Saya suka masak
You may also like
KONGSI RESEPI
Dessert petang ni...penyejuk tekak...agar-agar bersantan...
AGAR AGAR BERSANTAN SIMPLE
Bahan2nya...
10 gram serbuk agar2
250 gram gula
1liter air
Sehelai daun pandan
1 kotak santan kara
Sebijik telur
Secubit garam
1/4 sdt perisa pandan
1/4 sdt pewarna hijau
Cara2nya...
Campurkan serbuk agar2 bersama gula...tambahkn air dan sehelai daun pandan,kacau sehingga sebati... Masak sehingga mendidih...
Sementara tu pecahkn telur ke dlm santan.kacau sehingga sebati...
Kecilkan api. Masukkan pewarna hijau dan perisa pandan.
Kemudian tuangkan campuran santan dengan telur, garam dan kacau terus hingga mendidih.
Bila dah siap, tutup api dan bolehlah di tuang ke dlm acuan kegemaran.
Sejukkan baru di didinginkan dalam peti sejuk!
Selamat mencuba 😍
Credit Puan Norimah Rahman
Dessert paling best di petang hari, makan sejuk-sejuk memang sedap. Ni resepi yang saya dah olah supaya rasa sedang-sedang je, tak manis sangat. Resepi seperti dibawah.
Gula hangus,
6 sudu makan gula, 3 sudu air, masak sampai keperangan, terus tuang dalam loyang. Masak gula dah sedikit kekuningan terus tutup api tau,jgn dah kuning pekat bru nak tutup, takut terhagusss
Loyang tu sapu majerin sikit, nanti puding tak melekat bila ditebalikkan.
Bahan puding,
Susu pekat 1/2 tin
Telur 6 biji
Air 1 tin, guna s**atan tin susu tadi je
1 sudu tepung kastard
Sedikit essen vanilla
Sedikit garam
Cara-cara,
Semua bahan puding disatukan, guna hand mixture je, kacau rata. Sebelum tuang dalam loyang, tapis dulu semua bahan ni, so texture puding lebih licin dan halus.
Kukus lebih kurang 15 ke 20min dengan api sederhana saja. Monitor guna garfu je nak tahu masak ke tak, dah masak tu bila kita cucu garfu, gerakkan garfu sikit, pejal tu dah masak la tu.
Senang dan simple je bahan puding karamel ni, selamat mencuba ☺️
Credit owner
Gua ni kalau suruh masak lauk pauk tu gagah la jugak nak diusahakan, tapi kalau nak buat pencuci mulut ni memang hauk.
Kome tau hauk tu apa? Hauk tu macam terok bebenor.
Masa birthday mak hari tu gua saja la try masak puding koktail. Dah cakap dalam hati, kalau tak sedap nanti buang je la. Beli la dessert lain nak jamu kat adik beradik.
Lepas masak s**a-s**a masuk gambar dalam status whatsapp, ramai p**ak kekawan yang mintak resepi. Adududu gua ni nak bagi resepi sesat kat orang takut jugak. Kang tak sedap naya pak karim.
Tapi bila tanya deme-deme yang makan tu, deme kata sedap dan nampaknya tak ada yang sakit perut, ok boleh le share resepi dengan kome.
Nah serepi Puding Koktail First Time Kaka Ida.
🌸Bahan-bahan Puding
1 cawan tepung kastard
1 cawan susu cair
5 cawan air
3 sudu gula
3 sudu susu pekat
Masukkan semua bahan, gunakan api yang sederhana, kacau tanpa henti sampai puding jadi pekat dan berkilat dan tutup api.
🌸Bahan-bahan kuah
2 tin susu cair
Satu tin koktail ditapis airnya. Buahnya diketepikan, air nya di campurkan dengan susu
2 sudu besar tepung kastard
3 sudu besar gula
3 sudu besar susu pekat
Campurkan kesemua bahan, gunakan api yang sederhana dan kacau sehingga mendidih. Matikan api.
(Kemanisan puding dan kuah ikut citarasa masing-masing. Macam gua tak s**a manis sangat sebab diri sendiri dah cukup manis cia cia cia)
🌸Hiasan puding koktail
1. Lapisan pertama susun buah-buahan koktail.
2. Lapisan kedua masukkan puding
3. Lapisan atas sekali letaklah buah-buahan segar. Disebabkan puding ni sedikit manis dan berlemak, gua s**a letak buah-buahan yang masam untuk menyeimbangkan rasa manis berlemak tu. Buah yang sesuai macam anggur, strawberi, blueberry, kiwi.
4. Akhir sekali curahkan kuah atas puding. Lagi banyak lagi sedap.
Masukkan puding koktail di dalam peti sejuk dalam 2-3 jam dan boleh la dimakan sejuk-sejuk nyumm.
Nampak panjang kan, tapi sebenarnya senang sangat nak buat puding koktail ni. Gua je s**a tulis panjang-panjang bagi kome penin hehehe.
Hari tu tak sempat buat resepi step by step, datang maleh gua memang tak boleh bawak bincang.
KEK LAPIS BUTTERSCOTCH CHIPS
(Resepi: Aini Madon )
BAHAN A
500gm butter sejuk- lembutkan sikit pada suhu bilik
2 sudu makan susu pekat manis
2 sudu teh butter vanilla esen atau vanilla esen
BAHAN B
360gm kuning telur
170gm putih telur
150gm tepung naik sendiri (self-raising flour)
230gm gula castor
1 sudu makan ovalette
BAHAN C
Secukupnya butterscotch chips untuk tabur
CARA-CARANYA:-
1. Dengan menggunakan mixer, pukul bahan-bahan A dengan high speed hingga kembang dan putih selama lebih kurang 5-7 minit. Ketepikan.
2. Masih menggunakan mixer, dengan mangkuk yang bersih, masukkan kesemua bahan-bahan B dan pukul dengan high speed selama lebih kurang 10-12 minit hingga pekat dan gebu.
3. Masukkan adunan A (butter) tadi ke dalam adunan B. Gaulkan dgn high speed sekejap je dalam 5-10 saat. Kemudian kaup balik adunan dengan menggunakan spatula hingga adunan sebati.
4. Panaskan oven dengan menggunakan api atas sahaja (GRILL).
5. Bakar selapis-selapis hingga selesai.
6. Pada setiap 2 atau 3 lapisan, taburkan butterscotch chips dan bakar setiap lapisan hingga permukaan kek berwarna coklat. Setiap lapisan mengambil masa 4-6 minit bergantung jenis oven masing-masing. Harus perhatikan jangan sampai hangus ya...
Bila kek dah mula naik tinggi dan tinggal beberapa lapis lagi nak habis, kurangkan suhu supaya kek tak mudah hangus dan masak dengan sempurna.
7. Bila kek dah masak, biarkan kek di dalam loyang. Biarkan kek sejuk sepenuhnya pada suhu bilik.
8. Bila kek dah betul-betul sejuk, baru lah boleh dipotong untuk mendapatkan kek yang moist, lembut dan cantik lapisannya.
NOTA:
1. Saya gunakan pure butter seperti SCS dan Anchor untuk mendapatkan rasa dan texture yang berkualiti berbanding menggunakan marjerin seperti Buttercup dan sebagainya. Tapi ikut citarasa masing-masing la ya.. ada yang s**a guna marjerin, boleh je... takde masalah... 😊
2. Saya guna 500gm butter dan ambil sedikit sahaja untuk disapukan pada dasar loyang (tak perlu sapu di tepi-tepi loyang) dan alaskan dengan baking paper.
3. Gunakan telur pada suhu bilik (room temperature) BUKAN SEJUK DARI FRIDGE.
4. Kalau saya gunakan oven countertop brand KHIND 52L, saya guna api atas dan suhu 220°C. Saya letak di rak tengah. Jika guna built-in oven, saya guna suhu 210°C.
5. Kalau tak yakin nak buat, boleh cuba buat 1/2 adunan dulu guna loyang 6x6x3 inci. Semua bahan2 dibahagi dua ya... 😊
PANDUAN UNTUK KUNING TELUR:
Loyang 8x8x3:
360gm kuning telur
170gm putih telur
Setiap lapisan: 90gm adunan
Loyang 7x10x3:
420gm kuning telur
170gm putih telur
Setiap lapisan: 100gm adunan
Untuk kuning telur, kalau masa timbang tu terlebih sikit pun takpe, boleh je 😊
SELAMAT MENCUBA 🥰
MASAK LEMAK CILI API NENAS
Nenas (potong dn celor)
Ikan masin kurau (rendam utk kurang kan masin)
Cili padi/cili besar
Bawang merah/putih
Santan
Serai
Sedikit garam
Kunyit hidup
1)tumbuk cili padi...Bawang merah/putih dan kunyit....satu kan bahan tumbuk lm periuk.....mas**an Santan cair bersama ikan masin....panas kan atas dapur pai mendidih.....bila Ikan btol2 masak....baru ms**an serai...nenas dan santan pekat..Kacau selalu...supaya x pecah minyak...dh siap boleh tutup api..
*garam boleh di tambah klu kuah tawar***sbab guna ikan masin...kuah pn dh ada rasa masin..
Credit Aina Sofiea
IKAN MASAK CUKA
Ikan kacang (ikut s**a nk ikan apa)
Cili padi
Bawang merah/putih
Cuka
Jintan manis
Jintan putih
Biji sawi
Halia
Garam dn gula
1)potong cili padi...bwang merah...bwang putih dan halia....
2)tumis semua bahan potong....bila dh layu mas**an....jintan manis...jintan putih dn bijik sawi...kacau2.... Baru mas**an cuka ..Sedikit air dn ikan....biar mendidih seketika baru mas**an garam dn gula....
Kuah ikut s**a nk banyak atau sikit....
Credit owner
Setuju tak kl sy kata.. Cuaca lemau skrg Pekena ikan pekasam camni bertambah2 selera makan kita kan..saya tabur petai sbg ulam😍😍😋😋... Menu paling senang nk sediakan.. Ramai ke yg s**a makan ikan pekasam...
Ikan pekasam
Bwg besar holland -hiris
Cili api merah & hijau -hiris
Limau kasturi
Goreng ikan pekasam.Angkat.
Buang sikit myk lebihan goreng ikan pekasam, goreng bwg besar holland & cili api merah dan hijau hingga layu je.
Masuk kan ikan pekasam goreng. Gaul sebati..
Hidangkan.. Nak makan perah limau kasturi.. Siap utk mkn.. 😍😍😋😋
Resepi 👇
Ikan Bilis (goreng garing)
Bawang Besar
Cili Padi
Bunga Kantan
Serai
Hiris halus bahan² 👆, tambah gula, jus limau, serbuk pati ayam (sikit je sebab ikan bilis dah masin) & ikan bilis goreng. Gaulkan sebati. Siap
Credit owner
Wangey2...nalla punyer resepi perrghhh
Resepi Kari Kepala Ikan (Tanpa Santan)
bahan-bahan :
Kepala ikan jenahak atau ikan merah (dibersihkan)
kacang bendi
3 biji bawang merah (dihiris)
2 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
1 tangkai daun kari
tomato (dibelah 4)
3 sudu makan serbuk kari ikan Adabi (dibancuhkan dengan sedikit air)
garam dan sedikit gula
air asam jawa
Cara-cara :
Tumiskan bawang merah, bawang putih, daun kari serta halba campur hingga wangi. Kemudian masukkan bancuhan rempah kari dan tumis lagi hingga garing atau pecah minyak.
Masukkan air secukupnya. Kacau rata-rata dan biarkan ia mendidih.
Kemudian masukkan ikan dan kacang bendi. Perasakan dengan garam dan gula. Akhir sekali barulah dimasukkan air asam jawa dan tomato.
Setelah masak, angkat dan hidangkan panas-panas bersama nasi putih dan sambal belacan.
Credit Fauziah Hussain
Sup
Bahan-Bahan:
500g Tulang/ayam/dging/dll
Bahan untuk rempah tumis:
kayu manis
buah pelaga
bunga lawang
2-3 tangkai cengkih
Bahan untuk dikisar:
3 ulas bawang putih
1 inci halia
3 ulas bawang merah
3 biji buah keras
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu besar lada hitam
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan putih
Bahan untuk dipotong dadu besar:
1/2 batang lobak merah
2 biji kentang sederhana besar
tomato (potong 4)
Cara Penyediaan:
Panaskan 3 sudu besar minyak dalam periuk
Tumiskan rempah tumis bersama bahan kisar. Biarkan sehingga naik bau dan pecah minyak
Masukkan tuilang,kacau dan biar sebentar
Masukkan air, lebih kurang 3 cawan.
Bila sup sudah mula mendidih,masukkan lobak merah dan kentang.Masak sehingga empuk.
Masukkan tomato beserta garam dan gula secukup rasa
Taburkan daun sup dan bawang goreng apabila hendak dihidang
Credit Eby Rasmi
HOKAIDO CAKE😋 RESEPI👇
Putar 4 bijik telur kuning bersama 3sb gula, letak esen vanila. Putar sampai gula hancur.
Dalam Mangkuk lain putar telur putih bersama 4sb gula sampai jadi meringue.(pastikan mangkok kering dari setitik air) Ayak 1/2 cawan tepung gandum, 1/2 sudu baking powder, secubit garam dan 2 sb tepung jagung@kastad.
Berbalik pada kuning telur tadi. Masukkan 1/2 cwn susu cair sikit2 dan putar, masukkan minyak 5 sb dan putar sekejap. Kemudian masukkan tepung yg dah ayak td. Kemudian masukkan p**a adunan meringue secara kaup balik perlahan2 smpi sebati. Panaskan oven 170c. Masukkan 3/4 dlm cup dan bakar.
FILLING CHEESE
125 grm cheese, 3 sdb gula aising(mix sampai kembang letak esen lemon) masukkan 2 sdb susu cair dan putar lg. Apabila dah licin dah boleh piping ke dlm adunan kek td😊 tak paham sila bertanya di ruangan komen😅
🤗
Credit Norhafizan Ezan Sulaiman
Hari ni merendang ayam cara orang Negeri Sembilan. Pedas-pedas sikit, baru sedap.
Rupabentuk tu dah ada, kita tunggu berbuka nanti, nak rasa ok ke tak.
BAHAN-BAHAN:
* 1/2 ekor ayam | potong ikut s**a dan dibersihkan dan tos
* 2 kotak santan (400gm sekotak)
* 2 sudu makan kerisik
* 2 batang serai (dititik)
* Garam secukup rasa
BAHAN KISAR:
* 15 biji cili padi (boleh tambah kalau s**a pedas)
* 3cm kunyit hidup
* 1cm halia
* 1cm lengkuas
CARA MASAK:
1. Masukkan ayam dalam kuali besar dan gaulkan dengan bahan kisar serta serai titik. Hidupkan api dan biarkan sehingga air ayam sedikit kering.
2. Kemudian masukkan santan dan besarkan api. Masak sehingga santan mendidih kemudian masukkan garam. Kacau rata dan kecilkan api.
3. Kemudian masukkan kerisik dan kacau rata.
4. Masak dengan api yang kecil hingga rendang agak pekat dan ayam masak .
5. Siap!
Credit Yazlina Yahya
Ayam Goreng Ala "kentucky" Jom buat sendiri puas makan. Ranggup diluar dan juicy didalam. Cara . Nak lagi mudah Bahan untuk salutan ayam boleg guna tepung segera contoh "tpung ayam goreng Bistari " @ ikut selera masing2 cuma guna teknik dibawah goreng ayam masak sekata dan berkerinting.
Bahan Salutan Kering untuk Ayam:
🍀1 peket tepung gandum / boleh guna tepung segera.
🍀3 sudu besar penuh tepung jagung
🍀1 peket Rempah Spicy Tex MeX
🍀3-4 sudu besar serbuk cili
🍀4 sudu besar serbuk pati ayam jika tawar tambah garam
👉🏻 Satukan semua bahan diatas dalam balang,tutup dan gongcang sebati.
Bahan Basah untuk Perapan Ayam:
🐥4 sudu besar bahan tepung kering diatas.
🐥1/2 peket rempah Spicy Tex MeX gayoagrifoods
🐥garam secukup rasa
🐥2 sudu besar halia yg telah ditumbuk lumat (optional)
Sedikit air
Cara-cara:
Bancuh bahan perapan bersama sedikit air. Adunan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair.Perap ayam dalam bahan ni, biarkan semua terendam. Tutup bekas perapan ayam dan simpan dalam peti bawah semalaman.
🦋Sebelum goreng
Masukkan ayam ke dalam BAHAN TEPUNG KERING dan ratakan. Angkat dan ketuk2 kemudian celup dalam air sejuk.
🦋Celup lagi sekali dalam BAHAN TEPUNG KERING. Angkat dan ketuk-ketuk sedikit bagi sisa tepung jatuh dan boleh la digoreng dgn api sederhana hingga masak. Siap.
Nak lebih kerinting step basah+ kering ni boleh ulang 3X.baru goreng.
Guna teknik "basah,kering,basah,kering" Untuk hasil ayam goreng sempurna
Credit Aisyah Humaira
Habuan ratah-ratah.. Sedapppp!!
Resepi
Kepak Ayam Bakar Madu-mummy bakar Air Fryer ya.
Bahan
15 ketoi kepak ayam/Chicken wings
Bahan tumbuk
6 ulas bawang putih atau 1 sdb serbuk bawang putih
1 in halia atau 1 sdb serbuk halia Masukkan ke dlm ayam.
Tambah
5 sdb madu penggunaan madu akan membuat ayam agak terbakar dan hitam ya.. klu tak ada bole skip
4 sdb brown sugar
1 sdb kicap pekat optional tak mo ayam hitam tak payah guna kicap pekat-
1 sdb kicap manis Enaq
1 sdb lada itam berbiji halus
2 sdb cili flakes
4 sdb sos cili Enaq-sos ni pedas dan sedap
5 sdb sos cili Thai
1 sdb serbuk Maggi
Sedikit pewarna merah
Gaul semua dan perap.
Bakar dlm AF 15-20 minit suhu 180. Kena alih2kan ya.
Sos yg berlebihan masak atas api bila mendididh tambah bancuhan tepung jagung utk memekatakan.
Sapu atas ayam bila ayam dah masak
Edit-klu nak bakar dgn arang dan ayam senang masak rebus dulu ayam. Masak sekejap saja. Bila air mendidih tutup api. Tunggu 5 minit toskan ayam. Sejuk baru perap dgn bahan perapan.
Credit Makcik Ratu
Ayam Goreng Viral 🍗
Baru nak cuba sebab ada tengok satu video ni. Mudah dan ringkas. Siap ada yang kata sedap gilaaa 😄
Lagipun ada penggunaan bawang putih ketika menggoreng. Mesti wangi 😊 Bila dah rasa, memang sedap, rangup di luar, lembut di dalam dan sangat harum baunya.
Beberapa ulas bawang putih yang dimasukkan ketika ayam digoreng, sedap dimakan. Adiklah yang kata sebab Cik Fieyza tak makan sebarang bawang-bawang selain yang ditumbuk halus 😄 Pernah sekali tertelan bawang putih yang terlindung dek sambal tempe, dan dan rasa nak demam. Serik betul 😅
Cik Fieyza kongsi resipi yang digunakan jika ada yang nak cuba buat 😊
Bahan kisar :
Telur - sebutir
Bawang merah besar - sebiji*
Bawang putih - 3 ulas*
Halia - 1 inci*
Curah atas ayam dan campurkan dengan :
Sos tiram - 2 sudu
Kiub pati ayam (cairkan : ikut anggaran ayam banyak mana)
Serbuk perasa dan gula
Tepung ubi - 2-3 sudu
Gaul dengan ayam dan perap seketika. Lagi lama lagi baik. Goreng macam biasa. Masa alihkan ayam tu, tabur beberapa ulas bawang putih yang tidak dibuang kulit setelah dicuci.
Ikutkan video asal, ayam digoreng dua kali untuk dapatkan lebih kerangupan. Tapi Cik Fieyza goreng sekali saja sampai betul-betul garing. Siapppp 🥰
😎
Credit Novelis Affieyza Isahak
Siap Spaghetti Bolognese Ayam dengan Sosej sebanyak 50 bekas untuk potluck anak di tadika hari ini. Siap pack dalam bekas kecil2 supaya mudah murid-murid nak bawa balik jika ada lebihan.
Kat sini sy kongsikan cara saya masak dan anggaran bahan yg sy gunakan utk 50 bekas comel2 ni:
4 peket spaghetti - rebus
2 pack ayam kisar azmy yang 400g. (Rm7.60 sepeket)
4 tin sos spaghetti (Rm5.60 setin)
2 tin besar tomato puree kimball (rm7 kot setin)
1 kotak besar susu dutch lady full cream (Rm6.50)
2 peket sosej (Rm4.30 sepeket)
2 biji besar bawang holland - potong dadu
3 biji carrot - potong dadu
7 biji tomato saiz sederhana - potong dadu
Cheese slice - taknak letak pun takpe tapi sebab mmg ada dlm peti ais, jadi sy letak je 5 keping dlm sos ni.
Daun Oregano kering
Daun parsley kering
3 kiub ayam
Caranya:
1) Tumis bawang holland sampai naik bau.
2) Masukkan carrot. tumis sekejap.
3 Masukkan ayam kisar dan susu dutch lady separuh kotak. Masak sampai ayam tu serap dah susu.
4) Masukkan tomato yg dah dipotong dadu. Kacau2 kejap sampai tomato dah layu.
5) Masukkan sos spaghetti dan tomato puree. Masukkan air agak2 sos tu tak terlalu pekat dan masukkan lebihan susu dutch lady sampai habis.
6) Masukkan sedikit oregano kering dgn parsley kering utk lebih membangkitkan bau kuah sos. Masak dgn api perlahan kira2 20 minit.
7) Masukkan sosej yg dah dipotong. Masukkan kiub ayam dan cheese slice. Masak lg sampai sos masak. Kalau kuah agak pekat, adjust sendiri dgn masukkan air ikut pekat mana yg anda nak. Sy buay kuah tak terlalu cair dan tak terlalu pekat. Siap!
# kuantiti bahan saya buat ni ngam2 utk 50 bekas ni. Ada sikit lebihan kuah dalam seperiuk kecil je. Boleh la buat makan sendiri ☺️. Sebagai penyeri, saya hiaskan dengan sedikit taburan parmesan cheese dan daun parsley 🥰
Credit Farahwahidah Aziz
Dah jemu asyik masak ayam merah, ayam kicap, ayam kasturi, ayam bali, ayam kuzi.. Harini sya masak " Ayam Palembang ".. Ank ank sya kalo boleh, nak Ibu depa masak ayam hari² pun x pa.. masaalah Ibu depa dah cemuih ayam hihi 😁
RESEPI AYAM MASAK PALEMBANG
Bahan2 untuk 1 ekor ayam
A: Bahan2 dikisar
Bwg besar - 2 biji (sederhana)
Bwg putih - 5 - 6 ulas
Halia - besar ibu jari
Bahan2 B:
serbuk kunyit
Daun kari - 2 - 3 tangkai
Kicap manis - 1/2 cawan
Cili blend - ikut pedas ( 2 senduk nasi)
Asam keping - 2 keping besar
Santan - 100ml
Minyak untuk tumis
garam dan gula secukup rasa
Cara2
1. gaul ayam dengan kunit dan garam.. goreng setengah masak dan ketepikan
2. Panaskan minyak
3. Tumis bwg besar , bwg putih , halia sampai naik bau
4. Masukkan cili blend.
5. Tumis sampai pecah minyak.
6. Mas**an kicap. Kalau nak lebih hitam tambah kicap pekat.
7. Masukkan daun kari
8. Tumis sekejap, masukkan garam dan gula secukup rasa.
9. Masukkan asam keping
10. Masukkan ayam dan masak sehingga ayam empuk.
11. Masukkan santan
12. Biarkan mendidih dan boleh dihidangkan 😊
13. Kalau kering sangat masukkan air sedikit
Kredit resepi to owner...
🍰 KEK MARBLE JELITA 🍰
Sebahagian antara koleksi kek marble jelita by masturarazali...minat sgt nk melorek kek ni smpai dh ketagih 🤣😂
Bagi yg nk cuba kita sediakn resepi sekali ye
Kek marble jelita
Bahan A
-5bj telur
-220g tepung kek
-170g gula kastor
-60ml susu fullcream
-1sb ovalete
-1sk creamy vanila
Bahan B
-150g butter (cairkan)
Cara2
Mix semua bhn A sampai putih gebu..lebih kurang 10mnt....dh gebu off mixer,kemudian masukkan butter cair..kaup balik adunan smpai sebati...kemudian asingkan sdkit utk buat corak..selebihnya blh masukkan dlm loyang saiz 8×8... Bakar suhu rendah 130-150 selama 60mnt atau smpai masak, bergantung oven masing2...kalau x masak blh tmbah masa.....
Selamat mencuba ✌️
Credit Mastura Razali
Hari ni kita masak nasi ayam,lauknya kita buat ala2 kedai makan femes tu 😁 sekali sekala mkn meriah gini 😅
Edit resepi 😁
Ayam steam
•panaskan air letak 2 batang daun bawang bersama akarnya sekali,halia,bawang putih..xyah potong ye just letak dlm air tu..letak 1 kiub ayam..bila da mendidih masukkan ayam dan kecikkan api paling kecik..
•ayam da siap masak pastikan rendam dlm air sejuk sekejap supaya ayam xhancur bila potong 😊
Ayam roasted
•ayam yg masak steam td amik sikit utk diperap bersama sos tiram,kicap pekat,madu..
•selepas 1jam perap,goreng ayam dgn minyak yg sedikit..siap 😊
Towfoo
•tofu lembut ni bnyk kat pasaraya ye..panaskan tofu bersama plastiknye skli dlm beberapa minit,jgn lama ye..angkat tofu dan bukak plastik tu elok2 supaya tofu xpecah..telangkupkan tofu dlm pinggan..curah kicap *(nnt sye bg resepi di bawah) atas tofu dan hiaskan dgn udang kering diblend,daun bawang,bawang goreng..siap 😊
Taugeh sos
•celur sekejap taugeh,angkat dan toskan..letak atas pinggan dan curahkan kicap *(nnt sye bg resepi di bawah) letak sikit white pepper dan hias..siap 😊
Kicap utk ayam
•kicap manis letak beberapa sudu,letak sup ayam(yg dimasak utk mkn ngn nasi ayam ni 😁) letak minyak bijan sikit..kacau sebati dan tuang atas ayam roast n steam tu ye 😊
Kicap utk tofu&taugeh
•kicap manis beberapa sudu,tambah sos tiram sikit,gula sikit,minyak bijan sikit dan letak sup ayam(yg dimasak utk mkn ngn nasi ayam ni 😁) masak sekejap dgn api sederhana ye...curah atas tofu dan taugeh td 😊
Nasi dan sup ayam tu pndai2 la buat resepi sndri ye sbb rasanya semua da tau kan buat nasi n sup 😅
°Resepi ni sye agak2 je tu..xde s**atan tepat..sye masak td utk 2 org makan 😊
Credit Azima Sulia
Kek coklat tornado ..
Anak2 S**a sgt..lama Tak buat
Kak share resepi .. tq empunya Alhamduliah menjadi.😅
KEK TORNADO
3 biji telur
1 cawan gula
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan minyak
1 1/2 cawan tepung naik sendiri - ayak
1 sudu kecil soda bikarbonat - ayak
1 sudu kecil baking powder - ayak
1/2 cawan serbuk koko@coklat, milo
1/4 cawan air panas
1. Pukul telur, gula, esen vanilla pukul rata.
2. Masukkan minyak masak kacau biar sebati.
3. Masukkan tepung, baking powder, soda bikarbonat.
4. Masukkan serbuk koko@coklat, milo.
5. Akhir sekali masukkan air panas kacau rata. Tuang dlm bekas yang digemari.
6. Bakar api atas bawah suhu 180°c selama 50 minit bergantung pada tahap kepanasan oven anda. Kalau nak kukus boleh kukus 40~45 minit.
7. Keluarkan dari oven@kukusan biar sejuk.
*tips utk kek gebu tak perlu guna mixer, hanya kacau guna sudip je macam nak buat kek brownies tu.
Utk cream cheese :
250gm cream cheese
60ml whipping cream (nak lebih gebu boleh lebihkan whipping cream)
3~4 sudu besar susu pekat (boleh kurangkan ikut kemanisan memasing)
1. Adun cream cheese sampai lembut.
2. Tambahkan susu pekat (tahap kemanisan yang anda s**a)
3. Masukkan whipping cream dan adun sampai gebu dan ringan.
4. Kemudian tuang atas kek yg telah siap di bakar@kukus.
Bahan coklat ganache :
100ml whipping cream
250gm milk compound
2 sudu besar mentega/marjerin
1. Double boiler bahan kacau sampai sebati last sekali masukkan marjerin.
2. Curah atas kek yg sudah siap di bakar@kukus.
3. Taburkan coklat chip@coklat rice ikut citarasa memasing, siap.
Resepi saya share dlm group .
Credit Rohani Ronnie
Resepi Marble Butter Cake
Bahan-bahannya-
250g butter
250g tepung naik sendiri
180g gula kastor
4biji telur A
1/2 cawan susu segar @ susu cair
1 penutup esen Vanilla
3 sudu serbuk koko dan pewarna kuning
Cara membuatnya
Pukul butter & gula hingga kembang
Masukkan telur satu persatu. Masuk tepung & susu segar beselang seli.
Bahagikan adunan kepada 2 bahagian. 1 bahagian letak pewarna kuning dan 1 bahagian letak serbuk koko. Selang selikan adunan dalam loyang 8". Bakar suhu 180 api atas bawah 40minit @ sehingga masak.
💞 jika nak guna tepung gandum
+ 1 sudu kecil baking powder
+ 1 sudu kecil soda bikarbonat
* tips untuk kek naik cantik*
💕Pukul telur sampai putih.
💕Tepung & susu kaup balik guna senduk sahaja.
Credit Nana Ereena
❤ RESEPI AYAM KAM HEONG ❤
Bahan-bahan :
1 Ekor ayam dipotong 18.
2 ulas bwang besar (sbiji didadu n sbiji lg potong kasar).
4 ulas bwang putih (ketuk).
6 cili merah (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
7 cili kmpung (belah 2) jika nak pedas lebihkan cili.
20 helai daun kari.
2 sb sos cili.
2 sb sos tomato.
2 sb sos tiram.
2 sb kicap lemak mnis.
3 or 4 sb kari.
Minyak masak.
Garam.
Cara Penyediaan :
● Gaulkan ayam dgn serbuk kunyit,garam dan lada hitam.
● Goreng ayam hingga masak. | Asingkan.
● Serbuk kari dbancuh dengan sedikit air.
● Panaskan minyak tumis bawang besar bawang putih hingga wangi.
● Masukkan bancuhan kari dan daun kari.
● Masukkan sos dan kicap kacau sebati hungga agak pekat.
● Masukkan ayam goreng serta hirisan cili.
● Gaul rata.
● Siap dihidang.
Selamat Mencuba
Sumber: Pishang Cokelat.
Asam Laksa guna Sardin tin je.
Apa2 jenama pun boleh insyaAllah.
Dah la kawww, mudah p**ak tu.
Tak payah nak siang2 ikan😂
Asam Laksa cara saya
1 Tin Sardin Adabi (besar)
1 tin kecil sardin
1 paket pes asam pedas adabi
Bawang merah 4 biji
Lada kering / cili boh
Belacan sikit
Kisar bahan di atas kecuali sardin tin kecil. Yang kecil ifah hancurkan guna garpu je sebab nak bagi rasa ikan ketul2 sikit. Hehe
Ambik sekali dgn kuah ye!
Bahan2 lain :
Bunga kantan
Daun kesum
Asam keping
Ulam2
Telur
Limau kasturi
Salad
Bawang besar / merah
Timun batang
Cili
Masukkan bahan kisar dalam periuk, serta sardin yang dihancurkan tadi, tambah dgn air ikut s**a nak banyak mana. Sy buat pekat sikit.
Masukkan bunga kantan daun kesum, asam keping.perasakan dengan garam.
Sedia utk dihidang. Senang dan sedapp macam asam laksa yg kat mall2 tu🤪
CARA BUAT PEKASAM IKAN GELAMA
1. Siang dan bersihkan ikan – pastikan bersih betul2 terutama di bahagian dalam perut ikan. Sisik pun mesti dibersihkan
2. Masukkan ikan yang dah bersih tadi dalam bekas yang ada tutup. Gaul dan perapkan ikan dengan garam (guna garam halus je). Kalau dalam 7 ke 8 ekor macam ni, saya letak garam dalam 1/2 cawan (boleh kurangkan kalau taknak masin, dalam 2 sudu makan)
3. Tutup rapat2 dan simpan dalam peti ais (tak beku) semalaman.
4. Sementara ikan diperap, kita buat beras sangainya.
Sangai (GORENG TANPA MINYAK ) beras dengan api yang sederhana (banyak beras ikut banyak ikan). Sangai hingga coklat kekuningan dan sejukkan sekejap.
5. Tumbuk beras yang sudah disangai tadi tapi saya guna pengisar je. Jangan kisar terlalu halus (nanti jadi tepung p**ak). Kisar tak halus tak kasar, agak2 lah sebab bila kita goreng dan makan nanti ada rangup2 crunchy.
6. Kemudian, Sediakan garam. Garam pon agak2 je. Janganlah letak banyak sangat sebab tadi awal2 dah perap pada ikan (nanti jadi terlalu masin). Tapi jangan p**ak terlalu sedikit sebab bila sikit ikan akan jadi lembik dan akan hancur semasa digoreng.
7. Seterusnya, Ikan yang sudah diperap semalaman di buang airnya (atau boleh juga dipindahkan ke bekas lain).
8. Susun ikan dan taburkan beras dan garam. Susun lagi ikan dan tabur lagi beras dan garam. Buat selapis2 sampai ikan habis. Selit lah 2 atau 3keping asam gelugur (asam keping) kat celah2 ikan tu. Tapi kalau tak letak pon boleh jugak sebab beras sangai hancur yang diperap dengan ikan pon akan memasamkan.
9. Tutup rapat2. Pastikan tiada lalat terhinggap sebab kalau ada memang confirm hukum buang je (tak boleh makan).
10. Simpan dalam peti ais (tak beku). Perap dalam 1 ke 2 minggu sebelum digoreng.
NOTA :
Ini kalau korang nak buat sikit je, yang 3 ke 4 kali goreng. Tapi kalau korang buat banyak, untuk tahan lebih lama, Selepas 1 ke 2 minggu dibahagian tak beku, korang boleh alihkan ke bahagian beku p**a. Tapi korang terpaksa biarkan di luar peti ais agak lama dulu sebelum digoreng.
Kredit : AnieyRohani Abu
RESEPI SARDIN KERING
Hari ni saya nak share 1 resepi yang sedap tak tau nak habaq . Tapi sangatlah mudah . Ramai dah tau resepi ni . Tapi takpa , saya share untuk yang belum pernah cuba 😁
SARDIN KERING ARWAH MAK SAYA AJAQ CENGGINI CARANYA
** untuk yang bertanya guna minyak ke tak , saya memang tak guna minyak . Sebab kerak kuah kering tu lagi padu. Hehe
Kalau nak letak minyak sikit pon takde masalah . Dia akan kering sekali . Kalau takut² sebab tak letak minyak , boleh guna pan yg tak melekat tu . Tp kerak dia tak kaw sangat la . Hehe .
1 . Masukkan semua sardin dalam kuali . Sekali dengan kuah dia nahhh
2 . Goreng la sampai kering . Biaq ja dia bersemadi dalam kuali tu bersama kawan² tercinta (pasai s**a sangat berkawan)
❗️Jangan kerap kacau nanti tak umphh
3 . Isi dia pon jangan bagi hancoq sangat , sebab saat kehancuran dia akan tiba masa kita kikih kerak² dari kuah sardin dalam kuali tu
4 . Nampak macam dah kering , kuah pon takdak dah hampa kikih la kuali hampa tu . Kerak² tu part paling sedap hampa na
5 . Lepaih tu campak la masuk bawang cabai . Boh la banyak mana hampa mau.
6 . Goi la semua bagi seia sekata sehati sejiwa . Nak campak segala makneka garam serbuk perasa ka apa s**a hati hampa . Mcm enda , memang tak tambah apa dah . Dah ngam sedap gitu .
Haaa dah sebati semooaaa hampa cedok masuk pinggan . Makan dengan nasi panaih , teloq mata kuning cayaq p**ak . Nahhhh pedepiuuu sedap nalarekek 🤤
Kredit resipi & foto: Siti Khadijah Abdul Razak
SELAMAT MENCUBA 👍
Saya budak baru belajar🤫
Ketupat Sotong 🦑
BAHAN-BAHAN
5-6 ekor sotong sederhana besar
1 cawan beras pulut
2 cawan santan
2 ulas bawang besar (dimayang)
2 ulas bawang putih (dimayang)
seinci halia (dimayang)
sesudu kecik halba
2 helai daun pandan
1 btg serai
garam dan gula secukup rasa
CARA PENYEDIAAN
Bersihkan sotong dulu, saya buang kulit merah.
Beras pulut dibasuh dan rendam ngan sedikit santan selama 1 jam
Isikan beras pulut dalam badan sotong, jangan penuh sangat, setengah je, pas tu tutupkan ngan kepala sotong dan sematkan dgn lidi.
Dalam periuk, masukkan semua bahan (santan,bawang merah dan putih,halba,halia,daun pandan, serai, garam dan gula)dan masakkan atas api. Masak selama 20-30minit. Kalau sotong dah kembung, dah masak lah tu…boleh angkat dan mkn…
Credit Nana Ereena
Click here to claim your Sponsored Listing.
Videos (show all)
Category
Website
Address
42900
Jalan Ampang
Kuala Lumpur
Saya menguruskan pemasangan produk Sk Magic seluruh Mlaysia.
Kuala Lumpur
Menjual periuk dapur warna warni yang cantik. Meterial Cast Iron dengan harga mampu milik. 2tahun warranty
Sri Rampai
Kuala Lumpur
Nasi Lemak Pandan, Nasi Kerabu, Nasi Minyak, Nasi Dagang & aneka lauk. Kek Lapis Sarawak & Biskut
35, Jalan Desa Serdang 4, Desa Serdang, Seri Kembangan Selangor Darul Ehasan
Kuala Lumpur, 43300
Takada is a pioneer in producing high quality, good value and innovative home appliances in Singapore and Malaysia. Our products are certified safe for use by the relevant authorit...
512, Jalan Tuanku Abdul Rahman
Kuala Lumpur, 50100
A secret hidden pizza place and kitchen in the middle of KL city where we use the most traditional way of "Fire Brick Oven" to bake our pizza to give our customers a different sens...
Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50050
nak cari barang murah giler and barang2 rare yang lawa dan menarik..kat sini la gaizzz...sila lah share link yang menarik ya..sama2 kita share
Bandar Menjalara, Kepong/Jalan 15/62b, Kepong
Kuala Lumpur, 52200
This page is purely dedicated in sharing food recipes from around the globe. The videos presented here are not by professional but an individual like you who has intense interest i...
Sentul
Kuala Lumpur, 51100
TEMPAHAN MAKANAN SEKITAR KUALA LUMPUR. #ROTI JALA #NASI LEMAK #LUNCH BOX #NASI TOMATO #NASI MINYAK