Al-Irsyad D'Tasik

Aktiviti Pendidikan dan Kerohanian Warga SMK Seri Tasik

Photos from Al-Irsyad D'Tasik's post 30/03/2023

Salam Sayyidul Ayyam

Program Bacaan Yassin
Setiap pagi Jumaat
SMK Seri Tasik

30/03/2023

Rabbi Yasser wala tuasir 🤲

Jumpa esok semua... InsyaAllaah

24/03/2023

*السلام عليكم ورحمة الله وبركاته*

*بسم الله الرحمن الرحيم*

🗳️ *Infaq Ramadhan* 🗳️

🕸️Jom sama² merebut tawaran berganda dengan menambah saham akhirat, melalui berbahagi rezeki yg Allah kurniakan kepada kita.

🕸️Tujuan memohon sumbangan :
i. Menyediakan bubur lambuk untuk diagihkan kepada semua pelajar
ii. Menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada pelajar miskin/anak yatim.
iii. Memudahkan pelaksanaan aktiviti Ihya' Ramadan peringkat sekolah

Sumbangan anda boleh disalurkan melalui

💚online transfer, ke :
*Akaun Surau*
Surau SMK Seri Tasik
BANK ISLAM : *14256010031064*
*Ref*: Infaq Ramadan

*ATAU*

💚Di kaunter yang berada di hadapan Koperasi SMK Seri Tasik, setiap hari pada waktu rehat.

*Atau*

💚 secara tunai kepada :
Ustazah Rosnani
http://www.wasap.my/60146657801/infaqramadan

💖Semoga Allah memberikan ganjaran syurgawi terindah buat para penyumbang🤲🏻
Jazakallahu khairan kasira

MONTAJ PELANCARAN IHYA RAMADAN 2022 SMK SERI TASIK 19/04/2022

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

🗳️ Infaq Ramadhan : SUMBANGAN DUIT RAYA KHAS UNTUK MURID ANAK YATIM DAN MISKIN 🗳️

Masih belum terlewat untuk merebut peluang memberi sumbangan Idul Fitri kepada warga Seri Tasik yg memerlukan.

💕Duit Hari Raya akan diserahkan pada 28 April (Khamis).

💕Ayuh menyumbang melalui :

💚 Online transfer
Akaun Surau
Surau SMK Seri Tasik
BANK ISLAM : 14256010031064
Ref : Infaq Ramadan

💚Atau Secara tunai kepada :
Ustazah Rosnani
http://www.wasap.my/60146657801/infaqramadan

Moga Allah memberi ganjaran selayaknya buat para penyumbang sekalian. In sha Allah.

Jom sama² kita realisasikan hasrat ini. 😊

https://youtu.be/8q1wnurRh14

MONTAJ PELANCARAN IHYA RAMADAN 2022 SMK SERI TASIK

30/03/2022

Program ini akan dijalankan pada jam 7.30 pagi

11/11/2021

Majlis ini merupakan salah satu aktiviti daripada program Bulan Tarbiyah SMK Seri Tasik. Aktiviti -aktiviti yang dijalankan pada Bulan Tarbiyah merupakan proses pendidikan berbentuk kerohanian yang dijalankan selama sebulan hasil inisiatif Panitia Pendidikan Islam dalam rangka mewujudkan ‘biah’ atau suasana Islami sepanjang sesi persekolahan. Usaha ini dijalankan bagi memberi kesedaran tentang pentingnya Islam untuk diamalkan pada diri warga SMK Seri Tasik. Majlis Penutupan ini akan disempurnakan oleh Sahibus Samahah M***i Wilayah Persekutuan.

28/10/2021

Bersempena Bulan Tarbiyah 2021, pihak Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Tasik dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru membawakan perkongsian tentang pengurusan harta dalam Islam.

Justeru, pihak kami mengalu-alukan penyertaan daripada para ibu bapa dan guru, serta murid-murid, bagi mengambil seberapa banyak maklumat yang boleh diterjemahkan dalam bentuk tindakan.

28/10/2021

Sembang santai ini merupakan program kerjasama Pejabat M***i Wilayah Persekutuan dan SMK Seri Tasik Kuala Lumpur. Perkongsian ini akan disampaikan oleh Encik Muhammad Bin Nizam, Pegawai Hal Ehwal Islam, Bahagian Fatwa Unit Falak, Pejabat M***i Wilayah Persekutuan. Kandungan program ini amat sesuai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah, IPT, guru-guru dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang ilmu falak.

27/10/2021
20/10/2021

Bacaan Al-Kahfi & Ceramah Fiqh Wanita Sempena Bulan Tarbiyyah SMK Seri Tasik 2021. Ceramah akan disampaikan oleh Dr. Nurul Badriyah Ali

Selawat Tafrijiyah Merdu 19/10/2021

Selawat Tafrijiyah Merdu Kelebihan Mengamalkan Selawat Tafrijiyah1. Allah akan melenyapkan kesedihan, kesulitan serta bahaya yang menimpa dirinya.2. Allah akan memudahkan segala urus...

18/10/2021

🔖 KU DAMBA.. BERSAMAMU DI SYURGA

▫️Setiap kita pasti menginginkan Syurga, memperoleh redha Pencipta dan dapat bersama Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam tercinta.

▫️Semua itu berhajat kpd keimanan, amalan dan kesungguhan, bukan sekadar angan-angan.

▫️Rabiah bin Kaab Radhiyallahu Anh pernah suatu ketika tidur dan berkhidmat untuk Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam menyediakan bekas wuduk dan segala keperluan baginda. Lalu Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam berkata: "mintalah!".

Kata Rabiah radhiyallahu anh : "Wahai Rasulullah, Ku Pohon untuk bersamamu di Syurga". Jawab Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam : "Bantulah Aku (untuk menunaikan hasratmu ini dengan usaha daripada) dirimu sendiri dengan memperbanyakkan sujud". [Hadith Muslim, no.489].

▫️Al-Imam An-Nawawi rahimahullah mengatakan bahawa memperbanyakkan sujud bermaksud melazimi solat² sunat (Syarh Muslim Jil.4/206)

▫️Sebagaimana kisah Tsauban radhiyallahu anh yang bertanya tentang amalan yg boleh membawanya ke Syurga. Lantas Nabi Sallallahu Alayh wa Sallam menjawab : "Hendaklah kau perbanyakkan Sujud (solat sunat), kerana tidaklah seseorang sujud kepada Allah melainkan akan diangkat darjatnya dan dihapuskan dosa (kecil) nya". [Hadith Muslim, no.488].

Wallahu a3lam.

Abu Anas Ash-Shalami
Bulan Tarbiyah SMK Seri Tasik 2021

14/10/2021

Bersempena Bulan Rabiul Awwal, pihak Panitia Pendidikan Islam mengambil inisiatif ini bagi menanamkan kecintaan seluruh warga sekolah kepada junjungan mulia Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam. Antara aktiviti yang akan dijalankan dalam majlis ini adalah :

1. Bacaan Surah Yaasin oleh Saudara Imran Yusuf bin Khairuddin
2. Ceramah Maulidurrasul oleh Al-Fadhil Al-Ustaz Mohamad Afandi bin Che Harun (Penolong Pengarah Kanan Bahagian Perkahwinan dan Pembangunan Keluarga, JAWI)
3. Montaj Pengenalan Program Bulan Tarbiyah 2021.

Semoga dengan kehadiran tuan / puan dapat menyemarakkan lagi kecintaan kita kepada Nabi Muhammad Sallallahu Alayh wa Sallam.

'Dia' sentiasa sudi | Harian Metro 01/10/2021

'Dia' sentiasa sudi | Harian Metro ALLAH SWT sentiasa sudi dengan kita. Dia menanti kita kembali kepada-Nya.

🔴 [LIVE] PENDIDIKAN ISLAM TING. 1,2 DAN 3 KETAATAN MALAIKAT OLEH USTAZAH HUDA #05 #TUISYENPERCUMA 01/10/2021

🔴 [LIVE] PENDIDIKAN ISLAM TING. 1,2 DAN 3 KETAATAN MALAIKAT OLEH USTAZAH HUDA #05 #TUISYENPERCUMA TUISYEN AYU - PERCUMA!Pusat tuisyen PERCUMA pertama di Malaysia yang membawakan kepada anda guru-guru PAKAR dari ...

25/09/2021

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-618 : APAKAH DEFINISI SEBENAR NAFKAH TEMPAT TINGGAL BAGI ISTERI?

SOALAN

Salam dato’. Kalu pasangan suami isteri, suami tak sediakan rumah untuk isteri dan tinggal dengan mak mertua. Adakah suami dikira sebagai menyediakan nafkah tempat tinggal kepada isteri? Mohon penjelasan.

RINGKASAN JAWAPAN

Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Hal ini merupakan ijma’ fuqaha atau sepakat para ulama fiqh. Selain itu, kebanyakan ulama fiqh berpandangan bahawa suami wajib menyediakan kediaman khusus untuk isterinya yang mana tiada keluarga yang lain di rumah tersebut. Oleh kerana itu, sekiranya suami menyediakan tempat tinggal satu rumah dengan ibu bapanya maka isteri dibolehkan untuk tidak menetap bersama suami. Ini kerana, nafkah tempat tinggal merupakan hak peribadi isteri bagi diri dan hartanya. Namun di sana mesti dilihat bahawa nafkah yang diberi perlu diukur mengikut kemampuan suami, dan suami wajib berusaha bagi memenuhi nafkah tempat tinggal ini.

Untuk bacaan lanjut sila klik dipautan berikut: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4983-irsyad-al-fatwa-siri-ke-618-apakah-definisi-sebenar-nafkah-tempat-tinggal-bagi-isteri

23/09/2021

Program Kerohanian ini adalah anjuran Panitia Pendidikan Islam SMK Seri Tasik. Pada sesi kali ini, Al-Fadhil Al-Ustaz Mohd Jaffry akan menyampaikan Tazkirah bertajuk : Best Friend Forever Hingga Ke Syurga. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

21/09/2021

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-617 : HUKUM PERKAHWINAN SEPUPU

SOALAN

Saya ingin bertanya, apa hukum kalau seseorang mengahwini anak kepada kazen sendiri, contoh Si A dan Si B ini kazen sama nenek, dan si B ini ingin kahwin dengan Anak si A ini. Mohon penjelasan. Kerana ada saudara yang bertanya takut salah dalam agama. Terima kasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Perkahwinan di antara sepupu adalah harus di sisi syarak. Kerana sepupu tidak termasuk dikalangan mahram (haram bernikah). Namun, syarak menggalakkan supaya bernikah dengan wanita asing (selain kerabat) kerana zuriat dan keturunan yang dilahirkan lebih sihat dan kuat.

Untuk bacaan lanjut sila klik dipautan berikut: https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4982-irsyad-al-fatwa-siri-ke-617-hukum-perkahwinan-sepupu

21/09/2021

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE - 616: HUKUM TANAM KANTA LEKAP (IMPLANTABLE CONTACT LENS)

SOALAN

Assalammualaikum, Saya ada masalah rabun yang teruk dan tidak selesa untuk memakai cermin mata. Namun, kaedah pembedahan lasik mata tidak sesuai bagi mereka yang rabun berkuasa tinggi . Justeru, kaedah untuk menyelesaikan rabun yang sangat tinggi adalah menanam kanta lekap pada mata saya. Persoalannya, bolehkah menanam kanta lekap pada mata yang bersifat kekal? Tambahan p**a, sekarang dah ada pilihan kanta lekap yang ditanam dimata yang tiada unsur khinzir. Mohon pencerahan S.S M***i

Ringkasan Jawapan:

Rawatan alternatif menanam kanta mata (implantable contact lens) ICL adalah dibolehkan bagi tujuan merawat rabun yang tinggi dengan memenuhi syarat-syarat berikut :

1. Warna contact lens yang dipilih mestilah sama dengan warna asal kanta mata.
2. Tidak mendatangkan sebarang kesan mudarat.
3. Memastikan memilih sumber bahan yang suci namun haram memilih ICL yang terdapat unsur najis khinzir kerana bukan kategori darurat.

Artikel penuh menerusi pautan rasmi PMWP berikut :
https://www.muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4980-irsyad-al-fatwa-siri-ke-616-hukum-tanam-kanta-lekap-implantable-contact-lens

19/09/2021

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-615 : HUKUM NAFKAH ISTERI YANG DICERAIKAN

SOALAN

Salam Dato’. Adakah suami wajib memberi nafkah selepas menceraikan isteri?

RINGKASAN JAWAPAN

Wanita yang telah bercerai pada asasnya berhak mendapat nafkah dalam tempoh idahnya daripada bekas suaminya berdasarkan kepada beberapa syarat. Nafkah yang dimaksudkan tersebut adalah merangkumi makanan, pakaian dan tempat tinggal. Hak nafkah idah terhadap isteri yang diceraikan adalah bergantung kepada kedudukan idah dalam sesuatu talak itu sendiri iaitu sama ada idah tala raj’i, idah talak ba’in atau idah kematian.

Untuk bacaan lanjut, sila klik pautan berikut:https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/4979-irsyad-al-fatwa-siri-ke-615-hukum-nafkah-isteri-yang-diceraikan

Photos from Al-Irsyad D'Tasik's post 18/09/2021

Persatuan Pendidikan Islam (Modul Falak) SMKST - ISTILAH FALAK : Perkongsian daripada Pejabat M***i Wilayah Persekutuan

17/09/2021

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-614: HUKUM MELASTIK AYAM JIRAN YANG MENCEMARKAN KAWASAN KEDIAMAN

Soalan

Apakah hukum lastik ayam jiran yang kerap berak dalam kawasan kediaman kita dan ayam tersebut setelah di lastik jatuh ke dalam banjir kemudian mati?

Jawapan Ringkas

Perbuatan mengusir binatang daripada kawasan kediaman sehingga menzalimi binatang tersebut seperti melastik ayam adalah berdosa. Perkara ini mesti dihindari kerana telah disebutkan dalam suatu hadis orang yang menzalimi binatang akan mendapat balasan daripada Allah SWT.

Untuk bacaan lanjut, sila rujuk pautan berikut: https://bit.ly/3zhkTvm

10/09/2021

Program bacaan Yasin dan perkongsian ilmu secara langsung dari Mekah bersama AF Ustaz Syed Putra Haizam Bin Syed Hasyim. Siri terakhir daripada Ibrah Hijrah: Perjalanan Yang Menggoncang Hati.

TEKNIK MENJAWAB & PENATARAN SPM TASAWWUR ISLAM KSSM |USTAZ MOHD KAMIL BIN ISMAIL 04/09/2021

Assalamualaikum
🌹🌹🌹🌹🌹🌹🌹

🔴 BENGKEL KECEMERLANGAN
SPM TASAWWUR ISLAM

ANDA INGIN CEMERLANG, KENA BELAJAR DARI ORANG HEBAT.
JANGAN LEPASKAN PELUANG INI.

Jom semua guru Tasawwur Islam dan pelajar tingkatan 4 & 5 seluruh negara dijemput hadir .

🎯 Tarikh : 05 September 2021
🎯 Hari : Ahad
🎯Masa : 02.30 - 04.30 PTG
🎯Platform : YouTube Live

Sila Klik Pautan :

https://youtu.be/1a9M_maK2L8

Semoga Pelajar Cemerlang mendapat A+ dalam TASAWWUR ISLAM, SPM 2021.
🏹🏹🏹🏹
Silakan share kepada seberapa ramai rakan² anda supaya semua calon Tasawwur Islam 2021 adalah CEMERLANG.

TEKNIK MENJAWAB & PENATARAN SPM TASAWWUR ISLAM KSSM |USTAZ MOHD KAMIL BIN ISMAIL Dijemput semua pelajar dan guru- guru menyertai program live bersama tetamu istimewa kita . Program anjuran SMK Putrajaya Presint 8(1) WP Putrajaya sebagai i...

03/09/2021

Majlis Bacaan Yasin & Halaqah Tafqquh Fiddin SMK Seri Tasik 3 September 2021. Ceramah oleh AF Ustaz Syed Putra Haizam Bin Syed Hashim dengan tajuk Ibrah Hijrah : Perjalanan Yang Mengoncang Hati (Siri ke 4)

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

BACAAN YAASIN & PERKONGSIAN CELIK PUSAKA : PERGI SEBELUM SEDIA ?
SEMBANG SANTAI FALAK : FENOMENA ALAM DAN KAITANNYA DENGAN ILMU FALAK
Majlis Bacaan Yaasin & Halaqah Tafaqquh Fiddin SMK Seri Tasik
BACAAN YASIN & HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN 10 JUN 2021 SMK SERI TASIK
MAJLIS BACAAN YASIN & HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN SMK SERI TASIK 3 SEPTEMBER
Bacaan Yasin & Halaqah Tafaqquh fiddin
Program Maal Hijrah SMK Seri Tasik
MAJLIS BACAAN YAASIN & HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN
BACAAN YASIN & HALAQAH TAFAQQUH FIDDIN 30 JULAI 2021
CERAMAH KEIBUBAPAAN PELAJAR SPM
Majlis Bacaan Yasin & Halaqah Tafaqquh Fiddin 16 Julai 2021
CERAMAH CYBER CRIME

Category

Website

Address


Kuala Lumpur
56000

Other Tutors/Teachers in Kuala Lumpur (show all)
Perhidmatan wang ajaib Perhidmatan wang ajaib
SEKOLAH SI KUALA LUMPUR TINGKAT SMP Beralamat Di LORONG TUN ISMAIL NO. 1 KUALA LUMPUR, MALAYSIA, KUALA LUMPUR, . .
Kuala Lumpur, 50480

Untuk Konsultasi Silahkan Hubungi Habib Sambun Roso di Nomor WhatsApp +6281243272887

赵老师历史讲堂 赵老师历史讲堂
Kuala Lumpur

2020年,疫情之下,在YouTube创建了历史教学频道《赵老师历史讲堂》。 同年,在FB开创此专页,以文会友。自此,以赵老师的身份在网络游走。

AdikComel ChefDave AdikComel ChefDave
Kuala Lumpur

AC just nak share lifestyle with uollsss. Hate has no home in here (◠‿◕)

Teacher FARA Teacher FARA
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050

Emily's Musi6 Corner Emily's Musi6 Corner
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur

Never too late to learn an instrument A corner to share...learn....and care.... *学习~分享~乐*

NURUL AULIA NURUL AULIA
SEKOLAH SI KUALA LUMPUR TINGKAT SMA. NPSN, : 90101019. Alamat, : No. 1 Lorong Tun Ismail
Kuala Lumpur, 50480

Untuk Konsultasi Silahkan Hubungi Habib Sambun Roso di Nomor WhatsApp +6281243272887

Anugerah Bimbingan Mengaji Anugerah Bimbingan Mengaji
Kuala Lumpur

Pemerkasaan Pendidikan Al-Quran , Kelas Al-Quran dan Iqra’ dengan Bimbingan Guru

Portuguese classes online Portuguese classes online
Kuala Lumpur, 50480

Portuguese classes online for adults and children.

超级辅成教育中心(Kajang加影分院) 超级辅成教育中心(Kajang加影分院)
NO. 20-1 , Jalan Metro Avenue 2, Metro Avenue, Kajang
Kuala Lumpur, 43000

超级辅成 是辅成教育中心第4分校。与超级连锁教育集团合作,致力于提供?

Batman Tuition Centre Batman Tuition Centre
Kuala Lumpur

SMART BRAIN Bukit Jalil & Bandar Puteri Puchong SMART BRAIN Bukit Jalil & Bandar Puteri Puchong
NO 11-15-1, Jalan Jalil Perkasa 15
Kuala Lumpur, 57000

SMART BRAIN™️ is a children whole brain training platform, we have been training and researching about the 10 areas of children whole brain development for the past 25 years. We ha...

Al Ghazali Edu2tion Al Ghazali Edu2tion
SRITI AL-JUNDI, No. 7A, Jalan Mawar 3, Taman Mawar
Kuala Lumpur, 56100

Menyediakan perkhidmatan Pusat Tusyen, Online dan Home Tusyen yang interaktif dengan nilai-nilai islamik ketika dalam sesi pembelajaran.