JHEV ATM

Tiktok: https://www.tiktok.com/@jhevatm
IG: https://www.instagram.com/jhevatm/
Telegram: https://t.me/jhevatmHQ

Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM ditubuhkan di bawah Kementerian Pertahanan selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 11 Oktober 2000. JHEV telah memulakan operasi pada 1 Januari 2001 bertempat di 301, Medan Tuanku, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Jabatan ini dipertanggungjawabkan untuk membantu dalam meningkatkan taraf sosioekonomi dan memelihara kebajikan pesara tentera setelah menamatkan perkhidmatan dalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Photos from JHEV ATM's post 02/11/2024

๐๐„๐๐‰๐„๐‹๐€๐’๐€๐ ๐ˆ๐’๐” ๐ƒ๐€๐Š๐–๐€๐€๐ ๐’๐„๐Ž๐‘๐€๐๐† ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐“๐ˆ๐ƒ๐€๐Š ๐๐„๐‘๐๐€๐‡ ๐Œ๐„๐๐ƒ๐€๐๐€๐“ ๐’๐„๐๐€๐‘๐€๐๐† ๐๐€๐๐“๐”๐€๐ ๐Š๐„๐‘๐€๐‰๐€๐€๐

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿญ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM) mengambil maklum berhubung satu dakwaan mengenai seorang Veteran ATM dipinggirkan daripada sebarang bantuan kerajaan yang tular melalui platform media sosial Tik Tok.

Pihak jabatan ingin memberikan penjelasan bahawa Veteran ATM berkenaan iaitu Kpl. Abdul Rahim bin A Karim merupakan seorang penerima bagi dua (2) jenis pencen yang dibayar secara bulanan melalui jabatan ini iaitu Pencen Perkhidmatan dan Pencen Hilang Upaya (PHU) akibat kecederaan semasa bertugas. Beliau juga turut menerima Bayaran Insentif Khas Insurgensi secara bulanan.

Pihak kerajaan sentiasa prihatin dengan aspek kebajikan Veteran ATM. Kendati pun veteran yang dinyatakan telah lama meninggalkan perkhidmatan namun beliau tidak pernah dipinggirkan oleh pihak ATM. Beliau merupakan antara penerima sumbangan kerusi roda elektrik pada tahun 2022 dalam satu acara di Majlis Meraikan Anggota Cedera anjuran ATM.

Selain daripada itu, veteran tersebut juga merupakan penerima bulanan Bantuan Sara Hidup (BSH) JHEV ATM sejak Mac 2015 sehingga kini. Veteran juga boleh memohon bantuan-bantuan lain yang disediakan seperti bantuan peralatan pesakit, kemudahan perubatan dan rawatan serta lain-lain bantuan sokongan yang disediakan oleh Kerajaan Persekutuan mahupun Kerajaan Negeri.

Sehubungan itu, dakwaan mengenai ketidakprihatinan kerajaan terhadap nasib Veteran ATM tersebut adalah ๐—ง๐—œ๐——๐—”๐—ž ๐—•๐—˜๐—ก๐—”๐—ฅ.

Pihak jabatan berterima kasih di atas keprihatinan masyarakat terhadap keluhan mana-mana Veteran ATM yang terkesan. Walau bagaimanapun, jabatan menyeru semua pihak supaya membuat semakan terlebih dahulu dengan JHEV ATM sebelum membuat sebarang kenyataan bagi memastikan maklumat yang dikeluarkan adalah jelas dan tepat. Terima Kasih.

๐—ง๐—”๐— ๐—”๐—ง

Photos from JHEV ATM's post 01/11/2024

๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐——๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—ข๐—ฅ๐—•๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐—ฆ๐—˜๐—ฅ๐—”๐— ๐—”๐—œ ๐Ÿฐ๐Ÿฑ๐Ÿฑ ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—”๐—ง๐— ) ๐——๐—œ๐—œ๐—ž๐—ง๐—œ๐—ฅ๐—”๐—™ ๐— ๐—˜๐—ก๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ก๐—จ๐—š๐—˜๐—ฅ๐—”๐—›๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—œ๐—ก๐—š๐—”๐—ง ๐—๐—”๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—” (๐—ฃ๐—๐— ) ๐—ข๐—Ÿ๐—˜๐—› ๐—ฃ๐—”๐—ก๐—š๐—Ÿ๐—œ๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐— ๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ฌ๐—ฆ๐—œ๐—”

๐—ž๐—ข๐—ง๐—” ๐—•๐—›๐—”๐—ฅ๐—จ, ๐Ÿญ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab. Rahman telah menyempurnakan Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada 455 orang Veteran ATM, balu serta wakil waris di Kota Bharu, Kelantan dekat sini hari ini.

Majlis penganugerahan PJM telah dikoordinasikan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM yang telah bermula pada 3 Mac 2004. Penganugerahan pingat ini merupakan pengiktirafan kepada anggota tentera di atas sifat keperwiraan, keberanian, pengorbanan dan kesetiaan mereka semasa berhadapan dengan ancaman pengganas komunis suatu ketika dahulu.

Kejayaan bekas anggota tentera membanteras ancaman komunis selain memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan seperti berikut, telah melayakkan mereka dianugerahkan dengan PJM. Diantaranya adalah;

a. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh dari 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 bagi operasi menentang Parti Komunis Malaya (PKM) atau,

b. Telah berkhidmat atau terlibat dalam operasi secara berterusan selama 3 bulan dan ke atas atau telah bertugas secara tidak langsung tidak kurang dari 6 bulan di mana-mana pasukan atau formasi ATM bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990 bagi operasi menentang Parti Komunis Kalimantan Utara (PKKU) atau,

c. Telah terbunuh, cedera atau menjadi kurang upaya disebabkan oleh tugas menentang pengganas Parti Komunis Malaya (PKM) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 2 Disember 1989 atau pengganas Parti Komunis Kalimantan (PKKU) bagi tempoh 1 Januari 1969 hingga 17 Oktober 1990.

Yang Berbahagia Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Seri Mohammad bin Ab. Rahman menzahirkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan syabas kepada semua penerima PJM pada hari ini. Kementerian Pertahanan sentiasa prihatin dengan nasib dan hal ehwal Veteran ATM. Malah, aspek kesejahteraan Veteran ATM telah menjadi salah satu teras utama dalam pelan strategik kementerian ini.

Sehubungan itu, JHEV ATM yang diketuai oleh Yang Berbahagia Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki akan meneruskan skim-skim bantuan kebajikan, perubatan, pendidikan untuk anak-anak Veteran ATM dan perumahan sedia ada serta terus menambahbaik perkhidmatan dalam agenda memperkasakan kebajikan Veteran ATM dan akan meneruskan usaha untuk mencari pendekatan terbaik dalam meningkatkan taraf kehidupan Veteran ATM khususnya dalam keadaan ekonomi yang tidak menentu dan kos sara hidup yang meningkat.

Penganugerahan ini merupakan kurniaan atas sikap keperwiraan dan pengorbanan anggota tentera dalam melaksanakan kewajipan kepada negara. Sesuai dengan tarafnya sebagai "campaign medal" yang berlandaskan pengorbanan dan perjuangan yang tidak berbelah bahagi semasa darurat dahulu, PJM telah dimartabatkan sebagai pingat yang lebih kanan dalam susunannya berbanding dengan anugerah-anugerah yang sama kelas dengannya seperti Pingat Perkhidmatan Negara Bangsa-bangsa Bersatu (PNBB) dan Pingat Perkhidmatan Setia (PPS).

Pengurniaan PJM ini adalah refleksi terhadap suatu pengorbanan yang amat besar, yang diiktiraf oleh rakyat dan negara dalam menggalas tanggungjawab menjaga kedaulatan dan keselamatan negara dengan penuh taat setia. Masyarakat haruslah menghargai jasa dan pengorbanan para pahlawan negara sehingga negaraini dapat mengecapi keamanan yang dinikmati pada hari ini. Beliau turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak penganjur iaitu JHEV ATM kerana telah berjaya menganjurkan Majlis Penganugerahan PJM pada hari ini.

Turut hadir dalam Majlis Penganugerahan ini ialah, Leftenan Jeneral Datoโ€™ Seri Haji Muhammad Huzaimi bin Sabri, Panglima Medan Barat Tentera Darat, Laksamana Muda Datoโ€™ Baharudin bin Wan Md Nor, Panglima Wilayah Laut 1, Mejar Jeneral Datuk Haji Mohd Nizam bin Hj Jaffar, Asisten Ketua Staf Perkhidmatan Anggota, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki, Ketua Pengarah JHEV ATM, Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Fazal bin Haji Abdul Rahman, Panglima 2 Divisyen, Brigadier Jeneral Datoโ€™ Muzamil bin Haji Ali, Panglima 8 Briged, serta wakil-wakil Persatuan Veteran ATM Negeri Kelantan.

Photos from Tentera Darat Malaysia's post 31/10/2024

๐•๐ž๐ญ๐ž๐ซ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ค๐š๐ฅ ๐ƒ๐ข๐ซ๐š๐ข๐ค๐š๐งโ€ฆ Panglima Tentera Darat (PTD), Jeneral Tan Sri Datoโ€™ Wira Muhammad Hafizuddeain bin Jantan berpeluang untuk menziarahi seorang veteran Tentera Darat Malaysia (TDM), Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara) di Papar, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.

PTD mengambil kesempatan untuk menyantuni dan menyampaikan sedikit sumbangan berupa barangan keperluan harian dan wang tunai kepada veteran daripada Rejimen Semboyan Diraja (RSD) ini ketika mengadakan Lawatan Kerja di Kota Kinabalu, Sabah. Walaupun telah bersara sejak 17 Februari 1988 yang lalu, Koperal Abdul Rahman bin Mohd Yassin (Bersara) berasa amat terharu menerima kedatangan pucuk pimpinan tertinggi TDM yang sudi menjejakkan kaki ke terataknya.

TDM sentiasa cakna mengenai hal ehwal para veteran walaupun telah meninggalkan perkhidmatan sejak sekian lama.

Photos from JHEV ATM's post 29/10/2024

PUSPANITA Cawangan Kecil JHEV ATM sebagai cabang PUSPANITA Kementerian Pertahanan turut menyokong Bulan Kesedaran Kanser Payudara yang di sambut pada bulan Oktober setiap tahun oleh Kementerian ini. Sambutan ini bertujuan untuk memberi kesedaran kepada para wanita khususnya tentang kepentingan penjagaan kesihatan payudara serta sebagai tanda sokongan kepada pejuang kanser payudara.

Sebagai tanda sokongan kepada Kempen โ€˜Pink Oktoberโ€™, ahli ahli PUSPANITA Cawangan Kecil JHEV ATM dan warga JHEV ATM telah berpakaian bertemakan pink dan memakai Pink Ribbon pada 29 Oktober 2024 (Selasa).

29/10/2024

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐ž๐ž๐ฉ๐š๐ฏ๐š๐ฅ๐ข

Semoga cahaya Diwali menerangi hidup anda dengan kegembiraan, kemakmuran, dan kesihatan.

29/10/2024

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐ž๐ž๐ฉ๐š๐ฏ๐š๐ฅ๐ข kepada seluruh warga yang beragama Hindu, khususnya para veteran ATM dan keluarga.

Pada hari yang penuh cahaya ini, marilah kita raikan nilai perpaduan, kasih sayang, dan keharmonian yang menjadi teras masyarakat kita.

Ikhlas Daripada
Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki
Ketua Pengarah dan Seluruh Warga Kerja
Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM

29/10/2024

Tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM atas penganugerahan Darjah Kebesaran Bintang dan Pingat Darjah Kepahlawanan Angkatan Tentera (DKAT) Panglima Setia Angkatan Tentera (PSAT).

Semoga terus maju jaya Yang Berbahagia Datoโ€™

Photos from JHEV ATM's post 28/10/2024

๐—ฃ๐—ฅ๐—œ๐—›๐—”๐—ง๐—œ๐—ก ๐—ฃ๐—”๐—ฆ๐—–๐—” ๐—•๐—”๐—ก๐—๐—œ๐—ฅ: ๐—ง๐—œ๐— ๐—•๐—”๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐— ๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ง๐—”๐—›๐—”๐—ก๐—”๐—ก ๐——๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—›๐—จ๐—Ÿ๐—จ๐—ฅ๐—ž๐—”๐—ก ๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐—  ๐—ฌ๐—”๐—ก๐—š ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—๐—˜๐—๐—”๐—ฆ

๐—ž๐—จ๐—Ÿ๐—œ๐— , ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari telah melakukan lawatan kebajikan pasca banjir bagi menyantuni tiga orang veteran ATM yang terkesan akibat bencana banjir di sekitar Kulim.

Hadir sama mengiringi beliau dalam kunjungan ini ialah Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran ATM (JHEV ATM), Mejar Jeneral Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.

Selain bertanya khabar, YB Adly Zahari turut menyerahkan bantuan berupa Bakul Rahmah, Bantuan Kebajikan, Kit Pasca Banjir, serta sumbangan wang tunai kepada para veteran. Bantuan ini diharap dapat meringankan beban mereka dalam tempoh pemulihan pasca banjir, selain memberi sokongan moral kepada para veteran yang menghadapi cabaran akibat bencana alam.

Komitmen Kementerian Pertahanan bersama JHEV ATM ini menunjukkan keprihatinan dan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada golongan veteran ATM yang memerlukan bantuan segera di samping sebagai tanda keprihatinan kerajaan dalam memastikan kebajikan para veteran yang terjejas mendapat perhatian sewajarnya.

Program lawatan sebegini juga akan dapat memperkukuhkan hubungan antara Kementerian Pertahanan, JHEV ATM, dan komuniti veteran dalam usaha memastikan kesejahteraan mereka terpelihara.

Hadir sama semasa kunjungan tersebut ialah Brigedier Jeneral Datoโ€™ Saipol Anuar bin Jaafar, Panglima 6 Bgd, Mejar Mohd. Izmer bin Ghazali TUDM, Pengarah JHEV ATM Cawangan Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Photos from JHEV ATM's post 28/10/2024

๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—ง๐—˜๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—” ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ๐—ฆ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—Ÿ๐—˜๐—•๐—œ๐—› ๐—–๐—”๐—ž๐—ก๐—”, ๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—˜๐—ฆ๐—œ๐—™ ๐——๐—”๐—Ÿ๐—”๐—  ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—ก๐—œ๐—”๐—š๐—”๐—”๐—ก

๐—ฆ๐—จ๐—ก๐—š๐—”๐—œ ๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—”๐—ก๐—œ, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Kementerian Pertahanan menyambut baik peruntukan Belanjawan 2025 oleh YAB Dato' Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri berhubung kesejahteraan sosioekonomi Veteran ATM seperti pelarasan pencen Veteran ATM secara berfasa, Program Protege-Veteran ATM, kenaikan kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) dan lanjutan tempoh bayaran Penghargaan Khas Veteran ATM.

Mendepani cabaran tahun 2025, Kementerian Pertahanan bersama Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) akan terus proaktif dan responsif dalam mentransformasi ekosistem yang berkesan demi kepentingan kump**an sasar.

Dalam sektor keusahawanan, Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM (PUVET ATM) akan dilebarluaskan manfaatnya sebagai Pemudahcara dan Penghubung untuk mengenalpasti dan menyalurkan insentif keusahawanan yang merangkumi khidmat kepakaran, fasiliti, geran dan latihan yang diperlukan oleh Usahawan Veteran ATM untuk memajukan perniagaan mereka.

Pada majlis PUVET ATM hari ini, YB Adly Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan menyeru Veteran ATM untuk lebih cakna, progresif dan inovatif untuk lebih berjaya dalam dunia perniagaan yang amat kompetitif. Veteran turut disaran memanfaatkan segala insentif
keusahawanan yang disediakan Kerajaan seperti dana zakat dan pembiayaan mikro yang disediakan menerusi i-TEKAD hasil kerjasama PERHEBAT dengan Affin Islamic Bank, Bank Muamalat Malaysia dan Bank Simpanan Nasional.

Turut hadir mengiringi beliau dalam program tersebut ialah Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.

Beliau turut menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM140,000.00 kepada 28 Usahawan Veteran ATM di sekitar negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang yang terlibat dalam perniagaan seperti perkhidmatan, elektrikal, pembuatan, makanan dan peruncitan. Sehingga kini, 161 usahawan veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00.

Inisiatif ini mendapat sokongan penuh Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan dan Kementerian Ekonomi. Kolaborasi ini amat penting agar manfaatnya dapat dinikmati dengan lebih bersasar oleh kelompok veteran.

Menerusi PUVET ATM, veteran turut menikmati manfaat seperti pemadanan perniagaan atau business matching, akses terus kepada insentif keusahawanan seperti fasiliti, latihan dan konsultansi dalam aspek pembungkusan, penjenamaan dan pemasaran.

Photos from JHEV ATM's post 27/10/2024

๐Š๐’๐” ๐Š๐„๐Œ๐„๐๐“๐„๐‘๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐‘๐“๐€๐‡๐€๐๐€๐ ๐’๐€๐๐“๐”๐๐ˆ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ ๐Œ๐„๐‹๐€๐‹๐”๐ˆ ๐๐‘๐Ž๐†๐‘๐€๐Œ ๐‚๐€๐Š๐๐€ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐ƒ๐€๐ ๐๐„๐‘๐€๐’๐Œ๐ˆ๐€๐ ๐๐„๐๐˜๐„๐‘๐€๐‡๐€๐ ๐‘๐”๐Œ๐€๐‡ ๐๐ˆ๐๐€ ๐๐€๐‡๐€๐‘๐”

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—œ๐—ก๐—–๐—›๐—”๐—ก, ๐Ÿฎ๐Ÿณ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) telah menganjurkan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu di bawah Inisiatif Perumahan Veteran ATM yang berlangsung pada 27 Oktober 2024 di Sekinchan, Selangor. Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali. Hadir sama mengiringi beliau ialah Timbalan Ketua Pengarah JHEV ATM, YBrs. Encik Sophian Isswandy bin Ismail.

Majlis ini menyaksikan penyerahan sebuah rumah bina baharu kepada Encik Hamid bin Idris, seorang veteran ATM yang berkelayakan. Program bina baharu ini merupakan hasil kerjasama antara JHEV ATM dan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB), sebagai satu usaha murni untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan veteran ATM terjamin. Pada tahun ini, JHEV ATM telah meluluskan sebanyak 53 buah rumah bina baharu untuk para veteran ATM di seluruh Malaysia, melepasi sasaran asal sebanyak 50 buah rumah.

Dalam ucapannya, YBhg. Datuk Lokman Hakim menekankan komitmen Kementerian Pertahanan dalam mempertingkatkan kualiti hidup veteran ATM dan keluarga mereka melalui pelbagai inisiatif kebajikan. Beliau turut menyatakan bahawa inisiatif perumahan ini akan diteruskan bagi memastikan lebih ramai veteran ATM menerima bantuan yang sewajarnya.

Dikesempatan itu juga, Datuk Lokman Hakim sempat menyantuni tiga orang veteran ATM yang uzur dan memerlukan bantuan. Mereka adalah Puan Mariam binti Mohd. Pahang, Encik Baโ€™at bin Mat dan Encik Ahmad bin Ibrahim. Usahasama ini mencerminkan keprihatinan Kementerian Pertahanan terhadap kesejahteraan golongan veteran yang memerlukan sokongan tambahan.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor, Kdr. Mohd. Kamal Irfan bin Hassan Sabri TLDM, wakil-wakil daripada SPNB, serta wakil-wakil Persatuan Veteran Angkatan Tentera Malaysia (PVATM). Mereka menyertai program ini dalam menzahirkan serta menunjukkan komitmen pelbagai pihak dalam menjayakan inisiatif kebajikan untuk para veteran ATM.

Program ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan JHEV ATM dalam memenuhi keperluan asas dan memberi sokongan kepada para veteran yang memerlukan, sejajar dengan aspirasi kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan golongan veteran.

Sebelum bersurai, rombongan meluangkan masa pada sesi bergambar bersama penerima rumah dan tetamu kehormat lain yang hadir serta melawat ke rumah baharu yang telah diserahkan.

27/10/2024

๐ŸŽ“โœจ ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐— ๐—•๐—œ๐—Ÿ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—๐—”๐—ฅ ๐—•๐—”๐—ฅ๐—จ ๐—ง๐—œ๐—ก๐—š๐—ž๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐Ÿญ, ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑโœจ๐ŸŽ“

๐—ฆ๐—˜๐—ž๐—ข๐—Ÿ๐—”๐—› ๐—ง๐—”๐—›๐—™๐—œ๐—ญ & ๐—”๐—ฆ๐—ฅ๐—”๐— ๐—” ๐—”๐—ก๐—”๐—ž ๐—ฌ๐—”๐—ง๐—œ๐—  ๐—”๐—ง๐— (๐—ฆ๐—ง๐—”๐—ฌ ๐—”๐—ง๐— ) kini membuka peluang kepada generasi muda untuk menyertai keluarga kami bagi sesi pengajian 2025! ๐Ÿ•Œ๐Ÿ“š

๐Ÿ“ข Anda anak-anak ATM, veteran atau awam KEMENTAH? Inilah masanya untuk menjadi sebahagian daripada Sekolah Tahfiz terulung dan membina masa depan yang cemerlang!

๐Ÿ” ๐—ฆ๐˜†๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐˜ ๐—ž๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐˜†๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป:
โœ… Warganegara Malaysia ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
โœ… Lelaki berumur 13 tahun (pada tahun 2025)
โœ… Anak-anak ATM, veteran, dan awam KEMENTAH
โœ… Sekurang-kurangnya 4A dalam UPKK 2024 (cemerlang dalam pelajaran) ๐Ÿ…
โœ… Lulus Penilaian Pentaksiran Sekolah Rendah (PSSR)
โœ… Mampu membaca dan menulis Al-Quran serta Jawi dengan baik ๐Ÿ“–โœ๏ธ
โœ… Berakhlak mulia, sihat tubuh badan, dan semangat juang yang tinggi ๐ŸŒŸ๐Ÿคฒ
โœ… Lulus ujian bertulis dan sesi temuduga โœ๏ธ๐ŸŽค

๐ŸŒŸ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ ๐—ฃ๐—ถ๐—น๐—ถ๐—ต ๐—ž๐—ฎ๐—บ๐—ถโ“
๐Ÿ“Œ Pendidikan Tahfiz yang berkualiti dan seimbang dengan akademik.
๐Ÿ“Œ Penginapan asrama yang selesa dan persekitaran yang kondusif.
๐Ÿ“Œ Peluang menjadi pemimpin masa depan dengan nilai-nilai Islam yang kukuh.
๐Ÿ“Œ Aktiviti kokurikulum yang menyeronokkan dan membina sahsiah.

๐Ÿ“… ๐—ง๐—”๐—ฅ๐—œ๐—ž๐—› ๐—ง๐—จ๐—ง๐—จ๐—ฃ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐— ๐—ข๐—›๐—ข๐—ก๐—”๐—ก: ๐Ÿฏ๐Ÿฌ ๐—ก๐—ข๐—ฉ๐—˜๐— ๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ

๐Ÿ”— Cepat, daftar segera! Imbas QR Code di poster untuk pendaftaran atau klik pautan dalam komen. ๐Ÿ“ฒ

๐Ÿ“ž Sebarang pertanyaan? Hubungi kami di 019-3245774 (Admin) atau email [email protected]. Kami sedia membantu anda!

๐ŸŒฑ Bina masa depan yang gemilang, bermula dari sini. Sertai kami di Sekolah Tahfiz & Asrama Anak Yatim ATM. ๐ŸŒ™๐ŸŒ 

Photos from JHEV ATM's post 26/10/2024

๐—ฃ๐—ฅ๐—ข๐—š๐—ฅ๐—”๐—  ๐—๐—œ๐—ช๐—” ๐— ๐—จ๐—ฅ๐—ก๐—œ ๐——๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐——๐—˜๐—ฆ๐—” ๐— ๐—”๐——๐—”๐—ก๐—œ ๐——๐—œ ๐— ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ž๐—” ๐—•๐—˜๐—ฅ๐—œ ๐— ๐—”๐—ก๐—™๐—”๐—”๐—ง ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐— 

๐—”๐—Ÿ๐—ข๐—ฅ ๐—š๐—”๐—๐—”๐—›, ๐Ÿฎ๐Ÿฒ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Timbalan Menteri Pertahanan, YB Adly Zahari hari ini menyempurnakan Majlis Penyerahan Rumah Baik Pulih kepada Puan Alimah binti Rahim iaitu balu kepada veteran ATM Encik Samsuddin bin Samah. Tentera Darat Malaysia
(TDM) melalui Skuadron Ke-9 Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) telah melaksanakan pembaikkan ke atas rumah beliau menerusi Program Jiwa Murni (PJM) iaitu sebuah program
di bawah inisiatif TDM. PJM adalah merupakan salah satu inisiatif dalam meningkatkan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan masyarakat.

Program ini dijalankan dengan tujuan untuk meningkatkan penglibatan rakyat serta seluruh komuniti masyarakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.

Turut serta menerima manfaat daripada program ini ialah tiga orang penerima lain iaitu seorang Veteran ATM, Encik Mohd Rafei bin Jantan dari Kampung Belakang Pekan, Puan Abidah binti Maurob dari Kampung Belimbing Dalam dan Puan Zuraida binti Salim dari Kampung Sungai Petai. YB Adly Zahari telah menyerahkan Plaque Rumah dan Bakul Rahmah kepada semua penerima sebagai simbolik penyerahan rumah yang telah siap dibaik pulih.

Skop kerja pembaikan telah bermula pada 7 September dan siap sepenuhnya pada 13 Oktober 2024 meliputi kerja-kerja menukar struktur papan yang usang kepada bata, memasang kerangka dan bumbung bagi membaiki bumbung yang rosak, melepa dan
mengecat dinding serta pendawaian elektrik.

Hadir sama dalam majlis penyerahan ini ialah Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datoโ€™ Indera Zahari bin Mohd Ariffin.

Terdahulu pada sebelah pagi, YB Timbalan Menteri Pertahanan telah melaksanakan aktiviti gotong-royong iaitu membersihkan kawasan rumah Encik Abu Bakar@Dak Zam yang terletak di Kampung Pulau, Durian Tunggal. Di kesempatan itu, YB Adly turut meluangkan masa menyantuni beliau serta mengagihkan 200 Bakul Rahmah kepada penduduk kampung. Program tersebut adalah sebahagian daripada program PJM yang turut disertai 9 Skn RAJD dan Rejimen 514 Askar Wataniah (514 AW).

Pada 25 Oktober 2024, YB Adly telah menghadiri Majlis Penutup Program Jasmani, Emosi, Rohani dan Intelek (JERI) di Sekolah Menengah Kebangsaan Datoโ€™ Dol Said, Alor Gajah. JERI adalah sebuah program yang memberi penekanan kepada aspek spritual dan rohani bagi membentuk sahsiah serta peribadi remaja yang mulia dan bermotivasi tinggi. Program ini dilaksanakan oleh Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Daerah Alor Gajah dan warga pendidik SMK Datoโ€™ Dol Said.

Pada sebelah petang, YB Adly telah mengadakan Lawatan Ziarah Mahabbah ke lima buah rumah di sekitar Asahan. Selain beramah mesra, YB Adly turut menyampaikan bantuan sumbangan kewangan dan Bakul Rahmah. Program ini adalah sebahagian daripada komponen dalam Program Ilmu dan Muafakat (PIKAT) yang telah bermula pada 24 Oktober 2024. Program ini dikoordinasikan bersama-sama dengan pihak KAGAT, Pusat Khidmat Alor Gajah dan kariah Masjid Ar-Rasyidin, Alor Gajah.

Selain daripada itu, program selama tiga hari ini diteruskan dengan inisiatif Veteran Desa Madani (PVDM) yang mana YB Timbalan Menteri Pertahanan telah menyantuni dua orang veteran
ATM serta seorang balu veteran ATM di sekitar Alor Gajah. Dalam kunjungan tersebut, YB Adly Zahari telah beramah mesra dan turut menyerahkan sumbangan Bakul Makanan bagi meringankan beban mereka. Beliau turut berbesar hati menyampaikan Pingat Jasa Malaysia (PJM) kepada salah seorang veteran ATM yang dilawati yang tidak dapat hadir dalam majlis penganugerahan sebelum ini kerana masalah kesihatan.

Program diakhiri dengan Majlis Penyerahan Rumah Bina Baharu bagi Veteran ATM iaitu Puan Bedah binti Din dan Encik Mohd Rozlan bin Abdul Wahid. Kedua-dua penerima ini adalah di antara penerima manfaat di bawah Program Inisiatif Perumahan Veteran ATM yang diusahakan oleh Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) ATM. Melalui inisiatif ini, pihak JHEV ATM akan membiayai kos pembinaan setiap unit rumah baharu iaitu sebanyak RM55,000 manakala Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan memberi subsidi di bawah skim mereka sebanyak RM20,000.

"Veteran ATM digalakkan untuk mendaftar dan mengemas kini maklumat peribadi mereka dengan JHEV ATM serta persatuan tempatan masing-masing. Ini penting bagi memastikan semua Skim Bantuan yang disediakan oleh JHEV ATM dapat disalurkan secara teratur dan berkesan kepada veteran yang layak," ujar YB Adly Zahari semasa sidang media berlangsung.

Dalam majlis ringkas yang berasingan juga turut diadakan sesi penyampaian lebihan Wang Takaful Bank Muamalat kepada lima orang penerima dalam kalangan Veteran ATM. Majlis telah disempurnakan bersama oleh Ketua Pengarah JHEV ATM Mej Jen Datoโ€™ Haji Semaon bin Haji Marjuki.

Program Jiwa Murni yang diadakan selama tiga hari di Alor Gajah, Melaka yang merangkumi program PIKAT, Pembaikan Rumah oleh RAJD serta Program Motivasi Pelajar adalah selaras dengan Teras 4 Pelan Strategik Kementerian Pertahanan 2021 โ€“ 2025 yang bertujuan memantapkan kolaborasi tentera โ€“ awam (CIMIC) seterusnya meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap peranan ATM selain penglibatan menyeluruh masyarakat dalam aspek pertahanan dan keselamatan negara.

Manakala, Program Veteran Desa Madani (PVDM) p**a diadakan bagi memenuhi aspirasi Kementerian Pertahanan yang sentiasa โ€˜Responsif,
Prihatin dan Komitedโ€™ dalam menjaga kesejahteraan dan kebajikan veteran, Teras 3 Pelan Strategik Kementerian selain memenuhi pembangunan dasar Malaysia Madani (Teras Ihsan).

Hadir sama dalam program ini ialah Pengarah JHEV ATM Cawangan Melaka dan Negeri Sembilan, Mejar Muhammad Zarifi bin Haji Tumin serta wakil-wakil persatuan Veteran ATM sekitar Melaka.

Photos from JHEV ATM's post 26/10/2024

๐ˆ๐๐…๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š: ๐๐„๐‹๐€๐Š๐’๐€๐๐€๐€๐ ๐๐„๐‹๐€๐‘๐€๐’๐€๐ ๐๐„๐๐‚๐„๐ ๐’๐Š๐ˆ๐Œ ๐’๐€๐‘๐€๐€๐ ๐๐„๐‘๐Š๐‡๐ˆ๐ƒ๐Œ๐€๐“๐€๐ ๐€๐–๐€๐Œ (๐’๐’๐๐€) ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ

Photos from KP JHEV ATM's post 23/10/2024
Photos from JHEV ATM's post 23/10/2024

๐ˆ๐๐…๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š: ๐๐„๐๐€๐Œ๐๐€๐‡๐๐€๐ˆ๐Š๐€๐ ๐…๐€๐„๐ƒ๐€๐‡ ๐‡๐ˆ๐‹๐€๐๐† ๐”๐๐€๐˜๐€ (๐…๐‡๐”)

โ–ช๏ธ Kenaikan Kadar Pencen Hilang Upaya (PHU) dan diberi secara bulanan kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa dalam perkhidmatan bagi semua peratus darjah hilang upaya (1% hingga 100%).

โ–ช๏ธ โ€‹Ganjaran Hilang Upaya (GHU) disebabkan oleh kecederaan semasa tugas aktif (Wounded In Action) diberi secara sekali gus (one off) kepada semua anggota ATM yang mengalami kecederaan semasa tugas aktif.

โ–ช๏ธ Elaun Pelajaran (EP) yang diberikan secara one off setahun kepada anak penerima PHU dinaikkan daripada RM200 hingga RM685 setahun kepada RM 1,600 hingga RM 5,400 setahun mengikut tahap pendidikan;

โ–ช๏ธ Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan daripada RM440 sebulan kepada RM1,500 sebulan.

โ–ถ๏ธŽ โ€‹Tarikh kuat kuasa pelaksanaan bermula 1 Januari 2025.

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—”๐—ฅ๐—”๐—ฆ๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—–๐—˜๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฃ๐—”๐——๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐— 

โ–ช๏ธ โ€‹Susulan pelaksanaan Skim Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) yang diumumkan oleh Kerajaan pada Disember 2024 kepada penjawat awam yang sedang berkhidmat termasuk Perkhidmatan ATM untuk menggunakan SSPA maka penyelarasan pencen kepada Veteran ATM juga akan dilaksanakan, selaras dengan peruntukkan Bahagian V kepada Peraturan-Peraturan Angkatan Tetap (Pencen, Ganjaran dan Faedah-Faedah Lain) 1982.

Photos from Yayasan LTAT - YLTAT's post 23/10/2024
Photos from Mysumber's post 22/10/2024
Photos from Sinar Harian's post 22/10/2024
Photos from Anwar Ibrahim's post 22/10/2024
21/10/2024

๐—•๐—ฒ๐—น๐—ฎ๐—ป๐—ท๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฑ ๐— ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ถ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ฟ๐—ฎ๐—ณ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ผ๐—ฟ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ง๐—ฒ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ

Untuk Mengetahui Lebih Lanjut, Layari -
https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2024/10/1122850/2025-budget-recognises-sacrifices-military-veterans

Sumber: New Straits Times

Photos from JHEV ATM's post 21/10/2024

๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ง๐—”๐—ก ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—” ๐—ž๐—˜๐—ง๐—จ๐—” ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—š๐—”๐—ฅ๐—”๐—› ๐—๐—›๐—˜๐—ฉ ๐—”๐—ง๐—  ๐—ž๐—˜ ๐—œ๐—•๐—จ ๐—ฃ๐—˜๐—๐—”๐—•๐—”๐—ง ๐—ฃ๐—ฉ๐—”๐—ง๐—  ๐——๐—œ ๐—ช๐—œ๐—ฆ๐— ๐—” ๐—ฃ๐—”๐—›๐—Ÿ๐—”๐—ช๐—”๐—ก

๐—ž๐—จ๐—”๐—Ÿ๐—” ๐—Ÿ๐—จ๐— ๐—ฃ๐—จ๐—ฅ, ๐Ÿฎ๐Ÿญ ๐—ข๐—ž๐—ง๐—ข๐—•๐—˜๐—ฅ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Veteran, Angkatan Tentera Malaysia (JHEV ATM) YBhg. Mejar Jeneral Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki, telah melakukan lawatan ke Wisma Pahlawan dekat sini hari ini.

Ketibaan beliau dan rombongan disambut oleh Presiden Persatuan Veteren ATM (PVATM) YBhg. Kapten Datuk Sharuddin bin Haji Omar (Bersara), Timbalan Presiden PVATM Brig. Jen. Datuk Bustaman bin Haji Mat Zin (B) dan 6 orang Ahli Exco PVATM.

Lawatan ini merupakan satu langkah signifikan dalam usaha memperkukuh hubungan dan komunikasi antara JHEV ATM dan PVATM selain memberikan ruang bagi veteran untuk menyampaikan pandangan dan harapan mereka sekaligus menunjukkan komitmen jabatan terhadap kesejahteraan veteran ATM.

Semasa lawatan Ketua Pengarah JHEV ATM diberikan taklimat ringkas berkaitan Persatuan Veteran ATM (PVATM) dan Lembaga Pemegang Amanah Wisma Pahlawan Berhad (LPAWPB). Dalam pada itu, sesi soal jawab mengenai Belanjawan 2025 turut menjadi agenda diskusi kedua-dua pihak, memberikan panduan yang jelas mengenai peruntukan yang akan memanfaatkan veteran ATM amnya.

Turut hadir dalam lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Veteran ATM, Lt. Kol. (B) Azwadi bin Jamian dan pegawai-pegawai kanan JHEV ATM.

Photos from JHEV ATM's post 20/10/2024

๐—ฃ๐—ฟ๐—ผ๐—ด๐—ฟ๐—ฎ๐—บ ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐˜€๐—ฎ๐—ต๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—”๐—ง๐—  (๐—ฃ๐—จ๐—ฉ๐—˜๐—ง ๐—”๐—ง๐— )๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ ๐—ฑ๐—ถ ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚

๐—ž๐˜‚๐—ฎ๐—น๐—ฎ ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐—ด๐—ฎ๐—ป๐˜‚, ๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ข๐—ธ๐˜๐—ผ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ ๐Ÿฎ๐Ÿฌ๐Ÿฎ๐Ÿฐ - Ketua Pengarah JHEV ATM, YBhg. Dato' Haji Semaon bin Haji Marjuki telah menghadiri Program Pemerkasaan Usahawan Veteran ATM 2024 (PUVET ATM 2024) yang dilaksanakan di Terengganu Equestrian Resort, Kuala Terengganu. Majlis Perasmian program ini telah disempurnakan oleh YB Adly bin Zahari, Timbalan Menteri Pertahanan.

Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai Bahagian Kerjaya Dan Sosio Ekonomi (BKS) dan anggota JHEV ATM Cawangan Kelantan/Terengganu yang menyertai program ini dengan menyediakan kemudahan Kaunter Bergerak JHEV ATM untuk menyantuni para Veteran ATM yang hadir.

Program PUVET 2024 ini dianjurkan oleh Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (PERHEBAT) dan telah dihadiri oleh seramai 70 orang Veteran ATM. Penganjuran PUVET 2024 menjadi pemangkin kepada sasaran Kementerian Pertahanan untuk mengenalpasti dan memadankan bentuk bantuan serta bimbingan keusahawanan kepada sasaran 200 Usahawan Veteran ATM.

Dalam program ini, YB Timbalan Mnteri Pertahanan telah menyampaikan geran Sokongan Pengukuhan Keusahawanan Luar Bandar (SPKLB) bernilai RM 70,000.00 kepada 14 usahawan Veteran ATM di sekitar Negeri Terengganu.

Sehingga kini seramai 161 usahawan Veteran ATM telah menerima geran SPKLB dengan nilai keseluruhan berjumlah RM805,000.00. YB Timbalan Menteri Pertahanan juga telah mengadakan sesi perkongsian pengalaman beliau sebagai usahawan serta cadangan model perniagaan baharu yang boleh diketengahkan kepada Veteran ATM yang hadir ke PUVET 2024 hari ini tadi.

PUVET ATM 2024 masih berbaki dua siri yang akan dilaksanakan di dua negeri iaitu pada 27 Oktober 2024 di Kedah dan 19 November 2024 di Negeri Sembilan.

Majlis ini juga menyaksikan sesi menandatangani MOU antara PERHEBAT dengan MardiCorp bagi membuka jaringan kerjasama untuk latihan, perkongsian kepakaran dan pemindahan teknologi untuk bakal pesara dan Veteran ATM.

Dalam pada itu, YBhg. Datoโ€™ KP JHEV ATM turut bersama-sama dengan YB Timbalan Menteri Pertahanan menyertai lawatan ke GMPeladang Sdn. Bhd. iaitu syarikat yg bekerjasama dengan MardiCorp bagi latihan yang bakal dilaksanakan untuk Veteran ATM di Terengganu.

Photos from JHEV ATM's post 19/10/2024

๐ˆ๐๐…๐Ž๐†๐‘๐€๐…๐ˆ๐Š: ๐๐„๐‹๐€๐๐‰๐€๐–๐€๐ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ“ ๐‰๐€๐๐€๐“๐€๐ ๐‡๐€๐‹ ๐„๐‡๐–๐€๐‹ ๐•๐„๐“๐„๐‘๐€๐ ๐€๐“๐Œ

"๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐ฎ๐ ๐š๐ซ ๐„๐ค๐จ๐ง๐จ๐ฆ๐ข, ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ง๐š ๐๐ž๐ซ๐ฎ๐›๐š๐ก๐š๐ง, ๐Œ๐ž๐ง๐ฌ๐ž๐ฃ๐š๐ก๐ญ๐ž๐ซ๐š ๐‘๐š๐ค๐ฒ๐š๐ญ"

๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—จ๐—”๐—ก๐—š ๐—ž๐—˜๐—ฅ๐—๐—”๐—ฌ๐—” ๐—ž๐—˜๐——๐—จ๐—” ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐— 
โ–ช๏ธ Peningkatan pengambilan renjer komuniti untuk membenteng keselamatan hutan kepada 2500 orang berbanding 2000 orang pd tahun 2024, mengutamakan pelantikan Orang Asli dan Veteran ATM
โ–ช๏ธ Program baharu PROTEGE-Veteran akan mewajibkan kontraktor yang mendapat kontrak perkhidmatan senggara menyediakan peluang pekerjaan untuk Veteran ATM, terutamanya yang memiliki kelayakan TVET

๐—ž๐—˜๐—•๐—”๐—๐—œ๐—ž๐—”๐—ก ๐—ฉ๐—˜๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก ๐—”๐—ง๐— 
โ–ช๏ธ โ Pelarasan pencen juga akan dilaksanakan secara berfasa berdasarkan pelarasan peratusan ke atas gaji akhir pesara mengikut kump**an perkhidmatan masing-masing termasuklah pesara Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
โ–ช๏ธ โ Kerajaan bersetuju supaya kadar Bantuan Sara Hidup (BSH) berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) RM1,198.00 sebulan untuk Veteran ATM Tidak Berpencen dinaikkan dari RM300 ke RM500 sebulan.
โ–ช๏ธ Kerajaan turut bersetuju melanjutkan bayaran Penghargaan Khas Kepada Pesara dan Penerima Pencen Terbitan mulai Januari hingga Disember 2025.

๐—ž๐—˜๐—ฆ๐—˜๐—๐—”๐—›๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—”๐—ก ๐—ฃ๐—˜๐—ก๐—๐—”๐—ช๐—”๐—ง ๐—”๐—ช๐—”๐—  ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—จ๐—ฆ ๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—ฃ๐—˜๐—Ÿ๐—œ๐—›๐—”๐—ฅ๐—”
โ–ช๏ธ Lebih RM1.8 bilion disediakan bagi membina, menyelenggara dan membaik pulih semua kuarters penjawat awam termasuk guru, doktor, anggota polis, bomba, penjara dan Rumah Keluarga Angkatan Tentera.
โ–ช๏ธ Bagi memperkasa perlindungan sosial kepada semua penjawat awam, Skim Ex-Gratia Bencana Kerja akan diperluas dan dipermudah. Bagi anggota pasukan keselamatan dan penguatkuasaan yang hilang upaya kekal semasa dalam operasi, bayaran faedah Ex-Gratia Operasi sehingga RM50,000.00 akan diberikan bagi bencana kerja mulai tahun 2024.
โ–ช๏ธ Bayaran faedah Ex-Gratia Pukal sebanyak RM20,000.00
turut diberikan sebagai tambahan kepada waris bagi kes kematian bencana kerja mulai tahun 2024.
โ–ช๏ธ Kadar Elaun Layanan Sentiasa dinaikkan kepada RM1,500.00 ketimbang RM500.00 mulai 1 Januari 2025 termasuk kepada penerima sedia ada.

๐—•๐—”๐—ก๐—ง๐—จ๐—”๐—ก ๐—ž๐—›๐—”๐—ฆ ๐—ž๐—˜๐—ช๐—”๐—ก๐—š๐—”๐—ก
โ–ช๏ธ RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.
โ–ช๏ธ RM250 diberikan kepada semua pesara Kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen.
โ–ช๏ธ Bantuan akan disalurkan pada bulan Februari 2025.

Want your organization to be the top-listed Non Profit Organization in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฆ๐š๐ญ ๐‡๐š๐ซ๐ข ๐ƒ๐ž๐ž๐ฉ๐š๐ฏ๐š๐ฅ๐ขSemoga cahaya Diwali menerangi hidup anda dengan kegembiraan, kemakmuran, dan kesihatan. #KamiResp...
VIBES 2.0: Portal Sehenti untuk Perkhidmatan Veteran!โ€‹
Kad Veteran Digital
โ€œ๐—ง๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—บ๐—ฎ ๐—ธ๐—ฎ๐˜€๐—ถ๐—ต, ๐—ฝ๐—ฎ๐—ต๐—น๐—ฎ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐˜€๐—ฒ๐—ท๐—ฎ๐˜๐—ถ ! ๐—ฆ๐—ฒ๐˜๐—ถ๐—ฎ๐—ฝ ๐˜€๐˜‚๐—บ๐—ฏ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฎ๐—ป๐—ฑ๐—ฎ ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ๐—น๐—ฎ๐—ต ๐˜€๐—ถ๐—ป๐—ฎ๐—ฟ ๐—ต๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ๐—ฝ๐—ฎ๐—ป ๐—ฏ๐—ฎ๐—ด๐—ถ ๐˜ƒ๐—ฒ๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ. ๐—•๐—ฒ๐—ฟ๐˜€๐—ฎ๐—บ๐—ฎ, ๐—ธ๐—ถ๐˜๐—ฎ ๐—บ๐—ฒ๐—ป๐—ด๐˜‚๐—ธ๐—ถ๐—ฟ ๐—ฝ๐—ฒ...
๐๐ž๐ง๐œ๐š๐ฉ๐š๐ข๐š๐ง ๐‰๐‡๐„๐• ๐€๐“๐Œ ๐๐š๐ซ๐ข ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ ๐ก๐ข๐ง๐ ๐ ๐š ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ ๐๐ข ๐๐š๐ฐ๐š๐ก ๐๐ž๐ง๐ญ๐š๐๐›๐ข๐ซ๐š๐ง ๐Œ๐š๐ง๐ญ๐š๐ง ๐Š๐ž๐ญ๐ฎ๐š ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ซ๐š๐ก ๐Œ๐ž๐ฃ๐š๐ซ ๐‰๐ž๐ง๐ž๐ซ๐š๐ฅ ๐ƒ๐š๐ญ๐จ' ๐™๐š๐ฆ๐›๐ž๐ซ๐ฒ ๐‰๐ž๐Ÿ๐ซ๐ฒ ๐›...
โ€œ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ฆ๐š๐ฅ ๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž ๐Ÿ๐Ÿ’๐ก๐› ๐’๐ž๐ฉ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)โ€Raikan dan sokong wira-wira kit...
โ€œ๐’๐ฎ๐ฆ๐›๐š๐ง๐ ๐š๐ง ๐ฎ๐ง๐ญ๐ฎ๐ค ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฆ ๐€๐ฆ๐š๐ฅ ๐“๐š๐›๐ฎ๐ง๐  ๐๐š๐ก๐ฅ๐š๐ฐ๐š๐ง ๐ญ๐ž๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข๐ฅ๐š๐ง๐ฃ๐ฎ๐ญ๐ค๐š๐ง ๐ค๐ž ๐Ÿ๐Ÿ’๐ก๐› ๐’๐ž๐ฉ๐ญ ๐Ÿ๐ŸŽ๐Ÿ๐Ÿ’ (๐’๐ž๐ฅ๐š๐ฌ๐š)โ€Raikan dan sokong wira-wira kit...
Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 digegarkan lagi dengan Persembahan Istimewa dari Man Keedal & band.
MAN KEEDAL IN THE HOUSE NOW !โœจ๐Ÿ”ฅ
๐—Ÿ๐—ฒ๐˜ ๐˜๐—ต๐—ฒ ๐— ๐˜‚๐˜€๐—ถ๐—ฐ ๐—ง๐—ฎ๐—ธ๐—ฒ ๐—–๐—ผ๐—ป๐˜๐—ฟ๐—ผ๐—น !! ๐Ÿ”ฅ๐ŸคŸ๐Ÿป
Karnival Aspirasi Rakyat 3.0 dimeriahkan lagi dengan Larian Santai sejauh 3.5 kilometre.Running miles, creating smiles๐Ÿ˜Š
๐Š๐€๐‘๐๐ˆ๐•๐€๐‹ ๐€๐’๐๐ˆ๐‘๐€๐’๐ˆ ๐‘๐€๐Š๐˜๐€๐“ ๐Ÿ‘.๐ŸŽ

Telephone

Address


Pusat Perkhidmatan Setempat JHEV ATM, Aras G, Menara TH Perdana, 1001 Jalan Sultan Ismail
Kuala Lumpur
50250

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Nonprofit Organizations in Kuala Lumpur (show all)
1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company 1st Kuala Lumpur Boys' Brigade Company
2, Jalan Wesley
Kuala Lumpur, 50150

A uniform organisation for Boys. The 1st For Boys In Developing Character, Leadership & Brotherhood.

DERINA ARTISTIC TEAM DERINA ARTISTIC TEAM
Kuala Lumpur

University Of Malaya Business Club - UMBC University Of Malaya Business Club - UMBC
Faculty Of Business And Accountancy, University Of Malaya
Kuala Lumpur, 50603

Our core values: (P.A.L.M) Professional, Adaptive, Leadership, Manageable

M.A.D.E. M.A.D.E.
Kuala Lumpur

"When you give, You begin to live, You get the world."

Foo Clan Selangor & KL, Malaysia ้›ช้š†็ฌฆๆฐๅฎ—ไบฒไผš Foo Clan Selangor & KL, Malaysia ้›ช้š†็ฌฆๆฐๅฎ—ไบฒไผš
16-2, Jalan Awan Makmur 1, OUG Square, Off Jalan Klang Lama
Kuala Lumpur, 58200

ๆˆ‘็ฌฆๆฐๅ…ˆ่ดคๆ—ฉๅนดๅ—ๆฅ๏ผŒๆขฏๅฑฑ่ˆชๆตท๏ผŒๅผ€่พŸๆดช่’๏ผŒๅฏนๅ›ฝๅฎถ็š„ๅผ€ๆ‹“ไธŽๅ‘ๅฑ•ไฝœๅ‡บ่ดก็Œฎ?

Animal Rescue & Rehome Animal Rescue & Rehome
Kuala Lumpur, 58200

Animal Rescue & Rehome (ARR) is a non-profit rescue organization

Pertubuhan Usahawan Wanita Kuala Lumpur Pertubuhan Usahawan Wanita Kuala Lumpur
61 Jalan 4/154D, Taman Desa Cheras
Kuala Lumpur, 56000

Pertubuhan Usahawan Wanita Kuala Lumpur juga dikenali sebagai PUSANITA.Bergerak aktif dengan menganj

Putera MIC Wilayah Persekutuan Putera MIC Wilayah Persekutuan
2nd Floor, Menara Manikavasagam, No 1, Jalan Rahmat
Kuala Lumpur, 50350

This group is set based on the 1Malaysia concept to benefit all walks of life and as such there are no requirements as to who can be a member. All we need is your assistance for th...

Rotary Club of Central Damansara (RCCD) RI District 3300 Rotary Club of Central Damansara (RCCD) RI District 3300
Kuala Lumpur, 50490

A group of wacky, witty, fun loving humanitarians and networking professionals involved in the mantra of fellowship through service. We meet every Wednesday at 7.00pm @ The Royal C...

Teach For Malaysia Teach For Malaysia
Level 1, Ming Annexe, 9 Jalan Ampang
Kuala Lumpur, 50450

An independent NGO on a mission to empower all children in Malaysia to realise their potential.

LANUN BIKERZ LANUN BIKERZ
Every Where
Kuala Lumpur

ON THE BIKE!!!........Bikes don't leak oil, they mark their territory.http://lanunbikerz.comfollow lanun bikerz on tweeter http://twitter.com/lanunbikerz

ABWM Association of British Women in Malaysia ABWM Association of British Women in Malaysia
23 Jalan Telawi 9, Bangsar Baru
Kuala Lumpur, 591000

We are a non-profit making organisation formed in 1975 which raises funds for charity and provides fun activities for the members. The ABWM House is located at 23, Jalan Telawi 9, ...