Klinik iltizam
BETTER DOCTOR, BETTER CARE
Tak larat nak tunggu di KK untuk buat pemeriksaan jaundice?
Boleh datang Klinik Iltizam
Beroperasi setiap hari
9am -11pm
Pemeriksaan kuning tanpa jarum atau pakai jarum
Tak perlu menunggu lama
Tempat yang selesa
No hidden charge
Tiada caj konsultasi kecuali jika ada pemeriksaan lain selain dari cek kuning
Krup krap krup krap
Sedapnya masing2 makan maruku ya…
Selamat menyambut Hari Deepavali untuk yang meraikannya
Yang pergi bercuti, selamat bercuti
Yang balik kampung, hati2 memandu
Makan nasi beriyani, jangan lupa saya
Da naik berat badan nanti, jangan lupa jumpa saya
Kalau ada masalah rambut, boleh juga nak jumpa saya
Klinik beroperasi seperti biasa
9am - 11pm
Tuan ini sudah
Anda bila lagi😉
Ramai duk countdown Ramadan 2025…
dah siap ganti puasa ke?
Ada yg dah sibuk cari warna baju tema tahun depan…
Ada juga yang dah aim nak kurus sebelum puasa tahun depan…
Sama juga dengan gambar no 2 kat atas tu..
Kekasih saya pun duk menghitung hari…
Masing2 ada visi misi..
Tak lupa juga abam2 hensem nak kembali muda 10tahun…
Nak tambah rambut yang kurang, nak banyakkan yang sikit..
Rambut ni kan MAHKOTA setiap insan…
Rambut yang lebat dan tebal idaman setiap orang
Tak kiralah perempuan atau lelaki
Masih mencari penyelesaian untuk rambut anda yang nipis
Takut usaha anda sia sia???
Jom buat hair analysis di Klinik Iltizam
Kami sedia bantu anda 💪🏻
Masih ada lebih 100hari untuk anda kelihatan kacak dan bergaya😜
Bmana tau nampak lebih muda, silap2 dapat duit raya sebab ingat budak sekolah lg😅
Dah2 jangan berangan je, amek kunci start kereta datang klinik..
Dapatkan rawatan rambut👍
Hair treatment👍👍
Tengok buah delima dekat post SM FOOD membuat sy teringat kenangan hamil anak sulung. Waktu saya hamilkan aleesya hampir setiap hari saya akan minum jus delima atau makan buah delima.
Banyak kebaikan dan manfaat buah delima semasa sy hamil
1. Hb saya bagus sentiasa di atas 11 (semasa hamil anak yang lain,saya tak boleh nak makan buah delima dan seangkatan dengannya dan hb saya di bawah 10)
2. Anak saya lahir tiada kuning
3. Kulit baby sy gebu dan tidak sensitif berbanding anaknya yang lain sbb sy dan suami ada eczema dan rhinitis
4. Berat badan saya berlebihan tetapi alhamdulillah kadar gula sy stabil,3x ujian air gula bagus, hba1c pun sekitar 5.3
Ini adalah pengalaman sepanjang kehamilan aleesya.
Delima kaya dengan Anti oksidan. Buah delima mengandungi polifenol, antosianin, dan flavonoid yang membantu melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas.
Konsumsi delima dapat membantu menurunkan tekanan darah dan kolesterol LDL (kolesterol jahat), menjadikannya baik untuk kesihatan jantung
Delima dapat membantu menstabilkan paras gula dalam darah, yang bermanfaat bagi individu yang mengalami diabetes atau berisiko.
Buah ini tinggi fiber.Serat dalam buah delima membantu mencegah sembelit dan menyokong sistem pencernaan yang sihat.
Selain kaya antioksidan, Kandungan vitamin C yang tinggi dalam delima boleh meningkatkan sistem imun dan membantu melawan jangkitan.
Buah delima mempunyai sifat anti-radang, yang boleh membantu mengurangkan gejala keradangan di dalam badan.
Buah delima rendah kalori dan tinggi serat, menjadikannya pilihan yang baik untuk mereka yang ingin menjaga berat badan.
Kebetulan tengok post SMfood lalu, apalagi pergilah order buah delima dekat diorang. Segar dari ladang. Dan yang best buah dia manis👍
Kopi dan diet!!
Seringkali saya mendapat dm tentang kopi semasa diet..
Tenang saja anda tidak bersendirian! Ramai yang takut bila diet nanti tak boleh minum kopi..
Dalam hidup setiap apa yang kita buat tidak boleh berlebihan sehingga menyebabkan stress dan akhirnya putus asa… kecuali dalam amal ibadat.
Meh saya share tips minum kopi semasa diet:
1. Minum kopi hitam (jangan tambah gula,krimer, susu pekat, sirap tambah perisa seperti caramel,coklat,vanilla). Rasa pahit kopi boleh membantu mengurangkan nafsu makan.
2. Minum kopi sebelum bers**an. Kafein boleh membantu anda lebih awake dan lebih bertenaga semasa olahraga. Tapi pastikan pengambilam air putih juga cukup kerana ia boleh membuatkan anda terhidrasi sebab berpeluh semasa bers**an
3. Jangan berlebihan, minum kopi yang berlebihan boleh menyebabkan jantung berdebar, sakit kepala, susah tidur (insomnia)
4. Anda boleh gantikan minuman manis dengan kopi ais tanpa gula, kopi kayu manis, kopi halia sebagai minuman yang sedap tanpa tambahan kalori.
Apa pun, makan mengikut kesusaian dan jangan berlebihan dalam suatu perkara. Nak kurus sama2, jomlah sama2 IF dan olahraga yang teratur. Berat saya pagi ni pun dah di tahap yang membimbangkan😔…. Ayuh kita kurus untuk sihat💪🏻 Saya juga penggemar kopi😬
Duk lalu di wall sy orang beratur panjang nak membeli
Nasi lemak lobster
Coklat dubai
Kunafa berperisa
Coklat ssssssdessert
Nasi kandaq berbaris
Tak dinafikan makanan Malaysia antara yang paling sedap kalau dibandingkan di negara lain selain Nasi Padang,Nasi Arab
Dan semua tu pun dah boleh dapat di Malaysia…..
Sebab tu tak mustahil obesiti juga merupakan masalah yg paling utama punca penyakit kencing manis,darah tinggi,sakit jantung di kalangan orang Muda kita…
Saya sendiri pun akui sangat susah nak kawal pemakanan
Makan waktu malam, makan manis lagi2 bila nak dekat haid
Faktor kerja,urusan rumah tangga dan persekolahan anak, belum lg part time insurans,part time jual emas… tak sempat nak buat senaman dan aktiviti riadah…
Inilah keluhan yang selalu sy dgr dari pesakit2 sy yang mengalami masalah berat badan berlebihan..
Dan anda kena ingat kita semua tak sama..
Ada org puasa isnin khamis, buat IF , jaga makan tapi berat statik
Ada orang makan penuh pinggan pun badan tetap herlok slim leper…
Kenapa camtu doktor?
Hidup ini tak adil kan
So semalam ada sorang patient Dr Nurul tag klinik, dia cerita ttg weight loss journey dia…
Guna saxenda injection
Ada yang cakap eh takyahla gune2 ubat camni..merosakkan
Jaga je makanan, cut sugar ,cut carbo…
Pergi lari, brisk walk…
Betul saya setuju….
Apa cara diet pun untuk kita dapat berat badan yang sihat semestinya pemakanan paling utama kita kena jaga… tp mcm sy cakap kdg2 kita jadi demotivated sebab kita try tpi berat tak turun2, kita kurang makan tp berat tetap statik.. dan akhirnya putus asa.. dan teruslah makcik bawang pun berkata.. eleh dia tu makan sikit,konon diet tp badan tetap gajah jugak… SAKINTNYA TUH DISINI😌😌
Minggu lepas anak dah dtg klinik doktor…
Demam semua da baik,aktif.. tapi yang kesiannya terberak2 p**ak.. lepas makan je cirit… kalau minum susu je nanti muntah lepas tu cirit.. bagi air putih ok p**ak.. kenapa ye doktor? Dia tak nangis, nak makan selera ada tapi itulah kesiannya bila masuk makanan nnti terus terberak sampai dah melecet…
Sering juga sy dapat kes2 seperti ini..lagi2 selepas sembuh dari jangkitan kuman…
Lactose intolerance berlaku apabila tubuh tidak dapat mencerna laktosa, sejenis gula yang terdapat dalam susu dan produk tenusu. Kejadian ini biasanya disebabkan oleh kekurangan enzim yang dipanggil laktase, yang dihasilkan dalam usus kecil.
Apabila seseorang dengan lactose intolerance mengambil produk yang mengandungi laktosa, mereka mungkin mengalami gejala seperti kembung, berangin,muntah, cirit-birit, dan sakit perut. Ini terjadi kerana laktosa yang tidak tercerna akan fermentar dalam usus, menyebabkan pembentukan gas dan cecair.
Lactose intolerance boleh berlaku disebabkan beberapa faktor:
1. Sesetengah orang dari latar belakang etnik tertentu, seperti orang Asia, Afrika, dan orang asli Amerika, lebih cenderung mengalami lactose intolerance kerana penurunan penghasilan laktase seiring dengan penuaan.
2. Penyakit yang mempengaruhi usus kecil, seperti penyakit celiac atau jangkitan kuman pada usus, boleh merosakkan sel-sel yang menghasilkan laktase dan menyebabkan intoleransi.
3. Pengeluaran laktase secara semula jadi berkurang selepas kita mencapai usia dewasa, yang sering menjadikan lactose intolerance lebih biasa pada orang dewasa berbanding kanak-kanak.
4. Diet yang tinggi dalam produk tenusu semasa kanak-kanak mungkin mempengaruhi tahap laktase yang kita hasilkan ketika kita matang.
Oleh itu, penanganannya ialah menghindari produk tenusu atau makanan yang mengandungi laktosa buat sementara waktu.
Sampai bila ya doktor?
Sampai usus anak sihat, simptom2 seperti cirit dan kembung dah sembuh dan barulah perlahan-lahan perkenalkan lagi susu yang sebelum ini.
Dapat mesej dari patient checkup sy pagi tadi
Ingatkan nak tanya saya s**a tak ais krim ni.. hehe
Kalau nak belanja sy, 20jari saya hulur😁
Rupanya dia cakap dia teringin nak makan durian
Tapi mak dia tak bagi makan durian, katanya bahaya untuk baby…
Jadi dia tanya boleh ke makan ais krim durian??
Ooo ingatkan nak belanja saya td….
Durian ni sebenarnya tidak bahayakan kandungan kalau diambil dalam kuantiti yang secukupnya… maksudnya cukup tu 2-3ulas sudah memadai… untuk memuaskan rasa teringin tu..
Pengambilan buah durian semasa kehamilan sering menjadi perdebatan tetapi secara saintifiknya tiada bukti yang kuat ianya membahayakan ibu dan janin.
Dalam perubatan tradisional, durian diklasifikasikan sebagai buah yang “panas”, yang bermaksud ia mungkin meningkatkan suhu badan.
Ibu mengandung akan rasa tidak selesa dan panas selepas makan durian yang banyak.
Durian juga mempunyai kandungan gula semulajadi yang tinggi, yang boleh menyebabkan peningkatan paras gula darah. Inilah yang tak eloknya jika diambil berlebihan, lagi2 jika ibu mempunyai risiko kencing manis atau sudah ada diabetis dalam kehamilan.
Dannnnn berat ibu juga senang naik banyak.. nanti pergi kk, berat badan naik berlebihan , dah kena dtg kk selalu untuk monitor tekanan darah, monitor urin dan risiko preeklampsia…
Jika seorang wanita hamil menyukai durian, adalah penting untuk mengamalkan kesederhanaan. Ia tidak semestinya berbahaya dalam jumlah kecil, tetapi pengambilan berlebihan mungkin menyebabkan masalah pencernaan atau ketidakselesaan macam perut berangin, kembung, sembelit. Barulah kerana mulut badan binasa😁
So silalah makan kalau teringin sangat tapi jangan banyak ok.. 1ulas pun cukup dah.. makan ais krim ni lagi tinggi kalorinya🫣
Salam semua, buat apa tu?
Siapa pernah dengar NKF , Makna, Unicef?
Tau tak semua yang di atas adalah badan NGO yang ditubuhkan untuk membantu rakyat Malaysia.
Contohnya NKF iaitu yayasan buah pinggang ini ditubuhkan untuk membantu pesakit2 buah pinggang. Organisasi ini juga banyak menganjurkan program kesihatan dan pendidikan untuk memberi kesedaran tentang kesihatan buah pinggang. Pemeriksaan kesihatan ini percuma. Yayasan ini juga membantu pesakit dialisis yang kurang kemampuan , pemilihan rawatan, membantu uruskan pemindahan buah pinggang.
MAKNA, yang merupakan singkatan untuk Majlis Kanser Nasional,adalah sebuah badan bukan kerajaan di Malaysia yang ditubuhkan untuk memberi sokongan dan meningkatkan kesedaran tentang kanser. Tujuan utama MAKNA adalah untuk membantu pesakit kanser dan keluarga mereka, serta untuk mempromosikan pendidikan tentang pencegahan dan pengesanan awal kanser.
Saya masih ingat semasa makcik saya didiagnos Multiple Myeloma, kanser darah waktu di usia 72tahun, arwah tidak bekerja dan tiada anak. Tinggal di rumah rakyat di Pahang. Perbelanjaan untuk membeli peralatan kesihatan, pampers, dan kos transport untuk ke hospital untuk buat kemoterapi juga perlu belanja yang tinggi. Pihak jabatan sosial hospital banyak membantu untuk dapatkan bantuan bulanan dari Makna, bantuan kewangan dan pampers. Alhamdulillah dapat juga ringankan beban pesakit kanser.
Saya dah lama buat potongan bulanan kepada 3 badan NGo ni sejak 2012… dulu fikir sebab nak tolak tax je, bila berlaku kepada keluarga sendiri, baru saya tersedar..
So guys jika anda ingin menyumbang selain untuk dapatkan benefit potongan cukai, boleh lah google berkenaan yayasan2 di atas ni☺️
Semalam ada pesakit sy mesej nak jumpa saya, nak bagi ole2 dari mekah dan buah dari kebun.. tq makcik sebab ingat kt saya🥹
Dr nurul, makcik buat cucuk lutut tahun lepas bulan 10..
Baru lah 2-3minggu ni mula sakit balik…
Balik dari umrah kemarin, makcik tawaf saei tak naik wheelchair.. terima kasihla doktor.. makcik doa untuk doktor…
Air mata sy yang bergenang… makcik, semua ni dengan izin Allah. Sy bantu makcik dengan ilmu yg sy belajar… terima kasih sgt2 makcik sbb doakan sy… semoga sy dptlah sedikit tempias amal ibadah makcik..Aminnn🤲🏻🤲🏻🤲🏻
Sakit lutut disebabkan oleh radang sendi atau osteoarhtritis.
Apa punca yang menyebabkan terjadinya osteoarthritis
1. Kerosakan tulang rawan akibat dari penggunaan dan tekanan dari aktiviti harian
2. Usia (sering berlaku di usia yang lanjut > 50 tahun)
3. Genetik/ keturunan
4. Berat badan berlebihan
5. Kecederaan pada sendi atau ligamen
6. Tekanan yang berulang (melakukan aktiviti atau pekerjaan yang melibatkan gerakan berulang)
7. Masalah penyakit lain seperti rheumatoid, penyakit metabolik
Makcik bgtau kat kawan2, pergilah cucuk lutut tu dekat klinik dr nurul tu… terima kasih makcik🙏🏻
Tak semua keadaan dan kondisi kita boleh cucuk je..
Sebaiknya dapatkan nasihat doktor dan pemeriksaan xray dulu sebelum buat rawatan selanjutnya.
Dah kurang sakit ni, makcik jangan la sibuk berkebun, jalan sana sini ok… barang lama ni manjooooo😜
Gelak makcik tu.. sorry ye makcik saya mmg s**a bergurau…
Dr Nurul, lamanya tak jumpa dr… kami rindu la… 🥹
Betul sy pun rindu nak jumpa patient2 sy, tapi dalam keadaan sihat la…
Sambil cerita2, sambil cek anaknya..ya Allah cepatnya waktu, anak2 ni dulu saya scan dalam perut sekarang dah sekolah…
Doktor tak aktif tiktok ke? Buat la video ke… terubat rindu sikit dgr doktor bercerita…
Buat video ek? Saya kan ada masalah dengan video ni.. hahaha
Dah banyak video rakaman sy disimpan dalam gallery tu…
Bila nak upload, rasa menyampah tengok diri sendiri bercakap..
Camne ek? Lagi2 bila dgr saya pelat S…
Pernah parents tanya doktor ada cacat ye? Saya mcm haaa.. sy cacat?
Puan tanya apa td? Doktor cacat ke? Hahaha
Mungkin dia nak tanya tentang sebutan S sy tu kot…
Kalau sy fokus dan tau diri sy dirakam, makin teruk pelat S sy tu…
Sbb tu saya s**a suara sy diedit jadi suara kartun😂
Dilema seorang yang pelat S..
oklah nanti saya dah pandai cakap S, saya upload banyak2 video:..
tak aktif di tiktok tapi tetap di hati anda semua.. hahaha perasan🙏🏻
Selamat bercuti sekolah semua.
Kalau last minute mencari klinik berkhatan, datang lah klinik iltizam. Slot available setiap hari.
Cuti panjang dan cuti sekolah ni
Ramai p**ang ke kampung
Kenduri kendara pun banyak juga
Tak kurang juga yang mengambil peluang bawa anak2 melancong….
Jangan lupa jika kurang sihat pakai mask
Sering cuci tangan dan amalkan hand hygiene
Mcm2 virus tengah overtime ni
Influenza pun tak kurang busy juga menjangkiti org
Dua hari lepas ada pesakit yang dijangkiti kuman salmonella
Monkeypox duk tunggu perumah baru
Apepun kita jaga diri kita dan keluarga kita
Take care guys
Selamat bercuti dan jangan lupa banyakkan berselawat❤️
Kulit kepala gatal dan kelemumur boleh menjadi punca rambut gugur. Berikut adalah penjelasan mengenai kondisi ini:
1. Kulit kepala yang gatal biasanya disebabkan oleh beberapa faktor seperti:
- Dermatitis ialah Kondisi menyebabkan kulit kepala menjadi meradang, gatal, dan terkadang bersisik. Ia berkaitan dengan pengeluaran minyak berlebihan dan boleh menyebabkan kelemumur.
- Reaksi alergi terhadap produk rambut, seperti syampu, pewarna, atau bahan kimia lain, boleh menyebabkan kulit kepala menjadi gatal.
- Jangkitan fungal (contohnya, tinea capitis) juga boleh menyebabkan kegatalan.
2. Kelemumur adalah keadaan di mana kulit mati di kulit kepala terlepas dengan lebih cepat daripada biasa. Faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelemumur termasuk:
- Kulit kepala yang kering boleh menghasilkan kelemumur.
- Penyakit Kulit Seperti psoriasis atau dermatitis seboroik.
- Nutrisi yang tidak mencukupi, termasuk vitamin dan mineral, juga boleh menyumbang kepada kelemumur.
3. Kedua-dua kulit kepala gatal dan kelemumur boleh menyebabkan rambut gugur melalui beberapa mekanisme:
- Keradangan yang disebabkan oleh dermatitis atau jangkitan boleh merosakkan folikel rambut.
- Menggaru kulit kepala yang gatal boleh merosakkan akar rambut dan menyebabkan rambut gugur.
- Keseimbangan pH dan keadaan kulit kepala yang tidak sihat dapat mempengaruhi pertumbuhan rambut.
Jika anda mengalami masalah ini secara berterusan, adalah baik untuk berjumpa dengan doktor atau pakar dermatologi untuk mendapatkan diagnosis dan rawatan yang sesuai. Mereka boleh memberikan nasihat dan preskripsi rawatan yang dapat membantu meredakan gejala dan menggalakkan pertumbuhan rambut.
Musim cuti sekolah telah tiba. Tibalah waktunya untuk hero kita berkhatan. Berkhatan bukan hanya kerana tuntutan agama,tetapi juga untuk kebersihan dan kesihatan anak lelaki.
Doktor kami berpengalaman dan mesra kanak-kanak. Dijamin anak anda akan berasa selesa!
Klinik Iltizam menjadi pilihan ramai kerana slot yang tidak terhad
Setiap hari slot pagi dan petang...
WhatsApp kami 010-369 2894 untuk booking slot berkhatan hero anda di Klinik iltizam
Masih mencari tempat berkhatan yang dipercayai
Doktor yang berpengalaman
Slot yang tidak terhad
Harga yang berpatutan
Jom daftar di Klinik iltizam
WhatsApp no 0103692894 untuk book temujanji hero anda!
Alhamdulillah ❤️
Yang disunat happy, mak nya pun happy sebab anak tak sakit & tenang je ketika proses sunat.
Tengah musim cuti sekolah ni, jom booking sunat dengan kami. Harini nak sunat? Harini kita boleh buat. Tapi whatsapp/call dulu ya, takut penuh p**a slot sunat kami 🙏🏼
Whatsapp/Call nombor di bawah 👇🏼
1. 010-3692894
2. 017‑7085420
Kenapa kepala saya botak tompok-tompok camni doktor?
Setelah melakukan pemeriksaan analisa rambut, syaa sarankan untuk periksa darah termsuk vitamin D dan kandungan zat besi.
Dan keputusan darah menunjukkan pesakit ini kekurangan vitamin D
Apa kaitan vitamin D dengan masalah rambut saya doktor?
1. Vitamin D adalah nutrisi yang penting untuk kesihatan tubuh secara keseluruhan, termasuk rambut. Ini membantu dalam proses pertumbuhan sel-sel baru.
2. Rambut tumbuh melalui siklus yang terdiri dari fase anagen (pertumbuhan), katagen (transisi), dan telogen (istirahat). Kekurangan vitamin D dapat mengganggu fase ini, menyebabkan lebih banyak rambut memasuki fase telogen dan akhirnya gugur.
3. Vitamin D juga penting dalam sintesis keratin, protein utama dalam rambut. Kurangnya vitamin D dapat mempengaruhi produksi keratin, yang berkontribusi pada kesihatan dan kekuatan rambut.
4. Beberapa penelitian menunjukkan bahwa kekurangan vitamin D dapat meningkatkan risiko penyakit autoimun, seperti alopecia areata, yang dapat menyebabkan keguguran rambut.
5. Vitamin D dikenal membantu dalam perkembangan dan pemeliharaan folikel rambut. Tanpa cukup vitamin D, folikel rambut menjadi rapuh, yang dapat menyebabkan rambut gugur.
Anda mempunyai masalah yang sama?
Dapatkan nasihat doktor dan rawatan yang tepat.
Makan berjemaah ulang tahun keluarga Klinik Iltizam dan juga meraikan Hari Kemerdekaan yang ke 67.
Mencuri waktu untuk mengeratkan silaturrahim antara kami..
Berkongsi impian dan cita2 masing2…
Semoga kita terus berusaha memerdekakan diri kita ke arah yang lebih baik…
Selamat Ulang tahun adik2 saya & Selamat Hari Kemerdekaan yg ke 67
Love,
Dr Nurul
Cuti sekolah nanti balik kampung ke?
Ke dah plan nak g jalan2?
Atau tengah plan nak cari tempat berkhatan?
Haritu ada orang call cakap betul ke Klinik Iltizam dah tak buat sunat?
Ishhhh siapa yang cakap tu????
Kami masih aktif mengkhatankan orang dari bayi sampaila usia tua… 80 tahun pun ada yang datang berkhatan…
Kami tidak memilih usia, mereka terdiri dari berbilang bangsa dan agama
Dan yang bestnya slot berkhatan kami tidak terhad…
Setiap hari pun boleh berkhatan siang atau malam bergantung kepada slot kosong dan jadual tok mudim.
So jomlah berkhatan di Klinik Iltizam
Bersama team kami yang cukup terlatih dan berpengalaman
Harga yang masih ekonomis dan terjangkau
Taktau nak booking camne?
Mesej kami 010-369 2894 atau boleh juga walkin untuk booking slot temujanji anak anda.
Kalau dulu kite beranggapan lelaki kurang rambut di tengah ni biasanya berumur 50 tahun ke atas
Tetapi sekarang dah ramai yang saya jumpa mempunyai masalah Male Pattern Baldness di kalangan usia 30an.
Kenapa ianya berlaku?
1. genetik (faktor utama)
2. Stress atau tekanan kerja yang menyebabkan perubahan hormon DHT yang berfungsi terhadap pertumbuhan folikel rambut
3. Diet / pola pemakanan yang kurang nutrisi dan makanan berproses. Kekurangan dan nutrien sangat mempengaruhi pertumbuhan rambut
4. Faktor persekitaran seperti pencemaran, bahan kimia dan sinaran UV yang boleh merosakkan rambut dan kulit kepala serta menyebabkan keguguran rambut
5. Hair styling (penggunaan warna rambut/dye, heat exposure,tight hairstyles yang menyebabkan keguguran rambut
Kalau anda rasa kurang percaya diri disebabkan masalah kebotakan rambut, kami sedia membantu anda
Jom hubungi kami 010-369 2894 untuk kita buat analisa rambut dan kulit kepala anda.
Regain your confidence😘
Terapi PRP (Plasma Kaya Platelet) semakin pop**ar sebagai rawatan untuk keguguran rambut, khususnya alopecia androgenetik (kebotakan pola lelaki dan wanita). Berikut adalah penerangan yang lebih terperinci tentang fungsinya:
1. Faktor Pertumbuhan: PRP mengandungi kepekatan tinggi growth factor yang dapat mempromosikan penyembuhan tisu dan merangsang aktiviti folikel rambut, membantu dalam penghasilan rambut baru.
2. Ketebalan Rambut yang Ditingkatkan: Kajian menunjukkan bahawa terapi PRP dapat memperbaiki ketebalan dan keseluruhan kesihatan helai rambut yang sedia ada, menjadikannya lebih kuat dan kurang terdedah kepada kerosakan.
3. Revitalisasi Folikel Rambut: Faktor pertumbuhan dalam PRP dapat membantu menghidupkan semula folikel rambut yang tidak aktif, yang berpotensi membawa kepada peningkatan pertumbuhan semula rambut di kawasan yang telah mengalami penipisan.
4. Natural dan Selamat: Memandangkan PRP diambil dari darah pesakit sendiri, risiko reaksi alahan dan komplikasi adalah minimum, menjadikannya pilihan yang selamat bagi banyak individu yang mengalami keguguran rambut.
5. Prosedur Tanpa Pembedahan: Proses rawatan PRP adalah tidak invasif dan biasanya melibatkan masa pemulihan yang minimum, menjadikannya pilihan yang mudah untuk mereka yang ingin menangani keguguran rambut tanpa menjalani pembedahan.
6. Peningkatan Supply Darah: Rawatan ini boleh meningkatkan peredaran darah ke folikel rambut, memastikan mereka menerima nutrien dan oksigen yang penting untuk pertumbuhan rambut.
Ramai orang memilih terapi PRP sebagai terapi pemulihan rambut yang komprehensif, seringkali berserta dengan rawatan lain. Adalah penting untuk mendapatkan nasihat daripada profesional perubatan untuk membincangkan pilihan terbaik berdasarkan keperluan dan kondisi anda!
Klinik iltizam beroperasi setiap hari.
Jom buat hair & scalp analysis di klinik kami.
2-3hari ni di group whatsapp banyak yang bertanya tentang Monkeypox @ Cacar Monyet
Outbreak monkeypox sebelumnya terbatas pada beberapa negara di Afrika, tetapi sejak tahun 2022, kasus-kasus mulai muncul di negara-negara lain di seluruh dunia.
Apa keluhan yang dihadapi?
Monkeypox dapat menyebar dari haiwan ke manusia dan dari manusia ke manusia melalui kontak langsung dengan luka, cairan tubuh, atau benda yang terkontaminasi. Gejala umum monkeypox termasuk demam, sakit kepala, sakit otot, letih, serta ruam yang muncul di muka dan bagian tubuh lainnya.
Ada vaksin ke doktor?
Vaksin yang sesuai untuk melindungi terhadap monkeypox adalah vaksin cacar (smallpox vaccine).
Siapa tak pernah makan Nasi Lemak Saleha, angkat tangan🙋🏻🙋🏻🙋🏻🙋🏻
Rugilah kalau korang tak cuba
Antara nasi lemak yang sedap yang saya pernah makan di sekitar Ampang
Harini team saya ke restoran Nasi Lemak Saleha
Untuk beri suntikan tifoid kepada pekerja2 restoran
Ala takde vaksin pun takpe
Bukan ada masalah pun
Nak tau x, sesiapa pun boleh jadi pembawa kuman tifoid
Pekerja kilang proses makanan, pekerja restoran, tukang masak, pramusaji, even rider seperti grabfood, shoppe dan lain2.
Kalau kuman ni kita boleh nampak, bolehla kite pergi cuci tangan kaki semua utk bersihkan dari kuman ni
Masalahnya kita pun belum tentu sedar kuman tu kita yang bawa…..
Pemilik2 restoran yang mempunyai pekerja yang belum mendapat suntikan tifoid, tidak mau mengganggu waktu bekerja mereka, tidak ada transport untuk ke klinik, boleh hubungi kami 010-369 2894
Kami bersedia untuk bantu anda dalam memudahkan urusan pekerja anda..
Suntikan tifoid adalah wajib untuk anda mohon lesen perniagaan makanan
Dan tau tak pihak majlis dan kkm juga giat membuat pemeriksaan premis dan boleh disaman jika pekerja tidak mengambil suntikan tifoid.
Nak cari nasi lemak, jangan lupa nasi lemak Saleha
Nak cari vaksin tifoid jangan lupa waze Klinik Iltizam tau😬
Hari ini saya ke lapangan untuk beri suntikan meningococcal kepada bakal jemaah yang akan mengerjakan Umrah… seronoknya nak ke sana, semoga saya juga diberi kesempatan menunaikan Umrah lagi.
Sebelum saya suntik vaksin tu, biasalah tuan rumah hidang saya kuih cucur dengan nescafe panas.. perghhhh sedap betul. Terima kasih tuan rumah, semoga bertambah rezeki tuan rumah…
Sambil2 tu bercerita tentang kebaikan suntikan vaksin umrah ini. Kenapa kita harus ambil suntikan ini sebab virus meningococcal ini sangat banyak dari daerah Afrika seperti Sudan. Jemaah yang datang mengerjakan umrah ni bukan hanya dari Malaysia , indonesia tapi seluruh dunia dan kuman ini sangat mudah disebarkan melalui udara contoh batuk dan bersin.
Kuman ini boleh buat ape? Boleh menyerang saraf tunjang dan otak menyebabkan meningitis.
Ingat tuan puan, melindungi dan mencegah diri kita dari penyakit itu adalah tanggungjawab diri kita. Terutama jika kita golongan yang mempunyai sistem imun yang lemah.
Ramai yang tak tau, yang kita ada servis suntikan berkump**an di rumah, di pejabat travel dan dimana2 anda berada.
Boleh ke doktor datang ke rumah? Sebab susah nak datang ramai2 ke klinik doktor, nak parking lagi..
Kami ada 15orang yang akan berangkat.
InshaAllah selagi tempatnya terjangkau dan diizinkan, saya sampai👍 jangan risau tak perlu siapkan minum petang untuk saya.. hehehe
Hubungi klinik untuk pertanyaan lanjut 010-369 2894
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Contact the practice
Telephone
Website
Address
AMPANG WATERFRONT
Kuala Lumpur
68000
Opening Hours
Monday | 09:00 - 23:00 |
Tuesday | 09:00 - 23:00 |
Wednesday | 09:00 - 23:00 |
Thursday | 09:00 - 23:00 |
Friday | 09:00 - 23:00 |
Saturday | 09:00 - 23:00 |
Sunday | 09:00 - 23:00 |
Lot 63 Jalan Bukit Bintang
Kuala Lumpur, 55100
Medicentro Healthcare Sdn Bhd : 202201014934 (1460631-X) Provides medical and health services.
Jalan Damansara
Kuala Lumpur, 50470
Program keahlian kesihatan medisavers satu2 nya keahlian penjagaan kesihatan (FREE VOUCHERS setiap tahun ) & kad perubatan terulung di Malaysia. dan boleh menjana pendapatan Referr...
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 50200
واقي ئكري في ماليزيا، ,Malaysia Manufacturer Conex Condom .Ryad Maarrawi GM
Pusat Kesihatan UTM Kuala Lumpur, Jalan Sultan Yahya Petra
Kuala Lumpur, 54100
Menjalankan servis perkhidmatan kesihatan kepada warga kampus UTM serta warga sekitar.
G-11, Residensi Lexa; No. 45, Jalan 34/26
Kuala Lumpur, 53300
您好,欢迎访阅心榮中醫診所的专页,本所提供内科中药处方、体质调理、针灸、拔火罐与刺络放血等中医诊疗服务;咨询或预约请联系陈医师012-9792888。
CMC CENTRE LOT B23/B25 Jalan CERDAS. TAMAN CONNAUGHT,KUALA LUMPUR
Kuala Lumpur, 56000
中医内科、针灸与跌打推拿,黄师父,88岁,五十多年经验老中医(003389419-U) 主治:跌打扭伤,头痛,上肢下肢扭伤及旧患疼痛,颈椎胸椎腰椎痛,肩颈痛,网球肘,腰椎间盘突出,坐骨神经痛,膝关节炎,小腿痛,足根痛,中风瘫痪,痛风,尿酸,骨刺,风湿关节炎等。另有中医线雕减肥,胃痛胃风,痔疮,青光眼,心脏,壮阳补肾,抗衰老保健等…
Kuala Lumpur
chúng tôi cung cấp thông tin về dịch vụ y tế
Kuala Lumpur, 50603
- Direct Training by Medical Equipment Manufacturers - New Technology - Latest Model - Support by Malaysia Board of Technologist - 6 Hours CPD Points - HRDF Claimable - Comply Mala...
No 61, B-1, Jalan Masjid India, (Medan Bunus), KL Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 50100
We are a branch of private medical clinic chain by MEDILINK HEALTHCARE GROUP in Malaysia, we offers
Suite 19-07, Level 19, Menara 1MK, No. 1, Jalan Kiara, Mont Kiara, Kuala
Kuala Lumpur, 50480
HygieneCare provides you with a high-level disinfectant service. Your most reliable, trustable disinfectant partner. Download the apps now to protect your loved one with just a cli...