Firdaus Wong Wai Hung

"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (agama) Allah nescaya Allah membela kamu (untuk

23/11/2023

“Tapi saya tak menolak kebenaran, saya percaya”
Alhamdulillah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!
Salah seorang pelajar saya dalam Kelas Asas Islam 101 telah memeluk agama Islam semasa kelas semalam!

Beliau seorang Freethinker berbangsa cina telah menghubungi MRM menyatakan hasrat beliau untuk belajar tentang agama Islam dengan lebih mendalam.

Antara faktor utama yang mendorong beliau untuk belajar tentang Islam adalah ketenangan dan kesabaran yang dizahirkan oleh kawan-kawan muslimnya di tempat kerja dan di kawasan perumahannya.

Perkara seperti itu beliau tidak nampak ada pada komunitinya.

Sepanjang kelas semalam, kami hanya membincangkan tentang konsep 'Kafir' dan bagaimana cara untuk seseorang memeluk agama Islam.

"Ohh kafir tu orang yang menolak kebenaran kan?" beliau tanya kepada saya.

"Ya betul. Yang menolak kebenaran Islam." jawab saya.

"Tapi saya tak menolak kebenaran, saya percaya Tuhan tu Allah dan Nabi Muhammad adalah pesuruh Allah." katanya.

"Since bro kata bro percaya Tuhan sebenar adalah Allah" saya respon.

"Ya, ya." responnya.

"Dan you pun percaya bahawa Nabi Muhammad sebagai pesuruh Dia kan." kata saya.

"Pesuruh Dia. Ya, ya." responnya.

"So, kalau ikutkan sebenarnya you dah ada kepercayaan sebagai seorang Muslim. So you plan nak ucap shahadah ke hari ni untuk jadi seorang Muslim?" saya buat jemputan kepadanya.

"Okay, I want to do that. Ashadu alla ilaha illallah. Wa ashadu anna Muhammadar Rasulullah. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang layak disembah selain Allah, dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah pesuruh Allah." beliau mengucap dengan sendirinya.

"Alhamdulillah. Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Tahniah bro, you sudah officially Muslim." saya respon dan selepas itu saya memaklumkan kepada beliau beberapa berita baik dari Allah kepada beliau tentang pengislaman beliau.
Jika anda ingin mengetahui tentang Islam atau hendak ikuti kelas asas islam, boleh hubungi 0103735596 untuk daftar.

Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

-post asal Bro Muhammad Azim Abdullah Suhaimin

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 22/11/2023

Saya tidak berapa aktif di X (Twitter) tetapi terkejut juga bila akaun X rasmi PMX Anwar Ibrahim & TPM Zahid Hamidi ‘follow’ saya.

Lebih mengejutkan ialah Lim Guan Eng yang saya tak pernah tagged dia di X p**a yang blok saya. 😂

Anyway, thanks for following. Akan cuba lebih aktif di X…

Kesemua akaun medsos rasmi saya pasti akan ada button verified kecuali TikTok & X.. Mungkin lepas ni nak upgrade akaun X. Apa pendapat sahabat semua?

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 21/11/2023

US Pizza Tiada Kaitan Dengan USA?

Terbaca di X pagi tadi satu berita dari BFM mengatakan US Pizza akan menukar namanya kepada KITA Pizza dan US Pizza menafikan nama US Pizza ada kaitan dengan USA tetapi US di situ adalah bermaksud ‘us’ (kita).

Saya biasanya ada pihak buat tuduhan atau penafian, saya tidak mengambil secara ‘face value’ tetapi akan menyelidik.

Menurut laman web US Pizza sendiri (www.uspizza.my/about-us) ada menceritakan asal usul nama US Pizza.;

“Donald Duncan, who spent some time working in a pizza restaurant in Kansas City, Missouri, USA… named the outlet to US PIZZA, after the origin of the food.”

Ok, penafian US Pizza tidak selari dengan apa yang ada di laman web rasmi mereka melainkan,

A) Website itu bukan website mereka
B) Website itu website mereka tetapi webmaster salah masuk info
C) Website itu original dan webmaster tak salah tetapi kenyataan penafian mereka itu tidak benar.
D) Semua media yang melaporkan berita adalah salah lapor
E) Semua media & website US Pizza kena hack.
F) Semuanya salah admin ‘silap’ post

Apa-apa pun, US Pizza mengatakan 6 daripada 15 restoran mereka telahpun menerima sijil halal dan bakinya masih dalam proses. So ‘technically’ 6 restoran mereka adalah halal dan makanan mereka tidak menjadi haram hanya kerana ‘kekeliruan’ nama US Pizza.

Secara peribadi, mungkin masyarakat tak terfikir pun nak memboikot US Pizza andai memang nama US itu merujuk kepada USA tetapi mungkin masyarakat akan memboikot bukan kerana makanan mereka tak halal tetapi masyarakat mungkin merasa meluat kenapa depa layan rakyat Msia macam budak-budak.

Semua orang kena tahu, rakyat Malaysia ni hebat tau! Semua agenda Yahudi & Freemason orang Malaysia pun dapat korek inikan asal usul nama sebuah restoran. Haiyaaa…

*Btw, saya tak pernah makan US Pizza. Siapa nak belanja, In Sha Allah saya ONZ aje.. 😋😉

21/11/2023

Alhamdulilah. Allahuakbar Allahuakbar Allahuakbar!

Petang semalam seorang wanita Iban telah mengucapkan dua kalimah syahadah di Pejabat MRM Wangsa Maju.

Antara sebab yang menyentuh hati beliau untuk memeluk agama Islam adalah kedudukan wanita dalam agama Islam yang jauh lebih tinggi dari apa yang diamalkan dalam dunia sekular.

Kali pertama beliau mendengar media barat mengatakan bahawa agama Islam menindas dan memandang rendah wanita, ia menjadikan beliau terkejut dan marah dengan berita tersebut.

Beliau tidak sangka bahawa ada agama yang mengajar seperti itu. Lantas beliau mula mengkaji agama Islam untuk melihat sendiri seteruk mana Islam menindas dan memandang rendah wanita.

Alangkah terkejutnya apabila beliau mendapati bahawa ia tidak benar. Hakikatnya Islam memuliakan wanita jauh berbanding dunia barat.

Alhamdulillah. Selamat kembali kepada agama fitrahmu dan semoga istiqamah di jalan Allah.
Jika anda ingin mengetahui dan berbincang tentang Islam, boleh hubungi 0103735596 untuk bertemu dengan pegawai kami.

Jazakumullahu Khairan di atas sumbangan dan sokongan sahabat kepada MRM selama ini.

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

21/11/2023

Kehalalan sesuatu makanan terletak pada ramuan yang digunakan. Adakalanya ramuannya halal tetapi premisnya kotor tidak menjadikan makanan itu haram.

Begitu juga restoran yang memiliki sijil halal dan menyediakan makanan halal tidak menjadi haram hanya kerana pekerjanya memakai salib, memakai bindi atau memakai tangkal agama lain.

Selagi makanannya halal, maka halal lah untuk dimakan. Tidak wajib membeli dari mana-mana premis yang kita tidak mahu tetapi tidak boleh juga mengharamkan sesuatu yang halal hanya kerana pemakaian simbol agama lain.

Agama Islam adalah agama yang tegas dengan prinsip tetapi jangan p**a bertegas tidak bertempat. Sangat bagus untuk seseorang Muslim memiliki semangat keIslaman tetapi semangat juga perlu disertakan dengan ilmu agar semangat itu membawa manfaat bukannya kemudaratan.

Jangan kerana kita terlalu bersemangat lalu memberikan imej dan gambaran salah terhadap ajaran Islam.

*Tahukah anda bahawa banyak restoran yang memiliki sijil halal yang makanannya disediakan/dihidangkan oleh pekerja asing dari India, Nepal, Myanmar yang bukan Islam?

20/11/2023

Radio berbahasa Cina..

18/11/2023

meminta penduduk Gaza untuk berpindah ke Selatan Gaza demi keselamatan mereka lalu tentera Zionis membunuh penduduk di Selatan Gaza.

Jangan risau, mereka akan mengatakan H*M*S telah berpindah ke Selatan Gaza.

Saya tidak sangka dengan begitu ramai selebriti Hollywood yang menyokong pengganas Zionis, mereka gagal menghasilkan skrip yang lebih baik dari ini.

Sahabat semua, tiada kekalahan bagi kita sebagai Muslim selagi kita ikhlas dan istiqomah dengan perjuangan kita. Teruskan bantu dengan menyebarkan berita berita dari Gaza dalam melawan narafi media pro Zionis.

Sila follow telegram saya untuk update yang tidak boleh dikongsi Facebook :-https://t.me/brofirdauswong

18/11/2023

The Government of Palestine 🇵🇸 In 1933 Jews came to Palestine as refugees with these permits.

17/11/2023

Enemy in sight - babies!

16/11/2023

“Kami menjumpai ‘pusat operasi’ H*M*S” - Israel Defense Forces

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 16/11/2023

Desperado sungguh sehingga sanggup gunakan JADUAL yang tertulis Isnin, Selasa, Rabu dan sebagainya lalu menipu dunia kononnya itu adalah jadual bertugas H*M*S. 🤣🤣🤣

Kesian mereka yang ditipu hidup hidup oleh Zionis.

Tapi sebenarnya, IDF terlambat kerana beberapa tahun lepas Siti Kasim dah guna dah isu jadual & takwim ni di Malaysia. So Malaysia 1 Israel 0.

Atau sebenarnya IDF belajar dari Siti Kasim dalam diam diam?

*Ok je untuk desperado tapi jangan gopoh & cerdik sikit. Sikit je. Tak banyak pun takpe.

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 15/11/2023

Pada 2003, Presiden AS ketika itu, George Bush Jr melancarkan pencerobohan ke atas Iraq & menjustifikasi pencerobohan itu berdasarkan laporan risikan CIA kononnya Iraq memiliki WMD (Weapon of Mass Destruction).

Kesudahannya?

Tiada WMD ditemui & diakui sendiri oleh CIA. 500,000-1,000,000 rakyat Iraq dibunuh. Artifak Iraq dicuri, lahirnya ISIL/ISIS, Saddam Hussein dibunuh pada 2006 & banyak lagi!

Semua ini kerana pembohongan Presiden AS yang diakui oleh CIA yang kemudiannya PM British, Tony Blair meminta maaf di atas 'kesilapannya'. Sehingga hari ini, kedua-dua pembunuh ini masih bebas dan tiada dakwaan terhadap mereka.

Hanya satu 'I'm sorry' dari Tony Blair, 500,000 - 1,000,000 rakyat Iraq dibunuh!

Dan hari ini, sekali lagi AS menerusi laporan risikan mereka memberitahu dunia bahawa H8M8S beroperasi dari Hospital Al-Shifa dan beberapa hospital lain bagi membantu menjustifikasi pembunuhan beramai-ramai oleh kump**an pengganas Z1on!s.

Masih ada manusia yang mempercayai 'intelligence report' AS?

"Fool me once, shame on you; fool me twice, shame on me"

Mereka yang masih ingin percaya AS & Z1on!s, bukannya mereka yang cerdik tetapi anda yang sanggup diperbodohkan!

14/11/2023

Courage is not the absence of fear but courage is to do what is RIGHT despite the existence of fear.

Keberanian bukannya kerana tiada ketakutan tetapi keberanian adalah melakukan perkara yang BETUL walaupun wujudnya ketakutan.

FEAR? Fear Everything And Run or Face Everything And Rise?

I choose the latter…

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 11/11/2023

Alhamdulilah. 15,000 naskah risalah MRM berbahasa Inggeris & Cina telahpun diedarkan kepada pihak Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi) untuk aktiviti Mosque Tour Guide mereka.

Dianggarkan kira-kira 2,000 pelancong dan orang tempatan melawat kedua-dua masjid tersebut setiap hari dengan puluhan bas pelancong dan van sewa parkir di sekitar masjid.

Kunjungan para pelancong Bukan Muslim di kedua-dua masjid ini merupakan satu pengalaman yang unik dan membolehkan mereka mengenali agama Islam.

Tambahan dengan adanya risalah islam dalam pelbagai bahasa, ia dapat membantu mereka untuk memahami agama Islam dengan mudah.

Jazakumullahu khairan kepada sahabat semua yang bersama menyokong usaha dakwah kami selama ini.

Bagi yang ingin menyokong usaha dakwah kami, boleh salurkan sumbangan ke akaun kami di;

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

11/11/2023

Kezaliman pengganas Zionis membantai Gaza menyebabkan yang sesat semakin sesat tetapi ada juga yang sesat diberikan petunjukan hidayah.

Dalam masa yang sama mereka yang selama ini menyembunyikan kemunafikan & kebencian terhadap Islam menzahirkan kemunafikan & kebencian mereka tanpa berselindung lagi.

Tetapi mereka yang berakal & rasional p**a akan berfikir & mencari punca kekuatan majoriti penduduk Gaza yang dibantai lebih 75 tahun oleh pengganas Zionis. Bagaimana peristiwa yang sama membuahkan dua kelompok yang berbeza, semakin sesat vs diberi petunjuk hidayah?

“Sesungguhnya Allah tidak malu membuat perbandingan apa sahaja, (seperti) nyamuk hingga ke suatu yang lebih daripadanya (kerana perbuatan itu ada hikmatnya), iaitu kalau orang-orang yang beriman maka mereka akan mengetahui bahawa perbandingan itu benar dari Tuhan mereka; dan kalau orang-orang kafir p**a maka mereka akan berkata: “Apakah maksud Allah membuat perbandingan dengan ini?” (Jawabnya): Tuhan akan menjadikan banyak orang sesat dengan sebab perbandingan itu, dan akan menjadikan banyak orang mendapat petunjuk dengan sebabnya; dan Tuhan tidak akan menjadikan sesat dengan sebab perbandingan itu melainkan orang-orang yang fasik;”
(Al-Baqarah 2:26)

Seungguhnya hanya yang berakal sahajalah yang akan berfikir dan diberikan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala.

Semalam salah seorang influencer TikTok di Amerika Syarikat iaitu Megan Rice telah memeluk Islam setelah mula membaca Al-Quran & mengkaji tentang Islam setelah merasa bingung & kagum dengan kekuatan penduduk Gaza. Alhamdulilah.

Namun masa yang sama ramai yang menjadi semakin sesat & terzahirnya kemunafikan di peristiwa yang sama.

Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang berakal & dikurniakan hidayah oleh Allah Subhana Wa Ta’ala. Allahuma Ameen

10/11/2023

Saya mengambil masa lebih setahun untuk mencapai 35k followers tetapi telah dipadamkam TikTok pada 15/9/2023.

Pada 16/9/2023, saya wujudkan akaun baru bagi meneruskan dakwah. Alhamdulilah, 30k followers kurang dari 2 bulan.

Semoga bermanfaat & Jazakumullahu Khairan kerana sudi follow.

Sila sudi follow :- https://www.tiktok.com/

10/11/2023

Ramasamy berjaya mengutip derma RM1.52juta dalam masa seminggu. Hebat! Bagaimana begitu ramai orang sanggup menderma bagi membayar & mempertahankan kesalahan fitnah Ramasamy terhadap Dr. Zakir Naik.

Saya percaya jikalau begitu ramai sanggup menderma untuk menyokong kebatilan & fitnah, In Sha Allah ramai juga dari sahabat-sahabat di medsos saya akan menyokong usaha menyebarkan kebenaran & melawan kebatilan.

Mampukah pendokong usaha dakwah kami mengatasi pendokong kebatilan dalam masa seminggu?

In Sha Allah jikalau sahabat yang ‘follow’ medsos saya menyumbang RM1, RM5, mungkin RM10 atau apa sahaja jumlah dan mengajak yang lain untuk melakukan perkara yang sama.

Ayuh…

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

09/11/2023

Zion*s, anak emas orang kaya. Spoiled brat!

09/11/2023

Satu akaun bernama John Kinrara puchong di TikTok mengatakan Dr. Zakir Naik berkata,

“Non Muslim ADALAH musuh Islam”

Apakah benar Dr. Zakir Naik berkata begitu atau John telah memutarbelitkan perkataan Dr. Zakir Naik?

Boleh tonton video penerangan di :-

https://vt.tiktok.com/ZSNypPrNX/

islamophobiamalaysia

09/11/2023

Tahniah NST Online berjiwa besar menukar perkataan H*m*s militants kepada fighters setelah ditegur.

Tahniah sahabat semua yang turut sama memantau media & medsos.

09/11/2023

PMX Anwar Ibrahim dah tegur di Parlimen kelmarin tetapi NST Online masih guna perkataan militan.

NST kebal & tak perlu ikut takrifan kerajaan?

07/11/2023

Nama saya disebut di Parlimen semalam tentang Islamofobia. In Sha Allah, video respon menyusul di TikTok.

06/11/2023

"Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka p**a bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah yang diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi Meliputi PengetahuanNya."
(Al-Maaidah 5:54)

05/11/2023

BOIKOT

Saya tidak s**a membuat sesuatu keputusan berdasarkan emosi dan terburu-buru (gopoh) kerana Nabi Sallalahu Alaihi Wasalam mengatakan sikap terburu-buru itu daripada syaitan.

Biar lambat dalam membuat keputusan agar keputusan itu sesuai ddngan prinsip Islam daripada laju membuat keputusan sehingga tersalah menghukum mahupun bertindak.

Saya s**a membaca pandangan para alim ulamak dalam segala aspek.

Maka dalam aspek memboikot beberapa jenama yang dikatakan menyokong negara haram IsHell, terp**ang kepada individu untuk memboikot atau tidak.

Pelbagai sisi dan perkara perlu diberi pertimbangan oleh ulamak dalam mengeluarkan pandangan mereka. Yang ingin memboikot, silakan. Hak individu. Yang tidak memboikot, itu juga hak anda.

Yang tak eloknya adalah masing-masing saling memboikot sehingga terputus silaturahim & ukhwah sehingga tidak bertegur sapa. Dari Abu Ayyub radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,

“Tidak halal bagi muslim memutuskan persahabatan dengan saudaranya lebih dari tiga malam. Mereka bertemu, lalu seseorang berpaling dan lainnya juga berpaling. Yang paling baik di antara keduanya adalah yang memulai mengucapkan salam.”
(Muttafaqun ‘alaih) [HR. Bukhari, no. 6077 dan Muslim, no. 2560]

Yang penting adalah kita membuat keputusan dan melakukan sesuatu berdasarkan ilmu setelah menimbangtara kesan baik dan buruk jangka pendek & jangka panjang.

Ini sekadar pandangan peribadi yang tidak memaksa mana-mana sahabat untuk mengikutinya. Wallahualam..

*For the record, saya tidak lagi ke Starbucks, Coca Cola & sebagainya.

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 03/11/2023

Kita boleh berbeza pendapat tetapi sehingga menuduh saya memfitnah, itu sudah melampau.

Saya telah berbincang dengan peguam saya dan memberikan masa 24 jam kepada bekas calon PH di Kuala Krai, Syam Gaz atau nama sebenarnya Mohd Hisyamuddin Ghazali untuk menarik balik tuduhannya serta meminta maaf secara terbuka.

Jikalau beliau enggan melakukannya, maka peguam saya akan memulakan tindakan undang-undang terhadap beliau.

Saya bersungguh-sungguh mempertahankan pendirian PMX, kerajaan & juga Kementerian Pendidikan Malaysia dalam menganjurkan Minggu Solidariti Palestin yang diserang bukan sahaja dari pembangkang tetapi dari juga ahli politik & parti politik di dalam Kerajaan Perpaduan!

Kalau saya anti kerajaan, kenapa saya perlu mempertahankan Minggu Solidariti Palestin yang merupakan inisiatif PMX, kerajaan & KPM?

Prinsip saya mudah, saya bukan ahli politik ataupun ahli kepada mana-mana parti politik. Siapa nak berpolitik, silakan. Itu hak anda. Apa yang betul & baik datang dari kerajaan atau pembangkang, saya akan sokong kerana prinsip saya ialah menyokong mana yang betul & baik menurut perspektif agama Islam.

Beliau mempunyai masa sehingga jam 11malam 3/11/2023 untuk menarik balik tuduhan serta meminta maaf. Jangan lupa kenyataan YB Menteri KPM di Parlimen semalam;

“Jangan sedih kalau ada ada sekolah tidak ada takbir, tidak ada qunut nazilah. Ada sebab kenapa ia berlangsung dalam suasana….”

03/11/2023

Malaysiakini versi Bahasa Tamil gelas H*M*S sebagai pengganas dalam laporannya!

Malaysiakini memang tak perlu ikut takrifan kerajaan Malaysia tetapi ikut takrifan media antarababangsa? Malaysiakini berpusat di Malaysia atau di Israel?

Jabatan Penerangan Malaysia sila panggil & tegur Malaysiakini ini.

*Ingat kami hanya ada team pemantau media Cina & Inggeris sahaja? Bahasa Tamil & Urdu pun kami ada. WE ARE WATCHING YOU 👁️👁️👁️👁️

Bagi yang ingin menyokong usaha kami untuk terus memantau media-media Islamofobia serta usaha dakwah kami, boleh salurkan sokongan bulanan atau ‘one-off’ menerusi link ini;- https://support.my-mrm.org

Atau di;-

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

03/11/2023

Program Pendidikan Pertahanan China 🇨🇳

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 02/11/2023

[MEDIA TEMPATAN BERBAHASA CINA TIDAK LAGI MERUJUK H*M*S SEBAGAI PENGGANAS]

Alhamdulilah.

Pembongkaran demi pembongkaran tentang bagaimana media berbahasa Cina menggelar S*M*H sebagai militan & radikal walaupun takrifan rasmi kerajaan adalah pejuang & akhirnya, mereka terpaksa akur dengan tidak lagi kengelar sebagai militan ataupun radikal tetapi diganti dengan pejuang atau Kump**an S*M*H Palestin.

Team kami bekerja keras memantau & menterjemah berita serta komen di media berbahasa Cina sebagai kesedaran kepada majoriti Melayu Muslim yang tidak tahu membaca Bahasa Cina.

Tidak dilupakan sokongan sahabat semua dengan berkongsikan terjemahan & kajian kami di medsos masing-masing.

Diharapkan sahabat semua terus menyokong kami secara konsisten bagi membolehkan team kami terus fokus pada gerak kerja ini.

Bagi yang ingin menyokong usaha kami untuk terus memantau media-media Islamofobia serta usaha dakwah kami, boleh salurkan sokongan bulanan atau ‘one-off’ menerusi link ini;- https://support.my-mrm.org

Atau di;-

MAYBANK
Pertubuhan Mualaf Berbilang Bangsa Kuala Lumpur dan Selangor
5648 1052 0353

02/11/2023

Anda bersikap neutral dalam keganasan & kezaliman Zionis terhadap Palestin? This is for you!

Credit :

02/11/2023

Kerana nafsu, mulut merasa,
Kerana samsu, kepala terasa,
Kerana pulut, santan binasa
Kerana mulut, poket binasa.

Peringatan kepada mereka semua di luar. Tak setuju, kritik dengan fakta bukan fitnah. Kalau berani nak memfitnah, maka beranilah berhadapan dengan fitnah dan padahnya.

01/11/2023

[Dengan sarikata Bahasa Cina]

“Kristian, Buddhist, Hindu, PENYEMBAH BERHALA, tidak layak untuk hidup.” - Rabbi Yahudi
”基督徒、佛教徒、印度教徒、偶像崇拜者没资格生存。“ - 犹太拉比

Mesej dari Rabbi Yahudi untuk Kristian, Buddhist, Hindu & PENYEMBAH BERHALA. Rabbi Yahudi tidak menamakan Muslim di dalam ucapannya.
犹太拉比给基督徒、佛教徒、印度教徒和偶像崇拜者的信息。这位犹太拉比在讲话中没有提到穆斯林。

Boleh follow & download gambar serta video High Resolution yang kami hasilkan di Telegram rasmi saya: https://t.me/brofirdauswong

01/11/2023

Negara Arab paling miskin memulakan serangan terhadap rejim Zionis membantu Palestin. Benarlah kekayaan itu telah memiskinkan jiwa umat.

Semoga Allah membantu mereka dalam membantu Palestin & semoga lebih banyak negara turut sama membantu Palestin. Allahuma Ameen

*Boleh download gambar serta video High Resolution yang kami hasilkan di Telegram rasmi saya: https://t.me/brofirdauswong

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 01/11/2023

Ini adalah 6 isu atau persoalan yang timbul dari Poster ‘Dont’s Minggu Solidariti Palestin KPM’ yang dikongsikan YB Fadhlina Sidek

Dalam perkara pertama menyebut

1. Hindari retorik ekstrimis
Jangan menggunakan atau simbol yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan. Contohnya; senjata api, pedang, tombak!

Dalam perkara pertama ini sahaja ada 3 isu yang bermasalah.

PERTAMA;-
Simbol apa yang boleh dilihat sebagai provokatif atau menyokong keganasan? KPM perlu perincikan. Bagi sesetengah pelajar, simbol roket juga boleh dilihat sebagai simbol keganasan jikalau ada yang merasakan mafla atau bandana menutup muka ala S*M*H itu sebagai provokatif.

KEDUA;-
Ini adalah prinsip yang tidak konsisten kerana semasa sambutan Hari Kebangsaan, ramai kanak-kanak berpakaian seperti tentera serta membawa senjata api mainan ke sekolah. Adakah mereka juga dikira provokatif dan menyokong keganasan?

Bukankah antara tujuannya adalah menaikkan semangat cintakan negara dan keinginan menjadi pahlawan mempertahankan negara di kalangan anak muda.

Apakah selepas ini prinsip yang sama akan digunakan dalam sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan ataupun sambutan lain di sekolah di mana senjata mainan atau berpakaian tentera tidak dibenarkan?

Takrifan rasmi Kerajaan Malaysia pada S*M*H adalah mereka adalah PEJUANG. Maka memakai mafla atau bandana menutup muka bukannya provokatif atau menyokong keganasan sebagaimana kata Nga Kor Ming.

KETIGA;-
Bagaimana p**a dengan Sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah baru baru ini di mana kita dapat melihat pelajar dari Sekolah Jenis Kebangsaaan Cina Pandamaran memakai pakaian COSPLAY dan ada di antara mereka yang membawa pedang, tombak, panah dan senjata mainan lain. Apakah memakai pakaian cosplay seperti ANIME itu tidak provokatif dan menyokong keganasan sedangkan kita tahu di dalam cerita anime penuh dengan adegan pergaduhan dan pembunuhan?

Persoalannya adalah, kenapa prinsip double standard di antara Minggu Solidariti Palestin & sambutan hari Kebangsaan serta pemakaian COSPLAY bersenjata di SJKC Pandamaran?

KEEMPAT;-
dalam perkara 2 dalam poster dinyatakan;

"Elakkan menyalahkan individu atau agama: Jangan generalisasi atau menyalahkan seluruh kelompok atau agama tertentu atas tindakan segelintir individu."

Jikalau individu seperti PM Israel Benjamin Netanyahu, Presiden US Joe Biden dan beberapa ahli kongres dan politik dari US yang jelas menyokong keganasan Zionis, maka mereka semua perlu dipersalahkan dan diberitahu kepada pelajar-pelajar akan kesalahan mereka dalam Minggu Solidari Palestin ini agar kelak para pelajar tidak menjadi pendokong kepada kezaliman dan bersuara membantu orang yang dizalimi!

KELIMA;-
dalam perkara 6 disebut,

"Jangan hanya menonjolkan perspektif satu pihak: Walaupun tujuan untuk menunjukan solidariti kepada Palestin, cuba memberikan gambar yang berimbang tentang situasi."

Selama ini, masyarakat dunia disajikan dengan hanya satu perspektif iaitu perspektif Zionis & YB Menteri sendiri pasti tahu bagaimana media Barat mendiamkan berita penderitaan rakyat Gaza & Palestin serta menonjolkan mereka sebagai pengganas.

Inilah masanya untuk pelajar sekolah didedahkan dengan 'whats really happened on the ground' yang jarang dipertontonkan kepada dunia oleh media barat & kebanyakkan media berbahasa Cina & Inggeris di Malaysia ini.

Sebagaimana kata Desmond Tutu,

“Jikalau kamu bersikap neutral ketika terjadinya kezaliman, kamu sebenarnya telah berpihak kepada pihak yang zalim. Jikalau seekor gajah memijak ekor tikus dan kamu mengatakan kamu adalah neutral, tikus itu tidak akan dapat menghargai sikap neutral anda itu. “

Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan Malaysia telah bersuara dan sangat jelas kita tidak neutral dalam kezaliman. Sebab itulah diadakah Minggu Solidariti Palestin kerana kalau kita neutral, kita akan hanya mengadakan Minggu Solidariti tanpa menyebut mana-mana negara!

Dan kerana ketegasan PMX & kerajaan menyokong Palestin, maka Amerika Syarikat telah memberikan 3 notis tata tindak kepada Malaysia.

So, YB Menteri, "lets be truthful not neutral."

KEENAM;-
dalam perkara 7 disebut;-

"Elakkan menggunakan simbol atau ikon yang boleh menimbulkan kontroversi : Ini termasuk bendera, slogan, atau gambar yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain."

KPM perlu perincikan simbol atau ikon apa yang boleh menimbulkan kontroversi serta bendera, slogan atau gambar apa yang mungkin menyinggung perasaan pihak lain kerana dengan poster yang 'half past six' begini menyebabkan ada sesetengah guru atau PPD yang saya gelar sebagai Little Napoleon yang memberikan pelbagai arahan sehingga tidak dibenarkan takbir, tidak dibenarkan qunut nazilah, tidak boleh dibawa bendera Palestin dan sebagainya.

Menyinggung perasaan orang lain luas tafsirannya YB & KPM!

Perasaan siapa yang dimaksudkan? Perasaan orang yang menyokong Minggu Solidariti Palestin atau perasaan mereka yang membantah Minggu Solidariti Palestin seperti Jiao Zong & ibubapa SJKC Sungai Way yang mengugut untuk tidak menghantar anak mereka ke sekolah kerana membantah Minggu Solidariti Palestin?

Adakah Nga Kor Ming menjaga perasaan majoriti ibubapa Muslim apabila dia menulis;

“Sekolah bukan tempat untuk konflik, fahaman ekstrimisme dan keganasan” lalu disertakan gambar pelajar pelajar memegang senjata mainan dan memakai bandana menutup muka?

Kita boleh setuju untuk tidak bersetuju tentang isu membawa senjata mainan ke sekolah tetapi prinsip ini (senjata mainan) perlu konsisten (tidak boleh juga ada senjata mainan dalam sambutan Hari Kebangsaan, Hari Pahlawan & COSPLAY) & jangan hanya kerana membawa senjata mainan maka disebut fahaman ekstrimisme & keganasan!

Mungkin semua ini bukan salah YB Menteri atau KPM tetapi YB Menteri & KPM juga mesti bertanggungjawab di atas tindakan little napoleon yang memberikan pelbagai arahan berbeza sehingga pendirian PMX dan kerajaan yang tegas dalam isu ini disalahtafsir dan dipolemikkan disebabkan poster half past six sebegini.

01/11/2023

Versi Bahasa Cina

Apabila kamu pemilik asal
当你是土地拥有者
Kamu kekal pertahankannya
你坚持守护它

Apabila kau hanya pendatang dan pencuri
当你只是外来者和小偷
Kau cabut lari
你就滚

Boleh follow & download gambar serta video High Resolution yang kami hasilkan di Telegram rasmi saya: https://t.me/brofirdauswong

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 31/10/2023

TERKINI!

Al Jazeera melaporkan lebih 100 orang awam Palestin mati dibom di perkhemahan Jabalia oleh rejim Zionis. Mayat dan mangsa dikumpulkan di Hospital Indonesia Gaza.

Innalilah Wa Inna Ilahi Rajiun

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 31/10/2023

Takbir pun tak boleh!!!

Ini bukan hearsay tetapi perkongsian dari YDP PIBG.

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 31/10/2023

“70% netizen menyokong ibubapa SJKC Sungai Way membantah Minggu Solidariti Palestin dan tidak menghantar anak mereka ke sekolah.”

Semasa status ini ditulis pada jam 10.41pm, team pemantauan media Cina kami mendapati terdapat lebih kurang 4,600 ‘Like’, 1,400 komentar & 357 shares bagi laporan ini.

Secara kasar, team pemantau media Cina kami mendapati lebih kurang 70% netizen menyokong tindakan ibubapa SJKC Sungai Way membantah Minggu Solidariti Palestin & mengugut tidak menghantar anak mereka ke sekolah.

Ini antara komentar mereka yang telah diterjemahkan oleh team kami.

Photos from Firdaus Wong Wai Hung's post 31/10/2023

“Minggu Solidariti Palestin Bukan Program Wajib . Perlu Jaminan Tiada Tindakan Terhadap Sekolah yang Enggan menganjurkannya” - Presiden Jiao Zong

“Minggu Solidariti Palestin: Ibubapa SJKC Sungai Way Bantah & Ugut Anak Tidak Akan Hadir Ke Sekolah!”

Kedua-dua laporan ini disiarkan oleh 马来西亚星洲日报 Malaysia Sin Chew Daily.

Dengan ibubapa bantah & ugut tidak akan hadir ke sekolah kerana enggan bersama dalam Minggu Solidariti Palestin, apakah ini akan menyebabkan pada masa akan datang ibubapa lain p**a akan mengugut KPM & tidak mahu menghantar anak ke sekolah apabila keputusan KPM itu mereka tidak s**ai?

Kalau boleh ugut-ugut begitu, bagi saya secara peribadi OK je. Selepas ini kerajaan tak payah susah-susah nak fikir bagi dana kepada mereka & ambil balik semua sekolah vernakular ini untuk dijadikan sekolah kebangsaan sahaja.

Cadangan saya ialah apa kata mereka yang tak nak ikut peraturan KPM, mungkin boleh daftarkan anak mereka di sekolah swasta atau antarabangsa?

Mungkin dana yang selama ini kerajaan peruntukkan untuk sekolah vernakular boleh digunakan untuk fokus pada sekolah kebangsaan sahaja?

Ada tak kedua-dua laporan Sin Chew dalam Bahasa Cina ini juga dilaporkan oleh media berbahasa lain? Saya percaya ada juga media lain laporkan juga..

Want your public figure to be the top-listed Public Figure in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

Program Pendidikan Pertahanan China 🇨🇳#solidaritipalestin #kementerianpendidikanmalaysia #fadhlinasidek #ngakorming #mca...
[Dengan sarikata Bahasa Cina]“Kristian, Buddhist, Hindu, PENYEMBAH BERHALA, tidak layak untuk hidup.” - Rabbi Yahudi”基督徒...
Negara Arab paling miskin memulakan serangan terhadap rejim Zionis membantu Palestin. Benarlah kekayaan itu telah memisk...
“Kristian, Buddhist, Hindu, PENYEMBAH BERHALA, tidak layak untuk hidup.” - Rabbi Yahudi
Bodohnya wayang Zionis ni.Ya Allah, maaf dah takde perkataan lebih baik dah. Zionis yang potong bekalan elektrik ke Gaza...
Warga Malaysia patriotik ini mahu malu dipanggil bangsa India dan mahu menukar bangsanya di JPN.#malaysiaindian #malaysi...
“Hantar kami ke Gaza untuk berperang” - Ekstrimis Hindu desak Israel. Lihat respon Rabbi Yahudi.“Enlist us to fight in G...
Israel membelanjakan $7.1juta untuk kempen iklan di YouTube sahaja bagi menyakinkan dunia bahawa ‘genocide’ yang berlaku...
Pro #israel rally vs Pro #palestine #gaza rally around the world#israeli #hamas #visitisrael #telaviv #jerusalem #chinap...
This is how #hamas ‘tortured’ #israeli #israel hostages. #visitisrael #telaviv #jerusalem #hebron #westbank #cnn #bbc #f...
Israel mengebom salah satu gereja tertua dunia di Gaza!*Dengan sarikata Bahasa Melayu & Cina#israel #visitisrael #israel...
“Kita semua adalah syuhada. Ini adalah tanah Jihad!” - Rakyat PalestinKredit : @doamuslims #firdauswong #brofirdauswong ...

Category

Telephone

Address


Kuala Lumpur

Other Authors in Kuala Lumpur (show all)
K.C. See K.C. See
Kuala Lumpur

KC is dedicated to helping individuals achieve financial independence through education and coaching

许友彬 许友彬
Kuala Lumpur

作者

Joey Yap Joey Yap
Kuala Lumpur

We help people and businesses make better decisions, create lasting change and write their stories.

BaziChic BaziChic
Kuala Lumpur

Jo's motto, 'Live the life you love'. Founder of BaziChic.com, she helps people to find happiness an

Kaoru Kaoru
Kuala Lumpur

Kaoru's Official page

Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC) Ramlee Awang Murshid Fan Club (RAMFC)
Kuala Lumpur

RAMFC ditubuhkan pada tahun 2007 untuk memberi sokongan kepada Penulis Thriller RAMLEE AWANG MURSHID.

Lord Vlad Lord Vlad
Kuala Lumpur, NIL

sentiasa berfikiran +ve... hehe http://lordvladmenulis.blogspot.com/

Jam Tangan Jepun - 日本の時計 Jam Tangan Jepun - 日本の時計
32, Jalan Kaskas 4 Taman Cheras Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 56100

546.951 Followers

YalinSee 雅契子 YalinSee 雅契子
Kuala Lumpur

✓Story Writer ✓Comic Artist ✓Painting ✓Not allow sharing my work in other place/social media without my permission. TQ My commission price start from rm150. If your budget is b...

NurHanis Amira NurHanis Amira
Kuala Lumpur