Laman Permasa

Ini Merupakan Pages Rasmi Persatuan Mahasiswa Fakulti Al-Quran Dan Sunnah, Kolej Universiti Islam Per

Photos from Laman Permasa's post 18/10/2024

PERJUMPAAN PELAJAR SEMESTER 1 (FQS) BERSAMA BARISAN PIMPINAN PERMASA]

18 Oktober 2024 โ€” Pimpinan Persatuan Mahasiswa Al-Quran dan Sunnah (PERMASA) telah mengadakan perjumpaan bersama pelajar semester 1 (FQS) seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“†Tarikh: 18 Okt 2024
โฐMasa: 9 malam
๐Ÿ“Tempat: Surau KUIPs Pauh Putra, Perlis.

Antara agenda utama perjumpaan diadakan adalah untuk taaruf dan saling mengenali antara pelajar semester 1 dan pimpinan PERMASA yang terkini.

Kami daripada pihak PERMASA mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pelajar semester 1 yang memberi kerjasama yang baik serta meluangkan masa untuk hadir dalam sesi pengenalan ini.
Jazakumullahu khairan kathira.

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

14/10/2024
Photos from Laman Permasa's post 10/10/2024

[Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Mahasiswa Al-Quran dan Sunnah (PERMASA) Fakulti Al-Quran dan Sunnah]

5 Oktober 2024 - Persatuan Mahasiswa Al-Quran dan Sunnah (PERMASA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Kali Ke-4 dan dihadiri oleh pimpinan PERMASA sesi 23/24 serta mahasiswa dan mahasiswi Fakulti Al-Quran Dan Sunnah (FQS) seperti ketetapan berikut:

๐Ÿ“† Tarikh: 5 Oktober 2024
๐Ÿ•ฐ๏ธ Masa: 8:00 am - 1:00 pm
๐Ÿ“ Tempat: Pusat Islam Kampus Ulu Pauh, Kolej Universiti Islam Perlis.

Perasmian Mesyuarat Agung telah disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Hafiz selaku Penasihat PERMASA.

Antara agenda utama mesyuarat adalah membentangkan laporan aktiviti tahunan serta pembubaran barisan pimpinan PERMASA sesi 23/24 yang diumumkan oleh Presiden PERMASA, saudara Mohd Luqmanul Hakim bin Mohd Fauzi sekaligus pengumuman Ahli Majlis Tertinggi PERMASA sesi 24/25.

Kami mengucapkan jutaan terima kasih khususnya kepada Jawatankuasa Pelaksana Mesyuarat Agung dan semua ahli yang memberi sokongan dan membantu kami secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan mesyuarat ini. Jazakumullahhu khairan kathira.

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu Permasa"
โ€œAl-Quran Dan Sunnah Rujukan Kamiโ€

01/10/2024

[HEBAHAN MESYUARAT AGUNG PERMASA KALI KE-4 2024 (SYURA 24)]

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Mahasiswa Al-Quran Dan Sunnah (PERMASA) Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs) akan mengadakan Mesyuarat Agung PERMASA kali ke-4 2024, bagi menggantikan barisan kepimpinan PERMASA sesi 2023/2024.

Insya-Allah, makluman berkenaan Hari Mesyuarat Agung PERMASA Kali Ke-4 (SYURA 24) adalah seperti berikut:

Tarikh: 5 OKTOBER 2024 | 1 Rabiul Akhir 1446H
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 am - 1.00 pm
Platform: Pusat Islam Kolej Universiti Islam Perlis Kampus Ulu Pauh

Untuk makluman semua, Mesyuarat Agung ini akan diadakan secara fizikal di Pusat Islam Kolej Universiti Islam Perlis Kampus Ulu Pauh dan boleh dIsaksikan melalui siaran langsung di Facebook Rasmi Laman PERMASA.

Mahasiswa/wi diwajibkan hadir.

Penyertaan dari pihak Mahasiswa/wi amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

01/10/2024

โ€Žุงูู†ู‘ุง ู„ูู„ู‘ู‡ู ูˆูŽุงูู†ู‘ุง ุงูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุฑูŽุงุฌูุนููˆู’ู†
โ€Žุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูู…ู‘ูŽ ุงุบู’ููุฑู’ ู„ู‡ุง ูˆูŽุงุฑู’ุญูŽู…ู’ู‡ุง ูˆูŽุนูŽุงููู‡ุง ูˆูŽุงุนู’ูู ุนูŽู†ู’ู‡ุง

Dukacita dimaklumkan, ibu kepada Saudara Nik Mohamad Arif Bin Mahat (Mahasiswa Program Ijazah Sarjana Muda Hadith semester 5) telah menghembuskan nafas yang terakhir pada waktu maghrib semalam.

Semoga Allah mengampuni dosa-dosanya dan ibu beliau tergolong dalam kalangan mereka yang beriman. Semoga Nik Mohamad Arif sekeluarga sabar dan tabah menghadapi ujian ini.

PERSATUAN MAHASISWA AL-QURAN DAN SUNNAH (PERMASA)

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

26/09/2024

Furqan Azhar
Diploma Al-Quran Wal Qiraat Semester 6
Fakulti Al-Quran & Sunnah
Kolej Universiti Islam Perlis KUIPs
Info KUIPsMPP KUIPsKUIPsDr. Rozaimi Ramle

10/09/2024

POSTER SISWI (PERMASA 23/24) SIRI : 11

[NUSAIBAH, SRIKANDI MUSLIMAH]

Apabila kita menelusuri sirah, pasti kita melihat banyak kisah tokoh yang amat berani dalam mengikuti perjalanan Baginda SAW dalam penyebaran agama Islam. Semua memainkan peranan penting dan besar dalam meluaskan ajaran Islam sama ada ia adalah tokoh lelaki mahupun tokoh wanita.

Salah satu kisah kepahlawanan Nusaibah binti Ka'ab yang paling mahsyur sepanjang sejarah ialah ketika beliau turut serta menjadi pasukan dalam Perang Uhud.

Pada awal peperangan Uhud, umat Islam merasakan bahawa mereka telah menang sepenuhnya kerana pihak musuh telah bertempiaran lari. Keadaan itu menyebabkan umat Islam leka dan masing-masing meninggalkan kedudukannya.

Kealpaan itu menyebabkan pihak musuh membuat serangan kedua kerana merasakan itu sebagai sebuah peluang untuk mengalahkan umat Islam.

Hal inilah yang menyebabkan Rasulullah SAW diserang. Nusaibah yang melihat kejadian itu dengan beraninya cuba melawan musuh.

Keberanian Nusaibah inilah yang menjadi sebutan sehingga ke hari ini kerana ia membuktikan bahawa wanita juga mampu menjadi hebat jika ada keyakinan dalam diri.

Disediakan oleh: Exco Hal Ehwal Siswi | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

08/09/2024

POSTER SISWI (PERMASA 23/24) SIRI : 10

[BAHAGIA: HAKIKAT DAN CARA KITA MERAIHNYA]

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud bahagia ialah suasana senang dan aman damai serta gembira.

Imam al-Ghazali berkata: Bahagia ialah ketikamana manusia berada dalam satu puncak ketakwaan. Ia merupakan kenikmatan daripada Allah SWT. (Ihyaโ€™ Ulum al-Din, 3/8)

Caranya:
Dalam sebuah hadis lain, Nabi SAW bersabda:

ุงู„ู’ุจูุฑูู‘ ู…ูŽุง ุงุทู’ู…ูŽุฃูŽู†ูŽู‘ุชู’ ุฅูู„ูŽูŠู’ู‡ู ุงู„ู†ูŽู‘ูู’ุณู ูˆูŽุงู„ู’ุฅูุซู’ู…ู ู…ูŽุง ุญูŽุงูƒูŽ ูููŠ ุงู„ู†ูŽู‘ูู’ุณู ูˆูŽุชูŽุฑูŽุฏูŽู‘ุฏูŽ ูููŠ ุงู„ุตูŽู‘ุฏู’ุฑู

Maksudnya: Kebaikan ialah apa yang membuatkan jiwa tenang. Manakala dosa adalah yang membuat jiwamu gelisah dan ragu-ragu di hatimu.
(HR. Ahmad No. 18006)

Sumber: M***i WP

Semoga Allah SWT kurniakan kepada kita kelapangan dan ketenangan dalam hidup โœจ

โ€Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASAโ€
โ€Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kamiโ€

04/09/2024

[ SELAMAT MAJU JAYA ] โœจ

Persatuan Mahasiswa Al Quran dan Sunnah (PERMASA) mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada Saudara Muhammad Adam Sofyan, Mahasiswa ljazah Sarjana Muda Al-Quran Semester 1, sebagai wakil Indonesia ke Musabaqah Tilawah Hafazan Al Quran Antarabangsa Morocco (The 18th Edition of King Mohamed VI International Award for the Holy Quran Memorization, Recitation & Interpretation) bagi kategori 1-30 juzuk berserta tafsir Bahasa Arab tahun 1446H/2024M.

Diharapkan dengan semangat saudara Adam Sofyan ini dapat memberi inspirasi kepada semua untuk lebih mendalami dalam bidang Al-Quran.

Bittawfeeq wannajah ! ๐Ÿ…

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

03/09/2024

ULASAN BUKU SIRI: 10
[PERMASA BOOK CLUB]

- Judul buku: Les Miserables.
- Penulis: Victor Hugo.
- Penerbit: Hurst and Blackett Publisher.
- Tahun Penerbitan: 1864
- Jumlah Halaman: 530

Les Misรฉrables karya agung Victor Hugo, yang diterbitkan pertama kali pada tahun 1862, telah lama dianggap sebagai permata sastera abad ke-19. Karya ini bukan sekadar sebuah kisah, tetapi sebuah karya yang mendalam tentang makna keadilan, cinta, penebusan, dan perjuangan mereka yang terpinggir dalam masyarakat.

Berlatarbelakangkan Perancis pada awal abad ke-19, kisah ini menelusuri pelbagai liku kehidupan, di mana setiap watak membawa cerita tersendiri, dengan Jean Valjean sebagai watak utama. Valjean merupakan seorang bekas banduan, dibebaskan setelah 19 tahun terkurung hanya kerana mencuri sepotong roti untuk mengisi perut anak saudaranya yang kelaparan. Dalam usaha untuk melepaskan diri dari bayangan hitam masa lalunya dan meniti jalan kehidupan yang baru, dia dikejar tanpa henti oleh Inspektor Javert, seorang pegawai yang begitu taksub dengan undang-undang yang tidak berjiwa.

Namun, Les Misรฉrables bukan hanya tentang Valjean. Di dalamnya terdapat kisah Fantine, seorang ibu yang terpaksa mengorbankan segalanya demi kebahagiaan anaknya, Cosette. Cosette, yang kemudiannya diambil sebagai anak angkat oleh Valjean, menjadi lambang cinta sejati seorang bapa. Di samping itu, watak Marius, seorang pemuda yang terpikat dengan pesona Cosette, dan pasangan Thenardier yang licik, sentiasa mencari peluang untuk mengaut keuntungan dari kesengsaraan orang lain.

Karya ini juga menjelaskan tentang pertembungan antara keadilan dan undang-undang, di mana Hugo menggambarkan pertentangan antara sifat ketegasan Javert dan sifat belas kasihan yang menjadi pedoman hidup Valjean. Cinta, yang menjadi denyut nadi utama dalam karya ini, disampaikan melalui watak-watak seperti Fantine dan Valjean yang melepaskan segala-galanya demi insan yang dicintai. Hugo juga tidak alpa dalam menyingkap ketidakadilan sosial yang menekan golongan yang tertindas, sambil menyeru kepada perubahan sosial yang lebih adil dan manusiawi.

Apa yang membuatkan karya ini lebih dari sebuah kisah kepada saya adalah beberapa perincian yang terkandung didalamnya:

1.Garis masa sejarah yang berlatarbelakangkan era pasca-Napoleon.
Ketika Perancis kembali dipimpin oleh monarki, Perancis menghadapi zaman yang sarat dengan ketidakstabilan politik dan ketegangan sosial. Dalam peralihan masa ini, Perancis sedang bergelut untuk menyesuaikan diri dengan perubahan besar yang melanda setelah Revolusi Perancis dan kejatuhan Napoleon. Hugo menggambarkan konflik antara hasrat untuk reformasi dan kekuatan-kekuatan reaksioner atau puak yang berusaha keras mempertahankan status quo.

2.Pemberontakan Jun 1832 di Paris.
Revolusi ini mencerminkan bagaimana penolakan masyarakat terhadap pemerintahan monarki, yang gagal menyelesaikan permasalahan kemiskinan dan ketidaksamaan yang akhirnya mencetuskan konflik bersenjata. Melalui watak-watak seperti Marius dan Enjolras, Hugo menggambarkan golongan muda yang gigih memperjuangkan perubahan, meskipun pada akhirnya mereka tewas di tangan yang lebih berkuasa.

3.Ketidakstabilan sosial dan politik di Perancis.
Dalam karya ini, kita dihidangkan dengan gambaran jelas tentang bagaimana sistem politik dan sosial yang korup mencipta jurang yang amat luas antara golongan kaya dan miskin. Watak-watak seperti Jean Valjean dan Fantine adalah hasil daripada sebuah sistem yang pincang, di mana undang-undang lebih cenderung memihak kepada golongan yang berkuasa, dan bukan untuk melindungi mereka yang benar-benar memerlukan. Ini menjelaskan bagaimana politik yang zalim mampu menjerumuskan masyarakat ke dalam lembah penderitaan.

4.Kritikan terhadap pemerintahan monarki.
Dengan menggambarkan penderitaan rakyat jelata melalui jalan cerita dan watak-wataknya, Hugo menyuarakan penentangan terhadap sistem monarki yang menindas serta gagal melunaskan tanggungjawab terhadap rakyatnya. Beliau juga memperlihatkan bagaimana kelalaian politik dalam menangani isu-isu sosial dan ekonomi boleh mencetuskan ketidakstabilan dan revolusi.

Hugo telah menyusun dengan baik karya ini untuk memimpin pembaca menelusuri setiap lapisan masyarakat Perancis pada ketika itu yang kaya dengan cerita dan renungan moral. Saya berpandangan bahawa tema yang dipaparkan dalam karya ini masih tetap relevan sehingga ke hari ini.

Ulasan oleh:
Anis Sabirin Binti Mazlan
Ijazah Sarjana Muda Bahasa al-Quran dan al-Sunnah Dengan Kepujian
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

31/08/2024
31/08/2024

POSTER SISWI (PERMASA 23/24) SIRI : 09

[ERTI MERDEKA YANG SEBENAR]

Dalam kita meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ini, marilah kita renungi dan fahami apa itu kemerdekaan yang sebenar.

Kemerdekaan bukanlah sekadar kebebasan dari penjajahan fizikal, malah erti kemerdekaan yang sebenar adalah :

โ€ข Merdekakan jiwa dan pemikiran dari ideologi penjajah.
โ€ข Sentiasa teguh berakidah sebagai mukmin.
โ€ข Merdekakan jiwa dari kebergantungan pada duniawi.
โ€ข Memelihara akhlak dan nilai-nilai Islam dalam semua aspek kehidupan.
โ€ข Menerapkan prinsip maqasid syariah dalam membuat keputusan.

Jadi dengan erti kemerdekaan ini kita dapat memahami dan menghayati dengan lebih mendalam serta terus menjaga martabat bangsa dan agama.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-67 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ

Disediakan oleh: Exco Hal Ehwal Siswi | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

17/08/2024

ULASAN BUKU SIRI: 09
[PERMASA BOOK CLUB]

Judul buku: Diari Abah
Penulis: Hasrizal Abdul Jamil
Penerbit: Yayasan Pedidikan Khalifah
Tahun Penerbitan: 2020
Jumlah Halaman: 392

Sesungguhnya perjalanan menjadi seorang abah bukanlah satu perkara yang mudah. Terlalu banyak yang dikongsikan oleh penulis dalam buku Diari Abah ini. Ada halaman yang membuatkan saya tersenyum, ada juga halaman yang membuatkan saya termenung.

Apabila ada sesi ke hati antara abah dan anak lelaki, saya tersentuh kerana ia merangkumi bermacam perkara. Sejarah, politik, agama, hinggakan aqil baligh juga menjadi topik perbualan mereka.

Saya mula sedar tentang pentingnya topik aqil baligh ini diperjelaskan oleh si abah sendiri apabila membaca sebuah novel. Diari Abah ini ada memuatkan babak si abah menjelaskan isu aqil baligh kepada anak lelakinya dengan menggunakan bahasa yang betul. Saya terkesima.

Sebenarnya isu begini memang patut diperjelaskan oleh abah sendiri kerana apabila anak memperoleh maklumat dari luar, kita tidak tahu sejauh mana anak-anak akan meneroka. Lebih-lebih lagi dengan capaian internet tanpa had yang ada sekarang, bukankah lebih selamat apabila anak-anak p**ang bertanya kepada orang tua mereka sendiri?

Bahagian si abah bersoal jawab dan bercerita tentang tauhid juga menarik perhatian saya. Betapa peranan ibu bapa ini sangat berat kerana mereka perlu memahamkan anak-anak tentang segala perkara. Ibu bapa, peranan mereka bukan sebatas ibu bapa semata tapi merekalah guru, doktor, chef, ustaz dan bermacam lagi.

Apa yang boleh saya simpulkan, komunikasi dalam sebuah keluarga itu sangat penting dan ia perlu diwujudkan sejak awal perkahwinan. Bermula komunikasi antara suami isteri seterusnya antara ibu bapa dan anak-anak.

Komunikasi yang diidam-idamkan bukan sekadar berborak tentang hal-hal kecil tetapi komunikasi tentang perkara-perkara yang membentuk peribadi. Komunikasi yang akhirnya menjurus kepada Allah dan Islam.

Saya kira, antara kunci keharmonian sebuah rumahtangga terletak pada komunikasi antara ahli keluarga itu sendiri. Dengar dan fahamkan suara hati ibu bapa dan anak-anak kerana pada akhirnya, keluarga juga yang akan kita cari.

Buku ini sesuai dibaca untuk abah yang ingin menjadi abah yang terbaik untuk anak-anak. Ia juga sesuai dibaca untuk seorang anak agar dapat memahami tentang penat lelah seorang abah.

Saya tinggalkan anda dengan sebaris ayat daripada penulis. Sebaris ayat yang menjadi kerisauan setiap ibu bapa. Sebaris ayat yang sentiasa bermain di fikiran saya setiap kali berfikir tentang anak remaja.

"20 tahun akan datang macam mana p**a?"

Ulasan oleh:
Humaidah Zakaria
Ijazah Sarjana Muda Bahasa al-Quran dan al-Sunnah Dengan Kepujian
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

15/08/2024

POSTER SUKAN (PERMASA 23/24) SIRI : 05

[5 PERINGKAT BISIKAN HATI]

ุนูŽู†ู’ ุฃูŽุจููŠ ู‡ูุฑูŽูŠู’ุฑูŽุฉูŽ ุฑูŽุถููŠ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุนูŽู†ู‡ู ู‚ูŽุงู„ูŽ : ู‚ูŽุงู„ูŽ ุฑูŽุณููˆู„ู ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… : "ุฅู†ู‘ูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูŽ ุนูŽุฒู‘ูŽ ูˆูŽุฌูŽู„ู‘ูŽ ุชูŽุฌูŽุงูˆูŽุฒูŽ ู„ูุฃูู…ู‘ูŽุชูŠ ุนูŽู…ู‘ูŽุง ุญูŽุฏู‘ูŽุซูŽุชู’ ุจูู‡ู ุฃูŽู†ู’ููุณูŽู‡ูŽุงุŒ ู…ุง ู„ูŽู…ู’ ุชูŽุนู’ู…ูŽู„ู’ุŒ ุฃูŽูˆู’ ุชูŽูƒูŽู„ู‘ูŽู…ู’ ุจู‡ู โ€"

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah SAW bersabda : "Sesungguhnya Allah โ€˜Azza wa Jalla memaafkan untuk umatku terhadap apa yang terlintas di hati mereka selagi mereka tidak melakukan atau mengucapkannya".

Riwayat Muslim (127)

Berdasarkan hadith diatas, para ulama telah membahagikan bisikan hati atau niat untuk melakukan maksiat yang berlaku di dalam hati manusia kepada 5 peringkat, iaitu:

1) Perkara yang dicampakkan di dalam hati -(ุงู„ู‡ูŽุงุฌูุณ)
2) Perkara yang berlegar dan melintasi hati -(ุงู„ุฎูŽุงุทูุฑ)
3) Teragak-agak untuk melakukan perkara tersebut atau tidak -(ุญูŽุฏููŠุซ ุงู„ู†ู‘ูŽูุณ)
4) Cenderung untuk melakukan sesuatu -(ุงู„ู‡ูŽู…)
5) Tekad untuk melakukan sesuatu -(ุงู„ุนูŽุฒู’ู…)

Pada tiga peringkat pertama ini iaitu _al-Hajiz, al-Khotir, Hadisun Nafs_ ianya masih belum dikira sebagai satu dosa dan dimaafkan menurut kesepakatan ulama berdasarkan hadith dia atas.

Begitu juga dengan _al-hamm_ atau keinginan yang timbul untuk bermaksiat tidak dikira sebagai dosa selagi seseorang itu tidak melakukannya, sepertimana telah dijelaskan di dalam sebuah hadith Qudsi :

ุฅูุฐูŽุง ู‡ูŽู…ู‘ูŽ ุนูŽุจู’ุฏููŠ ุจูุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุฉู ููŽู„ูŽุง ุชูŽูƒู’ุชูุจููˆู‡ูŽุง ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูุŒ ููŽุฅูู†ู’ ุนูŽู…ูู„ูŽู‡ูŽุง ููŽุงูƒู’ุชูุจููˆู‡ูŽุง ุณูŽูŠู‘ูุฆูŽุฉู‹

Maksudnya: โ€œApabila hamba-Ku berkeinginan untuk melakukan kejahatan, maka janganlah kamu (malaikat) menulis dosa ke atasnya, tapi jika dia melakukannya, tulislah satu dosa ke atasnyaโ€

Adapun _al-azm_ iaitu lintasan yang ada padanya keinginan dan kesungguhan untuk melakukan sesuatu kemaksiatan, maka ia dikira sebagai satu dosa dan seseorang itu akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak sekalipun dia tidak melaksanakan apa yang diniatkan itu.

Kesimp**annya, lintasan hati atau terdetik dalam hati keinginan untuk melakukan maksiat tidak dikira sebagai dosa selagi seseorang itu tidak melayan keinginan tersebut dan tidak berniat atau berazam untuk melakukannya. Hal ini kerana lintasan hati semata-mata belum dikira sebagai amal yang dihisab.

Disediakan oleh : Exco Sukan dan Kebudayaan | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

13/08/2024

ULASAN BUKU SIRI: 08
[PERMASA BOOK CLUB]

Judul buku: Sejarah Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam
Penulis: Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang
Penerbit: Pustaka Permata Ummah
Tahun Penerbitan: 2024
Jumlah halaman: 303 halaman

- Buku ini merupakan edisi ketujuh dan terakhir selepas beberapa kali terbitan bermula dengan terbitan Darul Huda Interprise pada tahun 1999 dalam tulisan jawi yang pada asalnya berjudul Lahirnya beberapa Firqah Dalam Kalangan Umat Islam, kemudian edisi rumi terbitan PTS Publications & Distributors yang berjudul Fahaman & Ideologi Umat Islam pada tahun 2007. Pada tahun 2020, Barakah Enterprise menerbitkan dan menambahbaikkan isi dengan berjudul Mukhtasar Mazhab Aqidah & Firqah Umat Islam dalam tulisan jawi.

- Pengarang ingin menekankan beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya perpecahan dalam kalangan umat Islam. Beliau menyenaraikan tujuh faktor yang berlaku pepecahan umat Islam daripada bermulanya kewafatan Nabi Muhammad SAW sehinggalah sekarang, dan faktor utama yang boleh disimpulkan adalah faktor dalaman (antara sesama orang Islam dalam menetukan khilafah) dan luaran (faktor perkembangan umat Islam dan pengaruh ideologi barat yang meresapi ke dalam minda umat Islam)

- Tuan Guru juga menyebutkan 13 mazhab yang utama dalam Islam ini, kebanyakannya adalah daripada faktor berkembangnya umat Islam ke seluruh dunia tanpa mengira agama yang dianuti sebelum itu. Disebabkan mereka yang baru memeluk Islam tidak meninggalkan sepenuhnya agama mereka menyababkan berlakunya kesalahfahaman dalam aqidah dan ibadat. Di sini, saya cuba ingin menyimpulkan apa yang disebut oleh beliau pada beberapa firqah tersebut:
https://drive.google.com/file/d/1AzTk1n0rkYE_zobAJS0JUvlPRdJqY5yt/view?usp=drivesdk

- Tuan Guru Haji Hadi merupakan seorang yang bersifat keterbukaan dalam menyatupadukan umat Islam seluruh dunia, beliau tidaklah membahaskan definisi Ahl al-Sunnah Wa al-Jamaah, akan tetapi beliau meletakkan beberapa mazhab dibawah landasan aliran yang sahih dan perlu diikuti ini.

- Di samping itu juga beliau sangat teliti dalam sifat keterbukaan tersebut sehinggakan sukar dalam memurtadkan umat Islam. Beliau ada mengeluarkan beberapa firqah daripada mazhab yang utama daripada Islam sepertimana mazhab Ghulah al-Syi'ah dan al-Isma'iliyyah al-Waqifah daripada firqah Syi'ah kerana fahaman aqidah yang dibawanya sangat menyeleng. Ini merupakan isu yang sangat berat dan tidak boleh dengan sewenang-wenangnya memurtadkan umat Islam.

- Isu tersebut merupakan isu yang sangat berat untuk umat Islam dan perlu ditekankan oleh seluruh penganutnya, namun beliau ingin menyentuh isu lain selain isu ini kerana perkara ini sudah lama dibahaskan dan usaha dalam menyatupadukan umat Islam; ini kerana ada bahana yang lebih dahsyat lagi daripada itu iaitu serangan pemikiran (Ghazw al-Fikr) dalam dalam kalangan umat Islam. Ideologi Barat yang meresapi umat Islam kini kian merebak. Antaranya ialah:

1. Sekularisme (al-'Ilmaniyyah)
2. Nasionalisme (al-Qawmiyyah)
3. Kapitalisme (al-Ra'simaliyyah)
4. Komunisme (al-Syuyu'iyyah)
5. Sosialisme (Al-Isytirakiyyah)
6. Freemansory (al-Masuniyyah)
7. Islam Liberal

- Sungguhpun begitu, beliau tidak menafikan bahawa ideologi barat itu ada manfaatnya namun keancaman terhadap institusi Islam itu sangatlah berat. Ini kerana pengaruh yang dibawanya untuk kebebasan daripada sekatan undang-undang dan ketatapan syariat Islam yang dianggap sebagai kuno dan lama yang menjadi penghalang kepada agenda-agenda. Lihatlah generasi umat Islam sekarang satu persatu serangan pemikiran yang dicucuk oleh Barat sehingga mengaburkan syariat Islam sedikit demi sedikit.

- Apa yang saya boleh simpulkan adalah Tuan Guru Haji Hadi menyampaikan sebuah mesej kepada umat Islam bahawa politik atausiasah tidak boleh dipisahkan daripada Islam. Ini kerana sejak daripada kewafatan Nabi Muhammaad SAW lagi berlakunya perpecahan umat Islam daripada perkara kecil sehinggalah membawa kepada fahaman yang baharu, di samping itu juga untuk membawa pengaruh fahaman mereka ke seluruh pelusuk dunia untuk mengembangkannya

Ulasan oleh:
Muhaimin bin Abdul Hamit
Ijazah Sarjana Muda Bahasa al-Quran dan al-Sunnah Dengan Kepujian
Kolej Universiti ISlam Perlis (KUIPs)

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

08/08/2024

ULASAN BUKU SIRI : 07
[PERMASA BOOK CLUB]

Judul buku: Terusir
Penulis: HAMKA
Penerbit : JT Publishing House SDN BHD
Tahun Penerbitan : 2023
Jumlah halaman: 120 Halaman

Terusir ialah sebuah novel fiksyen yang berjaya dihimpunkan Toko Buku Syarkawi, Jakarta terhadap himpunan cerita dalam majalah Pedoman Masyarakat yang dipimpin oleh Buya Hamka. Umum telah maklum bahawa Hamka ialah seniman yang sangat memartabatkan kemanusiaan yang bernaungkan fitrah seorang manusia dan juga melorongkan pemikiran generasi sezaman dan seterusnya bahawa kasih pada tumpah darah bukanlah dengan memujuk, membuai, membela dan memuja-muji saja, namun mestilah diluruskan setiap yang tercela dan menundukkan setiap yang bengkok kerana kita mempunyai cermin penghidupan yang nyata. Novel ini mempunyai aliran dan sudut pandang yang banyak memaknai tentang percintaan, perpisahan dan penindasan. Hamka juga mengkritik masyarakat setempat dengan neraca pengadilan yang diusulkan oleh agama islam dengan membela wanita yang tertindas meskipun tidak mempunyai darjat keturunan yang ternama.

Terusir mengisahkan tentang seorang wanita bernama Mariah. Mempunyai hati yang luhur dan budi pekerti yang santun. Setia berkorban segenap jiwa dalam mentaati suaminya, Azhar dan dikurniakan seorang anak lelaki, Sofyan. Rumah tangganya aman dan damai sementelah kejayaan dan keberuntungan yang diperoleh memajukan kehidupan mereka dan mata pencarian juga tidak menjadi buah fikiran pada waktu malam. Setelah 10 tahun mereka berjaya mengutuhkan ikatan cinta dan ketulusan tanpa disedari, ada mata yang menabur benci dan hasad pada mereka lalu menabur fitnah yang tidak berasas. Mariah diusir tanpa diberi peluang untuk menjelaskan akar kesalahfahaman yang berlaku dan tidak dibenarkan untuk mencium kening anaknya yang sedang lena. Berpuluh rayuan dan keampunan diminta namun dihiraukan.

Mariah tetap meneruskan langkah longlainya yang tidak ada pergantungan melainkan dirinya sendiri. Segenap tenaga dan kudrat dikerahkan untuk mencari sesuap makanan untuk pagi dan petang hingga ke Tanah Jawa. Mariah sekali lagi menamatkan zaman jandanya dengan menikahi teman setarafnya, Yasin untuk menumpangkan diri. Namun, malang sekali lagi menimpa dirinya. Tidak ada orang yang sudi membantunya dengan jalan halal, Mariah memilih untuk menjadikan kecacatannya selama ini buah keuntungannya dan ditawarkan kepada lelaki durjana yang tidak siuman akalnya. Kecacatan itu ialah kecantikan rupanya.

Takdir Allah berdampingkan waktu menemukan kembali Azhar dan Mariah setelah berpuluh-puluh tahun berpisah. Semua kebenaran terungkap dek kerana penyesalan menyelubungi diri. Namun, perkataan maaf yang tulus itu tidak bersambut kerana Mariah telah menghembuskan nafas terakhirnya.

Ulasan Oleh:
Nurul Intan Husna Bt Mohd Zaki
Ijazah Sarjana Muda Hadith Dengan Kepujian
Kolej Universiti Islam Perlis (KUIPs)

Disediakan Oleh:
Exco Pendidikan | Exco Multimedia & Penerangan

โ€œKebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASAโ€
โ€œAl Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

07/08/2024

POSTER SISWI (PERMASA 23/24) SIRI : 08

[SEDEKAH TANPA WANG]

"Aku tiada duit. Bagaimana mahu bersedekah?"

Bila sebut sedekah, orang akan ingat perlu keluarkan duit. Padahal, kita tak perlu tunggu harta yang banyak untuk bersedekah.

Setiap kata-kata yang baik dikira sedekah.
Setiap langkah menuju solat itu sedekah.
Hatta senyuman itu juga diambil kira sebagai sedekah.

Pendek kata, segala amalan kebaikan yang kita buat, ganjaran pahalanya sangat besar.

Boleh jadi, sekecil-kecil amalan yang kita buat, dipandang tinggi oleh Allah. Kita fikir benda itu nampak kecil dan remeh. Tapi disisi Allah, siapa yang tahu. Kita pun tak dapat menilai amalan manakah yang kita buat, yang diterima oleh Allah.

Jadi, jangan kita tunggu kaya untuk bersedekah, sebaliknya bersedekahlah untuk menjadi seorang yang kaya jiwa dan harta benda.

Disediakan oleh: Exco Hal Ehwal Siswi | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

04/08/2024

POSTER PENDIDIKAN (PERMASA 23/24) SIRI : 12

[BERDOA SEMASA SENANG DAN SUSAH]

Baginda s.a.w bersabda:
ู…ูŽู†ู’ ุณูŽุฑู‘ูŽู‡ู ุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุณู’ุชูŽุฌููŠุจูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ู„ูŽู‡ู ุนูู†ู’ุฏูŽ ุงู„ุดู‘ูŽุฏูŽุงุฆูุฏู ูˆูŽุงู„ู’ูƒูŽุฑู’ุจูุŒ ููŽู„ู’ูŠููƒู’ุซูุฑู ุงู„ุฏู‘ูุนูŽุงุกูŽ ูููŠ ุงู„ุฑู‘ูŽุฎูŽุงุกู

Maksudnya:
โ€œSesiapa yang ingin untuk Allah memustajabkan doanya ketika dia berada dalam kesusahan dan kesulitan, hendaklah dia memperbanyakkan doa ketika dia berada dalam keadaan senang".
(HR Imam al-Tirmizi 3382)

Salah satu seni mencapai kemustajaban dalam berdoa ialah kita berdoa semasa senang, sama keadaannya seperti kita berdoa saat dalam kesusahan. Tetapi malangnya, ramai dalam kalangan manusia berdoa saat berada dalam kesulitan sahaja, bila senang dia abaikan doa atau berdoa tetapi tidak bersungguh.

Disediakan oleh : Exco pendidikan | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

01/08/2024

POSTER PENDIDIKAN (PERMASA 23/24) SIRI : 11

[NIKMAT YANG SERING DISIA-SIAKAN]

Baginda s.a.w bersabda:
ู†ูุนู’ู…ูŽุชูŽุงู†ู ู…ูŽุบู’ุจููˆู†ูŒ ูููŠู‡ูู…ูŽุง ูƒูŽุซููŠุฑูŒ ู…ูู†ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุงุณูุ› ุงู„ุตู‘ูุญู‘ูŽุฉู ูˆูŽุงู„ู’ููŽุฑูŽุงุบู

Maksudnya:
โ€œDua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengan keduanya itu; nikmat sihat dan nikmat waktu lapang".

(HR Imam al-Bukhari (6412) al-Nasaโ€˜i (2304) dan Ibnu Majah (4309)

โ€ข Perkataan maghbunun (ู…ุบุจูˆู†) di dalam hadith di atas memberi maksud yang mempunyai kerugian.

โ€ข Mensia-siakan nikmat sihat dan nikmat waktu lapang adalah kerugian yang sangat besar.

โ€ข Gunakanlah kedua nikmat ini pada perkara-perkara yang diredhai Allah, dan jauhinya daripada perkara-perkara yang dimurkai-Nya sebelum ditarik kedua nikmat yang bernilai ini.

Disediakan oleh : Exco pendidikan | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

31/07/2024

POSTER PENDIDIKAN (PERMASA 23/24) SIRI : 10

[PENUNJUK JALAN KEBENARAN]

Baginda s.a.w bersabda:
ุชูŽุฑูŽูƒู’ุชู ูููŠูƒูู…ู’ ุฃูŽู…ู’ุฑูŽูŠู’ู†ูุŒ ู„ูŽู†ู’ ุชูŽุถูู„ู‘ููˆุง ู…ูŽุง ู…ูŽุณูŽูƒู’ุชูู…ู’ ุจูู‡ูู…ูŽุง : ูƒูุชูŽุงุจูŽ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ูุŒ ูˆูŽุณูู†ู‘ูŽุฉูŽ ู†ูŽุจููŠู‘ูู‡ู
Maksudnya:
โ€œAku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang kamu tidak sekali-kali akan sesat selama kamu berpegang dengan keduanya, iaitu Kitab Allah (Al-Quran) dan Sunnah Nabi-Nya".
(HR Imam Malik No:2617,2618)

Nabi memberi jaminan keselamatan kepada kita selagi mana kita berpegang teguh kepada Al-Quran dan Sunnah, kita tidak akan terpesong ke jalan kesesatan dan ia akan menyelamatkan kita di dunia dan di akhirat.

Disediakan oleh : Exco pendidikan | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al Quran Dan Sunnah Rujukan Kami"

08/07/2024

POSTER PENDIDKAN (PERMASA 23/24) SIRI: 10

[AL-ASMAA' AL-KHAMSAH]

โœ๏ธ Al-Asmaa' al-Khamsah (Ism yang Lima) terdiridaripada 5 kalimah:
1๏ธโƒฃ Abu (ุฃุจูˆ)
2๏ธโƒฃ Akhu (ุฃุฎูˆ)
3๏ธโƒฃ Hamu (ุญู…ูˆ)
4๏ธโƒฃ Dzu (ุฐูˆ)
5๏ธโƒฃ Fu (ููˆ)

โœ๏ธ Contoh ayat bagi setiap ism tersebut dapat dilihat di dalam peta minda di atas.

Disediakan oleh:
Exco Pendidikan | Exco Multimedia & Penerangan

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran dan Sunnah Rujukan Kami"

16/06/2024

[SALAM AIDILADHA | 10 Zulhijjah 1445H]โœจ

ู’โ€ŽุชูŽู‚ูŽุจูŽู„ูŽ ุงู„ู„ู‘ูฐู‡ู ู…ูู†ูŽู‘ุง ูˆูŽู…ูู†ู’ูƒูู…
ุตููŠูŽุงู…ูŽู†ูŽุง ูˆูŽุตููŠูŽุงู…ูŽูƒูู…ู’
ูƒูู„ูู‘ ุนูŽุงู…ูู ูˆูŽุงูŽู†ู’ุชูู…ู’ ุจูุฎูŽูŠู’ุฑู
ู…ูู†ูŽ ุงู„ุนูŽุงุฆูุฏูŽูŠู’ู†ู ูˆูŽุงู„ููŽุงุฆูุฒููŠู’ู†ูŽ

Indah langit kerana awan,
Indah laut kerana kebiruan,
Indah Aidilfitri kerana kemaafan,
Indah Aidiladha kerana pengorbanan.

Dengan kesempatan ini, Barisan Kepimpinan Persatuan Mahasiswa Al-Quran dan Sunnah (PERMASA) ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua muslimin dan muslimat khususnya warga mahasiswa/i Fakulti Al-Quran dan Sunnah.

Hari raya korban ini juga mengingatkan kita akan peristiwa pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail, yang melambangkan keikhlasan dalam mengikuti perintah Allah SWT. Semoga setiap pengorbanan kita di muka bumi ini demi sesuatu kebaikan akan mendapat redha Allah SWT. Selamat menjalani ibadah korban serta berbagi kebahagiaan sesama kita!

Kredit : Johan Pertandingan Poster Aidiladha anjuran Permasa 2024.

"Kebersamaan Mahasiswa Memacu PERMASA"
"Al-Quran dan Sunnah Rujukan Kami"

29/05/2024

๐Ÿ“– [PERTANDINGAN HAFALAN MATAN]โœจ

Alhamdulillah telah berlangsungnya satu program Pertandingan Hafalan Matan anjuran Mahasiswa/i Fakulti Al-Quran & Sunnah yang telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

๐Ÿ“† Tarikh: 26 Mei 2024 (Ahad)
โณ Masa: 9:00 pagi - 12:00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Surau Siswi Ulu Pauh KUIPs

Photos from Laman Permasa's post 27/05/2024

๐Ÿ“– [PERTANDINGAN HAFALAN MATAN]โœจ

Alhamdulillah telah berlangsungnya satu program Pertandingan Hafalan Matan anjuran Mahasiswa/i Fakulti Al-Quran & Sunnah yang telah dijalankan seperti ketetapan berikut :

๐Ÿ“† Tarikh: 26 Mei 2024 (Ahad)
โณ Masa: 9:00 pagi - 12:00 pagi
๐Ÿ“ Tempat: Surau Siswi Ulu Pauh KUIPs

Want your school to be the top-listed School/college in Kuala?
Click here to claim your Sponsored Listing.

Videos (show all)

[Salam Kemerdekaan yang ke 67 tahun] ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
๐Ÿ“– [PERTANDINGAN HAFALAN MATAN]โœจ
PROGRAM TALK : APPLIED SUNNAH DALAM MEDIA SOSIALPENCERAMAH : DR KHALILULLAH AMINTEMPAT: SURAU SISWI PAUH, KUIPsMajlis Ag...
Mencari Malam Al-Qadar Prof. Dr. Rozaimi Ramle
PERISTIWA ISRAโ€™ MIโ€™RAJ SS Prof Dr Mohd Zainul Asri
๐Ÿ•Œ TAZKIRAH PERMASA SIRI : 11 ๐Ÿ•Œ
Untukmu Wanita 2.0๐ŸŒนFadhilat Zikir Tasbih Fatimah :Daripada Abu Hurairah r.a. Beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersab...
Untukmu Wanita 1.0๐ŸŒน๐Ÿง•๐ŸปPenutupan aurat adalah tanda kehormatan diri seorang wanita dimana aurat mereka hanya untuk orang y...
[ SIARAN LANGSUNG CAREER TALK BAHASA ARAB SIRI KEEMPAT ]
Kelebihan mempelajari ilmu hadithHadith Nabi SAW merupakan sumber kedua umat Islam selepas firman Allah SWT dalam kitab ...
FUTSAL MAHABBAH MAHASISWA FQS TAHUN AKHIR DAN PENSYARAH FQS2 Jun - Persatuan Mahasiswa Al-Quran Dan Sunnah (PERMASA) men...
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh ๐Ÿ•Œ TAZKIRAH JUMAAT NO SIRI 2 ๐Ÿ•Œ๐ŸŒผ TAJUK TAZKIRAH: Kebersihan adalah sebahagian d...

Category

Website

Address


Kolej Universiti Islam
Kuala
02000

Other Education in Kuala (show all)
Alumni SMTKS Alumni SMTKS
Sekolah Menengah Teknik Kuala
Kuala, 45600

Alumni SMTKS ini diwujudkan untuk mengumpul kembali bekas-bekas pelajar dari SMTKS bermula tahun 200

Balai Dakwah Islam, Jeram Selangor Balai Dakwah Islam, Jeram Selangor
Batu 18, Jeram
Kuala, 45800

Salam Ta'ruf & Ahlan Wa Sahlan

SweetyKids Nursery SweetyKids Nursery
C 51, Taman Bersatu Fasa2
Kuala, 06600

We Have Fun~We Have Joy!!

TADIKA CILIK BESTARI TADIKA CILIK BESTARI
PT 1583 Taman Ibai Landmark, Kuala Ibai
Kuala, 20400

๏ฟฝ๏ฟฝPENDAFTARAN 2018 DIBUKA SEKARANG๏ฟฝ๏ฟฝ ๏ฟฝUNTUK TADIKA DAN TRANSIT... ๏ฟฝLEARN THROUGH PLAY & ISLAMIC APPROACHS ๏ฟฝCOME N JOIN US๏ฟฝ

Tutorcikgunurul Tutorcikgunurul
Kuala, 20050

Pusat Tuisyen Nadi Pintar

Quran4Lyfe Quran4Lyfe
Lot 4290, Kampung Bukit Depu, Jalan Panji Alam
Kuala, 21100

Mengaji & Menghafaz dengan mudah bersama Quran4lyfe ๐Ÿคฉ

Darul Wildan Darul Wildan
Bersebelahan Kedai Makan Satay Tulang Gong Dato
Kuala, 21030

Al-Quran Dipelihara Keperibadian Terjaga

Unit Bimbingan Kaunseling SK Haji Salleh Masri Unit Bimbingan Kaunseling SK Haji Salleh Masri
KM 10, Jalan Kuala
Kuala, 06600

Rangkuman perkongsian maklumat,aktiviti dan program UBK SKHSM

Pemadam B Unisza Pemadam B Unisza
Kuala

PERSATUAN MENCEGAH DADAH MALAYSIA KUMPULAN B UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN

Pusat Tuisyen Ilmiah Mumtaz Chendering Pusat Tuisyen Ilmiah Mumtaz Chendering
Chendering
Kuala, 21080

Berminat dengan Kelas Tuisyen... jom join Kelas Tuisyen bersama Pusat Tuisyen Ilmiah Mumtaz di Chendering Kuala Terengganu.. anda juga boleh dapatkan buku pendidikan anak2 yg terba...