SRITI Al-Jundi, Pandan

Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Jundi diurus oleh Jabatan SRITI Dewan Pemuda PAS Kawasan PANDAN.

Manhaj/Silbus arus perdana yang dilaksanakan adalah KSSR, DINIYYAH, KAFFAH & PRA-TAHFIZ.

29/07/2024

*HARI USAHAWAN SRITI AL JUNDI 2024*

📎Pada 26 Julai 2024 yang lepas,SRITI Al-Jundi telah mengadakan Hari Usahawan peringkat sekolah.

💌Sepanjang minggu ini aktiviti dan pertandingan yang melibatkan dijalankan untuk meningkatkan minat dan s**a pada sunnah Rasullah SAW iaitu berniaga, sempena itu juga kita bermatlamat meningkatkan kreativiti dan daya inovatif di kalangan pelajar melalui Hari Usahawan yang dijalankan.

📝Dengan tema “ 9/10 punca rezeki adalah daripada berniaga” memberi kesedaran kepada pelajar ilmu berniaga itu dapat direalisasikan dalam kehidupan seharian bukan hanya subjek yang dipelajari di dalam kelas semata-mata.

🌷Syabas dan Tahniah kepada semua murid yang menyertai semua aktiviti yang diadakan, guru2 dan semua ibu bapa yang membantu dalam menjayakan program ini.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"







------------------------------------------------------

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 29/07/2024

*MINGGU SAINS DAN MATEMATIK SRITI AL JUNDI 2024*

📎Pada 22-26 Julai 2024 yang lepas,SRITI Al-Jundi telah mengadakan Minggu Sains dan Matematik peringkat sekolah.

💌Sepanjang minggu ini aktiviti dan pertandingan yang melibatkan subjek Sains dan Matematik dijalankan untuk meningkatkan minat dan s**a pada ke dua subjek ini, juga bermatlamat meningkatkan kreativiti dan daya inovatif di kalangan pelajar melalui projek Sains yang dijalankan.

📝Dengan tema “ Sains dan Matematik Melestarikan Kehidupan” memberi kesedaran kepada pelajar ilmu Sains dan Matematik itu dapat direalisasikan dalam kehidupan seharian bukan hanya subjek yang dipelajari di dalam kelas semata-mata.

🌷Syabas dan Tahniah kepada semua murid yang menyertai semua aktiviti yang diadakan, guru2 dan semua ibu bapa yang membantu dalam menjayakan program ini.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"







------------------------------------------------------

19/07/2024

*_Pencarian Pelapis Murid SRITI Dalam Memanah_*

Kelas Asas Memanah Tradisional Murid Tahap 1 Anjuran "Kelab Memanah Al-Jundi"

🏹🎯 *MENUJU KESUGA & PERTANDINGAN TERBUKA* 🏹🎯

Mencari murid tahap 1 yang boleh memenuhi kriteria dibawah :

🏹 Disiplin
🏹 Fokus
🏹 Komitmen
🏹 Minat yang mendalam terhadap s**an memanah

1. Tempat latihan indoor dan outdoor
2. Jarak latihan 5 - 30 Meter
3. Masa latihan 2 jam setiap sesi
4. Jurulatih bertauliah oleh NAAM (Persatuan Memanah Kebangsaan Malaysia) Sijil Asas Kejurulatihan Memanah Tahap 1 & Sijil Kejurulatihan dari Modul PEDETA ARCHERY
5. Peluang mewakili Kelab Al Jundi untuk Kejohanan luar
6. Format latihan mengikut silibus dan prestasi pelajar
7. Latihan strength, endurance, kardio dan bow training
8. Laporan analisa dan prestasi pelajar
9. Jadual pertandingan luar secara berkala

Y U R A N P E N D A F T A R A N
R M 3️⃣0️⃣

Y U R A N B U L A N A N
R M 7️⃣0️⃣

📲 Yuran Boleh Bayar ke Akaun Ini :

Alghazali Education Enterprise
12122010040633 - Bank Islam
Setelah membuat pembayaran sila send slip pada nombor yang tertera dibawah.

TEMPAT TERHAD!!!
SILA AMBIL BORANG DIPEJABAT SEKOLAH.

*TARIKH PULANGKAN BORANG PADA 31 JULAI 2024*

📆 TARIKH : 1️⃣1️⃣ & 2️⃣5️⃣ OGOS 2️⃣0️⃣2️⃣4️⃣
Tarikh berikutnya akan dimaklumkan dalam group khas memanah.

Segala pertanyaan boleh berhubung dengan Coach Shahril 0166964734 & Ustaz Aizat 0134153091

16/07/2024

*JOM DERMA BUKU*

SRITI Al-Jundi membuka peluang kepada ibu bapa/ penjaga untuk mendermakan buku bagi mengisi ruangan sudut bacaan sekolah.

Sekolah menerima sumbangan buku sama ada buku terpakai atau buku baharu. Sumbangan buku untuk seorang murid maksimum adalah sebanyak 5 buah buku.

Berikut merupakan kriteria-kriteria buku yang diperlukan :

* buku cerita fiksyen / bukan fiksyen
* Ensiklopedia
* Kamus/ kamus bergambar
* Majalah Ilmiah
* Bahan Bacaan santai
* Buku berbahasa Melayu, Inggeris dan Arab

Tarikh tutup sumbangan buku pada 31 Julai 2024

Sumbangan anda amatlah kami hargai 😊

" Budaya Membaca Membina Tamadun Ummah "
" Membina Generasi Rabbani Murabbi "

-PENTADBIRAN SRITI AL-JUNDI-

05/07/2024

*********JAWATAN KOSONG*********

SRITI Al-Jundi, Pandan

📌KEMASUKAN SEGERA JULAI/OGOS 2024 !!

Temuduga Atas Talian : selepas hantar RESUME

👉Guru Diniyyah : 3 kekosongan

👩🏻🏫🧑🏻🏫 Kriteria Guru:
✅Menjaga Solat
✅ Mahir kerja komputer( Ms Words, Excel, PowerPoint)
✅Minimum Diploma/STAM
✅ Muslimin atau Muslimat
✅ Biasa mengurus kanak-kanak
✅ Minat mengajar dan Boleh bekerja lebih masa
✅ Amanah melaksanakan tugas
✅ Boleh mengikut arahan
✅ Boleh bekerja tanpa pengawasan
✅ Berpeluang mengikuti Kursus Perguruan SRITI
✅ Caruman Pekerja./ Elaun Makan.

Hantarkan resume ke [email protected]

Sekian, terima kasih.

Pengurusan,
SRITI AL-JUNDI, PANDAN.

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 26/06/2024

!! PRESTASI SUKAN AL JUNDI,PANDAN MENINGKAT !!

Alhamdulillah, selesai KEJOHANAN SUKAN OLAHARAGA (KESUGA) Sriti Negeri Selangor tahun 2024, yang dilaksanakan di UIAM,Gombak.

Jutaan terima kasih kepada semua Guru SRITI AL JUNDI,PANDAN.Jasa dan bakti kalian pasti akan diganjari Allah taala. Setiap dari kalian telah melakukan yang terbaik.

Tidak lupa pada Ibubapa/penjaga yang terlibat secara lansung dan tidak lansung atas kepercayaan diberi. InsyaAllah, pada sesi akan datang masih ada ruang masa boleh diperbaiki mutu s**an peringkat Sriti Al Jundi, Pandan.

Sekali lagi, TAHNIAH pada semua yang memberi sokongan tidak putus pada SRITI AL JUNDI baik dari tenaga, fikiran dan kewangan. Semua itu pasti tidak disia-siakan oleh Allah S.W.T.

*BALAPAN*
- Menang Tempat ke-2, acara 100M tahap 2 (lelaki)
Murid : Muhammad Saifuddin bin Mohammad Amran Maarof

*BOLA SEPAK*
Berkump**an :
Menang -2
seri -1
Kalah -1

*BOLA JARING*
Berkump**an :
Menang - 1
Seri - 1
Kalah - 1

*MEMANAH*
Suku Akhir ( Individu)
Separuh Akhir ( berkump**an)

26/06/2024

Majlis Penutup Kejohanan Sukan Dan Olahraga (KESUGA) Negeri Selangor
https://www.facebook.com/share/v/7aUXsE2ZUvyKrkD7/?mibextid=w8EBqM

21/06/2024

!! SUMBANGAN/WAKAF DANA PEMBANGUNAN UNIT BAHARU SRITI AL JUNDI !!

SRITI AL-JUNDI ingin buka peluang meraih ganjaran pahala berkekalan bersama Dato’/Datin/Ir/AR/Tuan/Puan/Encik/Cik sekalian.

Alhamdulillah, SRITI AL JUNDI telah mendapat tambahan unit baharu untuk operasi Sekolah. UNIT baharu ini akan dimanfaatkan seluasnya bagi tujuan pembelajaran Murid Sriti Al Jundi Pandan.

Besarlah harapan kami pihak Dato’/Datin/Ir/AR/Tuan/Puan/Encik/Cik dapat mengambil peluang ini untuk bersama. Kelebihan ini adalah untuk manfaat murid sepenuhnya.

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ
“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Sumbangan/wakaf & Dana boleh disalurkan terus ke akaun:

564388565701
Persatuan Jejak Ukhwah dan Diskusi Ilmu
MAYBANK ISLAMIC

Sila maklumkan resit terus kepada:
013-4153091(Sdr Aizat)
018-2964734 (Sdr Shahril)
Rujukan: NAIKTARAF

Kami doakan buat para dermawan dengan doa:

"Semoga Allah permudahkan segala urusan, diangkat kesulitan, diberi kesembuhan serta meninggikan darjat atas sumbangan yg diberikan."

** Peluang berpahala juga bagi yang bantu "SEBAR".

07/06/2024

! SALAM JUMAAT !

Jangan Lupa 3S.

Selawat, Sedekah , Sabar.

06/06/2024

! Membina Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murabbi !

06/06/2024

! MUHASABAH BERSAMA !

KEBURUKAN ANAKMU, TEGURAN UNTUKMU

Hasan Al-Bashri Rahimahullah berkata,

“Apabila kamu melihat perkara yang tidak kamu s**ai pada anakmu, mohonlah kepada Rabb-mu untuk mencabut hukuman-Nya darimu dan bertaubatlah kepada-Nya atas dosa-dosamu. Kerana keburukan pada anakmu tak lain ditujukan untuk menegurmu.”

(Adab Al-Hasan Al-Bashri wa Manaqibuh, hlm 59)

28/05/2024

!! PENDAFTARAN TAHUN 2025 TELAH DIBUKA !!

Link Pendaftaran Maya :
https://www.adabs2u.com/register/08ddd0edf7a25edcbcd7264762553fccd7c7638c

KEKOSONGAN TAHUN 2025 TERHAD!!!

TAHUN 1 - 23 ORANG (KOSONG)
TAHUN 2 - 2 ORANG (KOSONG)
TAHUN 3 - 10 ORANG (KOSONG)
TAHUN 4 - 10 ORANG (KOSONG)
TAHUN 5 - 2 ORANG (KOSONG)
TAHUN 6 -1 ORANG (KOSONG)

** Salinan dokumen yang diperlukan:
1. MYKAD BAPA/PENJAGA
2. MYKAD IBU/PASANGAN PENJAGA
3. SURAT BERANAK DAN MYKID MURID
4. SLIP GAJI DAN PENDAPATAN IBUBAPA/PENJAGA
5. REKOD KESIHATAN DAN SUNTIKAN VAKSINASI MURID
6. 4 KEPING GAMBAR MURID(UKURAN PASSPORT)

***SYARAT KEMASUKKAN YANG TIDAK LENGKAP AKAN DITOLAK.

***DEPOSIT RM500 DIKEMBALIKAN SEKIRANYA TIDAK MELEPASI UJIAN SARINGAN.

***TARIKH UJIAN SARINGAN AKAN DIMAKLUM KEMUDIAN OLEH PIHAK SEKOLAH.

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 27/05/2024

"Usrah Khas Tahun Akhir ( Uktar) Banin SRITI AL JUNDI"

3 objektif utama :

1. Membina kefahaman kehidupan beragama
2.Persiapan menempuhi Alam Remaja
3.Menjalinkan Ukhwah.

19/05/2024

*Derma Kilat ecemasan ibunda En.Shahril (Staff SRITI)*

Assalamualaikum WBT.

Tuan/Puan yang dikasihi,

Dimaklumkan bahawa ibunda En.Shahril jatuh di rumah beliau, patah tulang pinggul dan sedang dirawat di Hospital Ampang yang memerlukan pembedahan dengan kadar segera.

Dengan itu, SRITI AL JUNDI membuka ruang kutipan derma kilat bagi menampung kos pembedahan tersebut.

*sasaran kutipan RM2000 sebelum Rabu 22/5/2024*

Derma tersebut boleh disalurkan terus ke akaun :

564388565701
Persatuan Jejak Ukhwah dan Diskusi Ilmu(JUNDI)
MAYBANK

Serahan Resit Sumbangan:
0134153091- Sdr Aizat Izzati
Ref: .Shahril

_PENTADBIRAN SRITI AL JUNDI_

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 16/05/2024

" Guru Murabbi, Membina Generasi Rabbani "

Percayalah, bahawa kami sepenuh hati menyerahkan hati dan jiwa kami untuk mendididik murid, menjadi "Generasi Soleh Pintar Rabbani dan Murabbi". yang menjadi kebanggaan dewasa kelak dan hari akhirat.

15/05/2024

!! Kemas**an Segera !!

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 13/05/2024

!! Minggu "Penilaian Pentaksiran 1"(PP1) !!

Tarikh : 13 - 17 Mei 2024.

Hampir 3 bulan bersekolah. Murid dibuat penilaian mengikut 30% sahaja silibus subjek yang diajar untuk mengukur kemampuan murid dalam pembelajaran arus perdana.

Keputusan analisis PP1 akan menjadi medan memperbaiki/muhasabah bagi guru utk sesi PDPC seterusnya.

Soalan PP1 dibuat peringkat sekolah.

Bagi Penilaian Pertengahan Tahun(PPT) p**a, soalan 50% silibus dan kertas soalan daripada Sriti Selangor.

**Senarai Penilaian dalaman SRITI**

1.Penilaian Pentaksiran 1 =30% Silibus
2. Penilaian Pertengahan Tahun = 50% Silibus
3.Penilaian Pentaksiran 2 = 70% Silibus
4. Penilaian Akhir Sesi( PAS) = 100% Silibus.

**Senarai Peperiksaan Luar SRITI/Warganegara Sahaja**

1. Ujian Penilaian Kelas KAFA, JAKIM ( UPKK)
2. Penilaian Sekolah Rendah Agama, JAIS( PSRA)

Sekadar info amalan sistem Penilaian yang dilaksanakan di SRITI AL JUNDI.

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 12/05/2024

!! SIAP : WAKAF RUANGAN WUDHU' !!

Alhamdulillah, terima kasih banyak kepada Tuan/Puan selaku pewakaf.

Semoga menjadi saham akhirat berkekalan dan mengalir pahala sebagaimana yang diniatkan, InsyaAllah.

29/04/2024

Assalamualaikum WBT

Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan,

MEMOHON SUMBANGAN WAKAF RUANGAN WUDHUK SRITI AL JUNDI

Sukacita dimaklumkan bahawa SRITI Al-Jundi Pandan ingin memohon sumbangan wakaf untuk RUANGAN WUDHUK bagi keselesaan murid.

Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon sumbangan wakaf daripada Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan sama ada dalam bentuk wang tunai atau online . Bersama ini disertakan no akaun :

564388565701
PERSATUAN JEJAK UKHWAH DAN DISKUSI ILMU(JUNDI)
MAYBANK BERHAD

Sasaran Amaun wakaf: RM2,100.00
JUMLAH TERKUMPUL : 0

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara ini bolehlah menghubungi En Aizat (013-415 3091) atau No. Pejabat (018-2964734).

Kerjasama dan perhatian Y. Bhg. Datuk/Datin/Prof./Dr./Tuan/Puan berhubung perkara ini, terlebih dahulu diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.

24/04/2024

*********JAWATAN KOSONG*********

SRITI Al-Jundi, Pandan

📌KEMASUKAN SEGERA APRIL/MAY 2024 !!
Online Interview : 3 hari selepas menghantar RESUME

👉Guru Akademik KSSR : Math & Sains
👩🏻🏫🧑🏻🏫 Kriteria Guru:
✅Menjaga Solat
✅ Mahir kerja komputer( Ms Words, Excel, PowerPoint)
✅Minimum Diploma/STAM
✅ Muslimin atau Muslimat
✅ Biasa mengurus kanak-kanak
✅ Minat mengajar dan Boleh bekerja lebih masa
✅ Amanah melaksanakan tugas
✅ Boleh mengikut arahan
✅ Boleh bekerja tanpa pengawasan
✅ Berpeluang mengikuti Kursus Perguruan SRITI
✅ Caruman Pekerja./ Elaun Makan.

Hantarkan resume ke [email protected]

Sekian, terima kasih.

Pengurusan,
SRITI AL-JUNDI, PANDAN.

Photos from SRITI Al-Jundi, Pandan's post 18/04/2024

** KEPUTUSAN UJIAN PENILAIAN KELAS KAFA (UPKK) 2023 **

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT atas segala limpahan nikmat dan rahmat-Nya. Setinggi-tinggi tahniah kepada semua calon SRITI AL JUNDI yang telah berjaya dalam Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) dengan penuh dedikasi dan usaha keras.

Semoga pencapaian ini dapat diteruskan dan memberi semangat kepada murid yang lain untuk lebih berusaha lagi pada masa akan datang.

Peluang cerah masih didepan, InsyaAllah PSRA akan lebih cemerlang.

Tahniah juga kepada para guru yang berusaha dengan gigih mendidik. Semoga dibalas dengan kebaikan.

"Generasi Soleh Pintar Rabbani Murabbi"

03/04/2024

BITTAUFIQ WANNAJAH UJIAN SYAHADAH

SRITI Al-Jundi mengucapkan selamat maju jaya kepada peserta UJian Syahadah yang akan menduduki ujian kelayakan pada hari ini.

Semoga Allah mempermudahkan urusan para peserta dan dilancarkan hafalan Juzu'30.

" Membina Generasi Rabbani Murabbi "

20/03/2024

!! MUDIR SINAR : PASTI & SRITI PILIHAN UTAMA !!

Alhamdulillah..

keluaran SRITI menjadi pilihan pelbagai pihak. Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada Institusi SRITI.

InsyaAllah, cita-cita SRITI adalah

"Melahirkan generasi SOLEH, Pintar Rabbani dan Murabbi"

18/03/2024

Kenapa ramai hari ini ibubapa memilih Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) sebagai pilihan sekolah untuk anak-anak mereka bermula tahun 1 sehingga tahun 6?

1. Pendidikan sepanjang hari
Rata-rata SRITI bermula jam 7.30 pagi dan tamat sekitar 4.30 petang. Oleh sebab ramai ibubapa yang bekerja, masa tersebut sesuai untuk mereka hantar dan ambil anak mereka lewat petang selepas p**ang kerja.

2. SRITI dilengkapi dengan KAFA
Di SRITI selain silibus KSSR dan KAFFAH, anak-anak SRITI juga mengambil kelas KAFA. Kelas fardu Ain. Kalau dulu-dulu dipanggil sekolah agama rakyat petang.Masuk tahun 5, anak-anak SRITI ini akan menjalani ujian UPKK. UPKK ini juga dinilai untuk kemas**an ke sekolah menengah kebangsaan agama ( SMKA) .

3. Silibus SRITI kesinambungan PASTI
Ramai alumni PASTI hari ini memilih SRITI. Sebabnya, kesinambungan kurikulum serta biah solehah yang ada di SRITI. Ramai ibubapa tidak mahu anaknya terlepas peluang untuk proses mengingat doa dan amalan harian di PASTI. Mereka memilih SRITI disebabkan rutin di PASTI dan SRITI adalah hampir sama.

4. Lebih jimat kos harian ibubapa
Di SRITI ibu ayah tak perlu buang masa hantar dan ambil anak untuk ke sekolah KAFA sesi petang. Di SRITI kelas KAFA sedia ada. Malah ibubapa tak perlu hadap jem, parking dan tol semata-mata untuk hantar anak ke kelas petang. Kalau sehari boleh jimat RM15-RM 20. Kalau sebulan boleh jimat sehingga RM 450 -RM 600.

5. Sarapan dan makan tengahari di sediakan
Yuran yang dibayar ibubapa pada setiap bulan termasuk sarapan dan makan tengahari anak-anak. Ibubapa tak perlu sediakan duit untuk berbelanja. Malah makanan yang dimasak juga, InsyaAllah dari sumber yang halal. Tiada sosej, atau makanan segera untuk anak-anak ini.

6. Halaqah Alquran
Kebanyakan SRITI pada setiap pagi bermula dengan halaqah Alquran. Silibus ini dipanggail TQS. Setiap ahli Halaqah sekurang-kurangnya 10 orang dengan seorang Ustaz atau Ustazah sebagai Murabbi mereka. Setiap pencapaian anak-anak SRITI akan dicatatkan dan dibentangkan kepada ibubapa semasa program bertemu waris. Ini penting untuk melihat perkembangan bacaan Alquran anak-anak SRITI.

7. Qailullah
Murid SRITI akan berehat dan dibenarkan untuk tidur di SRITI sebelum atau selepas zohor. Bergantung kepada tahap murid dan juga penyediaan makanan tengahari. Yang penting, mereka dibenarkan tidur sebentar untuk meneruskan pengajian di sebelah petang. Kebanyakan akan disedikan ruang tidur didalam kelas.

8. 25 murid untuk 1 kelas
Hari ini bising di sekolah kementerian 1 kelas mencecah 40-50 orang. Memang penuh. Dan juga s**ar untuk seorang guru mengawalnya. Di SRITI ditetapkan 25 orang murid sahaja. Kalau terlebih pun mungkin 1-2 orang sahaja. 25 murid ini ideal untuk sebuah kelas dalam suasana yang kondusif.

9. Bilangan ratio 10:1
Maksudnya 10 murid mesti ada seorang guru. Jika satu sekolah itu ada 300 murid bermaksud kena ada 30 orang guru untuk sebuah sekolaj SRITI. Ratio ini ideal untuk memastikan guru dapat memantau murid.

10. SRITI hidup dengan wakaf dan infaq
Kebanyakan premis dan fasiliti adalah daripada wakaf dan infaq daripada orang ramai. Ada yang bagi tanah. Ada yang bagi meja. Ada yang bagi aircond. Ada yang bagi beras. Ada yang bagi watercooler. Budaya ini sejak zaman kegemilangan Islam dulu lagi. Diteruskan oleh generasi SRITI. Saham pahala yang menyumbang akan terus berjalan walaupun sudah tiada, InsyaAllah

Ini 10 sebab kenapa SRITI menjadi pilihan selepas PASTI. Dan kalau nak tahu, ramai anak-anak guru juga menghantar ke SRITI sebab apa? Sebabnya, mereka mahukan anak-anak mereka sentiasa bersama Quran dan mahukan suasana biah solehah.

Share tanda setuju!

Begitu.

15/03/2024

!! IHYA' RAMADHAN SRITI AL JUNDI 2024!!

Assalamualaikum WBT.

Tuan/puan,

Ramadhan datang dengan rahmat,
Amal soleh Allah lipat gandakan,
Sumbangan dihulur pasti berkat,
Sedikit dan banyak tapak tangan kami alu-alukan.

SRITI ALJUNDI akan melaksanakan aktiviti seperti tazkirah, tadarus, bacaan tahlil dan majlis khatam quran. Sempena kehadiran bulan yang berkat ini, SRITI AL JUNDI mengalu-alukan sumbangan tuan/puan secara umum baik untuk aktiviti,operasi, dan prasarana sekolah.

Sumbangan ikhlas daripada tuan/puan sama ada dalam bentuk wang tunai atau online boleh disalurkan terus ke akaun seperti berikut :-

564388565701
PERSATUAN JEJAK UKHWAH DAN DISKUSI ILMU(JUNDI)
MAYBANK BERHAD

إِنَّ الْمُصَّدِّقِينَ وَالْمُصَّدِّقَاتِ وَأَقْرَضُوا اللَّهَ قَرْضاً حَسَناً يُضَاعَفُ لَهُمْ وَلَهُمْ أَجْرٌ كَرِيمٌ

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang bersedekah dan orang-orang perempuan yang bersedekah, serta mereka memberikan pinjaman kepada Allah, sebagai pinjaman yang baik (ikhlas), akan digandakan balasannya (dengan berganda-ganda banyaknya), dan mereka p**a akan beroleh pahala yang mulia.” (Surah al-Hadid: 18)

Sila maklumkan resit terus kepada:
Sdr Shahril ( 0182964734)
Ust.Aizat ( 0134153091)

Kami doakan buat para dermawan dengan doa :
"Semoga Allah permudahkan segala urusan, diangkat kesulitan serta meninggikan darjat atas sumbangan yg diberikan."

Jazakumullahu khairan.

-PENTADBIRAN SRITI ALJUNDI-

11/03/2024

Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Harian) Beserta Bacaan Rumi
نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى

Rumi: Nawaitu Souma Ghadin ‘An Ada-‘i, Fardhi Syahri Ramadhana Hazihis Sanati Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Lafaz Niat Puasa Ramadhan Sebulan Sepenuhnya

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كُلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى
Rumi: Nawaitu Souma Syahri Ramadhana Kul’lihi Lil’lahi Ta’ala

Maksudnya: Sahaja aku berpuasa keseluruhan pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala

Selamat Menunaikan Ibadah Ramadan 1445 Hijrah. Gunakan peluang bulan mulia ini untuk kita berlumba-lumba dalam melaksanakan amal soleh.

" Membina Generasi Rabbani Murabbi "

11/03/2024

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH

Pihak sekolah dengan penuh rasa gembira menyambut murid baru dan semua murid SRITI Al-Jundi kembali ke sekolah untuk sesi persekolahan 2024/2025.

Semoga sesi 2024/2025 ini membawa semangat dan azam baru untuk semua murid dalam meluaskan pengetahuan, mengasah kemahiran, dan membina persahabatan yang baru.

Kepada ibu bapa, pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih kerana terus memberikan sokongan dan dorongan kepada anak-anak dalam mendapatkan pendidikan yang terbaik. Kami berharap kerjasama yang baik antara ibu bapa dan sekolah akan terus berkekalan demi kejayaan murid SRITI AL-JUNDI

Selamat menuntut ilmu dan jadikan setiap detik di sekolah ini sebagai detik yang bermakna dalam perjalanan pendidikan rohani dan jasmani murid-murid.

"Membina Generasi Rabbani Murabbi"

10/03/2024

𝐒𝐄𝐋𝐀𝐌𝐀𝐓 𝐊𝐄𝐌𝐁𝐀𝐋𝐈 𝐊𝐄 𝐒𝐑𝐈𝐓𝐈 𝐒𝐄𝐒𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟒/𝟐𝟎𝟐𝟓

SRITI Malaysia mengucapkan Ahlan Wasahlan dan Selamat Kembali ke SRITI buat semua guru dan murid-murid.

Sesi persekolahan yang baru, suasana yang baru dan azam yang baru. Semoga dipermudahkan segala urusan pembelajaran dari guru-guru, dilapangkan dada murid-murid untuk menerima ilmu dan memperoleh kejayaan di dunia dan akhirat.


/2025

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala Lumpur?
Click here to claim your Sponsored Listing.

SEKOLAH RENDAH INTEGRASI TERAS ISLAM - SRITI PANDAN

PERTUBUHAN SRITI MALAYSIA

Pertubuhan SRITI Malaysia ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang ditubuhkan pada 29 Mac 2016. SRITI Malaysia adalah penggerak kepada pengelolaan sekolah-sekolah rendah integrasi teras Islam di Malaysia. Ianya juga merupakan kesinambungan daripada pendidikan awal pra-sekolah PASTI.

PENGENALAN

Videos (show all)

*HARI USAHAWAN SRITI AL JUNDI 2024* 📎Pada 26 Julai 2024 yang lepas,SRITI Al-Jundi telah mengadakan Hari Usahawan peringk...
!! MUDIR SINAR : PASTI & SRITI PILIHAN UTAMA !!Alhamdulillah..keluaran SRITI menjadi pilihan pelbagai pihak. Terima kasi...
Lafaz Niat Puasa Bulan Ramadan (Harian) Beserta Bacaan Rumiنَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ الس...
Tayangan video sempena Hari Guru yang ditayangkan pada Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan Dan Sambutan Hari Raya Aidilfi...
| TAZKIRAH KHAS RAMADAN |SRITI Al - Jundi akan mengadakan Tazkirah Khas Ramadan pada ketetapan berikut :Disampaikan oleh...
| TAZKIRAH KHAS RAMADAN |SRITI Al - Jundi akan mengadakan Tazkirah Khas Ramadan pada ketetapan berikut :Disampaikan oleh...
InshaaAllahHadiah cabutan bertuah esok 🥰Jom murid-murid meriahkan majlis penutup Minggu JIKBawa beg besar tau 🤩
سکيتر ميڠݢو جاوي املاء خط ---ݢيݢيه انق موريد ممبينا کارڠن ڤينديق
Lensa sekitar gerai jualan 5 Bilal
SELAMAT MENDUDUKI PENILAIAN AKHIR TAHUN (PAT) 2022Allah Taala berfirman :فَإِذَا عَزَمۡتَ فَتَوَكَّلۡ عَلَى ٱللَّهِۚ إِن...

Category

Telephone

Address


No. 7, Jalan Mawar 3, Taman Mawar, Cheras Kuala Lumpur
Kuala Lumpur
56100

Opening Hours

Monday 08:00 - 17:00
Tuesday 08:00 - 17:00
Wednesday 08:00 - 17:00
Thursday 08:00 - 17:00
Friday 08:00 - 17:00

Other Schools in Kuala Lumpur (show all)
NEGARAKUS NEGARAKUS
B-22-8, Menara City One, Jalan Munshi Abdullah
Kuala Lumpur, 50100

http://negarakus.com MALAYSIA very own criticism spoken words group. Combat by the regular hardcore p

Orange International College Orange International College
No. 9, Jalan Gereja
Kuala Lumpur, 50100

The institute BELIEVES the purpose of noble education to whomsoever it is given, regardless of age, s*x, race or creed, is to discover your gift, your purpose and finally give your...

Pusat Tuisyen Suria Jaya Pusat Tuisyen Suria Jaya
No. 11 Jalan Wangsa Delima 5 , Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC)
Kuala Lumpur, 53300

SURIA NOT ONLY A TUITION CENTRE, BUT ALSO AN EDUCATION CENTRE

Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan (1) Sekolah Kebangsaan Puteri Pandan (1)
Jalan Perwira
Kuala Lumpur, 55100

Sekolah Transformasi ( TS25)

St.Gabriel's Junior St.Gabriel's Junior
Jalan Perwira
Kuala Lumpur, 55100

A primary school

中国华小 中国华小
Jalan Loke Yew
Kuala Lumpur, 55200

A school with full of love n hope ;D

Alumni SMK SERI TASIK Alumni SMK SERI TASIK
Bandar Sri Permaisuri, Cheras
Kuala Lumpur, 56000

SMK Seri Tasik Jalan 6/106, Bandar Sri Permaisuri, Cheras, Kuala Lumpur Malaysia Telefon = 0391726824 Fax = 0391714754

Pusat Tuisyen T.A.C Pusat Tuisyen T.A.C
No. 57-1 & 57-2, Jalan 1/23F Taman Teratai Mewah
Kuala Lumpur, 53000

TAC education was established in 2005. TAC 文良港安亲补习学院,(中小学)

Smart Kids Asia, Malaysia Smart Kids Asia, Malaysia
Kuala Lumpur, 50088

SmartKids Asia - Asia's Largest Educational Kids' Fair

Taylors News Network Taylors News Network
Kuala Lumpur, 47500

A place for Taylors Students to discuss all the happening stuffs...

Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Maxwell 2010/2011 Lembaga Pengawas Pusat Sumber Sekolah SMK Maxwell 2010/2011
Sekolah Menengah Kebangsaan Maxwell, Jalan Tun Ismail
Kuala Lumpur

Kami Sedia Memberikan Servis Dan Perkhidmatan Yang Terbaik Untuk Warga Maxwell "Kami Perpustakawan..Pencetus Inspirasi..."

Didik Genius Didik Genius
10-1, Jalan 1/149D, Bandar Baru Sri Petaling
Kuala Lumpur, 57000

小天才教育之家自2008年成立以来,我们秉承为本区域的儿童提供最好的人生