pejabat Urusan: Titim Travel Umrah, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Talian Hotline: 013-4313040

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 28/03/2022

PERSIAPAN UMRAH MUSIM 1444H
Sabda Rasulullah saw mafhumnya: “Ibadah umrah kepada umrah berikutnya adalah kaffarah (penghapusan dosa) di antara kedua-duanya. Dan haji yang mabrur tiada balasan (bagi pelakunya) melainkan syurga).”
Riwayat Al-Bukhari (1773) dan Muslim (1449)

Persiapan untuk umrah musim 1444 Hijrah selepas selesai musim haji 1443 Hijrah kini sudah mula dilakukan.

Sertai kami dalam pengembaraan umrah bulan September, Oktober, November dan Disember 2022 akan datang.

Antara kelebihan lain dalam pakej umrah kami adalah:-
1) Hotel dekat Masjidil Haram dan Masjid Nabawi.
2) Hotel bertaraf 5 bintang atau setaraf.
3) Makan Fullboard.
4) PCR Percuma.
5) Percuma hand luggage, beg sandang dan buku panduan Umrah.
6) Termasuk Insurans.
7) Termasuk Lawatan di Mekah dan Madinah.
8) Bimbingan 2 Mutawwif.
9) Kursus Umrah Percuma.
10) SIM Kad Arab Saudi percuma.
11) Aktiviti-aktiviti tambahan sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Jom sertai pengalaman umrah bersama kami dalam pengembaraan yang akan datang:-

Pakej September: RM6090
Tarikh: 11/09/22
13H (7H Madinah 4H Mekah)
Mekah: Safwa
Madinah: Mawaddah Safwah
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Kekosongan: 12 seat

Pakej Oktober: RM7440
Tarikh: 11/10/22
13H (6H Madinah 5H Mekah)
Mekah: Safwa
Madinah: Golden Tulip
Penerbangan: MAS
Bilik: Berdua
Kekosongan: 15 seat

Pakej November: RM6740
Tarikh: 2/11/22
13H (6H Madinah 5H Mekah)
Mekah: Safwa
Madinah: Movenpick
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Kekosongan: 8 seat

Pakej Disember: RM7240
Tarikh: 21/12/22
13H (6H Mekah 5H Madinah)
(Cuti sekolah)
Mekah: Safwa
Madinah: Movenpick
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Kekosongan: 25 seat

Seat sudah hampir penuh.
Pertanyaan dan tempahan http://www.wasap.my/+60134313040

Pejabat Urusan: Titim Travel Umrah, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Talian Hotline: 013-4313040
No MOTAC: IU00013

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 28/03/2022

PENGURUSAN PERJALANAN DI LAPANGAN TERBANG DAN TANAH SUCI
Antara cabaran utama yang perlu dihadapi sepanjang menjalankan tugas membimbing jemaah dalam pengembaraan umrah adalah urusan di lapangan terbang.

Pengurusan perjalanan untuk sesuatu rombongan yang dianggotai oleh jemaah yang ramai memerlukan pengalaman serta kemahiran bagi memudahkan urusan dan dalam masa yang sama mengelakkan sebarang kesukaran atau masalah.

Pengalaman perjalanan sepanjang berada di Tanah Suci juga akan diwarnai dengan pelbagai situasi dan semuanya terp**ang kepada kreativiti atau kemahiran mutawwif yang menerajui rombongan pengembaraan.

Pelbagai pengalaman pahit-manis yang pernah kami alami sepanjang mengetuai rombongan umrah selama ini. In shaa Allah semuanya akan dijadikan panduan berharga buat masa akan datang.

Terima kasih di atas doa, kepercayaan serta sokongan semua.

-Hj Mustakim & Hjh Liza

Photos from Hj Mustakim & Hjh Liza's post 28/03/2022

PENGEMBARAAN UMRAH MAC 2022
Antara lokasi kunjungan adalah seperti Jabal Thur, Jabal Rahmah, Mina, Jaaranah, Kota Taif dan Jabal Uhud.

Lokasi-lokasi ini mempunyai banyak kaitan sejarah bermula dari Nabi Adam a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Ismail a.s., Nabi Muhammad s.a.w. dan zaman kegemilangan Islam di zaman Khulafak Al-Rashidin.

Walaupun tidak banyak kesan tinggalan sejarah yang boleh dilihat, tetapi kisah mereka perlu diceritakan sebagai ingatan dan tauladan buat kita semua.

Jom sertai pengalaman umrah bersama kami dalam pengembaraan yang akan datang:-

Pakej September: RM6090
Tarikh: 11/09/22
13H (7H Madinah 4H Mekah)
Mekah: Safwa
Madinah: Mawaddah Safwah
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Kekosongan: 12 seat

Pakej Oktober: RM7440
Tarikh: 11/10/22
13H (6H Madinah 5H Mekah)
Mekah: Safwa
Madinah: Golden Tulip
Penerbangan: MAS
Bilik: Berdua
Kekosongan: 15 seat

Pakej November: RM6740
Tarikh: 2/11/22
13H (6H Madinah 5H Mekah)
Mekah: Safwa
Madinah: Movenpick
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Kekosongan: 8 seat

Pakej Disember: RM7240
Tarikh: 21/12/22
13H (6H Mekah 5H Madinah)
(Cuti sekolah)
Mekah: Safwa
Madinah: Movenpick
Penerbangan: MAS
Bilik: Berempat
Kekosongan: 25 seat

Seat sudah hampir penuh.
Pertanyaan dan tempahan http://www.wasap.my/+60134313040

Pejabat Urusan: Titim Travel Umrah, Wangsa Melawati, Kuala Lumpur. Talian Hotline: 013-4313040
No MOTAC: IU00013

Want your business to be the top-listed Travel Agency in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Kenangan ziarah ke kilang Al-Quran di Marinah al-Munawwarah.Titim Travel Sdn Bhd - KLTempahan dan pertanyaan pakej untuk...
Kerja-kerja membersihkan dan mencuci Hijir Ismail sebelum memberi laluan kepada jemaah lain memasukkinya. #hijirismail #...
Pagi Ini sempat temankan myzaujah  Hjh Liza ke pintu 32 untuk ziarah Nabi SAW dan dalam perjalanan ke pintu 1 (Babussala...
Pakej Umrah Musim baru penerbangan 7hb Mac 2023.#pakejumrah #pakejumrahmurah #pakejumrahterbimbing #pakejumrahselesa #jo...
UMRAH PREMIUM HARGA PROMOSI
ADAB-ADAB MENZIARAHI MAKAM RASULULLAH SAWBagi Jemaah Umrah yang datang ke Madinah, adalah sangat dituntut untuk menziara...

Category

Website

Address


4-01, Jalan Wangsa Setia 3, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 13:00

Other Travel Services in Kuala Lumpur (show all)
Feature Tour Sdn Bhd Feature Tour Sdn Bhd
4-1-1 Queen's Avenue, Jalan Bayam
Kuala Lumpur, 55100

We customised tour packages for companies and private leisure groups

REED Expeditions REED Expeditions
No. 155, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampong Bharu
Kuala Lumpur, 50300

Motorcycle tour company. We provide worldwide range of motorcycle tours, motorcycle rental and other services related to them.

Lifestyle Travel + Leisure Lifestyle Travel + Leisure
Round The World
Kuala Lumpur, 00001

Ardent travellers both far and near, come share your stories and travel experiences. Make friends in

Luxury Car Rental Service Luxury Car Rental Service
Kuala Lumpur

Nexus Drive provide professional car rental service for usage such as corporate event, wedding, photoshoot, test drive and more which based around Klang Valley. We provide wide ran...

Pakej Percutian Murah Pakej Percutian Murah
Kuala Lumpur

Pakej Percutian Murah khas buat anda yang nak bercuti dalam dan luar Malaysia by Zahin Travel ZT1430

Moh jalan wei Moh jalan wei
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur

Menawarkan pakej percutian menarik ke serata dunia.Harga pakej murah & sangat berbaloi

Vivid Vacation Sdn Bhd Vivid Vacation Sdn Bhd
A2-1-21, Jalan 1/152, OUG Parklane
Kuala Lumpur, 58200

Luxury Travel and Private Jet Specialist

Taskal Resources Taskal Resources
UNIT41-03, Q SENTRAL, 2A, Jalan STESEN SENTRAL 2, KUALA LUMPUR SENTRAL, KUALA LUMPUR, WILAYH PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur, 50470

Amy’s Travel n Holidays Amy’s Travel n Holidays
Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang, Mahameru, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50480

Aet-atlantiseasytravel SB Aet-atlantiseasytravel SB
BLOCK C-3A-15 SOUTHGATE Jalan Dua Chan Sow Lin
Kuala Lumpur, 55200

Atlantis Easy Travel Sdn Bhd Inbound Travel Agency 9538 Provide Services Hotel & Tours, Transport.

Nunfa Travel Nunfa Travel
9, 2nd Floor, Dynasty Central, Jalan Kuchai Maju 18, Kuchai Entrepreneurs Park
Kuala Lumpur, 58200

GOLDEN SUCCESS HOLIDAY SDN. BHD. (NunfaTravel Muslim Travel) SSM: 201901044923 (1354253-A) MOTAC: 10073 Expert in Travel

SwiftTravel.Co SwiftTravel.Co
NO. 4, Jalan MEGA MENDUNG, BATU 5, JALAN KLANG LAMA, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 58000

SwiftTravel.Co est 2015. Helped over 1million customers achieved affordable travel dreams.