Geng Tarik Luggage
Page ini bawah kelolaan Jet Kertas Travels Sdn Bhd. Kami bergiat dalam bidang travel sejak 2011.
Mimm Travel & Tours Sdn Bhd
No SSM : 1027996-A
No KPK/LN : 7265
Beribupejabat di No 22-27, Avenue Crest, Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22, 40300 Shah Alam, Selangor
Admin makan dulu. Baru malam kedua ni 😂
Siapa berani tido kat hotel ni? Sky Adventure Lodge di Scared Valley, Peru. Kene hiking 2 jam, baru boleh check in...haha
View dari dalam train Trans-Siberian, Irkutsk ke Kazan, perjalanan ni ambil masa 3 hari 2 malam tanpa kami transit dan keluar.
Ini yang kelas ketiga punya, untuk yang join trip kami, kami akan bagi pilihan sama ada kelas pertama atau kedua sahaja, lebih jauh selesa. Yang ketiga ni admin boleh la buat ambil pengalaman. Bak kata orang,”buat ghaso2” .
Dengarkan perkongsian bermanfaat dari Tuan Haji kita. Benda ni ada kalau suhu -35 celcius je tau sebab tu kami boleh berjalan jalan atas sungai beku ni 😂. Kalau musim panas bergerak dah kapal ni.
Alhamdulliah selesai satu malam menginap di hotel 4 bintang ⭐️⭐️⭐️⭐️ di Irkutsk. Malam ni kami akan sambung naik train Trans-Siberian selama 4 hari 3 malam berturut2 ke Kazan. Doakan perjalanan kami !
Kalau sapa nampak tasik, dah boleh mohon cuti pi travel. Penat sangat dah tu..haha
Alhamdulillah kami dah sampai ke Irkutsk Rusia setelah 24 jam berada di dalam keretapi Trans-Mongolian. Terima kasih atas doa semua !
RUMAH DAN KEBUN SAYUR DI TENGAH LANDASAN AIRPORT DI JEPUN
Tahukah anda bahawa landasan 2, Narita International Airport, Tokyo terpaksa dipendekkan daripada panjang asal, hanya kerana terdapat farm house dan kebun sayur yang merintangi landasan itu.
Tanah asal Narita Airport sebelum dijadikan lapangan terbang adalah tanah pertanian. Proses ambil alih tanah oleh kerajaan bermula pada tahun 1966 bukan kerja mudah, kerana tidak semua 1200 petani bersetuju dengannya.
Keadaan paling teruk hingga mengorbankan nyawa dek kerana keengganan sesetengah petani untuk melepaskan tanahnya, dan kerajaan p**a menggunakan kekerasan untuk menanganinya.
Akhirnya Narita Airport tetap dibina dan dibuka pada tahun 1978 dengan satu landasan sahaja.
Dalam masa satu dekad selepas itu, para petani yang masih tinggal di sana mula beralah, dan sedikit demi sedikit dari kalangan mereka mula bersetuju menyerahkan tanah mereka.
Pun begitu, masih ada lagi beberapa petani yang masih enggan.
Tidak mahu menunggu lama, kerajaan tetap membina landasan kedua, dan terpaksa memendekkannya dari perancangan asal, kerana kebun petani yang enggan itu merentangi landasan itu!
Dan itulah yang terjadi dan dapat dilihat hingga sekarang. Landasan kedua Narita Airport menjadi lebih pendek dan jalan laluan pesawat terpaksa dibuat bengkang bengkok untuk mengelak keberadaan kebun itu.
Petani tersebut tetap tinggal di sana, mengusahakan kebun mereka seperti biasa, walaupun terpaksa berhadapan dengan bunyi bingit pesawat turun dan naik. Jalan terowong disediakan untuk mereka ke kebun yang berada di tengah landasan.
Boleh lihat gambar di bawah. Unik bukan?
Apa p**a pandangan anda terhadap perkara ini? Yang nyata, pasti akan banyak tafsirkan berkenaannya.
Tinggal kat Selangor, bini kerja kat Selangor, anak sekolah kat Selangor, semua cuti hari ni....
Tapi aku kerja kat KL...Huhu
Sedikit info berkenaan station untuk Trans-Mongolian 💪🏼
View dari dalam train menuju ke Rusia 🇷🇺
Cuaca di luar masih -32 waktu ni. Tapi suhu dalam train alhamdulillah sangat selesa. 22 celcius sahaja sebab dalam ada warmer. Train jugak sediakan kelengkapan seperti bantal dan selimut.
Jangan risau okay !
GENG TARIK LUGGAGE WAS HERE EVERYBODY ! Suhu -32 celcius pun inshaAllah tiada masalah !
So sesiapa yang nak try trip trans siberian ni, kita akan mulakan dulu dari Ulanbataar, Mongolia naik Trans Mongolian dulu. Nanti dah masuk Rusia baru Trans-Siberian.
Perjalanan dari Ulanbataar ke Irkutsk mengambil masa 24 jam. So malam ni kami semua akan tidur dalam sleeping train ni. Doakan kami ye semua 😁🤲🏼
Yang kaki travel luar negara, kenapa korang lebih s**a jalan luar negara berbanding dalam Malaysia?
Malaysia antara negara paling ramai kedatangan pelancong luar kot. Any comment?
Live update dari Ninenzaka, Japan dan Ulaanbataar, Mongolia bersama “plat’ Geng Tarik Luggage was here 😆🇯🇵🇲🇳
Kyoto guys! Photo spot yang terkenal di Ninenzaka. Mai Kyoto wajib pi sini ok.
View dari atas flight. takde nampak color lain dah. putih je sepanjang perjalanan 🤣 punya la sejuk ! takpe nanti kita open musim summer okay manatau ada yang tak tahan sejuk 😆🥶
Trip Trans-Siberian. Alhamdulillah touched down Mongolia Airport pukul 4.30 petang semalam. Baru dapat update sebab min punya phone problem sebab suhu sejuk sangat. cuaca sekarang hampir -25 celcius 🌨
Bila kaunter checkin bagitau “satu orang satu beg je boleh asalkan tak lebih 23kg” be like 😂
Trip trans siberia. Safely landed dkt Incheon Airport untuk transit. Pukul 1 petang waktu Seoul akan flight ke UlanBataar.
Berlepas malam ni 2 small group. Jepun dan Trans Siberia. Small group adalah niche dan kepakaran kami. Nak tour small group yang private, boleh hallo ye.
Ada yang dm kami bagitau tak tahan sejuk kalau nak travel ke Europe ni lagi lagi Iceland 🇮🇸. Korang taktau ke kami pun buat trip di Asia ? Contohnya ke Phuket dekat Thailand ni 🇹🇭.Bila bila masa korang nak kami boleh arrange. Kami memang ada groud dkt sana so dont worry ! Bagitau je bila kami set ! 😎
Negara mana yang confirm ada snow bulan jan-feb ni ? Sebab ada je negara musim sejuk tapi tak turun snow kan ? 🫠
Siapa nak tengok icebergg depan2 mari join trip Iceland 🇮🇸 kami 🫣😍
Trip Feb dan March 2024 ada sedikit sahaja lagi kekosongan 💪🏽 Mari penuhkan !
Aunty Nei pun dah sampai Iceland. Korang bila lagi ? Kita ada 4 date untuk Feb dan March. Maximum 14 orang sahaja satu date 💪🏻
06-14 FEB 1 SLOT
14-22 FEB 1 SLOT
22-01 MAC ❌ FULL
01-09 MAC 2 SLOT
Kita try soalan am je kali ni. 4 soalan je nak tengok general knowledge korang ! Negara Rusia dengan Turki tak termasuk tau dalam negara Eropah untuk kuiz ni hehe
Petang ni ready satu lagi quiz. Soalan ibu negara lagi. Kita open satu Europe p**ak. Siapa tak dpt full mark kena booking tiket ke Europe dengan kami 🤣😜
Kenapa orang Malaysia ni lebih memilih untuk travel ke Europe dari kawasan Amerika 🤔?
Temukan keindahan alam semulajadi yang memukau di Iceland! Dengan gunung ais yang megah, air terjun yang menakjubkan, dan suasana yang unik, percutian kalian di sini akan menjadi pengalaman tak terlupakan. Segera daftar perjalanan kalian ke negeri ajaib ini !
Pm kami segera ! Slot terhad (maximum satu slot hanya 14 pax sahaja !)
Ada yang plan nak ke Iceland 🇮🇸 ? Sini kami listkan beberapa perkara yang korang perlu tahu. Tunggu yang part last sekali tu 😎
Ni admin dah listkan dah. Jangan tertinggal p**ak barang2 basic ni 😂. Cuba korang tambah sikit mana2 yang otai selalu jalan musim sejuk ni 🥶
Anyway cermin mata tu sebab takut2 angin ribut kuat. Mcm contoh waktu pergi Iceland 🇮🇸 baru ni, dekat black sand beach angin kuat betul sampai pasir2 masuk mata. Nasib baik pakai cermin mata ! 😎 bijak kan ? 🤭🤪
Jom guys join open trip kitorang. We are going to experience the best country in the world 🥶🌏🌋
Test general knowledge korang padu tak. Benda basic je tau ni 😎🤣
View dari penginapan kami di Dubrovnik. Sarapan pagi sambil lihat pemandangan cruise belayar sambil disapa bayu laut.
Superb!
Pemandangan pagi selepas ribut salji di Reine, Lofoten Islands, Norway. Buka je pintu homestay, salji dah paras lutut. Jenuh kena bersihkan kereta dari timbunan salji sebelum dapat gerak.
Lunch kambing golek kat Jablanica. Antara tempat yang wajib singgah pertengahan jalan antara Sarajevo ke Mostar.
Hari ke 3 dan hari ke 4 untuk cover negara Bosnia 🇧🇦 sahaja.
Bermula 1 Dec 2023 sampai 30 Nov 2024, rakyat Malaysia boleh masuk ke China tanpa visa selama 15 hari.
Terbaik!
Apa kata netizen FB?
Sagano Romantic Scenic Train, perkara wajib anda kene cuba kalau ke Kyoto. Untuk pakej kami, train ni kami include dan anda wajib naik.
Dari Kameoka station, terus ke Saga Arashiyama Station layan hutan buluh p**ak.
Click here to claim your Sponsored Listing.
TRAVEL SELAGI SEMPAT, SELAGI LARAT
Trip bajet, percutian keluarga, backpack kawan-kawan, self drive di negara orang, lawatan kerja organisasi, pakej VVIP, semuanya ada. Anda pilih, kami uruskan.
Videos (show all)
Category
Telephone
Website
Address
Festive Travels Sdn Bhd, Lot 87-1A, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru
Kuala Lumpur
50300
Opening Hours
Monday | 10:00 - 17:00 |
Tuesday | 10:00 - 17:00 |
Wednesday | 10:00 - 17:00 |
Thursday | 10:00 - 17:00 |
Friday | 10:00 - 17:00 |
4-1-1 Queen's Avenue, Jalan Bayam
Kuala Lumpur, 55100
We customised tour packages for companies and private leisure groups
A-12-01 Aurora Sovo, Jalan Persiaran Jalil 1,, Bukit Jalil
Kuala Lumpur, 57000
Malaysia, My Second Home Programme (MM2H) is offered to foreign citizens from all over the world
No. 155, Jalan Raja Muda Abdul Aziz, Kampong Bharu
Kuala Lumpur, 50300
Motorcycle tour company. We provide worldwide range of motorcycle tours, motorcycle rental and other services related to them.
Round The World
Kuala Lumpur, 00001
Ardent travellers both far and near, come share your stories and travel experiences. Make friends in
Kuala Lumpur
Nexus Drive provide professional car rental service for usage such as corporate event, wedding, photoshoot, test drive and more which based around Klang Valley. We provide wide ran...
Kuala Lumpur
Pakej Percutian Murah khas buat anda yang nak bercuti dalam dan luar Malaysia by Zahin Travel ZT1430
Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
Menawarkan pakej percutian menarik ke serata dunia.Harga pakej murah & sangat berbaloi
A2-1-21, Jalan 1/152, OUG Parklane
Kuala Lumpur, 58200
Luxury Travel and Private Jet Specialist
UNIT41-03, Q SENTRAL, 2A, Jalan STESEN SENTRAL 2, KUALA LUMPUR SENTRAL, KUALA LUMPUR, WILAYH PERSEKUTUAN
Kuala Lumpur, 50470
Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang, Mahameru, Wilayah Persekutuan
Kuala Lumpur, 50480
BLOCK C-3A-15 SOUTHGATE Jalan Dua Chan Sow Lin
Kuala Lumpur, 55200
Atlantis Easy Travel Sdn Bhd Inbound Travel Agency 9538 Provide Services Hotel & Tours, Transport.
9, 2nd Floor, Dynasty Central, Jalan Kuchai Maju 18, Kuchai Entrepreneurs Park
Kuala Lumpur, 58200
GOLDEN SUCCESS HOLIDAY SDN. BHD. (NunfaTravel Muslim Travel) SSM: 201901044923 (1354253-A) MOTAC: 10073 Expert in Travel