Asraa Creative Studio

Printing - Photostat - Laminate - Binding - Banner - Bunting - Flyers - Name Card

31/10/2022
14/06/2021

Antara MRTT dan MLTT ?
Perbandingan dua produk takaful gadai janji yang boleh dipilih pembeli rumah.
Setiap pembiayaan rumah diwajibkan mengambil satu polisi takaful tambahan untuk melindungi pembiayaan antara pemegang polisi dan pihak bank.
Bagi pembiayaan perumahan, terdapat dua produk takaful gadai janji yang harus dipilih oleh pembeli iaitu Takaful Bertempoh Gadai Janji Berkurang (MRTT) dan Takaful Bertempoh Gadai Janji Mendatar (MLTT).
Ketika ini, ramai yang keliru dan kurang pasti produk manakah yang bersesuaian dengan jenis pembiayaan yang dimohon dan apakah manfaat atau kelebihan yang diperolehi jika melanggan salah satu produk ini.
MRTT adalah perlindungan takaful yang berkurangan mengikut tempoh pembiayaan perumahan anda.
Ia bergerak seiring dengan jumlah pembiayaan yang semakin berkurangan setiap tahun dan ia boleh dibayar secara terus serta dimasukkan ke dalam pembiayaan bank.
“Pendek kata, ia lebih murah kerana perlindungan akan semakin berkurangan,” katanya kepada Hartanah BH.
Manakala, bagi MLTT, katanya, ia adalah perlindungan takaful yang kekal sepanjang tempoh pembiayaan berkenaan.
“Kalau diikutkan MLTT lebih mahal, sebab jumlah perlindungan yang meningkat saban tahun.
“Dan MLTT ini tidak boleh dimasukkan ke dalam pembiayaan bank, jadi kena keluar daripada poket sendiri untuk membayarnya tetapi MLTT ini dibayar secara ansuran,” katanya.
Apabila berlaku tuntutan dalam kes kematian atau lumpuh (dikenali sebagai TPD, atau ketidakupayaan kekal), polisi MRTT akan membayar baki hutang kepada pihak bank.
“Manakala polisi MLTT p**a akan membayar keseluruhan pampasan kepada penama. Ia akan jadi tanggungjawab penama untuk selesaikan hutang si mati kepada pihak bank.
“Jika pemilik rumah mengambil MRTT, proses pembayaran tuntutan berkenaan hanya membabitkan dua pihak (iaitu bank dan syarikat takaful sahaja) dan ahli keluarga mangsa akan dapat rumah berkenaan,” katanya.
Sementara bagi kes MLTT p**a, pihak penama atau ahli waris akan terbabit untuk menerima pampasan dari pihak syarikat.
“Selepas menerima pampasan ini, pihak waris bertanggungjawab selesaikan baki hutang kepada pihak bank.
Dalam kes ini, terserah kepada ahli waris untuk membayar sekali gus baki hutang itu atau buat bayaran secara ansuran. Lebihan wang pampasan adalah hak milik ahli waris, dan ia tertakluk kepada konsep faraid.
Sekiranya pemegang polisi melakukan pembiayaan semula bagi perumahan terbabit sebelum tamat tempoh polisi MRTT, polisi berkenaan akan terbatal berbanding polisi MLTT yang boleh digunapakai untuk beberapa tujuan pembiayaan dan tidak terkesan jika pemilik membuat pembiayaan semula atau menjual rumah berkenaan sebelum tamat tempoh.
Secara umumnya, MRTT sesuai untuk rumah kediaman, pembelian jangka panjang dan tidak bercadang untuk membuat pembiayaan semula serta pembeli berumur 35 tahun ke atas manakala MLTT sesuai untuk rumah pelaburan, pembelian jangka pendek dan bercadang untuk membuat pembiayaan semula serta pembeli berusia bawah 35 tahun.
Sumber : Berita Harian
Contact saya untuk ketahui lebih lanjut
Adil Syahmi
,
https://PelanHibahTakafulAIA.wasap.my/
https://PelanHibahTakafulAIA.wasap.my/
https://PelanHibahTakafulAIA.wasap.my/
AIA Certified Life Planner

14/06/2021

Malam ini, ambil kertas duduk hadap suami sambil buatkan kopi Kapal Api.
Jika ada karipap semalam, panaskan bawa sekali dalam cawan.
"Abang sayang, gaji abang berapa sekarang?"
Ambil buku dan kertas buat catatan.
1. Tanyakan gaji suami sekarang berapa. Jika dapat tahu juga Gred Gaji suami lebih baik.
2. Mohon tanyakan juga pin no ATM kad suami, catat dan simpan dengan baik.
3. Suami ada masuk khairat kematian dipejabat atau tidak. Jika ada berapa sumbangan boleh dapatkan?
4. Suami ada masuk koperasi atau tidak. Apa sumbangan dan duit koperasi boleh tuntut jika suami tiada nanti.
5. Suami ada buat hibah atau tidak? Jika belum ada, pujuk baik baik pada dia. Dengan serendah RM50 sebulan pun dah ada untuk isteri dapat RM150,000 jika dia meninggal nanti.
6. Penama KWSP abang letak nama siapa? Anak kita kecil lagi. Jika belum buatlah segera.
7. Penama Tabung Haji abang letak nama siapa? Abang ada buat Hibah Amanah atau tidak buat sesiapa?
8. Abang ada buat Hibah ASB atau tidak? Jika ada berapa peratus pembahagiannya? Boleh saya simpan satu salinan jika jadi apa apa?
9. Abang ada Takaful kemalangan diri atau kad perubatan saja? Boleh saya catat no polisi.
10. Saya sayang abang, kalau abang kerja naik motor, saya belikan takaful kemalangan diri setahun RM200 abang nak atau tak?
Abang potong nafkah saya pun tak apa, janji lindungi abang. Biasanya suami yang baik akan tewas punya.
11. Hutang dan simpanan abang ada berapa? Boleh tahu dimana dan apa yang ada?
12. Abang tahu baki hutang abang ada berapa lagi? Rumah kita insuran ni MRTT atau MLTT dulu ya? Jika meninggal ada baki atau tidak?
"Abang lambat lagi mati Musalmah oi, macam nak aku mati cepat jer".
Jangan begitu kawan, kecil hati dia nanti. Jangan juga tuduh dia 'mata duitan'.
Benda belum jadi, kita semua kata.
"Alah itu orang bukan aku".
Maka kita tak kisah bila akan berlaku.
Malam ini, ambil kertas tulis semua butir belanja yang suami ada.
Ajar isteri pandu kereta, berdikari jika mereka suri rumah tangga.
Bila mata kita terpejam, dan kita rasa hangatnya kucupan isteri didahi kita. Tapi kita dah tak boleh buat apa apa.
Apakah airmata kita boleh balas kebaikan mereka yang jaga kita nantinya.
Cinta mencapai puncak keindahannya ketika seseorang merasakan ketulusan, sekalipun cinta ini hanya tergantung pada satu orang, iaitu suami atau isteri.
Bermulalah sekarang.
[copy paste]
Adil Syahmi
https://PelanHibahTakafulAIA.wasap.my/
https://PelanHibahTakafulAIA.wasap.my/
https://PelanHibahTakafulAIA.wasap.my/
AIA Certified Life Planner

Want your business to be the top-listed Computer & Electronics Service in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Telephone

Address


Lot 1710-1, Jalan E5/14, Taman Ehsan, Kepong
Kuala Lumpur
52100

Opening Hours

Monday 09:00 - 18:00
Tuesday 09:00 - 18:00
Wednesday 09:00 - 18:00
Thursday 09:00 - 18:00
Friday 09:00 - 18:00

Other Printing Services in Kuala Lumpur (show all)
Xenprint Xenprint
Jalan 1/76
Kuala Lumpur, 55100

Xenprint Sdn Bhd is a subsidiary of Drixem Sdn Bhd, and MSC Status Company Tel : 0177556600

PurpleCards PurpleCards
Jalan Genting Kelang
Kuala Lumpur, 53300

http://www.purplecollection.net Email us at [email protected]

CopyPrint Malaysia Sdn Bhd CopyPrint Malaysia Sdn Bhd
C5-11, Level 5, Block C, Anzen Business Park, Jalan 4/37A, Kepong
Kuala Lumpur, 52100

CopyPrint Malaysia - Plan Printing | Digital Printing | Graphic Art Printing

Print & Go Fast Print Print & Go Fast Print
Lot 1. 44 , 1. 45, Ground Floor, 2. 30, 2. 31, 2. 32, 2. 33, 2. 34, 1st Floor, Wisma Central, Jalan Ampang
Kuala Lumpur, 50450

Print & Go Fast Print was established in May 2004. We are 1 stop fast printing company provide all kind of instant print job like name card, brochures...

Kotak Produk Harga Kilang Kotak Produk Harga Kilang
43-3 Jalan Dwitasik 1, Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur, 05700

Kami menyatukan semua platform dan online shop kami dalam satu direktori untuk memudahkan para pelan

Speedo Print Speedo Print
No. 11, Jalan Lengkongan Brunei
Kuala Lumpur, 55100

Printing Kotak HARGA DIRECT KILANG| Packaging Box | Hardcover Box | Lunch Box | Display Box | Paper

Rubel120 Rubel120
Kuala Lumpur

Onlineprint24x7.my Onlineprint24x7.my
2, No. 2, Jalan Nyonya, Pudu, Kuala Lumpur Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 55100

Welcome to our printing service page! We are a professional Design & Printing company.

Oeprintkl Oeprintkl
3-025, Endah Parade, No 1, Jalan 1/149E, Taman Sri Endah
Kuala Lumpur, 57000

OEPrintKL menawarkan pelbagai pilihan percetakan sticker printing disesuaikan dengan keperluan perniagaan anda melalaui plaform online secara mudah dan murah.

Bangle AUTO PAINT Bangle AUTO PAINT
Diamond Square, Federal Territory Of Kuala Lumpur
Kuala Lumpur, 53100

we are professional car painting, denting and polishing shop we do all types of paint work

Uninet IColor Printing Solutions Malaysia Uninet IColor Printing Solutions Malaysia
M-1-10, Block M, Plaza Damas, Jalan Sri Hartamas 1
Kuala Lumpur, 50480

UNINET is a global Printing Solutions manufacturer with more than 25 years of experience in the imaging industry. Offering Toner-Based Digital Transfer Printers for textile & hard ...

Copy&Paste Sdn Bhd Copy&Paste Sdn Bhd
No. 4, Jalan Gangsa SD 5/3B, Bandar Sri Damansara
Kuala Lumpur, 52200

Company based in KL, Malaysia. We provide printing services .Feel free to contact us for enquiry: Tel:012-988 7226 #Booklets #Annual Reports #Invitation Cards #Name Cards #Post Ca...